ekonomi1blog

14

Click here to load reader

Upload: munnianwar

Post on 29-Jun-2015

14.795 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

Nota untuk pelajar tingkatan 6

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi1blog

munni/mbs/2013 1

PETUNJUK NEGARA MAJU

EKONOMI

3/13/2013

Page 2: Ekonomi1blog

munni/mbs/2013 2

Makna Ekonomi

• Ekonomi merupakan salah satu ilmu sosial yang mempelajari aktiviti manusia yang berhubungan dengan penghasilan (produce), distribusi, pertukaran, dan penggunaan barangan dan perkhidmatan.

3/13/2013

Page 3: Ekonomi1blog

munni/mbs/2013 3

SEJARAH

• Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga.

• Hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka dahulu.

• Segala kelebihan pengeluaran akan dijual dan hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya.

• Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan.

• Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak..3/13/2013

Page 4: Ekonomi1blog

munni/mbs/2013 4

• Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19.

• Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat mendapatkan duit tunai.

• Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan dihukum.

• Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor perdagangan dan perlombongan.

3/13/2013

Page 5: Ekonomi1blog

munni/mbs/2013 5

Tahap Awal Kemerdekaan 1957-1970 (Sebelum Dasar Eknomi Baru)• Pada 1957 ekonomi pada dasarnya berasaskan

komoditi utama dengan pergantungan tinggi kepada getah dan timah yang menyumbang sebanyak 70 peratus daripada jumlah pendapatan eksport, 28 peratus daripada pendapatan kerajaan dan 36 peratus daripada jumlah pekerjaan.

• Ekonomi juga tetap bergantung kepada perniagaan luar negara untuk menjana pendapatan daripada tukaran wang untuk membiayai pembangunannya.

3/13/2013

Page 6: Ekonomi1blog

munni/mbs/2013 6

• Kerajaan yang baru merdeka telah mencari jalan segera untuk mengatasi kelemahan struktur ekonomi dengan memberi tumpuan kepada mengembangkan dan memodenkan pengeluaran pertanian serta menekankan pembangunan luar bandar.

• Penggantian import adalah strategi yang digunakan untuk menggalakkan pembangunan industri yang memberi tumpuan kepada industri berasaskan sumber seperti getah dan timah.

3/13/2013

Page 7: Ekonomi1blog

munni/mbs/2013 7

Tempoh 1971-1983• Walaupun ekonomi telah meningkat teguh,

kedudukan kemiskinan dan jurang pendapatan di antara berbagai kaum telah menimbulkan ketegangan di dalam masyarakat.

• Dasar-dasar perlu digubal untuk menyelesaikan isu tersebut.

• Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dibentuk dengan dua matlamat iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

3/13/2013

Page 8: Ekonomi1blog

munni/mbs/2013 8

• Penubuhan agensi amanah seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (SEDC), Perbadanan Nasional (PERNAS) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB), menyediakan peluang dan ruang kepada Bumiputera untuk mengambil bahagian dalam aktiviti berasaskan perdagangan. Strategi untuk pembelajaran dan latihan pantas menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar Bumiputera yang berpotensi untuk mengikuti kursus-kursus profesional, pengurusan dan teknikal, sama ada di dalam institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.

3/13/2013

Page 9: Ekonomi1blog

munni/mbs/2013 9

• Pertumbuhan negara mula perlahan pada awal tahun lapan puluhan terutamanya disebabkan kemelesetan ekonomi dunia yang berpanjangan dan disusuli dengan kejatuhan harga minyak kedua dalam tahun1979.

• Kejatuhan harga barangan utama menyulitkan lagi keadaan yang memberi tekanan hebat kepada bekalan sumber dan menyebabkan ekonomi susut kepada situasi defisit kembar yang berkaitan dengan belanjawan dan imbangan bayaran.

• 3/13/2013

Page 10: Ekonomi1blog

munni/mbs/2013 10

Penstrukturan Semula 1984-1990• Sebagai tindak balas, mulai 1983 Kerajaan merencanakan

beberapa langkah penstrukturan semula ekonomi.• Ini termasuk mengawal perbelanjaan sektor awam untuk

mengurangkan defisit belanjawan dengan mengamalkan strategi pertumbuhan yang dipimpin oleh sektor swasta yang memperkenalkan pembebasan dan kurang kawalan ekonomi dan memperbaiki dasar dan insentif pelaburan untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta.

• Dalam usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan, Kerajaan mengambil beberapa reformasi dalam pentadbiran dan institusi untuk mempertingkatkan daya kecekapan sektor awam. Penswastaan beberapa aktiviti, agensi dan perusahaan sektor awam telah diperkenalkan.

3/13/2013

Page 11: Ekonomi1blog

munni/mbs/2013 11

Tahap 1991-2000• Tahun sembilan puluhan bermula dengan pengisytiharan• 2020 yang membayangkan Malaysia menjadi negara maju

dengan acuannya sendiri pada tahun 2020. Ia juga menandakan permulaan Dasar Pembangunan Negara (DPN). Polisi ini yang dibina atas Dasar Ekonomi Baru (DEB), meletakkan “pembangunan seimbang” di dalam rangka perkembangan pantas dengan ekuiti sebagai teras utamanya. Dalam konteks ini, DPN mengandungi beberapa dimensi baru. Dimensi baru ini melibatkan perubahan fokus strategi anti-kemiskinan kepada pembasmian miskin tegar sementara mengurangkan kemiskinan relatif, menekankan pengwujudan pekerjaan, pembangunan yang lebih pantas kepada Komuniti Perdagang dan Industri Bumiputera, pergantungan yang lebih kepada sektor swasta dalam menstrukturkan semula matlamat dan mempertingkatkan pembangunan sumber manusia.

3/13/2013

Page 13: Ekonomi1blog

munni/mbs/2013 13

Keadaan Ekonomi Malaysia

• Pemulihan Ekonomi• Penawaran Sektor Perkhidmatan Sektor Perkilangan Sektor Pembinaan Sektor Pertanian Sektor Perlombongan

3/13/2013

Page 14: Ekonomi1blog

munni/mbs/2013 14

Industri Menjadi Teras Perekonomian dan Berkembang dengan Pesat

• Produk industri dan perkhidmatan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi

• Tidak terlalu bergantung kepada pertanian.• Teknologi diterapkan untuk memajukan

industri sekunder dan industri pertanian berkembang dengan pesat.

3/13/2013