example: terms condition utp

6
Lampiran 1 (Pengambilan Mac 2015) Mukasurat 1 dari 6 (Pengambilan Mac 2015) SILA LIHAT SEBELAH KRITERIA DAN SYARAT TAWARAN KEMASUKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP) PENGAMBILAN MAC 2015 1. Pengesahan Penerimaan Tawaran (bagi pelajar yang telah membuat permohonan online ke UTP) Pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke UTP hendaklah dibuat menerusi on-line melalui laman web UTP pada atau sebelum Tarikh Tutup Penerimaan Tawaran. Pihak UTP berhak untuk menolak pendaftaran pelajar yang tidak mengesahkan penerimaan tawaran selepas Tamat Tarikh Tutup Penerimaan. 2. Penghantaran Dokumen Penerimaan Tawaran Pelajar yang menerima tawaran kemasukan ini hendaklah menghantar kembali ke UTP dokumen-dokumen seperti di bawah sebelum Tarikh Pendaftaran: i. Salinan Borang Penerimaan Tawaran Kemasukan (Borang REG/002-002), dan ii. Salinan Slip Wang Masuk CIMB Berhad sebagai bukti pembayaran Yuran Pendaftaran. [Bayaran hendaklah dibuat melalui slip bayaran (wang masuk) di CIMB BANK BERHAD atas nama Institute of Technology PETRONAS Sdn Bhd menerusi Akaun Nombor 8004852703]. Nota: 1. Salinan Borang Penerimaan Tawaran Kemasukan dan Salinan Slip Wang Masuk CIMB hendaklah dihantar melalui faks atau e-mel sebelum Tarikh Pendaftaran seperti berikut:- Faks 1 : 05-365 4081 Faks 2 : 05-365 4082 E-mel : [email protected] atau [email protected] atau [email protected] 2. Borang ASAL dokumen-dokumen di atas yang telah lengkap diisi perlu disusun mengikut susunan seperti yang dinyatakan di dalam Borang Senarai Semak Dokumen ({REG/002-005} dan dibawa bersama pada hari pendaftaran di UTP). 3. Pendaftaran Pelajar yang menerima tawaran kemasukan ini hendaklah mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan. Pihak UTP berhak untuk menolak pendaftaran pelajar yang mendaftar selepas atau selain daripada tarikh yang telah ditetapkan. 4. Syarat-syarat Akademik Untuk Kemasukan ke Universiti Teknologi PETRONAS sesi MAC 2015 Pelajar-pelajar yang ditawarkan bagi kemasukan Mac 2015 adalah tertakluk untuk memenuhi syarat-syarat akademik seperti yang dinyatakan di bawah: - 4.1 PROGRAM ASAS (FOUNDATION) a. Kelayakan Masuk Program Asas (Aliran Kejuruteraan dan Teknologi Petroleum Geosains) - Berdasarkan kepada Keputusan Sebenar (Actual Result) i. SPM/SPMV Lulus SPM/ SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kredit (Gred C) di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Kimia; DAN Mendapat sekurang-kurangnya (Gred C) di dalam mata pelajaran Matematik Tambahan; ATAU ii. O-Level Lulus program O-Level dengan mendapat lima (5) kredit (Gred C) di dalam mata pelajaran Matematik, Fizik, Kimia, DAN mana-mana dua (2) mata pelajaran lain.

Upload: muhd-muqri

Post on 05-Sep-2015

62 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Terms Condition

TRANSCRIPT

  • Lampiran 1 (Pengambilan Mac 2015)

    Mukasurat 1 dari 6 (Pengambilan Mac 2015)

    SILA LIHAT SEBELAH

    KRITERIA DAN SYARAT TAWARAN KEMASUKAN UNIVERSITI

    TEKNOLOGI PETRONAS (UTP) PENGAMBILAN MAC 2015

    1. Pengesahan Penerimaan Tawaran (bagi pelajar yang telah membuat permohonan online ke UTP) Pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke UTP hendaklah dibuat menerusi on-line melalui laman web UTP pada atau sebelum Tarikh Tutup Penerimaan Tawaran. Pihak UTP berhak untuk menolak pendaftaran pelajar yang tidak mengesahkan penerimaan tawaran selepas Tamat Tarikh Tutup Penerimaan.

    2. Penghantaran Dokumen Penerimaan Tawaran

    Pelajar yang menerima tawaran kemasukan ini hendaklah menghantar kembali ke UTP dokumen-dokumen seperti di bawah sebelum Tarikh Pendaftaran:

    i. Salinan Borang Penerimaan Tawaran Kemasukan (Borang REG/002-002), dan

    ii. Salinan Slip Wang Masuk CIMB Berhad sebagai bukti pembayaran Yuran Pendaftaran. [Bayaran hendaklah dibuat melalui slip bayaran (wang masuk) di CIMB BANK BERHAD atas nama Institute of Technology PETRONAS Sdn Bhd menerusi Akaun Nombor 8004852703].

    Nota: 1. Salinan Borang Penerimaan Tawaran Kemasukan dan Salinan Slip Wang Masuk CIMB

    hendaklah dihantar melalui faks atau e-mel sebelum Tarikh Pendaftaran seperti berikut:-

    Faks 1 : 05-365 4081 Faks 2 : 05-365 4082

    E-mel : [email protected] atau [email protected]

    atau [email protected]

    2. Borang ASAL dokumen-dokumen di atas yang telah lengkap diisi perlu disusun mengikut

    susunan seperti yang dinyatakan di dalam Borang Senarai Semak Dokumen ({REG/002-005}

    dan dibawa bersama pada hari pendaftaran di UTP).

    3. Pendaftaran Pelajar yang menerima tawaran kemasukan ini hendaklah mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan. Pihak UTP berhak untuk menolak pendaftaran pelajar yang mendaftar selepas atau selain daripada tarikh yang telah ditetapkan.

    4. Syarat-syarat Akademik Untuk Kemasukan ke Universiti Teknologi PETRONAS sesi MAC 2015 Pelajar-pelajar yang ditawarkan bagi kemasukan Mac 2015 adalah tertakluk untuk memenuhi syarat-syarat

    akademik seperti yang dinyatakan di bawah: -

    4.1 PROGRAM ASAS (FOUNDATION)

    a. Kelayakan Masuk Program Asas (Aliran Kejuruteraan dan Teknologi Petroleum Geosains)

    - Berdasarkan kepada Keputusan Sebenar (Actual Result)

    i. SPM/SPMV Lulus SPM/ SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kredit (Gred C) di dalam mata

    pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Kimia; DAN Mendapat sekurang-kurangnya (Gred C) di dalam mata pelajaran Matematik Tambahan;

    ATAU

    ii. O-Level Lulus program O-Level dengan mendapat lima (5) kredit (Gred C) di dalam mata pelajaran

    Matematik, Fizik, Kimia, DAN mana-mana dua (2) mata pelajaran lain.

  • Lampiran 1 (Pengambilan Mac 2015)

    Mukasurat 2 dari 6 (Pengambilan Mac 2015)

    SILA LIHAT SEBELAH

    ITEM JUMLAH

    Wang Hemat Diri (Deposit) RM250.00

    Pakej Minggu Aluan Siswa RM564.00

    Insurans RM36.00

    Alumni UTP (Yuran keahlian seumur hidup) RM50.00

    Pendaftaran Yuran Akademik RM2,000.00

    JUMLAH RM2,900.00

    b. Kelayakan Masuk Program Asas (Aliran Teknologi) - Berdasarkan kepada Keputusan Sebenar (Actual Result)

    SPM /SPMV

    Lulus SPM/ SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kredit (Gred C) di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik DAN mana-mana dua (2) mata pelajaran lain bukan bahasa;

    ATAU

    ii. O-Level Lulus program O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kredit (Gred C); DAN Menadapat sekurang-kurangnya kredit (Gred C) di dalam mata pelajaran Matematik DAN mana-

    mana dua (2) mata pelajaran lain bukan bahasa.

    5. Yuran Pengajian Anda dan/atau ibu bapa/penjaga anda (rujuk Borang Akujanji: Borang REG/002-003) adalah bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos sepanjang tempoh pengajian anda di UTP. Jika anda mempunyai penaja, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelesaikan keseluruhan tunggakan sekiranya penaja anda gagal menjelaskan sebarang kos yang dikenakan oleh UTP.

    6. Pemeriksaan Kesihatan

    Pelajar hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan di UTP dan disahkan sihat oleh doktor untuk menjalani aktiviti-aktiviti di dalam dan luar kampus UTP. Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan di klinik UTP selepas Minggu Aluan Siswa (MAS). Anggaran bayaran sebanyak RM230.00 akan dikenakan kepada setiap pelajar dan hendaklah dijelaskan secara terus oleh pelajar kepada pihak klinik.

    7. Pembatalan Tawaran / Pengajian

    Sila pastikan segala maklumat yang diberikan serta dokumen yang akan diserahkan adalah benar dan sahih. Pihak UTP berhak menarik kembali tawaran kemasukan kepada seseorang pelajar atau memberhentikan daripada pengajiannya di UTP pada bila-bila masa sekiranya pelajar gagal memenuhi mana-mana syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti atau jika terdapat mana-mana maklumat/dokumen yang diberikan adalah tidak benar atau palsu atau menyembunyikan sebarang maklumat dengan tujuan untuk kemasukan ke UTP atau tidak lulus ujian pemeriksaan kesihatan. Tawaran ini juga boleh ditarik balik sekiranya pelajar didapati pernah diberhentikan pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian kerana kes disiplin. Sekiranya diberhentikan di atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, segala kos yang berkaitan sepanjang tempoh pengajian di UTP hendaklah dijelaskan oleh pelajar.

    8. Yuran Pendaftaran & Pengajian (Sesi Akademik MAC 2015)

    8.1 PROGRAM ASAS

    i. Yuran Pendaftaran

    Anda adalah diwajibkan untuk membuat pembayaran yuran pendaftaran SEBELUM hari pendaftaran. Jumlah yang perlu dibayar adalah seperti berikut:

  • Lampiran 1 (Pengambilan Mac 2015)

    Mukasurat 3 dari 6 (Pengambilan Mac 2015)

    SILA LIHAT SEBELAH

    Nota: 1. Bayaran PERLU dibuat di CIMB BANK BERHAD atas nama Institute of Technology PETRONAS Sdn

    Bhd menerusi Akaun Nombor 8004852703. 2. Bayaran pendaftaran Yuran Akademik sebanyak RM2,000 untuk pelajar persendirian akan

    ditolak daripada jumlah penuh Yuran Akademik yang akan dikenakan pada semester tersebut. 3. Pelajar yang mempunyai penaja perlulah memaklumkan kepada pihak UTP pengesahan

    berkenaan penajaan serta memastikan bahawa pihak penaja mereka akan membayar keseluruhan yuran pengajian pelajar.

    4. Bayaran pemeriksaan kesihatan anggaran sebanyak RM 230.00 (tidak termasuk di dalam Yuran Pendaftaran) hendaklah dijelaskan di Klinik semasa pemeriksaan kesihatan dilakukan selepas Minggu Aluan Siswa di UTP, KECUALI bagi pelajar tajaan PETRONAS yang akan membuat pemeriksaan kesihatan sebelum pendaftaran.

    5. Yuran Pendaftaran dan sebagainya adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang dibuat oleh pihak UTP.

    ii. Yuran Pengajian 3 semester

    Bagi pelajar-pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan, yuran pengajian akan dibiayai oleh pihak penaja masing-masing. Manakala bagi pelajar-pelajar persendirian (tanpa penajaan), anda dikehendaki untuk menyelesaikan yuran pengajian sebelum, pada atau selepas hari pendaftaran dan selewatnya dua (2) minggu sebelum peperiksaan akhir semester bermula, mengikut kaedah pembayaran seperti berikut: a. Program Asas (Foundation)

    Pilihan 1 Bayaran Yuran Pengajian untuk Semester Pertama

    Pilihan 2 Bayaran Yuran Pengajian untuk 3 Semester (bayaran penuh yuran pengajian bagi setahun pengajian Program Asas)

    1. Yuran Tahunan (1 Semester)

    2. Yuran Pengajian (19 jam kredit x RM264)

    3. Anggaran Bayaran Penginapan Asrama

    RM588.00 RM5,016.00 RM780.00

    1. Yuran Tahunan (3 semester)

    2. Yuran Pengajian (50 jam kredit x RM264)

    3. Anggaran Bayaran Penginapan Asrama

    RM1,764.00 RM13,200.00 RM2,340.00 Jumlah RM6,384.00 Jumlah RM17,304.00

    Nota: 1. Bayaran pendaftaran Yuran Akademik sebanyak RM2,000 akan ditolak daripada jumlah penuh Yuran

    Akademik yang akan dikenakan pada semester pertama tersebut. 2. Yuran Akademik bagi semester-semester berikutnya adalah bergantung kepada jumlah jam kredit yang

    diambil dan dicampur dengan Yuran Tahunan, Bayaran Penginapan Asrama dan Insurans. 3. Yuran Akademik adalah berdasarkan kepada RM264.00 bagi satu jam kredit untuk PROGRAM ASAS

    (FOUNDATION). 4. Caj Penginapan Asrama akan dikenakan mengikut jenis asrama yang diduduki oleh pelajar (diantara RM45

    ke RM49 seminggu). Jumlah bayaran asrama sebenar akan dikira oleh pihak Jabatan Kewangan UTP dan akan dinyatakan didalam invois yang akan dihantar kepada pelajar pada pertengahan setiap semester.

    5. Yuran Pengajian dan sebagainya adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang dibuat oleh pihak UTP.

  • Lampiran 1 (Pengambilan Mac 2015)

    Mukasurat 4 dari 6 (Pengambilan Mac 2015)

    SILA LIHAT SEBELAH

    9. Cara Pembayaran Bayaran hendaklah dibuat melalui slip bayaran (wang masuk) di CIMB BANK BERHAD atas nama Institute of Technology PETRONAS Sdn Bhd menerusi Akaun Nombor: 8004852703.

    10. Pemulangan wang pendaftaran Pemulangan wang yuran: a. Bagi pelajar-pelajar yang telah menerima tawaran tetapi tidak mendaftar:

    Pelajar perlu memaklumkan kepada pihak UTP melalui surat rasmi untuk memohon pemulangan wang pendaftaran. Surat permohonan perlu disertakan dengan salinan slip CIMB Bank sebagai bukti pembayaran.

    b. Bagi pelajar-pelajar yang menarik diri dari pengajian di UTP: Permohonan pemulangan wang pendaftaran akan diproses dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan Borang Pelepasan/ Clearance Form :(REG / PELAJAR 008-15) yang telah lengkap.

    Pemulangan Wang Yuran Akademik dan Yuran Tahunan bergantung kepada syarat-syarat berikut:-

    Kategori Pemulangan Kuantum Caj Yang Dikenakan

    A. Menarik diri sebelum tarikh pendaftaran. 2% daripada jumlah keseluruhan Yuran Akademik dan

    Yuran Tahunan bagi satu (1) semester.

    B. Menarik diri dalam tempoh dua (2) minggusemester akademik bermula.

    16% daripada jumlah keseluruhan Yuran Akademik dan

    Yuran Tahunan bagi satu (1) semester.

    C. Menarik diri selepas dua (2) minggu semester akademik bermula.

    100% daripada jumlah Yuran Akademik dan Yuran

    Tahunan bagi satu (1) semester.

    Berhenti daripada pengajian di UTP Pelajar yang ingin berhenti dari universiti dimestikan melengkapkan Borang Pelepasan/Clearance Form: REG/PELAJAR 008-15 yang boleh diperolehi di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar atau Unit Kemasukan, Pejabat Pendaftar. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan pelajar dikenakan yuran sepenuhnya untuk Semester yang berkenaan seperti jadual di atas.

  • Lampiran 1 (Pengambilan Mac 2015)

    Mukasurat 5 dari 6 (Pengambilan Mac 2015)

    SILA LIHAT SEBELAH

    PANDUAN SISWA-SISWI BARU

    11. Undang-undang / Akta / Peraturan / Garis Panduan Universiti Anda juga adalah tertakluk kepada sebarang undang-undang / akta yang berkuatkuasa juga peraturan / garis panduan yang ditetapkan oleh pihak universiti dari semasa ke semasa.

    12. Sahsiah dan Ketrampilan Diri

    UTP amat menggalakkan para siswa-siswinya sentiasa berketrampilan kemas, menarik dan sopan. Setiap pelajar yang ingin berurusan dengan pihak universiti hendaklah berpakaian kemas. Di bawah ini adalah beberapa garis panduan tentang tatacara berpakaian dan berdandan khususnya ketika berada di kawasan kampus dan asrama.

    Hari Pendaftaran Sepanjang Minggu Aluan Siswa (MAS)

    Pelajar Lelaki Berpakaian kemas dan formal pada hari Pendaftaran dan sepanjang MAS berjalan iaitu kemeja putih berlengan panjang, bertali leher, berseluar slack yang berwarna gelap dan berkasut kulit warna gelap.

    Pastikan rambut anda disikat kemas dan tidak panjang melebihi kolar baju ataumenutup mata.

    Pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti MAS, contohnya pakaian sukan untuk aktiviti sukan.

    Pelajar-pelajar Islam dibenarkan untuk mengenakan baju Melayu dan berkain pelekat serta sandal (bukan selipar) bagi aktiviti kerohanian. Walaubagaimanapun pelajar hendaklah segera bertukar ke pakaian yang ditetapkan untuk aktiviti seterusnya.

    Kad matrik / pas pelajar hendaklah sentiasa dipakai pada tempat yang mudah dilihat.

    Pelajar Perempuan

    Berpakaian kemas dan formal pada hari Pendaftaran dan sepanjang MAS berjalan. Pelajar perempuan adalah digalakkan memakai baju kurung. Jika tidak, hendaklah berpakaian sopan dan kemas serta berkasut kulit warna gelap yang bertumit.

    Pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti MAS, contohnya pakaian sukan untuk aktiviti sukan.

    Kad matrik / pas pelajar hendaklah sentiasa dipakai pada tempat mudah dilihat.

    13. Kecemasan Minggu Aluan Siswa (MAS) adalah diwajibkan kepada semua siswa-siswi baru. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, ibu/bapa atau penjaga boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

    Tn Hj Abd Jalil B Abdullah Koordinator MAS 05 - 368 8438 Kapt. (B) Lakhbir B Sardar Eksekutif Kanan, Kolej Kediaman 05 - 368 8442 En Ahmad Faiezal B Abd Majid Eksekutif, Unit Penajaan & Kebajikan 05 - 368 8432 En Ahmad Zamdi B Ab Hamid Eksekutif, Unit Kemasukan 05 - 368 8406 En M Nur Ikhwan B M Redzwan Eksekutif, Unit Kemasukan 05 - 368 8153 No. Faks Pejabat Registri 05 - 365 4081

    14. Panduan Pengangkutan

    Para siswa boleh memilih cara pengangkutan berikut untuk ke UTP:

    Keretapi: Menaiki keretapi dari mana-mana stesen menuju ke stesen keretapi Ipoh. Kemudian

    menaiki teksi dari Stesen Keretapi Ipoh ke UTP. Kadar tambang teksi ke UTP adalah dianggarkan sebanyak RM80.00.

    Bas Ekspres: Menaiki mana-mana bas ekspres yang menuju ke Terminal Amanjaya, Ipoh (stesyen bas

    Ipoh). Dari Terminal Amanjaya menaiki bas ke Medan Kidd dan kemudian menaiki mana- mana bas antara bandar yang menuju ke UTP, UiTM, Bota atau Lumut atau menaiki bas Perak Roadways dari Medan Kidd menuju ke Lumut atau menaiki teksi dari Terminal Amanjaya terus ke UTP. Kadar tambang teksi ke UTP adalah dianggarkan sebanyak RM50.00.

  • Lampiran 1 (Pengambilan Mac 2015)

    Mukasurat 6 dari 6 (Pengambilan Mac 2015)

    SILA LIHAT SEBELAH

    Nota: Sebuah bas UTP untuk perjalanan sehala akan disediakan seperti butiran berikut:

    Lokasi : Terminal Amanjaya Masa : 6.30 pagi 7.30 pagi Nota : Bas akan bertolak ke UTP pada jam 7.30pagi

    15. KEPERLUAN PERIBADI

    Butiran Pakaian Keperluan Belajar Keperluan Sukan Keperluan Asrama

    Pelajar Lelaki Baju kemeja lengan panjang putih.

    Tali leher formal.

    Seluar slack

    berwarna gelap.

    Kasut kulit formal (hitam atau berwarna).

    Baju Melayu warna cerah, sampin warna gelap dan songkok bagi pelajar Islam.

    Alatulis.

    Buku-buku yang

    berkaitan.

    Lain-lain peralatan

    yang dirasakan perlu dan sesuai.

    T-shirt berkolar / Track bottom berwarna gelap.

    Kasut sukan (track shoes, boot bola dan lain-lain).

    Peralatan lain yang

    difikirkan perlu.

    Kain cadar (Single Bed (ukuran: 64 X

    38).

    Bantal dan Sarung bantal.

    Selimut.

    Sejadah & Surah Yasin (bagi pelajar Islam).

    Lain-lain yang difikirkan perlu (selipar, berus gigi, tuala, sabun dan lain-lain).

    Pelajar Perempuan Pakaian harian yang sesuai.

    Baju kurung.

    Kasut kulit formal (hitam atau berwarna gelap).