falsafah dan agama dalam tamadun china

19
FALSAFAH DAN AGAMA DALAM TAMADUN CHINA

Upload: chin-han-wei

Post on 24-Apr-2015

769 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

FALSAFAH DAN AGAMA DALAM

TAMADUN CHINA

Page 2: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Pengenalan: Bagi kebanyakkan tamadun dunia, agama memainkan

peranan yang penting atau sekurang-kurangnya sebagai penggerak di dalam membangunkan sesebuah tamadun.

Namun pola-pola agama tersebut adalah suatu yang relatif Kelahiran sesebuah agama mempunyai hubungan yang amat raat dengan pemikiran atau falsafah. Sesuatu bentuk agama akan diikuti dengan tindakan penyembahan atau pemujaan bagi mengundang keselamatan dan menjauhi kecelakaan.

Ciri-ciri keistimewaan tamadun China yang mementingkan keharmonian manusia dengan alam dan tuhan.Konsep feng-shui atau angin air misalnya, telah menyaksikan bahawa perlunya sebuah kehidupan harmoni dalam persekitaran semulajadi yang akhirnya akan menghasilkan tuah dan kesihatan kepada rakyat menurut kepercayaan masyarakat Cina

Page 3: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Humanisme Sebagai Asas Falsafah China

Ledakan aliran pemikiran berlaku dengan pesatnya semasa pemerintahan Dinasti Chou (Zhou 475-221SM).

Sewaktu ini, negara berada di dalam situasi peperangan.

Page 4: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Munculnya golongan pemikir antaranya ialah:

a. Kung Fu Tze dengan falsafah Confucianisme,

b. Lao-Zi dengan falsafah Taoisme,

c. Xun Zi dengan falsafah Legalisme,

d. Mo Zi bersama moismenya dan lain-lain lagi. Kebanyakkan asas falsafah ini menekankan konsep

humanisme atau perimanusiaan atau ‘jen’, di mana usaha mendidik, memupuk, dan memastikan agar seorang manusia berkelakuan seperti manusia, diberi tumpuan.

Dalam setiap zaman dinasti-dinasti di China, anda akan dapati bahawa kekuatan yang dicapai tidak pernah sunyi dari pengaruh agama dan falsafah.

Page 5: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Falsafah dalam Tamadun China:

Confucionisme Taoisme Buddhisme Kepercayaan Nenek Moyang

Page 6: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Confucionisme Confucionisme merupakan sebuah doktrin negara (state) yang

merangkumi aspek-aspek falsafah, agama dan sosio-politik yang termaktub di dalam pengajaran Confucionisme.

Nama sebenarnya ialah Ch’iu. Beliau merupakan seorang anak keturunan bangsawan yang tidak hartawan, dan anak tunggal yang dilahirkan ketika bapanya sudah menjangkau usia 70 tahun pada 551 SM.

Beliau dikurniakan kecerdasan dan kepintaran, di mana rumahnya telah menjadi tempat perkumpulan golongan cerdik pandai untuk mengadakan perbincangan dan tempat menyelesaikan masalh masyarakat.

Atas kebijaksanaan yang dimiliki, ia telah digelar Kung Fu Zi yang bermaksud Yang Dipertuan Kung.

Beliau banyak mengkaji aspek-aspek kebudayaan masyarakat Cina ketika usianya 23 tahun.

Beliau mendalami bidang sastera, sejarah, dan falsafah Cina

Page 7: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Ketika beliau berusia 34 tahun, bilangan pengikutnya dikatakan mencapai angka 3000 orang.

Semasa usia beliau 54 tahun, atas kebijaksanaan dan kewibawaannya, beliau telah dilantik sebagai Datuk bandar Chang Tu.

Beliau telah mencatatkan rekod apabila pentadbirannya yang berlangsung selama lebih dua tahun, telah menyaksikan penjara-penjara ditutup, hakim dan peguam tidak mempunyai pekerjaan lantaran tiada penjahat dan tiada kejahatan yang dilakukan oran

Beliau sangat dicemburui oleh orang-orang kaya dan berpangkat,

Akhirnya membawa Kung Fu Zi meninggalkan jawatannya dan meneruskan pengembaraan menuntut ilmu dan mengajarkan kebaikan kepada manusia. Beliau meninggal dunia pada 479SM.

Page 8: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Ajaran Confucius

Confucionisme sebenarnya merupakan suatu idea atau gagasan pemikiran daripada tradisi lama Cina atau tulisan-tulisan klasik Cina yang diterbitkan semula atas nama pujangga agung ini.

Saripati ajaran Confucios boleh ditemui di dalam buku suci Analects yang dikarang oleh seorang pengikut beliau selepas kematiannya.

Analects mengandungi ajaran tentang data susila, etika dan moral. Walaupun dalam tulisannya ada disentuh tentang peristiwa alam ghaib, namun perbincangan sebenarnya tertumpu kepada kehidupan di dunia yang sedang dihadapi ini.

Page 9: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Pemujaan roh menurut Confucious adalah satu perkembangan logis dalam amalan pemujaan alam sekeliling.

Ajaran Confucious juga dirakamkan melalui penulisan seorang pengikutnya iaitu Mencius (372-289) atau Meng Tze atau Meng Si Cendikiawan, selepas kira-kira seratus tahun kematian Confucious.

Tulisan Mencius menghuraikan kepentingan moral individu di dalam membentuk sebuah kerajaan yang bermurah hati (Benelovent government). Setiap rakyat mestilah menjadikan negara sebagai sebuah keluarga, raja sebagai seorang yang wajib dipatuhi dan rakyat bertindak sebagai anak yang mesti dididik.

Pemimpin dipandang sebagi punca kebahagiaan negara dan masyarakat.

Ajaran Confucius ialah menekankan aspek pendidikan akhlak dan rohani.

Page 10: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Taoisme Agama Tao atau Daoisme adalah salah satu dari tiga

agama yang dominan di China. Pengasas fahaman Tao iaitu Lao Tze adalah seorang

tokoh pemikir tetapi mempunyai latar belakang yang agak kabur dan tidak banyak yang diketahui oleh ahli sejarah mengenainya.

Menurut sumber-sumber yang sedikit, beliau dilahirkan pada tahun 604M dengan nama Li Peh Yang.

Beliau pernah bertugas sebagai penjaga arkib negara, suatu pekerjaan yang memberi peluang kepadanya membaca buku-buku lama dan falsafah.

Lantaran kebijaksanaannya, beliau digelar Lap Tze iaitu ‘Orang Tua Yang Bijaksana’.

Page 11: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Ajaran Taoisme Taoisme merupaka falsafah yang dihasilkan oleh Lap Tze di dalam

bukunya The Way And Virtue. Ajarannya agak bertentangan dengan Confucius, di mana ajaran

Confucius banyak membicarakan persoalan alam realiti sedangkan Lao Tze membicarakan kehidupan yang abstrak dan hubungkait dengan alam ghaib atau disebut metafizik.

Dengan kata lain, ajarannya bertumpu kepada Tao atau jalan (way) yang bertujuan mencapai immortality (hidup secara kekal abadi).

Konsep Dao atau Tao diibaratkan sebagai ibu yang melahirkan dan memupuk makhluk sejagat (wanwu) yang juga merupakan punca asal kepada kewujudan semua makhluk.

Semua makhluk akan kembali kepada Dao akhirnya. Bagi para penganut Dao atau Taoisme, pencapaian ke tahap penyatuan bersama Dao (to become one with Dao) merupakan pencapaian tertinggi dalam rangka pembinaan peribadi seseorang individu.

Intipati ajaran Lao Tze menggambarkan kepada kita bahawa matlamatnya ialah manusia berpadu dengan kuasa tertinggi yang berupa mistik dan ini menunjukkan beliau memandang rendah terhadap dunia dan aspek-aspek duniawi.

Page 12: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Buddhisme

Buddhisme atau ajaran Buddha merupakan agama asing, yakni tidak berasal dari Negara China seperti aliran falsafah yang lain.

Ia mendapat tempat yang istimewa di hati masyarakat Cina sehingga tersenarai sebagai salah sebuah dari tiga agama yang mashyur di China.

Agama Buddha ini sebenarnya berasal dari India yang telah dicetuskan oleh Siddharta Gautama (563-483SM) pada kira-kira kurun ke 6M.

Beliau berketurunan bangsawan dari kasta Kashatriya dan asas pengajarannya bermula apabila beliau meninggalkan keluarganya dan memulakan kehidupan secara zuhud atau ascetic.

Kehidupan zahid yang ditempuh dan pertapaannya selama 49 hari di bawah pohon Bo atau pohon penerangan telah mempertemukannya dengan satu makrifat.

Dari pengalaman ini, beliau mengajarkan bahawa nafsu adalah punca kepada segala penderitaan manusia di dunia.

Dengan memilih jalan tengah (middle way) di antara perbuatan ekstrim yang terlalu mengikut nafsu dengan kezuhudan, iaitulah Jalan Lapan Lapis, akan membawa manusia sampai kepada Nirvana.

Page 13: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Ajaran Buddhisme:

Antara ajaran-ajarannya yang penting selain dari Jalan Lapan Lapis (The Noble Eight Fold Path) di atas ialah Empat Kebenaran Mulia (The Four Noble Truth) dan Nirvana.

Terdapat juga dua mazhab Buddha yang terkenal yang berasal dari punca yang sama, iaitu Theravada dan Mahayana.

Empat Kebenaran Mulia itu ialah: Hidup Manusia penuh penderitaan; Manusia menderita kerana nafsunya; Manusia mesti menghapuskan nafsunya

supaya terlepas daripada penderitaan; dan Penderitaan dapat dihapuskan dengan

mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia.

Page 14: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Manakala Jalan Lapan Lapis Mulia itu ialah:i. Pengetahuan yang baikii. Pemikiran yang baik iii. Perkataan yang baik  iv. Pertapaan yang baik; v. Keinginan yang baik   vi. Kelakuan yang baik; vii. Kehidupan yang baik; viii. dan  Usaha yang baik. Theravada merupakan bentuk terawal Buddhisme.

Pengajarannya berkisar pada penyelamatan (Salvation) hanya kepada sami Buddha semata-mata.

Mahayana merupakan fasa pemikiran Buddhisme yang ke dua, iaitu pengajarannya membuka jalan penyelamat kepada semua manusia.

Page 15: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Pada hari ini, sebahagian besar penganut Buddha adalah bermazhab Mahayana terutama di Nepal, Tibet, Vietnam, China, Korea dan Jepun.

Ajaran Buddha dikumpul dan ditulis semula oleh para pengikutnya di dalam bahasa Pali.

Ucapan terawal Buddha termuat di dalam kitab suci Sutta dan Jataka. Buddha tidak mempercayai sistem kasta dan menganggap semua manusia adalah sama.

Pada peringkat awal, pengaruh agama dan Buddha ke China sangat perlahan walaupun berkembang melalui jalan darat dan laut. Perkembangan pesat hanya berlaku sewaktu pemerintahan Dinasti Wei Utara (386-534M).

Masyarakat Cina tertarik dengan kenyataan tentang peranan nafsu yang menghancurkan manusia dan konsep Nirvana sebagai satu motivasi kepada masalah yang dihadapi dalam hidup.

Page 16: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Dalam usaha memantapkan agama ini, sami-sami Buddha telah merantau ke India dan Sri Lanka untuk membawa balik kitab-kitab dari sutra sanskrit dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Cina.

Selain dari ajaran Buddha yang mudah difahami menurut masyarakat Cina, ia juga berupaya menyerap masuk aspek-aspek tertentu dari Confusianisme dan Taoisme.

Ajaran ini mencapai tahap tertinggi kemahsyurannya sewaktu pemerintahan Dinasti Tang (618-907M).

Walau bagaimanapun, Buddhisme menghadapi zaman gelapnya pada tahun 845M apabila Maharaja Wu Tsung menjalankan gerakan pembasmian agama Buddha, di mana kira-kira 4,600 buah kuil Buddha dan 40,000 tempat-tempat ibadat lain di seluruh negeri China telah dimusnahkan.

Walaupun sejak itu ajaran Buddha tidak lagi memainkan peranan penting, tetapi sejarahnya yang lama bertapak telah menjadikan ia sebahagian dari budaya hidup masyarakat Cina dan sebagai penyumbang yang telah turun mewarnakan tamadun China.

Page 17: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

4. Pemujaan Nenek Moyang

Rasional Kepercayaan nenek moyang mungkin dicetuskan oleh naluri fitrah manusia yang secara terpaksa atau tersendiri mengakui wujudnya ‘tuhan’ atau satu kuasa ‘super nature’ yang mengawal alam ini walaupun ia sebenarnya tidak dapat ditanggapi melalui wahana pancaindera manusia.

Nenek moyang adalah manusia dalam bentuk lain yang dipercayai berkuasa bertindak terhadap manusia di dunia. Dari sinilah bertitik tolaknya kepercayaan terhadap nenek moyang dalam masyarakat Cina.

Page 18: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

Kepercayaannya i. Kepercayaan terhadap tuhan menurut mereka boleh

berbentuk dewi-dewi. ii. Kematian bukanlah pengakhiran kepada kewujudan,

tetapi titik pertemuan bermulanya proses peralihan dari satu bentuk kewujudan kepada satu bentuk kewujudan yang lain.

iii. Roh menurut kepercayaan mereka terdiri dari po (roh kehidupan) dan hun (roh semangat atau persendirian). Oleh itu, apabila seseorang meninggal dunia, maka dua jiwa ini akan berpisah. Roh kehidupan atau po akan tetap hidup.

Page 19: Falsafah Dan Agama Dalam Tamadun China

iv. Roh inilah yang menuntut penghormatan dan layanan baik dari waris kerana menurut kepercayaan, roh nenek moyang ini mempunyai kuasa yang boleh menghukum dan membantu mereka membuat keputusan yang bijak.

v. Atas alasan itulah, mayat akan dikuburkan di tempat yang baik dan sesuai dan perlu dijamu.

vi. Roh ini dikatakan menduduki hirearki tertentu di antara makhluk-makhluk kesaktian dan menjadi pengantara di antara manusia hidup dengan tuhan-tuhan berpangkat rendah dan lama-kelamaan berubah menjadi shen atau tuhan.