faktor-faktor penyumbang kepada kejayaan dan

10
E-proceedings of the Conference on Management and Muamalah (CoMM 2014), 26-27 May 2014 Synergizing Knowledge on Management and Muamalah (E-ISBN: 978-983-3048-92-2) 191 FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN DAN KEGAGALAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) BUMIPUTERA DI MALAYSIA Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin, Muhammad Firdaus Muhammad Sabri Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. [email protected] , [email protected] , [email protected] ABSTRAK Objektif kertas kerja konseptual ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan usahawan dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. Melihat kepada senario semasa, PKS adalah penting bagi pembangunan mana-mana negara kerana ia membantu pertumbuhan ekonomi dan pewujudan peluang pekerjaan kepada masyarakat bandar dan luar bandar. Dapatan kajian mendapati terdapat dua faktor utama iaitu faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan Perniagaan Kecil dan Sederhana di Malaysia. Faktor dalaman ini meliputi faktor ciri-ciri keusahawanan dan orientasi keusahawanan serta pegangan atau ketaatan kepada agama. Manakala faktor- faktor luaran pula meliputi kemahiran pengurusan, pengalaman pengurusan dan industri, perancangan dan keadaan ekonomi, hubungan sosial, jaringan dan pemasaran serta bantuan dan sokongan kerajaan. Selain itu, kertas kerja ini juga mencadangkan satu kerangka kajian yang boleh digunapakai oleh penyelidik pada masa depan dalam mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan Perniagaan Kecil dan Sederhana. Kata Kunci : Perusahaan Kecil dan Sederhana, Bumiputera, Faktor Kejayaan, Faktor Kegagalan ABSTRACT The objective of this conceptual paper is to examine the factors that contribute to the success and failure of entrepreneurs in small and medium enterprises (SMEs) in Malaysia. Recently, SMEs are important for the development of any country as they contribute to economic growth and job creation in the urban and rural areas. The results revealed there are two factors consist of internal factors and external factors affecting the success or failure of SMEs in Malaysia. These Internal factors consist of the entrepreneurial traits and entrepreneurial orientation and also to the obedience towards Islam. While, external factors consist of management skills, management experience and industry, planning and economic conditions, social relationships, networks and marketing as well as assistance and government support. Moreover, this paper proposes a conceptual framework for future research in studying the factors that contribute to the success and failure of SMEs. Keywords: Small and Medium Enterprises (SMEs), Bumiputera, Success Factor, Failure Factor ______________________________________________________________________________

Upload: lemien

Post on 15-Dec-2016

233 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN DAN

E-proceedings of the Conference on Management and Muamalah (CoMM 2014), 26-27 May 2014

Synergizing Knowledge on Management and Muamalah (E-ISBN: 978-983-3048-92-2)

191

FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN DAN KEGAGALAN

PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) BUMIPUTERA DI MALAYSIA

Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin, Muhammad Firdaus Muhammad Sabri

Fakulti Pengurusan dan Muamalah

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

[email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK

Objektif kertas kerja konseptual ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang menyumbang

kepada kejayaan dan kegagalan usahawan dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di

Malaysia. Melihat kepada senario semasa, PKS adalah penting bagi pembangunan mana-mana

negara kerana ia membantu pertumbuhan ekonomi dan pewujudan peluang pekerjaan kepada

masyarakat bandar dan luar bandar. Dapatan kajian mendapati terdapat dua faktor utama iaitu

faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan Perniagaan

Kecil dan Sederhana di Malaysia. Faktor dalaman ini meliputi faktor ciri-ciri keusahawanan

dan orientasi keusahawanan serta pegangan atau ketaatan kepada agama. Manakala faktor-

faktor luaran pula meliputi kemahiran pengurusan, pengalaman pengurusan dan industri,

perancangan dan keadaan ekonomi, hubungan sosial, jaringan dan pemasaran serta bantuan

dan sokongan kerajaan. Selain itu, kertas kerja ini juga mencadangkan satu kerangka kajian

yang boleh digunapakai oleh penyelidik pada masa depan dalam mengkaji faktor-faktor yang

menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan Perniagaan Kecil dan Sederhana.

Kata Kunci : Perusahaan Kecil dan Sederhana, Bumiputera, Faktor Kejayaan, Faktor

Kegagalan

ABSTRACT

The objective of this conceptual paper is to examine the factors that contribute to the success and

failure of entrepreneurs in small and medium enterprises (SMEs) in Malaysia. Recently, SMEs

are important for the development of any country as they contribute to economic growth and job

creation in the urban and rural areas. The results revealed there are two factors consist of

internal factors and external factors affecting the success or failure of SMEs in Malaysia. These

Internal factors consist of the entrepreneurial traits and entrepreneurial orientation and also to

the obedience towards Islam. While, external factors consist of management skills, management

experience and industry, planning and economic conditions, social relationships, networks and

marketing as well as assistance and government support. Moreover, this paper proposes a

conceptual framework for future research in studying the factors that contribute to the success

and failure of SMEs.

Keywords: Small and Medium Enterprises (SMEs), Bumiputera, Success Factor, Failure Factor

______________________________________________________________________________

Page 2: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN DAN

E-proceedings of the Conference on Management and Muamalah (CoMM 2014), 26-27 May 2014

Synergizing Knowledge on Management and Muamalah (E-ISBN: 978-983-3048-92-2)

192

PENGENALAN

Di Malaysia kerajaan di pelbagai peringkat memainkan peranan yang penting dalam menarik

minat masyarakat terutamanya bumiputera di negara ini untuk menceburi bidang Perusahaan

Kecil dan Sederhana (PKS). Ini memandangkan bidang ini memberikan sumbangan yang besar

kepada pendapatan Negara. Menurut Laporan Tahunan PKS 2012/13 oleh Majlis PKS

Kebangsaan, sumbangan PKS kepada Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) keseluruhan

mengikut aktiviti ekonomi utama telah meningkat daripada 32.5 peratus pada tahun 2011

kepada 32.7 peratus pada tahun 2012. Malah menurut laporan ini lagi guna tenaga dalam sektor

ini juga telah bertambah daripada 4,100,952 pada tahun 2009 kepada 4,854,142 pada tahun

2012 (Laman web rasmi SME Corp). Malah, menurut Rosli Mahmod et al.. (2008) usahawan

bukan sahaja mencipta perniagaan baru malahan meningkatkan peluang pekerjaan yang

menjurus kepada sumber penciptaan penemuaan terbaru, teknologi baru dan inovasi. Negara

turut memperolehi keuntungan berlipat ganda dari sektor keusahawanan. Selain keuntungan

ekonomi, faedah lain turut dirasai oleh masyarakat dari segi taraf kehidupan, tanggungjawab

sosial dan pengukuhan industri.

Dalam usaha membangunkan usahawan bumiputera, terdapat beberapa badan yang

bertanggungjawab dalam pembangunan usahawan dan bakal-bakal usahawan di Malaysia iaitu

Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), UDA Holdings

Bhd, Bank Pembangunan, SME Bank, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Bank Rakyat,

Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK), Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan Syarikat

Pembangunan Ekonomi Negeri (SEDCs) (Yahya Ibrahim 2014).

Dilihat daripada sudut permasalahan pula, menurut Khairunnisa Mardzuki, Zaimah

Darawi, Mohd Radzuan Rahid (2012) masyarakat Melayu sering dianggap tersisih dan jauh

ketinggalan di belakang dalam semua aspek berbanding dengan golongan lain. Oleh itu,

golongan Melayu kini perlu mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan dan transformasi

yang drastik dari semua aspek khususnya dari segi pemikiran dan mentaliti untuk menceburi

bidang keusahawanan bagi meningkatkan kekuatan dan kemantapan ekonomi untuk bersaing

secara sihat dengan bangsa lain dan tidak terus ketinggalan dalam perjalanan negara menuju

negara berpendapatan tinggi. Menurut Thuaibaih@Suaibah Abu Bakar et al (2007) kebanyakan

kajian dan temubual yang dijalankan ke atas usahawan yang telah berjaya dalam perniagaan

menunjukkan bahawa mereka ini pernah mengalami kegagalan dalam perniagaan sekurang-

kurangnya sekali, sebelum bangkit semula dalam perniagaan masing-masing. Di sebalik

pelbagai permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan Melayu, terdapat juga dalam

kalangan mereka ini yang mampu bertahan dan telah mencapai kejayaan selaras dengan

matlamat dasar pembangunan negara yang ingin meningkatkan jumlah usahawan Melayu. Oleh

yang demikian kertas kerja konseptual ini akan membincangkan faktor-faktor yang

menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan PKS Bumipuetera di Malaysia.

Definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

PKS mempunyai pelbagai definisi mengikut peranan, fungsi dan organisasi yang berkaitan.

Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan yang ke-14 pada Oktober 2013 (SME Corp.

Malaysia, 2014) telah memberikan definisi baharu untuk PKS yang terpakai bermula 1 Januari

2014 seperti berikut:

Pembuatan: Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh

masa tidak melebihi 200 orang.

Page 3: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN DAN

E-proceedings of the Conference on Management and Muamalah (CoMM 2014), 26-27 May 2014

Synergizing Knowledge on Management and Muamalah (E-ISBN: 978-983-3048-92-2)

193

Perkhidmatan dan lain sektor: Jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan

pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.

Sesebuah perniagaan diklasifikasikan sebagai PKS jika memenuhi salah satu daripada dua

kriteria kelayakan iaitu jualan tahunan atau bilangan pekerja sepenuh masa, mana-mana yang

rendah. Manakala definisi berdasarkan saiz operasi pula adalah seperti berikut:

Perusahaan mikro merentasi semua sektor: jualan tahunan kurang daripada RM300,000

atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.

Jadual 1 merumuskan definisi untuk kategori kecil dan sederhana berdasarkan sektor

masing-masing.

JADUAL 1: Definisi berdasarkan saiz operasi

Kategori Kecil Sederhana

Pembuatan Jualan tahunan daripada

RM300,000 hingga kurang

daripada RM15 juta atau

daripada 5 hingga kurang

daripada 75 pekerja.

Jualan tahunan daripada

RM15 juta hingga tidak

melebihi RM50 juta atau

daripada 75 hingga tidak

melebihi 200 pekerja.

Perkhidmatan dan Sektor

Lain

Jualan tahunan daripada

RM300,000 hingga kurang

daripada RM3 juta atau

daripada 5 hingga kurang

daripada 30 pekerja.

Jualan tahunan daripada

RM3 juta hingga tidak

melebihi RM20 juta atau

daripada 30 hingga tidak

melebihi 75 pekerja.

Jika sesebuah perniagaan memenuhi salah satu kriteria merentasi saiz operasi yang

berbeza, maka saiz yang lebih kecil akan diguna pakai. Sebagai contoh, jika jualan

tahunan sesebuah firma berada di abwah kategori perusahaan mikro tetapi bilangan

pekerja terletak di bawah kategori perusahaan kecil, perniagaan tersebut akan

diklasifikasikan sebagai perusahaan mikro.

Definisi piawai bagi PKS ini digunapakai oleh semua agensi kerajaan bagi memudahkan

pengenalan PKS dalam semua sektor. Piawai ini juga membantu penyeliaan prestasi dan

sumbangan Perniagaan Kecil dan Sederhana yang lebih baik terhadap ekonomi Negara (Mohd

Nor Hakimin Yusoff, Mohd Rafi Yaacob 2010)

SOROTAN KAJIAN

Daripada sorotan kajian di dapati terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejayaan

dan kegagalan PKS di Malaysia seperti berikut:

Kemahiran Pengurusan, Pengalaman pengurusan dan industri, Perancangan dan Keadaan

Ekonomi

Dapatan kajian yang dilakukan oleh Mohd Hassan Bin Mohd. Osman (2007) mendapati dua

daripada tiga faktor kejayaan kritikal yang utama bagi usahawan TEKUN ialah kemahiran

pengurusan dan pengkhususan di dalam membuat kerja Ini selaras dengan dapatan kajian oleh

Nurul Huda Che Abdullah & Ramlee Mustapha (2009) yang mendapati amalan pengurusan

perniagaan daripada persepsi usahawan tani Bumiputera yang berjaya adalah berada pada tahap

yang tinggi. Walaupun bergitu hasil temubual mendapati usahawan tani yang dikaji mengakui

bahawa amalan pengurusan pemasaran mereka masih di tahap yang lemah manakala hasil

Page 4: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN DAN

E-proceedings of the Conference on Management and Muamalah (CoMM 2014), 26-27 May 2014

Synergizing Knowledge on Management and Muamalah (E-ISBN: 978-983-3048-92-2)

194

pemerhatian pula menunjukan amalan pengurusan kewangan responden masih ditahap tidak

memuaskan. Daripada dapatan kajian yang dilakukan oleh Azmi Abdul Manaf, Nik hairi Omar

& Lee Kuan Yee (2012) terdapat empat faktor yang dianggap kritikal kepada kejayaan usahawan

(wanita dan lelaki) iaitu kemahiran perancangan, keadaan ekonomi, pengalaman industri dan

pengalaman pengurusan. Ini juga selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Buerah

Tunggak, Hussin Salamon dan Baharin (2011) yang mendapati aspek pengetahuan dan

kemahiran pengurusan keusahawanan merupakan kelemahan utama usahawan bumiputera PKS.

Malah pengurusan kewangan yang tidak baik menyebabkan terdapat dalam kalangan usahawan

bumiputera PKS ini tidak dapat memisahkan antara pemilikan peribadi dengan entiti perniagaan

sehingga sanggup mengeluarkan dan menggunakan wang tunai dan barang niaga untuk

kegunaaan diri sendiri dan keluarga tanpa membuat sebarang catatan.

Ciri-ciri keusahawanan dan orientasi keusahawanan (EO) yang dimiliki

Menurut Norita Deraman, Nizamuddin, Oemar Hamdan (2005) keseluruhannya usahawan

mempunyai ciri lokus kawalan dalaman yang tinggi. Mereka merupakan individu yang percaya

bahawa merekalah sebenarnya yang mengawal apa yang berlaku kepada diri mereka, bukannya

nasib, peluang atau takdir. Mereka sendiri yang menentukan jatuh bangun perniagaan mereka

samada gagal atau berjaya. Penemuan ini menolak dakwaan bahawa usahawan melayu

mempunyai ciri lokus kawalan luaran yang selalu mengharap subsidi kerajaan dan berjaya

disebabkan faktor-faktor luaran seperti nasib dan sokongan kerajaan.

Hasnah Ali, Norhafizah Abdul razak dan Sanep Ahmad (2010) pula mendapati faktor

kejayaan usahawan iaitu keyakinan kepada diri sendiri merupakan faktor yang signifikan dalam

mempengaruhi kejayaan mereka. Sementara faktor-faktor lain tidak mempunyai hubungan

signifikan (faktor sangup hadapi risiko, sangup berdikari, membuat pengkhususan kerja, minat

dalam perniagaan, tidak takut menghadapi pesaingan, kemahiran yang tinggi dalam perniagaan

dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan penggunaan masa tidak signifikan) dengan

kejayaan usahawan PKS.

Kajian oleh Ishak Yusof (2011) juga menyatakan prestasi kejayaan usahawan melayu di

Pulau Langkawi disebabkan faktor dalaman usahawan itu sendiri iaitu latar belakang usahawan

melayu iaitu jati diri, jujur, tidak mudah mengalah, yakin dan gigih berusaha. Namun kajian ini

tidak menyentuh langsung berkaitan faktor luaran yang kemungkinan besar turut juga

mempengaruhi kejayaan atau kegagalan usahawan PKS di Negara ini. Selain itu menurut Buerah

Tunggak, Hussin Salamon & Baharin Abu (2011), usahawan yang memiliki sikap-sikap negatif

seperti ketidakjujuran, menipu, lewat atau tidak membayar balik pinjaman yang diterima, tidak

mahu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kurang mengamalkan sikap akauntabiliti biasanya

kurang berjaya

Hubungan Sosial, Jaringan dan Pemasaran

Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun (2011) menyatakan gabungan faktor-faktor

keusahawanan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kejayaan seorang usahawan. Malah

usahawan juga perlu menggabungkan kepimpinan mereka dan kekuatan jaringan dalam usaha

untuk menyalur atau akses kepada maklumat yang relevan dan penting. Ini selaras dengan kajian

yang dilakukan oleh Sazelin Arif (2009) yang mendapati salah satu kelemahan Pemasaran dalam

kalangan Pengusaha kecil makanan halal di Melaka tengah ialah kekurangan tunjuk ajar dan

perkongsian pendapat kerana kurangnya jaringan kerjasama antara sesama usahawan.

Manakala kajian yang dilakukan oleh Abdul Ghani Farinda et al.. (2009), Noorasiah

Sulaiman, Mohd Nasir Mohd Saukani (2007) menunjukan modal sosial (jaringan sosial)

mempunyai pengaruh penting terhadap tingkat daya saing dan kejayaan sesebuah firma.

Usahawan juga turut mengakui bahawa elemen yang membentuk modal sosial penting kepada

Page 5: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN DAN

E-proceedings of the Conference on Management and Muamalah (CoMM 2014), 26-27 May 2014

Synergizing Knowledge on Management and Muamalah (E-ISBN: 978-983-3048-92-2)

195

kerjaya mereka. Namun apa yang menjadi masalah dan cabaran kepada mereka ialah bagaimana

hendak membina indikator jaringan bagi modal sosial ini.

Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian oleh Syed Shah Alam, Mohd Fauzi

Mohd Jani, Nor Asiah Omar (2011), yang menunjukan sokongan keluarga, hubungan sosial,

motivasi dalaman memberi kesan positif dan signifikan kepada kejayaan usahawan wanita dalam

perniagaan kecil kecuali sokongan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Pegangan atau ketaatan kepada agama islam

Norashidah Othman, Noraishah Buang (2009) melalui kajiannya terhadap enam orang

usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia didapati mereka mempunyai sikap

keusahawanan yang hampir sama, kemahuan belajar yang tinggi, dan kekuatan pegangan agama

dan kerohanian. Mereka juga mempunyai kesedaran tehadap nilai-nilai etika, mempunyai

kemahiran keusahawanan iaitu kebolehan dalam bidang masing-masing, menguruskan

perniagaan dan sumber yang dimiliki. Kajian ini juga mendapati bahawa kemahuan usahawan

PKS untuk menceburi bidang keusahwanan dipengaruhi oleh elemen kerohanian yang berkaitan

keusahawanan yakni pegangan agama dan nilai. Kajian ini selari dengan pendapat Buerah

Tunggak & Hussin Salamon (2011) yang menyatakan masyarakat Bumiputera perlu ditanam

dengan sikap keusahawanan yang efektif dan beretika yang akan melahirkan ciri-ciri

keusahawanan yang selari dengan ajaran islam seperti jujur dan benar, amanah, keadilan,

menepati janji, ihsan, istiqamah, taufian, berilmu dan berkemahiran serta keazaman (iltizam yang

tinggi). Mohamad Zulkifli & Mohd Rosli (2013) menyatakan terdapat hubungan positif antara

orientasi keusahawanan dan kejayaan perniagaan. Malah hubungan positif ini lebih kuat

sekirannya usahawan mempunyai pegangan agama yang kuat.

Siti Arni Basir, Bharudin Che pa, Raja Hisyamudin Raja Sulong (2009) pula menyatakan

prinsip-prinsip kualiti yang perlu ada pada usahawan muslim yang berjaya seperti di bawah:

1. Di dalam islam, usahawan muslim digalakan beroperasi melalui kuasa pasaran supaya

lebih efektif.

2. Menghindari sikap tamak

3. Memantapkan sikap berdikari

4. Bekerjasama (organisasi) menubuhkan jaringan, dan

5. Jihad ekonomi.

6. Orientasi keusahawanan mempunyai hubungan positif yg signifikan memberi kesan

terhadap kejayaan usahawan melayu.

Manakala bagi usahawan muslim yang tidak menjalankan perniagaan mereka mengikut

ajaran islam yang sebenar mereka ini didapati kurang berjaya. Ini dibuktikan oleh kajian yang

dilakukan oleh Lim Jie Wei & Novel Lyndon (2013) di mana majoriti petani cina kurang

berminat untuk berurusan dengan pemborong atau peniaga melayu walaupun terdapat peniaga

melayu yang menawarkan untuk membeli produk pertanian mereka dengan harga yang lebih

mahal. Ini disebabkan petani cina kurang pecaya dengan pemborong melayu berdasarkan

pengalaman lepas mereka yang didapati pemborong atau peniaga melayu suka berhutang dan

tidak menepati janji, malah mereka sering menghilangkan diri kerana tidak mahu membayar

hutang.

Bantuan dan Sokongan Kerajaan

Hasil dapatan kajian Mohd Nor Hidayad bin Hambali (2011) mendapati kesemua faktor bantuan-

bantuan kerajaan seperti kewangan dan kredit, latihan dan pembangunan, perkhidmatan nasihat

dan perundingan, pemasaran dan peluang perniagaan, dan sokongan infrastruktur yang

disediakan oleh kerajaan dapat membantu meningkatkan kejayaan usahawan PKS bumiputera

Page 6: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN DAN

E-proceedings of the Conference on Management and Muamalah (CoMM 2014), 26-27 May 2014

Synergizing Knowledge on Management and Muamalah (E-ISBN: 978-983-3048-92-2)

196

dalam menceburi bidang keusahawanan. Penemuan kajian oleh Siti Nor Wardatulaina Mohd

Yusof (2011) pula menunjukan sokongan keusahawanan dan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan

dengan ‘business angel’ dan ketersediaan modal risiko, ketersediaan sumber kewangan,

pengaruh dan sokongan kerajaan untuk keusahawanan dan peranan dasar-dasar kerajaan kepada

aktiviti keusahawanan juga berkorelasi dengan kejayaan usahawan di Malaysia. Ini disokong

oleh kajian Syarifah Rohaya Wan Idris et al., (2013) yang mendapati terdapat enam faktor

kritikal penyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan kedai runcit koperasi di Negeri

Sarawak yang terdiri daripada faktor keusahawanan, sokongan, komunikasi, persaingan, susun

atur dan pengurusan.

PERBINCANGAN IMPLIKASI KAJIAN

Berdasarkan sorotan kajian didapati terdapat dua faktor utama iaitu faktor dalaman dan faktor

luaran yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan PKS di Malaysia. Faktor dalaman ini

meliputi ciri-ciri keusahawanan dan orientasi keusahawanan, serta pegangan atau ketaatan

kepada agama. Manakala faktor-faktor luaran pula meliputi kemahiran pengurusan, pengalaman

pengurusan dan industri, perancangan dan keadaan ekonomi, hubungan sosial, jaringan dan

pemasaran serta bantuan dan sokongan kerajaan.

Bagi pandangan penyelidik, kesemua faktor ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya

oleh usahawan PKS Bumiputera di Malaysia sekiranya mereka ingin lebih berjaya dalam sektor

ini. Mereka perlu mempunyai sikap yang tidak mudah putus asa, proaktif, keyakinan diri yang

tinggi, inovatif dan sebagainya untuk lebih berjaya. Di samping itu mereka perlulah membaiki

kemahiran pengurusan, menimba pengalaman sebanyak yang mungkin daripada jatuh dan

bangun dalam sektor ini, dan perlu mempunyai perancangan dan ilmu berkaitan dengan ekonomi

dan kewangan. Selain itu dicadangkan juga usahawan-usahawan PKS ini mewujudkan jaringan

sosial dan kerjasama yang kukuh di kalangan rakan perniagaan dan masyarakat. Mereka juga

perlu menambahkan ilmu berkaitan pemasaran dengan menghadiri seminar dan program-

program yang berkaitan melalui agensi-agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan.

Melalui dapatan kajian ini juga didapati bantuan dan sokongan kerajaan masih signifikan

dalam menyumbang kepada kejayaan PKS di Malaysia. Justeru bantuan, sokongan serta polisi-

polisi yang telah dijalankan oleh kerajaan sebelum ini melalui agensi-agensi yang berkaitan perlu

diteruskan dan dibuat penambahbaikan selaras dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan

ekonomi bumiputera di Negara ini. Selain itu Majlis Amanah Rakyat (MARA) dicadangkan

memperkasakan lagi Program Skim Khidmat Nasihat Perniagaan, Program Pembangunan

Pemasaran, Program Pembangunan Teknousahawan, Program Latihan Keusahawan dan

sebagainya supaya ianya mampu membangunkan lebih ramai lagi usahawan PKS yang berjaya di

Negara ini. Manakala, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang merupakan sebuah agensi di

bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang

diberi mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia wajar mengiatkan

usaha-usaha untuk membantu membangunkan lagi usahawan PKS francais di Malaysia, melalui

kepakaran dalam memberikan servis serta produk yang berkualiti. Malah PNS perlu mengambil

inisiatif mempromosikan peranan sebenar PNS kepada masyarakat bandar dan luar bandar. Ini

disebabkan masyarakat masih lagi kabur berkaitan peranan sebenar PNS dan sistem perniagaan

francais itu sendiri yang dianggap memerlukan modal yang besar untuk dimulakan.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN DAN

E-proceedings of the Conference on Management and Muamalah (CoMM 2014), 26-27 May 2014

Synergizing Knowledge on Management and Muamalah (E-ISBN: 978-983-3048-92-2)

197

CADANGAN PENYELIDIKAN LANJUTAN

Di sini penyelidik mencadangkan satu kerangka kajian yang boleh dikembangkan oleh

penyelidik-penyelidik yang ingin membuat kajian dalam bidang yang sama di masa depan seperti

di bawah:

Melalui kerangka kajian di atas pembolehubah tidak bersandar yang dicadangkan iaitu

bidang pendidikan, sokongan dan polisi kerajaan, jaringan dan lokasi perniagaan. Pembolehubah

tidak bersandar bidang pendidikan ini meliputi jurusan yang dihadiri oleh usahawan semasa di

Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pembolehubah tidak bersandar jaringan pula meliputi jaringan

peribadi dan perniagaan. Keempat-empat pembolehubah tidak bersandar ini dijangkakan

mempunyai hubungan signifikan kepada pembolehubah bersandar iaitu kejayaan atau kegagalan

Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia. Bidang pendidikan dan lokasi perniagaan

dicadangkan sebagai pembolehubah tidak bersandar yang perlu dikaji kerana penyelidik

menjangkakan dua faktor ini turut menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan PKS di

Malaysia. Selain itu melalui kerangka kajian ini penyelidik mencadangkan faktor kepatuhan

kepada prinsip-prinsip urusniaga menurut Islam (ketepatan dalam timbangan, menjauhi riba,

membayar zakat, jujur, menepati janji dan lain-lain) dijadikan faktor pengantara yang

dijangkakan boleh menguatkan lagi hubungan di antara pembolehubah tidak bersandar dan

pembolehubah bersandar.

KESIMPULAN

Kertas kerja konseptual ini diharapkan dapat membantu penyelidik di masa depan yang ingin

mengkaji dalam bidang yang sama. Di samping itu kerangka kajian yang dicadangkan boleh

digunapakai dan diperkembangkan oleh penyelidik yang ingin mengkaji hubungan di antara

pembolehubah tidak bersandar, pengantara dan pembolehubah bersandar yang dicadangkan.

Hasil dapatan kajian tersebut diharapkan dapat membantu kerajaaan, agensi-agensi yang

berkaitan dan usahawan PKS khususnya dalam merangka strategi untuk lebih berjaya dalam

sektor ini.

Pembolehubah Tidak Bersandar

Faktor

Pengantara

Kepatuhan kepada

prinsip-prinsip

Urusniaga Menurut

Islam

KEJAYAAN/

KEGAGALAN

PERNIAGAAN KECIL

DAN SEDERHANA DI

MALAYSIA

BIDANG PENDIDIKAN

JARINGAN

SOKONGAN DAN POLISI KERAJAAN

LOKASI/TEMPAT PERNIAGAAN

Pembolehubah

Bersandar

Page 8: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN DAN

E-proceedings of the Conference on Management and Muamalah (CoMM 2014), 26-27 May 2014

Synergizing Knowledge on Management and Muamalah (E-ISBN: 978-983-3048-92-2)

198

RUJUKAN

Abdul Ghani Farinda, Yusniza Kamarulzaman, Apnizan Abdullah, Syed Zamberi Ahmad 2009,

Building Business Network: A Proposed Framework for Malaysian SMEs, International

Review Business Research Papers, Vol. 5, No 2 March 2009 Pp. 151-160

Buerah Tunggak, Hussin Salamon & Baharin Abu 2011, Keperluan Latihan dan Pendidikan

Berterusan ke arah Pembangunan Usahawan Muslim Berteraskan Nilai Islam Di

Malaysia, Jurnal teknologi, 55 (Sains Sosial), Mei 2011:121-144

Buerah Tunggak & Hussin Salamon 2011, Mengembalikan Kegemilangan Tamadun Melayu-

islam Menerusi Pemupukan Budaya Niaga Berteraskan Akhlak, Sari-International Journal

of the Malay World and Civilisation 29(2)(2011):123-147

Buerah Tunggak, Hussin Salamon & Baharin Abu 2013, Pengaruh Faktor-faktor Demografi

Terhadap Budaya Niaga Usahawan Bumiputera Muslim, Jurnal Kemanusiaan Bil. 20,

ISSN: 1675-1930 @ Universiti Teknologi Malaysia April 2013

Ishak Yussof, Khairunnisa Mardzuki, Zaimah Darawi, Mohd Shukri Hajinoor 2011, Faktor

Keusahawanan dan Prestasi Kejayaan Usahawan Melayu di Pulau Langkawi, Kedah,

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI), Prosiding PERKEM

VI, Jilid 2 (2011) 196 – 207 ISSN: 2231-962X

Khairunnisa Mardzuki, Zaimah Darawi, Mohd Radzuan Rahid (2013), Transformasi Dan

Prestasi Perniagaan Usahawan Melayu Di Johor, Proceding PERKEM VII, volume 1

(2012) 696-708, ISSN: 2231-962X

Laman Web Rasmi SME Corp. Malaysia, http://www.smecorp.gov.my , Garis Panduan Bagi

Definisi Baharu PKS disediakan oleh SME corp. Malaysia Sekretariat bagi Majlis

Pembangunan Perniagaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan, Oktober 2013

Lim Jie Wei, Novel Lyndon 2013, Jaringan Sosial pemasaran pertanian di kalangan Komuniti

Cina di Kg Baru, Tras Raub, Pahang, GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society

and Space 9 issue 4 (24-34) @ 2013, ISSN 2180-2491

Mohd Hassan Bin Mohd. Osman 2007, Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan

Kredit Mikro di negeri Johor, Vot Penyelidikan 75002, Fakulti Pengurusan dan

Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Nor Hakimin Yusoff, Mohd Rafi Yaacob 2010, Memula dan Mengurus Perniagaan

Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (Perniagaan Kecil dan Sederhana), Cetakan

Pertama 2010, Penerbit Universiti Malaysia Kelantan

Mohd Nor Hidayat Hambali 2011, Faktor Bantuan Kerajaan yang Meningkatkan Kejayaan

Usahawan Industri Kecil dan Sederhana Bumiputera di Sabak Bernam, Selangor, Tesis

Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia

Norashidah Othman, Noraishah Buang 2009, Konsep kesediaan Keusahawanan Berdasarkan

Kajian Kes Usahawan IKS di Malaysia, Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) (2009):187-203

Noorasiah Sulaiman, Mohd Nasir Mohd Saukani Modal Sosial 2007, Dalam mempertingkatkan

daya saing Firma Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), IJMS 14 (2), 93-111 (2007)

Norita Deraman, Nizamuddin Zainuddin, Oemar Hamdan (UUM) 2005, Kajian Tentang Ciri-

Ciri Personaliti Keusahawanan di Kalangan Usahawan Bumiputera (Melayu) Malaysia,

Jurnal Manajemen & Bisness Sriwijaya Vol 3 No 6 Disember 2005

Nurul Huda Che Abdullah, Ramlee Mustapha 2009, Kajian Kes usahawan Tani Industri Kecil

dan Sederhana(IKS) Bumiputera di Negeri Terengganu, Jurnal pendidikan Malaysia 34 (2)

(2009):143-165

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia 2014, http://www.gov.my

Page 9: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN DAN

E-proceedings of the Conference on Management and Muamalah (CoMM 2014), 26-27 May 2014

Synergizing Knowledge on Management and Muamalah (E-ISBN: 978-983-3048-92-2)

199

Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat 2014, http://www.mara.gov.my

Portal Rasmi TEKUN Nasional 2014, http://www.tekun.gov.my

R. Mohamad Zulkifli & Mohd Rosli 2013, Enterpreneurial Orientation and business Success of

Malay Enterpreneurs: Religiosity as Moderator. International Journal of Humanities and

Social Science Vol. 3 No. 10 (special issue- may 2013)

Rosli Mahmood, Lily Julienti, Mohamad Yusop Mohd Jani, Muhammad Shukri Bakar, Norita

Deraman, Norria Zakaria, Syahrina Abdullah, Rosli Mohd Saad, Azrain Nasyrah Mustapa

2008, Prinsip-prinsip Asass Keusahawanan, Penerbit Cengage Learning.

Sarifah Rohaya Bt Wan Idris et al.,2013, Faktor-faktor Kritikal Kejayaan Perniagaan Kedai

Runcit Koperasi di Negeri Sarawak, Malaysian Journal of Co-operative Studies, Volume 9,

ms 94-114

Sazelin Arif 2009, Keupayaan Pemasaran dalam kalangan Pengusaha kecil makanan halal di

Melaka tengah: satu kajian Awal. MALIM Bil.10 (2009)

Siti Arni Basir, Bharudin Che pa, Raja Hisyamudin Raja Sulong 2009, Prinsip-prinsipl kualiti

kearah melahirkan usahwan muslim yang berjaya, Jurnal Syariah, JIL 17, BIL 2 (2009)

327-352

Siti Nor Wardatulaina Mohd Yusof 2011, Success factors in Enterpreneurship: The Case Study

of Malaysia, Pilot Research Work ( Phd Thesis), Department D’Economia De L’Empresa,

Universitat Autonoma de Barcelona.

Syed Shah Alam, Mohd Fauzi Mohd Jani, Nor Asiah Omar 2011, An Emprical study of success

factors of women entrepreneurs in southern region In Malaysia, International Journal of

economics and Finance, Vol 3, No 2, May 2011

Thuaibah@Suaibah Binti Abu Bakar, Azlah Bin Md Ali, Dr Rozeyta Binti Omar, Pm Dr

Hishamduddin Md Som, Syaharizatul Noorizwan binti Muktar 2007, Penglibatan Kaum

Wanita Dalam Aktiviti Keusahawanan di Negeri Johor: Kajian Terhadap Faktor-faktor

Kritikal Kejayaan dan Kegagalan Pengendalian Perniagaan.Vot Penyelidikan Vot 75087,

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber

Manusia, UTM

Yahya Ibrahim 2014, Keusahawanan dan Daya Saing Dalam Sektor Pelancongan Pulau, Cetakan

Pertama 2014, Penerbit Universiti Sultan zainal Abidin (UniSZA)

Page 10: FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN DAN

E-proceedings of the Conference on Management and Muamalah (CoMM 2014), 26-27 May 2014

Synergizing Knowledge on Management and Muamalah (E-ISBN: 978-983-3048-92-2)

200

LAMPIRAN

JADUAL 1: SUMBANGAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

(PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA) KEPADA KDNK KESELURUHAN

MENGIKUT AKTIVITI EKONOMI UTAMA (%)

TAHUN 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011e 2012 ª

(%) Bahagian kepada KDNK

Pertanian 3.4 3.5 3.4 3.3 3.4 3..4 3.4 3.3

Perlombongan

dan Kuari

0.1 0.1 0.1 0.1 0.1 0.1 0.1 0.1

Pembinaan 0.7 0.7 0.7 0.7 0.8 0.8 0.8 0.9

Pembuatan 8.1 8.1 8.2 7.8 7.4 7.7 7.9 7.9

Perkhidmatan 17.0 17.2 18.2 19.1 19.9 19.8 20.1 20.2

Campur: Duti

Import

0.1 0.1 0.1 0.2 0.2 0.2 0.3 0.4

Bahagian KDNK

Perniagaan Kecil

dan Sederhana

kepada KDNK

Keseluruhan

29.4 29.6 29.6 31.2 31.7 32.0 32.5 32.7

e: anggaran a: awalan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014