fokus ibadat t3.. perbezaan

Upload: anonymous-8bttodq

Post on 03-Mar-2016

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FOKUS IBADAT :TINGKATAN 3 SOALAN PERBEZAAN

Soalan : Jelaskan Perbezaan Rukhsah solat ketika sakit dan musafir

Cara SolatRukhsah ketika SakitRukhsah Ketika Musafir

Keadaan SolatDilakukan mengikut keupayaan pesakit sama ada secara duduk, berbaring mengiring, menelentang, isyarat mata atau isyarat hati.Boleh dilakukan secara jamak, qasar atau kedua-duanya sekali. Harus juga dilakukan secara sempurna.

Tempoh pelaksanaanSepanjang berada dalam keadaan sakit.Semasa berada dalam musafir.

Soalan : Jelaskan Perbezaan Antara Solat Hari Raya Dengan Solat Jumaat

PerkaraSolat hari rayaSolat Jumaat

HukumSunat kepada lelaki dan perempuan.Wajib kepada setiap lelaki mukallaf yang bermukim.

WaktuPada waktu pagi (dhuha) setiap 1 Syawal dan 10 Zulhijjah.Pada waktu Zohor setiap hari Jumaat.

KhutbahSelepas solat.Sebelum solat.

TempatMasjid, surau aiau padang.Masjid atau surau.

Bilangan JemaahBoleh dilakukan sendirian atau secara berjemaah tetapi tidak ditentukan bilangannya.Wajib berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang.

TakbirDisunatkan takbir dan tasbih sebelum membaca al-Fatihah.Tiada takbir dan tasbih sebelum membaca al-Fatihah.

Soalan : Jelaskan Perbezaan Antara Solat Sunat Hajat Dengan Solat Sunat Rawatib

PerkaraSolat HajatSolat Rawatib

MasaBoleh dilakukan bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan. Afdal dilakukan pada pertengahan malam.Dilakukan mengiringi solat fardu iaitu sebelum dan selepas solat fardu (kecuali Subuh dan Asar disunatkan sebelum solat sahaja)

BilanganRekaatBoleh dilakukan 2, 4, atau 12 rekaat.Dilakukan 2 atau 4 rekaat sahaja.

DoaTerdapat doa khusus yang masur.Tidak terdapat doa khusus.

CaraBoleh dilakukan secara berjemaah.Hanya dilakukan secara sendirian.

Soalan : Jelaskan perbezaan antara solat sunat tahajjud dengan solat hajat

Solat TahajjudSolat Hajat

TujuanDilakukan sebagai memulakan ibadat pada waktu malam.Dilakukan kerana memohon bantuan Allah agar menunaikan sesuatu hajat.

MasaSetelah jaga daripada tidur pada waktu malam.Boleh dilakukan pada waktu malam atau siang.

CaraAfdhal (lebih baik) dilakukan secara bersendirian.Boleh dilakukan bersendirian atau berjemaah, bergantung kepada hajat.

Soalan : Jelaskan perbezaan antara zakat, sedekah dan cukai

PerkaraZakat HartaSedekahCukai

Penger-tianMengeluarkan sebahagian daripada tertentu bertujuan diberikan kepada orang yang berhak menerimanya.Bantuan kepada orang fakir dan miskin dalam bentuk harta atau perkhidmatan.Bayaran yang dikenakan oleh kerajaan kepada individu bekerja, syarikat dan perbadanan untuk perbelanjaannegara.

HukumWajibSunatTanggungjwab di sisi undang-undang

MasaSekali dalam setahunBila-bila masaSekali dalam tahun masihi

JenisHartaJenis harta yang ditentukan syarak.Sebarang harta yang halalHarta atau pendapatan

KadarMengikut kadar yang ditetapkan syarakMengikut kemampuanMengikut kadar yang ditetapkan kerajaan

Peng-gunaaanAsnafTerbukaSemua rakyat

TarafKekalPilihanBerubah berdasarkan keperluan sesebuah kerajaan.