esti_110_sep2012

36
ERA SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI SAINS DAN INOVASI PEMACU TRANSFORMASI UTUSAN MALAYSIA F RABU 26 SEPTEMBER 2012 F EDISI 110 F TAHUN KE-10 F PP362/12/2012 PERCUMA Bersama Faktor perubahan iklim Di manakah kawasan paling sejuk di dunia? Young Scientists Network Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Upload: mohamad-rizal-mukhtar

Post on 18-Feb-2015

92 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esti_110_Sep2012

ERA SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI

SAINS DAN INOVASI PEMACU TRANSFORMASIUTUSAN MALAYSIA F RABU 26 SEPTEMBER 2012 F EDISI 110 F TAHUN KE-10 F PP362/12/2012

PERCUMA Bersama

Faktorperubahan iklim

Di manakah kawasan paling sejuk di dunia?

Young Scientists Network

Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi

Page 2: Esti_110_Sep2012

Kandungan September 2012

Fokus

Fokus Info Esti Dunia Saintis

1. Ancaman Perubahan Iklim muka 4 & 5

2. Faktor Perubahan Iklim muka 6 & 7

3. Penentu Perubahan Iklim Dunia muka 8 & 9

4. ASM’s Standpoint muka 10 & 11

5. Weathering the Storm muka 12 & 13

6. Science Facts muka 14 & 15

7. Chit-chat: Manusia Antara Punca Perubahan Iklim – Prof. Fredolin

muka 16 & 17

8. Kalendar SGI2012 muka 18 & 19

9. Dunia Sains muka 20 & 21

10. Info Esti muka 22 & 23

11. Fakta Menarik muka 24 & 25

12. Saintis Islam muka 26

13. Dunia Saintis muka 27

14. Kerjaya muka 28

15. Bicara IT muka 29

16. ScienceBuzz muka 30

17. Young Scientists Network muka 31

18. Fun in Science muka 32

19. Rakan Esti muka 33

20. Surat Pembaca muka 34

21. Poster muka 35

Ancaman perubahan iklim

muka 4 dan 5

Telefon bimbit pintar paling popular

muka 22 dan 23

Dr. Peltier perintis pemodelan iklim muka 27

Majalah kesayangan an -da keluaran bulan Sep-tember ini memberikan fokus terhadap peruba-

han iklim yang merupakan antara fenomena global yang kini hangat diperkatakan.

Terdapat beberapa faktor pendo-rong kepada perubahan iklim seperti bencana alam selain aktiviti manusia yang turut mengundang kepada pen-

ingkatan mendadak suhu dunia ketika ini sehingga mengancam kehidupan.

Walaupun begitu, pengisian kali ini lebih ringkas bagi memudahkan para pembaca memahami apakah faktor penyebab dan langkah yang boleh diambil untuk bersama-sama mena-ngani permasalahan ini sebagai men-jamin kesejahteraan hidup.

Antara topik dibincangkan ialah seperti ancaman dan kesan peruba-

han iklim, faktor penyebab masalah ini dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menanganinya.

Selain itu, pembaca turut disajikan dengan pelbagai isu dan info menarik untuk tatapan bersama di samping mengetengahkan tokoh-tokoh saintis moden dan Islam yang telah banyak menyumbang di dalam perkembangan dunia sains dan teknologi di zaman da-hulu, kini dan masa akan datang.

2September

2012

Page 3: Esti_110_Sep2012

PEnaungYang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. MaximusJohnity Ongkili,

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

TImbalan mEnTErIY.B. Datuk Fadillah Yusof

KETua SETIauSahaY. Bhg. Dato’ Dr. Madinah Mohamad

TImbalan KETua SETIauSaha (SaInS) Y. Bhg. Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah Mohd. Yusoff FASc.

TImbalan KETua SETIauSaha (DaSar) Y. Bhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad

alamaTKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)Aras 1-7, Blok C4 & C5 Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62662 Putrajaya Wilayah Persekutuan.

Tel: 03-8885 8000 Faks: 03-8888 9070 E-mel: [email protected] laman web: www.mosti.gov.my

estidotmy diterbitkan oleh utusan me layu (m) bhd. pada hari rabu terakhir se tiap bulan, dibiayai sepenuhnya oleh mOSTI.

Sekretariat penerbitan estidotmy: Akademi Sains Malaysia (ASM) 902-4, Jalan Tun Ismail 50480 Kuala lumpur.untuk sebarang komen dan pertanyaan hubungi: Tel: 03-2694 9898 Faks: 03-2694 5858E-mel: [email protected] web: www.akademisains.gov.my

Dari Meja MOSTIMinistry of Science, Technology and Innovation Kementerian Sains,

Teknologi dan Inovasi

31 Oktober2012

Keluaran

Industri Hi-Tech

PENJELASAN: Paparan edisi lepas memuatkan tentang God particle yang turut dikenali sebagai Higgs boson.

aSSalaMUalaIKUM w.b.t. dan selamat sejahtera. Bertemu lagi kita pada keluaran estidotmy bulan

ini yang membawakan tema Perubahan Iklim. Perubahan iklim merupakan suatu masalah global yang seharusnya ditangani dengan sebaik mungkin bagi memastikan generasi akan datang dapat meneruskan kehidupan di muka bumi ini dengan sum-ber-sumber semula jadi yang mencukupi.

Terdapat perbagai isu yang dikupas dalam edisi ini bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan para pembaca tentang perubahan iklim yang sering diperkatakan sejak kebelakangan ini. Di antara artikel yang menarik dimuatkan pada estidotmy kali ini adalah berkenaan ancaman perubahan iklim, faktor perubahan iklim dan weathering the storm.

Akademi Sains Malaysia selaku agensi think tank di bawah naungan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerbitkan monograf ASM Series on Climate Change. Sebanyak enam monograf telah diterbitkan dan turut dipaparkan di ruangan ASM’s Standpoint. Beberapa lagi monograf dalam siri ini kini berada dalam proses penerbitan.

Sejak dulu lagi, bumi telah mengalami perubahan iklim. Malah, berakhirnya zaman ais adalah disebabkan perubahan iklim dunia. Perubahan iklim telah menukar landskap bumi dan turut menyebabkan evolusi hidupan. Pelbagai faktor menjadi penyebab berubahnya iklim dunia. Namun, apa yang merisaukan adalah apabila manusia menjadi faktor kepada perubahan iklim. Ketagihan manusia kepada kehidupan moden memberi kesan langsung kepada bumi.

Peningkatan gas-gas rumah hijau (greenhouse gases) dikatakan punca utama peningkatan suhu dunia. Gas-gas yang datangnya daripada sisa-sisa teknologi manusia ini telah meningkat peratusannya dalam atmosfera bumi dan kesannya, haba yang ada di bumi ini terperangkap maka menigkatnya suhu dunia. Satu simulasi digital iklim dunia yang dibangunkan di Jepun telah m e m b e r i k a n d a t a y a n g membimbangkan tentang m a s a d e p a n b u m i j i k a perubahan tidak dilakukan sekarang.

S a i n t i s - s a i n t i s t e l a h memberikan amaran betapa bahayanya perubahan iklim dunia kepada kehidupan di bumi ini. Sepertimana yang kita ketahui, ais-ais di kutub telah pun mula mencair dan

menigkatkan paras air laut dunia. Mengikut kiraan mereka, beberapa bandar di dunia akan dibanjiri oleh air laut sekiranya kadar ini berterusan. Bahaya lain juga wujud jika kadar perubahan iklim ini dibiarkan. Hanya dengan peningkatan 10 C suhu dunia, boleh menyebabkan kebuluran kepada sebahagian penduduk dunia kerana tanaman yang tidak menjadi. Tanah gurun akan bertambah keluasannya dan mengurangkan tanah untuk bercucuk tanam.

Beberapa cadangan ekstrem telah diberikan oleh para saintis/pengkaji dunia tentang cara mengawal perubahan iklim dunia. Antaranya menghantar probes ke luar angkasa bumi yang bertindak sebagai layar untuk menghalang sebahagian sinar matahari dari sampai ke bumi. Satu cubaan besar telah dilakukan oleh mereka iaitu cuba menghasilkan awan putih daripada air laut di mana awan-awan ini dapat memantulkan kembali cahaya matahari ke angkasa. Beberapa cadangan lain turut diutarakan antaranya mencipta mesin fotosintesis yang dapat menu-karkan karbon dioksida kepada oksigen dan kajian tentang tenaga hijau juga sedang giat dilakukan.

Apa yang dapat dilihat di sini ialah tindakan-tindakan kawalan ini memerlukan kerjasama yang besar daripada kita semua dan bukanlah tugas saintis sahaja. Kerjasama daripada pemimpin di seluruh dunia dan juga usahasama daripada penggerak-penggerak industri dunia amat diperlukan. Manusia secara keseluruhannya perlu mengubah cara hidup ke arah teknologi hijau.

Daripada skop yang lebih kecil, negara kita sedikit sebanyak perlu juga menyum-bang ke arah pengawalan perubahan iklim dunia. Penggunaan tenaga yang lebih neutral perlu dikekalkan di samping mencari tenaga alternatif serta mencari kaedah-kaedah yang sesuai untuk mengekalkan keseimbangan di antara pembangunan dan penjagaan alam semula jadi. Akhir kata, bertindaklah sebelum terlambat.

3September

2012

Page 4: Esti_110_Sep2012

wFokus

Oleh LAUPA JUNUS

Sama ada menyedarinya a t a u t i d a k , a k t i v i t i manusia menyumbang kepada perubahan

ik l im. Ia merupakan satu fenomena yang boleh membawa bencana kepada bumi.

Apa yang menjadi isu adalah pemanasan global dan ia men­jana bencana baru iaitu pe ning ­katan suhu air laut.

Suhu atmosfera bumi dikata­kan meningkat sebanyak 11.1 Fahrenheit atau 0.60 C dan ini mendorong kepada berlakunya peningkatan paras laut sebanyak 10 sentimeter.

Kebimbangan saintis berkaitan perubahan iklim ada jelas bahawa, peningkatan paras air laut berkait rapat dengan pemanasan global akan membawa bencana baru kepada bumi terutama bandar­bandar yang terletak di pinggir laut.

Seorang pakar kaji iklim tempatan yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Antartik Kebangsaan dan juga bekas Ketua Jabatan Geografi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya; Prof. Datuk Azizan Abu Samah FASc. berkata, kenaikan paras laut berlaku disebabkan dua faktor iaitu pengembangan air laut dan juga berlaku pencairan ais di Antartik yang masing­masing menyumbang 50 %.

“Ketika ini, saintis menilai kenaikan tiga milimeter (mm) setahun yang nampak macam kecil tetapi memberi kesan kepada manusia,’’ katanya.

Sebagai contoh, pem bangu­nan aset termasuk bangunan di pantai perlu mengambil kira tempoh 100 tahun ke hadapan yang mana dijangka paras laut akan naik lebih kurang satu meter.

Malah beberapa bandar yang diancam kenaikan paras laut seperti Bangkok atau Jakarta juga mengalami pemendapan

tanah akibat penggunaan air bawah tanah yang tidak mampan.

Akuifer atau lapisan air bawah tanah ini pula mengalami pemerasapan air masin yang kadarnya dijangka meningkat dengan kenaikan paras air laut. Air laut ini akan menjadikan air bawah tanah lebih masin dan menjejaskan pengguna.

Saintis terutama di bawah Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) menjangka beberapa bandar akan meng ­hadapi menghadapi masalah menjelang tahun 2050 dengan peningkatan paras air laut 0.5 meter.

Oleh kerana ancaman kenaikan paras laut membawa mala petaka kepada bukan sahaja bandar; tetapi aset manusia, maka banyak kemungkinan ber laku terutamanya aktiviti

manusia.Ekoran ancaman itu, manusia telah ber ­

fikir untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan antaranya membina rumah atau kemudahan infrastruktur lain ke laut atau membina benteng menghalang ancaman kenaikan yang menimpa bandar pinggir laut.

Bagi negara membangun pula, fenomena penyerapan air masin ke darat dihadapi dengan penghasilan tanaman yang tahan air masin atau bersaliniti tinggi atau membina benteng semula jadi termasuk menanam lebih banyak hutan bakau.

Isu antartikaProf. Azizan yang merupakan antara

saintis yang kerap ke Antartika berkata, ketika isu pemanasan global dibangkitkan pada 1999-2000, kawasan Artik dikatakan antara yang terjejas akibat pengurangan ais laut sehingga 30%.

Bagaimanapun isu itu beralih tumpuan kepada bagaimana eksploitasi sumber se ­mula jadi benua tersebut, sekali gus me ­nengggelamkan isu pemanasan global yang dibimbangi sebelum ini.

Hal yang sama boleh berlaku kepada be ­nua Antartika yang mana, satu atau dua pe ­ratus sahaja yang tidak dilitupi ais manakala selebihnya adalah bongkas ais.

Menurut Prof. Azizan, ancaman ketidak­t e n t u a n ya ng m u l a m e n d a t a ng ka n kebimbangan di kalangan saintis berhubung

AncamanPerubahan Iklim

prof. DaTUK azIzan abU Samah faSc.

4September

2012

Page 5: Esti_110_Sep2012

w

Antartika ialah kecairan glasier di sebelah barat Antarika yang boleh menyumbang kepada kenaikan paras air laut sehingga tujuh meter.

“Jika kecairan glasier berlaku di sebelah Timur Antartika, masalah lebih besar akan berlaku kerana ia boleh meningkatkan paras air laut sehingga 62 meter manakala ke c a i ra n ya n g s a m a d i G r e e n l a n d menyumbang kenaikan sehingga enam meter,’’ujar beliau .

Apatah lagi jangkaan saintis ialah suhu bumi akan meningkat 0.2 darjah C setiap sedekad yang tentunya menyumbang kepada pengembangan laut.

manusia perlu sedarProf. Azizan Abu Samah berkata, ma nusia

perlu sedar dan tahu bahawa bencana tersebut bukan baru kerana ia satu fe ­nomena alam yang berlaku tanpa diambil perhatian sebelum ini.

Isu pemanasan global sebagai contoh mendorong saintis menjangka berlaku peningkatan kejadian­kejadian cuaca

ekstrem, seperti ribut petir yang lebih kencang atau hurikan yang lebih kuat.

“Sekiranya berlaku ribut taufan, kesan pemanasan global menyumbang kepada kekuatannya, kerana tenaga ribut tersebut datangnya daripada haba pendam wap air, dan atmosfera yang lebih panas berupaya mengambil lebih banyak wap air. Jadi ribut petir dan taufan dijangka menjadi lebih kencang dan kuat sekiranya pemanasan global berlaku,’’ katanya.

Menurut beliau lagi, selain berlakunya cuaca ekstrem, perubahan dalam ekosistem juga berlaku yang memerlukan hidupan di dalam menyesuaikan diri mereka.

“Hidupan yang boleh beradaptasi mungkin boleh meneruskan hidup manakala yang tewas akan pupus,’’ katanya.

perubahan iklim Malah katanya, perubahan cuaca dan iklim

yang timbul dari pemanasan global juga boleh menyebabkan pertambahan kepada kes­kes penyakit yang berkait dengan vektor seperti malaria dan denggi.

Dengan fenomena ini, rakyat negara ini juga perlu diberi pendidikan supaya me ­mahami bahawa aktiviti mereka me nyum ­bang kepada berlakunya pemanasan global.

Apatah lagi banyak fenomena alam yang dianggap selama ini sebagai di luar jangkaan sudah mula menjelma termasuk bencana tsunami, hujan yang lebat dan gelombang panas.

5September

2012

Page 6: Esti_110_Sep2012

fokus

Oleh LAUPA JUNUS

De N g A N j u m l a h penduduk bumi mencecah 7 bilion ketika ini, aktiviti

manusia di muka bumi sebenarnya memberi kesan kepada kelestarian kehi­dupan mereka akibat aktiviti yang dijalankan setiap hari.

Kesan daripada sebarang a k t i v i t i p e m b a n g u n a n , merangkumi ekonomi dan sosial yang melibatkan penggunaan dan penghasilan t e n a g a , a d a l a h a n t a r a penyumbang kepada apa yang dipanggil perubahan iklim dan cuaca ekstrem pada hari ini.

Meskipun ada faktor lain di luar kawalan manusia yang membawa kepada perubahan iklim ini, sebahagian besarnya adalah disebabkan aktiviti tersebut yang pada akhirnya mengancam kelestarian kepada

persekitaran.B e k a s K e t u a P e n g a r a h

Jabatan Alam Sekitar, Datuk Dr. Abu Bakar Jaafar FASc. ber­pen dapat, antara empat faktor penjana peru bahan iklim ialah kewujudkan lapisan yang yang menentukan kepanasan bumi iaitu gas­gas rumah hijau yang menjadi selimut supaya cuaca sejuk dan panas tidak terlalu ekstrem.

“Gas­gas berkenaan ber­fungsi sebagai penstabil cuaca supaya tidak terlalu sejuk pada malam hari dan panas melam­pau pada waktu s iang, ’ ’

ujarnya.Bagaimanapun, apabila lapisan ini

menipis akibat perbuatan manusia, maka keadaan panas dan sejuk boleh berubah secara drastik.

Beliau turut menggariskan bahawa aktiviti manusia akibat pembakaran dan penggunaan tenaga secara berterusan juga

memberi kesan kepada perubahan iklim.Beliau memberi contoh, pembakaran

bahan api hidrokarbon seperti petroleum dan gas serta juga arang batu tanpa diganti memberi kesan kepada iklim bumi.

Pada masa dahulu, kesan ini tidak begitu menonjol kerana pembakaran mungkin tidak terlalu banyak dan ia diganti secara semula jadi.

Sebab itu katanya, manusia kian memi­kirkan bagaimana mengurangkan pem­bakaran tenaga tersebut termasuk meng­gunakan teknologi hijau dalam penjanaan tenaga

Beliau juga tidak menolak kemungkinan perubahan iklim berlaku disebabkan oleh sifat matahari itu.

Matahari merupakan sumber tenaga kepada bumi daripada hydrogen fusion yang memberi kesan dinamik kepada pemanasan di bumi dan pada masa sama, orbit atau laluan bumi mengelil ingi matahari juga menjadi punca perubahan iklim.

“Kita juga perlu ingat bahawa bumi pada dasarnya memang panas berdasarkan kepada kewujudan gunung berada di daratan dan juga permukaan laut yang mana mencetuskan perubahan iklim,” ujarnya yang kini menjadi profesor pelawat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Bagi Ketua Pusat Penyelidikan Sistem Perubahan Iklim Tropika Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Prof. Fredolin Tangang @ Tajudin Mahmud FASc., perubahan iklim berlaku kerana perubahan signifikan daripada keadaan atau ciri­ciri purata iklim atau variasi iklim yang dialami sekian lama.

Dalam konteks semasa, perubahan iklim sering dirujuk sebagai perubahan iklim antropogenik hasil peningkatan kepekatan gas­gas rumah hijau terutama karbon dioksida (CO2) akibat daripada pelbagai kegiatan manusia terutama perindustrian dan pembakaran bahan bakar fosil.

Beliau bagaimanapun berkata, perubahan iklim juga boleh berlaku akibat proses semula jadi dalam komponen­komponen iklim.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, adalah sukar untuk memastikan sama ada

faktor Perubahan Iklim

DAtUk Dr. AbU bAkAr JAAfAr fASc.

bUmI akan terus menghadapi kesan perubahan iklim.

6September

2012

Page 7: Esti_110_Sep2012

perubahan yang dialami atau sesuatu fenomena iklim itu adalah akibat perubahan iklim antropogenik atau semula jadi dalam tempoh yang singkat.

Beliau memberi contoh, fenomena banjir besar sebelum ini atau dalam masa terdekat ini mungkin sukar dikaitkan secara saintifik dengan perubahan iklim antropogenik.

“Bagaimanapun hasil kajian saintifik menunjukkan iklim secara perlahan­lahan akan berubah.

“Misalnya dalam tempoh antara 30 dan 40 tahun dari sekarang, purata suhu akan meningkat satu hingga dua darjah Celsius, hujan lebat yang kini mempunyai tempoh ulangan sekali dalam 20 tahun, akan menjadi lebih kerap daripada satu kepada lima tahun atau kurang,’’ katanya.

Bel iau yang juga Naib Pengerusi Kumpulan Kerja I, Panel Antara Kerajaan Bagi Peru bahan Iklim (IPCC) berkata, ini bermakna hujan lebat dan banjir akan semakin kerap pada masa akan datang.

Katanya perubahan iklim sebegini “perlahan” dalam skala kehidupan manusia tetapi pantas mengikut skala masa iklim.

Perubahan iklim itu membawa pelbagai malapetaka seperti banjir besar, kemarau panjang, serta taufan yang kuat serta boleh merubah ciri­ciri variasi iklim kini menjadi berbeza pada masa akan datang.

Terdapat kajian menunjukkan pemanasan global akan menjadikan ciri­ciri fenomena El Nino berubah pada masa akan datang yang mana menjadikan pemanasan suhu permukaan air laut lebih ketara di bahagian tengah lautan Pasifik berbanding di bahagian timur lautan ini seperti wujudnya El Nino yang biasa.

Katanya, El Nino sebegini dipanggil sebagai El Nino Modoki yang kita difahami mempunyai impak yang berbeza di Malaysia berbanding dengan El Nino biasa lain.

Fenomena­fenomena ini bukan sahaja membawa impak negatif secara langsung

kepada manusia dan harta benda tetapi juga menyukarkan aktiviti pertanian yang menjadi tungak kehidupan manusia.

Pendek kata, kehidupan manusia yang tidak lestari berupaya merubah bagaimana iklim beroperasi pada masa akan datang.

Oleh itu katanya, menjadi satu cabaran utama bagi manusia untuk memas tikan iklim dunia tidak menuju kepada iklim “panas” pada dekad­dekad akan datang.

Ini boleh dilakukan dengan pengurangan kadar pembebasan gas­gas rumah hijau di semua negara di dunia terutama negara maju dan negara membangun yang besar seperti India dan China.

“Kehidupan manusia mesti menuju kepada kehidupan yang lestari merangkumi aspek penjanaan tenaga, merubah kaedah pertanian dan guna tanah dan menghadkan peningkatan penduduk.

n IPCC ditubuhkan 20 tahun dulu di bawah dua badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP).

n Objekif penubuhan ialah untuk menilai status perubahan iklim dengan menyediakan laporan penilaian perubahan iklim berdasarkan maklumat saintifik yang ada.

n Dalam laporan Penilaian Iklim IPCC ke-4, IPCC telah menyimpulkan bahawa perubahan iklim tidak boleh disangkal lagi dan ia adalah akibat daripada peningkatan kepekatan gas-gas rumah hijau di atmosfera akibat kegiatan manusia.

n IPCC kini sedang giat menyiapkan Laporan Penilaian ke-5 yang dijangka diterbitkan pada bulan September 2013.

n Penyelidikan sains menyediakan bukti perubahan iklim dan penilaian skala global oleh IPCC menjadi asas kukuh kepada kefahaman status terkini iklim dunia.

INFO

feNOmeNA perubahan iklim bukan sahaja memberi impak negatif kepada manusia dan harta benda malah turut menyukarkan aktiviti pertanian.

AktIVItI perindustrian

berat merupakan di antara faktor

penyumbang kepada perubahan

iklim dunia.

7September

2012

Page 8: Esti_110_Sep2012

fokus

Penentu perubahan iklim duniaPenentu Perubahan Iklim DuniaOleh ASHRIQ fAHMY [email protected]

PeRubAHAn iklim dunia sebe–narnya bukan sahaja bergantung kepada perubahan yang berlaku dalam alam semula jadi.

Ia juga turut berkait rapat dengan aktiviti manusia seperti pembebasan gas karbon dioksida daripada kenderaan akibat pembakaran bahan api fosil dan pembebasan bahan kimia daripada sektor industri serta isi rumah.

Selain itu, aktiviti manusia meneroka kawasan hutan untuk tujuan pertanian dan kediaman juga menyumbang kepada kemusnahan ‘penapis’ utama gas karbon dioksida dunia.

Jika ratusan tahun dahulu, iklim dunia agak sejuk berikutan kawasan hijau yang meliputi bumi masih banyak tidak lagi pada hari ini.

Namun, berapa ramaikah di antara kita yang menyedari hakikat bahawa dunia yang kita diami kini semakin tenat menanggung segala beban pencemaran yang tiada kesudahannya.

Isu pencemaran telah lama dibincangkan oleh komuniti saintis alam sekitar dan juga orang awam di seluruh dunia.

Biarpun begitu, pencemaran tetap berlaku malah ber­tambah serius berikutan kesalahan mencemarkan alam sekitar sering dipandang remeh oleh sesetengah pihak.

Kebiasaannya pesalah alam sekitar didakwa berdasarkan bukti berbentuk fizikal yang kasar, mudah dilihat dan ditemui.

Namun bagi Unit Forensik Alam Sekitar, Fakulti Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), bukti tersebut sahaja tidak memadai.

Setiap kesalahan terhadap alam sekitar perlu diperincikan agar pesalah dapat dikenakan tindakan yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan.

Menurut Ketua Unit Pemodelan Alam Sekitar, Pusat Kecemerlangan Forensik Alam Sekitar, Dr. Hafizan Juahir, pesalah a l a m s e k i t a r k i n i s e m a k i n b i j a k memanipulasikan undang­undang yang

sedia ada.Malah, ada antara mereka

menggunakan pelbagai teknik dan cara untuk mengaburi mata pihak penguatkuasa bagi m e n g e – l a k ka n d a r i p a d a dikenakan tindakan undang­undang.

“Bagi kami di unit forensik, s e t i a p k e s a l a h a n y a n g dilakukan akan dikaji secara terperinci bermula daripada pemerhatian dan intipan

sehinggalah kepada uji kaji di dalam makmal.

“Kadang­kala bahan bukti tidak berada di tempat kesalahan dilakukan, tetapi ia boleh ditemui di kawasan lain dan di sinilah pentingnya uji kaji dan data yang dikumpul selama ini,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya baru­baru ini.

Ujar Dr. Hafizan lagi, segala kajian dan maklumat yang dikumpulkan bertujuan memudahkan pendakwaan dibuat oleh pihak berkuasa.

Ia bagi memastikan pesalah yang melakukan jenayah terhadap alam sekitar

Dr. HAfIzAn JuAHIR

September2012

8

Page 9: Esti_110_Sep2012

tidak dapat lagi melepaskan diri daripada dikenakan tindakan undang­undang.

Unit Forensik Alam Sekitar tersebut terbahagi kepada empat jabatan khas yang ditugaskan untuk melaksanakan tugas­tugas yang berlainan.

Bagi jabatan pertama ia dikenali sebagai Jabatan Permodelan Alam Sekitar, berfungsi sebagai sebuah unit khas untuk menganalisis data.

Malah unit ini juga jelas Dr. Hafizan merupakan antara yang bertanggung–jawab melakukan ramalan berkenaan suasana alam sekitar pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang dikumpul saban tahun.

“Di sini kami banyak melakukan analisis perubahan tahun demi tahun, malah turut mengambil kira perubahan yang berlaku beberapa abad yang lalu,” ujarnya.

Seterusnya adalah Jabatan Pemo–nitoran Alam sekitar yang berfungsi memantau serta mengumpul data ber–mula daripada air, udara bahan kimia daripada keladak (sendiment chemistry).

Ia juga merupakan sebuah unit yang bertindak untuk menentukan nilai sebenar data untuk di jadikan sebagai model atau sebuah pusat pengumpulan data yang lebih holistik.

Ketiga, Jabatan Risiko Alam Sekitar yang bertanggungjawab untuk membuat penilaian risiko yang bakal dihadapi oleh alam sekitar (risiko kesihatan alam sekitar).

Jelas Dr. Hafizan, unit ini meneliti kesan pencemaran alam sekitar terhadap benda hidup dalam alam sekitar.

Te r a k h i r a d a l a h j a b a t a n y a n g bertanggungjawab dalam menentukan polisi dan sosio­ekonomi secara lebih menyeluruh.

Pengendalian kajian terhadap alam sekitar sering disalah erti oleh masyarakat bahawa kumpulan ini hanya menumpukan kerja­kerja di makmal dan yang berkaitan proses menganalisis sahaja.

Kini, ia tidak lagi, malah unit ini juga melibatkan penggunaan undang­undang yang mana peruntukan perundangan akan dikaji bagi membantu membuat keputusan yang tepat berkenaan gerak kerja yang perlu dilakukan pada masa kini dan juga masa hadapan.

Sebagai contoh, terdapat undang­undang berkaitan alam sekitar yang berkaitan dengan perlembagaan negara.

Ia berikutan kadar pencemaran kini telah berubah dan semakin berevolusi mengikut perkembangan semasa, justeru adalah tidak relevan jika undang­undang yang sedia ada masih berada di takuk yang lama.

Dr. Hafizan memberi contoh bagaimana pencemaran yang membabitkan bahan­bahan yang berasaskan bahan ubat­ubatan farmaseutikal yang mencemari alam sekitar amat sukar dikesan dengan hanya melalui pemerhatian fizikal.

Malah, kajian yang dilakukan tidak hanya di negara ini, ia turut melibatkan jalinan kerjasama daripada negara­negara maju yang lain seperti Jepun, Taiwan, Korea dan Kanada untuk tujuan perban–dingan data.

Pencemaran yang berleluasa juga dilihat banyak mempengaruhi perubahan iklim.

Ujar Dr. Hafizan lagi, jika 15-10 tahun dahulu saintis masih boleh menggunakan model yang sedia ada untuk meramal keadaan cuaca yang akan melanda.

Namun kini, ia agak sukar dilakukan dan corak perubahan cuaca juga menjadi tidak menentu.

Jika dahulu kita biasa menghadapi musim kemarau dan tengkujuh pada masa­masa tertentu seperti kemarau

pada awal tahun dan tengkujuh hujung tahun.

Namun kini, pola berlakunya perubahan cuaca tersebut sudah tidak lagi menentu di mana ketika musim panas atau kemarau juga boleh berlakunya hujan lebat dan banjir secara tiba­tiba, menurutnya.

Keadaan tersebut jelas menunjukkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan ia juga berkait rapat dengan aktiviti manusia.

Pencemaran alam sekitar ser ta ke musnahan kawasan hutan juga mendorong suhu di sesuatu kawasan tersebut berubah.

Dalam menangani permasalahan tersebut, ujar Dr. Hafizan, semua pihak perlu memainkan peranan masing­masing.

Namun apa yang paling penting dalam menangani masalah pencemaran alam sekitar serta perubahan iklim yang berlaku secara mendadak tersebut adalah kesedaran masyarakat terhadap peri pentingnya menjaga alam sekitar.

Apa yang pasti untuk mengubah serta menjadikan alam sekitar kembali seperti sedia kala akan memakan masa yang agak panjang di samping memerlukan disiplin dan kesedaran yang tinggi di kalangan masyarakat serta pihak­pihak yang bertanggungjawab.

PeLAJAR mengambil sampel untuk tujuan menguji kualiti air.

MASYARAKAT perlu mendalami tentang kepentingan menjaga dan memelihara sungai.

September2012

9

Page 10: Esti_110_Sep2012

ASM’s Standpoint

By Dr. AHMAD IBRAHIM FASc. THERE is no denying that

numerous crises at the global level have sprung up during the last decade. The climate

crisis, which scientists believe is for real, has yet to show signs of abating. The world has yet to agree on measures to reduce the impending seriousness. Threats to biodiversity, as a consequence of climate change, remain a growing concern for the world. Fuel and energy security, food availability and water sustainability are the other challenges begging for lasting and credible solutions. We can add to the list the continuing instability in the financial system and the lacklustre performance of the global economy as a whole. It is no wonder that many are not hopeful about the future.

During the year, ASM anchored a number of engaging dialogues to del iberate on possible solutions to such issues for the nation. The proceedings of some o f t h e s e s e m i n a r s a n d workshops have been published and disseminated for public consumption. Monographs related to climate change include: disaster risk reduction; climate change scenarios; health impacts; challenges for agriculture and food security; space; sustainable forestry, R&D and policy issues. ASM also co-operated with ICSU to organise the Rio+20 Workshop in order to garner national

input for the summit.There is agreement worldwide that

the rapid increase in greenhouse gas emissions does not augur well for the world. The threat to the global climate can be potentially disastrous for mankind. A major contributor lies in the dominating use of fossil fuels to satisfy the worldís demand for energy. 2011 witnessed active R&D in many centres of scientific excellence in the world. The search for alternatives, especial ly the development of renewable energy, was of high priority in many countries. It has been

reported by the United Nations Environment Programme that global investments in green energy were up by nearly a third to reach AS$211 billion in 2010. Wind farms in China and small-scale solar panels on rooftops in Europe were largely responsible for the rise in investments. Europeís small-scale solar energy boom owed much to feed-in tariffs, particularly in Germany, combined with a sharp fall in the cost of photo voltaic (PV) modules a s w e l l a s o n t h e G e r m a n Government’s decision to scale back on nuclear power as a source of electrical energy.

The fuel price shock of 2008, and a related flare up in food and commodity prices, both indicate structural weak -nesses and risks in the world market which still remain unresolved. There is a rising demand of fuel, as forecasted by the International Energy Agency and others, had reported “an on-going dependence on oil and other fossil fuel and much higher energy prices to come”, as the world economy strug-gles to recover and grow.

Climate change is undoubtedly one of the greatest challenges of the 21st century. It is a real and growing threat. Its impacts have already been felt worldwide. This is reflected by the increasing frequency and intensity of extreme weather conditions such as h e a t wave s , c h r o n i c d r o u g h t , unusually devastating floods and tropical cyclones in recent decades. Climate change is also exacerbating water shortages. As a result of climate change, some supply source of energy will be curtailed because of problems with water. Changing of water temperatures arising from global warming coupled with reduced river flows in Europe and the USA have resulted in reduced production or temporary shutdown of several thermoelectric plants, both nuclear or fossil-fuelled power plants. Climate change is also constraining agricultural production and threatening food security, causing forest fires, coastal degradation as well as, increasing health risks. Thus, climate change is

Climate Change

10September

2012

Page 11: Esti_110_Sep2012

likely to affect the world’s quest for sustainable development unless action is taken soon to reduce the levels of greenhouse gas emission.

Malaysia being part of the global community is not immune to climate change; more so with her long coast lines, high concentration of population and economic activity in coastal areas; and heavy reliance on agriculture, natural resources, and forestry. Adaptive measures such as storing and conserving water, engineering new plant varieties that can withstand extreme weather, planting more drought tolerant forest species that are efficient in carbon sequestration, having an efficient public health system and an effective planning protocol in development projects that minimise the impacts of climate change are key strategies that

require detailed evaluation. ASM in 2011 undertook a number

of scientific discourses to deliberate on the impact of climate change on Malaysiaís socio-economic well-being. One example is the National Conference on the Impact of Climate Change on Water Resources and Their Consequences to Major Economic Sectors, organised and collaborated with NAHRIM, MOSTI and NRE in July 2011. Discussions c e n t r e d o n m i t i g a t i o n a n d adaptation measures as responses to climate change. A report on climate change and water was produced during the year. The Mega Science Framework Study on Sustained National Development (2010-2050), initiated to identify S&T opportunities as well as providing recommendations in which sub-sectors for Malaysia to

focus on, provides an assessment of the future of some key sectors of the country also touched on the impact of extreme weather patterns impacting some sectors. The four reports on water, energy, health and agriculture which were submitted to the government during the year included discussions on the implications of climate change on the sectors. Scientific expeditions undertaken by ASM Fellows to some bio-diverse locations in the country have reported some qualitative assessment on the impacts of climate change on landscape and geology, flora and fauna, aquatic life, eco-tourism and the local community. However, it is clear more work is needed to develop viable solutions to combat the potential impact of climate change on the country’s resources.

Dr. AHMAD IBRAHIMis the CEO/Fellow of the Academy

of Sciences Malaysia.

11September

2012

Page 12: Esti_110_Sep2012

Science Facts

Weatheringthe Storm

By NURUL ANUAR KARI

BEEN outdoors lately? Noticed the weather is a bit hotter, colder and more windy than usual, with sudden abrupt changes or

basically have all thing gone crazy?Draught and heat waves, storms and

tornados everywhere, snowing where there was no snow before, no ice where there were glaciers before, rain and flooding, severe thunder and lightning or even blinding fogs covering the land.

This was not an isolated incident to one area or even to one country alone. Its what happening all over the world, with increasing incidences, bringing about severe losses of life and property.

If you were born after the year 2000, you may find it hard to believe that there was a time when the earth’s climate was calm and cozier than it is today.

There was a time when weather anomalies was rare and far apart, even possible to anticipate and follow small, slow changes in daily patterns to avoid major harm to life and property.

These days, it seems that storms just suddenly fall from the heavens bringing severe winds and floods in one place while the sun scorches the crust off another side of the planet.

Just think about it, how long can you stand without air conditioning weather in your house or in the car? Even markets, shopping malls and offices cannot survive without air conditioning.

Past ErrorsFor the younger generations, they’ve

only just begun to understand what’s happening out there while those that are older have had to contemplate how their actions for the past few decades had

brought about this climate change.An era cal led global izat ion has

worshipped wealth and money above everything else, making it acceptable to destroy any part of mother nature for one individual or a group of people making a quick buck.

Deforestation; carbon emission from open burning, factories, cars or smoking; water pollution; even wars and the use of highly destructive weapons took a huge toll on the planet in just one century, more than the entire recorded history of human civilization.

That is about two to three generations of human greed that ultimately left their grandchildren and ours, a world that’s that much harder to live in.

Several years ago, many attributed all these mistakes to the West but now, even major powers in the East have also contributed to the pollution of our planet.

12September

2012

Page 13: Esti_110_Sep2012

The history of the West destroying their forests, killing animals to the point of extinction and even polluting their air and water is now being repeated in the East.

Entire forests have been cleared for plantations or development, mountains levelled, rivers polluted and the air made hardly breathable.

Now, due to these reckless searches for personal gain, severe weather patterns caused by global warming and climate changes are recorded every day in the East and West.

It’s not punishment or reckoning from mother nature but a means for the planet to retain balance when humans have selfishly destroyed their surroundings for wealth and riches.

HopeHollywood was one of the parties that

used this looming situation and tried to make a quick buck by making numerous films about climate change and severe weather conditions.

However, some of these films and documentaries have helped in

showing people in power what they will face if nothing concrete is done in this generation.

With several major powers t r y i n g t o a m e n d t h e i r mistakes, there might still be hope for life on this planet and hope for the next generation of human beings.

But, the term commonly used thus far, saving the planet seems out of context

since the planet will survive no matter what happens, even if the earth becomes a barren uninhabitable rock or it returns back to its full wonder and beauty.

What some people are doing or trying to do right now is save us, humans, or at least human civilization on the only known planet to have intelligent life.

Most people hope to provide a safe future for their children or at least maintain whatever little of nature that we have left, for the sake of the next generation.

How far can this goal be achieved depends on every single human, be it the one throwing garbage out of the car window or those operating factories and polluting by using heavy machinery.

Weather patterns it seems act directly in contrast to human actions. The more humans pollute and shift the balance, the more severe that things get out there.

Everyone living on this planet now must bear the consequences of weather changes but if proper actions are taken, their descendents may be spared, to live in a better, cleaner, calmer world where rain and shine is cheered and not feared.

CHILDREN will be longing to bathe in a pool of water in times of drought due to climate change.

AS a preparation, the conference on agriculture, food security and climate change was held.

13September

2012

Page 14: Esti_110_Sep2012

Science Facts

Compiled by NURUL ANUAR KARI

FEELING too hot? Turn on the air conditioning for a cooler breeze of air to relax or work in the office.

Although we in Malaysia call ‘air-con’ a cooling device be at home, office or in the car, others in the north and south of the planet might see it differently.

Air conditioning is basically modifying the temperature and humidity of your surrounding to more desirable conditions either cooler or hotter.

People living in cold surroundings such as areas with four seasons view air conditioning as heating things up a bit more, using the fire place or a heater.

They also use alternating air conditioning- systems in their cars, making it cooler in summer or warmer in winter.

However, ventilation or any process that changes the air around us is also air conditioning, even if it’s using a huge fan, sprays of water at certain local restaurants or even using air purifiers.

Even ancient Egyptians used trickling water to cool down the air breeze coming through their window.

There’s also steam baths that uses heated water vapour to heat up and humidify the surroundings of the bathroom.

Even the refrigerator is like an air conditioning- machine that modifies the air so that food and other perishable items can be stored longer in colder and less humid surroundings before being consumed.

For those born after the 1980s, it might be hard to believe that there was a time without air conditioning either in houses, off ice buildings, shopping complexes or even the car.

Can you imagine shopping around in a building without air con-ditioning? Try driving around without air conditioning, that should give you ‘a bath’.

Air Conditioning is Hot or Cool?

ONE toy to one person maybe junk to someone else. The meaning of a toy to someone usually differs to another person but usually the aim is ultimately to have some fun.

Although toys are considered as commercially manufactured items these days, it can actually be anything that makes you happy.

Sure it can be something you bought at the store, the most expensive one ever sold that you can show off to family and friends.

Or, it can be something you created yourself, as many children always do when playing, they create one of a kind toys using their imagination.

That is why Legos or plastic mini building bricks are popular with children as they can create a lot of things in any way they want.

It’s also why children enjoy painting as it allows them to draw and colour as they

see fit, a painting that is fun to do and brings joy to display in front of everyone.

Yes, colours are toys, brushes are toys, and papers are toys. Remember the rule, if it’s fun to play with, it’s a toy. Some people even collect similar toys and call it a hobby.

For babies, even their own fingers and toes are toys as its something new they want to explore. New shirt, new shoes, exploring new things is always like playing with a new toy for the first time.

Then again, some toys are more suitable according to age and gender. Girls with dolls, boys with cars, teenagers with video games and CD players, grown ups with their cars and motorcycles, its all about the toys.

When someone loses the joy in their toys, that’s when the toy becomes a property that is only viewed either as junk or valuable. Remember, have fun with your toys whatever it may be and be happy.

Toys are Always Fun

14September

2012

Page 15: Esti_110_Sep2012

PHYSICAL exercise is basically moving any and all parts of your body be it unintentional or an actual exercise regime.

Exercise also boost the immune system and reduce the risk of heart disease, cardiovascular disease, Type 2 diabetes and obesity.

This also improves mental health, reduce mental stress and increase the so-called happy hormones.

For those already afflicted with cardiovascular diseases, exercise is also seen as a better alternative to chemical drugs.

Mainly reducing fat, water retention or even toxins through sweat, physical exercise is also believed to be the best way to keep a youthful look and energy, strong muscle and bones plus a bright mind.

This can be clearly seen when comparing someone working in moderate physical labour to someone that sits all day long on a desk job.

Considering current trends of couch potatoes and obese children, physical exercise and healthy eating habits may be the final line of defense

against non-communicable diseases.Is exercise that hard to do or just not

enough time? Physical exercise actually can be any movement be it big or small, for minutes or hours.

The basic rule is moving any muscle, any part of the body and keep your heart pounding fast for a few minutes every day.

Take the stairs or park far, far away from the shopping complex. But, don’t forget to eat right because 3 minutes of exercise cannot burn 3 kilograms of barbecue meat.

Move It or Lose It

VEHICLES are basically something that can transport someone or something from one place to another.

A bicycle, car, train, ship, plane and so on, a vehicle allows movement for all things in a faster and safer way.

Until a time people and things can be transported via beams of light as in the movies, vehicles will be the best, fastest and safest means to move around.

However, vehicles are also the main cause of pollution to the planet. This has pushed for the

development of better, cleaner machines of transport.

P e o p l e m a y t h i n k t h e problem with creating a better vehicle is the design but the power source is actually the main obstacle.

From using steam in cars and trains, most vehicles now use oil and gas that

emit a lot of harmful fumes.

Then came the age of electrical vehicles for cars, motorcycles and trains (Light Rail Transits). Even hydrogen has been considered as a viable fuel source (power cell).

However, electricity and even hydrogen requires a huge storage compartment and an even more complicated delivery system.

A boom in the energy race will ultimately dwarf the arms race of the 21st century, hoped to propel human civilization to a higher level of technological advancement and transport us further and faster than ever before.

Until then, dreams of flying cars and floating cities will remain a dream. Then again, many did not expect human to walk on the moon in the sixties, did they?

Where are the Flying Cars?

15September

2012

Page 16: Esti_110_Sep2012

Sebagai penghuni bumi, ramai daripada kita kian sedar bahawa banyak fenomena alam yang berlaku sejak beberapa tahun

kebelakangan ini agak membimbangkan. Ini antara lain berpunca daripada perubahan iklim yang dianggap amat ekstrem kerana membawa kepada keadaan cuaca yang panas dan hujan

yang banyak.Aktiviti manusia juga menyumbang

kepada perubahan iklim yang boleh dianggap drastik, membawa kepada pencemaran dan sebagainya.

Manusia memerlukan kepakaran untuk memahami keadaan-keadaan ini d a n m e m p e l a j a r i b a g a i m a n a mengatasinya.

Ia diakui sendiri oleh seorang pakar tempatan, Prof. Fredolin Tangang FASc. mengenai perubahan ik l im yang membawa kepada banyak impak kepada bumi.

Ikuti pandangan beliau mengenai perkara tersebut seja jar dengan kepakarannya dalam bidang kajian iklim bersama wartawan LAUPA JUNUS.

- Prof. Fredolin

Chit-chat

Manusia antara Punca Perubahan iklim

apakah jawatan Prof. sekarang?PROF. FREDOLIN: Saya adalah Profesor dalam bidang Klimatologi

dan Oseanografi di Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam, Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga Ketua Pusat Penyelidikan Sistem Perubahan Iklim Tropika, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Saya juga merupakan Felo kepada Akademi Sains Malaysia.

Di peringkat antarabangsa. saya adalah Naib Pengerusi Kumpulan Kerja I, Badan Antara Kerajaan Perubahan Iklim atau lebih dikenali sebagai Panel Antara Kerajaan Bagi Perubahan Iklim.

apakah bidang kepakaran Prof?PROF. FREDOLIN: Bidang kepakaran saya adalah dalam

Klimatologi dan Oseanografi.

apakah keistimewaan atau kelebihan bidang tersebut?PROF. FREDOLIN: Bidang ini dapat memahami bagaimana iklim

dunia dan lautan berfungsi. Ia melibatkan pengetahuan pelbagai disiplin termasuk matematik dan fizik mengenai bagaimana alam berfungsi.

16September

2012

Page 17: Esti_110_Sep2012

biodata:

Pendidikan l Ijazah Sarjana Muda di Universiti

Malaya dalam bidang matematik.lSarjana dari Iowa State University,

Amerika Syarikat.lD o k t o r Fa l s a fa h ( P h D ) d a r i

University of British Columbia, Canada dalam bidang Oseanografi Fizikal.

Bidang penyelidikan: Peringkat PhD adalah meramal El Nino dan ternyata El Nino adalah fenomena iklim yang penting dan mempengaruhi Malaysia dengan ketara.

nama:P R O F. F R E D O L I N TA N g A N g @TAJUDIN MAhMUD FASc.

asal:Menumbok, Sabah.

kerjaya:Bertugas di UKM lebih 25 tahun.

Secara ringkasnya, apakah yang Prof. boleh katakan mengenai kepentingan bidang tersebut dan apakah ke pen -tingannya?

PROF. FREDOLIN: Kehidupan manusia dilingkungi dan dipengaruhi oleh keadaan iklim. Lautan adalah komponen utama ik -lim dan juga merupakan sumber ke hi -dupan. Manusia perlu memahami ba gai -mana ia dipengaruhi dan mempengaruhi.

Mengapa bidang tersebut menjadi semakin penting?

PROF. FREDOLIN: Ternyata manusia berupa merubah iklim dunia sejagat m e n e r u s i p e l b ag a i ke g i a t a n ya ng meningkatkan pembebasan gas-gas rumah hijau akibat dari perindustrian dan guna tanah yang tidak mampan dan mesra alam.

Iklim dunia dijangka akan berubah dengan peningkatan suhu, pola hujan dan angin akan berubah sekali gus akan memberi kesan kepada ekosistem dan kehidupan manusia. Banjir, kemarau, aras laut akan dijangka meningkat pada kadar semula jadi. Semua ini adalah berdasarkan sains dan dapatan penyelidikan yang berkaitan bidang ini.

bagaimana caranya kita memberi ke s e d a r a n ke p a d a m a s y a r a k a t mengenai pentingnya kerjaya yang Prof. ceburi?

PROF. FREDOLIN: Manusia harus sedar kepentingan alam dan keupayaan mereka dalam merosakkan sistem alam. Setiap orang perlu mempunyai kesedaran ini dan ini boleh diterapkan melalui pendidikan bermula di peringkat awal persekolahan.

bidang kepakaran Prof. memerlukan lebih ramai pakar, bagaimanakah cara menggalakkan generasi muda untuk m e n c e b u r i b i d a ng t e r s e b u t d a n apakah masa depannya?

PROF. FREDOLIN: Buat masa ini bidang ini masih kekurangan pakar. Pelajar yang mempunyai asas yang kukuh dalam bi -dang fizik dan matematik boleh menceburi bidang berkenaan. Kebanyakan universiti di Malaysia memerlukan kepakaran bidang seperti ini dan pelbagai jabatan kerajaan seperti Jabatan Meteorologi dan institusi seperti Petronas, Shell juga memerlukan individu yang berkepakaran seperti ini.

apakah pesanan Prof. kepada pelajar yang berminat menceburi bidang tersebut?

PROF. FREDOLIN: Pelajar-pelajar universiti yang kukuh dalam matematik dan fizik dan berminat melanjutkan pengajian di bidang ini boleh meneruskan ke peringkat sarjana dan PhD di dalam negara termasuk di UKM atau di luar negara.

apakah pengalaman paling sukar dilupakan atau yang menyeronokkan sepanjang menjadi saintis?

PROF. FREDOLIN: Dapat mendidik pelajar mengenai bidang yang boleh dikatakan masih kurang diberikan perhatian.

17September

2012

Page 18: Esti_110_Sep2012

Kalendar SGI2012

SAINS DAN MATEMATIK

KESEDARAN DAN PEMBUDAYAAN INOVASI

18September

2012

12-15 Oktober

15-17 Oktober

8-9 Oktober

9-10 Oktober

10-21 Oktober

14-17 Oktober

13 Oktober

20-21 Oktober

22 Oktober

15 Oktober - 1 November

Oktober *

Tunas Saintis Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Peringkat Ke-bangsaan anjuran Bahagian Pendidikan Menengah (BPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) di MRSM Pontian, Johor

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kebangsaan dan Konvensyen Quality Environment (QE) Kebangsaan anjuran MPC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Konvensyen KIK Antarabangsa (ICQCC 2012) anjuran MPC di KLCC

National Conference on Climate Change oleh Jabatan Meteorolo-gi Malaysia

Pertandingan Inovasi anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Institut Sosial Malaysia

Sambutan Ulangtahun Program Angkasawan Negara (SUPAN) ke-5 anjuran ANGKASA dan YAM

Annual Productivity dan Innovation Conference (APIC) and Exposi-tion 2012 “From Ideas to Reality” anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Bengkel Saintifik Penyelidikan SHIVA anjuran Direktorat Ose-anografi Kebangsaan (NOD), MOSTI di Kuala Lumpur

National Space Challenge 2012 (NSC2012) anjuran Agensi Ang-kasa Negara (ANGKASA) di Planetarium Negara, Kuala Lumpur.

Funfair Kids 2012 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Ke-menterian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KP-WKM) di Taiping, Perak

Angkasawan Space Camp anjuran Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) di Negeri Sembilan

National Science Challenge 2012 (Peringkat Akhir) anjuran ASM di Kuala Lumpur

MRSM Intensive Gifted and Talented Youth (MIGTY) anjuran MARA di semua MRSM

Science Kids 2012 anjuran Pusat Sains Negara (PSN) di PSN

Program Jelajah Halal KIMIA anjuran Jabatan Kimia Malaysia

Pertandingan Roket Air anjuran YAM di Negeri Sembilan

l Program enrichment ini memberi peluang pelajar terpilih ke Intel Science and Engineering Fair (ISEF) bagi lima kategori projek sains iaitu fizik, kimia, biologi, sains komputer dan kejuruteraan.

l Platform kepada KIK mempersembahkan projek mereka den-gan menggunakan alat-alat serta teknik kreativiti dan inovasi serta mengiktiraf kumpulan KIK yang telah mencapai kecemerlangan.

l Platform kepada KIK mempersembahkan projek mereka de ngan menggunakan alat-alat serta teknik kreativiti dan inovasi serta mengiktiraf kumpulan KIK yang telah mencapai kecemerlangan.

l Fokus kepada pembentangan berkaitan perubahan iklim dan kesannya serta bertukar pandangan mengenai perubahan iklim. Selain itu, ia fokuskan kepada makmal konsultasi strategi menge-nai impaks perubahan iklim terhadap sumber air dengan peneka-nan kepada perubahan iklim dan pembangunan R&D.

l Pertandingan inovasi ini mempamerkan produk dan projek ino-vasi yang telah dihasilkan oleh warga KPWKM.

l Merangkumi National Space Challenge Prime Minister’s Trophy, Majlis Pelancaran SUPAN, Syarahan Angkasa, Minggu Angkasa Sedunia, Majlis Makan Malam Amal SUPAN. Tujuannya tingkat-kan kesedaran tentang kepentingan sains, teknologi dan inovasi melalui penerokaan angkasa dan memberi peluang orang ramai mendekati pakar-pakar dalam Program Angkasawan Negara.

l Mempamerkan amalan terbaik dan aplikasi praktikal mengenai produktiviti dan inovasi serta membantu organisasi awam dan swasta meningkatkan produktiviti dan keupayaan inovasi.

l Bengkel ini menjadi platform perkongsian hasil dan data penye-lidikan dijalankan oleh penyelidik SHIVA dengan pusat kecemer-langan dan agensi berkaitan di Malaysia.

l Merangkumi ujian kelayakan, peraduan poster dan National Space Camp yang mengkehendaki peserta melalui proses pembe-lajaran lebih mendalam daripada segi pendedahan secara amali.

l Pengisian seperti Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Ke-bangsaan, Penganugerahan Ikon Sains, Matematik dan Inovasi Kanak-Kanak 2012, pertandingan produk dan projek inovasi kanak-kanak serta permainan interaktif sains, matematik dan inovasi.

l Program pendidikan berkaitan sains angkasa menggunakan kae-dah experiential learning menerusi sesi perbincangan, pembentan-gan, soal jawab, kerja berkumpulan serta rumusan.

l Pertandingan akhir berbentuk kuiz ini melibatkan empat pasu-kan yang terpilih dari peringkat separuh akhir.

l Program pembangunan sahsiah dan akademik pelajar lepasan PMR.

l Program tahunan berteraskan sains khas untuk pelajar sekolah.

l Program ini memberi penerangan kepada awam mengenai ka e-dah analisis ramuan dan kandungan tidak halal dalam makanan.

l Pertandingan teknologi pelancaran roket ini libatkan penggu-naan dan aplikasi bidang sains angkasa kepada masyarakat.

OKTOBER 2012 PROGRAM/ AKTIVITI DAN RINGKASAN PROGRAM

Page 19: Esti_110_Sep2012

PENGKOMERSILAN DAN PAMERAN(R&D DAN AKAR UMBI)

19September

2012

16-18 Oktober

20-21 Oktober

23-24 Oktober

26-28 Oktober

Oktober *

Second Intersessional Meeting of Regional Working Group on Tsu-nami Warning and Mitigation in the South China Sea Region

Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah (K. Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan) anjuran MOSTI dan Kerajaan Negeri di Negeri Sembilan

Kursus inovasi & kreativiti anjuran Kementerian Kewangan

Ceramah .my DOMAIN REGISTRY dan Internationalised Domain Name (IDN) anjuran .my DOMAIN REGISTRY di Negeri Sembilan

Bengkel 1nita anjuran .my DOMAIN REGISTRY di Negeri Sembilan

Mindset Change Programme anjuran MPC di Pulau Pinang

MIMOS Technology Preview

MSC Malaysia Cloud Computing Enablement Initiative (Awareness and Adoption Programme) anjuran MOSTI dan MDeC di Pahang/ Terengganu/ Kelantan/ KL/ Selangor

Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kesihatan 2012 anjuran Ba-hagian Khidmat Pengurusan Kementerian Kesihatan

Ceramah Harta Intelek Siri II anjuran Jabatan Bomba dan Penyela-mat Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Kuala Lumpur

MITI Innovation Blast anjuran MITI di Kuala Lumpur

Program Perbahasan Sekolah dan Universiti mengenai Biotek-nologi anjuran BIOTEK, MOSTI di Kuala Lumpur

l Menilai dan tingkatkan keupayaan negara-negara bersempadan dengan Laut China Selatan dalam mengeluarkan amaran tsunami dan perkhidmatan mitigasi melalui Sistem Amaran Awam Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM). Mengkaji keperluan pusat amaran tsunami serantau di Laut China Selatan, rapatkan hubungan serta wujudkan rangkaian kerjasama antara pusat-pusat amaran tsunami nasional di rantau Laut China Selatan.

l Karnival ini merupakan karnival keenam daripada enam siri kar-nival sepanjang tahun 2012. Pengisian program berasaskan empat segmen inovasi. Program dan aktiviti disediakan bertujuan menye-marakkan sains dan inovasi untuk semua lapisan masyarakat.

l Ceramah ini bertujuan memberi kesedaran mengenai perkhid-matan dan produk .my DOMAIN REGISTRY serta IDN khusus untuk bakal-bakal usahawan

l Melatih usahawan IKS wanita miliki kehadiran atas talian (online presence). Peserta akan diajar berkenaan dengan pembangunan website perniagaan dan pendaftaran nama domain.

l Acara tahunan memaparkan teknologi MIMOS yang boleh digu-napakai serta forum kepada bakal penerima teknologi MIMOS

l Program bertujuan tingkatkan produktiviti, kreativiti dan inovasi (PCI) dalam perkhidmatan awam.

l Bertujuan mengubah pemikiran warga kerja menjadi inovatif dan kreatif dengan penekanan kepimpinan dan kerja berkumpulan.

l Bertujuan memberi kesedaran dan mempromosi penggunaan aplikasi Cloud Computing kepada PKS

l Program tahunan ini bagi menghargai inisiatif inovasi dan usaha warga kerja Kementerian Kesihatan terhadap peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan khususnya kepada rakyat.

l Ceramah ini merupakan perkongsian maklumat tentang pe-ngurusan harta intelek kepada warga jabatan yang terlibat.

l Menyediakan platform kepada KIK mempersembahkan projek mereka menggunakan alat-alat serta teknik kreativiti dan inovasi serta mengiktiraf kumpulan KIK telah mencapai kecemerlangan.

l Melibatkan penjanaan idea berkumpulan meliputi seluruh warga MITI dan setiap kumpulan akan membincangkan topik yang telah diberikan dan mempersembahkan idea secara kre-atif.

l Merupakan program perbahasan antara sekolah dan univer-siti dalam mengutarakan isu semasa atau berkaitan bioteknologi yang dapat menguji cara berfikir, kefahaman dan tahap ilmu pengetahuan para pelajar dalam perspektif bioteknologi.

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Kementerian Pelajaran Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia

Bulan Inovasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2012

l Platform kepada KIK mempersembahkan projek mereka de -ngan menggunakan alat-alat serta kreativiti dan inovasi serta meng iktiraf kepada kumpulan KIK yang telah mencapai kecemer-langan.

l Diadakan sepanjang bulan Oktober. Antara program terlibat adalah Sambutan Hari Inovasi, Bicara Tokoh, Pameran Inovasi, Pertandingan Anugerah Inovasi dan Kembara Inovasi.

Oktober/November *Sambutan Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) anjuran KPKT

31 Oktober

Oktober *

Pameran Inovasi Kementerian Kewangan di Kuala Lumpur

Anugerah Kepimpinan Inovasi anjuran Kementerian Kewangan

MyTRIZ Conference anjuran MDeC, Intel dan MyTRIZ di Kuala Lumpur

l Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pegawai kanan agensi atau bahagian atas sumbangan dalam bidang ino-vasi di agensi atau bahagian masing-masing.

l TRIZ merupakan Teori Rusia yang bermaksud “Theory of In-ventive Problem Solving”. Program ini bertujuan untuk mem-bangunkan inovasi dan kemahiran daya cipta di universiti-uni-versiti Malaysia. Persidangan ini menampilkan pakar-pakar TRIZ antarabangsa untuk berkongsi pengalaman di samping meng-galakkan peserta untuk menggunakan kaedah TRIZ di Malaysia.

* Bersambung dimuka surat 20

Page 20: Esti_110_Sep2012

Dunia Sains

Kehadiran pepatung tanda Sungai bersih

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD

LARVA pepatung hidup di dalam air selama beberapa bulan hingga setahun lamanya.

Malah, kitaran hidupnya lebih panjang bagi spesies yang hidup di dalam sungai di kawasan pergunungan yang mana airnya lebih sejuk dan bersih.

Kebanyakan larva dan nimfa pepatung adalah pemangsa dan hidup di dalam air bersih yang mempunyai kandungan oksigen terlarut tinggi.

Namun terdapat juga beberapa kumpulan yang toleran dan boleh menyesuaikan diri

di kawasan yang sederhana bersih.Pun begitu, kebanyakan nimfa pepatung

hanya mampu hidup di dalam air yang bersih seperti spesies pepatung Aeshnid daripada famili Aeshnidae dan juga pepatung ekor kembung daripada famili Gomphidae.

Kehadiran spesies nimfa pepatung tersebut sekali gus boleh dijadikan sebagai petanda ( indicator) bagi kebersihan sesebuah kawasan sungai.

Jika terdapat nimfa pepatung maka secara automatiknya kawasan sungai tersebut boleh dikategorikan sebagai bersih.

Di Manakah Kawasan Paling sejuk di Dunia?

KAWASAN yang memiliki suhu tersejuk

pernah dicatat di Kutub selatan melebihi -390 C.

Namun suhu tersebut bukanlah suhu palin sejuk pernah dicatatkan di benua Antartika.

Pada tahun 1960, seorang saintis Rusia yang bekerja di sebuah pangkalan Antartika yang dikenali

sebagai Vostok (Timur), lebih 1207 kilometer (km) dari Kutub selatan mencatatkan suhu

hampir -530 C.

Pameran BIOTEK di MyBio Carnival Zon Utara anjuran BIOTEK, MABIC dan BiotechCorp

Hari Nuklear Malaysia Bersama Pelanggan anjuran Agensi Nuklear Malaysia di Agensi Nuklear Malaysia

Malaysia Digital Enterprise Exchange Recruitment and Training Programme anjuran MOsTI dan MDeC di KL dan selangor

Pertandingan Inovasi Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Kumpulan Kreativiti dan Inovasi (KIK) anjuran MARA

l Program ini melibatkan aktiviti pameran sains dan pertand-ingan peringkat sekolah seperti kuiz, pengucapan awam, ejaan, lukisan poster dan penulisan esei. Ia bertujuan untuk mempro-mosikan pelaksanaan Dasar Bioteknologi Negara di samping ak-tiviti promosi dan kesedaran terhadap kepentingan bioteknologi kepada para pelajar dan para guru.

l Hari Nuklear Malaysia medan bertemu pelanggan bagi mem-promosi khidmat dan produk serta mendapat maklum balas.

l Bertujuan galakkan penggunaan platform e-Dagang B2B ke-pada Perusahaan Kecil dan sederhana (PKs).

l Pertandingan ini merupakan Anugerah Inovasi Pengarah Jaba-tan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

l Platform KIK mempersembahkan projek de ngan mengguna-kan alat-alat serta teknik kreativiti dan inovasi serta mengiktiraf kumpulan KIK yang telah mencapai kecemerlangan

pROGRAM/ AKtIVItI DAN RINGKASAN pROGRAMKALeNDAR SGI 2012 (OKtObeR )

* sambungan daripada muka 19

20september

2012

Page 21: Esti_110_Sep2012

H A R I M AU m e r u p a k a n s p e s i e s pemangsa terbesar di semenanjung Malaysia, tergolong dalam kumpulan karnivora dan alam famili Felidae.

Ia juga merupakan spesies yang mudah menyesuaikan diri terutamanya di kawasan vegetasi yang tebal serta memiliki bekalan makanan dan air yang mencukupi.

Malah, ia juga boleh ditemui di pel -bagai jenis habitat yang meliputi hutan belukar, hutan sekunder dan hutan primer.

sebagai pemangsa utama dalam ekosistem, harimau berupaya men -jadikan mamalia besar, lima kali ganda saiznya sebagai mangsa.

Di negara ini, spesies utama yang sering menjadi mangsa harimau adalah babi hutan, kijang dan rusa sambar.

Antara spesies lain seperti landak, kancil, beruk dan kera malah tidak ketinggalan juga haiwan ternakan seperti lembu dan kambing yang sering berkeliaran berhampiran dengan habitatnya.

Harimau kebiasaannya hidup secara sendirian (solitary) kecuali apabila tiba musim mengawan atau memiliki anak kecil.

Bagaimanapun dalam keadaan dan tempoh tertentu, terdapat juga kum -pulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada beberapa individu dewasa juga turut wujud.

Harimau Pemangsa Terbesar di Malaysia

Mengapakah KitaMenangis Apabila Memotong Bawang?

peRNAHKAH anda melihat kepulan asap yang mengiringi laluan kapal terbang semasa ia terbang?

Malah jika anda pernah menyaksikan pertunjukkan udara, pasti anda perasan pertunjukkan tersebut turut melibatkan penghasilan tulisan di langit.

Bagaimanakah tulisan tersebut dihasilkan? Ia dihasilkan dengan mencampurkan minyak tanah ke dalam ekzos kapal terbang.

sebuah kapal terbang biasanya boleh menghasilkan tulisan sehingga enam abjad.

Bagi mesej yang lebih panjang (sehingga 30 abjad), lima hingga tujuh buah pesawat diperlukan supaya keseluruhan mesej itu dapat dilihat sekali gus.

Tulisan di langit mula digunakan sebagai iklan pada tahun 1922 dan satu abjad mampu mencapai setinggi 1.6

kilometer (km) dan mengambil masa 60 – 90 saat untuk dihasilkan.

Manakala satu mesej boleh mencecah sehingga 24 km panjang.

Ke a d a a n p a l i ng s e s u a i u n t u k membolehkan tulisan dilihat dengan jelas adalah pada hari yang cerah, tidak berawan dan dalam keadaan cuaca sejuk.

Dalam keadaan tersebut, mesej boleh dilihat sejauh 48 km dan mampu bertahan selama 20 minit.

Bagaimanakah Tulisan di Langit Dihasilkan?

SebeNARNYA kita bukan menangis ketika memotong bawang, tetapi ba -wang menghasilkan sejenis bahan kimia yang merengsakan ketika di potong menyebabkan kita mengalirkan air mata.

Bahan tersebut yang dikenali sebagai syn-propanethial-s-oxide merangsang kelenjar air mata untuk mengeluarkan air mata.

Justeru itu, apabila kita memotong bawang, enzim yang merangsang air mata akan terbebas ke udara dan menukarkan sulfoksida (asid amino) bawang kepada asid sulfenik yang tidak stabil.

Ia seterusnya bertukar menjadi syn-propanethial-s-oxide dan apabila ia terbebas ke udara lalu bersentuhan dengan mata seterusnya merangsang kelenjar air mata dan menyebabkan kita seolah-olah menangis.

Oleh sebab itu, biarpun kita memakai cermin mata, kita akan tetap menangis apabila memotong bawang.

21september

2012

Page 22: Esti_110_Sep2012

Info Esti

Oleh NOOR DIANA AZIS

PEMBANGUNAN pasaran telefon b i m b i t p i n t a r d i M a l a y s i a sememangnya mengikut aliran ciptaan gajet canggih tersebut di

seluruh dunia.Ini dapat dibuktikan menerusi statistik

yang memperlihatkan peningkatan jumlah pengguna telefon bimbit pintar pelbagai jenama di negara ini.

Tidak dinafikan masyarakat kini berlumba-lumba memiliki pelbagai gajet moden itu dan baru-baru ini enjin pencarian Yahoo! mengeluarkan statistik beberapa model telefon bimbit pintar popular yang dicari pengguna melalui Yahoo! Search Trends.

Daripada hasil carian yang ditun juk­kan, berikut adalah 10 model telefon bimbit paling popular yang kerap dicari oleh pengguna Yahoo! Malaysia sepanjang bulan Jun tahun lalu:

1 ) A p p l e i P h o n e 5 : S y a r i k a t pengeluarnya tidak pernah mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk model telefon bimbit pintar terbarunya itu. Atas inisiatif pengikut setia gajet tersebut, mereka mengeluarkan khabar angin bahawa Apple menyediakan 15 juta unit iPhone 5 yang dibangunkan di Taiwan sebagai persediaan memasuki pasaran

m e n j e l a n g b u l a n September tahun lalu.

2) Apple iPhone 4: Ia merupakan telefon bimbit pintar berskrin s e n t u h g e n e r a s i keempat iPhone yang h a d i r b e r s a m a keupayaan sokongan panggilan video serta kepelbagaian akses web dan mult imedia. Ia didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

3) Samsung Galaxy S: Syarikat pengeluar jenama tersebut iaitu S a m s u n g t e l a h mengumumkan pengenalan kepada telefon bimbit pintar Android tersebut pada bulan Mac 2010.

4) Samsung Galaxy SII: Model ini merupakan telefon bimbit paling berjaya pernah dihasilkan oleh Samsung. Model tersebut diiktiraf sebagai telefon bimbit s u p e r p i n t a r d e n g a n p e m p r o s e s berkembar kedua ternipis di dunia.

5) Sony Ericsson Xperia: Rangkaian jenama Xperia merupakan telefon bimbit pintar dihasilkan oleh Sony Ericsson.

6) Nokia C3: Ia merupakan telefon

bimbit mampu milik yang dibangun dengan spesifikasi lengkap dalam usaha untuk menarik perhatian pengguna.

7 ) N o k i a N 8 : M o d e l telefon bimbit siri N daripada Nokia ini dipacu sistem o p e r a s i S y m b i a n 3 . I a m e r u p a k a n p e r a n t i t e l e k o m u n i k a s i N o k i a pertama yang dilengkapi k a m e r a b e r e s o l u s i 1 2 megapiksel.

8) Samsung Galaxy Ace: Model ini merupakan telefon bimbit pertama Samsung yang menggunakan sistem operasi terbuka Android. Ia

dilengkapkan dengan skrin sentuhan TFT beresolusi 320 x 480 piksel.

9) Blackberry Bold: Blackberry Bold 9000 atau lebih dikenali dengan nama Bold 1 merupakan model Blackberry yang popular dengan kepelbagaian fungsi pintar, papan kekunci QWERTY serta keupayaan aplikasi mesej yang berkesan.

10) Blackberry Curve: Model ini m e r u p a k a n m o d e l t e r a w a l y a n g diperkenalkan syarikat pengeluarnya iaitu Research In Motion (RIM). Curve 8520 adalah peranti Blackberry pertama mempunyai kawalan pad trek.

SEIRING pembangunan teknologi masa kini, penggunaan gajet dikatakan amat s inonim dengan kehendak real it i kehidupan sekeliling.

Oleh itu, ia dianggap bahagian yang penting dalam kehidupan sekali gus menjadi medium bagi memudah serta melancarkan aktiviti harian kita.

Justeru tidak dinafikan ada di antara kita yang begitu obses terhadap pembangunan serta trend terkini gajet-gajet yang diminati.

Bahkan ada segelintir penggemar yang tidak hanya memiliki satu gajet

malah boleh dikatakan purata setiap seorang memiliki dua peralatan teknologi tersebut.

Bagi pencinta gajet, harga yang mahal bukan menjadi masalah kerana kepuasan

memiliki peralatan tersebut lebih diutamakan selain mampu ‘berbangga’ me -miliki peralatan eksklusif seperti itu.

B e r i k u t m e r u p a k a n antara 10 gajet berdaftar d a n d i k a t e g o r i k a n sebagai gajet termahal di dunia:

1) Tablet Gold Motorola Xoom edisi terhad

S y a r i k a t t e k n o l o g i M o t o r o l a memperkenalkan tablet Xoom bersalut emas ini dalam kuantiti yang sangat terhad. Ia hanya untuk dibawa oleh artis-artis ternama pada acara Anugerah Academy di Hollywood. Ia digunakan ketika golongan ini memperkenalkan calon-calon bagi beberapa kategori seperti artis terbaik, pelakon terbaik, aktor pendukung terbaik dan sutradara terbaik.

2) iPhone 4 Diamond RoseTelefon pintar iPhone 4 yang disaluti

Paling Popular Pintar

10 Gajet Termahal di Dunia

Telefon Bimbit

22September

2012

Page 23: Esti_110_Sep2012

emas berwarna merah dan lebih 500 butiran berlian ini berharga £5 juta (RM24,702,075). Ia juga ditaburi 53 butiran berlian yang membentuk logo Apple di belakangnya serta kontrol navigasi utamanya diperbuat daripada platinum dengan berlian merah jambu di tengahnya.

3) Casing Tinie Tempah’s Gold MobilesCasing emas 22 karat untuk telefon

jenama Blackberry ini diperkenalkan pada acara Brit Award.

4) Fon kepala DJ SwarovskiFon kepala menjadi peralatan yang

diperlukan ketika mendengarkan muzik selain dijadikan aksesori yang sangat unik. Fon kepala Audio Technica ATH-M50 yang dipenuhi dengan batu Swarovski di seluruh lapisan luarnya ini pernah dibida pada harga £1,799,99 (RM889,270) di Firebox.com.

5) Tetikus SwissSebuah perusahaan di Swiss mencipta

tetikus komputer yang disaluti emas putih 18 karat serta 59 potongan berlian.

Menggunakan Diamond Flower dan Scattered Diamond, ia ditawar pada harga £16, 200 (RM80,035) di laman web Fabstuff.net.

6) Motorola Motopure H12Headset keluaran Motorola ini juga

tergolong antara gajet termahal di dunia. Harga yang ditawarkan sekitar £4,000 (RM19,764), bersesuaian dengan bahan binaan yang digunakan iaitu emas putih atau kuning 18 karat di bahagian depan serta 250 potongan berlian putih, merah dan hitam.

7) Gold Nintendo WiiNintendo Wii bertahta

emas ini jauh berbeza dari beberapa siri Nintendo Wii yang lain. Konsol permainan yang disaluti emas 24 karat ini dijual pada harga £529 (RM2,614).

8) Dock KristalDudukan untuk iPod atau

i P h o n e i n i d i p e r b u a t daripada kristal dan ia merupakan buatan tangan

dari seniman asal Slovenia, Calypso. Ia mempunyai empat reka bentuk dan hanya 999 buah sahaja yang dihasilkan pada harga 349 Euro (RM1,380).

9) Prestige HD Supreme EditionTelevisyen layar datar mewah ini

mampu menarik serta menangkap perhatian setiap orang yang melihatnya. Berukuran 55 inci serta disaluti emas 22 karat, ia juga diperkemaskan dengan 48 butir berlian dan disaluti kulit buaya. Beratnya mencecah 19 kilogram dan

harga yang ditawarkan ialah £1 juta (RM4,941,175).

10) Leica M9 TitaniumKamera M9 ini merupakan

kamera digital pertama yang memiliki frame penuh sensor CCD yang berfungsi memotret dengan sempurna mengikut format 35 milimeter. Lebih eksklusif, hanya 500 buah kamera titanium ini sahaja dihasilkan dan dijual pada harga £19,200 (RM94,840) setiap satu.

10 Laman Web Kerap DikunjungiTIDAK dinafikan bahawa masyarakat kini a m a t m e m e r l u k a n k e m u d a h a n mengakses Internet bagi melancarkan aktiviti harian mereka.

Oleh itu, Internet dilihat memainkan peranan penting untuk memudahkan s e t i a p a k t i v i t i s e j a j a r d e n g a n perkembangan teknologi terkini yang semakin canggih bersesuaian mengikut peredaran zaman.

Namun jika dilihat daripada pelbagai sudut, capaian Internet juga turut digunakan oleh sesetengah individu tidak bertanggungjawab untuk melakukan pelbagai jenayah siber yang dilihat semakin berleluasa masa kini.

Secara ringkasnya, Internet merupakan jaringan komputer yang saling terhubung secara global bagi membolehkan penggunanya saling berkongsi maklumat ataupun data melalui jaringan tersebut.

Menurut Internet World Stats (IWS), pengguna Internet di dunia sehingga 31 D i s e m b e r 2 0 1 1 i a l a h s e r a m a i 2,267,233,742.

Manakala jumlah pengguna teknologi tersebut di negara ini pula adalah seramai 16,902,600 iaitu 64.6 % (data pada Jun 2009) daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.

Jika dipecahkan mengikut laman web yang sering dikunjungi, pengguna Internet lebih terdorong untuk melayari laman sosial seperti Facebook.

Di Malaysia, jumlah penggunaannya seramai 9,544,400 orang dan jumlah ini a d a l a h 3 8 . 8 % d a r i p a d a j u m l a h keseluruhan penduduk di negara ini.

Sejak tahun 2000 sehingga 31 Disember 2010, kadar penambahan pengguna Internet di Malaysia sahaja adalah 356.8 % sekali gus menunjukkan kadar penggunaan kemudahan tersebut meningkat dengan kadar yang sangat pantas.

Menurut kajian IWS, pengguna Internet di Asia berjumlah 1 bilion orang dan jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (500 juta) dan Amerika Syarikat (273 juta) pada tahun 2011.

Pada masa yang sama, statistik ini secara tidak langsung menunjukkan peluang perniagaan secara dalam talian

m a m p u m e m b e r i inspirasi serta peluang yang cerah kepada penduduk di M a l a y s i a u n t u k m e n c e b u r i bidang yang s e m a k i n m e n d a p a t sambutan ini.

B e r i k u t

adalah 10 laman web yang kerap dikunjungi oleh pengguna Internet:

1) Facebook: Laman web sosial ini menjadi satu fenomena baru bagi pengguna seluruh.

2) Google: Enjin carian ini menjadi popular di kalangan penguna internet kerana ia lebih mudah dan ringkas untuk digunakan.

3) Yahoo!: Seperti juga enjin carian yang lain, Yahoo! juga menyediakan pelbagai maklumat yang membantu pengguna dalam mendapatkan maklumat yang diinginkan.

4) Google Search: Enjin carian yang menyediakan perkhidmatan carian gambar, laman web serta sambungan (link) yang berkaitan.

5) YouTube: bagi pengguna yang gemar menonton video, mereka akan memilih laman web ini kerana lebih mudah, cepat dan efisyen.

6) Blogger: laman web ini menjadi medium kepada pengguna yang gemar berkongsi maklumat. Perkhidmatan ini adalah percuma.

7) Windows Live: Ia merupakan enjin carian daripada Microsoft.

8) Wikipedia: Ensiklopedia dalam talian.

9) Microsoft Network: perkhidmatan dail akses serta penyedia kandungan.

10) Myspace: berfungsi seperti laman web sosial.

23September

2012

Page 24: Esti_110_Sep2012

Fakta Menarik

KESAN rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada dibebaskan.

Ia berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal.

Apabila komposisi gas meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat

penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Kesan rumah hijau global berlaku apabila sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau.

Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan suhu bumi meningkat dan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi

a k a n m e n g a l a m i p e n c a i r a n d a n menyebabkan peningkatan aras laut.

Secara semula jadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur dan karbon.

Namun, rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara seperti asap daripada kenderaan dan kilang.

Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan peng hawa dingin yang mem-bebaskan gas kloroflorokarbon ( C F C ) j u g a m e n y u m b a n g kepada kesan pemanasan global ini.

Jika manusia dapat mengu-rangkan penggunaan kende-raan dengan lebih banyak meng gunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan.

Kesan Rumah Hijau

LAUTAN Pasifik merupakan lautan terbesar di dunia yang mana kedalaman lautan tersebut mampu

mencecah ratusan kaki pada beberapa tempat.

Secara purata, kedalaman Lautan Pasifik adalah sekitar 14,000 kaki dalam.

Tetapi terdapat suatu t e m p a t y a n g p e r n a h mencatatkan dua kali ganda kedalaman purata tersebut.

Salah satu kawasan yang terkenal dengan kedalaman berbelas ribu kaki tersebut adalah Jurang Mariana yang terletak beberapa ratus batu di barat daya Guam.

Nama Mariana diambil sempena kepulauan Mariana

yang terletak berhampiran dengan jurang tersebut.

Pertama kali diukur, Jurang Mariana mencatatkan kedalaman sekitar 35,700 kaki.

Namun, eksperimen yang dijalankan seterusnya menunjukkan bahawa dasar Jurang Mariana memiliki kedalaman sekurang-kurangnya 36,100 kaki di bawah

paras lautan Pasifik dan ia hampir tujuh batu dalam.

Dalam kajian yang dilakukan, saintis telah melepaskan barangan seberat satu paun turun ke dasar laut di Jurang Mariana dan ia mengambil masa hampir satu jam untuk mencecah dasar.

Lautan PasifikKedalaman

Oleh ASHRIQ FAHMY [email protected]

24September

2012

Page 25: Esti_110_Sep2012

LAMPU pendarfluor atau lampu kalimantang merupakan sejenis lampu nyahcas gas yang menggunakan arus elektrik untuk mengujakan wap raksa.

Wap raksa yang diujakan tersebut m e n g h a s i l k a n s i n a r u l t r a u n g u gelombang pendek yang menyebabkan lapisan fosfor untuk menghasilkan cahaya.

Lampu pendarfluor menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya yang boleh dimanfaatkan lebih baik daripada mentol lampu.

Kos penggunaan tenaga yang rendah mengatasi kos awal lampu itu sendiri.

Lampu ini lebih mahal daripada mentol lampu kerana ia memerlukan balast elektrik untuk mengawal arus elektrik di dalam lampu.

Sementara itu, jenis tiub biasa banyak digunakan di bangunan komersial dan institusi, lampu pendarfluor padat kini boleh didapati dalam saiz yang sama seperti mentol lampu sebagai alternatif penjimatan tenaga di rumah.

Tiub lampu pendarflour mengandungi gas raksa bertekanan rendah seperti argon, xenon, neon atau kripton.

Tekanan di dalam tiub adalah sekitar 0.3 % tekanan atmosfera.

Permukaan dalaman tiub disalut dengan bahan pendarfluor terdiri daripada pelbagai campuran garam fosfor metalik dan unsur nadir bumi.

Elektrod t iub terdir i daripada lingkaran tungsten serta dirujuk sebagai k a t o d k e r a n a f u n g s i n y a u n t u k

m e m a n c a r k a n elektron.

Bagi tujuan ini, ia d i s a l u t c a m p u r a n barium, strontium dan kalsium oksida yang dipilih kerana s u h u p e l e p a s a n t e r m i o n i k y a n g

rendah.

TEKNOLOGI Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Ia juga merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria seperti meminimumkan penurunan kualiti persekitaran seperti penurunan pembebasan gas rumah hijau (GHG) sehingga ke tahap yang terendah atau sifar.

Seterusnya menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Teknologi hijau juga merupakan kemahiran penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semula jadi serta mengawal kesan negatif aktiviti manusia.

Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Antara contoh bidang tumpuan teknologi hijau adalah seperti tenaga sumber alam semula jadi.

Isu penting dalam teknologi hijau dan ini termasuk pembangunan bahan bakar alternatif atau sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Seterusnya adalah bangunan hijau di mana bidang ini merangkumi semua tahap pembangunan daripada pemilihan bahan

bangunan hingga kepada pemilihan lokasi bangunan.Manakala nanoteknologi hijau pula merupakan teknologi yang melibatkan manipulasi bahan

pada skala nanometer.Nanoteknologi hijau adalah aplikasi

teknologi hijau dalam bidang nano teknologi.T e r a k h i r a d a l a h A l a m t o l o g i y a n g

merupakan suatu teknologi yang jelas m e n g i k u t f i t r a h a l a m d a n h a n y a mengembangkannya sesuai dengan susunan yang lebih teratur.

Apakah Teknologi Hijau?

Lampu Pendarfluor Menyala Apabila Gas Dinyahcas

Iklim di MalaysiaKEDUDUKAN Malaysia adalah di kawasan khatulistiwa, di kelilingi hampir semua arah oleh laut, menjadikan negara beriklim panas, basah dan hujan sepanjang tahun.

Tahukah anda, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim Malaysia?Antaranya ialah kedudukan, angin monsun, ketinggian dan kepulauan.Kedudukan negara di kawasan Khatulistiwa menyebabkannya tidak mengalami

kemarau yang melampau.Malaysia menerima pancaran matahari sepanjang tahun dengan purata enam jam

sehari dan berkeadaan lembap sepanjang tahun.Negara juga bebas daripada ancaman taufan dan siklon tropika disebabkan oleh

kedudukannya.Kebiasaannya, kawasan yang dipengaruhi oleh angin siklon tropika ialah antara

garisan lintang 60 U hingga 200 U.Siklon tropika merupakan ribut kencang yang bertiup menuju ke kawasan tekanan

rendah di lautan tropika.Negara-negara yang duduk di kawasan khatulistiwa tidak mempunyai empat

musim iaitu musim bunga, panas, gugur dan sejuk.Negara kita juga berada di kawasan khatulistiwa. Oleh itu, suhu Malaysia tiada

perbezaan yang besar.Antara ciri-ciri iklim negara adalah hujan di mana taburan hujan secara rata dan

lebat (kira-kira 2,500 milimeter).Dua musim hujan lebat serentak dengan ekuinoks, yang mana April dan Oktober

adalah bulan-bulan yang menerima hujan lebat.Seterusnya adalah suhu di mana minimum suhu tertinggi adalah kira-kira 270 C dan

hanya memiliki julat suhu tahunan kecil, iaitu kira-kira 10 C.

25September

2012

Page 26: Esti_110_Sep2012

Saintis Islam

Pakar Senjata IslamOleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

SE J A R A H m e n g e n a i s e n j a t a peperangan seperti senapang, peledak malah meriam tidak banyak diketengahkan dalam sejarah sains

Islam yang sebelum ini hanya dimonopoli dengan sejarah perubatan dan astronomi.

Sebenarnya sebelum saintis China mencipta serbuk peledak, jurutera yang juga saintis Islam, Hasan al-Rammah kelahiran Syria telah menemuinya terlebih dahulu.

Penyelidikan menunjukkan kelahiran peperangan roket dan peralatan letupan bukan semasa Peperangan Belanda 80 tahun seperti yang sering dikatakan tetapi 300 tahun sebelumnya di Syria semasa pemerintahan Mamluk.

Pada abad ke-13, Hasan telah menulis sebuah buku mengenai teknologi ketenteraan yang kemudian menjadi sangat terkenal di Barat.

Roket pertama yang didokumentasikan terdapat dalam buku berkenaan malah modelnya pernah dipamerkan di Muzium

Udara dan Angkasa Nasional di Washington, Amerika Syarikat.

Sebelum ini, China dikatakan pakar dalam pembuatan peledak sejak abad ke-11 Masehi tetapi mereka sebenarnya tidak mengetahui mengenai nisbah bahan kimia yang betul.

Buku yang ditulis oleh Hasan adalah yang pertama menerangkan mengenai prosedur penulenan kalium nitrat dan menerangkan beberapa formula untuk membuat peledak dengan nisbah yang betul.

Ini amat penting dalam membina sebuah meriam, bunga api, mercun dan roket.

Kajian berkenaan menunjukkan usaha Hasan dalam membangunkan teknik ketenteraan dan senjata bagi membantu tentera Islam semasa keagungan tamadun Islam.

Hasan juga meninggalkan karya agungnya AI-Furusiyya wa AI-Manasib AI-Harbiyya (Book of Military Horsemanship and Ingenious War Devices) yang ditulis antara tahun 1270 hingga 1280 Masehi.

Buku ini ditulis khas atas permintaan seorang gurunya yang terkenal Najm al-Din Hasan al-Rammah.

Beliau menulis 107 formula serbuk peledak yang telah digunakan di dalam roket, meriam dan mercun.

Sebanyak 22 formula adalah khusus untuk roket kerana menurut beliau komposisi bahan untuk meluncurkan roket adalah 75% potassium nitrat, 9% sulfur dan 16% karbon.

Pengiraan yang dilakukan oleh Hasan amat hampir dengan formula ideal iaitu 75% potassium nitrat, 10% sulfur dan 15% karbon.

Justeru itu, pada akhir abad ke-12 atau awal abad ke-13 Masehi, serbuk peledak telah mula dikenali

di Syria dan Mesir. Malah pencapaian Hasan mendapatkan

pengiktirafan daripada tamadun Barat sehingga ada yang mengatakan dunia Islam a d a l a h t a m a d u n y a n g p e r t a m a mengembangkan senjata.

Hasan tercatat sebagai jurutera Muslim p e r t a m a y a n g m e n c e t u s k a n d a n menerangkan mengenai roket dalam bukunya.

Tamadun Barat mendakwa Roger Bacon sebagai orang pertama menemui serbuk peledak tetapi sebenarnya penemuan Bacon hasil ciplak buku kimia Arab.

Penemuan Hasan memberikan sinar baru dalam dunia peperangan.

Nama penuh: Hasan al-Rammah

Asal Syria

Karya Agung l AI-Furusiyya wa AI-Manasib

AI-Harbiyya (Book of Military Horsemanship and Ingenious War Devices) yang ditulis antara tahun 1270 hingga 1280 Masehi.

INfO

Hasan al-Rammah

26September

2012

Page 27: Esti_110_Sep2012

Dunia Saintis

Oleh NOOR DIANA AZIS

KE B I M B A N G A N terhadap perubahan iklim dan masalah alam sekitar menjadi

topik utama perbincangan ketua-ketua negara seluruh dunia kebelakangan ini.

Cetusan perasaan bimbang tersebut berlaku apabila melihat kepada keputusan kajian yang dijalankan bebe-rapa orang penyelidik serta saintis.

Berdasarkan kajian tersebut mendapati, jika suhu dunia meningkat sehingga 6o C, ia akan menyebabkan kehidupan di Bumi musnah kesemuanya. Malah, Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim yang dibentuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meramalkan Kutub Utara akan hilang dalam tempoh 50 tahun lagi jika suhu dunia meningkat antara 1.8 – 4o C.

Bagi seorang Profesor Fizik di Universiti

Toronto, Kanada, Dr William Richard Peltier, perubahan iklim membuatkan beliau berminat u n t u k m e n g k a j i t e n t a n g pemodelan iklim tersebut.

Kajiannya dalam Sistem Sains Bumi menerangkan kesemua fungsi dinamik bumi melalui interaksi kompleks antara kepelbagaian punca yang pada umumnya dikaji berasingan dalam geofizik, oseanografi, sains atmosfera dan seba-gainya.

Beliau yang juga pengasas dan pengarah T’s Centre for Global Change Science, turut memenangi anugerah tertinggi dalam bidang sains di Kanada iaitu Gerhard Herzberg Canada Gold Medal bagi kategori Sains dan Kejuruteraan.

Kebelakangan ini, Dr Peltier aktif dalam memaju serta mengesahkan model-model iklim yang sedang digunakan bagi meramal keadaan iklim yang bertindak balas terhadap gas-gas pengeluaran rumah hijau.

Antara kajian telah dija lankan oleh beliau ada-lah:

1) Atmosfera dan ombak dan gelora lautan.• L a n j u t a n penye lidikan ber-kenaan cara pe –n y e b a t i a n m o d Holmboe dan Kelvin Helmholtz terutama proses tiga dimensi d a l a m l a p i s a n bebas, gelombang d a l a m a n y a n g d i p a k s a o l e h t o p o g r a f i d a n ombak Rossby.

2 ) D i n a m i k bendalir geofizik. • T u m p u a n

utama mengenai isu kegiatan arus ‘baki’ dan kestabilan k e p e l b a g a i a n . Selain itu, ia juga m e n e r a n g k a n pancaran sinaran spontan gelombang dalaman kitaran

hayat gelombang simulasi baroklinik meng-gunakan kedua-dua model oseanografi (sungai teluk) dan atmosferik (strim jet).

3) Fizik pedalaman planet. • Satu kajian utama yang terdiri daripada

mengusahakan masalah perolakan mantel dari perspektif model ‘priopi berangka’ di mana keutamaan isu ialah kesan tekanan yang menggalakkan peralihan fasa campuran jejar. Selain itu, ia juga men-jelaskan teori dari perspektif pengimejan tomographic seismos keheterogenan ketum-patan mantel dalaman.

Kesungguhan beliau untuk meneroka dan mencipta model iklim dapat dilihat dengan beberapa lagi model yang sedang dicipta.

Dr. Peltier Perintis Pemodelan Iklim

Info Dr. Richard Peltier

l Bertugas sebagai Profesor Fizik di Universiti Toronto, Kanada.

l Pengasas dan Pengarah T’s Centre for Global Change Science.

l Memenangi anugerah tertinggi dalam bidang Sains di Kanada iaitu Gerhard Herzberg Canada Gold Medal bagi kategori Sains dan Kejuruteraan.

27September

2012

Page 28: Esti_110_Sep2012

Oleh ASHRIQ FAHMY [email protected]

METEOROLOGI adalah satu bidang yang mengkaji fizik awan, fizik atmosfera dan keadaan atmosfera.

Ahli meteorologi merupakan antara orang bertanggungjawab mengumpulkan data berkenaan atmosfera dan seterusnya mencari kaedah ramalan cuaca yang lebih tepat.

Peranan seorang ahli meteorologi ialah mengkaji arah halaju angin, suhu, tekanan dan wap air serta harus mengetahui hubung kait kesemua pembolehubah di atas berubah mengikut masa.

Selain itu, interaksi antara atmosfera bumi dan lautan juga harus dikaji oleh para ahli meteorologi. Oleh itu, mereka perlu menguasai bidang matematik, fizik dan kimia dengan baik.

Secara umumnya, meteorologi sering kali dianggap berada di bawah bidang geografi atau kajian alam sekitar. Namun, seorang graduan fizik boleh menjurus dalam bidang ini.

Terdapat empat cabang di dalam bidang meteorologi iaitu ahli meteorologi televisyen yang mana mereka merupakan orang bertanggungjawab menyediakan maklumat cuaca dan ramalan kepada orang ramai melalui televisyen.

Ahl i-ahl i tersebut menggunakan program komputer untuk menghasilkan grafik yang menarik berkenaan keadaan cuaca dan atmosfera. Kursus utama ahli

meteorologi televisyen merangkumi matematik dan fizik.

Seterusnya, ahli peramal cuaca yang akan menganalisis data dan menghasilkan ramalan untuk digunakan oleh ahli m e t e o r o l o g i t e l e v i s y e n , J a b a t a n Meteorologi Malaysia dan orang ramai.

Mereka ditugaskan untuk mengambil data dari laman cuaca tempatan, radar cuaca, satelit dan penghasilan ramalan cuaca.

Untuk itu, mereka perlu mengetahui matematik dan fizik dengan lebih mendalam lagi.

S e t e r u s n y a , p a k a r p e r u n d i n g meteorologi yang bertugas untuk menasihati pelanggan tentang pola cuaca di masa hadapan dan bagaimana sistem cuaca boleh menyebabkan berlakunya sesuatu masalah.

Mereka akan dibayar jika menyediakan khidmat nasihat tentang cuaca namun tidak semua meteorologis boleh bergelar perunding kerana perkhidmatan tersebut m e m e r l u k a n s e s e o r a n g y a n g berpengalaman luas sebelum menjadi seorang pakar perunding.

T e r a k h i r , a h l i p e r a m a l i k l i m (climatologist) yang bertugas untuk menganalisis rekod cuaca masa lalu untuk meramal cuaca jangka masa panjang seperti hujan ataupun suhu pada masa akan datang.

Pakar yang berada di dalam bidang tersebut perlu mengumpul rekod-rekod data cuaca dan meringkaskan ke dalam rekod iklim.

Terdapat beberapa universiti yang menawarkan kursus meteorologi seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kerjaya

Ahli Meteorologi,Si Peramal Cuaca

SYARAT KEMASuKAn AMl Diploma.l Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

(STPM).l Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

SYARAT KEMASuKAn DIPLOMAl Lulus dalam peperiksaan SPM

atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk Bahasa Melayu.

SYARAT KEMASuKAn IjAzAHl Mendapat sekurang-kurangnya

satu kepujian dalam salah satu mata pelajaran Fizik, Sains, Sains Tambahan, Matematik dan lulus Bahasa Inggeris.

i) Calon lepasan matrikulasi • Matrikulasi Sains Hayat/ Sains

Fizikal, Sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.30.

• Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred C+ salah satu mata pelajaran Matematik atau Sains.

ii) Calon lepasan STPM • Lulus sekurang-kurangnya

dengan Gred C+ (NGMP 2.33) dan salah satu mata pelajaran Matematik T atau Matematik Lanjutan T atau Sains pada peringkat STPM.

iii) Kemasukan lepasan kelayakan setaraf:

• Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi yang sama atau setara dan diiktiraf.

• Kelulusan yang diiktiraf layak dan memuaskan Jawatankuasa Pemilih.

28September

2012

Page 29: Esti_110_Sep2012

Bicara IT

Panduan SelamatGuna Media SosialOleh FIRKHAn ALI HAMID ALI

MAnuSIA merupakan makhluk ciptaan tuhan yang suka bersosial atau hidup bermasyarakat. Islam

sebagai satu agama fitrah telah meletakkan masjid sebagai tempat bersosial untuk umatnya.

Masjid bukan sekadar tempat beribadah tetapi merupakan satu tempat untuk umatnya bermasyarakat dengan melakukan pelbagai aktiviti harian seperti belajar, berniaga, berbincang dan sebagainya.

Itu merupakan satu kaedah bersosial secara fizikal.

Kini, manusia boleh bersosial secara maya menerusi teknologi laman web sosial atau media sosial.

Teknologi ini telah menghimpunkan ramai pengguna terdiri daripada pelbagai latar belakang, umur dan profesion.

Terdapat agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menggalakkan penggunaannya bagi mendapatkan maklum balas para pelanggan dengan lebih cepat dan cekap.

Terdapat juga yang tidak membenarkan penggunaan media sosial di waktu bekerja kerana terdapat kesan-kesan negatif seperti hilang tumpuan bekerja, cuai, malas dan lain-lain.

Media sosial sangat popular digunakan kerana ia bersifat interaktif dan pantas dalam penyampaian sesuatu idea, berita dan informasi.

Maklumat disebarkan secara pantas dan pukal.

Contoh media sosial yang popular penggunannya adalah seperti Facebook, Twitter, Flickr, Yahoo! 3600, YouTube dan lain-lain.

Di sebalik kebaikan dan kerancakan media sosial menjana minda kreatif dalam satu jaringan sosial Internet yang luas, terdapat ramai penjenayah mengambil kesempatan di atas keterbukaannya seperti jenayah seksual, kanak-kanak, peniruan, penipuan dan sebagainya.

Mereka mengeksploitasi informasi dalam media sosial untuk mencari mangsa-mangsa yang berpotensi.

Di Malaysia, jenayah penipuan menerusi media sosial ini telah menyebabkan mangsa kerugian sehingga jutaan ringgit saban tahun.

Pihak yang menyediakan media sosial ini

t e l a h m e n g a m b i l l a n g k a h - l a n g k a h perlindungan dan keselamatan yang baik.

Bagaimanapun, para pengguna perlu ada strategi dan cara penggunaan yang betul dan selamat supaya informasi yang dipaparkan tidak dieksploitasi oleh penjenayah-penjenayah ini.

Teknik yang digunakan oleh para penjenayah ini agak mudah iaitu teknik kejuruteraan sosial tanpa memerlukan kaedah teknikal tinggi seperti dibuat oleh penggodam (hacker).

C o n t o h n y a , m a k l u m a t p e r i b a d i seseorang pengguna mudah diperolehi menerusi media sosial ini.

Tambahan pula terdapat maklumat berkenaan ahli-ahli keluarga dan gambar-gambar yang berpotensi memberi maklumat kepada penjenayah-penjenayah ini.

Di samping itu, pelbagai jenis penipuan boleh dibuat seperti membuat iklan memerlukan pembantu rumah dengan maklumat temuduga dipaparkan.

Apabila penjenayah tersebut mendapat mangsa yang sesuai, bakal pembantu rumah tersebut akan dibunuh atau disamun ketika menghadiri temuduga tersebut dan pelbagai lagi.

Jadi, terdapat beberapa panduan se -lamat bermedia sosial untuk menge lakkan diri pengguna daripada dieksploitasi oleh para penjenayah ini iaitu:

Berikut adalah di antara panduan tersebut:

1. Sentiasa berasa curiga supaya lebih berhati-hati ketika bermedia sosial. Sebagai contoh, ada seorang pengguna yang tidak d i k e n a l i d e n g a n m u d a h m e n g a k u mempunyai kesamaan dengan anda dalam pembacaan novel. Jadi, janganlah mudah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada rakan siber tersebut yang tidak diketahui identiti dan tujuan sebenar mereka.

2. Sentiasa berwaspada untuk menerima rakan media sosial yang tidak dikenali.

3. Sekiranya terdapat kelakuan yang kelihatan seperti jenayah atau pelik yang dicurigai berlaku di sekitar media sosial, laporkannya kepada pihak pengendali media sosial tersebut atau kepada pihak berkuasa tempatan.

4. Komunikasi dan pendidikan kepada anak-anak kecil dan para remaja dalam bermedia sosial sangat penting agar mereka dapat menggunakan media sosial

ini dengan betul, bertanggungjawab, berhati-hati dan selamat. Malah, mereka berupaya mengenali mana-mana bahaya dan ancaman ketika bermedia sosial.

5. Aplikasi kawalan seperti eBlaster daripada SpectorSoft boleh digunakan bagi mengawal penggunaan Internet oleh kanak-kanak dan remaja melalui komputer yang digunakan. Segala aktiviti pelayaran dan penggunaan Internet dapat direkodkan termasuk penggunaan media sosial.

6. Kurangkan pendedahan maklumat peribadi dan hadkan capaian informasi di media sosial. Pastikan informasi hanya boleh dicapai oleh rakan-rakan yang dikenali terutama berkenaan dengan maklumat peribadi. Buat pemantauan yang kerap terhadap capaian informasi dan buat laporan sekiranya ada perkara-perkara yang dicurigai seperti penandaan gambar anak yang masih kecil sebagai “favourite” oleh seseorang dan sebagainya.

7. Sentiasa menggunakan fungsi keselamatan yang disediakan oleh pihak media sosial seperti penggunaan fungsi https yang selamat.

8. Penggunaan komputer, capaian Internet dan kata laluan yang kental dan selamat.

Penggunaan media sosial ini ibarat sebilah pisau di dapur. Sekiranya digunakan dengan betul seperti memotong sayur dan sebagainya, bermanfaatlah ia. Sekiranya tidak, ia akan memberi musibah kepada pengguna.

Pengguna media sosial ini perlu dididik untuk penggunaan yang lebih cekap agar informasi dan idea yang dikongsi tidak dapat dieksploitasi oleh orang-orang yang bersisi gelap ini.

Malah, segala jenis ancaman, penipuan dan bahaya dapat dikesan dengan lebih awal. Seterusnya, mereka tahu jenis tin-dakan yang perlu dibuat untuk me nangani unsur-unsur ancaman dan bahaya ter-sebut.

29September

2012

Page 30: Esti_110_Sep2012

ScienceBuzz30September

2012

Page 31: Esti_110_Sep2012

Young Scientists Network

Young Scientist

– Academy of Sciences Malaysia

By Dr. NORIMI MOhD YahaYa

WhaT seemed miles away and uncertain has finally materialised; a network, platform, foundation

for the nation’s outstanding young scientists. Young Scientists Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) is the given name.

A proposal was presented by Prof. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman in June 2010 during the Lindau announcement/press conference.

The first initiative took place in De cember 2011 when four young scientists (Prof. Basya, Dr Abhimanyu Veera ku-marasivam, Dr Azwani Sofia Ahmad Khiar and Dr Normi Mohd Yahaya) under the tutelage of an experienced senior scientist (Prof. Abdul Halim Shaari) convened in a meeting room in Universiti Putra Malaysia to lay the foundation of YSN-ASM.

More ‘bricks’ were laid this year with a

more significant involvement of other excellent young scientists across the country who had responded to the Academy’s call to solidify the establishment of YSN-ASM.

The effort was timely as other nations across the globe have announced the establishment of such chapters in their own respective countries.

All such establishments are the result of or are spin-offs from the worldwide organisation for young scientists known as the Global Young Academy (GYA) under the InterAcademy Panel. Malaysia’s YSN-ASM will be the latest addition to this growing list.

In line with GYA, YSN-ASM will serve as a strong platform where excellent young, local scientists with diverse backgrounds and expertise can interact, coordinate, organize and meet both national and international challenges.

It will also be a platform for talented

young scientists across disciplines to collaborate and create opportunities for career development with other young scientists in the country or abroad.

It will serve as the centre where the link between young and senior scientists is established and consolidated as mentorship and policy consultation by senior scientists with fellow young scientists is highly encouraged for the sustainability of the scientific community.

Last but not least, YSN-ASM will be a source of role models for future scientists in training at high schools and universities, which is important for expanding the nation’s scientific capacity in the near future.

With the impending official launch of YSN-ASM due in December 2012, it would signify the first out of themany scientific excellence and contributions by YSN-ASM for the research community and the general public in Malaysia.

Excutive Committee of the Young Scientists Network.

31September

2012

Page 32: Esti_110_Sep2012

Fun in Science

Objective

What You Need

Parent / Teacher Tips

Contributed by: COSI Columbus

Which items work best to collect the oil? Can you think of other ways to collect and dispose of the oil without causing further harm to the environment?

Polypropylene and oil are both made of carbon and hydrogen; therefore, they are attracted to each other. Oil and water are made of different elements. They are not attracted to each other. An oil and water solution is an example of an “immiscible solution”. They will never mix and will always separate into layers.

Polypropylene is used to collect oil spilled on water, a major ecological and environmental challenge. As polypropylene floats on water and absorbs oil, the spill is easily removed.

Discover which materials best clean up an oil spill.

lYellow vegetable oillTablespoonlClear plastic or glass bowllWaterlSpoonlFishnet, cheesecloth, or gauzelCotton ballslPolypropylene cloth

1. Fill the bowl about half full with water. 2. Add a few tablespoons of oil until you can see the contrast. 3. What happens to the oil when it comes in contact with the water? 4. Which item do you think will remove the most oil and leave the most water? Try to

remove the oil with each of the items.

Cleaning up an oil spill in rough, stormy sea conditions is extremely hazardous and difficult. Challenge your children to research an historic oil spill, like the Exxon Valdez in Prudhoe Bay, Alaska, to learn more about the long-term effect of oil spills on the environment.

Polypropylene is the common name of a synthetic cloth material often used for cold weather clothing such as gloves and socliners. It can be purchased at most sporting goods stores.

1) Objective2) What You Need3) To Do and Observe4) What’s Going On5) Parent/Teacher Tips

To Do and Observe

What’s Going On

1

2

3

4

5

Oil Slick

32September

2012

Page 33: Esti_110_Sep2012

Nama:Alamat:

Sekolah:

Umur: E-mel: Tarikh:Bidang sains yang diminati:

Nur Jehan JaffarAlamat: B4-04-516, The Mediterranean, Jalan damai 25/60, Seksyen 25, 40000 Shah Alam, Selangor.Sekolah: Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam.Umur: 11 tahun.Bidang sains yang diminati: Astronomi dan Aeroangkasa.

Norsaidatina MohamadAlamat: Kampung Bahagia, Tok Kah, 23000 Dungun, Terengganu.Sekolah: Sekolah Kebangsaan Tok Kah, 23000 Dungun, Terengganu.Umur: 12 tahun.Bidang sains yang di minati: Sains Angkasalepas, Bumi dan Aeroangkasa.

Mohd Norraziff MahadzirAlamat: 3109 Lrg 23, Taman Ria, 08000 Sg Petani, Kedah.Sekolah: Fakulti Pengurusan Universiti Multimedia, Cyberjaya, Selangor.Umur: 20 tahun.Bidang sains yang di minati: Perubatan dan Aeroangkasa.

Kalaivani a/p KalimuthuAlamat: No.28 Lot 893, Jalan Reko, Kajang 43000, Selangor.Sekolah: Sek. Men. Kebangsaan Jalan Reko, Kajang.Umur: 16 tahun.Bidang sains yang diminati: Sains Teknologi dan Perubatan.

ShafiePatt Abdullah Alamat: PT 12828, Jalan Batu Muda Tambahan 1, Kg Bt Muda Tambahan, 51100 Kuala Lumpur.Umur: 48 tahun.E-mel: [email protected] sains yang di minati: Sains Peubatan dan Sains Komputer.

Nor Hasyikin Mohd IsmailAlamat: 539-A, MK8 Tanah Liat, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Sekolah: SMK Penanti.Umur: 14 tahun.Bidang sains yang di minati: Astronomi, Aeroangkasa dan Perubatan.

Ku Nur Aini Ku SuidAlamat: 127, Jalan Tan Sri Hussein Sidik, Perumahan Polis Serian, 01000 Kangar, Perlis.Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kayang, 01000 Kangar, Perlis.Umur: 15 tahun.Bidang sains yang diminati: Sains Angkasa dan Aeroangkasa.

Mohammad Aidil Abd RaufAlamat: No.37 Jalan Mas 1, Taman Mas, Telok Mas, 75460 Melaka.Sekolah: Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka.Umur: 18 tahun.Bidang sains yang diminati: Sains Komputer dan Aeronautik.

Muhammad Saifuddin HariantoAlamat: 12-014 Perumahan Dara Felda Selancar 1, 85070 Segamat, Johor.Umur: 18 tahun.E-mel: [email protected] sains yang diminati: Sains Komputer dan Aeroangkasa.

Mohd Ismail RamliAlamat: Lot 2777, Jalan Sungai Apong, 93450 Kuching, Sarawak.Sekolah: Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching.Umur: 13 tahun.Bidang sains yang diminati: Sains Reka Cipta, Sains Angkasa.

BORANg PENyERtAAN

Alamatkan borang anda kepada: Akademi Sains Malaysia (ASM), 902-4, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Anda juga boleh e-melkan penyertaan anda kepada: [email protected]

Lekatkangambar anda

di sini.

33September

2012

Page 34: Esti_110_Sep2012

Surat Pembaca

l Tiga surat tersiar akan menerima hadiah misteri daripada estidotmy. l Satu surat akan terpilih sebagai surat terbaik dan dua surat lagi me nerima hadiah penghargaan.l Maka, penulis surat hendaklah menyertakan nama penuh, alamat lengkap dan nombor telefon untuk dihubungi. Surat hendaklah pendek dan

padat serta mempunyai idea bernas. Keputusan adalah muktamad dan pihak estidotmy tidak bertanggungjawab ter hadap mana-mana surat yang dikirim tetapi tidak diterima.

Hantarkan sebarang pendapat atau teguran sama ada melalui surat kepada Akademi Sains Malaysia (ASM), 902-4, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur ataupun menerusi e-mel: [email protected]

Minta Komik SainsSyabaS kepada seluruh

warga kerja estidotmy kerana telah terbit kembali dan terus memberi maklumat dan ilmu

sains kepada kami.Di sini saya ingin mencadangkan agar

pihak estidotmy dapat memuatkan satu ruangan komik tentang sains. Sama ada komik sains fiksyen atau bukan itu terpulang kepada pihak saudara.

Dengan cara ini, komik bertemakan sains

ini dapat menarik perhatian dan minat kanak-kanak untuk mempelajari ilmu sains dan menjadi pembaca setia majalah estidotmy sejak kecil lagi.

bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Saya dan adik-adik saya serta kanak-kanak yang lain pasti akan tertarik dengan komik bertemakan sains ini.

Sekian,terima kasih.

Muhamad Izzat AzmiKampung Pandan Dalam,kuala Lumpur.

Pengarang: Terima kasih kami ucapkan dengan sokongan saudara. Kami juga sependapat bahawa komik dalam bidang sains boleh menarik minta pembaca untuk memahami dan meminati sains. Kami berharap saudara dapat bersabar. Kami akan mengusahakannya.

Sebagai seorang pelajar yang dahagakan informasi tentang sains dan inovasi, estidotmy adalah wadah efektif yang membangkitkan motivasi dan aspirasi saya tentang kemajuan sains dan teknologi yang luas ruang lingkupnya.

Terima kasih di atas rencana Nanoteknologi yang memberi penge-tahuan berguna.

Secara globalnya bidang nanoteknologi adalah anjakan kepada sistem teknologi dan inovasi manusia pada masa akan datang.

Penyelidikan nanoteknologi di Malaysia sama ada di universiti atau institusi penyelidikan meski pun masih baru, namun bakal menentukan hala tuju

bidang nanoteknologi negara.adakah kerajaan bersedia memper-

kenalkan nanoteknologi sebagai langkah awal di peringkat sekolah bagi me manfaatkan ‘Sains dan inovasi untuk Semua’ demi penjanaan ekonomi dan kesejahteraan sosial apabila mereka dewasa kelak?

bagi saya nanoteknologi adalah inovasi abad ke-21 yang bakal memberi impak yang besar dalam kehidupan manusia moden hari ini.

Sekian, terima kasih.

Farah Alia Suraya AzmanMuar, Johor Darul Takzim.

Pengarang: Kami mahu supaya orang macam saudari sentiasa me -mahami per kembangan sains terutama yang mem beri impak besar kepada kehidupan ma -nusia sebab itu Nano­teknologi dipilih sebagai sajian untuk pembaca. Harap saudari terus me -ngikuti per kembangan bidang nanoteknologi.

Rencana Nanoteknologi Beri Ilmu

Terbaik

Fokus

Nanoteknologi kecil tapi berkuasaOleh LAUPA JUNUS

SAINTIS tempatan telah lama berjinak- jinak dengan penyelidikan dalam bidang nanoteknologi, satu bidang yang dianggap akan memberi wajah baru kepada dunia khususnya industri berteknologi tinggi.Teknologi ini melibatkan komponen kecil malah terlalu seni untuk dilihat dengan mata kita kerana saiz satu bilion lebih kecil berbanding sebarang benda bersaiz satu meter tetapi lebih berkuasa daripada yang kita bayangkan.Justeru ia bukan sekadar benda bersaiz kecil, tetapi ia membincangkan tentang kuasa, keupayaan dan kemampuan satu inovasi yang memberi anjakan kepada sistem, teknologi dan inovasi manusia pada masa akan datang.Sekadar contoh mudah, ramai orang telah membincangkan tentang karbon nanotiub, sensor malah ubat bersaiz nano yang dihantar ke sistem peredaran darah untuk rawatan organ manusia.

M e n y e d a r i t e n t a n g k e i s t i m e w a a n nanoteknologi yang merupakan penyatuan semua ilmu sains dan merentasi bidang dan sektor, kerajaan juga tidak mahu terlepas peluang memanfaatkan ‘sains untuk semua’ ini untuk membantu dalam penjanaan ekonomi dan kesejahteraan sosial.S o k o n g a n k e r a j a a n d a l a m b i d a n g nanoteknologi direalisasikan melalui pelancaran Inisiatif Nanoteknologi Kebang-saan (NNI) pada tahun 2006 dan komitmen itu diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Direktorat Nanoteknologi Kebangsaan (NND).NND yang merupakan sebuah lagi agensi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

( M O S T I ) , a k a n m e l a k s a n a k a n p r o g r a m N a n o -M a l a y s i a , menggubal dasar, merangka strategi d a n m e n y e l a r a s aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).Pada masa sama, NND turut ber-t a n g g u n g j a w a b m e n g u k u h k a n pusat penyelidikan nanoteknologi sedia ada dengan penyokong kemudahan penyelidikan yang terkini serta merangsang pembangunan modal insan dalam nanosains dan nanoteknologi sekali gus mewujudkan rangkaian bersama pihak industri.

Sebagai jentera pertumbuhan ekonomi negara, nanoteknologi perlu terlibat dalam agenda inovasi negara, Model Ekonomi Baru (MBE) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).Oleh itu, teknologi berkenaan dilihat mempunyai keupayaan dalam menangani permasalahan teknologi masa kini yang mana banyak penyelidikan dan penghasilan produk berasaskan nanoteknologi merupakan inovasi daripada teknologi sedia ada.Oleh itu secara amnya, nanoteknologi berupaya memacu inovasi bagi meningkatkan keupayaan produk-produk masakini di samping menghasilkan produk-produk baru yang belum wujud sebelum ini. Antara tindakan utama yang sedang

dilaksanakan ialah menaik taraf infrastruktur pusat kecemerlangan nanoteknologi sedia ada, merangka dan melaksanakan program bagi membolehkan kemudahan di pusat kecemerlangan di guna sama antara universiti, institusi penyelidikan, usahawan teknologi dan penggiat industri.Setiausaha Bahagian NND, Prof. Datuk. H a l i m a t o n H a m d a n F A S c . b e r k a t a , nanoteknologi kini dianggap teknologi abad ke-21 yang dijangka memberi impak ketara kepada kehidupan manusia. Menurutnya, selepas kejuruteraan genetik, jelas nanoteknologi merupakan satu lagi bidang yang akan berkembang dengan pesat dalam abad ini. “Nanoteknologi sememangnya telah lama wujud, hanya manusia t idak mampu mengkajinya dalam skala yang terlalu kecil untuk diolah dengan deria yang ada pada manusia,’’ ujarnya.

Kata beliau, meskipun bidang berkenaan belum begitu difahami oleh masyarakat, ilmu nano atau nanosains adalah penyatuan ilmu sains kimia, fizik dan biologi yang telah lama wujud. Asasnya sama, cuma kesannya pada skala nano berbeza dan luar biasa.Dengan berasaskan ilmu sains fundamental; fizik, kimia, biologi dan matematik dan bantuan kemajuan peralatan sepert i mikroskop yang sensitif, manusia kini mampu menyusun, mengubahsuai atom dan molekul dan membina sistem, bahan dan fenomena baru dengan sifat yang menakjubkan yang tidak pernah ditunjukkan sebelumnya. Sebagai langkah awal, NND kata Dr. Halimaton, banyak aktiviti dan program

sedang dirangka melibatkan penyediaan dan pemantapan infrastruktur, perundangan, dasar dan akta yang akan berfungsi sebagai penentu hala tuju bidang nanoteknologi negara.Penyelidikan nanoteknologi di Malaysia dalam pelbagai bidang sudah berjaya menunjukkan hasil.

Antaranya ialah produk berasaskan silika seperti aerogel, mangkin dan bahan nanoliang yang dihasilkannya.Penyelidikan lain termasuk proses rawatan air buangan oleh Prof. Fakhrul-Razi Ahmadun dan Pendashteh Ali Reza dari Universiti Putra Malaysia (UPM), pengesan pantas kaedah bioassay mengesan racun makhluk perosak menggunakan matriks gel sol oleh Dr. Zamri Ishak dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Salmah Abdul Aziz dari UPM.

Penyelidikan lain seperti peralatan cip tindak balas berangkai polimerasi (PCR) pelbagai guna mudah urai oleh Dharmalingam Sugumar dan Kong Lingxue (USM), proses untuk menghasilkan nanotiub karbon oleh Mohamed Abdul Rahman dan Dr. Chai Siang Piao dari USM dan kaedah pengekstrakan dan penulenan bioplastik polihidroksi alkanoates (PHA) oleh Prof. Mohd Ali Hassan (UPM).Sebuah lagi agensi tempatan yang giat dalam penyelidikan nanoteknologi ialah Sistem Mekanikal Nanoelektro (NEMS)/ Sistem Mekanikal Mikroelektro (MEMS) MIMOS yang membangyunkan bidang tersebut berdasarkan kluster.Kluster nanoelektronik sebagai contoh memfokuskan kepada nanomaterial ber-fungsi, nanofotonik, serta integrasi bahan nano dengan pelbagai sensor dan sistem peralatan tenaga mikro.Malah sejak penubuhannya pada tahun 2004 antara produk inovasi yang berjaya diha sil kan ialah pelbagai nanopartikel, nano tiub, nanowayar dan nanokomposit serta alat penderia atau sensor untuk pelbagai

kegunaan.Ia termasuk sistem tuaian tenaga mikro untuk kegunaan dalam pertanian, akuakultur, pemantauan kualiti air dan alam sekitar, pemantauan kesihatan dan perubatan, keselamatan awam .

Antara kejayaan yang dicatatkan setakat ini ialah penggunaan rangkaian sensor wayarles (WSN) yang menggunakan teknologi sensor untuk aplikasi pertanian berteknologi tinggi.Teknologi berkenaan dimanfaatkan oleh Malaysian Agrifood Corporation (MAFC) di Cameron Highlands untuk penanaman tomato dan beberapa lokasi di Sabah dan Terengganu manakala teknologi pendebungaan sawit oleh Felda juga memanfaatkan penggunaan teknologi sensor tersebut Secara global, nanoteknologi dilihat mampu memberi sumbangan terhadap usaha penjimatan dan peningkatan kecekapan tenaga.Menurut Dr. Halimaton, Dialog Inovasi Teknologi APEC yang diadakan di Kazan baru-baru ini, nanoteknologi telah dikenalpasti mampu memberikan impak kepada kecekapan tenaga. Panel perbincangan menyedari h a k i k a t y a n g n a n o t e k n o l o g i m a m p u menyumbang kepada penggunaan tenaga dengan lebih cekap melalui bahan penebat haba, tenaga boleh diperbaharui, LED, nanomangkin, mem–bran, tenaga solar, sel bahanapi dan penghasilan tenaga alternatif.Dalam pada itu, beliau memberitahu, terdapat penyelidikan dalam bidang tersebut yang sedang giat dilaksanakan di Pusat K e c e m e r l a n g a n Negara dan bi la–ngannya di jangka akan meningkat.

● Perkataan `nano’ adalah dalam bahasa Greek bermakna kerdil atau tersangat kecil.● Nanoteknologi adalah teknologi yang berkaitan dengan saiz iaitu dalam skala nano (1�100 nm) atau satu billion lebih kecil daripada sebarang benda yang bersaiz satu meter.

● Feynman membentangkan kertas kerjanya There’s Plenty of Room at the Bottom dan The Feynman Lectures on Physics. Kandungan kertas kerja tersebut merintis kepada penerokaan bidang nano.● Eric Drexler pada 1986 pula menulis buku bertajuk, Engines of Creation yang mengandungi wawasannya dalam nano manakala saintis Jepun, Norio Taniguchi, yang telah mencipta perkataan nanotechnology pada 1974 bagi proses menggunakan alat dengan had kurang daripada saiz mikrometer (satu per juta meter).● Graduan doktor falsafah (PhD) di bidang nanoteknologi seramai 250 orang pada tahun 2015.● Beberapa hasil penyelidikan tempatan dalam bidang nanoteknologi seperti aerogel, tiub nano karbon dan nanocatalyst yang mana 100% buatan negara bermula pada tahun ini dan 2013.● Penjanaan sektor ini dijangka memberikan pulangan RM100 juta hingga RM150 juta dalam masa dua tahun tersebut dan RM300 juta pada tahun 2015.

Penyelidikan MIMOS berkenaan nano.

DR. HALIMATON HAMDAN

SENSORmenjejakkualiti air.

N a n o t e k n o l o g i

Produk nanoteknologi MIMOS

4Ogos2012

5Ogos2012

Tanggungjawabestidotmy

SauDara pengarang ,Walaupun saya bukan peminat sains, kemunculan

semula majalah estidotmy menarik perhatian saya kerana cara persembahan yang ringkas dan menarik.

Setahu saya, majalah ini telah lama berada di pasaran bersama Utusan Malaysia tetapi ia disisipkan bersama akhbar berkenaan dan ia diedarkan di seluruh negara.

apa saya perhatikan, majalah ini sering menjadi bacaan pelajar di sekolah dan pernah dibincangkan di kalangan pelajar tetapi saya kurang pasti isunya.

Saya sudah bekerja tetapi saya berharap majalah ini mampu menarik minat golongan muda terhadap sains dan tidak menganggapnya sebagai bidang yang susah. Saya berasakan estidotmy mempunyai tanggungjawab besar untuk menarik minat pelajar berkenaan.

Mohd. Shah Ahmad Dato Keramat Kuala Lumpur

Pengarang: Kami berharap ramai orang macam saudara yang tertarik dengan majalah ini walaupun tidak begitu meminati sains. Tolong uar-uarkan kepada adik atau anak saudara supaya membaca majalah ini untuk menambah minat mereka terhadap sains.

34September

2012

Page 35: Esti_110_Sep2012

Poster

Alfred Watkins,an STi Policy advisor

By ASHRIQ FAHMY AHMAD

ALFReD Watkins is currently the executive Chairman of the global innovation

Summit sponsored by T2VC which will convene in Silicon Valley on 16-18 July 2012.

Mr. Watkins is also an STi policy advisor to a number of international organizations and emerging market governments.

Prior to assuming these positions on 1 September 2011, he worked for more than 23 years in various positions at the World bank and served for more than six years as the World bank Science and Technology Programme Coordi nator and head of the World bank Science, Technology and innovation global expert Team.

in those capacities he was r e s p o n s i b l e f o r d e s i g n i n g , d e v e l o p i n g a n d h e l p i n g t o implement the World bank global STi capacity building programs and for helping to maintain the World bank STi capacity building dialogue with g-8 governments, bilateral donors, foundations, NgOs, and various multi lateral and uN agencies.

under his leadership, in December 2009 the World bank convened a Global Forum on STI Capacity Building Partnerships for Sustainable Development and subsequently prepared an action Plan that discussed how the ideas discussed at the Forum could be converted into specific policies and programs that could be financed and implemented by the World bank, in c o l l a b o r a t i o n w i t h o t h e r development partners.

in February 2007, he organized the World bank first Global Forum on Science, Technology and Innovation Capacity Building for Sustainable Development and Poverty Reduction.

Mean while, in February 2005, he organized a High Level Expert Seminar in Moscow, russia that was

co-chaired by the Prime Minister of russia and the President of the World bank.

in addition to these broader corporate functions, Mr. Watkins helped to design and organize World bank STi capacity building programs in africa, the Middle east, eastern europe, and Central asia.

He also led the World bank team that designed and implemented an innovative World bank non-commercial risk guarantee package for the Sea Launch Commercial Space Launch project in russia and ukraine.

Prior to joining the bank, Dr. Watkins was an assistant Professor at the university of Texas at austin and served as an economic advisor to several Members of Congress.

His recent Science and Techno-logy publications included; Moving Up the Value Chain in Malaysia’s Medical Device and Solar Industries (with Philip Schellekens, Travis bradford and the Mario gobo).

Technical assistance report prepared for the economic Planning unit in the Prime Minister’s Office. (July 2011), Global Forum Action Plan; STI Capacity Bui lding Partnerships for Sustainable D eve l o p m e nt ( w i t h J o s h u a Mandell).

Next are his pulications is Science, Technology and Innovation; Capacity Building for Sustainable Deve­lopment and Poverty Reduction (with Michael ehst) and Building Science, Technology and Innovation Capacity in Rwanda; Developing Practical Solutions to Practical Problems (with anubha Verma), Creating a 21st Century National Innovation System for a 21st Century Latvian Economy (with Natalia agapitova) (Policy research Working Paper No. 3457, November 2004) and From Knowledge to Wealth; Transforming Russian Science and Technology for a Modern Knowlege Economy (Policy research Working Paper No. 2974, February 2003).

35September

2012

Page 36: Esti_110_Sep2012

Sains dan InovasiPemacu Transformasi

SAINS DAN INOVASIPEMACU TRANSFORMASI

Budaya Kreativiti: Pameran Seratus Tahun Hadiah Nobel

Ulf Larsson (Editor)(2004)

ISBN 983-9445-09-XHarga: RM50.00

Pengembaraan Merentasi Masa: Satu Perjalanan ke Arah Hadiah Nobel

Ahmed Zewail(2007)

Harga: RM40.00

Kecemerlangan Sains Da lam Tamadun Islam: Sains Islam Mendahului Zaman Scienti�c Excellence in Islamic Civilization:Islamic Science Ahead of its Time

Fuat Sezgin(2006)

Harga: RM40.00

Budaya Kreativiti: Pameran Seratus tahun Hadiah Nobel Menceritakan bagaimana pemenang Hadiah Nobel memupuk kreativiti yang membawa kepada penciptaan dan inovasi seterusnya mengangkat ketinggian ilmu kepada nilai ekonomi.

Kecemerlangan Sains dalam Tamadun Islam: Sains Islam Mendahului Zaman merupakan himpunan ciptaan saintis Islam dahulu yang mempelopori banyak inovasi pada hari ini. Buku merupakan katalog ba-han panduan yang dipamerkan di Pa meran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam yang diadakan di negara ini.

Pengembaraan Merentasi Masa: Satu Perjalanan ke Arah Hadiah Nobel meru-

Islam kini Prof Ahmed Zewail yang me-nerima Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada 1999. Buku ini wajar dimiliki untuk generasi muda yang bercita-cita untuk mengikut jejak langkah penulisnya.

BAGI mereka yang men-cintai dunia ilmu sains, teknologi dan inovasi,

inilah masanya untuk memi-liki tiga buah buku yang amat berguna sebagai sumber pengetahuan dan rujukan dalam bidang tersebut.

Pada harga yang berpa-tutan, harganya tidak mungkin dapat menandingi isi kandungan buku-buku berke naan yang menghim-punkan khazanah ilmu sains.

Dapatkan set CD kompilasi estidotmy

RM45.00 (termasuk bayaran pos)