faktor2 keberkesanan.docx

6
FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM PRASEKOLAH KURIKULUM Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada laluan dalam sesuatu pertandingan . Berdasarkan kepada konsep tersebut, perkataan kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan laluan atau laluan- laluan . Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu apa itu persekolahan . Ahli progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan kemasyarakatan dan strategi-strategi pengajaran. Kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan pembelajaran; tahap tanggungjawab yang perlu diambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran; bagaimana dan di mana kurikulum dilaksanakan (Dillard & Laidig, 1998). Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Sebenarnya terdapat dua jenis kurikulum utama iaitu kurikulum formal dan tersembunyi. Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku di bilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada

Upload: afiqah-mat-noor

Post on 07-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

V

TRANSCRIPT

FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM PRASEKOLAHKURIKULUMPerkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada laluandalam sesuatu pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut, perkataankurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan laluan atau laluan-laluan.Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahanpembelajaran yang berkembang iaitu apa itu persekolahan. Ahli progresif danbehaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan kemasyarakatan dan strategi-strategi pengajaran.Kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isikandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkanpembelajaran; tahap tanggungjawab yang perlu diambil oleh guru dan pelajaruntuk pembelajaran; bagaimana dan di mana kurikulum dilaksanakan (Dillard &Laidig, 1998). Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolahatau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan.Sebenarnya terdapat dua jenis kurikulum utama iaitu kurikulum formal dantersembunyi.Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankansupaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakansatu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlakudi bilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah adakurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan kandungandan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan rancanganeksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut matapelajaran dan gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas (Ornstein,A.C. & Hunkins, F, 1983).Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidakformal. Ia mungkin disebut sebagai kurikulum tak rasmi atau terlindung atautak formal. Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Iamerupakan perlakuan dan sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dariperaturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia dibentukoleh faktor-faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalamanguru dan murid.Oleh itu, beberapa pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visiini antaranya ialah kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai carapenyampaian dengan menggunakan pelbagai strategi, kurikulum akan dibinasebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan, bahan, pengalaman dansokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan disepadukan ke dalamstruktur teras kurikulum.Faktor yang pertama ialah ilmu dan kandungan kurikukulum. Kurikulum prasekolah mengandungi 6 komponen pembelajaran iaitu komponen bahasa dan komunikasi. Komponen bahasa dan komunikasi merupakan media pengantara yang digunakan oleh guru dan kanak-kanak di prasekolah. Kefahaman dan pertuturan kanak-kanak berbeza mengikut tahap kumpulan umur. Ia adalah penting supaya guru memahami cara berinteraksi dengan kanak-kanak. Pengajaran akan lebih berkesan dengan mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan tahap keupayaan kanak-kanak berbahasa dan berkomunikasi. Yang kedua ialah komponen perkembangan kognitif iaitu kanak-kanak akan menggunakan deria bagi meneroka dan memahami persekitaran mereka. Penemuan ini dianggap sebagai proses kognitif bagi mengalami, memahami dan mengetahui. Guru dan ibu bapa perlu menyedari pemikiran kanak-kanak adalah berbeza khususnya kanak-kanak di prasekolah. Pada peringkat ini, kanak-kanak membina konsep dengan menggunakan bahan yang konkrit. Aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif perlu dilaksanakan secara tidak formal. Yang ketiga ialah komponen pendidikan kerohanian dan moral iaitu menyedari dan percaya pada Tuhan, bersyukur dengan pemberian Tuhan, berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur ini amat penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai murni masyarakat berbilang kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan, berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Yang keempat ialah komponen perkembangan sosioemosi yang mana kanak-kanak berpuas hati dan yakin apabila dapat melakukan dengan mencapai kemahiran menerusi daya usaha sendiri. Kanak-kanak perlu menyesuaikan diri dengan rakan sebaya, keluarga dan ahli komuniti persekitarannya. Guru di prasekolah perlu memupuk nilai-nilai rohani dan moral yang sesuai dengan peringkat kefahaman kanak-kanak supaya diamalkan semasa berinteraksi dengan orang lain. Komponen kelima ialah komponen perkembangan fizikal iaitu tubuh badan yang sihat memerlukan makanan dan aktiviti pergerakan yang dapat membantu pertumbuhan kanak-kanak. Aktiviti fizikal pada peringkat prasekolah perlu dirancang dengan menyesuaikan tahap umur dan keupayaan kanak-kanak. Aktiviti perkembangan fizikal perlu meliputi pergerakan motor halus dan motor kasar. Komponen yang keenam ialah komponen kreativiti dan estetika. Kreativiti adalah proses dan bukan dilihat daripada penghasilannya. Setiap peringkat umur kanak-kanak memperlihatkan hasil kreativiti yang berbeza. Oleh itu, sebarang hasil karya yang dihasilkan adalah mengikut tahap perkembangan murid itu sendiri. Kurikulum atau aktiviti yang dirancang oleh guru seharusnya menghubungkaitkan di antara satu komponen yang lain supaya kanak-kanak mendapat pengalaman yang bersepadu dan menyeluruh. Bahan atau kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap dan keperluan kanak-kanak supaya setiap kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam pengalaman pembelajaran. Kandungan kurikulum hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, bina sikap positif dan akhlak yang baik. Meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum.Faktor yang kedua ialah kemahiran guru. Guru prasekolah diwajibkan memperoleh latihan bidang pendidikan prasekolah. Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut apa yang mereka tahu dan boleh buat. Guru hendaklah merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah. Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka boleh buat. Guru hendaklah merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah. Selain itu, guru yang berkemahiran juga perlu merancang dan melaksanakan aktiviti prasekolah yang menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan tingkah laku disiplin selain perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak. Guru perlu mempunyai pengetahuan psikologi kanak-kanak, serta prihatin kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan,minat dan latar belakang serta peka terhadap perubahan dan revolusi dunia pendidikan masa kini. Antara kemahiran-kemahiran guru prasekolahyang perlu adalah seperti kemahiran berinteraksi, merancang, intelek, sebagai pembimbing, sebagai pentadbir, kreatif, menilai, mengenal diri sendiri, kemahiran membuat keputusan. Tujuan kemahiran perlu ada pada guru prasekolah supaya suasana yang ceria juga mendorong minat belajar. Matlamat pengajaran dapat dicapai oleh guru tersebut. Selain itu, untuk meningkatkan keyakinan diri murid. Guru perlu menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai dengan umur dan tahap perkembangan kognitif murid-murid. Memberi peluang kepada P&P di luar dan di dalam bilik darjah supaya pembelajaran yang berkesan dari pelbagai aspek JERIS serta menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan tingkah laku, disiplin selain perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak.Seterusnya ialah faktor yang ketiga iaitu premis. Premis prasekolah yang kondusif merupakan faktor utama dan pendorong perkembangan kanak-kanak secara bersepadu dan seimbang. Premis haruslah selesa dan selamat, riang serta penuh kasih sayang. Persekitaran premis seharusnya mencabar dan boleh mengayakan pengalaman mereka. Premis perlulah mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian luar bangunan, dalam bangunan, dan lanskap. Ciri-ciri premis prasekolah yang kondusif ialah saiz ruang yang menepati syarat penubuhan sebuah prasekolah. Bentuk bilik segi empat lebih sesuai dan mudah disusun kerana laluantrafik selesa dan memudahkan pergerakan, guru mudah menyelia kanak-kanak,kanak-kanak mudah berinteraksi dengan rakan sebaya. Selain itu, plug elektrik mestilah berada pada kedudukan yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak dan selamat.Dinding juga disediakan untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid dengan kreatif. Pemilihan warna dinding sesuai dengan konsep kanak-kanak. Tingkap dan pintu mestilah membantu pencahayaan (ruang melukis dan membaca) manakala pintu kecemasan tidak dibenarkan meletak sebarang bentuk penghalang yang melambatkan proses keluar jika berlaku kecemasan. Pintu ruang ke dapur hendaklah ada penghadang pintu dan sentiasa diawasi.Di samping itu, faktor yang keempat ialah sumber maklumat atau bahan yang digunakan mempunyai daya penarik bagi menarik minat pelajar. Sumber yang asli dan tidak diubahsuai. Sumber yang tepat dan benar serta boleh diterima secara logik oleh murid. Faktor kelima ialah Murid / kanak-kanak. Murid ertinya seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan. kanak-kanak yang sentiasa didorong oleh semangat ingin tahu. Semangat ingin tahu menyebabkan mereka sentiasa cerdas dan cenderung untuk berkomunikasi. Semangat ingin tahu pada kanak-kanak tidak boleh disekat. Kanak-kanak perlu menguasai penggunaan otot kasar, otot halus dan koordinasi pergerakan mata dan tangan. Interaksi yang mesra antara murid dengan guru, pengasuh, rakan sebaya dan masyarakat sekitar digalakkan. Faktor-faktor lain bagi murid ialah perkembangan kognitif dan intelektual, emosi, bahasa, sifat kanak-kanak, fizikal, sosial, taraf ekonomi, minat kanak-kanak. Terdapat cara murid melaksanakan kurikulum prasekolah antaranya ialah memberi perhatian yang sepenuhnya semasa di kelas. Murid terlibat aktif dalam aktiviti fizikal. Emosi juga perlu stabil semasa P&P berjalan. Memperkembangkan minat, pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada dalam diri murid supaya mereka lebih kehadapan.Faktor yang terakhir iaitu yang keenam kurikulum berpusat. Terdapat empat jenis kurikulum berpusat iaitu kurikulum berpusatkan murid, kurikulum berpusatkan guru, kurikulum berpusatkan subjek, kurikulum berpusatkan masalah. Terdapat juga empat prinsip pembelajaran kanak-kanak prasekolah iaitu pembelajaran melalui pengalaman dan bahan maujud ditekankan, bermain sambil belajar dalam suasana riang diutamakan, pembelajaran hendaklah dijalankan secara bersepadu daninteraksi mesra antara kanak-kanak dengan guru, pengasuh, rakan sebaya dan masyarakat sekitar digalakkan. Kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilainya diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran. Perkembangan kurikulum, sebagai satu proses, merupakan putaran asas yang mengandungi menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai. Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep dan menyatupadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan. Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Di bawah kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti kurikulum integrasi, teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungkan untuk membentuk kurikulum formal. Pembentukan dan perubahan dalam kurikulum dipengaruhi oleh polisi-polisi kerajaan, matlamat dan keutamaan program, keperluan negara dan masyarakat, keperluan individu serta keperluan menyeluruh.