faktor dan langkah (remaja lari dari rumah)

6
FAKTOR FAKTOR REMAJA LARIDARI RUMAH DAN LANGKAH UNTUK MENGAT Emily: Mutakhir ini, kes remaja lari dari rumah merupakan sesuatu y kalangan masyarakat kita. Shi En: Hampir setiap hari sekiranya kita meneliti akhbar ,pasti aka menyentuh akan hal tersebut. Emily: Adakala kes tersebut dapat diselesaikan melalui siasatan pol terbiar begitu sahaja. Shi En: Umum mengetahui, remaja merupakan individu yang berumur anta hingga 24 tahun. Emily: Remaja mudah memberontak sekiranya kehendak mereka tidak dip sepenuhnya. Jadi, punca yang menyebabkannya haruslah dikenal mungkin supaya masalah ini tidak berlarutan. Shi En: Remaja merupakan waris bangsa, oleh itu mereka haruslah dibe sewajarnya agar tidak terjebak dalam kes tersebut . Emily: Antara faktor yang menyebabkan remaja lari dari rumah ialah hubungan kekeluargaan. Shi En: Masyarakat kita kini lebih bersifat materialistik. Kebanyaka kerjaya sehingga tidak mempuyai masa untuk bersama anak-anak Emily: ibu bapa pergikerja pada awal pagi sebelum anak-anak bangun pulang dari kerja, anak-anak sudahpun tidur. Shi En: Maka keadaan ini menyebabkan anak-anak tidak sempat bersama- mereka. Emily: Akibatnya, interaksi dan komunikasi sesama keluarga menjadi anak-anak terabai. Shi En: Keadaan ini menyebabkan anak-anak yang ketagih kasih sayang perasaan kecewa dan tekanan jiwa . Emily: Apabila keadaan ini berterusan, anak-anak mula membenci ibu serta sering bertindak meninggalkan keluarga mereka. Shi En: Keruntuhan institusi keluarga akibat pertelingkahan antara i menyebabkan anak-anak lari dari rumah . Emily: Ketiadaan persefahaman dan kurangnya kemahiran mengurus ruma kalangan suami isteri sering menyebabkankonflik dan keretaka Shi En: Akibatnya, keharmonian dan kestabilan keluarga terjejas. Emily: Apabila keadaan ini berterusan, anak-anak menjadi bosan dan penderitaan jiwa lalu bertindak memberontak dengan melarikan Shi En: Selain itu ada juga golongan remaja yang melarikan diri lari mengikut kekasih. Dunia remaja penuh dengan emosi dan ramai kini terlalu mengikut perasaan. Emily: Akibat perhubungan bebas antara lelaki dengan perempuan, ram menjalani alam percintaan pada usia yang terlalu muda. Shi En: Masalah akan timbul apabila hubungan tidak direstui oleh ibu Emily: Untuk menghadapi masalah ini, mereka mengambil jalan mudah, rumah. Shi En: Di samping itu, ada juga gadis lari dari rumah kerana terpen manis pasangan yang sebernarnya ingin memperdayakan mereka. Emily: Kurang didikan agama juga boleh menyebabkan seseorang remaja bertindak secara rasional apabila berhadapan dengan sesuatu

Upload: ma-shi-en-stephanie

Post on 14-Dec-2015

55 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

0126589

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR DAN LANGKAH (Remaja Lari Dari Rumah)

FAKTOR FAKTOR REMAJA LARIDARI RUMAH DAN LANGKAH UNTUK MENGATASINYA

Emily: Mutakhir ini, kes remaja lari dari rumah merupakan sesuatu yang lumrah dalam kalangan masyarakat kita.

Shi En: Hampir setiap hari sekiranya kita meneliti akhbar ,pasti akan ada laporan yangmenyentuh akan hal tersebut.

Emily: Adakala kes tersebut dapat diselesaikan melalui siasatan polis dan ada juga yang terbiar begitu sahaja.

Shi En: Umum mengetahui, remaja merupakan individu yang berumur antara 10 tahun hingga 24 tahun.

Emily: Remaja mudah memberontak sekiranya kehendak mereka tidak dipenuhi sepenuhnya. Jadi, punca yang menyebabkannya haruslah dikenal pasti secepat mungkin supaya masalah ini tidak berlarutan.

Shi En: Remaja merupakan waris bangsa, oleh itu mereka haruslah diberikan perhatiansewajarnya agar tidak terjebak dalam kes tersebut .

Emily: Antara faktor yang menyebabkan remaja lari dari rumah ialah longgarnya hubungan kekeluargaan.

Shi En: Masyarakat kita kini lebih bersifat materialistik. Kebanyakan ibu bapa sibuk dengan kerjaya sehingga tidak mempuyai masa untuk bersama anak-anak.

Emily: ibu bapa pergikerja pada awal pagi sebelum anak-anak bangun tidur dan apabilapulang dari kerja, anak-anak sudahpun tidur.

Shi En: Maka keadaan ini menyebabkan anak-anak tidak sempat bersama-sama ibu bapa mereka.

Emily: Akibatnya, interaksi dan komunikasi sesama keluarga menjadi renggang maka anak-anak terabai.

Shi En: Keadaan ini menyebabkan anak-anak yang ketagih kasih sayang mengalami perasaan kecewa dan tekanan jiwa .

Emily: Apabila keadaan ini berterusan, anak-anak mula membenci ibu bapa dan keluarga serta sering bertindak meninggalkan keluarga mereka.

Shi En: Keruntuhan institusi keluarga akibat pertelingkahan antara ibu bapa juga menyebabkan anak-anak lari dari rumah .

Emily: Ketiadaan persefahaman dan kurangnya kemahiran mengurus rumah tangga dalamkalangan suami isteri sering menyebabkankonflik dan keretakan rumah tangga.

Shi En: Akibatnya, keharmonian dan kestabilan keluarga terjejas.Emily: Apabila keadaan ini berterusan, anak-anak menjadi bosan dan menanggung

penderitaan jiwa lalu bertindak memberontak dengan melarikan diri dari rumah.Shi En: Selain itu ada juga golongan remaja yang melarikan diri lari dari rumah kerana

mengikut kekasih. Dunia remaja penuh dengan emosi dan ramai antara remaja kini terlalu mengikut perasaan.

Emily: Akibat perhubungan bebas antara lelaki dengan perempuan, ramai antara mereka menjalani alam percintaan pada usia yang terlalu muda.

Shi En: Masalah akan timbul apabila hubungan tidak direstui oleh ibu bapa.Emily: Untuk menghadapi masalah ini, mereka mengambil jalan mudah, iaitu lari dari

rumah.Shi En: Di samping itu, ada juga gadis lari dari rumah kerana terpengaruh dengan janji

manis pasangan yang sebernarnya ingin memperdayakan mereka.Emily: Kurang didikan agama juga boleh menyebabkan seseorang remaja itu tidak dapat

bertindak secara rasional apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

Page 2: FAKTOR DAN LANGKAH (Remaja Lari Dari Rumah)

Shi En: Pendidikan agama dapat dijadikan bennteng yang kukuh untuk menahan seseorang daripada melakukan perkara yang tidak baik.

Emily: Walau bagaimanapun, ramai antara ibu bapa kini tidak memberikan perhatian sewajarnya terhadap hal ini.

Shi En: Remaja yang kurang berpendidikan agama mudah mengikut perasaan serta kurangkesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab mereka kepada ibu bapa dan keluarga.

Emily: Mereka mudah terikut-ikut dengan keadaan persekitaran yang tidak sihat danterjebak dalam gejala sosial, termasuklah melarikan diri dari rumah apabila timbulsesuatu masalah yang dianggap membebankan.

Shi En: Selain itu, terjebak dalam sesuatu kes jenayah juga boleh mendorong seseorangremaja lari dari rumah.

Emily: Terdapat juga remaja lari dari rumah kerana malu dan takut diketahui oleh keluarga apabila terlibat dalam kegiatan salah laku yang serius.

Shi En: Hal ini demikian berlaku dalam kalangan gadis.Emily: Gadis remaja yang suka berpelesiran mudah ditipu oleh pihak tertentu yang suka

mengambil kesempatan,Shi En: misalnya mereka melibatkan seseorang gadis dalam kancah maksiat seperti

pelacuran.Emily: Apabila mereka terlanjur dan bimbang tidak diterima lagi oleh keluarga, mereka

melarikan diri dari rumah.Shi En: Namun begitu, adakalanya kes tersebut dapat dikesan oleh pihak berkuasa dan

dikembalikan ke pangkal jalan.Emily: Paling mengejutkan, mengikut statistik orang hilang Polis Diraja Malaysia(PDRM),

ada kes mengikut teman lelaki membabitkan remaja perempuan seawal usia 10tahun, manakala peringkat umur 14 dan 17 tahun adalah paling ramai terbabitiaitu 4,097 orang.

Shi En: Perkembangan ini amat membimbangkan kerana pada usia masih mentah,golongan terbabit sebenarnya berisiko tinggi menjadi mangsa jenayah kekerasan,sama ada dirogol, dilacurkan atau dibunuh.

Emily: Tambahan pula, pengaruh rakan sebaya juga mempengaruhi remaja lari dari rumah.

Shi En: Lazimnya mereka lebih banyak bergaul dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa dan adik-beradik sendiri.

Emily: Oleh itu, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap mereke.Shi En: Para remaja yang melarikan diri dari rumah berasa lebih bebas dan menyeronokkan

kerana tidak lagi diawasi oleh ibu bapa.Emily: Sesetengah rakan sebaya pula sanggup mencabar rakannya yang lain agar melakukan

sesuatu dan jika remaja itu tidak menyahut cabaran tersebut,Shi En: mereka akan disingkirkan atau tidak diiktiraf sebagai anggota kumpulan mereka.Emily: Keadaan ini tentunya akan memburukkan lagi keadaan, terutamanya bagi ramaja

yang memang bermasalah.Shi En: Untuk mengatasi masalah remaja, perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa

amat diperlukan. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam dunia remaja kerana segala tindakan ibu bapa akan menjadi teladan kepada anaknya.

Emily: Oleh itu, ibu bapa yang sentiasa sibuk dalam pekerjaan dan jarang berada di rumahakan menyebabkan anaknya belajar tindakannya seperti berlepak-lepak sampai larut malam sehingga enggan balik rumah.

Page 3: FAKTOR DAN LANGKAH (Remaja Lari Dari Rumah)

Shi En: Oleh itu, ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anaknya seperti sentiasa berada dalam rumah, menemani anaknya dan bersama-sama mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka.

Emily: Seterusnya, remaja akan berasa dalam rumahnyya mempunyai kasih sayang danmereka akan sentiasa berada dalam rumah dan kurang berfoya-foya di luar rumah.

Shi En: Selain itu, pendidikan agama dan moral juga dapat mengatsi masalh remaja laridari rumah.

Emily: Pendidikan agama dan moral merupakan senjata yang paling kukuh untuk menentang segala masalah yang dihadapi oleh manusia

Shi En: kerana pendidikan agama dan moral mengajar kita membuat perkara yang baik danmenghindari diri daripada perkara yang tidak bermanfaat.

Emily: Oleh itu, remaja yang mempunyai pendidikan agama dan moral yang tinggi makamereka tidak akan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya seperti melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

Shi En: Remaja ialah aset yang amat berharaga bagi negara dan kepada merekalah yangakan mencorak masa depan negara pada masa akan datang.

Emily: Remaja juga tanggungjawab meneruskan kesinambungan tradisi budaya dan bangsa .

Shi En: Sekiranya ramai antara mereka terlibat dengan gejala sosial, maka terjejaslahmaruah negara.

Emily: Oleh itu, ibu bapa mestilah memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak

Shi En: di samping menunjukkan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya agar mereka merasakan kehadiran mereka diterima den dihargai oleh ibu bapa.

Emily: Dalam pada itu, remaja juga mestilah tahu akan tanggungjawab mereka.Shi En: Mereka seharusnya terlalu mengikut perasaan, sebaliknya perlu memahami

kedudukan ibu bapa dan keluarga.