fiqh ibadat topik 4 "solat qasar dan jamak"

15
PENGENALAN Syariat Islam bukanlah suatu yang payah dilaksanakan, malah setiap insan mampu melaksanakannya. Setiap kewajipan yang ditaklifkan tidaklah memberatkan. Jika ada yang berat, ada pula cara lain untuk keringanan. Contohnya solat. Jika ada kesusahan solat dalam perjalanan, maka Allah turunkan hukum rukhsah untuk memudahkannya. Ini termasuklah hukum solat qasar dan jamak bagi orang yang musafir. Mari sama-sama kita bincangkan bagaimana cara hendak melakukan solat qasar dan jamak. SOLAT QASAR Pernahkah anda menjadi musafir atau mengembara dalam perjalanan yang jauh dan menghadapi keadaan sukar untuk menunaikan solat dengan sempurna rakaatnya? Syariat Islam adalah mudah, antaranya ialah anda boleh melakukan solat dengan tidak menyempurnakan rakaatnya dengan mensyariatkan hukum qasar solat. T T o o p p i i k k 4 4 Solat Qasar dan Jamak HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud solat qasar dan dalil; 2. Menjelaskan syarat sah solat qasar dan bagaimana melakukan; 3. Menghuraikan maksud dan dalil solat jamak; 4. Mengenal pasti sebab yang membolehkan solat jamak; 5. Membezakan jamak taqdim dan jamak ta'khir; dan 6. Merumuskan cara solat bagi orang sakit. 4.1

Upload: nooridzam

Post on 05-Feb-2016

234 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Pengertian solat qasar dan jamakniat solat qasar dan jamak

TRANSCRIPT

Page 1: fiqh ibadat Topik 4 "solat qasar dan jamak"

� PENGENALAN

Syariat Islam bukanlah suatu yang payah dilaksanakan, malah setiap insan mampu melaksanakannya. Setiap kewajipan yang ditaklifkan tidaklah memberatkan. Jika ada yang berat, ada pula cara lain untuk keringanan. Contohnya solat. Jika ada kesusahan solat dalam perjalanan, maka Allah turunkan hukum rukhsah untuk memudahkannya. Ini termasuklah hukum solat qasar dan jamak bagi orang yang musafir. Mari sama-sama kita bincangkan bagaimana cara hendak melakukan solat qasar dan jamak.

SOLAT QASAR Pernahkah anda menjadi musafir atau mengembara dalam perjalanan yang jauh dan menghadapi keadaan sukar untuk menunaikan solat dengan sempurna rakaatnya? Syariat Islam adalah mudah, antaranya ialah anda boleh melakukan solat dengan tidak menyempurnakan rakaatnya dengan mensyariatkan hukum qasar solat.

TTooppiikk

44

�Solat Qasar dan Jamak

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan maksud solat qasar dan dalil;

2. Menjelaskan syarat sah solat qasar dan bagaimana melakukan;

3. Menghuraikan maksud dan dalil solat jamak;

4. Mengenal pasti sebab yang membolehkan solat jamak;

5. Membezakan jamak taqdim dan jamak ta'khir; dan

6. Merumuskan cara solat bagi orang sakit.

4.1

Page 2: fiqh ibadat Topik 4 "solat qasar dan jamak"

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK � 61

Qasar dari segi bahasa bermaksud pendek lawan panjang. Dari segi istilah, qasar bererti memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat. Menurut al-Zuhaili (1997), qasar bermaksud meringkaskan solat empat rakaat kepada dua rakaat. Qasar dikhususkan kepada solat yang empat rakaat sahaja iaitu Zohor, Asar dan Isyak. Manakala Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan.

4.1.1 Dalil Pensyariatan Solat Qasar

Solat qasar disyariatkan berdasarkan dalil daripada al-Quran dan hadis berikut: (a) Dalil al-Quran firman Allah maksudnya:

Apabila kamu bermusafir di muka bumi, maka kamu tidak berdosa memendekkan solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir.

(al-Nisa, 4:101)

(b) Hadis riwayat YaÊla bin Umayyah berkata:

Maksudnya: Aku berkata kepada Umar bin al-Khatab bahawa Allah berfirman: „Tidak berdosa memendekkan solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir.‰ Bagaimana pula bila manusia berada dalam keamanan? Maka beliau berkata: Persoalan yang kamu kemukakan itu juga menjadi pertanyaan bagi aku, maka aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menjawab: „Itu merupakan sedekah yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu, maka terimalah sedekah-Nya.‰

Page 3: fiqh ibadat Topik 4 "solat qasar dan jamak"

� TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

62

4.1.2 Syarat-syarat Sah Solat Qasar

Berikut adalah syarat sah solat qasar iaitu: (a) Jarak perjalanan ialah dua marhalah bersamaan dengan 48 batu Baghdad

atau 88 kilometer. Manakala perbatuan di Malaysia menyamai 58 batu bersamaan 92 kilometer.

(b) Niat musafir Syarat niat musafir ialah musafir perjalanan dua marhalah atau lebih.

Sekiranya niat musafir kurang daripada dua marhalah tidak boleh mengqasarkan solat.

(c) Musafir yang diharuskan Musafir kerana perkara yang haram seperti musafir kerana merompak,

melakukan kezaliman tidak boleh mengqasarkan solat. (d) Boleh dimulakan solat qasar setelah keluar dari sempadan kawasan

perumahan tempat tinggal untuk meneruskan musafir. Ini bererti tidak boleh mengqasarkan solat di rumah, walaupun sudah berniat musafir kerana belum meneruskan perjalanan.

(e) Orang musafir tidak boleh berimamkan orang mukim atau orang yang solat tamam (sempurna) sekiranya dia hendak mengqasarkan solat.

1. Sila buat lawatan ke mana-mana hospital yang mudah bagi andadan buat pemerhatian secara rawak. Adakah pesakit yangmenjamak solat mereka kerana proses rawatan mereka tidakmengizinkan mereka mengambil wuduk setiap waktu?

2. Sila buat tinjauan secara rawak sejauh mana penumpang basperjalanan jarak jauh mengqasar solat Zohor dan Asar atau solatMaghrib dan Isyak.

AKTIVITI 4.1

Page 4: fiqh ibadat Topik 4 "solat qasar dan jamak"

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK � 63

4.1.3 Pelaksanaan Solat Qasar

Bilakah seorang boleh memulakan solat qasar? Mengikut jumhur fuqaha, solat qasar boleh dimulakan setelah seseorang yang berniat musafir dua marhalah telah keluar dari kawasan persempadanan tempat tinggalnya. Perjalanan sejauh itu mengikut uruf dianggap telah musafir walaupun belum sampai perjalanannya dua marhalah. Ini berdasarkan hadis riwayat Anas yang maksudnya: Aku solat Zohor bersama dengan Rasulullah di Madinah empat rakaat dan aku solat Asar bersama Rasulullah s.a.w. di Dhi al-Hulaifah sebanyak dua rakaat. Bila solat Qasar tidak sah dilakukan? Orang musafir tidak sah melakukan solat qasar dalam keadaan berikut: (a) NNiat bermukim

Mengikut mazhab Shafie, Maliki dan Hanbali, seandainya seseorang musafir berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama empat hari atau lebih, dia tidak boleh menunaikan solat qasar apabila sampai di tempat itu kerana dia telah dikira sebagai orang mukim. Dia hanya boleh mengqasarkan solat dalam perjalanan pergi dan balik sahaja. Bagi mazhab Hanafi, seseorang musafir yang berniat untuk tinggal selama 15 hari atau lebih, dia tidak boleh mengqasarkan solatnya kecuali dalam perjalanan pergi dan balik tetapi sekiranya berniat untuk tinggal kurang dari tempoh tersebut, dia boleh mengqasarkan solatnya.

1. Beri ulasan anda tentang perbezaan definisi qasar dari sudut bahasa dan istilah.

2. Sewaktu anda musafir, bila dan di mana anda boleh memulakan solat qasar?

3. Bilakah solat qasar anda dikira sah dan tidak sah dan bilakah solat qasar tidak sah dilakukan?

4. Bolehkan orang bermukim berimamkan musafir dan sebaliknya dan bagaimanakah kaedahnya?

SEMAK KENDIRI 4.1

Page 5: fiqh ibadat Topik 4 "solat qasar dan jamak"

� TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

64

(b) KKembali ke tempat tinggal Apabila seseorang musafir pulang dari perjalanan dan sampai ke kawasan tempat tinggalnya, dia tidak sah mengqasarkan solat kerana tidak dikira musafir lagi.

Musafir untuk menjalankan tugas atau urusan yang tidak diketahui tempohnya dia hanya boleh mengqasarkan solat selama tujuh belas atau lapan belas hari sahaja. Hari selebihnya tidak boleh mengqasarkan solat. Ini adalah pendapat mazhab Syafie.

(c) OOrang bermukim berimamkan musafir

Fuqaha sependapat mengatakan orang bermukim boleh berimamkan musafir yang mengqasarkan solatnya, tetapi orang bermukim hendaklah menyempurnakan baki dua rakaat solatnya selepas imam musafir itu memberi salam. Ini berdasarkan hadis Imran Bin Hussin yang meriwayatkan:

� ���� �� ��) ( ���� ����� ���� ����� ��!"# �� $%& ��'* +,�-.� /0 123* / �2," :�24 $25"# 678 �*�!� ��� ��9� �-��8 #

Maksudnya: „Aku telah berperang bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan saya juga turut serta dalam peperangan al-Fath (fathu Makkah) Baginda tinggal di Makkah selama lapan belas (18) malam. Baginda tidak menunaikan solat kecuali dua rakaat dan bersabda: Wahai penduduk setempat (Makkah), solatlah empat (rakaat) sesungguhnya kami orang musafir‰.

(d) MMusafir berimamkan orang bermukim Fuqaha sepakat mengatakan orang musafir boleh berimamkan orang bermukim dengan syarat dia mestilah melakukan solat tamam (penuh) bukan mengqasar solatnya. Sekiranya dia mengqasar juga solatnya, maka solatnya itu tidak sah. Hukum ini diasaskan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan Ibn Abbas sewaktu dia ditanya tentang orang musafir yang solat sendirian dua rakaat (qasar) dan solat empat rakaat (tamam) apabila dia berimamkan orang bermukim. Ibn Abbas menjawab yang maksudnya: Kaedah itu adalah sunnah.

Page 6: fiqh ibadat Topik 4 "solat qasar dan jamak"

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK � 65

SOLAT JAMAK Dapatkah anda membayangkan seorang pakar bedah yang terpaksa meneruskan operasi pembedahan ke atas pesakit yang melewati dua waktu solat tanpa henti? Bagaimana dia dapat melakukan solatnya? Syariat Islam tidak menyusahkan seseorang dalam keadaan sebegini atau yang seumpamanya. Selain daripada keadaan musafir, syariat Islam juga membenarkan solat dijamak atas sebab-sebab tertentu. Definisi Solat Jamak Jamak dari segi bahasa bermaksud menggabungkan sesuatu dengan merapatkan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain. Menurut istilah syarak, solat jamak ialah menghimpunkan atau menggabung dua solat dalam satu waktu � sama ada solat Zohor dengan Asar atau solat Maghrib dengan Isyak. Ia boleh dilakukan dalam waktu pertama (jamak taqdim) atau dilakukan pada waktu kedua (jamak takkhir). Solat subuh tidak boleh dijamakkan.

4.2.1 Dalil Pensyariatan Solat Jamak

Pensyariatan solat jamak adalah berdasarkan hadis-hadis berikut: (a) Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. menghimpunkan

antara solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak apabila Baginda bermusafir.

4.2

AKTIVITI 4.2

1. Sila buat tinjauan secara rawak sejauh mana penumpang bas perjalanan jauh menjamak solat Zohor dan Asar atau solat Maghrib dan Isyak.

2. Sila rujuk kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, tulisan Wahbah al-Zuhaili. Nukilkan pandapat mazhab mengenai jarak boleh mengqasar solat.

Page 7: fiqh ibadat Topik 4 "solat qasar dan jamak"

� TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

66

��� ;�5� +�# +� : � ���� <�.) ( 12� <�. #=0 �3-"# �%>"# �?4 +,� ��@*A��-"# B�C�"# +,� ��@* �,� �%D

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. menjamak solat Zohor dengan Asar sewaktu dia dalam perjalanan dan menjamakkan antara Maghrib dan Isyak.

(Riwayat al-Bukhari)

(b) Muaz r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. semasa dalam peperangan

Tabuk, apabila Baginda bertolak sebelum matahari meninggi Baginda menta'khirkan solat Zohor sehingga Baginda menghimpunkannya dalam waktu Asar. Dengan kata lain, Baginda menunaikan kedua-duanya sekali. Apabila Baginda bertolak sebelum Maghrib, Baginda menta'khirkan solat Maghrib sehingga Baginda menunaikan solat Maghrib bersama dengan solat Isyak. Apabila Baginda bertolak selepas Maghrib, Baginda memcepatkan solat Isyak. Baginda solat Isyak bersama solat Maghrib.

=�-� +� � ���� <8 EF� � 1G�) ( <8 65� 6HI�# #=0 J�5I ��� 1� <�.I�I $-� 6HI�# #=0 K �-,�L ��%,23* �3-"# 1"0 �%-�@* 1�M �%>"# � NO8 P��"# �!

6@� B�C�"# 65� 6HI�# #=0 <�. K ��� Q� �-,�L�3-"# �%>"# 124 P��"# R*SB�C�"# �� �7?3� A��-"#

Maksudnya: Daripada Muaz (r.a.) bahawa Rasulullah s.a.w. sewaktu berada dalam peperangan Tabuk, sekiranya Baginda berangkat sebelum naik matahari, Baginda melewatkan solat Zohor dan menjamakkannya dengan Asar dan menjamakkan kedua-duanya. Sekiranya Baginda bertolak selepas gelincir matahari, Baginda solat jamak Zohor dan Asar, kemudian Baginda meneruskan perjalanan. Sekiranya Baginda bertolak sebelum Maghrib, Baginda mengawalkan solat Isyak dan menjamaknya dengan waktu Maghrib.

(Riwayat Abu Daud)

Page 8: fiqh ibadat Topik 4 "solat qasar dan jamak"

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK � 67

4.2.2 Sebab-sebab Membolehkan Solat Jamak

Para fuqaha sependapat mengatakan bahawa solat jamak dibolehkan antara solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada jamak taqdim atau jamak ta'khir. Sebab-sebab yang membolehkan solat jamak antaranya ialah: (a) JJamak solat semasa di Arafah dan Muzdalifah

Mengikut mazhab Hanafi solat jamak hanya boleh dilakukan semasa di Arafah iaitu solat jamak taqdim antara Zohor dan Asar dan di Muzdalifah jamak ta'khir antara Maghrib dan Isyak. Begitu juga pandangan ketiga-tiga mazhab. Bagi mazhab Hanafi, `illah yang membolehkan jamak solat di Arafah dan di Muzdalifah ialah al-Nusuk (mengerjakan haji). Manakala jumhur fuqaha yang terdiri daripada Maliki, Hanbali dan Syafie berpendapat `illah jamak di Arafah dan Muzdalifah adalah kerana al-Safar (musafir) bukan kerana al-Nusuk.

(b) JJamak kerana hujan atau salji

Jamak solat kerana hujan diharuskan kerana Nabi menghimpunkan solat Maghrib dan Isyak pada malam hujan. Mengikut mazhab Syafie, solat jamak kerana hujan diharuskan antara Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak jamak taqdim sahaja. Syaratnya ialah hujan turun semasa takbiratulihram solat pertama hingga doa iftitah solat yang kedua. Solat dilakukan di masjid, bukan di rumah.

(c) JJamak kerana sakit

Fuqaha mazhab Hambali dan fuqaha Syafie yang terdiri daripada Abu Sulaiman al-Khatabi, al-Qadi Husin dan al-Mutawali berpendapat harus menghimpunkan solat, sama ada taqdim atau ta'khir kerana keuzuran sakit. Mereka berpendapat kesukaran kerana sakit lebih kuat daripada kesukaran kerana hujan. Bagi mazhab Hanbali, solat jamak juga dibolehkan bagi mereka dalam keuzuran dan ketakutan seperti wanita istihadah. Orang yang tidak lawas kencing atau dalam ketakutan menjaga harta diri dan maruah juga dibolehkan.

(d) JJamak kerana keperluan (hajat)

Mengikut fuqaha Maliki dan fuqaha Syafie seperti al-Qafal al-Syasyi al-Kabir, Abi Ishaq al-Marwazi dan Ibn al-Munzir berpendapat harus jamak solat bagi orang tidak musafir kerana keperluan yang terdesak bukan dalam keadaan biasa. Ini berdasarkan hadis riwayat Ibn Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. menghimpunkan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak di Madinah bukan kerana takut dan hujan. Ditanyakan kepada Ibn Abbas, kenapa Baginda berkeadaan demikian. Lalu Ibn Abbas menjawab, Baginda menghendaki agar tidak menyusahkan umatnya. Contohnya ialah

Page 9: fiqh ibadat Topik 4 "solat qasar dan jamak"

� TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

68

harus solat jamak bagi doktor dan jururawat yang bertugas di bilik bedah kerana tugasannya mungkin memakan masa yang lama.

4.2.3 Jamak Taqdim dan Pensyaratannya Syarat solat jamak taqdim adalah seperti berikut: (a) Tertib antara kedua-dua solat yang dijamak. Maksudnya memulakan

dengan solat pemilik waktu kemudian diiringi dengan solat yang lain. (b) Niat menghimpunkan solat kedua dalam solat pertama, sebelum selesai

solat pertama. Bagaimanapun, sunat berniat menghimpun solat dalam takbiratulihram.

(c) Berturut-turut (muwalat) antara solat pertama dan kedua. (d) Berkekalan musafir hingga solat kedua.

4.2.4 Jamak Ta'khir dan Pensyaratannya

(a) Hendaklah berniat menghimpunkan solat pertama dalam waktu solat kedua semasa dalam waktu solat pertama lagi.

(b) Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat yang dihimpunkan. Tertib antara solat yang dihimpun tidak disyaratkan dalam jamak ta'khir. Malah, boleh dimulakan pada mana-mana solat yang dikehendaki.

1. Bilakah seseorang boleh menjamak solatnya?

2. Apakah yang dimaksudkan menjamak solat kerana hajat dan kerana berada di Arafah dan Muzdalifah?

3. Apakah maksud jamak taqdim dan ta'khir? Apakah syarat-syaratnya?

SEMAK KENDIRI 4.2

Page 10: fiqh ibadat Topik 4 "solat qasar dan jamak"

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK � 69

SOLAT ORANG SAKIT

Solat lima waktu diwajibkan ke atas orang mukalaf dalam semua keadaan � sihat, sakit, musafir, tidak musafir, mampu atau lemah, aman atau takut. Namun dalam keadaan keuzuran sakit, Allah memberikan kemudahan (rukhsah) melakukannya sekadar kemampuan. Keadaan ini diasas kepada hadis Imran bin Husain yang meriwayatkan:

15F"# T"�U� �,�#�� 1� T��.) (��'� �?3"# +� : #$��'� �V�UI Q" <9� ��W�� 64�V�UI Q" <9� XFL 12-�

Maksudnya: „Aku sakit buasir, lalu aku bertanya Nabi SAW mengenai solat (solat orang sakit). Baginda bersabda (berdiri) maka solatlah duduk, sekiranya engkau tidak mampu (duduk) solatlah mengiring di atas lambung.‰

(Hadis riwayat al-Bukhari)

4.3.1 Cara Solat Orang Sakit

Berikut adalah cara solat yang boleh dilakukan oleh orang sakit: (a) SSolat keadaan duduk

Bagi pesakit yang tidak mampu berdiri hendaklah dia solat dalam keadaan duduk. Dia melakukan rukuk dan sujud dengan isyarat kepala. Sujud lebih rendah daripada rukuk bagi pesakit yang tidak mampu sujud di atas lantai. Dua tangan diletakkan di atas dua lutut semasa rukuk dan diletakkan kedua-duanya di atas lantai semasa sujud bagi yang mampu sujud di atas lantai. Merukuk cara duduk adalah bebas mengikut kemampuan masing-

4.3

AKTIVITI 4.3

1. Sila buat pemerhatian di sekurang-kurangnya dua hospital yang mudah bagi anda. Bagaimanakah pesakit menunaikan solat lima waktu?

2. Sila buat carian dalam kitab Al-Fiqh al-Manhaji dan al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu dan nukilkan perbezaan pendapat antara Mazhab SyafiÊi dan mazhab lain mengenai solat orang sakit.

Page 11: fiqh ibadat Topik 4 "solat qasar dan jamak"

� TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

70

masing. Tiada cara duduk yang lebih baik antara satu sama lain. Cara solat tersebut didasarkan kepada hadis dan athar berikut: Nafi` meriwayatkan, Abdullah bin Umar menyatakan yang maksudnya: Apabila orang sakit tidak mampu rukuk, isyaratlah dengan kepala. Dalam hadis yang lain pula beliau berkata maksudnya: Isyaratlah (dengan kepala) dan lakukanlah sujud lebih rendah daripada rukuk. Manakala cara meletak tangan pula didasarkan kepada kenyataan AtaÊ bin Abi Rabah bahawa solat orang sakit dalam keadaan duduk, keadaan dua tangannya diletak di atas lutut semasa rukuk dan diletak di atas lantai bagi pesakit yang mampu sujud di atasnya.

(b) SSolat keadaan mengiring Bagi pesakit yang tidak mampu solat berdiri dan duduk dia boleh melakukan solat dengan cara berbaring di atas rusuk atau lambung kanannya. Muka dan badannya pula menghadap ke arah kiblat. Caranya sama seperti kedudukan mayat yang dikebumikan di dalam kubur. Rukuk, sujud dan lain-lain rukuk dilakukan dengan isyarat kepala. Sujud lebih rendah daripada rukuk. Ini berdasarkan hadis Imran bin Husain meriwayatkan:

15F"# T"�U� �,�#�� 1� T��.) (��'� �?3"# +� : 64��W��

�V�UI Q" <9� #$��'� �V�UI Q" <9� XFL 12-� Maksudnya: Aku sakit buasir, lalu aku bertanya Nabi SAW mengenai solat (solat orang sakit) baginda bersabda: „Solatlah berdiri, sekiranya engkau tidak mampu (berdiri) solatlah duduk, sekiranya engkau tidak mampu (duduk) solatlah mengiring di atas lambung.

(c) SSolat keadaan telentang

Bagi pesakit yang tidak mampu berdiri dan duduk, dia dibenarkan melakukan solat dengan cara melentang iaitu berbaring di atas belakang atau di atas kedua-dua rusuknya. Mukanya menghadap ke arah kiblat dengan diletakkan sesuatu di bawah kepala yang boleh meninggikannya. Begitu juga kedua-dua kakinya menghadap ke arah kiblat. Rukuk, sujud dan rukuk yang lain boleh dilakukan dengan isyarat kepala. Ini didasarkan kepada hadis riwayat Ibn Umar:

Page 12: fiqh ibadat Topik 4 "solat qasar dan jamak"

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK � 71

15F"# <8) (��� :#$��'� �V�U* Q" <9� ��W�� Y*��"# 123* A��*0 A���* Z�!� 12-� �V�U* Q" <9�

Maksudnya: „Nabi SAW telah bersabda: „Orang yang sakit hendaklah solat dengan berdiri, sekiranya tidak mampu maka dia boleh duduk, sekiranya tidak mampu, maka dia hendaklah melentang di atas belakang dia mengguna isyarat kepalanya.‰

(Riwayat Dar Qutni)

(d) SSolat pesakit yang tidak mampu mengisyaratkan dengan kepala

Para fuquhaÊ tidak sependapat dalam menentukan hukum solat bagi pesakit yang tidak mampu menggerakkan kepala sebagai isyarat untuk perubahan rukun-rukun solat sebagaimana berikut:

� Jumhur fuqahaÊ dari mazhab Hanafi berpendapat pesakit yang

menghadapi suasana terlalu sukar untuk menggerakkan kepala telah gugur kefarduan solat ke atasnya. Mereka berhujah dengan firman Allah:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan

kesanggupannya. (al-Baqarah, 2:286)

� Hadis Ibn Umar meriwayatkan:

15F"# <8) (��� :#$��'� �V�U* Q" <9� ��W�� Y*��"# 123* � 12-� �V�U* Q" <9�1"�-I [ �� �V�U* Q" <9� A��*0 A���* Z�! EF� �\-"# ��5'� 1"8

Maksudnya: Nabi bersabda: Orang yang sakit hendaklah solat berdiri, sekiranya tidak mampu maka dia boleh duduk, sekiranya dia tidak mampu maka dia hendaklah solat melentang di atas belakang, dia menggunakan isyarat kepalanya sekiranya dia tidak mampu juga maka dia lebih wajar menerima keuzuran daripada-Nya (Allah).

(Riwayat Ibn Majah)

Page 13: fiqh ibadat Topik 4 "solat qasar dan jamak"

� TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

72

� Sesetengah fuqaha mazhab Syafie dan al-Imam al-Ghazali berpendapat pesakit tersebut wajib solat selagi dia berakal. Dia hendaklah melaksanakan solat mengikut kemampuan iaitu dengan isyarat mata, kalau tidak mampu dengan isyarat mata, sebutlah ayat al-Quran dan zikir dengan lidah, kalau tidak mampu demikian sebutlah dengan hati. Mereka berhujah dengan firman Allah:

Maksudnya: Bertakwalah kepada Allah sekadar kemampuan kamu.

(al-Taghabun, 64:16)

• Qasar dari segi bahasa bermaksud pendek lawan panjang. Dari segi istilah pula, qasar bererti memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat. Ia dikhususkan kepada solat yang empat rakaat sahaja iaitu Zohor, Asar dan Isyak. Manakala, Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan.

� Dalil bagi solat qasar ialah al-Quran dan hadis. Antaranya ialah Surah al-Nisa, 4: 101 dan hadis riwayat YaÊla bin Umayyah.

� Terdapat lima syarat sah solat qasar iaitu jarak perjalanan ialah dua marhalah, niat musafir, musafir yang diharuskan, dimulakan setelah keluar dari sempadan kawasan tempat tinggal dan tidak boleh berimamkan orang mukim atau orang yang solat sempurna jika seseorang hendak mengqasarkan solatnya.

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Apakah keadaan pesakit yang membolehkannya menunaikan solat mengikut kadar yang termampu?

2. Menurut hemat anda, dengan rukhsah yang diberikan ini wajarkah pesakit di hospital meninggalkan solat mereka dan apakah pandangan anda terhadap perkara ini?

Page 14: fiqh ibadat Topik 4 "solat qasar dan jamak"

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK � 73

� Mengikut jumhur fuqaha, solat qasar boleh dimulakan setelah seseorang yang berniat musafir dua marhalah telah keluar dari kawasan persempadanan tempat tinggalnya.

� Jamak dari segi bahasa bermaksud menggabungkan sesuatu dengan merapatkan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain. Menurut istilah syarak, solat jamak ialah menghimpunkan atau menggabung dua solat dalam satu waktu � sama ada solat Zohor dengan Asar atau solat Maghrib dengan Isyak. Ia boleh dilakukan dalam waktu pertama (jamak taqdim) atau dilakukan pada waktu kedua (jamak ta'khir).

� Dalil bagi solat jamak ialah hadis. Antaranya daripada Ibn Abbas (riwayat al-Bukhari) dan Muaz r.a. (riwayat Abu Daud).

� Antara sebab yang membolehkan solat jamak ialah kerana hujan atau salji, kerana sakit, kerana keperluan dan lain-lain lagi.

� Terdapat perbezaan antara syarat solat jamak taqdim dengan syarat jamak takkhir. Syarat solat jamak taqdim ada empat manakala syarat jamak ta'khir ada dua.

� Terdapat empat rukhsah bagi orang sakit bersolat. Orang sakit boleh melakukan solat secara duduk, mengiring, telentang dan jika tidak mampu tapi masih berakal, dengan isyarat mata.

Bermuastautin Bermukim Jamak Jamak takkhir Jamak taqdim

Marhalah Musafir Qasar Rukhsah

Page 15: fiqh ibadat Topik 4 "solat qasar dan jamak"

� TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

74

Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-talibin (Jld. 1). Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1) Kaherah: Maktabah Dar al-Turath.

Al-Zuhaili. (1997). al-fiqh al-islami wa adillatuhu. Damsyik: Dar al-Fikr.

Mustafa, al-Khin. (1987). al-fiqh al-manhaji ala mazhab al-Imam al-SyafiÊi. Damsyik: Dar al-Qalam.