esei bencana alam

2
FAKTOR-FAKTOR BENCANA ALAM BERLAKU DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHANNYA Bencana alam merupakan batu penghalang kepada semua negara. Contoh-contoh bencana alam adalah seperti gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, kemarau, banjir kilat, dan lain-lain lagi. Bencana alam berlaku disebabkan pelbagai faktor dan langkah-langkah untuk mencegahnya perlu diambil. Faktor bencana alam ialah proses pembandaran. Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan dipermodenkan dan kekurangan kawasan akan berlaku. Contohnya, tanah dari bukit diambil untuk menembus kawasan rendah akan menjejaskan struktur tanah dan menyebabkan tanah runtuh di kawasan yang ditembus. Bangunan yang dibina di kawasan tersebut mudah retak dan roboh disebabkan tanah yang ditembus tidak kukuh. Apabila hujan turun pula, air hujan akan membanjiri kawasan rendah dan menyebabkan kawasan tersebut mengalami banjir kilat. Iklim atau cuaca juga akan menyebabkan bencana alam berlaku. Aktiviti pembangunanyang terlalu pesat mengakibatkan perubahan cuaca yang tidak menentu. Pada musim hujan, kadar penyerapan air adalah tinggi dan simpanan air bawah tanah akan wujud.Hal ini menyebabkan tanah runtuh berlaku di kawasan struktur tanah yang tidak kuat. Pada musim panas, jumlah hujan yang kurang menyebabkan tanah menjadi kering kontang. Tumbuhan di hutan juga mengalami dehidrasi boleh mengakibatkan kebakaran semula jadi berlaku. Faktor yang seterusnya ialah aktiviti-aktiviti manusia yang tidak terancang.Contohnya, penebangan hutan yang tidak terancang menyebabkan kegondolan hutan berlaku. Apabila hari hujan, air hujan mengalir dengan deras dan membawa s cerun dan menyebabkan tabah runtuh. Tanah akan mudah terhakis kerana tidak ada akar pokok yang mencengkamnya. Larian air permukaan yang membawa regolit dari atas cerun ke bawah cerun seterusnya masuk ke sistem sungai dan menyebabkan air sungai berkelodak dan mengalami kadar enapan yang tinggi sehingga dasarnya menjadi cetek. Banjir kilat mudah berlaku kerana apabila sungai menjadi cetek, pengaliran air sungai menjadi deras dan air sungai mudah melimpah terutamanya semasa hujan lebat. Langkah perlu diambil adalah penanaman tanaman tutup bumi. Akar- akar pokok akan bertindak mencengkam tanah. Hal ini boleh mengelakkan tanah di sesuatu kawasan terhakis dan menggelongsor semasa hujan

Upload: corby-loh

Post on 16-Apr-2015

67 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

faktor dan langkah bencena alam

TRANSCRIPT

Page 1: esei bencana alam

FAKTOR-FAKTOR BENCANA ALAM BERLAKU DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHANNYA

Bencana alam merupakan batu penghalang kepada semua negara. Contoh-contoh bencana alam adalah seperti gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, kemarau, banjir kilat, dan lain-lain lagi. Bencana alam berlaku disebabkan pelbagai faktor dan langkah-langkah untuk mencegahnya perlu diambil.

Faktor bencana alam ialah proses pembandaran. Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan dipermodenkan dan kekurangan kawasan akan berlaku. Contohnya, tanah dari bukit diambil untuk menembus kawasan rendah akan menjejaskan struktur tanah dan menyebabkan tanah runtuh di kawasan yang ditembus. Bangunan yang dibina di kawasan tersebut mudah retak dan roboh disebabkan tanah yang ditembus tidak kukuh. Apabila hujan turun pula, air hujan akan membanjiri kawasan rendah dan menyebabkan kawasan tersebut mengalami banjir kilat.

Iklim atau cuaca juga akan menyebabkan bencana alam berlaku. Aktiviti pembangunanyang terlalu pesat mengakibatkan perubahan cuaca yang tidak menentu. Pada musim hujan, kadar penyerapan air adalah tinggi dan simpanan air bawah tanah akan wujud.Hal ini menyebabkan tanah runtuh berlaku di kawasan struktur tanah yang tidak kuat. Pada musim panas, jumlah hujan yang kurang menyebabkan tanah menjadi kering kontang. Tumbuhan di hutan juga mengalami dehidrasi boleh mengakibatkan kebakaran semula jadi berlaku.

Faktor yang seterusnya ialah aktiviti-aktiviti manusia yang tidak terancang.Contohnya, penebangan hutan yang tidak terancang menyebabkan kegondolan hutan berlaku. Apabila hari hujan, air hujan mengalir dengan deras dan membawa s cerun dan menyebabkan tabah runtuh. Tanah akan mudah terhakis kerana tidak ada akar pokok yang mencengkamnya. Larian air permukaan yang membawa regolit dari atas cerun ke bawah cerun seterusnya masuk ke sistem sungai dan menyebabkan air sungai berkelodak dan mengalami kadar enapan yang tinggi sehingga dasarnya menjadi cetek. Banjir kilat mudah berlaku kerana apabila sungai menjadi cetek, pengaliran air sungai menjadi deras dan air sungai mudah melimpah terutamanya semasa hujan lebat.

Langkah perlu diambil adalah penanaman tanaman tutup bumi. Akar-akar pokok akan bertindak mencengkam tanah. Hal ini boleh mengelakkan tanah di sesuatu kawasan terhakis dan menggelongsor semasa hujan lebat. Selain itu, tumbuhan hijau dapat menjamin keseimbangan ekosistem. Tumbuh-tumbuhan menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen dapat mengawal suhu bumi agar pemanasan global dapat dikurangkan. Dengan itu, risiko kemarau dan pembakaran semula jadi dapat dielakkan.

Merancang sistem perparitan yang sistematik dapat mengurangkan risiko bencana alam.Sistem perparitan yang besar perlu dibina terutamanya di kawasan bandar yang sesak dengan penduduk. Hal ini kerana pencemaran air sering berlaku di kawasan bandar dan sistem perparitan yang sistematik perlu dibina supaya pengaliran air hujan lancar semasa hujan. Oleh itu, sistem perparitan tidak mudah tersumbat dan air dapat mengalir dengan lancar terus ke dalam sungai.Dengan itu, banjir kilat tidak mudah berlaku.

Page 2: esei bencana alam

Konklusinya, manusia memainkan peranan yang paling dominan untuk menjaga bumi yang tercinta ini. Kita harus berganding bahu berusaha menyelesaikan masalah tersebut. Dengan ini, kemajuan akan dicapai.