~erangan...kemerdekaan oleh: alwi b. sudin '~erangan dunia kedua' dan keupayaan tentera jepun...

4
NASIONALISME DAN PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN oleh: Alwi B. Sudin Dunia Kedua' dan keupayaan tentera Jepun menyingkirkan pemerintahan penjajah British secara mendadak ke atas Semenanjung Tanah Melayu atau lebih di kenali sebagai Malaya ketika itu, turut merombak corak nasionalis dan mengubah struktur kepimpinan po litik yang sedia ada. Walaupun 'Zaman Pemerintahan Jepun' dikenang sebagai zaman yang penuh dengan kepayahan, kepe ri tan hidup, kesengsaraan, ketakutan serta kekejaman , namun baiknya pemerintahan Jepun kerana memberi kesedaran, ruang, peluang dan galakan terhadap pertubuhan serta perkembangan semangat juang di kalangan pejuang-pejuang kebangsaan . Situasi ini amat berguna dan membawa impak penting dalam usaha membebaskan Negeri Perlis bersama negeri-negeri Melayu la in di Semenanjung Ta nah Melayu kemudiannya. 'Nasionalisme ' atau ' Fa haman Kebangsaa n atau 'Perjuangan Ke bang saa n' di Perlis adal ah seal ira n dengan kebangkitan 'N asionali sme di Nege ri -negeri la in di Tanah Melayu. 'Kes ed aran Awal' atau asas pe rubahan di cetuskan ol eh cerd ik pandai golongan agama Islam berpunca daripada kebangkitan atau pe mbaharuan yang berla ku di Timur Tengah pada akhir abad ke-19. Di Perl is idea pembaharuan atau 'I slah' ini di ketu ai oleh Dato' Wan Ahmad Wan Daud dan rakan-rakannya. Puak ini terkenal dengan jolo kan 'Kaum Muda'. Matlamat dan tujuan asal perjuangan golongan in i tertumpu ke pa da pembaikan dalam hal-hal keagamaa n disamping memperlihatkan kesedaran bagi menghadapi cabaran-cabaran terha da p perubahan-perubahan radikal yang di bawa oleh pihak British, orang Cina dan India yang memasuki Perlis semakin ramaL Dalam ma sa yang sama golongan ini memperlihat bibit-bibit perjuangan ke arah anti- penjajah dan mula cenderung kepada 'berpolitik' seperti mana di tunjukkan oleh Tuan Hj.Mohamad Nor seorang Kadhi dan adiknya Tuan Hj. Ahmad. Namun demikian golongan ini tidak dapat bergerak jauh kerana tidak mendapat sokongan ketika itu. Walau bagaimanapun pembaharuan dan perubahan dalam bidang agama Islam dapat di perkuatkan , sebahagian besar amalan-amalan 'bid'ah' dan 'khurafat' yang memundurkan rakyat Perlis dapat di lenyapkan. Golongan nasionalisme kedua yang muncul di Perlis di pelopori oleh para pegawai Melayu yang berkhidmat dengan kerajaan British di Perlis. Mereka ini mendapat pendidikan Inggeris dan berhubung baik dengan pegawai-pegawai I't,j atasan British, maka perjuangan mereka hanya berupa tuntutan dan rayuan untuk menambahbaik sedikit nasib bangsa "". Melayu terutama di bidang pendidikan, ekonomi dan layanan yang lebih istimewa berbanding dengan kaum lain. Ketika itu, rakyat Melayu Perlis jauh ketinggalan dalam semua aspek jika di bandingkan dengan kaum pendatang dari benua kecil India dan China. Sebagai landasan perjuangan puak elit ini berjaya membentuk 'Persatuan Melayu Perl is ' di awal tahun 1930-an. Persatuan ini dipimpin oleh Tuan Syed Mahazar B. Syed Husain selaku Yang Dipertua, Ustaz Salleh B. Osman menjadi Naib Yang Dipertua, manakala Syeikh Ahmad Mohd Hashim memegang jawatan Setiausaha dan Bendaharinya En.Tahrin B. Arifin . Perjuangan golongan ini adalah bersandar kepada berkerjasama dengan pihak British untuk mencapai segala hasrat dan tuntutan mereka. Kumpulan ini mempunyai pelbagai pengistilahan, ada sejarawan menamakan 'nasionalis sederhana' ada pula yang menyebut 'n asionalis kanan' dan ada juga yang memberi nama 'nasionalis tengah'. Nasionalis ini tidak menentang British, tidak anti-British mereka bekerjasama dan taat kepada pemerintahan British walaupun terdapat percanggahan. " ateue fit old fI4«9 fit akd k-ltJ .. Hakcipta Terpelihara © 2008 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Hakcipta Terpelihara © 2008 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Upload: others

Post on 04-Feb-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • NASIONALISME DAN PERJUANGAN MENUNTUT

    KEMERDEKAAN oleh: Alwi B. Sudin

    '~erangan Dunia Kedua' dan keupayaan tentera Jepun menyingkirkan pemerintahan

    penjajah British secara mendadak ke atas Semenanjung Tanah Melayu atau lebih di kenali sebagai Malaya ketika itu, turut merombak corak nasionalis dan mengubah struktur kepimpinan politik yang sedia ada. Walaupun 'Zaman Pemerintahan Jepun' dikenang sebagai zaman yang penuh dengan kepayahan, keperitan hidup, kesengsaraan , ketakutan serta kekejaman, namun baiknya pemerintahan Jepun kerana memberi kesedaran, ruang, peluang dan galakan terhadap pertubuhan serta perkembangan semangat juang dikalangan pejuang-pejuang kebangsaan. Situasi ini amat berguna dan membawa impak penting dalam usaha membebaskan Negeri Perlis bersama negeri-negeri Melayu lain di Semenanjung Tanah Melayu kemudiannya.

    'Nasionalisme' atau 'Fahaman Kebangsaan atau 'Perjuangan Kebangsaan' di Perl is adalah seal iran dengan kebangkitan 'Nasionalisme di Negeri-negeri la in di Tanah Melayu. 'Kesedaran Awal' atau asas perubahan di cetuskan oleh cerd ik pandai golongan agama Islam berpunca daripada kebangkitan atau pembaharuan yang berlaku di Timur Tengah pada akhir abad ke-19. Di Perl is idea pembaharuan atau 'Islah' ini di ketuai oleh Dato' Wan Ahmad Wan Daud dan rakan-rakannya. Puak ini terkenal dengan jolokan 'Kaum Muda'. Matlamat dan tujuan asal perjuangan golongan ini tertumpu kepada pembaikan dalam hal-hal keagamaan disamping memperlihatkan kesedaran bagi menghadapi cabaran-cabaran terhadap perubahan-perubahan radikal yang di bawa oleh pihak British, orang Cina dan India yang memasuki Perlis semakin ramaL Dalam masa yang sama golongan ini memperlihat bibit-bibit perjuangan ke arah anti-penjajah dan mula cenderung kepada 'berpolitik' seperti mana di tunjukkan oleh Tuan Hj.Mohamad Nor seorang Kadhi dan adiknya Tuan Hj. Ahmad. Namun demikian golongan ini tidak dapat bergerak jauh kerana tidak mendapat sokongan ketika itu. Walau bagaimanapun pembaharuan dan perubahan dalam bidang agama Islam dapat di perkuatkan , sebahagian besar amalan-amalan 'bid'ah' dan 'khurafat' yang memundurkan rakyat Perlis dapat di lenyapkan.

    Golongan nasionalisme kedua yang muncul di Perlis di pelopori oleh para pegawai Melayu yang berkhidmat dengan kerajaan British di Perlis. Mereka ini mendapat pendidikan Inggeris dan berhubung baik dengan pegawai-pegawai

    I't,j atasan British, maka perjuangan mereka hanya berupa tuntutan dan rayuan untuk menambahbaik sedikit nasib bangsa "". Melayu terutama di bidang pendidikan, ekonomi dan layanan yang lebih istimewa berbanding dengan kaum lain . ~ Ketika itu , rakyat Melayu Perlis jauh ketinggalan dalam semua aspek jika di bandingkan dengan kaum pendatang dari benua kecil India dan China. Sebagai landasan perjuangan puak elit ini berjaya membentuk 'Persatuan Melayu Perl is' di awal tahun 1930-an. Persatuan ini dipimpin oleh Tuan Syed Mahazar B. Syed Husain selaku Yang Dipertua, Ustaz Salleh B. Osman menjadi Naib Yang Dipertua, manakala Syeikh Ahmad Mohd Hashim memegang jawatan Setiausaha dan Bendaharinya En.Tahrin B. Arifin . Perjuangan golongan ini adalah bersandar kepada berkerjasama dengan pihak British untuk mencapai segala hasrat dan tuntutan mereka. Kumpulan ini mempunyai pelbagai pengistilahan, ada sejarawan menamakan 'nasionalis sederhana' ada pula yang menyebut 'nasionalis kanan ' dan ada juga yang memberi nama 'nasionalis tengah'. Nasionalis ini tidak menentang British , tidak anti-British mereka bekerjasama dan taat kepada pemerintahan British walaupun terdapat percanggahan.

    " '~~Awat' ateue a4

  • "P~fJ~~~~Petrta ~deut~~~ di~~~ja4"

    Golongan nasionalis yang ketiga muncul di Perlis ialah pada pertengahan tahun 1930an terdiri daripada cendekiawan sekular berpendidikan Melayu, kebanyakan pemimpinnya terdiri daripada guru-guru Melayu dan guru-guru Melayu lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) Tanjung Malim, Perak. Nasionalis-nasionalis ini amat terpengaruh dengan perjuangan Parti Nasional Indonesia (PNI) yang berjuang menuntut kemerdekaan daripada penjajahan Belanda secara revolusi. Prinsip perjuangan golongan ini bersifat anti pemerintahan British dan bertindak keras dalam segal a tuntutan dan perjuangan bagi mencapai cita-cita mereka. Tetapi agak malang ketika itu tidak wujud kesepaduan yang kukuh keseluruhan nasionalis di negeri-negeri di Tanah Melayu.

    Usaha untuk mewujudkan perjuangan bersama antara penduduk negeri-negeri Tanah Melayu bermula dengan penubuhan 'Persatuan Sahabat Pena' yang termuat dalam akhbar 'Saudara' pada tahun 1936, diterbitkan di Pulau Pinang. Keahliannya terbuka kepada seluruh rakyat Tanah Melayu, Sarawak dan Brunei . Di Perl is yang menjadi ahli 'Sahabat Pena' terutama guru-guru Melayu tetapi tidak aktif dan berkesan. Arus kebangkitan semangat bencikan penjajah dan membaranya semangat cintakan negara dan bangsa di seluruh benua Asia mendorongkan Ibrahim Hj.Yaakub membentuk sebuah parti politik radikal dengan nama 'Kesatuan Melayu Muda' (KMM) dimana keahliannya terbuka kepada seluruh bangsa Melayu di Tanah Melayu. Ekoran tertubuh KMM, ramai ahli 'Sahabat Pena' beralih menjadi ahli KMM, yang lebih jelas serta agresif dasar dan matlamat perjuangannya. Perjuangannya jelas iaitu menghalau British dari negara ini hatta, terpaksa menggunakan kekerasan. Menurut Tn.Hj.Ab.Malik b. Hj .Ab.Ghani, KMM tidak mempunyai cawangan di Perl is tetapi mempunyai ahli dan pejuang-pejuang yang seiringan dengan KMM. Antara mereka ialah Yahya Baginda, Cikgu Kamal , Ahmad Hj.Shamsuri, Cikgu Wan Din b. Che Mat, Rosli Hassan dan ramai lagi. Oleh kerana perjuangan KMM terhalang di sebabkan undang-undang mal

  • .. s~ ~ ~ ~ ~ ~ td44 ~"td fwti4ti«ta d

  • .. Pada- K P~ 195K 'Pett~ .L~' di metetuU tJtd if!4j4-if!4j4 ~, PM-U P~ ~ ~j44H- '&iti44. ~ /tett~ ~ Pett4~~ 7~ ~ ~ ~ futd4 aMa 8~ t)~ 1957 . ..

    Parti Perikatan memperolehi kemenangan besar iaitu 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Berikutan dengan keputusan pilihanraya umum 1955 penjajah British terpaksa menerima hakikat Parti Perikatan mendapat sokongan padu daripada rakyat Tanah Melayu. Tunku Ab.Rahman Putra dilantik menjadi 'Ketua Menteri' pertama. Pad a Jan 1956 rombongan Parti Perikatan ke London bagi membincangkan kemerdekaan dengan kerajaan British. Pada 8 Pebruari 1958 'Perjanjian London' di meterai oleh Raja-Raja Melayu, Parti Perikatan dengan kerajaan British. Menurut perjanjian tersebut Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada akhir Bulan Ogos 1957. Tepat jam dua belas tengah malam 31 Ogos 1957, di hadapan Bangunan Kerajaan Negeri Perlis, bendera Union Jack diturunkan dan Ab.Malik b. Hj.Ab Ghani diberi penghormatan menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diiringi dengan laungan merdeka. Dengan permasyhuran kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1 Ogos 57 oleh YTM Tunku Ab.Rahman Putra di Stadium Merdeka Kuala Lumpur maka berakhirlah penjajahan British ke atas negara tercinta ini.

    Temubual: Tn. Hj.Ab. Malik b.Ab.Ghani, Dato Hj.Ust.Nordin b. Ismail

    Sumber Rujukan: 1. Khoo, Gilbart, Dorothy Lo. Asia Dalam Pembangunan Kuala Lumpur; PHEB, 1978. 2. Abdul Rahman Ismail, Ami Ariffin Nasionalisme dan Revolusi Pulau Pinang; USM, 2006 3. Tang Su Chin, Julie Sejarah Kerajaan Per/is 1841 - 1957, Kuala Lumpur; MBAS, u.d.

    Hakcipta Terpelihara © 2008 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

    Hakcipta Terpelihara © 2008 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis