garis panduan badan-badan berkanun

41
Faks:237605 KEMENTERIAN KEWANGAN Tel: 252692 Wisma Kewangan Bil: KEW(R)100-6/2Jld.3 88593 Kota Kinabalu Tarikh: 20 Mei 1999 Sabah, Malaysia. Semua Setiausaha Tetap Kementerian Negeri Sabah Semua Ketua Badan-Badan Berkanun Negeri Sabah SURAT PEKELILING KEMENTERIAN KEWANGAN BIL.3/99 GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN ENAKMEN BADAN-BADAN BERKANUN (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN) 1997 1. TUJUAN Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan mengenai penetapan peruntukan-peruntukan tertentu dalam perlaaksanaan enakmen Badan-Badan Berkanun (Peruntukan-Peruntukan Tambahan) 1997. 2. LATARBELAKANG 2.1. Enakmen Badan-Badan Berkanun (Peruntukan-Peruntukan Tambahan) 1997 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada bulan November 1997 dan diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri pada 24hb. Disember 1997. Enakmen ini telah dikuatkuasakan pada 1hb Januari 1998. 2.2. Enakmen penubuhan Badan-Badan Berkanun yang ada sebelum ini adalah agak longgar. Terdapat pula peruntukan-peruntukan tertentu di dalam Enaakmen-Enakmen berkenaan yang gagal dipatuhi oleh Badan-Badan Berkanun terutamanya yang berkaitan dengan peruntukan-peruntukan kewangan. Kelonggaran berkenaan di samping kegagalan pematuhan peruntukan-peruntukan tertentu adalah difikirkan di antara faktor yang menyumbang kepada tanggungan kerugian serta tunggakan hutang tidak berbayar yang agak besar jumlahnya yang dialami oleh Badan-Badan 1 of 41 29/06/2000 2:58 PM \\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm file:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Upload: dotruc

Post on 08-Feb-2017

680 views

Category:

Documents


36 download

TRANSCRIPT

Page 1: garis panduan badan-badan berkanun

Faks:237605 KEMENTERIAN KEWANGAN Tel: 252692 Wisma Kewangan Bil: KEW(R)100-6/2Jld.3 88593 Kota Kinabalu Tarikh: 20 Mei 1999 Sabah, Malaysia.

Semua Setiausaha Tetap Kementerian Negeri Sabah Semua Ketua Badan-Badan Berkanun Negeri Sabah

SURAT PEKELILING KEMENTERIAN KEWANGAN BIL.3/99

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN ENAKMEN BADAN-BADAN BERKANUN (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN) 1997

1. TUJUAN

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan mengenai penetapan peruntukan-peruntukan tertentu dalam perlaaksanaan enakmen Badan-Badan Berkanun (Peruntukan-Peruntukan Tambahan) 1997.

2. LATARBELAKANG

2.1. Enakmen Badan-Badan Berkanun (Peruntukan-Peruntukan Tambahan) 1997 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada bulan November 1997 dan diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri pada 24hb. Disember 1997. Enakmen ini telah dikuatkuasakan pada 1hb Januari 1998.

2.2. Enakmen penubuhan Badan-Badan Berkanun yang ada sebelum ini adalah agak longgar. Terdapat pula peruntukan-peruntukan tertentu di dalam Enaakmen-Enakmen berkenaan yang gagal dipatuhi oleh Badan-Badan Berkanun terutamanya yang berkaitan dengan peruntukan-peruntukan kewangan. Kelonggaran berkenaan di samping kegagalan pematuhan peruntukan-peruntukan tertentu adalah difikirkan di antara faktor yang menyumbang kepada tanggungan kerugian serta tunggakan hutang tidak berbayar yang agak besar jumlahnya yang dialami oleh Badan-Badan

1 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 2: garis panduan badan-badan berkanun

Berkanun berkenaan. Masalah ini mendesak Kerajaan Negeri memperkenalkan dan seterusnya menguatkuasakan Enakmen Badan- Badan Berkanun (Peruntukan-Peruntukan Tambahan) 1997 - sepertimana dilampiran 1.

HARGAILAH KEHIDUPAN ANDA JAUHILAH DADAH

3. GARIS PANDUAN MENGENAI PENETAPAN PERUNTUKAN PERUNTUKAN ERTENTU ENAKMEN BADAN-BADAN BERKANUN (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN) 1997

3.1. Kabinet Negeri Sabah didalam mesyuaratnya pad 24 mac, 1999 teleh meluluskan penetapan peruntukan-peruntukan tertentu dalam Enakmen bagi memudahkah penguatkuasaan/perlaksanaan.

3.2. Penetapan yang merupakan penurunan kuasa Kabinet secara umum dengan had-had tertentu kepada Pihak Berkuasa Kewangan Negeri dan Menteri masing-masing adalah melibatkan peruntukan-peruntukan 8(1)(a)(b)(c)(e); 9; 10(a)(b)(c)(e) dan 22(a)(b) enakmen berkenaan sepertimana diLampiran 11 dan 111.

4. PENGURUSAN PERAKAUNAN

4.1. Seksyen 4(5)(b)(c) dan (d) terkandung dalam Enakmen yang sama memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Kewangan Negeri untuk mengeluarkan arahan dari semasa ke semasa kepada Badan-Badan Berkanun Negeri berkenaan dengan bentuk penyata akaun hendak dikemukakan untuk diaaudit; dasar dan prinsip perakaunan untuk diikuti serta cara penyimpanan dan pelupusan rekod perakaunan. Sehubungan dengan peruntukan ini, Pihak Berkuasa Kewangan Negeri telah pun menetapkan peraturan-peraturan berkaitan untuk diikuti sepertimana diLampiran 1V.

5. PENGUATKUASAAN

5.1. Perlaksanaan penetapan bagi peruntukan 8(1)(a)(b)(c)(e), 9 dan 10(a)(b)(c)(d) adalah mulai dari tarikh ia diluluskan.

5.2. Perlaksanaan penetapan bagi peruntukan 10(e) dan 22(a)(b) adalah mulai dari taarikh ianya diluluskan dan untuk lantikan baru.

5.3. Perlaksanaan bagi peruntukan 4(5)(b)(c) dan (d) adalah mulai dari tarikh surat perkeliling ini.

6. PENINGKATAN PRESTASI BADAN-BADAN BERKANUN

2 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 3: garis panduan badan-badan berkanun

Adalah menjadi hasrat Kementerian ini dengan berkuatkuasanya Emal,em Badan- Badan Berkanun (Peruntukan-Peruntukan Tambahan) 1997 berserta ketetapan- ketetapan/peruntukan-peruntukan berkenaan, Badan-badan Berkanun Negeri akan berupaya mempertingkatkan prestasi masing-masing.

Sekian, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH"

(DATUK S.ABDILLAH HJ.HASSAN, JP) Setiausaha Tetap

s.k. Setiausaha Kerajaan Negeri Jabatan Ketua Menteri Tingkat 26 Bangunan Yayasan Sabah 88502 KOTA KINABALU

Peguam Besar Negeri Sabah Tingkat 9, Bangunan Yayasan Sabah, Teluk Likas, 88990 KOTA KINABALU

Jabatan Bendahari Negeri Wisma Kewangan Beg Berkunci No.2058 88595 KOTA KINABALU

Pengarah Audit Sabah, Jabatan Audit, KOTA KINABALU

Semua Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksaan dan Audit Badan-Badan Berkanun Negeri

Lampiran 1

ENAKMEN BADAN-BADAN BERKANUN (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN) 1997

3 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 4: garis panduan badan-badan berkanun

SUSUNAN SEKSYEN-SEKSYEN

BAHAGIAN 1 PERMULAAN Seksyen

1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian.

2. Tafsiran.

3. Ketidakkonsistenan dengan mana-mana undang-undang Negeri lain.

BAHAGIAN 11 AKAUN BADAN-BADAN BERKANUN

4. Had masa untuk mengemukakan akaun untuk diaudit.

5. Permohonan untuk lanjutan had masa.

6. Pengemukaan laporan kepada Menteri.

7. Menteri untuk menyebabkan penyata akaun dibentang di Dewan Undangan.

8. Sekatan atas tindakan badan-badan berkanun.

BAHAGIAN 111 SYARIKAT PEMEGANG ATAU SUBSIDIARI ATAU BERKAITAN

9. Penubuhan syarikat pemegang dan subsidiari.

10 Sekatan atas tindakan-tindakan

11. Penyata beraudit akaun syarikat pemegang atau sebsidiari atau berkaitan untuk dikemukakan kepada Menteri dan Pihak Berkuasa Kewangan Negeri.

12. Kuasa Menteri untuk mengarah penggulungan syarikat pemegang atau subsidiari atau penggantian atau pemindahan nominee atau pekerja.

(ii)

BAHAGIAN IV KEBERTANGGUNGJAWABAN KEWANGAN DAN KAWALAN

13. Tangungjawab ahli, pegawai dan pengkhidmat.

14. Tugas-tugas fidusiari umum.

4 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 5: garis panduan badan-badan berkanun

15. Larangan terhadap ahli dsb. saham pegangan.

16. Surcaj.

BAHAGIAN V KEPELBAGAIAN

17. Penyingkiran hak untuk didengar.

18. Kuasa untuk meminda Jadual.

19. Kesalahan-kesalahan.

20. Mengkompaun kesalahan-kesalahan.

21. Kuasa untuk mendakwa.

22. Arahan-arahan Kabinet.

JADUAL

Badan-Badan Berkanun 320 No.9 Tahun 1997 (peruntukan-Peruntukan Tambahan)

BAHAGIAN 1 PERMULAAN

Tajuk 1. (1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Badan-Badan ringkas. Berkanun (Peruntukan-Peruntukan Tambahan) 1997, dan hendaklah mula mula berkuatkuasa pada tarikh penyiarannya dalam Warta. berkuatkuasa dan pemakaian (2) Melainkan diperuntukkan sebaliknya dalamEnakmen ini, peruntukan-peruntukan dalam Enakmen ini adalah terpakai kepada semua badan berkanun yang disenaraikan dalam Jadual dan ahli- ahlinya dan orang-oarang lain dalam perkhidmatan badan-badan berkanun, dan hendaklah dibaca bersama dan ditafsirkan sekali dengan peruntukan-peruntukan undang-undang Negeri menurut mana badan berkanun itu diperbadankan.

Tafsiran. 2. Dalam Enakmen ini, melainkan konteks menghendaki makna yang lain-

"ahli" ertinya mana-mana orang yang dilantik sebagai ahli bagi badan berkanun atau sebagai pengarah atau Pemegang Amanah Lembaga badan berkanun tersebut menurut peruntukan undang-undang Negeri yang menubuhkan badan

5 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 6: garis panduan badan-badan berkanun

berkanun tersebut dan termasuklah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi;

"aset model" ertinya apa-apa harta tak alih dipunyai oleh badan berkanun, dan apa-apa saham, sekuriti, stok dan apa- apa bentuk pelaburan lain dalam mana-mana syarikat dipegang atau didaftarkan atas nama badan berkanun;

"badan berkanun" ertinya mana-mana badan korporat disenaraikan dalam Jadual yang diperbadankan menurut peruntukan undang-undang Negeri tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan;

Akta 372. "bank" ertinya mana-mana bank berlesen di bawah Akta Akta 276. Bank dan Institusi Kewangan 1989 atau di bawah Akta Bank Islam 1983 untuk mengusahakan perniagaan perbankan atau untuk mengusahakan bank perdagangan di Malaysia atau untuk menjalankan perniagaan bank persisir pantai di Wilayah Akta 443. Persekutuan Labuan di bawah Akta Bank Persisir Pantai 1990.

Badan-Badan Berkanun (Peruntukan-Peruntukan Tambahan) No.9 Tahun 1997 321

"hutang lapuk" ertinya apa-apa jumlah wang ditanggung oleh atau tertunggak, dihutang atau dibayar kepada, badan berkanun yang tidak boleh didapatkan semula atas apa jua pun sebab, dan termassuklah jumlah yang dibelanjakan oleh badan berkanun atas apa-apa projek atau pelaburan yang telah ditinggalkan, gagal atau rugi;

"institusi kewangan" ertinya mana-mana syarikat berlesen di bahawa Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, untuk Akta 372 mengusahakan perniagaan syarikat kewangan atau untuk mengusahakan perniagaan berjadual sebagaimana ditafsirkan di bawah Akta tersebut;

"Ketua Audit Negara" ertinya Ketua Audit Negara Persekutuan dilantik di bawah Perkara 105 (1) Perlembagaan Persekutuan, dan termasuklah mana-mana orang bertindak bagi pihaknya atau menurut kuasa dikeluarkan olehnya;

"Ketua Pegawai Eksekutif", berhubung dengan badan berkanun, ertinya pegawai utama eksekutif, dengan apa- apapun nama atau stail diberikan, yang bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan hari ke hari badan berkanun tersebut;

6 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 7: garis panduan badan-badan berkanun

"Menteri", berhubung dengan badan berkanun, ertinya Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab bagi badan berkanun;

"pegawai perakaunan", ertinya akauntan, pengawal kewangan atau mana-mana pegawai lain yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima, jagaan, pelupusan atau perakaunan bagi wang suatu badan berkanun;

"Pengerusi", berhubung dengan badan berkanun, ertinya Pengerusi uang dilantik menurut peruntukan undang-undang Negeri di bawah mana badan berkanun itu diwujudkan atau ditubuhkan;

"Pihak Berkuasa Kewangan Negeri", hendaklah mempunyi erti yang sama sebagaimanan diperuntukkan untuk ungkapan tersebut dalam Akta Acara Kewangan 1957; Akta 61 "Syarikat" hendaklah mempunyi erti yang sama diperuntukkan untuknya dalam seksyen 4(1) Akta Syarikat Akta 125 1965 dan termasuklah syarikat dan perbadanan asing sebagaimana ditafsirkan dalam seksyen Akta tersebut;

"syarikat berkaitan", berhubung dengan badan berkanun.

Badan-Badan Berkanun 322 No.9 Tahun 1997 (Peruntukan-Peruntukan Tambahan)

Hendaklah mempunyi erti yang sama sebagaimana Akta 125. diperuntukkan untuknya dalam seksyen 6 Akta Syarikat 1965; Akta 125. "syarikat pemegang" hendaklah pempunyi erti yang sama sebagaimana diperuntukkan untuknya dalam seksyen 5 Akta Akta 125. Syarikat 1965 dan termasuklah syarikat di mana badan berkanun memegang atau memperolehi agregat, secara langsung atau tak langsung, lebih daripada separuh saham syarikat berdasarkan kepada modal berbayar syarikat tersebut; dan

"Timbalan Pengerusi", berhubung dengan badan berkanun, ertinya Timbalan Pengerusi dilantik menurut peruntukan undang-undang Negeri di bawah mana badan berkanun tersebut diwujudkan atau ditubuhkan.

Ketidak- 3. Jika terdapat apa-apa ketidakkonsistenan di antara peruntukan- konsistenan peruntukan dalam Enakmen ini dan undang-undang Negeri menurut dengan mana badan berkanun intyu diperbadankan, peruntukaan-peruntukan ana-mana Enakken ini hendaklah mengatasi dan undang-undang Negeri itu undang- hendaklah, setakat mana ianya tidak onsisten, menjadi tidak sah.

7 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 8: garis panduan badan-badan berkanun

undang Negeri lain. BAHAGIAN 11 AKAUN BADAN-BADAN BERKANUN

Had masa 4. (1) Tiap-tiap badan berkanun hendaklah menyimpan atau untuk menyebabkan untuk sisimpan akaun yang sepatutnya dan rekod- mengemuka rekod lain berkenaan dengan operasinya menurut prinsip-prinsip kan akaun dan amalan-amalan perakaunan komersil yanng diterima secara untuk umum dan hendaklah menyebabkan untuk disediakan penyata diaudit. akaunnya berkenaan dengan tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah, tidak lewat daripada 31 Julai tiap-tiap tahun atau apa- apa tempoh lanjutannya sebagaimana diberikan secara bertulis oleh Pihak Berkuasa Kewangan Negeri menurut seksyen 5, mengemukakan akaunnya bagi tahun kewangan yang terdahulu kepada Ketua Audit Negara untuk diaudit.

Badan-Badan Berkanun (Peruntukan-Peruntukan Tambahan) No.9 Tahun 1997 323

(2) Salinan penyata akaun dirujuk dalam subseksyen (1) hendaklah juga dikirim oleh badan berkanun kepada Pihak Berkuasa Kewangan Negeri dalam tempoh masa yang sama diperuntukkan padanya.

(3) Ketua Audit Negara hendaklah menyebabkan penyata akaun untuk diaudit, dan boleh membenarkan mana-mana orang yang dilantik olehnya untuk mengusahakan, atas perbelanjaan badan tersebut, audit penyata akaun itu bagi pihak Ketua Audit Negara atau di bawah arahannya.

(4) Peruntukan-peruntukan Akta Audit 1957 hendaklah terpakai Akta 62. kepada audit akaun bagi tiap-tiap badan berkanun.

(5) Pihak Berkuasa Kewangan Negeri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan kepada badan-badan berkanun berkenaan dengan--- (a) cara mana buku dan akaun hendak disimpan. (b) bentuk penyata akaun hendak dikemukakan untuk diaudit; (c) dasar dan prinsip perakaunan untuk diikuti dan (d) penyimpanan dan pelupusan rekod perakaunan 5. (1) Apabila sesuatu badan berkanun tidak dapat Permohonan mengemukakan akaunnya bagi tahun kewangan yang terdahulu untuk untuk diaudit tidak lewat daripada 31 Julai tiap-tiap tahun, ia lanjutan had hendaklah, sebelum tamat had masa tersebut, memohon secara masa bertulis kepada Pihak Berkuasa Kewangan Negeri bagi lanjutannya dengan menyatakan alasan-alasan atau sebab-sebab untuk menyokong permohonan tersebut.

8 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 9: garis panduan badan-badan berkanun

(2) Apabila sesatu badan berkanun memohon di bawah subsekysen (1) bagi lanjutan had masa untuk mengemukakan akaunnya untuk diaudit, Pihak Berkuasa Negeri jika berpuashati dengan alasan-alasan atau sebab-sebab permohonan itu, boleh memberikan lanjutan had masa itu sebagaimana dianggap perlu tetapi lanjutan tersebut hendaklah tidak bagaimanapun juga melebihi tempoh tiga bulan dalam agregatnya berkenaan dengan tiap-tiap tahun kewangan, dan badan berkanun itu hendaklah mengemukakan penyata akaunnya untuk diaudit dalam had masa sebagaimana dilanjutkan.

Badan-Badan Berkanun 324 No.9 Tahun 1997 (Peruntukan-Peruntukan Tambahan)

Pengemukaan 6. (1) Tiap-tiap badan berkanun hendaklah, berkenaan dengan laporan tiap-tiap tahun kewangan dan dalam masa sebulan selepaskepada Menteri penerimaan penyata akaun berauditnya dan laporan Ketua Audit Negara mengenainya, jika ada, mengemukakan akaun itu kepada Menteri berserta dengan laporan aktiviti-aktivitinya.

(2) Apabila Ketua Audit Negara dalam laporannya menyatakan apa-apa kekurangan, keluarbiasaan dan abnomali dalam akaun sesuatu badan berkanun, Ketua Pegawai Eksskutif hendaklah mengemukakan, berserta dengan laporan Ketua Audit Negara, suatu penerangan bagi kekurangan, keluarbiasaan dan abnomali tersebut dan tindakan yang diambil atau yang akan diambil oleh badan berkanun itu untuk pemperbetulkan akaun itu kepada Menteri.

(3) Salinan laporan dan penerangan yang dirujuk dalam subseksyen-sebsekysen (1) dan (2) hendaklah juga dihantar oleh badan berkanun itu kepada Pihak Berkuasa Kewangan Negeri yang akan membawa ke pengetahuan Menteri apa-apa ketidakcekapan atau kecuaian berulang dilakukan oleh pegawai-pegawai badan berkanun itu dalam melaksanakan tugas-tugas kewangan mereka untuk tindakan yang wajar diambil di bawah seksyen 16.

Menteri 7. Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik atas untuk penerimaan penyata akaun yang beraudit, laporan Ketua Audit menyebabkan Negara mengenainya, jika ada, dan laporan kegiatan-kegiatan badan penyata berkanun dan peneraaangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dirujuk akaun dalam seksyen 6, menyebabkan penyata akaun dibentangkan di beraudit Dewan Undangan. dibentang di Dewan 8. (1) Sesuatu badan berkaunn tidak boleh, tanpa kelulusan Undangan bertulis telebisebagaimana diarahkan oleh Kabinet secara umum atau

(a) mengusahakan atau membenarkan pengusahaan apa- Sekatan atas apa kerja atau khidmat atau belian melebihi suatu jumlah tindakan sebagaimana siarahkan oleh Kabinet secara umum atau

9 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 10: garis panduan badan-badan berkanun

badan-badan dalam hal tertentu; berkanun (b) melupuskan apa-apa aset modalnya dengan nilai pasaran melebihi suatu jumlah sebagaimana yang diarahkan oleh Kabinet secara umum atau dalam hal-hal tertentu;

Badan-Badan Berkanun (Peruntukan-Peruntukan Tambahan) No.9 Tahun 1997 325

(c) membatalkan hutang lapuk atau apa-apa tunggakan hasil melebihi jumlah yang diarahkan oleh Kabinet;

(d) membenarkan pengambilalihan, pembubaran atau penggulungan (kecuali dalam kes penggulungan wajib oleh Mahkamah atau pemiutang-pemiutangnya) mana- mana syarikat pemegang atau subsidiarinya;

(e) memeterai mana-mana perjanjian kerjasama melibatkan mana-mana tanah yang terletak hak kepada badan berkanun itu atau diberimilik kepadanya oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan melaksanakan tugas-tugasnya atau menjalankan fungsi-fungsinya di bawah undang-undang Negeri menurut mana ianya diperbaaadankan; dan

(f) memberikan pinjaman, kemudahan kredit atau bantuan kewangan kepada mana-mana ahlinya atau Pengarah mana-mana syarikat pemegang atau subsidiari atau berkaitannya.

(2) Tiada butiran pendapatan yang tertunggak susuatu badan berkanun boleh dibawa ke subtajuk pendapatan sebaaagai suatu caj terhadap pendahuluan atau akaun tergantung sebelum pungutan amaun itu.

(3) Tiada pendapatan sesuatu badan berkanun yang dipungut dalam mana-mana satu tahun boleh sisimpan sebagai deposit atau dipegang dalam penggantungan dengan tujuan untuk memindahkannya ke pendapatan tahun berikutnya.

BAHAGIAN III SYARIKAT PEMEGANG ATAU SUBSIDIARI ATAU BERKAITAN BADAN-BADAN BERKANUN

9. Tiada badan berkanun boleh dibenarkan untuk menubuhkan Penubuhan mewujudkan atau memperbadankan mana-mana syarikat pemegang syarikat atau subsidiari tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Kabinet. pemegang dan 10. Tiada badan berkanun boleh, tanpa kelulusan bertulis daripada subsidiari

10 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 11: garis panduan badan-badan berkanun

Kabinet-- sekatan atas (a) menyebabkan penambahan atau pengurangan modal tindakan keluaran atau berbayar mana-mana syarikat pemegang tindakan atau subsidiari; atau bekaitan

Badan-Badan Berkanun 326 No.9 Tahun 1997 Peruntukan-Peruntukan Tambahan)

(b) membenarkan pinjaman oleh mana-mana syarikat pemegang atau subsidiari melebihi suatu had yang mana Menteri boleh, selepas berbincang dengan Pihak Berkuasa Kewangan Negeri, menentukan secara umum atau dalam apa-apa kes tertentu atau daripada sumber selain daripada bank atau insitusi kewangan;

(c) menggereenti atau memberikan apa-apa bentuk skuriti bagi apa-apa pinjaman, tanggungan atau obligasi, kontraktual atau sebaliknya, mana-mana syarikat pemegang atau subsidiari atau berkaitannya;

(d) melantik atau menyebabkan untuk dilantik mana-mana perunding, kontraktor, pengurus projek atau penasihat profesional untuk mengusahakan atau melaksanakan apa-apa kerja, projek atau skim yang dibiayai oleh wang diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri atau mana-mana pinjaman atau kemudahan kredit berkenaan dengan mana Kerajaan telah memperuntukkan sekuriti dalam apa-apa bentuk sekalipun;

(e) menyebabkan atau membenarkan mana-mana ahli dan nominee dalam Lembaga Pengarah daripada mana-mana syarikat pemegang atau subsidiari atau berkaitannya, untuk dibayar atau menerima gaji, elaun atau keistimewaan lain melebihi jumlah yang diluluskan oleh Kabinet;

(f) menyebabkan atau membenarkan mana-mana pegawai atau pekerjanya untuk memperolehi atau memegang, secara langsung atau tak langsung, apa-apa saham dalam mana-mana syarikat pemegang atau subsidiari atau berkaitannya; dan

(g) menyebabkan atau membenarkan mana-mana syarikat pemegang atau subsidiari atau berkaitannya untuk bercantum atau bersatu dengan syarikat lain yang bukan syarikat pemegang, subsidiari atau berkaitan badan berkaitan itu.

11 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 12: garis panduan badan-badan berkanun

Badan-Badan Berkanun (Peruntukan-Peruntukan Tambahan) No.9 Tahun 1997 327

11. (1) Tiap-tiap badan berkenaan hendaklah mengemukakan Penyata kepada Menteri dan Pihak Berkuasa Kewangan Negeri penyata beraudit akaun beraudit syarikat pemegang atau subsidiari atau berkaitannya akaun dalam tempoh tujuh bulan selepas akhir tahun kewangan syarikat syarikat tersebut. atau subsidiari (2) Menteri atau Pihak Berkuasa Kewangan Negeri boleh meminta atau Ketua Pegawai Elselitif sesuatu badan berkanun untuk berkaitan membekalkan kepadanya apa-apa penerangan atau penjelasan untuk sebagaimana dia anggap perlu ke atas penyata akaun beraudit mana- dikemuka- mana syarikat pemegang atau subsidiari atau berkaitan badan kan kepada berkanun tersebut. Menteri dan Pihak (3) Menteri boleh meminta Ketua Pegawai Elselitif sesuatu Berkuasa badan berkanun untuk membekalkan kepadanya untuk pemeriksaan Kementerian olehnya atau Pihak Berkuasa Kewangan Negeri apa-apa penyata Kewangan kewangan atau rekod perakaunan mana-mana syarikat pemegang Negeri. atau subsidiari atau berkaaitan badan berkanun tersebut.

(4) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mematuhi permintaan Menteri atau Pihak Berkuasa Kewangan Negeri yang dibuat menurut subseksyen (2) atau (3) seberapa segara yang praktik.

12. (1) Apabila Menteri berpendapat bahawa mana-mana Kuasa syarikat pemegang atau subsidiari sesuatu badan berkanun--- Menteri untuk (a) adalah tak solven atau tidak berupaya untuk membayar mengarah hutang-hutangnya; penggulungan syarikat (b) terdapad luar aturan dalam pengurusan hal-ehwalnya; pemegang atau atau subsidiari (c) telah gagal untuk mengemukakan akaunnya untuk diaudit atau mengikut peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965 penggantian atau menurut kehendak-kehendak Enakmen ini, atau Menteri boleh dengan perintah mengarahkan badan berkanun itu--- pemindahan nominee atau (i) mengambil langkah untuk menggulung syarikat pekerja pemegang atau subsidiari tersebut; Akta 125

(ii) untuk menggantikan atau memecat mana-mana nomi- nee dalam Lembaga Pengarah syarikat pemegang atau subsidiari tersebut, yang bertanggungjawab bagi luar aturan tersebut;

12 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 13: garis panduan badan-badan berkanun

(iii) untuk menghendaki nomiee-nomineenya dalam Lembaga Pengarah syarikat pemegang atau subsidiari meminta Lembaga Pengarah untuk mengambil tindakan

Badan-Badan Berkanun 328 No.9 Tahun 1997 (Peruntukan-Peruntukan Tambahan)

tatatertib terhadap mana-mana pegawai atau pekerja yang bertanggungjawab bagi luar aturan tersebut dengan pandangan untuk menamatkan pekerjanya; atau

(iv) untuk mengambil apa-apa tindakan yang dianggap wajar oleh Menteri menurut keadaan kes itu.

(2) Badan berkanun yang mana perintah telah dikeluarkan oleh Menteri menurut subseksyen (1) hendaklah mematuhi arahan- arahan yang terkandung dalam perintah tersebut dengan seberapa segera yang praktik.

(3) Badan berkanun itu hendaklah melaksanakan semua hak mengundi yang disertakan dengan saham-saham yang ia pegang dalam syarikat pemegang atau subsidiari yang berkenaan untuk memastikan bahawa terma-terma atau kehendak-kehendak perintah yang dikeluarkan oleh Menteri dipatuhi.

(4) Jika mana-mana badan berkanun gagal untuk mematuhi perintah tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif dan tiap-tiap ahli badan berkanun utu hendaklah diputuskan bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau diganggung oleh Kerajaan, badan berkanun atau syarikat pemegang dan subsidiari di mana perintah berkaitan.

BAHAGIAN IV KEBERTANGGUNGJAWAPAN DAN KAWALAN KEWANGAN

Tanggung- 13. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab tiap-tiap ahli badan jawab ahli berkanun, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan pengkhidmat- pegawai pengkhidmatnya untuk mematuhi peruntukan-peruntukan Enakmen pengkhi. ini dan mana-mana arahan dibuat di bawahnya dan apa-apa petunjuk berhunung dengan prosedur kewangan atau perakaunan sebagaimana boleh dikeluarkan oleh Pihak Kewangan Negeri dari semasa ke semasa.

Tugas-tugas 14. (1) Seseorang ahli badan berkanun hendaklah pada sepanjang fidusiari masa bertindak secara jujur dan menggunakan usaha yang berpatutan umum. dalam melaksanakan tugas-tugas jawatannya.

13 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 14: garis panduan badan-badan berkanun

Akta 125 (2) Seksyen-seksyen 131.132(1),132E dan 133(1) Akta syarikat 1965 hendaklah terpakai kepada semua ahli sesuatu badan berkanun

Badan-Badan Berkanun (Peruntukan-Peruntukan Tambahan) No. 9 Tahun 1997 329

dalam cara yang sama dan takat yang sebagiamana ianya terpakai kepada Pengarah Syarikat.

15. (1) Tiada ahli, pegawai, pekerja atau pengkhidmat sesuatu Larangan badan berkanun boleh, tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu terhadap ahli daripada Kabinet--- dsb saham (a) memperolehi , memohon untukan atau menyebabkan pemegang untuk dikeluarkan kepadanya, sama ada secara langsung atau tak langsung, apa-apa daham atau kepentingan dalam mana-mana syarikat pemegang atau subsidiari atau berkaitan badan berkanun tersebut;

(b) memeterai mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan badan berkanun tersebut atau dengan mana-mana syarikat pemegang atau subsidiari badan berkanun tersebut;

(c) memperolehi, secara langsung atau tak langsung, apa- apa aset, ahli tak alih, badan berkanun itu atau syarikat pemegang atau subsidiari atau berkaitan badan berkanun tersebut; atau

(d) mengakujanji untuk menyediakan atau menjalankan apa-apa kerja atau memberikan apa-apa perkhidmatan dalam apa-apa bentuk sekalipun kepada badan berkanun tersebut atau mana-mana syarikat pemegang atau subsidiari atau berkaitan badan berkanun tersebut.

(2) Apa-apa perolehan, kontrak, akujanji atau untukan dibuat bertentangan dengan subseksyen (1) hendaklah terbatal atas kehendak badan berkanun itu atau syarikat pemegang atau subsidiari atau berkaitannya, mengikut mana yang berkenaan.

(3) Tanpa menyentuh subseksyen (2), mana-mana ahli yang melanggar subseksyen (1) hendaklah ditarik balik perlantikannya oelh pihak berkuasa yang melantiknya, dan perkhidmatan mana- mana pegawai, pekerja atau pengkhidmat badan berkanun itu yang bertindak bertentangan subseksyen (1) boleh, walauapun peruntukan dalam terma-terma pelantikannya dengan badan berkanun, ditamatkan menurut prosedur yang diperuntukkan dalam Peratuaran-Peraturan (Kelakuan dan Tatatertib) Badan-Badan G N No S3

14 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 15: garis panduan badan-badan berkanun

Berkanun 1995. tahun 1995

Badan-Badan Berkanun 330 No. 9 Tahun 1997 (Peruntukan-Peruntukan Tambahan)

Surcaj 16. (1) Jika sesuatu badan berkanun berpendapat bahawa mana- mana orang yang sedang atau teleh dalam pekerjaannya--

(a) gagal atau cuai untuk memungut apa-apa wang yang dibayar kepada badan berkanun itu yang pungutannya dia adalah atau teleh bertanggungjawab,

(b) adalah atau teleh bertanggungjawab bagi apa-apa bayaran daripada kumpulan wang badan berkanun tersebut wang yang sepatutnya tidak harus dibuat atau bagi apa-apa bayaran wang yang tidak diluluskan sewajarnya atau yang tidak dibayar oleh badan berkanun tetapi kerana kecuaiannya;

(c) adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tak langsung, bagi apa-apa kekurangan, kerosakan apa-apa wang, stem, sekuriti, barangan, atau harta lain badan berkanun itu;

(d) menjadi atau teleh pernah menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod dengan sewajarnya; atau

(e) telah gagal untuk membuat apa-apa bayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi kelewatan yang tidak munasabah dalam bayaran wang daripada kumpulan wang badan berkanun itu kepada mana-mana orang yang mana bayaran tersebut adalah kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau persetujuan dibuat antara orang tersebut dan badan berkanun itu,

badan berkanun iitu hendaklah menyampaikan kepadanya satu notis bertulis memanggilnya untuk menunjuk sebab kenapa dia tidak boleh disurcaj, dan jika penerangan yang memuaskan hati, tidak diberikan kepada badan berkanun dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis tersebut berkenaan dengan kegagalan memungut, bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, bayaran yang tidak diluluskan sewajarnya, kekurangan atau kerosakan, atau kegagalan untuk menyimpan akaun dan rekod sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat bayaran, atau kelewatan dalam membuat bayaran, badan berkanun itu boleh surcaj orang tersebut suatu jumlah yang tidak melebihi amaun mana-mana jumlah yang tidak dipungut tersebut, apa-apa bayaran, kekurangan, atau kerugian

15 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 16: garis panduan badan-badan berkanun

Badan-Badan Berkanun (Peruntukan-Peruntukan Tambahan) No. 9 Tahun 1997 331

atau nilai harta yang musnah, mengikut mana yang berkenaan, dan berkenaan dengan kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod dengan sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat bayaran atau kelewatan dalam membuat bayaran, badan berkanun itu boleh, dengan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kewangan Negeri, surcaj orang tersebut suatu jumlah yang dianggap sesuai oleh badan berkanun itu

(2) Badan berkanun itu hendaklah memberitahu sewajarnya orang yang hendak disurcaj di bawah subseksyen (1) dan amaun disurcaj. Salinan notis tersebut hendaklah diberikan dengan serta- merta kepada Menteri dan Pihak Berkuasa Kewangan Negeri.

(3) Badan berkanun itu boleh dengan kelulusan Pihak Berkuasa Kewangan Negeri, pada bila-bila masa menarik balik mana-mana surcaj berkenaan dengan mana penerangan yang memuaskan telah diterima atau jika didapati sebaliknya bahawa tiada surcaj sepatutnya dibuat, dan banan berkanun itu hendaklah dengan serta-merta menyebabkan orang itu diberitahu tentang penarikan balik tersebut. (4) Amaun mana-mana surcaj dibuat di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarikbalik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang kena dibayar kepada badan berkanun itu daripada orang yang terhadapnya surcaj dibuat dan boleh dituntut dan didapatkan kembali di mana-mana Mahkamah sebagai guaman badan berkanun dan juga boleh didapatkan dengan memotong--

(a) daripada gaji orang yang dicurcaj itu jika diarahkan demikian oleh badan berkanun;

(b) daripada pencen orang yang disurcaj, jika badan berkanun dengan kelulusan daripada Menteri arahkan demikian, dengan bayaran bulanan yang sama tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji bulanan atau pencen orang tersebut, mengikut mana yang berkenaan;

(c) daripada ganjaran atau kemudahan bersara yang lain orang tersebut jika badan berkanun, dengan kelulusan daripada Menteri, arahkan demikian; atau

(e) daripada apa-apa wang yang kena dibayar oleh badan berkanun itu kepada orang yang disurcaj itu.

16 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 17: garis panduan badan-badan berkanun

Badan-Badan Berkanun 332 No. 9 Tahun 1997 ( Peruntukan-Peruntukan Tambahan)

BAHAGIAN V KEPELBAGAIAN

Penyingkiran 17. Walaupun peruntukan mana-mana undang-undang hak untuk bertulis, tiada peluang untuk didengar boleh diberikan kepada didengar, mana-mana ahli badan berkanun sebelum Yang di-Pertuan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa melantik menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri menurut mana badan berkanun itu diperbadankan atau ditubuhkan untuk membatalkan perlantikannya sebagai ahli badan berkanun itu.

Kuasa utnuk 18. Menteri Kewangan boleh dengan perintah disiarkan dalam meminda Warta meminda Jadual. Jadual 19. (1) Apabila seorang ahli, Ketua Pegawai Eksekutif, mana- Kesalahan- mana pegawai, pekerja atau pengkhidmat mana-mana badan kesalahan. berkanun melanggar mana-mana peruntukan Enakmen ini, dia adalah melalukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, atas sabitan denda tidak melebihi lima puluh tibu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2) Apabila sesuatu badan berkanun melanggar mana-mana peruntukan Enakmen ini, tiap-tiap orang yang pada masa itu adalah ahli atau Ketua Pegawai Eksekutif badan berkanun tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, atas sabitan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, melainkan dia membuktikan bahawa pelanggaran tersebut telah dilakukan tanpa pengetahuan atau keizinannya atau tidak berkaitan dengan mana-mana kecuaian di pihaknya.

Mengkom- 20. (1) Ketua Menteri boleh mengkompaun apa-apa kesalahan paun di bawah Enakmen ini dengan membuat tawaran bertulis kepada kesalahan- oarang berkanaan untuk mengkompaun kesalahan itu atas bayaran kesalahan. kepada Kerajaan Negeri suatu amaun tidak melebihi denda maksimum kesalahan tersebut dalam suatu tempoh sebagaimana dinyatakan dalam tawaran tersebut.

(2) Kesalahan yang boleh dikompaun di bawah subseksyen (1) hendaklah yang hanya berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan bagi kali pertama.

Badan-Badan Berkanun ( Peruntukan-Peruntukan Tambauah) No. 9 Tahun 1997 333

17 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 18: garis panduan badan-badan berkanun

(3) Tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan apabila amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Menteri, pendakwaan bagi kesalahan boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap oraang yang kepadanya tawaran telah dibuat.

(4) Apabila amaun dinyatakan dalam tawaran itu dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Meteri, tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan tersebut 21. Pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran kompaun telah dibuat. Kuasa untuk dilakukan di bawah Enakmen itu boleh dijalankan oleh Peguam mendakwa. Besar Negeri atau seorang anggota yang berkelayakan undang- undang di Kamarnya.

22. Kabinet boleh memberi arahan secara umum bagi tujuan Arahan- menjalankan peruntukan-peruntukan Emal,em ini, dan khususnya, arahan tanpa menyentuh keluasan makna peruntukan-peruntukan itu, Karbinet. arahan terebut boleh memperuntukkan bagi semua atau mana- mana perkara berikut;

(a) gaji, fee, elaun dan keistimewaan ahli-ahli mana-mana badan berkanun;

(b) gaji, fee, elaun dan keistimewaan ahli-ahli Lembaga Pengarah bagi mana-mana syarikat pemegang atau subsidiari badan berkanun;

(c) terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berhubung dengan gaji, elaun, keistimewaan, waktu bekerja dan kemudahan-kemudahan lain bagi pegawai, pekerja dan pengkhidmat mana-mana badan berkanun; (d) jumlah apa-apa kerja, perkhidmatan atau belian yang mana sesuaatu badan berkanun tidak boleh usahakan tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Kabinet;

Badan-Badan Berkanun 334 No. 9 Tahun 1997 (Peruntukan-Peruntukan Tambahan)

18 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 19: garis panduan badan-badan berkanun

(e) nilai pasaran mana-mana asetnya yang mana sesuatu badan berkanun tidak boleh melupus tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Kabinet;

(f) jumlah apa-apa hutang lapuk atau tunggakan hasil yang mana sesuatu badan berkanun tidak boleh batalkan tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Kabinet;

(g) kuasa, tugas dan tanggungjawab ahli-ahli lembaga pengurusan atau pemegang amanah dan pegawai- pegawai, pekerja-pekerja dan pengkhidmat-pengkhidmat mana-mana badan berkanun berhubung dengan akaun- akaun dan tekod-rekod lain operasi badan berkanun tersebut atau mana-mana syarikat pemegang atau subsidiari atau berkaitan;

(h) perlantikan perunding, penasihat profesional, kontraktor dan pengurus projek oleh mana-mana badan berkanun, syarikat-syarikat pemegang atau subsidiarinya;

(i) pelupusan aset modal oleh mana-mana badan berkanun; dan

(j) pembatalan hutang-hutang lapuk dan kerugian-kerugian lain mana-mana badan berkanun;

Badan-Badan Berkanun (Perunbtukan-Peruntukan Tambahan) No. Tahun 1997 335

JADUAL (Seksyen 2)

Senarai Badan-Badan Berkanun

1. Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN);

2. Korporasi Pembangunan Desa (KPD);

3. Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar;

4. Majlis Ugama Islam Sabah;

5. Lembaga Tabung Getah;

6. Perbadanan Pinjaman Sabah;

7. Lembaga Kebudayaan Sabah;

8. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sabah;

19 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 20: garis panduan badan-badan berkanun

9. Perbadanan Tenaga Sabah;

10. Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah;

11. Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah;

12. Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah;

13. Lembaga Sukan Sabah;

14. Perbadanan Kemajuan Pelancongan Sabah;

15. Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah;

16. Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah; dan

17. Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Fuad.

DIPERAKUKAN oleh saya sebagai salinan Rang Undang- Undang yang tulin yang teleh diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada hari Selasa, 18hb. November 1997.

DATUK FRANCIS T.N. YAP, Timbalan Speaker. Dewan Undangan Negeri.

Lampiran 11

PERUNTUKAN PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TERTENTU ENAKMEN BADAN-BADAN BERKANUN (PERUNTUKAN- PERUNTUKAN TAMBAHAN) 1997

1. Peruntukan 8(1)(a) adalah tertakluk kepada:

20 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 21: garis panduan badan-badan berkanun

PIHAK BERKUASA HAD KUASA

Kabinet RM 10 juta dan keatas

Pihak Berkuasa KewanganNegeri

Melebihi RM2 juta hinggakurang dari RM10 juta

Menteri masing-masing RM2 juta dan kebawah

2. Peruntukan 8(1)(b) adalah tertakluk kepada:

21 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 22: garis panduan badan-badan berkanun

PIHAK BERKUASA HAD KUASA

Kabinet RM10 juta dan keatas

Pihak Berkuasa KewanganNegeri

Melebihi RM2 juta hingga kurang dan RM10 juta

Menteri masing-masing RM2 juta dan kebawah

3. Peruntukan 8(1)(c) adalah tertakluk kepada:

22 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 23: garis panduan badan-badan berkanun

PIHAK BERKUASA HAD KUASA

Kabinet RM5 juta dan kereta

Pihak Berkuasa KewanganNegeri

Melebihi RM5,000 hingga kurang dari RM5 juta

Menteri masing-masing RM5,000 dan kebawah

4. Peruntukan 8(1)(e) adalah tertakluk kepada:

23 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 24: garis panduan badan-badan berkanun

PIHAK BERKUASA HAD KUASA

Kabinet RM10 juta dan keatas

Pihak Berkuasa KewanganNegeri

Melebihi RM5 juta hingga kurang dari RM10 juta

Menteri masing-masing RM5 juta dan kebawah

5. Peruntukan 9 adalah tertakluk kepada: 5.1. Kuasa Kabinet di bawah seksyen ini keseluruhannya diperuntukan kepada Pihak Berkuasa Kewangan Negeri.

Peruntukan 10(a) adalah tertakluk kepada:

6.1. Kuasa Kabinet keseluruhannya di bawah seksyen ini diperutukkan kepada Pihak Berkuasa Kewangan Negeri.

7. Peruntukan 10(b) adalah tertakluk kepada:

24 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 25: garis panduan badan-badan berkanun

PIHAK BERKUASA HAD MASA

Kabinet RM10 juta dan keatas

Pihak Berkuasaa KewanganNegerii

Melebihi RM2 juta hinggakurang dari RM10 juta

Menteri masing-masing RM2 juta dan kebawah

8. Peruntukan 10(c) adalah tertakluk kepada:

25 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 26: garis panduan badan-badan berkanun

PIHAK BERKUASA HAD KUASA

Kabinet RM10 juta keatas

Pihak Berkuasa KewanganNegeri

Melebihi RM2 juta hinggakurang dari RM10 juta

Menteri masing-masing RM5 juta dan kebawah

9. Peruntukan 10(d) adalah tertakluk kepada:

Kuasa Kabinet di bawah seksyen ini dipertuturan keseluruhannya kepada Pihak Berkuasa Kewangan Negeri selaras dengan Arahan Perbandaharaan bil.186.

10. Peruntukan 10(e) adalah tertakluk kepada:

26 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 27: garis panduan badan-badan berkanun

PIHAK BERKUASA HAD KUASA

KabinetRM1,000 sebulan atauRM12,000 setahun dan Keatas.

Pihak Berkuasaa KewanganNegeri

RM200 sebulan atauRM2,400 setahun sehinggakurang dari RM1,000 sebulanatau RM12,000 setahun.

11. Peruntukan 22(a) berkait dengan gaji, fee, elaun dan keistimewaan ahli-ahli mana-mana Badan Berkanun tertakluk kepada peraturan-peratuaran dan kadar- kadar sepertimana diLampiran 111.

12. Peruntukan 22(b) adalah tertakluk kepada:

27 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 28: garis panduan badan-badan berkanun

PIHAK BERKUASA HAD KUASA

KabinetRM1,00 sebulan atauRM12,000 setahun dan Keatas

Pihak Berkuasa KewanganNegeri

RM200 sebulan atauRM2,400 setahun sehingga kurang dari RM1,000 sebulan atauRM12,000 setahun.

Lampiran IV

Bentuk dan Standard Penyata Kewangan

Pemakaian Am Dan Definasi

1. Seksyen 4(5)(b) dan (c), Enakmen Badan-Badan Berkanun (Peruntukan-Peruntukan Tambahan 1997) memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Kewangan Negeri untuk mengeluarkan arahan dari masa ke semasa kepada badan-badan berkanun berkenaan dengan bentuk penyata akaun hendak dikemukakan untuk diaudit serta dasar dan prinsip perakaunan untuk diikuti.

2. Garis panduan ini dikeluarkan berdasarkan Seksyen 4 (5) (b) dan (c) tersebut untuk meneraangkan secara am ciri-ciri atau 'norms' bagi penyediaan penyata kewangan oleh badan-badan berkanun dan subsidiari atau anak syarikat yang ditubuhkan oleh mareka. Garis panduan ini menyentuh konsep perakaunan, objektif asas dan 'quality standards' yang difikirkan perlu bagi memenuhi keperluan-keperluan maklumat untuk kegunaan Dewan Undangan Negeri atau pihak-pihak lain yang mungkin boleh digunakan bagi mempertingkatkan penyediaan penyata Kewangan Badan Berkanun.

28 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 29: garis panduan badan-badan berkanun

3. Anak Syarikat badan berkanun yang diperbadankan sebagai syarikat di bawah Akta Syarikat, 1965 (Akta 125) adalah dikehendaki mematuhi sepenuhnya kehendak-kehendak garis panduan ini selagi garis panduan ini tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak Akta tersebut dan kaedah peraturan yang berkaitan dengannya.

4. Mengikut seksyen 4 (1) Enakmen Badan-Badan Berkanun (Peruntukan-peruntukan Tambahan 1997), tiap-tiap badan berkanun hendaklah menyimpan atau menyebabkan untuk disimpan akaun yang sepatutnya dan rekod-rekod lain berkenaan dengan operasinya menurut prinsip-prinsip dan amalan-amalan perakaunan komersil yang diterima secara umum dan hendaklah menyebabkan untuk disediakan penyata aakaunnya berkenaan dengan tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah, tidak lewat daripada 31 Julai tiap-tiap tahun atau apa-apa tempoh lanjutannya sebagaimana diberikan sercara bertulis oleh Pihak Berkuasa Kewangan Negeri menurut seksyen 5, mengemukakan akaunnya bagi tahun kewangan yang terdahulu kepada Ketua Audit Negara untuk diaudit.

5. Penyata kewangan hendaklah termasuk:-

(i) Kunci kira-kira;

(ii) Penyata Untung Rugi atau Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan;

(iii) Penyata Perubatan dalam Kedudukan Kewangan atau Penyata Aliran Wang Tunai;

(iv) nota-nota kepada akaun;

(v) sijil-sijil sebagaimana yang digariskan dalam penerangan 26; dan

(vi) penyata-penyata lain yang berkaitan.

Prinsip-prinsip Perakaunan Yang Diterima Umum

6. "Prinsip-prinsip perakaaunan yang diterima umum" bermakna prinsip-prinsip dan amalan perakaunan yang standard yang disedia dan diumumkan oleh badan profesyenal yang ditubuhkan mengikut undang-undang untuk kegunaan ahli- ahlinya berhubung dengan akaun tahunan bagi perdagangan, perindustrian dan perniagaan di Malaysiaa. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat percanggahan di antara peruntukan undang-undang dengan amalan dan prinsip-prinsip perakaaunan yang diterima umum, peruntukan undang-undang mestilah dipatuhi.

7. Dasar-dasar perakaunan meliputi prinsip-prinsip, asas, konvensyen, kaedah dan tatacara yang diamalkan oleh badan berkanun dalam penyediaan dan persembahan penyata kewanganm. Terdapat banyak perbezaan ke atas dasar perakaunan yang digunakan walaupun mengenai perkara yang saama. Pertimbangan yang wajar adalah diperlukan dalam memilih dan mengamalkan dasar-dasar yang paling sesuai untuk melaporkan dengan sempurna kedudukan kewangan badan berkanun

29 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 30: garis panduan badan-badan berkanun

serta pencapaian aktiviti dan operasinya. Dengan itu, badan berkanun hendaklah menentu dan mengamalkan dasar-dasar perakaunan yang sesuai untuk kegunaannya.

Keperluan Pendedahan Am

8. Penyata kewangan badan-badan berkanun hendaklah menepati Keperluan Pendedahan Am (General Discosure Eequirements) sebagaimana yang dinyatakan dalam Lampiran A kepada garis panduan ini.

9. Badan berkanun hendaklah mendedahkan dalam penyata akaunnya mengenai sejauh mana penyata akaun itu tidak mematuhi dengan amalan dan prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum.

10. Dimana sesebuah badan berkanun mempunyai anak syarikat yang ditubuhkan di bawah bidang kuasa Aktanya ataudiperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125), penyata kewangan yang disatukan hendaklah disediakan untuk menunjukkan kedudukan kewangan dan hasil-hasil operasi kumpulan itu secara aggregat. Sekiranya penyata kewangan yang disatukan tidak dapat disediakan, kelulusan Pihak Berkuasa Kewangan Negeri hendaklah terlebih dahulu diperolehi. Badan-badan Berkanun berkenaan hendaklah menyatakan perkara ini dalam penyata kewangan serta juga menerangkan alasan-alasan bagi tidak menyatukan penyata-penyata akaun berkenaan. Juga penyata kewangan subsidiari atau anak syarikat yang tidak disatukan itu hendaklah disertakan untuk makluman semua pihak yang berkenaan.

Penilaian Keatas Harta

11. Sebelum penyata kewangan disediakan, langkah-langkah yang munasabah hendaklah diambil untuk:-

(i) menghapuskira semua hutang lapuk dan mengadakan peruntukan yang mencukupi bagi hutang ragu:

(ii) memastikan sama ada mana-mana harta semasa(selain daripada siberhutang) yang tidak mungkin diperolehi nilainya dalam keadaan biasa operasi sebagaimana yang ditunjukkan dalam rekod perakaunan, dan sekiranya demikian, tindakan-tindakan berikut perlu diambil:

(a) harta-harta itu diturunkan nilai ke suatu amaun dengan mengikut kemungkinan jangkaan harga jualannya;

(b) peruntukan yang mencukupi dibuat untuk perbezaan di antara amanun nilai yang ditunjukkan dengan amaun nilai yang dijangkakan dapat diperolehi.

(iii) memastikan sama ada nilai mana-mana harta bukan semasa yang ditunjukkan dalam buku badan berkanun melebihi kos penggantiannya

30 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 31: garis panduan badan-badan berkanun

dalam keadaan semasanya pad aakhir tahun kewangan. Jika peruntukan yang mencukupi tidak dibuaaat untuk menurunkan nilai harta tersebut, maklumat dan penjelasan penyata kewangan daripada dikelirukan disebabkan oleh kenyataan nilai yang berlebihan mengenai amaun harta tersebut.

12. Jika perlaburan ditawarkan dalam mana-mana pasaran saham di Malaysia atau tempat-tempat lain, satu jumlah yang berasingan hendaklah ditunjukkan untuk mengenai aggregat nilai pasaran yang ditawarkan bagi setiap kelas saham tersebut. Sekiranya perlaburan tidak ditawarkan di mana-mana pasaran saham, nilai hendaklah ditentukan oleh Lembaga Pengarah badan berkenaan.

13. Asas penilaian bagi setiap kelas harta bukan wang hendaklah dijelaskan. Jumlah kelas yang berasingan hendaklah ditunjukkan bersama dengan kaedah penilaian mereka.

Penilaian dan Pembentangan Taanggungan-Taanggungan

14. Amaun tanggungan yang ditunjukkan dalam penyata kewangan hendaklah merupakan amaun nominal bagi semua tanggungan termasuk faedah yang dikenakan tetapi belum dibayar pada akhir tahun kewangan itu.

15. Mengenai setiap tanggungan atau tanggungan luar jangka yang ditunjukkan dalam penyata kewangan yang merupakan tanggungan di mana pembayarannya dicagarkan ke atas harta badan berkanun, sama ada didaftarkan atau tidak didaftarkan, satu penyata hendaklah disediakan untuk menunjukkan bahawa tanggungan itu adalah bercagar dan sejauh mana ianya dicagarkannya. Setiap tanggungan atau tanggungan luar jangka itu hendaklah dibezakan daripada tanggungan atau tanggungan luar jangka lain yang tidak bercagar.

Rezab Dan Peruntukan

16. Istilah "Rezab" tidak boleh digunakan bagi menghuraikan mana-mana amaun yang dihapuskira atau yang disimpan dengan tujuan untuk menyediakan peruntukan susutnilai, pembaharuan atau pengurangan dalam nilai harta atau disimpan dengan tujuan penyediaan untuk mana-mana tanggungan yang diketahui yang tidak dapat ditentukan dengan tepat, atau sebarang amaun yang disimpan khas untuk menampung perubahan percukaian yang tidak diduga.

17. Di mana peruntukan dibuat untuk pelunasan, susutnilai atau pengurangan dalam nilai sesuatu harta, amaun kasar dan amaun bersih yang dikurangkan bagi sesuatu harta hendaklah ditunjukkan secara berasingan.

Perakaunan Untuk Pemberian - Pembangunan dan Mengurus

18. Pemberian yang diterima daripada Kerajaan untuk operasi atau penyelenggaraan aktiviti-aktiviti badan berkanun hendaklah dianggap sebagai pendapatan dan

31 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 32: garis panduan badan-badan berkanun

diakaunkan secara berasingan.

19. Di mana wang diberi untuk sesuatu tujuan yangkhusus (misalnya Kumpulan Wang Pusingan Untuk Pinjaman Kenderaan), pemberian yang diterima itu hendaklah dianggap sebagai bukan pendapatan tetapi hendaklah ditunjukkan secara berasingan sebagai satu tanggungan jangka panjang bagi badan itu.

20. Di mana pemberian disediakan kepada badan-badan berkanun untuk tujuan pembaangunan atau pelaburan, pemberian yang diterima itu hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulanwang Pembangunan.

21. Rekod memorandum lengkap yang mencatatkan pemberian (untuk perbelanjaan mengurus atau pembangunan) yang diterima oleh sesebuah badan berkanun hendaklah siselenggarakan dengan menunjukkan tujuan dan amaun pemberian yang diterima itu. Badan Berkanun itu hendaklah menyediakan satu penyata akaun yang menunjukkan jumlah pemberian yang diterima, amaun yang dibelanjakan daripada pemberian itu dan baki yang dibawa ke hadapan kepada tahun yang berikutnya.

22. Mana-mana pemberian yang berlebihan daripada perbelanjaannya tidak boleh dipindahkan kepada satu kumpulanwang rezab atau dibelanjakan untuk tujuan- tujuan lain selain daripada tujuan yang diluluskan terlebih dahulu oleh Pihak Berkuasa Kewangan Negeri.

Sumber-Sumber Yang Disediakan Secara Percuma

23. Harta-harta akan dianggap disediakan sercara percuma sekiranya sewa atau bayaran-bayaran lain yang dikenakan tidak mencerminkan nilai ekonomi yang sebenar.

24. Di mana sumber-sumber yang dipinjamkan secara percuma adalah material, nilai bantuan tersebut hendaklah ditunjukkan dalam akaun penerima dan/atau penderma, sama ada dengan cara nota kepada akaun atau dalam bentuk satu penyata tambahan dengan mencatatkan amaun sebenar. Jika amaun tersebut sukar

ditentukan, amaun perbelanjaan yang dianggarkan untuk menghasilkan faedahnya secara langsung kepada badan berkanun berkenaan, dan nilai yang dikurangkan ke atas harta yang disediakan sebagai bantuan itu hendaklah dilaaporkan. Di mana sumber-sumber dihadiahkan kepada sesebuah badan berkanun, pemilikannya hendaklah dicatatkan dalam penyata kewangan pada suatu nilai yang dijangka dapa diperolehi.

25. Sekiranya kriteria yang bertentangan digunakan untuk menyediakan tambaran yang "benar dan saksama", kehendak-kehendak perenggan 23 hendaklah dipakai di mana:

(i) nilai semasa (anggaran) harta yang sediakan sercara percuma itu berrsamaan dengan atau melebihi 5% daripada nilai bersih harta sebenar yang dimiliki oleh badan berkanun; atau

32 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 33: garis panduan badan-badan berkanun

(ii) amaun (anggaran) perbelanjaan yang terlibat dalam bantuan secara langsung bagi badan berkanun yang sama dengan atau melebihi 5% daripada jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh badan berkanun itu sendiri.

Sijil Yang Perlu Dimasukkan Dalam Penyata

26. Penyata kewangan bagi sesebuah badan berkanun hendaklah menyaaartakan:-

(i) penyata oleh pengerusi dan seorang ahli Lembaga Pengarah seperti di Lampiaran B.

(ii) pengakuan oleh pegawai utama yang bertanggunjawab ke atas pengurusan kewangan seperti di Lampiran C.

(iii) Sijil Audit pemerhatian-pemerhatian,jika ada, oleh Ketua Audit Negara ke atas penyata-penyata kewangan.

Aliaran Dokumen-Dokumen Kewangan

27. Badan-badan berkanun dikehendaki menggunakan carta aliran dokumen-dokumen kewangan seperti disediakan dalam Gambarajah di Lampiran D sebagai panduan dalam penyediaan penyata kewangan. Dengan menggunakan carta ini badan-badan berkanun akan dapat menyediakan maklumat-maklumat penting yang perlu disediakan bagi urusan pengauditan secara lebih lengkap dan sistematik.

LAMPIRAN A

KEPERLUAN-KEPERLUAN PENDEDAHAN AM

Item-item berikut hendaklah didedahkan secara berasingan dalam penyata kewangan sesebuah badan berkanun (termasuk anak-anak syarikat jika berkenaan)

HASIL

- Pembangunan (appropriation), pemberian dan subsidi-subsidi (selain daripada pemberian modal) yang diterima daripada Kerajaan-kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk tujuan mengurus. - Dividen-dividen yang diterima atau patut diterima dan belum terima. - Faedah yanbg diterima atau patut diterima dan belum terima atas debentur, deposit, pinjaman atau pendahuluan. - Keuntungan daripada jualan harta (tidak termasuk stok perdagangan) - Pendapatan dari sumber-sumber lain.

33 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 34: garis panduan badan-badan berkanun

PERBELANJAAN

- Belanja mengurus yang telah dikelawskan mengikut jenis perbelanjaan. - Faedah yang dibayar atau patut dibayar dan belumbayar atau debentu, deposit- deposit, pinjaman atau pendahuluan. - Kerugian daripada jualan harta (tidak termasuk stok perdagangan). - Caj-caj ke atas susutnilai dan sebagainya. - Hutang lapuk yang dihapuskira bagi setiap kelas siberhutang dan ditunjukkan secara berasingan (jika belum diperuntukkan sebelum ini). - Sebarang amaun yang dikhaskan sebagai peruntukan hutang ragu. - Amaun yng dikhaskan untuk bayaran cukai pendapatan bagi tahun kewangan semasa. - Amaun yang dikhaskan sebagai peruntukan cukai pendapatan bagi tempoh atau tahun kewangan yang lain. - Amaun yang diterima atau patut diterima dan belumterima oleh juruaudit luar sebagai bayaran khidmat audit. - Emolumen dan ganjaran lain yang diterima atau patut diterima dan belumterima secara langsung atau tidak langsung oleh Pengarah-pengarah dan ahli-ahli yang berkhidmat sepenuh masa bagi sesebuah badan berkanun. - Emolumen dan gajaran lain yang diterima atau patut diterima dan belumterima secara langsung atau tidak langsung oleh Pengarah-pengarah dan ahli-ahli yang lain bagi sesebuah badan berkanun.

PINDAHAN DAN PELARASAN

- Tiap-tiap pindahan atau cadangan pindahan kepada atau daripada sesuatu rezab - Baki mula dan baki akhir setiap rezab dan Akaun Modal/Kumpulanwang.

HARTA

- Wang tunai di bank dan di tangan. - Siberhutang niaga dan bil-bil belumterima (setelah ditolak peruntukan hutang ragu). - Pinjaman kepada kakitangan, pengarah-pengarah dan ahli-ahli Lembaga bagi sesebuah badan berkanun. - Lain-lain siberhutang. - Cagaran-cagaran kerajaan, debentur-debentur awam, stok dan saham-saham yang disenaraikan dan dipasarkan di pasaran saham di Malaysia atau di tempat-tempat lain. - Saham-saham di dalam syarikat awam yang tidak disenaraikan. - Saham-saham di dalam anak-anak syarikat (setelah ditolak peruntukan pengurangan nilai) - Pilihan-pilihan saham di dalam syarikat-syarikat awam yang disenaraikan di pasaran-pasaran saham. - Pilihan-pilihan saham di dalam lain-lain syarikat. - Stok di tangan. - Inventori-inventori lain yang telah dikelaskan. - Tanah.

34 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 35: garis panduan badan-badan berkanun

- Bangunan- termasuklah bangunan yang dibina di atas tanah pajakan (dengan menunjukan nilai kasar, susutnilai terkumpul dan nilai selepas susutan). - Loji (dengan menunjukkan nilai kasar, susutnilai terkumpul dan nilai selepas susutan). - Perabot dan lengkapaan (dengan menunjukkan nilai kasar, susutnilai terkumpul dan nilai selepas susuten). - Kenderaan bermotor (dengan menunjukkan nilai kasar, susutnilai terkumpul dan nilai selepas susutan). - Harta-harta tetap lain yang telah dikelaskan dengan sewajarnya. - Paten dan cap dagang. - Pelaburan.

TANGGUNGAN

- Pemberian dan pendahuluan daripada Kerajaan-kerajaan Persekutuan dan Negeri dengan menunjukkan butir-butir tertentu termasuklah syarat-syarat ke atas faedah dan bayaran balik. - Pinjaman bank. - Overdraf bank. - Stok debentur dan lain-lain yang dicajkan kepada harta. - Debentur yang tidak bercagar. - Sipiutang untuk tanggungaaan cukai semasa. - Butir-butir tentang apa-apa jenis jaminan atau cagaran yang diberikan oleh sesebuah badan berkanun kepada badan-badan lain di mana badan berkanun berkenaan mempunyai kepentingan mengawal. - Tanggungan-tanggungan lain.

ITEM-ITEM LAIN YANG DITUNJUKKAN SECARA NOTA KEPADA AKAUN

- Amaun aggregat atau amaun anggaran perbelanjaan modal serta butir-butirnya sekiranya belum diperuntukan.

- Amaun aggregat atau amaun anggaran perbelanjaan pajakan dan sewaan serta burit-butirnya sekiranya amaun tersebut belum diperuntukkan lagi. Amaun perbelanjaan tersebut hendaklah merupakan perbelanjaan yang kena dibayar dalam tempoh 12 bulan setelah berakhirnya tahun kewangan yang berkenaan. - Amaun maksima atau anggaran tanggungan luar jangka serta burir-butir lengkap yang kungkin ditanggung oleh sesebuah badan berkanun. - Akaun kumpulan hendaklah menunjukkaan amaun bersih untung atau rugi yang disatukan bagi sesuatu tahun kewangan setelah diperuntukkan cukai pendapatan dengan menunjukkan secara berasingan sejauh mana sumbangan anak syarikat ke atas akaun untung rugi yang disatukan. - Satu anggaran nilai harta yang disediakan secara percuma untuk badan-badan berkanun oleh kerajaan atau badan-badan lain kepada sepertimana yang dihuraikan di perenggan 22 dan 23. - Satu anggaran perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan atau badan-badan lain sebagai bantuan kepada sesebuah badan berkanun yang ditunjukkan sepertimana dihuraikan di perenggan 17 dan 19.

35 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 36: garis panduan badan-badan berkanun

ANGKA-ANGKA PERBANDINGAN

- Amaun bagi setiap item tahun semasa dan setiap item tahun terdahulu hendaklah ditunjukkan secara berasingan (termasuk nota kepada amaun) kecuali jika ianya merupakan pembentangan penyata kewangan yang ulung. Sekiranya tiada amaun untuk item di dalam penyata tahun semasa amaun bagi item yang sama dari penyata kewangan tahun terdahulu hendaklah ditunjukkan.

AMAUN YANG DIGENAPKAN KEPADA ANGKA RINGGIT TERDEKAT

- Setiap amaun yang ditunjukkan di dalam penyata kewangan hendaklah digenapkan pada suatu angka Ringgit Malaysia (RM) yang terdekat.

LAMPIRAN B

PENYATA PENGERUSI DAN SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH

"Kami........................................... dan.............................................. yang merupakan Pengerusi dan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah........................, dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat Lembaga Pengarah, kunci kira-kira, akaun untung dan rugi dan penyata perubahan dalam kedudukan kewangan yang beriku ini berserta dengan nota-nota didalamnya aalah disediakan untuk menunjukkan pendangan yang benar dan saksama berkenaan kedudukan .............................................. pada .................................................................. (nyaatakan nama badan berkanun) dan hasil kendaliannya dan perubahan kedudukan kewangannya bagi tahun beraakhir pada tarikh tersebut.

Bagi pihak Lembaga, Bagi pihak Lembaga,

....................................... ............................................

NAMA: NAMA:

GELARAN: GELARAN:

Tarikh:................................ Tarikh:..................................

(Tempat) (Tempat)

36 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 37: garis panduan badan-badan berkanun

LAMIRAN C

PENGAKUAN OLEH PEGAWAI UTAMA YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PENGURUSAN KEWANGAN BADAN BERKANUN BERKENAAN

Saya .........................................................................., pegawai utama yang bertanggungjawab keatas pengurusan kewangan............................................ dengan iklasnya mengakui bahawa kunci kira-kira akaun untung dan rugi dan penyata perubahan dalam kedudukan kewangan yang berikut ini berserta dengan nota-nota di dalamnya, mengikut sebaik-baik pengetahuan dan kepercayaan saya, adalah betul dan saya membuat ikrar ini dengan sebenarnya mempercayai bahawa ianya itu adalah benar dan atas kehendak-kehendak Akta Akaun Berkanun, 1960.

Sebenarnya dan susungguhnya) Diakui oleh penama di atas ) ......................................................... Di (tempat).....................................)

Dihadapan saya,

.......................................................... PESURUHJAYA SUMPAH

Lampiran D

GAMBARAJAH

ALIRAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN DAN DILENGKAPI SEBELUM URUSAN PENGAUDITAN

PENYATA KEWANGAN

37 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 38: garis panduan badan-badan berkanun

1. Kunci Kira-kira

2. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan atau Penyata Untung dan Rugi 3. Penyata aliran Wang Tunai

4. Nota-nota kepada akaun

5. Penyata oleh Pengarah dan Pengakuan oleh PegawaiUtama yang bertanggungjawab keatas Pengurusan Kewangan Badan Berkanun.

+ Dimana berkenaan

Disokong dengan

1. Kunci Kira-kira yang disatukan

2. Penyata Pendapatan danPerbelanjaan yang disatukan.

3. Penyata Sumber dan penggunaan

Dana yang disatukan.

4. Nota-nota kepada Akaun

SENARAI DAN JADUAL

38 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 39: garis panduan badan-badan berkanun

1. Item-item dalam Kunci Kira-kira

2. Item-item dalam PenyataPendapatan dan Perbelanjaan

3. Timbang Duga

4. Pengesahan Pihak Ketiga (Bank, Si Piutang, Si Berhutang)

5. Surat Pernyataan dari Pihak Pengurusan

Disokong dengan

REKOD PERAKAUNAN

1. Lejar Am 2. Lejar Subsidiari 3. Penyata Penyesuaian Bank 4. Buku Tunai 5. Jernal 6. Daftar 7. Daftar Pelaburan 8. Rekod-rekod Perakaunan yanglain

PENYIMPANAN DAN PERLUPUSAN REKOD PERAKAAUNAN (PERUNTUKAN 4(5)(D))

1. Semua kelas buku/rekod perakaunan dan rekod kewangan hendaklah disimpan dengan cermat sekurang-kurangnya selama tempoh yang ditetapkan seperti dalam Jadual dibawah:

39 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 40: garis panduan badan-badan berkanun

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PERLAKSANAAN

Buku Lejar atau Rekod

1. Lejar dan Rekod Khas, mis, Daftar Pinjaman, Daftar Pindahmilik

2. Lejar Besar, Buku Tunai, Lejar Kecil dan Buku atau Kad Gaji

3. Baucer Pembayaran Beresit dan Baucer Jernal

4. Buku Wang Tunai Harian, Buku Bayaran Pos, dan sebagainya.

5. Pendua atau Kaunterfoil dalam bentuk buku (mis, Kaunterfoil Cek, Pesanan Pembelian (Purchase Order)), dan sebagainya.

6. Baucer Beresit Stor

Tempoh yang ditetapkan untuk menyimpan 20 tahun selepas penyelesaian akhir segala urusan dan penutupan akaun terakhir dalamnya.

7 tahun selepas penyelesaian akhir segala urusan dan penutupan akaun terakhir dalamnya.

7 tahun

1 tahun

Selepas penyelesaian akhir tindakan atas segala borang asal

3 tahun selepas penyelesaian akhir tindakan atas segala urusan

2. Kelulusan Pihak Berkuasa Kewangan Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu untuk memusnahkan buku/rekod kewangan yang tidak tercatit dalan Jadual diatas.

3. Pihak Berkuasa Kewangan Negeri bolehlah dari semasa ke semasa

40 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm

Page 41: garis panduan badan-badan berkanun

mengeluarkan arahan kepada Badan-Badan Berkanun berkenaan dengan penyimpanan dan pelupusan tekod perakaunan.

41 of 41 29/06/2000 2:58 PM

\\Regina\share\PEKELI~1\PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htmfile:///E|/PERUNTUKAN TAMBAHAN BADAN-BADAN BERKANUN.htm