folio jahitan

47
1.0 PENGENALAN Reka bentuk pakaian adalah satu daripada mata pelajaran dalam major Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi. Dalam kurikulum Reka bentuk Pakaian tumpuan diberi kepada pelbagai kemahiran iaitu mereka pakaian, mendraf dan mengubahsuai pola serta menjahit pakaian. Penekanan diberi kepada kreativiti pelajar dalam menghasilkan pelbagai pakaian. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan penerapan nilai murni, sikap positif serta budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini. Matlamat mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk melatih pelajar untuk menghasilkan sehelai hasil daripada rekaan sendiri. Ia secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan berkemahiran dalam mereka dan menjahit pakaian dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat. Subjek ini memerlukan pelajar untuk menguasai kemahiran dari permulaan hingga ke akhirnya secara asas. Pada peringkat awal, pelajar perlu mengenal jenis-jenis jahitan dan juga alat-alat yang digunakan dalam jahitan. Selain itu pelajar juga perlu mengenal pasti beberapa jenis fabrik dan ciri-ciri fabrik tersebut. Setelah itu pelajar berpeluang untuk mereka pakaian mengikut pilihan mereka tetapi tetap dalam syarat-syarat yang ditetapkan. Kemudiannya pelajar didedahkan kepada cara-cara untuk menjahit setiap bahagian pakaian mengikut cara jahitan tertentu dan seterusnya bergantung pada pelajar untuk menghasilkan yang terbaik. Dan akhir sekali setiap proses yang telah dipelajari dan dilakukan akan dicatatkan di dalam rekod kerja ini. 1

Upload: qistinafarhan

Post on 10-Nov-2015

490 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

JAHITAN

TRANSCRIPT

1.0PENGENALAN

Reka bentuk pakaian adalah satu daripada mata pelajaran dalam major Teknologi Rumah Tangga Dan Pertanian. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi. Dalam kurikulum Reka bentuk Pakaian tumpuan diberi kepada pelbagai kemahiran iaitu mereka pakaian, mendraf dan mengubahsuai pola serta menjahit pakaian. Penekanan diberi kepada kreativiti pelajar dalam menghasilkan pelbagai pakaian. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan penerapan nilai murni, sikap positif serta budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.

Matlamat mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk melatih pelajar untuk menghasilkan sehelai hasil daripada rekaan sendiri. Ia secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan berkemahiran dalam mereka dan menjahit pakaian dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat.

Subjek ini memerlukan pelajar untuk menguasai kemahiran dari permulaan hingga ke akhirnya secara asas. Pada peringkat awal, pelajar perlu mengenal jenis-jenis jahitan dan juga alat-alat yang digunakan dalam jahitan. Selain itu pelajar juga perlu mengenal pasti beberapa jenis fabrik dan ciri-ciri fabrik tersebut. Setelah itu pelajar berpeluang untuk mereka pakaian mengikut pilihan mereka tetapi tetap dalam syarat-syarat yang ditetapkan.

Kemudiannya pelajar didedahkan kepada cara-cara untuk menjahit setiap bahagian pakaian mengikut cara jahitan tertentu dan seterusnya bergantung pada pelajar untuk menghasilkan yang terbaik. Dan akhir sekali setiap proses yang telah dipelajari dan dilakukan akan dicatatkan di dalam rekod kerja ini.

2.0REKA CIPTA STAIL PAKAIANSebelum membuat sesuatu pakaian, langkah yang paling awal perlu dilakukan ialah mereka cipta stail pakaian. Langkah ini sangat penting dalam proses penghasilan pakaian. Sesuatu pakaian yang direka perlu bergantung kepada beberapa faktor tertentu. Selain itu, lakaran dan pemilihan stail pakaian akan dilakukan dalam langkah ini. Tambahan pula, pemilihan fabrik untuk pakaian yang direkakan juga harus sesuai dengan tema yang diber. Berikutnya ialah proses mereka cipta stail pakaian :

LANGKAH KERJAMINGGUPERKARACATATAN

1 Perbincangan rekacipta stail pakaian Dijalankan secara berpasangan. Pakaian mempunyai ciri-ciri seperti:i. Kolar lurusii. Lisuiii. Penjuru lipat tindihiv. Lengan padanan rata

2 Membuat pakaian Mengambil ukuran badan Menyediakan rekod ukuran badan

3 Membuat pakaian Melakar pola dengan menggunakan pola dagangan Pola dilakar dengan merujuk ukuran badan yang telah diambil

4 Membuat pakaian Ubahsuai pola mengikut pilihan stail yang telah direka Hasil Pola yang telah diubahsuai

5 Membuat pakaian Membentang dan menyusun atur pola

Menggunting pola dan kain Memindah tanda-tanda pola Mengemas bahagian tepi fabrik dengan jahitan kemasan tepi

Membuat rujukan mengenai proses-proses jahitan

6 Membuat pakaian Belah sama rata Menjahit sampel Belah berzip Belah berkun Belah kelepet sama lebar

Sampel yang disediakan tidak terdapat pada pakaian yang dijahit

7 Membuat pakaian Lisu beriring Menyediakan sampel jahitan Lisu beriring Lisu terbalik Lisu setentang Sampel yang disediakan tidak terdapat pada pakaian yang dijahit

8 Membuat pakaian Menyediakan lengan padanan rata Hasil Cantuman lengan pada bahagian badan baju.

9 Membuat pakaian Menjahit butang dan lubang butang Menyediakan sampel Kancing Butang katup Cangkuk dan palang mata Hasil Butang dan lubang butang yang telah siap

10 Membuat pakaian Mengemaskan penyudah tepi Hasil Penyudah tepi yang telah siap dikemaskan

A) MENGENALPASTI MASALAH Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan bagi menentukan kesesuaian sesuatu reka cipta stail pakaian. Antaranya ialah iklim, demografik, psikografik, dan tujuan. Faktor yang pertama ialah faktor iklim. Faktor ini adalah penting dalam menghasilkan sesuatu reka cipta stail pakaian. Negara kita merupakan negara yang beriklim panas. Oleh itu, saya telah mereka cipta stail pakaian yang diperbuat daripada fabrik kapas. Fabrik kapas merupakan pengaliran haba yang baik. Ia dapat memindahkan haba tubuh badan ketika panas. Faktor yang seterusnya ialah demografik. Demografik boleh dilihat dari segi faktor umur, bidang pekerjaan, status sosio-ekonomi, jantina dan tempat tinggal pemakai. Pakaian yang direka cipta oleh saya ialah sesuai bagi wanita. Seterusnya, ia juga sesuai bagi digunakan untuk orang yang sedang mempromosikan pelancongan Malaysia. Psikografik jugak merupakan salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan seperti gaya hidup seseorang. Sesuatu pakaian yang direkakan juga perlu bergantung kepada gaya hidup seseorang seperti tempat tinggal, adat resam, kos perbelanjaan, dan sebagainya.

B) PENCETUSAN IDEA Sebaik sahaja mendapat tugasan ini, dan sebelum membuat lakaran stail pakaian perkara pertama yang saya lakukan ialah mengumpul maklumat dan data daripada pelbagai sumber seperti mencari buku-buku rujukan yang berkaitan, majalah-majalah, dan melayari internet untuk mencari idea-idea pada stail pakaian Seterusnya, saya juga membuat pemerhatian sesuatu rekaan pakaian di pasaran untuk mendapatkan idea yang baharu bagi membuat rekaan pakaian ini, Melalui gambaran yang telah dilihat, saya cuba mencampurkan idea dan melakar lakaran kemeja yang akan saya jahit.Semasa melakar kemeja, saya mengambil kira akan kesesuaian dan potongan yang terbaik untuk badan saya supaya tidak terlalu besar dan tidak terlau kecil. Dari segi warna pula, saya memilih warna campuran putih dan biru bagi mewujudkan unsur moden dan menyerlah. Disamping itu, saya juga memilih kain yang bercorak bunga-bunga yang kecil.

C) REKAAN PROJEK PAKAIANLAKARAN 1

LAKARAN 2

LAKARAN 3

LAKARAN YANG DIPILIH

D)PEMILIHAN PRODUK PAKAIANA)WARNAPemilihan warna dalam reka cipta pakaian adalah penting. Hal ini kerana warna yang dipilih boleh mempengaruhi emosi dan penampilan seseorang yang memakai pakaian tersebut. Oleh itu, saya memilih warna yang lembut dalam rekaan kemeja saya. supaya orang ramai boleh berasa tenang apabila memakai pakaian tersebut.

B)CORAKCorak ialah sesuatu bentuk atau hiasan yang dihasilkan pada fabrik pakaian. Ia bertujuan untuk menghasilkan sesuatu fabrik supaya kelihatan cantik. Saya memilih corak fabrik yang mempunyai bunga-bungaan dalam rekaan pakaian saya. Hal ini bersesuaian dengan bentuk badan saya. Bagi seseorang yang berbadan besar ianya perlu menggunakan fabrik yang bercorak bunga-bungaan yang kecil.

C)GARIS GAYAGaris gaya merupakan garisan yang terdapat dalam sesuatu pakaian dan memberi kesan kepada saiz badan seseorang. Pakaian yang bergaris lurus akan menyebabkan seseorang nampak kurus dan tinggi. Manakala garisan yang melintang akan menyebabkan seseorang nampak gemuk dan rendah. Oleh itu, garisan boleh digunakan untuk melindungi kelemahan bentuk badan seseorang.

3.0CIRI-CIRI STAIL PAKAIANA)KOLAR LURUSDefinisi Kolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan kemudian dilekatkan pada garis leher. Kolar ini berbentuk lurus dan tegak pada bahagian belakang garis leher. Lebar kolar pada bahagian belakang adalah kira-kira setengah atau kurang daripada setengah lebar kolar.

Kegunaan kolara) Untuk menyeudahkan garis leher pada pakaianb) Memberi gaya atau stail pada pakaianc) Sebagai perhiasaqn supaya pakaian kelihatan lebih menarikd) Memberikan kepanasan kepada pakaianCiri-ciri kolar lurus1. Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabrik2. Permukaan kolar rata3. Kolar terletak rata dan kemas di garis leher4. Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang5. Kedua-dua hujung kolar sama lebar6. Camtuman kelim kolar tidak teratur

B)BELAHBelah ialah satu proses jahitan yang terdapat di pakaian untukmemudahkandipakai atau ditanggalkan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan perhiasan pada pakaian. Jenis belah yang digunakan dalam pakaian iniialah belah kelepet sama lebar. Belah ini mudah dibuat dan sangat kukuh. Bahagian yang menggunakan belah jenis ini ialahbahagian garis butang dan lubang butang.

C)LENGANDefinisi Lengan ialah tambahan pakaian dari lubang lengan. Ia boleh jadi sepotong fabrik yang dicantumkan ke lubang atau pun tambahan daripada badan. Lengan biasa yang dicantumkan dengan baik mempunyai ira lurus yang terletak di garis atas lengan. Hujung lengan boleh disiapkan dengan kelepet, lapik atau kun

Fungsi lengana) Melindungi kecacatan lenganb) Melindungi daripada cuaca panas dan sejukc) Menambah keanggunan si pemakai jika sesuai dengan fesyen dan fabrikd) Mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian seperti baju kurung teluk belangan dan sari

D)KANCINGKancing yang digunakan dalam blaus ini ialah butang dan lubang butang.

Definisi Kancing ialah sejenis alat yang digunakan untuk menutup belah pada pakaian lelaki dan wanita, artikel dan lain-lain lagi supaya dapat mengelakkan bentuk asal pakaian atau artikel. Ia juga digunakan sebagai perhiasan. Kancing-kancing yang dipasang pada pakaian atau artikel hendaklah dijahit dengan kukuh dan kemas. Pemilihannya bergantung kepada fesyen dan kesesuaian fabrik.

Tujuan menjahit kancing1) Mengancingkan belah2) Sebagai perhiasan3) Kancing biasanya dilekatkan pada lipat tindih atas dan lipat tindih bawah belah4) Cara-cara melekatkan kancing pada pakaian bergantung kepada jenis kancing yang dipilihJenis-jenis kancing1) Butang katup2) Butang cangkuk dan kancing3) Butang cangkuk dan rumah4) Butang cangkuk dan rumah cangkut bersiratE) KELIMi. Kelim belah kangkung dijahit bagi mencantum bahagian bahu dan tepi baju.

Definisi Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik untuk memberi bentuk pada pakaian. Kelim yang dijahit mestilah sesuai dengan pakaian yang hendak dijahit dan lebar kelim mesti sekata di seluruh pakaian. Pemilihan kelim pada pakaian bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, kedudukan kelim dan jenis pakaian

Perkara-perkara yang mesti diberikan perhatian semasa menyediakan kelim1) Gunakan kelim yang sama untuk seluruh pakaian2) Kelimperlu dijahit tepat pada garis pemadan untuk mendapatkan bentuk dan rupa yang elok3) Lebar kelim yang dijahit mesti seragam iaitu sama lebar pada keseluruhan pakaian4) Kelim yang dijahit mesti rata dan kemas5) Ketegangan jahitan mesti betul dan sesuai supaya hasil kelim tidak berkedutPilih jenis kelim yang sesuai dengan pakaian dan jenis fabrik. Kelim yang rata dan kurang tebal sesuai digunakan untuk fabrik jenis tebal. Untuk fabrik nipis pula, pilih kelim yang rata dan kemas.

F)PENYUDAH TEPIDefinisi Penyudah tepi adalah salah satu proses jahitan. Ia dibuat untuk melindungi tepi fabrik daripada berjerumbai atau berjurai-jurai. Ia juga berfungsi untuk mengemas, mengukuh dan menghias tepi pakaian. Pemilihan penyudah tepi bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, jenis stail pakaian dan jenis tepi yang dikemaskan. Saya membuat penyudah tepi dengan menggunakan jenis jahit silang pangkah untuk menetapkan kelepet pada pakaian.

Jenis jenis penyudah tepi1. Kelepet 2. Penjuru3. Lapik4. Kun5. Rendah6. Ikatan pinggang7. Kasing8. Jahitan sulaman

4.0BAHAN DAN ALATAN PROJEK4.1BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Benang jahit

Butang

Fabrik4.2ALATAN YANG DIGUNAKANALATANKEGUNAAN

Roda surih

Digunakan bersama kertas karbon untuk memindahkan garisan pemadan ke atas fabrik ataupun pola

Kapur

Membuat dan memindahkan garisan pemadan

Pensel

Digunakan untuk menanda garisan pemadan pada permukaan fabrik Membuat dan juga memindahkan tanda pola

Kertas karbon

Digunakan untuk memindahkan motif sulaman ke atas fabrik

Jarum peniti

Menyemat pola pada fabrik supaya tidak mudah lari terutama sekali pada fabrik yang licin Menyemat kepingan fabric sebelum menjahit Digunakan untuk kerja mengacu pakaian

Gunting fabrik

Untuk menggunting fabrik

Mesin jahit

Menjahit lurus Menjahit sulaman Menjahit lubang butang dan semua kerja mencantum fabrik

Penetas

Menetas mata jahitan dan menanggalkan benang jahitan

Bod seterika

Memudahkan kerja-kerja menyeterika dan menekan fabrik

Seterika

Menekan dan menyeterika fabrik supaya kemas dan rata

Pita ukur

Mengukur dengan tepat ukuran badan

Pembaris sesiku

Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau fabrik Bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher dan lubang lengan

Pembaris lurus

Mengukur dan menanda garisan lurus pada kertas pola Mengukur fabrik

5.0UKURAN BADANBILBAHAGIAN BADANUKURAN (cm)

A)GARIS LINTANG

1Leher 43

2Dada 71

3Pinggang 77

4Punggung90

5Bahu46

6Bidang belakang40

7Keliling hujung lengan23

8Keliling atas lengan (ketiak)48

B)GARIS MENEGAK

12Garisan tengah belakang46

13Labuh baju52

14Labuh lengan50

6.0LANGKAH-LANGKAH MENJAHITSEBELUM MENJAHIT

1. Melakar dan merekacipta kemeja yang mempunyai ciri-ciri: Kolar kemeja Lengan padanan rata Belah hadapan atau belakang

2. Mengambil ukuran badan

3. Melakar pola dengan menggunakan pola dagangan sebagai asas kemudian membuat pengubahsuaian mengikut ukuran badan

4. Membentang dan menyusun atur pola, menggunting dan juga memindahkan tanda-tanda pola pada fabrik. Kemudian mengemas bahagian tepi fabrik yang telah dipotong dengan jahitan tepi.

Menyusun atur pola pakaian:

I. Sebelum menyusun, kecutkan fabrik dan mengenal pasti bahagian dalam dan juga luar fabrik.II. Kemudian, luruskan kedua-dua bahagian hujung fabrik, luruskan ira serta ratakan fabrik.III. Lipat fabrik dengan sebelah dalam bertemu.IV. Susun atur kepingan pola badan hadapan, belakang, lengan, kolar dan juga kelepet sama lebar.

Menggunting fabrik:

I. Gunting fabrik dengan cermat.II. Pola ditanggalkan ketika hendak mencantum kepingan fabrik.SEMASA MENJAHIT

1. Mencantum kelim bahu menggunakan kelim belah kangkung Temukan sebelah luar badan hadapan dengan garis bahu badan belakang. Semat, jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan bahu. Tekan dan buka kelim.

2. Menjahit kelim rusuk Temu sebelah luar badan hadapan dengan sebelah luar badan belakang. Temukan garisan pemadan garis rusuk badan hadapan dengan garis rusuk badan belakang. Semat, jelujur dan jahit mesin. Tekan buka kelim

3. Penyediaan dan mencantum kolar. Menyedia dan meratakan kolar. Temukan sebelah luar fabrik dan semat di garisan pemadan Jahit di kedua-dua tepi kolar garis pemadan Trim basi jahitan hingga 0.6cm Snip penjuru kolar dan kaf. Terbalikkan kolar ke sebelah luar dan tekan dengan seterika Jelujur pada tepi kolar. Jelujur tegak pada tengah kolar.

I. Mencantum kolar ke badan serta lengan: Letakkan kolar atas pada sebelah dalam pakaian di garisan pemadan. Tentukan hujung kolar terletak di garis tengah hadapan dan garis tengah belakang kolar bertemu dengan garis tengah belakang badan serta lengan Jelujur kolar atas pakaian di sepanjang garis leher dan jahit mesin Trim dan snip basi jahitan hingga 0.2cm

II. Mengemas kolar : Masukkan basi kelim ke dalam kolar. Letak bahagian bawah 0.2cm di bawah jahitan mesin Semat serta jelujur kolar bawah ke garis leher di sebelah luar Jahit mesin dari sebelah dalam pakaian di garis pemadan Tekan dengan seterika supaya kolar kemas dan rata

5. Menyedia dan mencantum lengan padanan rataI. Menyediakan dan menjahit kelim lengan: Jelujur dua barisan di atas dan di bawah garisan pemadan dengan jarak 0.3cm Temukan sebelah luar garisan pemadan dan jelujur kasar Tekan garisan dengan jahitan mesinII. Mencantum lengan: Masukkan lengan ke dalam lubang lengan dengan sebelah luar bertemu Temukan garis tengah lengan dengan kelim bahu dan kelim rusuk dengan kelim lengan Semat dan jelujur di garis pemadan bahagian lengan Jahit mesin di garis pemadan dan tindihkan mata jahitan yang akhir di atas mata jahitan yang awal 3cm hingga 4cm untuk mengukuhkan kelim Kemudian, kemaskan bahagian hujung lengan dan badan dengan kelepet

6. Menjahit butang dan lubang butangI. Menjahit butang: Jahit dua lapis pada kedudukan butang Masukkan jarum melalui satu lubang ke lubang yang lain Letakkan 1 peniti pada atas butang dan jahit berulang 3 atau 4 kali Tanggalkan peniti dan tarik butang ke atas Lilit benang pada tangkai butang hingga ketat Cucuk jarum dan tarik keluar ke sebelah dalam fabrik Pada sebelah dalam, jahit insang pari pada jahitan melintang

II. Menjahit lubang butang: Jelujur halus atau jahit mesin pada garisan lubang butang kemudian, lipat fabrik hingga bertemu dan snip di antara garisan lubang Mulakan jahitan dari hujung garisan dengan jahitan lubang butang hingga ke hujung semula

SELEPAS MENJAHIT

1. Mencuci kemeja Kemeja yang telah siap dijahit perlu dicuci supaya bersih Rendam fabrik dengan sabun kemudian gosok dengan perlahan agar fabrik tidak rosak. Bilas dengan air bersih dan jemur hingga kering

2. Menggosok dan mengemaskan kemeja Kemeja yang telah kering boleh dikemaskan dengan menyeterika kemeja Laraskan kepanasan haba seterika dengan jenis fabrik kemeja Kemudian, gosokkan pada seluruh kawasan fabrik Utamakan pada bahagian kelim supaya ia terbuka dan kemas

6.1MELUKIS DAN MENGGUNTING POLAProses melukis pola dibuat mengikut ukuran badan yang ditetapkan. Alatan yang diperlukan ialah kertas mahjung, pensel, pembaris sesiku dan sebagainya. Pola yang dilukis dapat memudahkan kerja menggunting fabrik kerana ia ditulis dengan arahan yang jelas.

6.2MENGGUNTING FABRIK DAN MEMINDAHKAN GARISAN PEMADAN KE ATAS FABRIKFabrik digunting selepas pola ditetapkan di atas fabrik. Jenis gunting yang digunakan semasa menggunting fabrik ialah gunting fabrik. Helaian fabrik yang diperlukan haruslah mengikut arahan yang diberi.Kemudian, proses pemindahan garisan pemadan ke atas fabrik akan dilakukan. Alatan yang digunakan dalam proses ini termasuklah roda surih dan kertas karbon.Memindahkan garisan pemadanke atas fabik

6.3PROSES MENJAHIT PAKAIANDalam proses ini, saya akan menjahit kelim dan kancing, penyediaan belah, menyedia dan mencantum lengan, menyudah tepi, mengemas garis leher dan sebagainya. Jahitan adalah proses mencantum antara dua helai fabrik untuk menghasilkan suatu pakaian yang sempurna. Jenis jahitan yang digunakan adalah bergantung kepada fabrik dan reka bentuk pakaian. Berikut adalah proses jahitan yang digunakan :A)MENGEMAS TEPIi.Mengemas tepi dengan menggunakan mesin kemas tepi.B)MENYEDIAKAN BELAH KELEPET SAMA LEBARi.Sediakan lapik dalam lembut sesuai dengan lebar kelepet.ii.Tekan di SD kelepet.iii.Seterika supaya pelapik boleh lekat pada fabrik.iv.Lipat kelepet belah ke SL.v.Semat dengan jarum peniti dan jahit mesin pada garisan lipatan kelepet.

6.4HASIL KERJA YANG TELAH SIAP

7.0POLA PAKAIAN Pola bahagian belakang Pola bahagian depan

Pola lengan pendek Pola kolar kemeja

SUSUN ATUR POLA1. Sebelum menyusun atur pola di atas fabrik, pastikan :a) Pola tidak berkedutb) Pola telah diubahsuai mengikut stail dan ukuran yang ditetapkanc) Kedua hujung fabrik telah diluruskan

2. Membentang Fabrik

a) Dapatkan permukaan yang luas dan rata untuk membentang fabrikb) Kenal pasti sebelah dalam dan sebelah luar fabrikc) Kenal pasti corak fabrik

3. Menyusun atur pola di atas fabrika) Biasanya fabrik dilipat dengan sebelah luar bertemu dan pola disusun di atas sebelah dalam fabrik.b) Apabila sekeping sahaja pola perlu digunting, susun pola di luar fabrik.c) Pastikan pola dibentang dengan tanda ira lurus selari dengan ira lurus fabrik. Ukur dari tepi untuk ketepatan.d) Susun atur kepingan pola yang besar diikuti dengan kepingan pola yang kecil.e) Letakkan tepi lipatan pola yang bertanda lipatan, tepat di atas lipatan.f) Sekiranya dua kepingan pola perlu digunting satu per satu, terbalikkan kepingan pola apabila menggunting pada kali kedua untuk mendapatkan satu bahagian kiri atau satu bahagian kanan.g) Sematkan kepingan pola dengan menyemat merentas sudut dan jarak 10 15 cm. Pastikan kedudukan peniti tidak terkeluar daripada garisan menggunting.h) Fabrik dan pola hendaklah terletak rata di atas permukaan kerja semasa menyemat.i. Susun atur semua kepingan pola di atas fabrik sebelum menggunting untuk memastikan setiap kepingan pola dapat dimuatkan di atas fabrik.

Proses menyusun pola di atas fabrik dan seterusnya memindahkan garisan pemadan ke atas fabrik.

8.0PENGIRAAN KOSA.Kos BahanBilBahanKuantitiKos seunit(RM)Harga(RM)

1Fabrik berbunga1.5 meter11.00/meter16.50

2Benang putih1 buku0.80/buku 0.80

3Butang5 biji0.30/biji 1.50

4Kertas Mahjung1 helai0.50/helai 0.50

JUMLAH :19.30

B.Kos Upah (Tiada)

C.Kos Sampingan

BilBahanHarga(RM)

1Elektrik1.00

2Jahit Kemas Tepi 4.00

3Jahit Butang dan Lubang Butang 5.00

JUMLAH10.00

D.Kos Projek

Kos projek = Kos bahan + Kos upah + Kos sampingan = RM 19.30 + RM 0.00 + RM 10.00JUMLAH = RM 29.30

9.0KESIMPULAN

Dalam proses menghasilkan sesuatu pakaian, kita boleh mempelajari bagaimana menjahit kemeja dengan teratur. Selain itu, kita juga boleh belajar mendraf pola asas badan, dan memilih fabrik mengikut stail pakaian dari segi corak, warna, dan tekstur. Seterusnya, kita juga boleh mempelajari bagaimana menggunakan alatan dengan betul dan teknik menjahit serta mengetahui jenis-jenis jahitan yang boleh digunakan dalam menghasilkan sesuatu pakaian.

Reka cipta pakaian dimulai dengan mengenalpasti masalah. Pencetusan idea boleh dihasilkan daripada pemerhatian, pengalaman sedia ada, membuat rujukan daripada pelbagai sumber dansebagainya. Oleh itu, membuat pemerhatian di kedai-kedai dapat membantu kita untuk memahami kehendak dan keperluan pengguna. Selain itu, pemilihan stail pakaian juga harus bersesuaian dengan lokasi, masa, dan fungsinya. Sesuatu lakaran yang dilukis bergantung kepada bentuk badan seseorang.

Dalam proses pembuatan pakaian, rekod kerja adalah penting bagi sesuatu langkah kerja dapat dijalankan dengan lancar. Ia dapat juga membantu kita menjimatkan masa, tenaga, dan kos bagi menghasilkan sesuatu pakaian.

REFLEKSIAlhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian.Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek RBT 3203 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baharu kepada saya. .Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang jahitan amatlah sedikit.Memandangkan saya tidak minat menjahit dan tidak pernah memegang mesin jahit. Namun dengan bantuan pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai jahitan dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu.Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai fabrik yang digunakan untuk membuat baju kemeja, dan kolar yang digunakan semasa saya menjahit baju kemeja. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai rekod kos untuk melihat kos sepasang baju kemeja untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu faham untuk menjahit baju kemeja dan membuat rekod laporan jahitan tetapi setelah di terangkan oleh Dr Sarimah, saya akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk menjahit kolar, lengan dan membuat pola baju kemeja.Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus saya. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam kerja kursus kami. Nota-nota yang telah diberikan oleh Dr Sarimah telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya saya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan kerja kursus ini. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang jahitan kerana sebelum ini saya tidak pernah membuat sepasang baju kemeja. Perkara ini tidak mudah kerana banyk langkah-langkah dan teknik yang saya perlu mahir untuk menyiapkan sepasang kemeja.

Melalui pembuatan baju kemeja yang telah berjaya disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan juga rekod kerja ini, banyak ilmu yang telah saya berjaya perolehi berkaitan dengan pembinaan pakaian. Antara ilmu yang telah saya perolehi ialah tentang jenis-jenis fabrik yang sesuai digunakan untuk membuat blaus, memilih rekaan yang terbaik berdasarkan jenis fabrik dan kesesuaian si pemakai, mengukur saiz baju dan juga membuat pola. Selain daripada itu, saya juga mendapat ilmu berkaitan tentang proses-proses menjahit bahagian-bahagian pakaian dengan cara yang betul.Dalam pakaian yang dihasilkan, antara ciri-ciri yang terdapat pada blaus tersebut ialah kolar lurus, lengan padanan rata berserta mansit, kelepet belah sama lebar, kelepet bawah baju. Selain itu kelim belah kangkung telah digunakan untuk mencantum bahagian bahu dan tepi baju. Walaupun terdapat halangan yang dihadapi sepanjang usaha untuk menghasilkan pakaian ini, namun segalanya dapat diatasi dan blaus ini berjaya disiapkan. Antara masalah yang wujud ialah kekangan masa dan masalah teknikal seperti kerosakan mesin yang melambatkan masa menyiapkan proses jahitan. Namun berkat tunjuk ajar pensyarah pembimbing dan bantuan daripada rakan-rakan masalah ini berjaya diselesaikan.Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji bagaimana sehelai kemeja boleh dihasilkan. Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang jahitan dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Kemahiran Hidup dan sumber internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini terutamanya menjahit sehelai kemeja akan dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi.Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu yang berkaitan dengan jahitan. Sebagaimana yang kita ketahui jahitan merupakan seni yang tidak semua orang boleh buat.Saya tidak pernah tahu adanya alat untuk mencucuk benang ke dalam jarum. Jika dahulu saya hanya mencucuk benang tanpa sebarang alat yang digunakan. Berbanding sekarang dengan mata yang kurang jelas penglihatannya, saya masih dapat mencucuk benang ke dalam jarum denagn menggunakan alatannya (Threader). Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di bilik darjah sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar subjek ini nanti.Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang telah banyak membantu saya dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian tugasan ini dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan.

38