en jai

2
REFLEKSI JURNAL 1. KEKUATAN Secara amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Secara keseluruhannya saya juga berpuas hati dan berbangga kerana objektif pengajaran pada hari itu tercapai dengan cemerlang. Murid-murid juga bersemangat dan memberi kerjasama yang sepenuhnya menyebabkan tiada masalah dari segi pengawalan kelas. Fizikal kelas saya pada hari itu juga sangat ceria dan di sini dapatlah memberi keselesaan kepada murid-murid saya belajar dengan lebih kondusif, ceria dan mantap. Saya juga mempunyai personaliti yang baik seperti cara berpakaian adalah mengikut kod etika perguruan dan bersesuaian dengan gelaran seorang guru PJK. 2. KELEMAHAN SERTA LANGKAH MENGATASI Setelah diteliti dan dinilai semula saya rasa masih ada kekurangan pada pengajaran saya ini. Pertamanya adalah padang atau tempat yang saya gunakan sedikit basah dan licin. Penggunaan tempat yang basah dan licin ini adalah kerana kebetulan pada masa saya hendak menjalankan amali ini hujan berterusan selama 2 minggu jadi saya terpaksa menjalankan juga aktiviti amali ini. Tetapi Alhamdulillah kerana tiada perkara yang buruk terjadi. Penggunaan padang yang basah n licin ini adalah sangat berbahaya

Upload: muhamad-hafiza

Post on 10-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

REFLEKSI JURNAL1. KEKUATAN

Secara amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Secara keseluruhannya saya juga berpuas hati dan berbangga kerana objektif pengajaran pada hari itu tercapai dengan cemerlang. Murid-murid juga bersemangat dan memberi kerjasama yang sepenuhnya menyebabkan tiada masalah dari segi pengawalan kelas. Fizikal kelas saya pada hari itu juga sangat ceria dan di sini dapatlah memberi keselesaan kepada murid-murid saya belajar dengan lebih kondusif, ceria dan mantap. Saya juga mempunyai personaliti yang baik seperti cara berpakaian adalah mengikut kod etika perguruan dan bersesuaian dengan gelaran seorang guru PJK.

2. KELEMAHAN SERTA LANGKAH MENGATASISetelah diteliti dan dinilai semula saya rasa masih ada kekurangan pada pengajaran saya ini. Pertamanya adalah padang atau tempat yang saya gunakan sedikit basah dan licin. Penggunaan tempat yang basah dan licin ini adalah kerana kebetulan pada masa saya hendak menjalankan amali ini hujan berterusan selama 2 minggu jadi saya terpaksa menjalankan juga aktiviti amali ini. Tetapi Alhamdulillah kerana tiada perkara yang buruk terjadi. Penggunaan padang yang basah n licin ini adalah sangat berbahaya terutama apabila menjalankan aktiviti pendidikan jasmani. Ini kerana pelajar mudah untuk jatuh atau pun tersalah urat jika guru mengarahkan pelajar melalukan aktiviti. Jadi dimasa hadapan saya sepatutnya menggunakan dewan terbuka menjalankan aktiviti ini bagi mengelakkan dari sebarang kecederaan.

Penggunaan dailek tempatan digunakan semasa pengajaran. Ini adalah sangat tidak sesuai kerana jika terdapat pelajar yang bukan orang tempatan mereka akan menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang diajar oleh saya semasa ujian amali tersebut. Selain itu pelajar juga boleh tersalah taksir apa yang hendak disampaikan oleh guru kepada mereka. Oleh itu penggunaan bahasa standart adalah paling sesuai digunakan semasa pengajaran dijalankan.