format dan contoh soalan upsr 2016 instrumen kssr

Upload: bellicose-leo

Post on 07-Jan-2016

581 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Format Dan Contoh Soalan UPSR 2016 Instrumen KSSR Memoirinsani.blogspot.com-

TRANSCRIPT

  • memoirinsani.blogspot.com http://memoirinsani.blogspot.com/2015/10/format-dan-contoh-soalan-upsr-2016.html

    Format dan Contoh Soalan UPSR 2016 Instrumen KSSRDownload Contoh Soalan UPSR 2016 Format KSSR Lembaga Peperiksaan (KPM). Format Peperiksaan danContoh Instrumen Peperiksaan (UPSR) Ujian Penilaian Sekolah Rendah Tahun 2016 telah diumumkanLembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu sidang media di Putrajaya. Pengarah Lembaga Peperiksaan KPMmemaklumkan perubahan format tersebut membabitkan bentuk dan jenis soalan. Soalan objektif aneka pilihanakan dikurangkan dan sebaliknya ditambah objektif pelbagai bentuk berunsurkan Kemahiran Berfikir ArasTinggi (KBAT).

    Download Format dan Contoh Soalan UPSR 2016Berikut Format Baru UPSR 2016 dan Contoh Instrumen Soalan Peperiksaan seperti mana yang telahdikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di dalam laman/portal rasmi KPM. Format MataPelajaran dan Contoh Instrumen telah digabungkan dalam format pdf untuk memudahkan rujukan para gurudan melancarkan proses muat turun.

    Bahasa (KSSR) UPSR 2016 Format dan InstrumenFormat Mata Pelajaran Bahasa dan Contoh Instrumen/Soalan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cinadan Bahasa Tamil

    Matematik (KSSR) UPSR 2016 Format dan InstrumenFormat Mata Pelajaran Matematik dan Contoh Instrumen/Soalan Matematik Sk, Matematik Sjkc dan MatematikSjkt

    Sains (KSSR) UPSR 2016 Format dan InstrumenFormat Mata Pelajaran Sains dan Contoh Instrumen/Soalan Sains Sk, Sains Sjkc dan Sains Sjkt

    Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai Tahun 2016

  • UPSR format baharu akan membabitkan 6 subjek dengan Bahasa Inggeris dipecahkan kepada dua kertas iaituBahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa Inggeris Penulisan. Murid tahun 6 pada tahun 2016 adalah ganerasipertama mengikuti sistem KSSR dan menjadi murid pertama menjalani UPSR dengan format baru.

    Kenyataan Media Format Baharu Peperiksaan PusatUjian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai Tahun 2016. Sejajar dengan pelaksanaan KurikulumStandard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan UjianPencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan. Walaubagaimanapun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.

    UPSR 2016 yang terdiri daripada ujian bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains,Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademikmurid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan. UPSR yang juga memberi penekanan kepadapenguasaan literasi, numerasi dan KBAT berhasrat untuk mentaksir pencapaian pembangunan kemahiran sepertipenyelesaian masalah, penaakulan dan kreativiti. Kesemua enam mata pelajaran yang ditaksir melalui UPSRadalah juga mewakili mata pelajaran yang dipelajari di peringkat sekolah rendah.

    TweetShareShareShareShare

    Related Post

    Hikayat Abdullah Munsyi (1849) FullJadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 1436H 2015M (JAKIM) MalaysiaSoalan Peperiksaan Tahun 6 (KBSR) 2015Senarai DSKP Tahun 6 Semua Mata PelajaranPelaksanaan PBPP April 2015 Sekolah Seluruh Malaysia

    Dapatkan Makluman Melalui Email Mengenai Artikel Baharu dan Update Terkini

    Sign up Here with your Active Email

    Format dan Contoh Soalan UPSR 2016 Instrumen KSSRDownload Format dan Contoh Soalan UPSR 2016Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai Tahun 2016Kenyataan Media Format Baharu Peperiksaan PusatRelated Post