emm413_dayangnooraidaawangismail_e30209130631

29
TUGASAN September 2015 SEMESTER KOD KURSUS EMM 413 NAMA KURSUS PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR DG. NOORAIDA BTE AG. ISMAIL NO. MATRIK E30209130631 NAMA FASILITATOR AKADEMIK 1

Upload: raynold-raphael

Post on 14-Apr-2016

232 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

EMM413

TRANSCRIPT

Page 1: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

TUGASAN

September 2015 SEMESTER

KOD KURSUS EMM 413

NAMA KURSUS PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR DG. NOORAIDA BTE AG. ISMAIL

NO. MATRIK E30209130631

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN KOTA KINABALU

1

Page 2: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN

1 Bahagian A 3 - 5

2 Bahagian B 6 – 10

3 Bahagian C 11 – 15

4 Rujukan 16 – 17

2

Page 3: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

Bahagian A

Artikel tersebut membincangkan tentang isu – isu yang dihadapi oleh guru – guru dalam

mengajar kemahiran Menulis terutamanya penulisan karangan. Isu – isu tersebut dibincangkan

oleh penulis melalui pelbagai perspektif. Isu pertama yang dibincangkan adalah berkaitan dengan

kaedah pengajaran di mana menurut Marohaini Yusoff (2004)1, isu yang sering dikaitkan dalam

pengajaran karangan ialah guru masih mempertahankan kaedah konvensional di mana mereka

lebih banyak berbicara mengenai isi karangan yang harus ditulis dan menyampaikan buah fikiran

kepada murid-murid dengan menyediakan kerangka karangan di mana seterusnya memerlukan

murid menuliskan kembali judul karangan yang diajarkan. Kaedah pengajaran karangan yang

menitik beratkan huraian dari guru tidak banyak membantu dalam meningkatkan keterampilan

menulis murid. Beliau menambah bahawa kurangnya kepelbagaian dalam pendekatan, kaedah

serta teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru juga adalah

antara punca di mana murid kurang mahir dalam penulisan karangan. Mereka hanya memberikan

tumpuan kepada hasil karangan berbanding dengan proses menulis.

Dalam pada itu, menurut Siti Zabidah (2006)2, pengajaran bercorak konvensional dan

berpusat guru juga kerap mengakibatkan murid menjadi pasif seterusnya menjadikan situasi

pengajaran dan pembelajaran kurang menarik dan menyenangkan. menyebabkan murid bersifat

pasif dan suasana pembelajaran kurang menarik dan menyeronokkan.

Seterusnya menurut Simah Mamat (2009)3, terdapat guru yang kurang yakin terhadap

keupayaan murid untuk menyediakan butiran karangan dengan cara mengeksplorasi

pengetahuan secara sendiri. Lantaran mengakibatkan guru banyak menyediakan isi karangan

kepada murid di mana dalam situasi ini menampakkan guru lebih kepada pemberi maklumat

1 Marohaini Yussof. (2004). Perlakuan dan proses menulis karangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PenerbitUniversiti Malaysia.

2 Siti Zabidah Mohamed. (2006). Kesan pendekatan penyebatian kemahiran berfikir kreatif dalam pengajarankarangan deskriptif dan karangan imaginatif dalam kalangan murid tingkatan IV. Tesis Doktor Falsafah.Universiti Sains Malaysia.

3 Simah Mamat. (2009). Keberkesanan kaedah koperatif dalam pengajaran menulis karangan fakta dan naratifdalam kalangan murid bukan Melayu.

3

Page 4: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

berbanding dengan membiarkan murid berusaha dalam mengumpul idea karangan. Justeru

mengakibatkan murid kurang memiliki inisiatif dalam mencari disebabkan semuanya telah

disediakan oleh guru. Aziz Nordin dan Zaitun Osman (2010)4 pula menegaskan bahawa

disebabkan murid sudah terbiasa dengan pengajaran guru yang berfungsi sebagai pemberi

informasi dan ini menyebabkan kebergantungan murid terhadap guru dalam kebanyakan proses

pembelajaran. Natijahnya, tiada pendedahan aktiviti berfikir kepada murid- yang mana

sepatutnya dialami mereka semasa melakukan aktiviti penulisan karangan.

Sehubungan itu, berdasarkan kepada artikel kajian tersebut, pengkaji telah merangka

penyelidikan secara deskriptif berdasarkan pendekatan kuantitatif. penyelidikan mengaplikasikan

kaedah eksperimental kuasi dengan rekabentuk pra dan pasca ujian satu kelompok. responden

penyelidikan tersebut adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 5 di salah sebuah sekolah

rendah Kerajaan Daerah Brunei . Seramai 39 orang murid terlibat dalam penyelidikan tersebut di

mana kaedah pemilihan responden dilakukan dengan memilih murid yang memiliki fitur

heterogenus dari segi kemampuan dan prestasi mereka. Berikutya, instrumen yang digunakan

dalam penyelidikan tersebut adalah persiapan mengajar, set ujian bertulis, soal selidik dan rubrik

penilaian projek risalah.

Selanjutnya, dapatan daripada penyelidikan tersebut menunjukkan pencapaian Penulisan

Berasaskan Projek melalui penulisan risalah meningkat dalam ujian pasca dibandingkan ujian

pra. Justeru , output menunjukkan bahwa Penulisan Berasaskan Projek melalui penulisan

berbentuk risalah mampu meningkatkan penguasaan sampel penyelidikan dalam kemahiran

menulis. Dapatan seterusnya membuktikan bahawa prestasi sampel penyelidikan dari segi

penguasaan membina struktur isi penulisan berbentuk risalah meningkat dalam ujian pasca

dibandingkan ujian pra. Ini bermaksud, Penulisan Berasaskan Projek melalui penulisan

berbentuk risalh telah dapat membantu sampel penyelidikan menguasai keterampilan menulis

dari segi aspek membangun struktur isi sebuah brosur. Selain itu, dapatan kajian tersebut turut

menunjukkan menunjukkan murid-murid yang mengikuti Penulisan Berasaskan Projek telah

memberikan dampak positif dari segi penguasaan dalam penulisan risalah dengan menggunakan

ejaan, struktur ayat yang tepat serta dapat meningkatkan keterampilan menulis, membaca dan

bertutur melalui penggunaan kosa kata yang tepat.4 Aziz Nordin & Zaitun Osman. (2010). Penerapan konstruktisvisme dalam pengajaran dan pembelajaran asid dan

besi di lima buah sekolah di Pekan, Pahang. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

4

Page 5: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

Teknik pembelajaran secara kolaboratif dalam kegiatan kelompok merupakan faktor

utama dalam pembelajaran berasaskan projek melalui penulisan risalah. Dalam penyelidikan

tersebut, paparan kegiatan secara berkelompok telah memupuk sikap dan keterampilan

interpersonal, misalnya sikap bekerjasama, rajin, berfikir secara kreatif dan keterampilan

berinteraksi melalui pembentangan hasil projek. Dalam pada itu, murid mampu menjana idea

mereka dengan kegiatan penilaian rakan yang mana seterusnya dapat membuat refleksi hasil

tugas mereka sendiri dari maklum balas yang diberikan oleh teman mereka.

Secara keseluruhan, hasil kajian berdasarkan kepada artikel tersebut menunjukkan akan

keberkesanan Penulisan Berasaskan Projek melalui penulisan berbentuk risalah mampu

meningkatkan prestasi murid menguasai keterampilan menulis. Justeru, guru perlu membuat

anjakan strategi pengajaran mereka kepada pembelajaran secara kolaboratif mengaplikasikan

kaedah projek, meningkatkan teknik berkomunikasi serta pendekatan hands-on. Melalui kaedah

ini, murid tidak perlu membuat hafalan ke atas isi pelajaran saat menghadapi ujian, tetapi lebih

kepada seorang murid yang kompeten, berfikiran terbuka dan dapat berkomunikasi dengan

berkesan.

5

Page 6: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

BAHAGIAN B

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut diberikan penekanan

dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kurikulum lama yang direvisi

pada tahun 2002 dan dilaksanakan mulai pada tahun 2003. Signifikan penulisan karangan

tercatat dalam kurikulum Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran tersendiri. Sehubungan dengan

itu, sukatan bahasa Melayu yang mulai dilaksanakan pada awal 2003 juga memperkenalkan tiga

bidang kemahiran baru, iaitu komunikasi interpersonal, berfikir dan nilai. Menurut Abdullah

Hassan (2004)5 sukatan lama yang terdahulu tidak memberi tumpuan terhadap tiga kemahiran

tersebut. Murid cuma diajar tata bahasa dan terserah kepada murid tersebut menggunakan bahasa

menurut interpretasi sendiri. Dalam kurikulum baru tersebut, keterampilan menulis merupakan

salah satu keterampilan penting yang harus dikuasai oleh murid-murid disebabkan ia adalah

keterampilan yang paling kompleks.

Dalam pada itu, murid harus mahir dalam penulisan disebabkan hampir kesemua bentuk

ujian dan peperiksaan memerlukan mereka untuk menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga

yang memerlukan mereka untuk memberikan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat.

Murid yang tidak menguasai keterampilan menulis yang baik acapkali mengalami masalah

dalam menjawab soalan ujian atau peperiksaan (Noorazaman Mahat, 2009)6. Justeru, murid

harus menguasai kemahiran menulis untuk memberi huraian maklumat yang tepat, berupaya

menyusun idea dalam bentuk yang mudah, teratur dan meyakinkan. Dalam pada itu, kemahiran

menulis adalah sangat penting dan harus dilaksanakan berpandukan penguasaan kemahiran.

Menurut Roselan Baki (2003)7, menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang

kompleks. justeru, penulisan perlulah dilaksanakan berdasarkan tingkat-tahapnya secara

sistematis. Menurut Suhaimi Yunus (2009)8, kemahiran menulis terbukti dilihat sangat penting

dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kerana harus dikuasai oleh murid-murid

5 Abdullah Hassan. (2004). Mengajar kemahiran komunikasi interpersonal. Kertas kerja di Seminar KebangsaanPengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pada 23 – 25 Mei 2004 di Universiti Sains Malaysia, PulauPinang.

6 Noorazman Mahat. (2009). Panduan menulis karangan. http://karanganbagus.blogspot.com7 Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.8 Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang

Asli. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

6

Page 7: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

untuk mengikuti ujian bertulis. Kemahiran menulis yang berkesan amatlah penting untuk

keberhasilan akademik dalam sistem persekolahan di seluruh dunia.

Sehubungan itu, merujuk kepada Ujian Penyaringan K1A2M pada Januari 2008,

peratusan murid Tahun 1 sekolah kebangsaan di Sabah yang tidak menguasai kemahiran

membaca, menulis atau mengira dalam program K1A2M adalah sebanyak 65.5 peratus

bersamaan dengan 28,700 orang (Chua Soon Bui, 2008)9. Manakala di Terengganu pula, setakat

bulan Mei 2008, seramai 7,430 murid tahun satu di negeri tersebut masih tidak mahir dalam

membaca dan menulis. Selain itu menurut statistik Kementerian Pendidikan sehingga bulan

Februari 2010, 60 peratus orang murid tahap satu di sekolah rendah seluruh negara masih belum

menguasai kemahiran dasar iaitu membaca dan menulis. Fakta-fakta yang ditampilkan memberi

indikasi bahawa masalah penguasaan membaca dan menulis di peringkat sekolah rendah dan

sekolah menengah di Malaysia berada dalam tahap yang membimbangkan.

Berdasarkan kepada pengalaman mengajar bahasa Melayu sekolah rendah selama lebih

dari 15 tahun di sekolah, apa yang saya perhatikan dan sedari sebagai seorang guru bahasa

Melayu ialah majoriti besar murid - murid yang bermasalah dalam bidang penulisan adalah

disebabkan mereka tidak mengetahui cara menulis dan mengolah idea dengan tepat. Terdapat

pendapat yang mengaitkan kegagalan seseorang murid itu menulis dengan ketiadaan bakat.

Sepanjang pengalaman, saya dapati ada murid yang memiliki bakat menulis tetapi keputusan

peperiksaannya terutama dalam aspek penulisan agak mengecewakan. Dalam pada itu, terdapat

juga murid yang tiada bakat dalam menulis tetapi berkat ketekunan dan kerajinan yang tinggi,

murid tersebut berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Menurut Ahmad Khair Mohd. Nor (2005)10, penguasaan kemahiran menulis bukan hanya

setakat bergantung kepada bakat sahaja namun turut dipengaruhi juga oleh proses pengajaran dan

pembelajaran menulis yang bersistem dan efisien. Saya berpendapat bahawa semua murid

berupaya untuk menulis dan harus tahu menulis dalam hidup mereka dengan syarat mereka tahu

teknik menulis dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam penulisan mereka.

9 Chua Soon Bui. (2008). Kegagalan membaca, menulis atau mengira di kalangan murid Tahun 1 sekolahkebangsaan di Sabah dan Tawau. Perbahasan Rang Undang- Undang bernama Suatu Akta untuk memindaAkta Pendidikan 1996. http://www.sapp.org.my (versi Bahasa Malaysia).

10 Ahmad Khair Mohd Noor. (2005). Menulis membina ketrampilan berfikir. Pelita Bahasa, Julai 18 (7): 12-14.

7

Page 8: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

Selain itu, sikap guru juga adalah antara penyumbang kepada kegagalan murid menguasai

keterampilan menulis. Menurut Haris Fadzilah Kassim (2002)11, pendekatan guru bahasa Melayu

dalam mengajarkan karangan di dalam kelas selalunya lebih kepada memberi paparan secara

menyeluruh tentang sesuatu tajuk, demi memenuhi keperluan ujian atau peperiksaan. Natijahnya,

hasil karangan yang diberi fokus oleh guru dan pengajaran proses mengarang tidak

dititikberatkan. Dalam pada itu, pengajaran guru kurang memberi paparan tentang kemahiran,

teknik dan strategi menulis karangan dalam kelas menyebabkan murid tidak bersedia untuk

menulis. Menurut Roselan Baki (2003), kebanyakan guru pada umumnya masih kurang jelas

tentang isi ilmu penulisan dan mereka menerapkan pengalaman yang dialami ketika mempelajari

penulisan di sekolah dahulu sebagai dasar mengajarkan penulisan kepada murid-murid mereka.

Sehubungan itu Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati terdapat guru - guru tidak mengikuti

sepenuhnya sukatan terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis yang

mana juga menjadi salah satu punca yang mempengaruhi prestasi murid dalam kemahiran

menulis sekaligus membantutkan hasrat Kementerian dalam menghasilkan murid yang mampu

mengungkapkan bidang ilmu dari berbagai subjek dan seterusnya mengembangkan keterampilan

penulisan.

Masih ramai guru yang mengajar kemahiran dengan berpandukan kepada kemahiran

lama disebabkan mereka berpendapat bahawa kemahiran baru adalah sukar untuk

diimplementasikan justeru diabaikan.. Menurut Abdullah Hassan (2004), guru menghadapi

masalah mengajar kurikulum baru Bahasa Melayu (2003) disebabkan sebilangan mereka tidak

terlatih dalam kurikulum baru yang memiliki kemahiran komunikasi interpersonal, kemahiran

berfikir kritis dan kreatif (KBKK), dan kemahiran bernilai tambah (KBT) dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu. maka, mereka mengaplikasikan pengalaman dan informasi

peribadi dan tidak berpandukan kepada ilmu komunikasi interpersonal nyata. Kemahiran-

kemahiran tersebut tidak diajarkan sebagai kursus pendidikan guru serta tentu saja tidak ada

metode mengajarnya.

Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu cara yang pastinya

dapat menyelesaikan masalah dalam kemahiran menulis dalam bahasa Melayu. Guru perlu

mencari kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat dan 11 Haris Fadzilah Kassim. (2002). Masalah menulis karangan di kalangan pelajar tingkatan empat: Satu kajian kes.

Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

8

Page 9: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

melibatkan penglibatan murid-murid. Selain itu juga, pemilihan kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid juga memberi faedah yang besar kepada

pelajar kerana dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan secara tidak langsung akan

meningkatkan motivasi dan minat mereka untuk belajar.

Sehubungan itu, menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2000)12, guru harus berusaha mengatasi

kelemahan murid dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu iaitu

yang berkaitan dengan kelemahan murid-murid dari segi aspek bahasa adalah berbagai. Semua

kelemahan itu adalah kelemahan bahasa dalam bentuk tulisan dan merupakan masalah yang

perlu diatasi jika guru menginginkan murid mampu menghasilkan penulisan yang baik serta

bermutu tinggi.

Tidak dapat dinafikan bahawa rata - rata guru masih menerapkan pola pengajaran yang

berbentuk 'exam-oriented' di mana mereka masih menggunakan strategi pengajaran berpusat

guru terutama oleh guru-guru yang mengajar subjek - subjek peperiksaan. Kebanyakan aktiviti

masih berorientasi arahan guru di mana fokus dan kegiatan pembelajaran adalah dikuasai oleh

guru, sesi pengajaran dan pembelajaran yang terjadi melibatkan guru memberikan pengenalan

secara umum, memberi gambaran sesuatu isi pelajaran, membuat rumusan isi pelajaran dan saat

memberi arahan melakukan sesuatu kegiatan atau tugas. Situasi sedemikian mengakibatkan

terbantutnya pelaksanaan pengajaran kemahiran menulis dengan lebih efisien.

Sehubungan itu, guru - guru perlulah berfikir secara kreatif dalam menentukan strategi,

pendekatan, kaedah dalam penggunaan media sebagai bahan bantu mengajar contohnya

penggunaan media cetak atau media elektronik. Selain itu bagaimana menerapkan penggunaan

media – media tersebut agar mencapai kompetensi dasar yang disasarkan dalam objektif

pengajaran pembelajaran. Bukan sekadar melaksanakan aktiviti pembelajaran yang memerlukan

mereka untuk mengajarkan bahan yang perlu dikuasai oleh murid - murid. Pemahaman akan

pelbagai teknik, kaedah dan strategi pembelajaran perlu lebih dinamik sentiasa ditingkatkan dari

masa ke semasa. Dalam menggunakan media pembelajaran sebagai bahan bantu mengajar, guru

perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, inovatif, kreatif, berkesan dan

menyeronokkan. Kerana kegagalan objektif yang dicapai murid –bukan semata-mata disebabkan

12 Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: UtusanPublication & Distributors Sdn. Bhd.

9

Page 10: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

kemampuan mereka, tetapi juga boleh disebabkan kurangnya komitmen dan kesungguhan guru –

guru dalam mencorakkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan.

10

Page 11: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

BAHAGIAN C

Saya telah memilih seramai 15 orang murid dari kelas Tahun 4 SK Pulau Gaya untuk

melaksanakan analisis karangan ini. Sekolah tersebut mempunyai kelas-kelas yang menempatkan

murid berpencapaian tinggi , sederhana dan rendah berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir

Tahun 2014 semasa mereka berada dalam Tahun 3 . Mereka berumur dalam lebih kurang 10

tahun. Murid – murid yang dipilih adalah murid – murid daripada murid cemerlang, sederhana

dalam penulisan karangan Bahasa Melayu berdasarkan kepada keputusan mereka yang berada

dalam lingkungan gred A, B dan C untuk kertas peperiksaan Bahasa Melayu Penulisan semasa

Peperiksaan Pertengahan Tahun.

A. Kesalahan Aspek Morfologi

Menurut Azman Wan Chik (1989)13, aspek kelemahan tatabahasa murid dalam penulisan

karangan mencakup kesalahan morfologi iaitu penggunaan imbuhan awalan ber, di, ke, meN, pe,

kata tugas, ganti nama diri, kosa kata dan ejaan. Kesalahan dalam aspek penggunaan imbuhan

terjadi disebabkan mereka keliru dengan suara sebutan imbuhan awalan serta tidak menguasai

aspek makna imbuhan tersebut. Sementara menurut Abdullah Hassan (1989)14, murid melakukan

kesalahan dalam imbuhan disebabkan mereka tidak memahami fungsi imbuhan. Selain itu, bagi

kesalahan kata ganti nama, ini terjadi disebabkan murid tidak yakin dengan penggunaan kata

ganti nama diri. Hal ini timbul disebabkan oleh aspek kebudayaan berbahasa tidak mendapatkan

perhatian yang sewajarnya sewaktu guru mengajar bahasa di kelas.

Jadual 1.1 Kesalahan Aspek Morfologi Dalam Penulisan Murid

Item Kesalahan Contoh Kesalahan Pembetulan

Penggunaan imbuhan 1. Men gadakan majlis

perkahwinan…

2. Solekkan oleh

makcik…

3. Berikan kepada …

1. Di adakan majlis

perkahwinan…

2. Disolekkan oleh

makcik…

3. Diberikan kepada…

13 Azman Wan Chik. (1989). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 1:Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

14 Abdullah Hassan. (1989). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

11

Page 12: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

4. Untuk membaiki… 4. Untuk dibaiki…

Penggunaan Kata Ganti Nama 1. Beberapa orang

pemuda dan tuan kedai

itu…

2. Saya dan kawan –

kawan saya…

1. Mereka…

2. Kami…

Penggunaan Kosa kata 1. Soalan jawapan…

2. Ujian tahunan …

3. Di sekitaran rumah ….

1. Kertas jawapan …

2. Peperiksaan tahunan…

3. Di sekeliling rumah…

Penggunaan Ejaan 1. Bahasa Ingeris… 1. Bahasa Inggeris…

B. Aspek Kesalahan Sintaksis

Aspek sintaksis yang diberikan fokus pula adalah unsur utama ayat yang terdiri dari kata,

frasa, klausa, dan binaanya serta pembahagian subjek dan predikat, jenis ayat iaitu ayat

pernyataan, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan, ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif ,

susunan ayat iaitu susunan biasa dan terbalik, bangunan ayat iaitu ayat dasar, ayat tunggal, dan

ayat majmuk, proses penerbitan ayat seperti konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses

penyususnan kembali, proses perluasan dan aspek tanda baca.

Jadual 2.1 Kesalahan Aspek Sintaksis dalam Penulisan Murid

Item Kesalahan Contoh Kesalahan Pembetulan

Penggunaan Sintaksis 1. Setelah saja siap aku

dijenamakan Samsung…

2. Kawan makcik saya

sedang solekkan kakak

1. Setelah siap, aku

dijenamakan sebagai

Samsung…

2. Mak andam sedang

12

Page 13: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

saya…

3. 30 orang yang akan

menghadiri kelas

tuisyen…

4. Permainan yang berbahasa

Ingeris kita boleh

belajar…

menyolekkan kakak saya…

3. Seramai 30 murid yang akan

menghadiri kelas tuisyen…

4. Permainan yang berbahasa

Inggeris secara tidak

langsung boleh juga

dipelajari…

Penggunaan Tanda

baca

1. Saya cepat-cepat pergi

mencari telefon awam,

semasa saya…

2. Saya menelefon bomba,

selang beberapa minit…

3. Malam Sabtu yang lalu

aku baru…

4. Semasa aku berlari tiba-

tiba aku tergelincir…

1. Saya cepat-cepat pergi

mencari telefon awam.

Semasa saya…

2. Saya menelefon bomba.

Selang beberapa minit…

3. Malam Sabtu yang lalu, aku

baru…

4. Semasa aku berlari, tiba-tiba

aku tergelincir…

C. Aspek Kesalahan Penanda Wacana

Menurut Krisdalaksana (1982)15, Seandainya wacana berkenaan tidak mempunyai penanda

wacana yang tepat, kesannya ialah seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai

kesatuan dan perpautan yang lengkap. Terdapat beberapa rasional tentang penggunaan penanda

wacana di mana rasional tersebut adalah seperti berikut:

i. Murid tidak mahir menggunakan penanda wacana untuk mewujudkan kesinambungan

idea yang dikemukakan.

ii. Murid tersilap memilih penanda wacana sehinggakan hilang pertautan isi dalam

penulisan. Keadaan ini melemahkan pengolahan dan seterusnya mengakibatkan

penyampaian penulisan menjadi kabur.

15 Kridalaksana, H. (1982). Kamus linguistik. Jakarta: P.T. Gramedia.

13

Page 14: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

Jadual 3.1 Kesalahan Aspek Penanda Wacana dalam Penulisan Murid

Item Kesalahan Contoh Kesalahan Pembetulan

Penggunaan Kata

Hubung

1. Semasa itu pengantin

lelaki pun datang…

2. Pada hari Sabtu malam

yang lalu…

3. Di samping itu…

1. Tidak lama kemudian,

pengantin lelaki pun

datang…

2. Pada malam Sabtu yang

lalu…

3. Kesimpulannya…

Jadual 4.1 Analisis Kekerapan Kesalahan Tatabahasa

Bil Kesalahan Tatabahasa Kekerapan %

1. Morfologi;

i) Imbuhan

ii) Kata Ganti Nama

iii) Kata Tugas

iv) Kosa Kata

v) Ejaan

4

2

3

5

1

14.9

4.9

12.2

17.1

2.4

2. Sintaksis;

i) Binaan Ayat

ii) Tanda Baca

5

10

14.6

24.4

3. Penanda Wacana 4 9.8

Jumlah 34 100

Merujuk kepada jadual 4.1, dapat diperhatikan bahawa kesalahan yang kerap dilakukan

oleh murid adalah kesalahan dari segi tanda baca iaitu dalam aspek sintaksis yang berjumlah

14

Page 15: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

24.4 peratus manakala kesalahan yang paling kurang dilakukan adalah kesalahan dari segi ejaan

iaitu dalam aspek morfologi.

Kesimpulannya, setiap bahasa memiliki bahaya yang tersembunyi yang mana menyebabkan

ramai murid melakukan kesalahan tata bahasa. Demikian juga dengan bahasa Melayu. perkara

ini menunjukkan bahwa, secara sedar atau tidak, murid tidak dapat lepas dari tatabahasa sebagai

rumusan tentang sistem bahasanya. murid hanya memerlukan disiplin yang lebih untuk

mengawal bahasa ketika menulis.

Tatabahasa adalah sistem atau aturan ataupun hukum sesuatu bahasa yang diketahui oleh

masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan

menghasilkan rumus-rumus baru yang disepakati oleh masyarakat itu disebabkan bahasa itu

sifatnya dinamis, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya. Dalam

pada itu, murid harus berhati-hati ketika menulis di mana mereka perlu membuat ulangkaji tata

bahasa ketika selesai menulis karangan. Ketelitian murid sangat penting untuk menghasilkan

karangan yang gramatikal. Penulisan karangan memerlukan keterampilan yang harus diasah

melalui latihan yang cukup.

Adalah perlu untuk guru menerima hakikat bahwa murid memiliki banyak gaya

pembelajaran tersendiri dan tidak ada suatu metode yang sesuai untuk mereka. Guru pun

memiliki gaya dan kepakaran serta kecenderungan yang berlainan. Justeru, guru perlu mencuba

dan memilih, kalau perlu menyesuaikan pendekatan dan metode tersebut untuk keperluan

masing-masing. mereka tidaklah perlu menekankan kegiatan yang tidak bermakna di dalam

pengajaran bahasa, dan mengakibatkan murid tidak dapat berfikir.

Sehubungan itu, guru boleh mengawasi daya usaha murid itu sendiri dan cuba untuk

membuat mereka menggunakan pemikiran dan daya untuk menyelesaikan masalah bagi

meningkatkan pengetahuan mereka dan ketaakulan mereka untuk meningkatkan pemikiran dan

daya untuk menyelesaikan masalah hubungan. Dan pada itu, murid perlulah diberi pemakaian

bahasa yang menyerupai keadaan hidup nyata dan dapat memprediksi setiap reaksi yang wajar.

Dan akhir sekali guru perlu menggunakan pendekatan yang lebih ke arah pembelajaran afektif.

15

Page 16: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

RUJUKAN

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (1989). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2004). Mengajar kemahiran komunikasi interpersonal. Kertas kerja diSeminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pada 23 – 25 Mei2004 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Ahmad Khair Mohd Noor. (2005). Menulis membina ketrampilan berfikir. Pelita Bahasa, Julai18 (7): 12-14.

Aziz Nordin & Zaitun Osman. (2010). Penerapan konstruktisvisme dalam pengajaran danpembelajaran asid dan besi di lima buah sekolah di Pekan, Pahang. Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia.

Azman Wan Chik. (1989). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 1:Perkaedahan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Soon Bui. (2008). Kegagalan membaca, menulis atau mengira di kalangan murid Tahun 1sekolah kebangsaan di Sabah dan Tawau. Perbahasan Rang Undang- Undang bernamaSuatu Akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996. http://www.sapp.org.my (versiBahasa Malaysia).

Haris Fadzilah Kassim. (2002). Masalah menulis karangan di kalangan pelajar tingkatan empat:Satu kajian kes. Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, KualaLumpur.

Kridalaksana, H. (1982). Kamus linguistik. Jakarta: P.T. Gramedia.

Marohaini Yussof. (2004). Perlakuan dan proses menulis karangan Bahasa Melayu. KuLumpur: Penerbit Universiti Malaysia.

Noorazman Mahat. (2009). Panduan menulis karangan. http://karanganbagus.blogspot.com

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: KarismaPublications Sdn. Bhd.

Simah Mamat. (2009). Keberkesanan kaedah koperatif dalam pengajaran menulis karanganfakta dan naratif dalam kalangan murid bukan Melayu. Dimuat turun pada 2/4/2012 darihttp://simahmamat.blogspot.com/2009/05/keberkesanan-koperatif-dalam.html

16

Page 17: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

Siti Zabidah Mohamed. (2006). Kesan pendekatan penyebatian kemahiran berfikir kreatif dalampengajaran karangan deskriptif dan karangan imaginatif dalam kalangan murid tingkatanIV. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.

Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu dalam kalanganmurid Orang Asli. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti PutraMalaysia, Serdang.

17

Page 18: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

LAMPIRAN 1

18

Page 19: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

LAMPIRAN 2

19

Page 20: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

LAMPIRAN 3

20

Page 21: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

LAMPIRAN 4

21

Page 22: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

LAMPIRAN 5

22

Page 23: EMM413_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

LAMPIRAN 6

23