format kertas pendidikan moral spm

Upload: kayz

Post on 06-Mar-2016

70 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

format contoh

TRANSCRIPT

FORMAT KERTAS PENDIDIKAN MORAL SPMNAMA KERTAS: PENDIDIKAN MORALKOD KERTAS : 1225/1MASA : 2 JAM 30 MINIT

Bentuk Penyoalan80markah =8 x 10 markah (8 soalan struktur - wajib jawab semua soalan)20 markah = 2 x 20 markah (3 soalan esei - wajib jawab 2 soalan)

Pengurusan masa (150 minit)Soalan Struktur:Gunakan 11/12 minit untuk setiap soalan = 100 minitsoalan esei: Gunakan 20 minit untuk setiap soalan=40 minitBaki10minit boleh digunakan untuk menyemak jawapan atau untuk menawab soalan-soalan yang agak sukar

Bentuk Penyoalan

Bahagian A: Soalan Struktur

Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah:onilai, definisi nilai, penjelasan nilaioakta, dasar, tokoh, organisasi, badan kerajaan, perjanjian/konsepoisu semasa (isu, punca, kesan, cara mengatasi)

Bagi menjawab soalan di atas, pelajar mestihafal nilai, definisi/kata kunci nilai, dan penjelasan nilai.Contoh penyoalan:oNyatakan nilai/tokoh/kesan/organisasi/konsep/dasar/punca dll.oBerikan maksud nilai .oBerikan definisi nilai ..oHuraikan nilai/kesan/punca.akibat dll.oJelaskan nilai/kesan/akibat/punca dlloTerangkan nilai/kesan/akibat/punca dll

Bahagian B: Soalan Esei

Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialahhuraian nilai berdasarkan:

isu

situasi

ilustrasi

petikan akhbar

puisi

dsb

PANDUAN MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL SPMMenjawab kertas 1225/1 memerlukan formula yang tepat. Jadi cikgu cadangkan pelajar semua pastikan telah menguasai formula tersebut sebelum menduduki peperiksaan.

Bahagian A: Soalan Struktur

1. Soalan nilai, definisi nilai dan penjelasan nilaiUntuk menjawab soalan ini mesti mahir:

kenalpasti nilai berdasarkan situasi soalan

hafal definisi nilai atau kata kunci

kaitkan definisi dengan situasi soalan

Contoh soalan

Nyatakan/berikan/senaraikan nilai(1 markah untuk 1 nilai)

1.Nyatakansatunilai yang diamalkan oleh Anita(1 markah)2.Berikansatunilai yangtelahdiamalkan oleh kerajaan Malaysia(1 markah)3.Senaraikanduanilai yangperludiamalkan oleh remaja(2 markah)4.Nyatakantiga nilaipatutdiamalkan oleh Raj.(3 markah)

Nyatakan/berikan maksud/definisi nilai(2 markah)

1.Nyatakanmaksud nilai yang di atas(2 markah)2.Berikandefinisi nilai seperti di 1(a).(2 markah)3.Tuliskanerti definisiduanilai di 2(a)(4 markah)4.Berikanmakna nilai yang di nyatakan di atas(2 markah)

Huraikan/jelaskan/terangkan(2/3 markah)

1.Huraikansatunilai yang diamalkan oleh Anita(2 markah) Jawab dalam2 ayat sahaja.(N. W+kk.)2.Jelaskansatunilai yangtelahdiamalkan oleh kerajaan Malaysia(3 markah)Jawab dalam 3 ayat.(N. W+kk. contoh.)3.Terangkanduanilai yang perlu diamalkan oleh remaja(4 markah)Jawab 2 ayat untuk setiap nilai.(N1. W+kk(N1). N2. W+kk(N2).)

2. Soalan berdasarkan kandungan akademik tingkatan 4 dan 5

Untuk menjawab soalan jenis ini, pelajar perlu menguasai maklumat penting daripada buku teks seperti berikut:

Akta

Dasar

Nama-nama pertubuhan

Kesan sesuatu isu/fenomina/masalah

Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah

Cara mengatasi sesuatu isu/fenomina/masalah

Contoh soalan

Berikan/senaraikan/nyatakannama/akta/watak/organisasidll1. Berikansatuagensikerajaan yang melindungi hak pengguna.(1 markah)2. Senaraikantigabadanbukan kerajaan yang membela hak pengguna(3 markah)3. Nyatakansatuorganisasidunia yang melindungi haiwan.(1 markah)4. Senaraikanduatokohsukan negara yang kamu tahu.(2 markah)5. Nyatakansatuaktayang melarang kita membocorkan maklumat sulit kerajaan.(1 markah)

Berikan/senaraikan/nyatakan/cadangkancara/kesan/kepentingan/punca......1.Cadangkansatucaramengatasi pencemaran alam.(1 markah)2.Senaraikanduakesanpencemaran alam.(2 markah)3.Nyatakantigakepentinganmenjaga kebersihan alam sekitar.(3 markah)4.Berikanduapuncapencenaran alam.(2 markah)

Bincangkan/jelaskan/huraikan/terangkancara/kesan/kepentingan/punca/ .....1.Bincangkansatucara mengatasi pencemaran alam.(2 markah) Cadangan. Contoh.2.Jelaskanduakesan pencemaran alam.(4 markah) Kesan 1. Contoh. Kesan 2. Contoh.3.Huraikansatukepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.(2 markah) Kepentingan. Contoh.4.Terangkanduapunca pencemaran alam.(4 markah)Punca 1. Contoh. Punca 2. Contoh.

JAUHI KESILAPAN DI BAWAH

Penulisan Nilai

kemampanan alam sekitar

hemat tinggi

telaransi

teloransi

kesederhaan

tanggungjawab

menghargai dan menyayangi alam sekitar

cintai akan negara

cinta kepada negara

mematuhi undang-undang dan peraturan

kasih sayang kepada keluarga

hormat dan taat kepada keluarga

menghormati hak golongan kurang upaya

sikap terbuka

berhemah tinggi

percaya kepada tuhan

melibatkan diri dalam pembangunan negara

mematuhi peraturan & undang2

b/jawab

peka terhdp isu2 a.sekitar

keharmonian ant m"sia dgn a. sekitar

Cuba pelajar sekalian betulkan kesemua kesilapan di atas

Latihan menjawab soalan strukturSebelum menjawab:

1. Teliti situasi dengan teliti dan kenal pastiwatak(W) danisu/tindakan(I).

2. Kenal pastinilai(N) dankata kunci(kk) nilai berdasarkan isu/tindakan.

3. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas.

4. Perhatikan markah soalan (1 markah = 1 ayat, 2 markah = 2 ayat ...dst)

Formula Menjawab soalan nilai:2 markah = N.W + kk.3 markah = N.W + kk.Contoh.

Contoh 1: 2 markah = KA + N. Gn + kk + T.

Nicole menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.

Jelaskansatu nilaiyang diamalkan oleh Nicole (2 markah)

W: NicoleGn: diaT: menyelamatkan anak kucingNilai: kasih sayangkk: perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlasAyat 1:Nilai kasih sayang.Ayat 2:Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan,yang lahir dari hati yang ikhlas.

Penulisan jawapan:Nilai kasih sayang. Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari yang ikhlas.

Contoh 2: 3 markahRakyat Malaysiasentiasaberusahadan mencari jalan untukmenaikkan nama negaradi persada dunia melalui pelbagai aktiviti.Huraikansatu nilaiyang dipamerkanoleh rakyat Malaysia melalui usaha ini. (3 markah)

KA: Rakyat Malaysia

Gn:kami (Jika KA merujuk pelajar dimana T positif, gunakan kita/kami)

T:berusaha menaikkan nama negara

N: Cinta akan negara

kk:perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

Ayat 1:Nilai cinta akan negara.

Ayat 2:Rakyat Malaysia sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

Ayat 3:Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.

Penulisan jawapan:Nilai cinta akan negara. Rakyat Malaysia ada perasaan sayang dan bangga kepada negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa.

Bahagian B: Soalan EseiBahagian B mengandungi 3 soalan. Pelajar hanya perlu menjawab 2 soalan sahaja untuk mendapatkan 20 markah. Tetapi jika masih ada masa ..... pelajar digalakkan untuk menjawab baki soalan. Ini kerana pemeriksa akan mengambil 2 markah terbaik daripada 3 soalan tersebut.

Bagi setiap soalan, pelajar perlu memberikan 3 nilai yang difikirkan paling tepat. Mengapa perlu 3 nilai? Sebenarnya nilai yang ke tiga adalah sebagai 'back up' jika nilai 1 /nilai 2 salah.....nilai 3 akan bertindak sebagai penyelamat.

Pelajar juga diingatkan jangan beri lebih daripada 3 nilai. Ini kerana pemeriksa akan mengabaikan jawapan yang berlebihan bagi sesuatu soalan.

Cara menjawabN1. Gn + def(N1). Contoh. Contoh. Seterusnya N2. W + def(N2). Contoh. Contoh. Akhir sekali N3. W+ def(N3). Contoh. Contoh.Ingat ye......jawab dalam 1 perenggan sahaja untuk ketiga-tiga nilai.

FormulaAyat 1(1 markah): N.

Ayat 2(2 markah): W+ def.

Ayat 3(1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)

Ayat 4(1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)

ContohAkta Perlindungan Kanak-kanak 1991memberi perlindungan kepada kanak-kanakdaripadapenderaan sama ada secara fizikal atau mental. Kanak-kanak jugadilindungi daripada menjadi buruh.Merekaberhak mengikuti pendidikan formal di sekolahdan mereka jugaberhak mendapat perhatian istimewa daripada ibu, bapa, anggota keluarga dan juga penjagamereka.

Bincangkan nilai-nilai yangperlumenjadi pegangansetiap orangdemi menjamin kehidupan sempurna kanak-kanak.

Ayat 1 (1 markah):N.

Nilai melindungi hak kanak-kanak.

Ayat 2 (2 markah):W+ definisi.

Setiap orangperluMembela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna.

Ayat 3 (1 markah):Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)

Contohnyamemberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah.

Ayat 4 (1 markah):Contoh(bagaimana mengamalkan nilai/definisi)

Contoh seterusnyamelindungi kanak-kanak daripadapenderaan sama ada secara fizikal atau mental

Cara menulis jawapan:Nilai melindungi hak kanak-kanak. Setiap orang perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna.Contohnyamemberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di sekolah.Contoh seterusnyamelindungi kanak-kanak daripadapenderaan sama ada secara fizikal atau mental