fabrik bulu biri-biri

10
GENTIAN BULU BIRI SUMBER a. Negara pengeluar adalah Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Uruguay dan Amerika Syarikat b. Kualiti gentian bergantung kepada biri-biri, iklim dan kaedah penternakan c. Yarn worsted merupakan gentian yang lebih halus, licin dan dipilin ketat d. Bulu biri-biri terdiri daripada lapisan atas dan lapisan bawah. Lapisan atas terdiri daripada bulu biri-biri yang panjang dan lurus. e. Lapisan bawah pula terdiri daripada bulu biri yang pendek, lebih lembut dan kerinting. Bulu biri-biri lapisan bawah yang tebal dapat memerangkap banyak udara yang menjadikannya lebih panas. f. Kualiti bulu biri-biri bergantung kepada baka, cara penternakan, dan persekitaran. GAMBAR BULU BIRI CARA PEMPROSESAN FABRIK BULU BIRI

Upload: khairul-azwan

Post on 06-Aug-2015

564 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

definisi

TRANSCRIPT

Page 1: Fabrik bulu biri-biri

GENTIAN BULU BIRI

SUMBER

a. Negara pengeluar adalah Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Uruguay dan Amerika

Syarikat

b. Kualiti gentian bergantung kepada biri-biri, iklim dan kaedah penternakan

c. Yarn worsted merupakan gentian yang lebih halus, licin dan dipilin ketat

d. Bulu biri-biri terdiri daripada lapisan atas dan lapisan bawah. Lapisan atas terdiri

daripada bulu biri-biri yang panjang dan lurus.

e.  Lapisan bawah pula terdiri daripada bulu biri yang pendek, lebih lembut dan kerinting.

Bulu biri-biri lapisan bawah yang tebal dapat memerangkap banyak udara yang

menjadikannya lebih panas.

f.  Kualiti bulu biri-biri bergantung kepada baka, cara penternakan, dan persekitaran.

GAMBAR BULU BIRI

CARA PEMPROSESAN FABRIK BULU BIRI

1. Pencukuran (pemotongan bulu biri-biri)

Bulu kambing biri-biri dicukur setahun sekali semasa musim bunga. Bulu yang yang

disimpan boleh mencapai berat antara 6 dan 18 paun (2.7 dan 811 kilogram). Bulu biri-biri

dicukur dengan tangan dan teknologi baru yang telah dibangunkan dengan penggunaan

komputer

Page 2: Fabrik bulu biri-biri

2. Penggredan dan penyusunan

Penggredan bulu berdasarkan panjang, mutu, warna dan kehalusan. Ianya dibahagikan

kepada bahagian-bahagian gentian kualiti yang berbeza dari bahagian-bahagian yang

berlainan badan. Kualiti bulu biri-biri yang terbaik ialah bahu dan sisi biri-biri yang

digunakan untuk pakaian manakala kualiti yang kurang berkualiti dari bahagian bawah kaki

dan digunakan untuk membuat permaidani. Bulu biri-biri dibungkus dan dihantar ke kilang

unutk diproses.

3. Pembersihan

Bulu dibersihkan dengan rapi dengan menggunakan siri mandian alkali yang mengandungi

air, sabun dan abu soda atau alkali yang serupa. Hasil sampingan daripada proses ini (seperti

lanolin) disimpan dan digunakan dalam pelbagai produk isi rumah. Penggelek dalam mesin

mengeruk memerah air yang berlebihan dari bulu tetapi bulu tidak boleh dikeringkan

sepenuhnya. Maka bulu biri-biri disapu dengan minyak untuk meningkatkan aspek

pengurusan.

4. Penipisan

Yan worstad ialah gentian panjang yang disisir dan disusun selari. Gentian dimasukkan ke

dalam mesin penggelek supaya menjadi lebih halus. Beberapa gentian dicampur dan dipintal

unutk ditenun menjadi fabrik yang halus dan licin.

5. Pemintalan   

Yan bulu biri-biri adalah gentian yang pendek, ditipiskan dan dipintal secra longgar unutk

dibuat benang dan seterusnya ditenun menjadi fabrik atau dikait untuk dibuat pakaian.

Page 3: Fabrik bulu biri-biri

CARA MENGENALI BULU BIRI (UJIAN MEMBAKAR)

1. Tarik rerambut dari bulu biri-biri

2. Pegang dengan satu pinset

3. Bakar akhir rerambut dengan pemetik api.

4. Cuba untuk menyalakan untaian itu dengan nyalaan

5. Bau rerambut dari bulu biri-biri yang terbakar

6. Bulu biri-biri tulen yang terbakar berbau seperti rambut manusia atau berubah menjadi

abu

7. Bulu biri-biri yang palsu akan cair dan berbau seperti plastik terbakar dan bentuk bola

plastik kecil di hujung apabila lebur yang terasa keras di antara jari dan ibu jari.

CIRI-CIRI GENTIAN BULU BIRI

1. KELEMAHAN

a. Mudah renyuk

b. Rosak pada suhu tinggi

c. Rosak oleh alkali dan asid pekat. Fabrik bulu biri-biri perlu menggunakan agen

pencuci yang khusus atau dibilas dengan sempurna jika menggunakan agen pencuci

alkali.

d. Bulu biri-biri adalah gentian yang kurang kukuh dan kekukuhannya berkurangan

sehingga 20% ketika basah. Dalam keadaan basah, gentian menjadi lembut dan akan

memeri jika tidak dikawal.

e. Gentian bulu biri-biri yang terdedah lama kepada cahaya matahari akan menjadi

kasar, kuning, keras dan reput.

Page 4: Fabrik bulu biri-biri

2. KEKUATAN

a. Penyerap lembapan yang baik

Ia mampu menyerap sehingga 30% air. Gentian bulu biri-biri dapat mengeluarkan

haba apabila pakaian yang kering menyerap lembapan daripada udara pada musim

sejuk. Lembapan akan tersejat dengan perlahan-lahan

b. Penebat yang baik

Kelim yang terdapat pada gentian bulu biri-biri dapat memerangkap udara. Ini

membolehkan bulu biri-biri menjadi penebat haba yang baik. Gentian bulu biri-biri

tidak mudah terbakar dan menyala perlahan dalam api yang kecil. Semasa

menseterika, fabrik bulu biri-biri memerlukan haba ynag sedikit. Haba yang tinggi

dan kekerapan menseterika dapat memudarkan warna gentian.

c. Daya kekenyalan bulu biri-biri yang baik

Fabrik bulu biri-biri tidak renyuk. Kerenyukan yang sedikit dapat dihilangakn

dengan menggantungkan pakaian. Kerenyukan yang banyak dapat diatasi dengan

menggunakan seterika haba atau kain lembap yang diletakkan di atas pakaian

sebelum diseterika. Lipatan lisu pada fabrik ini kekal jika diseterika

d. Penggunaan asid lemah

Asid lemah tidak merosakkan gentian bulu biri-biri. Penggunaan jus lemon dan cuka

dalam bilasan terakhir semasa mencuci dapat memperbaiki warna dan memberi

keselesaan kepada pemakai.

Page 5: Fabrik bulu biri-biri

e. Tahan kebakaran

Kain yang dibuat sepenuhnya dari kapas sukar untuk dinyalakan, membakar

perlahan-lahan, dan mempunyai keupayaan yang terhad untuk mengekalkan nyalaan.

Ianya tidak cair apabila dibakar dan tidak boleh melekat di kulit yang menyebabkan

luka terbakar yang serius.

f. Serba Guna

Baka biri-biri yang berbeza dengan ciri-ciri gentian yang unik mereka sendiri

menyediakan wools untuk pelbagai produk yang berbeza.

g. Pewarna

Gentian bulu biri-biri adalah mudah untuk diwarnakan. Protein dalam teras gentian

menyerap dan menggabungkan dengan pelbagai jenis pewarna dan membolehkan wol

memegang warnanya.

PENJAGAAN FABRIK BULU BIRI

1. Gantungkan fabrik benang bulu sebaik sahaja memakainya sehingga gentian turun kedut

dan kembali ke bentuk asal mereka. Lebih baik menggantung pakaian bulu di bilik mandi

lembap selepas memakai supaya kelembapan akan menghapuskan kedut.

2. Jika perlu membersihkan fabrik benang bulu, anda dinasihatkan mematuhi arahan

penjagaan. Walaupun kebanyakan fabrik bulu biri memerlukan cucian kering, terdapat

juga yang boleh dibasuh menggunakan tangan dan juga mesin basuh. Fabrik perlu

dibasuh menggunakan bahan cuci yang sederhana dan elakkan pakaian bulu dikeringkan

apabila basah secara langsung dari cahaya matahari. Basuh boleh menyebabkan beberapa

pengecutan, kehilangan warna atau fabrik mungkin kehilangan sebahagian daripada

kelembutan.

Page 6: Fabrik bulu biri-biri

3. Penyimpanan fabrik bulu biri pada suhu di bawah 4 °C mengurangkan peluang kerosakan

serangga.

4. Fabrik bulu biri yang kotor perlu dibersihkan dengan segera. Ia dilap perlahan-lahan

bukan digosok dengan menggunakan span lembap yang direndam di dalam air sabun

sejuk atau pelarut pembersihan lembut. Sesetengah kotoran mungkin memerlukan

perhatian khusus seperti berikut:

Jenis kotoran Cara pembersihan

Darah Bersihkan dengan pes kanji biasa dan bilas dari belakang dengan air

sabun

Kopi atau teh Bersihkan menggunakan span dengan gliserin atau air suam

Gam Bersihkan menggunakan span dengan alkohol

Iodin Rawat dengan air sejuk yang diikuti oleh alkohol

Karat Gunakan span dan asid lemah sehingga kotoran hilang. Kemudian

bersihkan menggunakan span dan ammonia serta bilas dengan air sejuk

Gincu Gosokkan roti putih perlahan-lahan ke atas kawasan kotor

Page 7: Fabrik bulu biri-biri

JENIS FABRIK BULU BIRI DAN KEGUNAANNYA

Jenis fabrik Kegunaan Gambar

a) Merino Seluar dalam dan pakaian untuk

sukan luar kerana ia menyerap peluh

dan juga 50 peratus tahan UV

b) Corriedale Sesuai digunakan untuk membuat

pakaian bayi. Gentian yang tegas

menjadikan ia ideal untuk pakaian

luar dan skirt. Sesuai digabungkan

dengan baik dengan kain lain

terutamanya mohair.

c) Lincoln Membuat rambut palsu anak patung

atau pun manusia, sofa dan kerusi

pejabat

d) Shetland Baju sejuk, baju sukan, dan kot

Page 8: Fabrik bulu biri-biri

e) Lambswool Katil dan linen

f) Loden Kot berat

CONTOH FABRIK BULU BIRI

a. Fabrik Mohair

Mohair adalah serat bulu kambing angora yang berasal dari Asia

Kecil. Warna serat mohair kecoklat-coklatan karena tercampur

kotoran, tetapi setelah dimasak putih berkilau seperti sutera sehingga

mudah dicelup dengan warna cerah. Ianya lebih sukar dipintal

daripada kapas kerana permukaannya licin. Sifat-sifat fabrik ini

hampir sama dengan fabrik kapas. Kegunaannya adalah untuk

membuat selimut, pakaian musim panas, kain rajut dan kain penutup kursi atau

permadani.

b. Fabrik Kashmer

Fabrik kashmer diperoleh dari bulu kambing kashmer yang

mempunyai rambut atau bulu yang lurus. Fabrik ini mempunyai

kandungan lembapan yang tinggi, sifat-sifat penebat berubah

dengan jumlah kelembapan di udara menjadikannya selesa dalam

semua iklim walaupun di negara beriklim Khatulistiwa.