faedah program rakan muda

4
Menerapkan nilai-nilai murni pada sanubari para remaja Dalam konteks ini nilai-nilai murni dimaksudkan ialah tatasusila pelajar, sifat disiplin dan sifat kepimpinan pelajar. Kita juga akan belajar menepati waktu, berpakaian lengkap dan sentiasa berdisilplin dalam apa jua aspek. Peluang memegang sebarang jawatan dalam kelab persatuan juga dapat membentuk sifat kepimpinan dalam jiwa pelajar. Oleh itu, apabila berada dalam alam kerjaya, pelajar-pelajar mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang dibelajar semasa berkerja berpasukan dalam aktiviti Kelab Rakan Muda. Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani. Manusia yang seimbang bermaksud manusia yang sihat walafiat serta memiliki kecergasan asas tubuh badan bagi meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan remaja dalam era ini mengamalkan gaya makanan yang kurang sihat dan kelak mereka mengalami masalah obesiti ataupun kegemukkan yang keterlaluan. Melalui , penyertaan dalam Kelab Rakan Muda, mereka akan dapat

Upload: hema-jothy

Post on 24-Dec-2015

642 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

Faedah

TRANSCRIPT

Page 1: Faedah Program Rakan Muda

Menerapkan nilai-nilai murni pada sanubari para remaja

Dalam konteks ini nilai-nilai murni dimaksudkan ialah tatasusila pelajar, sifat

disiplin dan sifat kepimpinan pelajar. Kita juga akan belajar menepati waktu,

berpakaian lengkap dan sentiasa berdisilplin dalam apa jua aspek. Peluang

memegang sebarang jawatan dalam kelab persatuan juga dapat membentuk sifat

kepimpinan dalam jiwa pelajar. Oleh itu, apabila berada dalam alam kerjaya,

pelajar-pelajar mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang

dibelajar semasa berkerja berpasukan dalam aktiviti Kelab Rakan Muda.

Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani.

Manusia yang seimbang bermaksud manusia yang sihat walafiat serta memiliki

kecergasan asas tubuh badan bagi meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan remaja dalam era ini

mengamalkan gaya makanan yang kurang sihat dan kelak mereka mengalami

masalah obesiti ataupun kegemukkan yang keterlaluan. Melalui , penyertaan

dalam Kelab Rakan Muda, mereka akan dapat mencergaskan komponen tubuh

badan mereka dan mengelakkan daripada pelbagai penyakit kronik bak kata

pepatah, ‘badan sihat , otak cerdas’.

Mengeratkan integrasi nasional antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Walaupun isu populasi kaum memang hangat diperkatakan dalam sidang

Parlimen, kita sebagai insan yang bijak haruslah bertolak ansur antara satu sama

lain. Perpaduan yang utuh merupakan asas kecemerlangan sesebuah negara

dalam bidang ekonomik, politik dan sosial. Misalnya , apabila kita kerja

berpasukan, kita akan pasti bertukar – tukar pengetahuan tentang adat dan

kepercayaan kaum masing – masing. Kegiatan – kegiatan ini sesungguhnya akan

menggalakkan mereka bergaul mesra dan tahu menghargai pendapat atau

pandangan rakan. Tuntasnya, aktiviti ini dapat menghapuskan benteng yang

memisahkan pelajar-pelajar mengikut kaum.

Page 2: Faedah Program Rakan Muda

Mengelakkan diri kita daripada terjerumus dalam masalah-masalah sosial

Mengisi masa senggang melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti bermain

catur dan melayar bot. Menurut kajian yang dijalankan oleh Majalah Dewan

Masyarakat, didapati bahawa kebanyakkan remaja pada zaman globalisasi ini

berkeliaran di pusat hiburan dan pusat membeli belah sambil bergayutan tangan

dengan kekasih mereka. Dalam hal ini, Kelab Rakan Muda telah memainkan

peranan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti serta pemberian insentif bagi

menarik minat pelajar menyertai aktiviti dianjurkannya.Melalui menyertai

aktiviti Program Rakan Muda mereka dapat mengelakkan diri daripada terjebak

dengan gejala sosial.

Dapat melahirkan belia yang berdaya maju

Program Rakan Muda seperti Program Kreativiti dan Reka Cipta, Program

Rakan Seni Budaya memberi kemahiran kepada para belia dalam aspek

pertukangan, jahitan dan rekaan fesyen pakaian, gubahan, hiasan dan landskap.

Program-program tersebut melahirkan belia yang berdikari, menggunakan

kemahiran mereka untuk memperoleh pendapatan yang memuaskan dan

seterusnya melahirkan belia yang berdaya maju.

Kejujuran, keimanan dan ketakwaan juga dapat disemai di kalangan para belia

melalui Program Rakan Muda Waja Diri dan Rakan Masjid. Kini kita dapati

ramai belia pergi ke masjid menunaikan solat berjamaah, menganjurkan

ceramah-ceramah agama, mengadakan kelas Al-Quran dan kelas fardhu ain.

Apabila mereka sering menghadiri majlis-majlis seumpama itu, mereka akan

menjadi insan yang beriman, bertakwa dan bertanggungjawab. Mereka yang

mempunyai daya ketahanan diri akan berusaha dan bersabar mengejar kemajuan

dan kegemilangan dalam usaha mencapai kecermalangan hidup, seterusnya

melahirkan masyarakat madani.