folio badan berkanun

Upload: azira-ab-razak

Post on 03-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Folio Badan Berkanun

    1/10

    PENGENALAN

    Di Malaysia pelbagai agensi kerajaan telah ditubuhkan

    untuk memajukan ekonomi dan meningkat

    kesejahteraan hidup rakyat. Agensi-agensi kerajaan ini

    atau juga dikenali sebagai badan berkanun ditubuhkan

    untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di Malaysia

    DEFINISI

    Badan berkanun ialahjabatankerajaan yang dibentuk

    mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Jabatanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Aktahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jabatanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Akta
  • 7/28/2019 Folio Badan Berkanun

    2/10

    CONTOH-CONTOH BADAN BERKANUN DI

    MALAYSIA

    1. MAJLIS AMANAH MARA (MARA)

    Pengenalan

    Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan

    Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta

    Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres

    Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

    Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan,

    memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan

    kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-

    kawasan luar bandar.

    Peranan

    Memberikan bantuan modal dan khidmat latihan kepada usahawan

    bumiputera.

  • 7/28/2019 Folio Badan Berkanun

    3/10

    Logo MARA

    RASIONAL AM LOGO MARA

    Roda Bergigi (14)

    Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia dimana

    MARA memberi perkhidmatannya secara terus dan

    juga jaringan aktiviti keusahawanan yang diterokai

    oleh Bumiputera.

    Buku Terbuka

    Melambangkan ilmu sebagai teras Organisasi

    Pemikir yang menjadi wawasan MARA untuk

    mencapai kecemerlangan dan kemajuan

    Keusahawanan serta Pendidikan.

    Jangka Lukis Terbuka

  • 7/28/2019 Folio Badan Berkanun

    4/10

    Penubuhan dan Latar Belakang

    Kewujudan entiti pencegahan rasuah di Malaysia bermula dengan sebuahunit kecil di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yangbertanggungjawab menjalankan aktiviti pencegahan rasuah. Ketika itu,siasatan kes rasuah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JenayahKhas) di bawah pasukan Polis DiRaja Malaysia manakala pendakwaankes rasuah pula dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, JabatanPeguam Negara. Kerajaan kemudiannya telah menggabungkan usaha

    pencegahan rasuah oleh ketiga-tiga agensi itu dengan mewujudkanBadan Pencegah Rasuah pada 1 Oktober 1967.

    Pada 29 Ogos 1973, entiti pencegahan rasuah negara diwujudkan secaraundang-undang apabila Akta Biro Siasatan Negara diperkenan, sekaligusmengubah entiti BPR kepada Biro Siasatan Negara (BSN). Perubahan itutelah meluaskan kuasa perundangan BSN dengan mandat untukmenyiasat kes berkaitan kepentingan negara, disamping kes rasuah.

    Bagaimanapun, perubahan sekali lagi berlaku apabila Akta BadanPencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen pada 13 Mei 1982. Akta

    ini meletakkan semula tugas pencegahan rasuah kepada BPR yangsecara rasminya juga menggantikan BSN. Perubahan ini memartabatkanperanan BPR sebagai entiti tunggal yang dipertanggungjawabkan khususuntuk mencegah jenayah rasuah.

    Pada tahun 2008, Parlimen telah bersetuju supaya satu SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan bagi menggantikanBadan Pencegah Rasuah (BPR), selaras dengan hasrat masyarakat yangmahukan entiti pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus danprofesional. Dengan itu juga, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 telahdigantikan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

    (Akta SPRM 2009) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mulaberoperasi secara rasminya pada 1 Januari 2009 bersama-samapenguatkuasaan Akta SPRM 2009.

    Transformasi BPR kepada SPRM bukan pada nama semata-mata.Perubahan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan,keberkesanan, kebebasan dan ketelusan tindakan pencegahan rasuah diMalaysia, sekaligus menangkis persepsi negatif terhadap entitipencegahan rasuah ini yang sebelumnya dianggap tidak bebas dan tidaktelus. Justeru itu, mekanisme check and balance diwujudkan melaluipembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR),Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Jawatankuasa Aduan(JA), Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan

  • 7/28/2019 Folio Badan Berkanun

    5/10

    Pencegahan Rasuah (PPPR) bersama-sama penubuhan SPRM denganfungsi untuk memantau, menasihati serta memastikan fungsi dantanggungjawab Suruhanjaya ini dilaksanakan dengan cekap, berkesan,bebas dan telus. Keanggotaan bagi kelima-lima entiti bebas ini dipilih darikalangan individu berintegriti yang cemerlang dalam perkhidmatan dan

    profesion masing-masing.

    Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan dibawah Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) 2009 iaitu:1. Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuankesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan menyiasat mana-mana aduanitu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya ataupegawai-pegawai itu;2. Mengesan dan menyiasat :-

    o Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta SPRM 2009;

    o Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan

    dibawah Akta SPRM 2009;

    dan

    o Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan dibawah Akta 2009;

    3. Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untukmemudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 danuntuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara ituyang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepadarasuah;

    4. Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, ataspermintaan orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapatdihapuskan oleh orang itu;

    5. Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahandalam amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaianberkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimanayang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkankemungkinan berlakunya rasuah;

    6. Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan

    http://www.mardi.gov.my/penubuhan-dan-latar-belakanghttp://www.mardi.gov.my/penubuhan-dan-latar-belakang
  • 7/28/2019 Folio Badan Berkanun

    6/10

    7. Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalammemerangi rasuah

    LOGO

    Bintang (14 Bucu)Mencerminkan kecemerlangan dankegemilangan 13 buah negeri danKerajaan Persekutuan yang bebas

    rasuah, warganegaranya kukuh dalamnilai agama dan kejiwaan dan didorongoleh tahap etika yang paling tinggi.

    EmasMelambangkan perjuangan yangpaling berharga iaitu membanterasjenayah rasuah demi mencapai

    kejayaan yang tidak ternilai iaituNegara yang bebas rasuah.

    Bulan SabitBulan sabit mencerminkan agama Islamyang juga merupakan agama rasminegara ini. Pengetahuan agama danketaqwaan dapat menghindar diri dariperbuatan rasuah.

    KuningMelambangkan adil iaitu keadilanadalah salah satu daripada piagampelanggan SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysiadalam apa jua keputusan yangdiambil tanpa mengira pangkat danbangsa.

    Keris BersilangMelambangkan kuasa yang dimiliki olehpegawai-pegawai SPRM seperti yangtelah ditetapkan oleh undang-undangNegara dalam melaksanakan tugasmencegah jenayah rasuah, sediaberjuang demi mendukung hasrat semuawarga walau seribu rintangan dancabaran, tetap mara ke hadapan.

    BiruMencerminkan amanah danharmoni. Ini bermaksud bahawa disamping menguatkuasakanundang-undang, badan ini jugamerangka dan melaksanakankempen pencegahan rasuahmelalui program penerangan,pendidikan, dan perhubunganmasyarakat.

    PerisaiMelambangkan alat mempertahankandiri. Ia memberi maksud bahawa tugasrisikan yang dilaksanakan dengan cekapdan berkualiti dengan identiti pemberimaklumat dirahsiakan.

    HitamMelambangkan kejituan dankemantapan semangat yang padudan perjuangan yang ampuh.

    Bunga PadiMelambangkan kemajuan, kemakmurandan kejayaan, dalam masyarakat yangsepenuhnya bermoral dan beretika.Segala aduan yang diterima akan

    dijalankan siasatan sewajarnya tanpaprasangka dengan amanah, tegas dan

    Kelabu GelapWarna kelabu adalah warnaneutral yang terletak di antara putihdan hitam, yang melambangkankebebasan dan ketelusan SPRM

    dalam usaha pembanterasanjenayah rasuah tanpa campur

  • 7/28/2019 Folio Badan Berkanun

    7/10

    adil. tangan mana-mana pihak.

    HarimauMelambangkan keberanian dankekuatan dalam melaksanakan segalatugas walau seribu rintangan dancabaran tetap mara kehadapan.

    MerahMelambangkan semangatperjuangan mempertahankankedaulatan dan maruah negara

    walau terpaksa menumpahkandarah.

    14 Jalur Putih dan MerahMencerminkan aktiviti pendidikantentang rasuah dan kesan buruknya,merangkumi seluruh negeri di Malaysia.

    PutihMelambangkan jiwa yang bersihdalam perjuangan yang sucimenegakkan kebenaran danmenghapuskan kemungkaran.

    Tulisan JawiMelambangkan semangatmempertahankan pusaka bangsa dankhazanah negara agar dapat diwarisi

    oleh genarasi yang akan datang.

  • 7/28/2019 Folio Badan Berkanun

    8/10

    5. MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

    LATAR BELAKANG

    Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) lahir bersamasejarah Melaka. Walaupun, Melaka telah melalui zaman jatuh bangunnya,Perbandaran Melaka terus wujud. Pada tahun 1824, Perbandaran Melakadinamakan sebagai "The Town and The Fort of Malacca", ditadbir oleh"Comittee of Assessors" di bawah Kerajaan Inggeris.

    Pada tahun 1848, Akta East India XIX, telah menekankan supayadiwujudkan "Jawatankuasa Perbandaran" bagi menggantikan "TheCommittee of Assessors". Akta ini memperuntukkan lima orang Ahli Majlisyang diketuai oleh seorang "Resident Counsillor" yang dikenali sebagaiPesuruhjaya Perbandaran.

    Akta East India XXVII 1856 telah memberi kuasa kepada Pesuruhjaya-pesuruhjaya Perbandaran menjadi pemegang amanah dan bolehmendakwa dan didakwa. Pada 1 Januari 1887, Ordinan PerbandaranNegeri-negeri Selat telah meluluskan sempadan perbandaran seluas 1.4batu persegi dan diperluaskan kepada 4.2 batu persegi pada tahun 1930

    di bawah Akta 133 pada tahun 1913.

  • 7/28/2019 Folio Badan Berkanun

    9/10

    Pada 1 Januari 1977 melalui Akta 171 (1976), kawasan PerbandaranMelaka telah dicantumkan dengan Majlis Perbandaran Melaka BandarayaBersejarah (MPMBB) dengan kawasan pentadbirannya seluas 114.7 batupersegi (303 km persegi).

    MPMBB merupakan penggerak utama dalam menjadikan Melakasebagai sebuah bandaraya yang dinamik, maju dan indah. Kawasanpentadbirannya maju serentak dengan pembangunan di keseluruhannegeri Melaka, dimana tumpuan ditekankan kepada sektor-sektorpertanian, perindustrian dan yang terkini perlancongan.

    Pembangunan infrastruktur begitu menonjol sekali, menandingi negeriyang paling maju di Malaysia. Keadaan ini mempercepatkan aliran masukpelabur-pelabur untuk menanam modal lantas mewujudkan peluangperkerjaan kepada penduduk-penduduknya.

    Pada 15 April 2003, Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarahtelah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).Dengan pengiktirafan ini, MBMB akan mempertingkatkan lagi mutuperkhidmatan kepada masyarakat di Melaka khususnya dan parapelancong amnya. Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai sungguhluar biasa.

    Pada 1 Januari 2010, satu lagi Pihak Berkuasa Tempatan diwujudkaniaitu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). Kawasan pentadbiranMPHTJ ini meliputi 57.66 km persegi daripada kawasan pentadbiranMajlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Manakala kawasanpentadbiran baru MBMB pula bertambah sebanyak 30.86 km persegi.Keluasan kawasan MBMB kini adalah 277 km persegi.

    Logo

    Logo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah direka khas bagi menandakan

    bermulanya era Melaka diisytihar sebagai sebuah bandaraya bersejarah. Logomelambangkan satu kerjasama antara rakyat dan pentadbiran ke arah

  • 7/28/2019 Folio Badan Berkanun

    10/10

    pembangunan dan kemakmuran. Rekaan logo bertemakan peralihan sejarahdaripada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, keruntuhan,penjajahan dan kemunculan kembali ke era pembangunan moden menujuWawasan 2020.

    Moto

    Bandaraya Makmur Cabaran Kita

    Fungsi MBMB

    Merancang pembangunan bandaraya yang berterusan dan

    memperteguhkan fungsi-fungsi bandaraya sebagai pusat kebudayaan,

    komersil, pendidikan dan pentadbiran.

    Menjadikan Melaka sebuah bandaraya maju.

    Menjana aktiviti-aktiviti ekonomi melalui perancangan komersil,

    perindustrian, pelancongan dan sektor kewangan melalui dasar pelesenan

    yang bersepadu.

    Menjadikan Melaka sebagai sebuah 'Bandaraya Dalam Taman' dengan

    menanam pokok-pokok dan bungaan di sepanjang jalan serta kawasan

    awam dengan merekabentuk perabot, pencahayaan dan kaki lima jalandengan sempurna dan teratur.

    Memastikan kehidupan yang bersih dan sihat dengan memantau

    pembuangan sisa pepejal, sistem kumbahan serta pemotongan rumput

    dengan sempurna dan teratur.

    Membina dan menyelenggara pembangunan infrastruktur bagi memenuhi

    tuntutan sosial serta memperbaiki taraf hidup penduduk dan para

    pelancong.

    Merancang, menyelaras dan menjalankan program-program dan aktiviti-

    aktiviti kemasyarakatan dalam usaha mempromosikan masyarakat

    majmuk yang bersatu-padu dan harmoni.