faedah menabung

2
Faedah Menabung (Syarahan) Yang berusaha saudari Pengerusi Majlis.Yang dihormati Guru- guru Besar.Para Hakim yang arif lagi bijaksana.Yang dihormati guru-guru,ibu bapa,seterusnya rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera kepada para hadirin sekalian.Pada hari ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk "Faedah Menabung".Menabung adalah satu sikap yang baik dan mesti kita amalkan. Hadirin sekalian, Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk kita belanjakan di sekolah.Kita boleh berjimat cermat dengan tidak membelanjakan kesemua wang saku tersebut.Sebahagian wang saku itu boleh kita simpan di dalam tabung.Sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.Kita boleh menggunakan wang tersebut apabila kita memerlukan. Wang saku yang dikumpul dan disimpan ke dalam bank pula.boleh memberikan faedah berganda. Tabungan yang cukup matang mungkin diberikan faedah atau bayaran keuntungan.Dengan wang faedah itu kita dapat membantu meringankan perbelanjaan keluarga. Selain itu kita dapat menggunakan wang tersebut bagi membiayai pelajaran kita di masa hadapan. Hadirin sekalian, Duit tabungan juga dapat digunakan untuk membeli buku-buku rujukan sekolah dan keperluan secara spontan. Kita tidak perlu meminta-minta, sebagai contoh kita dapat membeli keperluan yang diminta oleh guru tanpa perlu menunggu pembiayaan daripada ibu dan bapa.

Upload: faizal-afendi

Post on 20-Nov-2015

61 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Faedah Menabung (Syarahan)Yang berusaha saudari Pengerusi Majlis.Yang dihormati Guru-guru Besar.Para Hakim yang arif lagi bijaksana.Yang dihormati guru-guru,ibu bapa,seterusnya rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera kepada para hadirin sekalian.Pada hari ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk "Faedah Menabung".Menabung adalah satu sikap yang baik dan mesti kita amalkan.Hadirin sekalian,Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk kita belanjakan di sekolah.Kita boleh berjimat cermat dengan tidak membelanjakan kesemua wang saku tersebut.Sebahagian wang saku itu boleh kita simpan di dalam tabung.Sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.Kita boleh menggunakan wang tersebut apabila kita memerlukan.Wang saku yang dikumpul dan disimpan ke dalam bank pula.boleh memberikan faedah berganda. Tabungan yang cukup matang mungkin diberikan faedah atau bayaran keuntungan.Dengan wang faedah itu kita dapat membantu meringankan perbelanjaan keluarga. Selain itu kita dapat menggunakan wang tersebut bagi membiayai pelajaran kita di masa hadapan.Hadirin sekalian,Duit tabungan juga dapat digunakan untuk membeli buku-buku rujukan sekolah dan keperluan secara spontan. Kita tidak perlu meminta-minta, sebagai contoh kita dapat membeli keperluan yang diminta oleh guru tanpa perlu menunggu pembiayaan daripada ibu dan bapa. Akhir sekali saya ingin berpesan supaya sikap suka menabung ini dilatih dari peringkat sekolah rendah lagi.Orang yang berjimat-cermat akan senang kemudian hari.Oleh itu marilah kita amalkan sikap suka menabung.Sekian terima kasih.Seekor gagak yang bijak

Tibalah pada suatu musim yang sangat kering, di mana semua haiwan sukar untuk mendapatkan air sebagai minuman. Seekor burung gagak terjumpa sebuah kendi yang berisi sedikit air. Kendi tersebut bermulut kecil dan tinggi. Burung gagak tidak dapat mencapai air tersebut. Dia berfikir mahu membaringkan kendi itu tetapi burung gagak khuatir air yang hanya tinggal sedikit akan tumpah. Burung gagak tetap berusaha dan berfikir.

Tiba-tiba sebiji buah yang kecil terjatuh dari pokok di atas kendi itu terus masuk ke dalam kendi. Sang gagak mendapati air di dalam kendi itu semakin menaik. Sang gagak mendapat satu akal. Dia lalu mengambil batu-batu kecil berdekatan kendi, dan menjatuhkannya ke dalam kendi satu persatu. Setiap kali burung gagak itu memasukkan batu-batu kecil ke dalam kendi, permukaan air dalam kendipun beransur-ansur naik dan bertambah tinggi hingga akhirnya air tersebut dapat diminum oleh sang gagak.Sekian terima kasih.