faktor-faktor yang mempengaruhi … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan...

27
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH KURSUS HOSPITALITI SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA DI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PERETAK RUSLI BIN RADZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongthuan

Post on 11-Mar-2018

240 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH

KURSUS HOSPITALITI SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA

DI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PERETAK

RUSLI BIN RADZI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

Saya

mengaku memTeknologi Ma

1. Tesis ada2. Perpustak

sahaja3. Perpustak

pengajian

4. ** Sila ta

(TAN

Alamat Teta

Tarikh: 24 A

CATATAN * P** J

ba

TaM

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

NO.23 JALABUKIT SEN48300 RAWSELANGOR

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJARMEMILIH KURSUS HOSPITALITI SEBAGAI PEMBENTUKANAWAL KERJAYA DI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA ,

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

RUSLI BIN RADZI

benarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universitilaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

lah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.aan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

aan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusitinggi.

ndakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanatau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

DATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

p :

PRIL 2008. Tarikh: 24 APRIL 2008.

otong yang tidak berkenaanenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasierkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULITtau TERHAD.esis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikantau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjanauda (PSM).

PERETAK.

(HURUF BESAR)

ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID(NAMA PENYELIA)

N TELIPOT 1A/8,TOSA 3,ANG,.

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : -----------------------------------------

Nama Penyelia : ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID

Tarikh : 24 APRIL 2008

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH KURSUS

HOSPITALITI SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA DI INSTITUT

KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PERETAK

RUSLI BIN RADZI

BP 050163

720702-08-5965

LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI

MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGANUGERAHAN

IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN

(KEMAHIRAN HIDUP)

FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2008

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

ii

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan danringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : -----------------------------------------

Nama Penulis : RUSLI BIN RADZI

Tarikh : 24 APRIL 2008.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

iii

Nukilan Setulus Kasih

Ditujukan khas dan...

Teristimewa kepada yang tersayang...

Orang tua ku...

Ibu tercinta Teh Ropa’ah Binti Abdullah yang berada berjauhan nun di

desa yang permai...

Yang membakar semangat dan memahami hati ini sepanjang tempoh pengajian

mengejar cita-cita segulung ijazah.

Buat isteri tersayang dan anak-anak tercinta.....

Rosmawati Binti Dulah, wahai isteriku yang amat dirindui dan agungnya

cinta mu terhadap insan yang kerdil ini;

Nur Rusmaliyana Binti Rusli, anak yang sulung pertama menjadi

harapanku;

Nur Rusmalina Binti Rusli, anak yang sulung kedua disayangi sanggup

berkorban;

Nurahidah Hani Binti Rusli, anak yang ketiga periang pengubat rindu

takkala keseorangan;

Muhammad Nur Aiman Bin Rusli, anak bongsu malahan si kecil lima

tahun tak kenal lagi erti kehidupa, perlu ditinggalkan berjauhan.....

Pengorbanan kalian amat bermakna terhadap diriku untuk mengejar cita-

cita yang dihajati sehingga tamat pengajian ini.

Terima kasih,

Di atas sokongan dan pengorbanan kalian akan ku kenang buat selama-

lamanya insya Allah....amin yarabbilalamin.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kunia

dan izinNya, saya dapat menyudahkan kajian ini. Selawat dan salam ke atas

Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda serta muslimin

dan muslimat.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung

mahupun secara tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan kajian sehingga

selesai. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih, kepada penyelia

saya iaitu Encik Mohd Rizal Bin Mohd Said yang tidak kenal erti penat dalam

memberi tunjuk ajar, dorongan serta pandangan yang membina sehinggalah kajian

ini dapat disiapkan dengan sempurna. Bimbingan dan dorongan semangat yang

diberikan hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.

Ucapan terima kasih kepada semua warga IKBN, Peretak serta keluarga yang

telah memberi semangat untuk menyiapkan kajian ini. Selain itu terima kasih

diucapkan atas kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan yang telah

sudi berbincang, memberi pandangan yang membina serta sokongan moral untuk

menghasilkan kajian ini.

Akhir kata, melalui kajian ini dapatlah dijadikan bahan rujukan yang

bermanfaat kepada para remaja yang akan memilih kerjaya hospitaliti di negara ini.

Sekian, terima kasih.

RUSLI BIN RADZIBP 050163Fakulti PendidikanUniversiti Teknologi Malaysia. (April, 2008)

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

v

ABSTRAK

Kerjaya di bidang hospitaliti pada masa kini berkembang dengan pesat

selaras dengan matlamat menjulang nama dan imej Malaysia sebagai sebuah negara

berasaskan industri pelancongan. Kursus hospitaliti di IKBN, Peretak telah melatih

tenaga kerja yang memiliki kemahiran layanan, sajian dan perkhidmatan. Kajian ini

dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih

kursus hospitaliti sebagai pembentukan awal kerjaya di Institut Kemahiran Belia

Negara, Peretak. Faktor-faktor yang diutarakan dari segi pengaruh minat, peranan

ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan kelayakan akademik pelajar. Kajian ini

melibatkan 125 pelajar yang sedang mengikuti kursus hospitaliti di IKBN, Peretak

pada peringkat Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan

Vokasional Kebangsaan. Data mentah dikumpulkan menggunakan borang soal

selidik yang telah diedarkan kepada semua responden setelah kajian rintis dijalankan

terlebih dahulu. Seterusnya data-data ini dianalisis menggunakan perisian SPSS

(Statiscal Package for Sosial Science). Nilai indeks kebolehpercayaan item dalam

kajian rintis yang telah dijalankan ialah 0.8909. Pada keseluruhannya, dapatan

kajian ini menunjukkan responden memberi reaksi yang positif terhadap aspek-

aspek yang telah dikaji. Faktor minat merupakan faktor yang paling dominan

mempengaruhi pelajar memilih kursus hospitaliti sebagai pembentukan awal kerjaya

mereka. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan

dijalankan di masa akan datang.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

vi

ABSTRACT

The field of hospitality has grown relatively to the goal of popularizing

Malaysia as tourism based country. The hospitality course offered in Skills Training

Centre (IKBN) at Peretak has produced skillful human resource in the field. This

survey was conducted to identify factors influencing students in choosing hospitality

course as their career at the Peretak Skills Training Centre. Interest, parents’ role,

peer influence and academic qualifications are highlighted as the major factors. This

survey is done among 125 course participants of the hospitality course in the IKBN

at the certificate level, which will be awarded by Majlis Latihan Vokasional

Kebangsaan. The primary data is collected using the survey form which were

distributed to all respondents after a short study was done earlier. Then these data is

analyzed using the SPSS (Statiscal Package for Sosial Science) software. According

to the earlier survey done the index value of item reliability was 0.8909. The

respondents are giving positive reactions towards the variables tested. Interest is the

dominant factor that influences students in making the hospitality course as their

career building. There are also suggestions given on furthering studies of this topic

in the future.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

HALAMAN KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI SINGKATAN vx

SENARAI LAMPIRAN vxi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

viii

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Kerangka Kajian 9

1.9 Definisi Kajian 10

1.10 Kesimpulan 12

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.1.1 IKBN, Peretak 18

2.2 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi 20

2.2.1 Minat Pelajar 20

2.2.2 Peranan Ibu bapa 21

2.2.3 Pengaruh Rakan Sebaya 23

2.2.4 Kelayakan Akademik 24

2.3 Kesimpulan 26

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 27

3.2 Reka Bentuk Kajian 27

3.3 Sampel Kajian 28

3.4 Batasan Kajian 29

3.5 Instrumen Kajian 30

3.5.1 Bahagian A 31

3.5.2 Bahagian B 31

3.6 Kajian Rintis 32

3.7 Kesahan 33

3.8 Kebolehpercayaan 33

3.9 Prosedur Kajian 35

3.10 Kaedah Pengumpulan Data 36

3.11 Analisis Data 36

3.12 Kesimpulan 39

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

ix

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Data 42

4.2.1 Bahagian A-Latar Belakang Responden 42

4.2.1.1 Jantina 43

4.2.1.2 Bangsa 44

4.2.1.3 Umur 44

4.2.1.4 Taraf Pendidikan 45

4.2.1.5 Jurusan Hospitaliti Yang Diikuti 45

4.2.1.6 Pekerjaan Bapa 46

4.2.1.7 Pekerjaan Ibu 47

4.2.1.8 Anggaran Pendapatan Keluarga

Sebulan 48

4.2.2 Analisis Data Faktor Minat 48

4.2.3 Analisis Data Faktor Ibu bapa 51

4.2.4 Analisis Data Faktor Rakan Sebaya 53

4.2.5 Analisis Data Faktor Kelayakan

Akademik 55

4.3 Rumusan Analisis 57

4.4 Kesimpulan 58

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Rumusan 60

5.3 Perbincangan 63

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 64

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 66

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 68

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 71

5.4 Cadangan 72

5.4.1 Pelajar 73

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

x

5.4.2 Ibu bapa 73

5.4.3 IKBN, Peretak 74

5.4.4 Kajian Lanjutan 74

5.5 Penutup 77

RUJUKAN 76-79

LAMPIRAN

LAMPIRAN A-G 80-99

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Jumlah Ketibaan Pelancong Luar Negara

Ke Malaysia. 3

1.2 Institusi Pengajian Bidang Hospitaliti Di Malaysia 4

1.3 Bilangan Penganggur Yang Berdaftar 5

1.4 Yuran Pengajian Hospitaliti Kendalian IHYPJ 6

2.1 Klasifikasi Pekerjaan Menurut Roe 17

2.2 Enrolmen Pelajar Hospitaliti Di IKBN, Peretak 20

3.1 Taburan Pelajar Yang Yang Mengikuti Kursus

Hospitaliti Di IKBN, Peretak Pada Tahun 2008 29

3.2 Pembahagian Item Bahagian A Latar Belakang Responden 31

3.3 Taburan Item Dalam Kajian Soal Selidik 32

3.4 Pekali Alpha Cronbach 34

3.5 Kebolehpercayaan Mengikut Persoalan Kajian 34

3.6 Klasifikasi Terhadap Item 38

3.7 Penilaian Tahap Nilai Min 39

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

xii

4.1 Taburan Item Dalam Borang Soal Selidik 41

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 43

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 44

4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 45

4.5 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan Pelajar 45

4.6 Taburan Responden Mengikut Jurusan Hospitaliti 46

4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 46

4.8 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 47

4.9 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Keluarga

Sebulan 48

4.10 Faktor Minat Mempengaruhi Pelajar Mengikut

Kursus Hospitaliti 50

4.11 Faktor Ibu Bapa Berperanan Mempengaruhi Pelajar

Untuk Mengikuti Kursus Hospitaliti 52

4.12 Faktor Rakan Sebaya Mempengaruhi Pelajar Untuk

Mengikuti Kursus Hospitaliti 54

4.13 Faktor Kelayakan Akademik Mendorong Pelajar

Memilih Kursus Hospitaliti 56

4.14 Rumusan Analisis 57

5.1 Tahap Mempengaruhi Responden Berdasarkan Min. 62

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Kajian 10

2.1 Hierarki Keperluan Maslow 14

3.1 Pengendalian Kajian 35

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

xiv

SENARAI SINGKATAN

IHYPJ : Institut Hospitaliti Yayasan Pelajaran Johor.

IKBN : Institut Kemahiran Belia Negara

IKTBN : Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara

IPTA : Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS : Institut Pengajian Tinggi Swasta

KBS : Kementerian Belia dan Sukan.

KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia

MLVK : Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

SKM : Sijil Kemahiran Malaysia

SPM : Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS : Statistical Package For Social Sciences

TMM : Tahun Melawat Malaysia 2007

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

xv

SENARAI SIMBOL

N - Jumlah

ƒ - Frekuensi

% - Peratus

& - Dan

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 80

B Surat Pengesahan Soal Selidik 87

C Nilai Alpha Crombach Kajian Rintis 88

D Analisis Data 90

E Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan 97

F Surat Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian PSM 98

G Surat Kebenaran Menjalankan Kajian PSM di IKBN, Peretak 99

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Industri hospitaliti adalah salah satu industri yang tertua di dunia. Industri

hospitaliti telah mula wujud sejak tamadun Babylon dari tahun 2067 hingga tahun

2025 sebelum Masihi. Sejak daripada itu, ianya telah berkembang dengan pesatnya.

Pada masa itu manusia sebagai pengembara, pedagang, ahli politik dan juga ahli

perniagaan yang memerlukan tempat rehat, tempat tinggal dan juga bekalan makanan

dan minuman di dalam perjalanan mereka. Akta-akta yang berkaitan dengan

hospitaliti telah diwartakan umpamanya ‘Kod Hammurabi’ yang telah menyatakan

undang-undang penginapan kepada pedagang dari serata rantau pelosok yang telah

melakukan aktiviti pertukaran barang-barang dagangan.

Wujudnya kemudahan hospitaliti apabila masyarakat setempat membuka

rumah, gerai dan dapur mereka kepada pengembara dan pedagang yang keletihan ini.

Maka bermula dan tercetuslah industri perkhidmatan yang dikenali sebagai industri

hospitaliti. Ketika kejatuhan empayar Babylon menyebabkan kerajaan Athens dan

Rome dari tahun 405 hingga tahun 200 sebelum masihi menjadi pusat perniagaan,

kesenian dan kebudayaan untuk para pedagang asing pada waktu itu. Maka

berkembanglah aktiviti hospitaliti yang lain seperti inn, bar dan restoran makanan

segera.

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

2

Bagi negara kita pula, industri hospitaliti bermula sejak zaman Kesultanan

Melayu Melaka lagi di mana ramai pedagang asing datang untuk melakukan urusan

perniagaan dan perdagangan di pelabuhan Melaka. Pada masa itu ada di kalangan

penduduk tempatan yang telah menawarkan bekalan makanan, tempat rehat dan

rumah tumpangan. Maka tanpa disedari, masyarakat kita pada masa itu telah

menyediakan perkhidmatan hospitaliti. Di Malaysia, industri hospitaliti sedang

rancak berkembang dengan adanya banyak kemudahan hotel dan restoran yang

bertaraf antarabangsa. Perkembangan yang paling pesat berlaku pada tahun 1990an

di mana banyak syarikat hotel gergasi telah bertapak di Malaysia antaranya Shetaron,

Marriot, Ritz, Carlton, Regent dan sebagainya. Bidang hospitaliti sudah terkenal dan

mendapat sambutan untuk tenaga kerja di dalam negara mahupun luar negara.

Justeru itu dengan peningkatan bidang sains dan teknologi menyebabkan industri

hospitaliti menjadi semakin canggih dengan penggunaan teknologi maklumat untuk

meningkatkan kualiti serta nilai sesuatu produk.

Industri hospitaliti bermaksud memberi perkhidmatan layanan mesra dan

sajian. Menerima pelanggan dengan tangan terbuka samada yang dikenali mahupun

yang tidak dikenali secara sama rata. Kenyataan ini dinyatakan oleh Shahrim (2003)

yang menganggapkan pelanggan pada hari ini sangat mementingkan perkhidmatan

dan layanan yang diterima daripada individu yang memberi perkhidmatan hospitaliti.

Bagi kebanyakan orang industri hospitaliti lebih kepada memberi

perkhidmatan, sajian layanan yang sopan dan mesra kepada pelanggan. Gray dan

Linguori (1994) menyatakan bahawa bidang pekerjaan hospitaliti memberi tumpuan

kepada perkhidmatan kepada pelanggan seperti yang dikatakan sebagai “ is truly a

people busines”. Kita melihat bahawa sebahagian besar tumpuan dalam pekerjaan

hospitaliti memerlukan kita berhubung dengan pelanggan dan melayan kepuasan hati

pelanggan.

Gale (1985), turut menyokong pendapat itu, yang mengaitkan hubungan

pekerja dengan pelanggan-pelanggan yang akan menerima perkhidmatan adalah

perkara yang sangat dititikberatkan untuk menguruskan sesuatu pekerjaan di bidang

perkhidmatan perhotelan mahupun layanan di restoran. Kita sedia maklum bahawa

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

3

bidang hospitaliti berkait rapat dengan sektor pelancongan negara kita, jika prestasi

sektor pelancongan meningkat, maka peluang pekerjaan dan perkhidmatan dapat

ditawarkan dengan lebih banyak di dalam sektor pelancongan negara. Bidang

pelancongan menawarkan pelbagai peluang kerjaya yang terbentang luas untuk

rakyat di negara ini. Memandangkan industri ini berkembang pesat dan popular,

maka peluang kerjaya di dalam bidang ini adalah sangat cerah dan baik.

Selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkenalkan negara kita Malaysia di

pentas dunia sebagai sebuah negara berasaskan industri pelancongan. Pelbagai

program dianjurkan untuk merealisasikan impian tersebut. Tahun Melawat Malaysia

2007 telah diperkenalkan. Sasaran pencapaian untuk agenda Tahun Melawat

Malaysia 2007, boleh dibuktikan berdasarkan Jadual 1.1 yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelancongan Malaysia berkaitan dengan statistik kedatangan pelancong

ke Malaysia dari tahun 2004 hingga 2006.

Keyakinan ini disuarakan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri

Pelancongan Malaysia yakin sasaran 20.1 juta pelancong mengunjur peningkatan

sebanyak 9.5 peratus berbanding tahun 2006. Ini menunjukkan bahawa industri

pelancongan yang berkembang pesat menyebabkan guna tenaga dalam bidang

hospitaliti juga turut meningkat.

Jadual 1.1: Jumlah Ketibaan Pelancong Luar Negara Ke Malaysia

Tahun Jumlah Ketibaan

2004 15.70 juta

2005 16.43 juta

2006 17.55 juta

(Sumber : Kementerian Pelancongan Malaysia, 2007)

Sambutan yang hangat di bidang hospitaliti menjanjikan prospek kerjaya

yang luas di sektor pelancongan domestik mahupun antarabangsa. Banyak pusat

pengajian yang menawarkan kursus berkaitan dengan hospitaliti dari peringkat sijil

hinggalah ke perigkat ijazah samada di IPTA dan juga di IPTS. Merujuk kepada

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

4

Jadual 1.2 yang menyenaraikan antara institusi pengajian daripada pihak swasta

mahupun kerajaan yang menawarkan kursus berkaitan dengan bidang hospitaliti pada

masa kini.

Jadual 1.2: Institusi Pengajian Bidang Hospitaliti Di Malaysia.

Bil Institusi Yang Menawarkan Kursus Hospitaliti

1. Kolej Komuniti

2. Politeknik

3. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

4. Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL)

5. Carlton International Academy (CIA)

6. Institut Hospitaliti Yayasan Pelajaran Johor ( IHYPJ )

7. Kuala Lumpur Metropolitan Universiti College (KLMU)

8. Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia ( KUTPM )

9. Universiti Teknologi Mara ( UiTM )

10. Universiti Putra Malaysia ( UPM )

(Sumber: Lembaga Akreditasi Negara, 2007)

Bagi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) telah

dipertanggungjawabkan untuk melatih dan melahirkan belia separa profesional

dalam sektor perhotelan, perkhidmatan makanan, pelancongan dan rekreasi. Ini

sejajar dengan matlamat awal penubuhannya untuk menangani masalah

pengangguran di kalangan belia yang tercicir dan membolehkan mereka mendapat

pekerjaan.

Fokus utama institut ini adalah untuk melahirkan sumber tenaga belia yang

memiliki keterserlahan dalam bidang kemahiran dan kesempurnaan sahsiah peribadi.

Sehingga kini terdapat 14 buah IKBN dan sebuah IKTBN di bawah kelolaan

Kementerian Belia dan Sukan di seluruh negara. Antara IKBN yang menawarkan

kursus hospitaliti ialah IKBN Peretak, IKBN Alor Gajah, IKBN Bachok dan IKBN

Miri.

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah golongan belia yang mempunyai

masalah dengan pemilihan kursus kerjaya. Golongan muda ini. terdiri daripada para

pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah tamat zaman persekolahan.

Mereka yang ingin menceburi bidang kerjaya telah digalakkan mengikuti kursus-

kursus tertentu sebelum mencari sesuatu pekerjaan. Golongan ini lebih mudah

mendapat perkerjaan sekiranya telah menghadiri dan memiliki sijil kursus-kursus

kemahiran dan latihan untuk mengisi sesuatu jawatan dalam bidang pekerjaan. Oleh

itu ramai di kalangan pelajar lepasan SPM memilih kursus-kursus tertentu agar

mudah mendapat pekerjaan kelak.

Walau bagaimanapun masalah pengangguran di kalangan belia dewasa kini

tidak boleh di pandang ringan. Masih terdapat ramai penganggur di negara kita.

Mereka tiada memiliki sebarang pekerjaan. Perkara ini dibuktikan dalam Jadual 1.3

yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia, yang menerangkan tentang

bilangan ahli yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja untuk mencari pekerjaan.

Jadual 1.3: Bilangan Penganggur Yang Berdaftar

Tahun Ahli Berdaftar

2003 132,553 orang

2004 115,980 orang

2005 215,819 orang

2006 203,181 orang

2007 224,437 orang

(Sumber: Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia )

Bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan belia, pihak kerajaan

telah menubuhkan banyak pusat latihan untuk melatih para belia. Di harap dengan

berbekalkan ilmu kemahiran mereka akan mudah memperolehi pekerjaan. Salah satu

institut latihan untuk para belia ialah IKBN. Peranannya adalah untuk mengatasi

masalah belia yang mengganggur. Tujuan penubuhan IKBN adalah untuk

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

6

menangani masalah pengangguran di kalangan belia yang tercicir dalam bidang

pelajaran.akademik. Pelajar diberi peluang untuk mengikuti sebarang kursus yang

ditawarkan. Bagi memudahkan para belia memohon kursus yang ditawarkan

Kementerian Belia dan Sukan memproses borang permohonan kemasukan pelajar

baru ke IKBN secara on-line, termasuklah kursus hospitaliti.

IKBN menawarkan kursus hospitaliti dengan kos yang murah. Mutu latihan

kursus yang disediakan diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan dengan

penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia. Ramai remaja lepasan SPM mencari

peluang kerjaya dengan mengikuti kursus hospitaliti di IKBN. Acapkali didapati kos

yang tinggi perlu ditanggung oleh pelajar jika mengikuti kursus dengan pihak swasta

Mengikuti kursus di IKBN memerlukan kos yang rendah jika dibandingkan dengan

kos yang perlu ditanggung oleh pelajar mengikuti kursus hospitaliti di Institut

Hospitaliti Yayasan Pelajaran Johor. Merujuk kepada Jadual 1.4 merupakan kadar

yuran yang perlu ditanggung oleh para pelajar kursus hospitaliti di IHYPJ.

Jadual 1.4 : Yuran Pengajian Hospitaliti Kendalian IHYPJ

Kod Kursus Yuran

L100 Sijil Pembantu Penyedia Roti RM2500 Per Semester

L110 Sijil Pembantu Penyelia Pastri RM2500 Per Semester

D1 Diploma Pengurusan Hospitaliti RM 2500 Per Semester

D2 Diploma Penyediaan Makanan & Kulinari RM5000 Setahun

( Sumber : Institut Hospitaliti Yayasan Pelajaran Johor)

Pelajar berpeluang memilih tempat berkursus sama ada di agensi awam atau

pun swasta. Terdapat pelbagai kelebihan dan faedah apabila mengikuti kursus di

instituti awam mahupun swasta dalam bidang hospitaliti. Terpulanglah kepada

pelajar untuk merebut peluang yang ditawarkan oleh IKBN bagi pembentukan

kerjaya awal setiap pelajar. Oleh itu, kerjaya ialah rangkaian pekerjaan yang

dilakukan oleh seseorang dengan cara melibatkan dirinya dalam pekerjaan tersebut

untuk sepanjang hayat. Menurut Yusof dalam Sharif (2002) kerjaya didefinisikan

sebagai sebuah profesion yang menjadi salah satu cara mencari nafkah.

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

7

Manakala Fadzli (2002) mendefinisikan kerjaya sebagai kerja atau aktiviti

untuk memenuhi keperluan psikologi, ekonomi dan sosial individu dan ini

direalisasikan dengan bekerja sehingga berjaya.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan, penyelidik

ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan pemilihan kursus hospitaliti sebagai

ilmu kemahiran yang ditawarkan di IKBN, Peretak. Apakah faktor-faktor yang

mempengaruhi mereka memilih kursus hospitaliti sebagai pembentukan kerjaya awal

mereka?

Oleh itu pengkaji ingin mengkaji sebab mereka memilih kursus hospitaliti

sebagai satu peluang untuk mendapatkan pekerjaan di masa akan datang. Kursus

hospitaliti di IKBN, merupakan salah satu kursus yang menjadi rebutan lepasan

SPM. Pengkaji akan mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang faktor-

faktor yang dikenal pasti mempengaruhi mereka memilih kursus hospitaliti.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan mengandungi beberapa objektif yang hendak dicapai

bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih kursus

hospitaliti di Institut Kemahiran Belia Negara, Peretak sebagai pembentukan awal

kerjaya mereka dalam bidang pekerjaan pada masa akan datang. Antaranya untuk:-

i. Mengetahui minat pelajar terhadap pemilihan kursus hospitaliti .

ii. Melihat peranan ibu bapa dalam mempengaruhi pelajar untuk memilih kursus

hospitaliti.

iii. Mengetahui peranan rakan sebaya untuk menceburi kursus hospitaliti.

iv. Mengetahui samada kelayakan akademik mendorong pelajar memilih kursus

hospitaliti.

Page 27: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek ... berasaskan industri pelancongan. ... yang dikeluarkan oleh

8

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan-persoalan kajian yang diutarakan oleh pengkaji dalam penyelidikan

ini berkait dengan faktor pemilihan kursus oleh pelajar di IKBN, Peretak dalam

bidang hospitaliti. Antaranya ialah :-

i. Apakah faktor minat mempengaruhi pelajar mengikuti kursus hospitaliti ?

ii. Apakah faktor ibu bapa mempengaruhi pelajar mengikuti kursus hospitaliti ?

iii. Apakah faktor rakan sebaya berperanan mempengaruhi pelajar untuk memilih

kursus hospitaliti ?

iv. Apakah faktor kelayakan akademik mendorong pelajar memilih kursus

hospitaliti ?