ekonomi - tabungan awam

30
Tabungan Isi Rumah Perbezaan antara pendapatan boleh belanja individu (pendapatan individu selepas ditolak cukai dan ditambah bayaran pindahan diterima) dengan perbelanjaan penggunaan ialah tabungan individu. Kemampuan sesebuah isi rumah untuk menabung bergantung kepada tingkat pendapatan benar dan saiz serta komposisi ahli keluarga. 1

Upload: nur-az

Post on 23-Jun-2015

182 views

Category:

Economy & Finance


4 download

DESCRIPTION

Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi - Tabungan awam

Tabungan Isi Rumah

  Perbezaan antara pendapatan boleh

belanja individu (pendapatan individu selepas ditolak cukai dan ditambah bayaran pindahan diterima) dengan perbelanjaan penggunaan ialah tabungan individu.

Kemampuan sesebuah isi rumah untuk menabung bergantung kepada tingkat pendapatan benar dan saiz serta komposisi ahli keluarga.

1

Page 2: Ekonomi - Tabungan awam

Jika terdapat kemampuan untuk menabung, insentif untuk menabung pula dipengaruhi oleh keutamaan penggunaan isi rumah sama ada berbelanja sekarang atau menangguhkan penggunaan ke masa depan.

2

Page 3: Ekonomi - Tabungan awam

Ini bergantung pula kepada pulangan yang diperoleh dengan menangguhkan penggunaan ke masa depan.

Pilihan ini juga dipengaruhi oleh faktor demografi, kesan pendapatan, pulangan ke atas tabungan dan instrumen untuk menabung.

3

Page 4: Ekonomi - Tabungan awam

Faktor demografi   Sebagaimana yang diketahui, kebanyakan

negara membangun mempunyai penduduk yang ramai dan kadar kelahiran yang tinggi.

Ini menyebabkan bilangan anak atau tanggungan menjadi besar yang menyebabkan isi rumah, terutamanya yang berpendapatan kecil, terpaksa membuat pertimbangan antara memenuhi keperluan asas dengan menambung atau melabur ke atas modal manusia.

4

Page 5: Ekonomi - Tabungan awam

Sekiranya kadar kelahiran dapat dikurangkan, dengan sendirinya beban tanggungan dapat dikurangkan dan secara tidak langsung membolehkan kaum wanita, terutamanya suri rumah, menceburi pasaran buruh secara aktif.

Tindakan ini akan meningkatkan pendapatan isi rumah dan meningkatkan peluang untuk menabung.

5

Page 6: Ekonomi - Tabungan awam

Tabungan amat diperlukan sama ada untuk pembiayaan pendidikan anak atau untuk perbelanjaan membeli rumah dan sebagainya.

Bagi masyarakat tradisional, tabungan juga diperlukan sebagai wang hantaran perkahwinan, untuk urusan kematian atau untuk tujuan keramaian tertentu.

6

Page 7: Ekonomi - Tabungan awam

Sekiranya sesebuah negara tidak mempunyai sistem keselamatan sosial, tabungan juga diperlukan untuk digunakan semasa hari tua dan menanggung ahli keluarga seperti ibu bapa.

Tabungan juga mungkin diperlukan sebagai pusaka daripada ibu bapa kepada anak mereka.

7

Page 8: Ekonomi - Tabungan awam

Menurut teori penggunaan kitaran hayat, perlakuan penggunaan dan seterusnya tabungan bergantung kepada komposisi umur penduduk sesebuah negara.

Kemampuan dan kecenderungan untuk menabung berubah menurut peringkat umur individu.

8

Page 9: Ekonomi - Tabungan awam

Semasa kecil mereka adalah tanggungan keluarga mereka dan..

Pada usia muda pula mereka adalah golongan peminjam..

Pada peringkat pertengahan umur mereka adalah penabung dan..

Pada peringkat tua pula sekali lagi mereka adalah golongan makan tabungan.

9

Page 10: Ekonomi - Tabungan awam

Pada peringkat agregat, apabila sesebuah negara melalui perubahan daripada kadar kesuburan tinggi ke kadar kesuburan rendah, maka semakin tinggi peratusan penduduk yang beralih ke peringkat menabung (orang akan lebih ber hati-hati). Oleh itu, tabungan individu akan meningkat.

• Dari aspek lain, apabila dah lebih makan (subur), peringkat seterusnya menabung.

10

Page 11: Ekonomi - Tabungan awam

Seterusnya, sesebuah negara yang mengalami kadar kesuburan rendah untuk tempoh yang lama akan mempunyai peratusan tinggi penduduk yang agak berumur dan..

Di samping itu jika berlaku peningkatan jangka hayat (life expectancy), ini pula akan menekan tabungan ke bawah. (mengguna tabungan)

11

Page 12: Ekonomi - Tabungan awam

Sebaliknya ada juga pendapat yang mengatakan bahawa bagi negara yang mempunyai penduduk yang panjang jangka hayatnya, penduduk akan menabung lebih banyak semasa dalam alam pekerjaan.

12

Page 13: Ekonomi - Tabungan awam

Kesan Pendapatan keatas tabugan

Berhubung pendapatan, kesannya ke atas tabungan bergantung bukan sahaja kepada tingkat pendapatan tetapi juga agihan pendapatan.

Isi rumah yang berpendapatan tinggi, ceteris paribus, mempunyai keupayaan (dan kecenderungan) menabung yang lebih besar kerana keperluan asas mereka telah dapat dipenuhi.

13

Page 14: Ekonomi - Tabungan awam

Tambahan pula, sebahagian perbelanjaan penggunaan seperti perbelanjaan untuk makanan adalah kurang anjal terhadap pendapatan. (perbelanjaan kurang bergantung kepada pendapatan)

Oleh itu, apabila pendapatan per kapita meningkat, peratus pendapatan yang diperuntukkan untuk tabungan juga meningkat.

14

Page 15: Ekonomi - Tabungan awam

Walau bagaimanapun, kecenderungan menabung sut berbeza menurut jenis pendapatan.

Menurut model Kaldor, kecenderungan menabung daripada keuntungan adalah lebih tinggi daripada kecenderungan menabung daripada upah atau pendapatan perburuhan.

15

Page 16: Ekonomi - Tabungan awam

Jika pendapat ini benar, maka pada tingkat pendapatan negara tertentu, pengagihan pendapatan upah kepada untung akan meningkatkan tabungan agregat.

Bersesuaian dengan pandangan ini, tidak hairanlah jika kerajaan mempunyai dasar percukaian yang memberi keutamaan atau berpihak kepada keuntungan syarikat (untung) berbanding cukai pendapatan individu (Upah) (Hess & Ross 1997).

16

Page 17: Ekonomi - Tabungan awam

Selain itu, menurut hipotesis pendapatan tetap, kecenderungan untuk menabung sut adalah tinggi (hampir bernilai satu)

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan sementara yang positif, menabung sut juga adalah tinggi

Sekiranya pendapatan sementara adalah negatif, maka isi rumah akan memakan tabungan.

17

Page 18: Ekonomi - Tabungan awam

Dengan mengambil kira naik turun yang berlaku dalam pendapatan sementara, maka secara purata, pendapatan sementara akan menjadi hampir kosong.

Oleh itu penggunaan banyak dipengaruhi oleh pendapatan tetap isi rumah - dan fungsi penggunaan adalah satu nisbah yang stabil kepada pendapatan tetap.

Dalam jangka pendek, bahagian pendapatan yang dibelanjakan boleh berubah.

18

Page 19: Ekonomi - Tabungan awam

Hipotesis pendapatan tetap mempunyai implikasi ke atas kadar tabungan di negara membangun. (Y Saving )

Semasa negara mengalami pertumbuhan ekonomi pesat, pendapatan sementara boleh menjadi positif dan besar.

Ini bermakna pendapatan sebenar yang diterima oleh isi rumah sentiasa lebih besar daripada anggaran pendapatan tetap mereka.

19

Page 20: Ekonomi - Tabungan awam

Akibatnya, kadar tabungan isi rumah boleh meningkat secara mendadak dan seterusnya meningkatkan tabungan kasar negara dan pembiayaan pembentukan modal.

Sebaliknya, semasa ekonomi negara mengalami kemelesetan, tabungan isi rumah akan jatuh dengan banyak.

20

Page 21: Ekonomi - Tabungan awam

Perkaitan hipotesis, pendapatan tetap dengan ekonomi negara membangun masih didebatkan.

(Y G ) Ini kerana isi rumah yang berada dalam

kelas pendapatan rendah dan kelas menengah bawahan dikatakan cuma akan meningkatkan aspirasi penggunaan semasa apabila berlaku peningkatan pendapatan ketika era kemajuan ekonomi.

Akibatnya, tabungan pada peringkat awal pembangunan ekonomi sukar meningkat.

21

Page 22: Ekonomi - Tabungan awam

Pulangan Pelaburan

Bagi isi rumah pula, insentif untuk menabung bukan sahaja bergantung kepada kadar faedah nominal (bukan benar), tetapi juga dipengaruhi oleh kadar cukai ke atas pedapatan bunga atau jangkaan kadar inflasi.

Pulangan kepada tabungan pula ialah kadar faedah benar jangkaan selepas ditolak cukai.

22

Page 23: Ekonomi - Tabungan awam

Peningkatan kadar cukai ke atas pendapatan bunga atau peningkatan kadar inflasi jangkaan akan mengurangkan insentif menabung pada mana-mana tingkat kadar faedah nominal.

(bila inflasi meningkat, orang cenderung tidak menabung)

• Contoh pengiraan jangkaan kadar faedah benar adalah seperti berikut:

23

Page 24: Ekonomi - Tabungan awam

24

Page 25: Ekonomi - Tabungan awam

Daripada pengiraan di atas, sekiranya keutamaan masa bagi penabung (time preference of savers) menunjukkan bahawa RM1.011 daripada penggunaan benar dalam satu tahun dinilai lebih daripada RM1.00 daripada penggunaan semasa, maka wujud insentif untuk menabung pada jangkaan kadar inflasi 6 peratus.

25

Page 26: Ekonomi - Tabungan awam

Umumnya, adalah diandaikan bahawa jumlah tabungan atau penawaran dana boleh pinjam akan meningkat dengan meningkatnya kadar faedah nominal sekiranya jangkaan kadar inflasi dan jangkaan kadar cukai ke atas pendapatan faedah adalah tetap.

Dengan itu, keluk penawaran bagi dana boleh pinjam akan mencerun ke atas dari kiri ke kanan.

26

Page 27: Ekonomi - Tabungan awam

Instrumen Tabungan Isi Rumah

Kemampuan untuk menabung berkait secara langsung dengan pendapatan dan insentif untuk menabung pula berkait dengan jangkaan pulangan bersih selepas cukai.

Faktor lain yang boleh mempengaruhi tabungan ialah kewujudan instrumen tabungan.

27

Page 28: Ekonomi - Tabungan awam

• Contohnya, di negara membangun, perkhidmatan bank mungkin tidak meliputi semua kawasan luar bandar.

Sekiranya ada kemudahan perkhidmatan bank sekalipun, isi rumah di negara membangun mungkin tidak biasa menabung secara tetap di bank.

28

Page 29: Ekonomi - Tabungan awam

Bagi isi rumah yang berpendapatan rendah, syarat minimum untuk membuka akaun dengan bank menjadi faktor tolakan untuk memulakan tabungan dalam jumlah yang kecil.

Oleh itu, bagi kawasan kampung dan luar bandar, salah satu cara untuk memudah dan menggalakkan tabungan dan kemudahan pinjaman adalah melalui penubuhan koperasi kredit.

29

Page 30: Ekonomi - Tabungan awam

Satu lagi instrumen untuk tabungan pembiayaan adalah dalam bentuk stok dan bon.

Namun begitu pasaran saham di kebanyakan negara membangun masih pada tahap rendah.

 

30