flyers tid

Upload: aminuddin-ahmad

Post on 14-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Flyers Tid

    1/4

    BAHAGIAN SUKANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    PROGRAM MENGENAL PASTI BAKATSUKAN (TID)

    APAKAH TID?# PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG

    UNTUK MEMILIH BAKAL-BAKAL ATLIT YANGBERBAKAT UNTUK DISERAPKAN KE SEKOLAH-

    SEKOLAH SUKAN.

    MATLAMAT# MENGENALPASTI ATLIT YANG BENAR-BENAR BERKEBOLEHAN DARI PERINGKAT

    AWAL.

    UJIAN-UJIAN TID PERINGKATSEKOLAH

    UJIAN ANTHROPOMETRIK1. KETINGGIAN BERDIRI (STANDING HEIGHT)2. KETINGGIAN DUDUK (SITTING HEIGHT)3. PANJANG DEPA ( ARMSPAN)4. BERAT BADAN

    UJIAN KECERGASAN5. LARI PECUT 40 METER.6. JANGKAUAN MELUNJUR7. LARI ULANG ALIK (1O METER)8. LOMPAT JAUH BERDIRI

    UJIAN 1 - KETINGGIAN BERDIRI(STANDING HEIGHT)

    TUJUAN : Untuk mendapat ukuranketinggian

    murid semasa posisi berdiri.PROSEDUR- Pita ukur dilekatkan secara menegak di

    permukaan dinding yang rata setinggi dua(2) meter.

    - Murid berdiri membelakangkan dinding

    dengan kepala, bahu, punggung dan tumitberada dalam keadaan rapat ke dinding.Pita ukur berada di tengah-tengahbelakang badan tanpa memakai alas kaki.

    - Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisirapat sementara kedua-dua tapak tanganmesti rapat di sisi peha.

    - Semasa ukuran dibuat, murid menariknafas, tahan nafas, dan memandangkehadapan.

    - Ukuran tinggi diambil dari bahagianpermukaan lantai hingga ke bahagianpaling atas kepala. Untuk mendapat

    bacaan yang tepat, pastikan papan klip A4(bahagian tinggi) diletakkan rapat padadinding (90 darjah) secara menegak(bahagian tapak) di bahagian paling ataskepala. (Pastikan murid tidak mengangkattumit semasa ukuran diambil).

    - Bacaan perlu diambil pada paras matapenguji.

    - Pemarkahan: Bacaan diambil hampirkepada 0.1cm.

    UJIAN 2 - KETINGGIAN DUDUK (SITTINGHEIGHT)

    TUJUAN : Untuk mendapat nisbah (panjangkaki) ukuran bahagian atas dan bawahbadan semasa posisi duduk melunjur.

    PROSEDUR

    - Pita ukur dilekatkan secara menegakdipermukaan dinding yang rata setinggidua (2) meter.

    - Murid duduk membelakangkan dindingdengan posisi kepala, bahu dan punggungberada dalam keadaan rapat ke dindingdan pita ukur berada di tengah-tengahbelakang badan.

    - Kedua-dua belah kaki mesti dalam posisirapat dan melunjur dengan lurus.

    - Semasa ukuran dibuat, murid menariknafas, tahan nafas dan memandang kehadapan.

    - Ukuran tinggi diambil dari bahagianpermukaan lantai hingga ke bahagianpaling atas kepala. Untuk mendapatbacaan yang tepat, pastikan clipboard A4(bahagian tinggi) diletakkan rapat padadinding (90 darjah) secara menegak(bahagian tapak) di bahagian paling ataskepala (Pastikan punggung murid tidakterangkat semasa ukuran dibuat).

  • 7/29/2019 Flyers Tid

    2/4

    - Bacaan dicatat pada paras mata penguji.- Pemarkahan: Bacaan diambil hampir

    kepada 0.1cm

    UJIAN 3 - PANJANG DEPA ( ARMSPAN)

    TUJUAN : Untuk mendapat ukuran panjang,lengan semasa mendepa.

    PROSEDUR- Pita ukur dilekatkan secara melintang di

    permukaan dinding yang rata sepanjangtiga (3) meter. Bacaan sifar (0) pada pita

    ukur hendaklah dilekatkan berada pada (1)penjuru dinding.

    - Murid berdiri membelakangkan dindingdengan posisi kepala, bahu dan punggungberada dalam keadaan rapat ke dinding.Ke dua belah kaki berada dalam posisirapat.

    - Murid mendepakan kedua tangan padaparas bahu dan ianya selari dengan pitaukur yang dilekatkan secara melintang dipermukaan dinding. Posisi tapak tanganmesti menghadap ke hadapan.

    - Semasa ukuran diambil, murid dikehendaki

    menarik nafas dan tahan nafas sertamemandang ke hadapan.

    - Ukuran diambil dari bahagian dari hujungjari tangan kiri hingga ke bahagian palinghujung jari tangan kanan (Jika adakecacatan anggota tangan, ukur padabahagian paling hujung anggota tanagan).Untuk mendapatkan bacaan yang tepat,pastikan papan klip A4 diletakkan rapat

    pada dinding (90 darjah) secara menegakdi bahagian hujung jari yang bertentangandengan jari di hujung penjuru dinding.

    - Bacaan dicatat pada paras mata penguji.

    UJIAN 4 - BERAT BADAN

    TUJUAN : Untuk mendapat bacaan beratbadan.

    PROSEDUR- Alat penimbang diletakkan di atas

    permukaan lantai yang rata.- Pastikan jarum alat penimbang berat

    bermula pada skala sifar (0).- Semasa bacaan dibuat, murid dikehendaki

    berdiri dalam posisi menegak di tengah-tengah alat penimbang tanpa alas kaki danmemandang ke hadapan. ( Pastikanmurid memakai pakaian yang ringan).

    - Pemarkahan: Bacaan diambil hampirkepada 0.5kg.

    - Berasa tidak selesa- Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan

    penanda kedua- Tumit terangkat

    UJIAN 5 - LARI PECUT 40 METER.

    TUJUAN : Untuk mendapat catatan masabagi mengukur kepantasan.

    PROSEDUR- Tandakan garisan permulaan dan penamat

    dengan jelas untuk jarak 40 meter.Letakkan dua (2) kon di setiap hujunggarisan permulaan dan garisan penamat.

    - Murid memulakan larian dengan posisiberdiri standing start dalam keadaansebelah kaki dominan berada di belakanggarisan permulaan. (Dibantu oleh seorangpembantu pelepas).

    - Pelepas berdiri 5 meter di hadapan garisanpermulaan. Pelepas akan memberi isyarat

    sedia dengan mengangkat tangan lurusdengan bendera pada paras bahu.

    - Catatan masa mula diambil (oleh penjagamasa) sebaik sahaja pelepas menjatuhkanbendera ke bawah.

    - Murid hendaklah memakai kasut (wajib)sukan semasa ujian dijalankan dan kasutspike tidak dibenarkan.

    - Setiap murid diberi dua (2) percubaan.- Pemarkahan : Catatan masa

    terpantas diambil hampir kepada 0.01saat.

    **(Pastikan pelajar dilepaskan hanya seorangsetiap kali sahaja)

    UJIAN 6 - JANGKAUAN MELUNJUR

  • 7/29/2019 Flyers Tid

    3/4

    TUJUAN : Untuk mengukur tahap kelenturandan kelembutan sendi pinggul, trunk, ototbelakang dan belakang paha (hamstring).

    PROSEDUR

    - Murid duduk melunjur tanpa kasut.- Tumit kaki di letak di belakang penanda25cm.- Kedua-dua kaki lurus sepanjang masaujian.

    Rakan memegang lutut.- Tapak tangan kanana ditindih di atasbelakang

    tapak tangan kiri dalam keadaan hujungjari

    tengah hendaklah sama.- Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tanganperlahan-lahan sejauh yang mungkin atas

    pitapengukur.

    - Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3saattanpa menyentap.

    - Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagaiskor.Bacaan dikira pada sentimeter yang

    terhampir.- Tidak perlu merekod dalam titikperpuluhan.- Murid yang membantu memegang lutut

    pelakutidak menganggu pelaku.

    UJIAN 7 - LARI ULANG ALIK (1O METER)

    TUJUAN : Untuk mengukur tahapketangkasan dalam catatan masa yang

    paling singkat.

    PROSEDUR- Tandakan dua garisan untuk jarak larian10 meter.

    - Letakkan 2 bongkah kayu melepasi garisan10 meter. Jarak selepas garisan 30 cm.Jarak antara dua (2) bongkah kayu 30 cm.(Tandakan)

    - Murid berdiri di belakang garisan yangbertentangan dengan garisan yangdiletakkan dua (2) bongkah kayu tersebut.

    - Apabila isyarat mula diberikan, pesertaakan berlari menuju ke garisan yang telahdiletakkan bongkah kayu, ambil satu

    daripada dua (2) bongkah kayu tersebutdan berlari semula ke garisan permulaan.Letakkan bongkah kayu yang pertama dikawasan yang telah ditandakan 30cm diluar garisan permulaan. Lari semula kegarisan yang bertentangan, ambil satu lagibongkah kayu dan berlari semula kegarisan permulaan untuk menamatkan lariulang alik 10 meter.

    - Pastikan sebelah kaki murid melepasigarisan semasa mengambil danmeletakkan bongkah kayu.

    - Catatan masa mula dikira sebaik sahaja

    pegawai memberi isyarat mula sehinggatorso murid melepasi garisan setelahselesai mengambil bongkah kayu yangkedua seperti prosedur di atas. (Jumlahulang alik sebanyak 4 kali)

    - Larian hendaklah dilakukan sebanyak 2kali mengikut giliran.

    - Pemarkahan: Catatan masa terpantasdiambil hampir kepada 0.1 saat

    **Nota :Jika bongkah kayu terlepasdari tangan / terjatuh,semasa berlari, larianperlu dihentikan dan ujian perlu dibuatsemula.

    UJIAN 8 - LOMPAT JAUH BERDIRI

    TUJUAN : Untuk mengetahui tahap kekuatankuasa eksplosif otot kaki posisi lompat

    berdiri.

    PROSEDUR- Tandakan garisan permulaan dan lekatkan

    pita ukur pada lantai yang rata dengantanda sifar (0) tepat berada di garisanpermulaan.

    - Murid berdiri dua belah kaki rapat ke

    garisan dan buka kaki seluas bahu. (tidakmemijak / berdiri terlalu jauh dari gaisan).

    - Murid berdiri di hujung bebola kaki.- Murid membuat lompatan ke hadapan

    sejauh mungkin dengan bantuan hayunantangan.

    - Bacaan jarak lompatan dikira pada mana-mana bahagian tumit yang paling belakang

  • 7/29/2019 Flyers Tid

    4/4

    semasa mendarat dan skor diambilberdasarkan jarak lompatan yang terbaik.

    - Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak 2kali berturut-turut.

    - Murid diwajibkan memakai kasut sukan.- Pemarkahan:Bacaan diambil hampir

    kepada 0.1sm.