flushing system

3

Click here to load reader

Upload: eizz88

Post on 17-Dec-2015

373 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

dfdfdfd

TRANSCRIPT

Cara Melakukan Flushing Sistem Penyejukan Enjin (Radiator) Pada Kenderaan

Flushing bermaksud, mengeluarkan cecair penyejuk yang lama, mencuci bahagian dalaman sistem penyejukan enjin dan menggantikan cecair penyejuk (coolant) dengan yang baru. Cara flushing terbahagi kepada dua, iaitu secara manual dan satu lagi menggunakan mesin flushing.

a) Manual Flushing1. Pastikan enjin telah sejuk terlebih dahulu,sekiranya kenderaan ada digunakan.2. Keringkan air (coolant) di dalam tangki radiator terlebih dahulu.3. Buka skru drain plug pada bahagian bawah radiator dan tadah coolant yang keluar ke dalam bekas tadahan air besar, sekiranya coolant tersebut mahu digunakan kembali dan masih baik.4. Tanggalkan upper hose dan lower hose dari sambungan pada radiator.5. Sambungkan paip air getah ke dalam salur masuk di radiator (upper hose) dan kedapkan dengan guna kain buruk,supaya air tidak bocor. 6. Biarkan sebelah lagi salur keluar air (lower hose) terbuka.7. Pasang semula radiator cap dan putarkan kekunci paip air,supaya air mengalir masuk ke radiator dengan banyak dan laju.8. Perhatikan keadaan air yang keluar dari bahagian bawah salur keluar (lower hose).9. Biarkan air mengalir keluar melaluinya beberapa minit sehingga ia menjadi jernih dan bersih.

10. Pasang semula lower hose dan upper hose pada radiator.11. Pasang semula juga drain plug dan hose clip serta pastikan clip diikat kuat dan disapu gam silicon supaya tidak bocor.12. Isi semula coolant lama atau isikan dengan air suling + coolant mengikut sukatan ditentukan.

b) Guna Mesin Flushing

1. Cara dan kaedah flushing dengan menggunakan mesin flushing adalah lebih kurang sama dengan manual flushing.2. Tanggalkan lower hose dan upper hose terlebih dahulu.3. Sambungkan dua hose dari mesin flushing tersebut pada salur masuk dan salur keluar pada radiator.4. Air bertekanan tinggi dari mesin flushing akan dipam masuk ke dalam sistem penyejukan enjin di kenderaan.5. Air bertekanan tersebut akan keluar dan masuk dari enjin secara berulang-ulang.6. Ia akan mencuci segala kekotoran yang terdapat sepanjang laluan air tersebut yang akan melalui hose, radiator, thermostat, water pump, laluan air dalam blok enjin.7. Kotoran tersebut akan dibawa keluar ke mesin flushing dan dapat dilihat jelas pada perubahan warna air radiator.

EAT 102 VEHICLE MAINTENANCE (RADIATOR)