ekonomi stpm kertas 1_2

8
MODUL EKONOMI MODUL 2/ SEMESTER 2 /2012 1 SISTEM EKONOMI Objektif 1. Menggariskan kriteria asas yang membezakan sistem ekonomi, iaitu sistem pemilikan , sistem membuat keputusan tentang peruntukan sumber dan agihan pendapatan serta sistem insentif ; 2. Menggariskan sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia. 3. Membincangkan bagaimana pasaran menyelesaikan masalah asas ekonomi; 4. Menjelaskan kebaikan dan kelemahan pasaran serta perlunya campur tangan kerajaan 1.6 SISTEM EKONOMI A. Ekonomi pasaran bebas Kriteria asas i. Individu dan pihak swasta bebas memiliki harta. ii. Peruntukan sumber ditentukan oleh mekanisme harga. Berdasarkan permintaan pengguna. iii. Agihan pendapatan tidak setara. iv. Terdapat pelbagai insentif. Kebaikan 1. Pengeluar dapat membuat keputusan dengan cepat melalui mekanisme harga. 2. Pekerja ada intensif untuk bekerja keras. 3. Persaingan dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos pengeluaran. 4. Agihan sumber adalah cekap. Faktor-faktor pengeluaran dapat digunakan dengan secekap- cekapnya untuk meningkatkan keuntungan. Kelemahan 1. Disebabkan motif keuntungan, barangan awam kurang dikeluarkan. 2. Berlaku eksternaliti negatif seperti pencemaran air, udara. 3. Jurang agihan pendapatan semakin besar kerana yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin. 4. Ekonomi tidak stabil. Berlaku turun naik harga yang kerap. B. Ekonomi perancangan pusat Kriteria asas i. Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan. ii. Kerajaan membuat semua keputusan peruntukan sumber ekonomi. iii. Agihan pendapatan adalah setara. iv. Tidak ada insentif. Kebaikan 1. Bermotifkan kebajikan maka kebajikan pengguna diutamakan. Sumber-sumber ekonomi digunakan untuk mengeluarkan barangan yang dapat meningkatkan kebajikan pengguna. 2. Barangan awam disediakan. Ini kerana matlamat pengeluaran bukan keuntungan semata- mata. Kelemahan 1. Oleh kerana kekurangan persaingan, berlaku ketidakcekapan dan kekurangan inovasi dan pembaharuan. 2. Pilihan pengguna adalah terhad. 3. Keagungan pengguna tidak wujud. Pengguna tidak ada pengaruh ke atas pengeluaran barangan. 4. Oleh kerana tiada motif keuntungan, tiada insentif untuk bekerja keras untuk meningkatkan produktiviti dan keuntungan.

Upload: ananthan-ayavoo

Post on 25-Jul-2015

595 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi STPM kertas 1_2

MODUL EKONOMI MODUL 2/ SEMESTER 2 /2012

1

SISTEM EKONOMI Objektif 1. Menggariskan kriteria asas yang membezakan sistem ekonomi, iaitu sistem pemilikan, sistem membuat

keputusan tentang peruntukan sumber dan agihan pendapatan serta sistem insentif; 2. Menggariskan sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia. 3. Membincangkan bagaimana pasaran menyelesaikan masalah asas ekonomi; 4. Menjelaskan kebaikan dan kelemahan pasaran serta perlunya campur tangan kerajaan 1.6 SISTEM EKONOMI

A. Ekonomi pasaran bebas Kriteria asas

i. Individu dan pihak swasta bebas memiliki harta. ii. Peruntukan sumber ditentukan oleh mekanisme harga. Berdasarkan permintaan pengguna. iii. Agihan pendapatan tidak setara. iv. Terdapat pelbagai insentif.

Kebaikan 1. Pengeluar dapat membuat keputusan dengan cepat melalui mekanisme harga. 2. Pekerja ada intensif untuk bekerja keras. 3. Persaingan dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos pengeluaran. 4. Agihan sumber adalah cekap. Faktor-faktor pengeluaran dapat digunakan dengan secekap-

cekapnya untuk meningkatkan keuntungan. Kelemahan 1. Disebabkan motif keuntungan, barangan awam kurang dikeluarkan. 2. Berlaku eksternaliti negatif seperti pencemaran air, udara. 3. Jurang agihan pendapatan semakin besar kerana yang kaya menjadi semakin kaya dan yang

miskin menjadi semakin miskin. 4. Ekonomi tidak stabil. Berlaku turun naik harga yang kerap.

B. Ekonomi perancangan pusat

Kriteria asas i. Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan. ii. Kerajaan membuat semua keputusan peruntukan sumber ekonomi. iii. Agihan pendapatan adalah setara. iv. Tidak ada insentif.

Kebaikan 1. Bermotifkan kebajikan maka kebajikan pengguna diutamakan. Sumber-sumber ekonomi

digunakan untuk mengeluarkan barangan yang dapat meningkatkan kebajikan pengguna. 2. Barangan awam disediakan. Ini kerana matlamat pengeluaran bukan keuntungan semata-

mata. Kelemahan 1. Oleh kerana kekurangan persaingan, berlaku ketidakcekapan dan kekurangan inovasi dan

pembaharuan. 2. Pilihan pengguna adalah terhad. 3. Keagungan pengguna tidak wujud. Pengguna tidak ada pengaruh ke atas pengeluaran

barangan. 4. Oleh kerana tiada motif keuntungan, tiada insentif untuk bekerja keras untuk meningkatkan

produktiviti dan keuntungan.

Page 2: Ekonomi STPM kertas 1_2

MODUL EKONOMI MODUL 2/ SEMESTER 2 /2012

2

C. Ekonomi Campuran (Malaysia)

Kriteria asas i. Individu dan pihak swasta bebas memiliki harta. ii. Peruntukan sumber ditentukan oleh mekanisme harga. Berdasarkan permintaan pengguna.

Namun terdapat sumber ditentukan oleh kerajaan untuk barang awam. iii. Agihan pendapatan lebih setara. iv. Terdapat pelbagai insentif. Kebaikan Menggabungkan kebaikan sistem pasaran bebas dan sistem perancangan pusat. 1. Keputusan dapat dibuat dengan cepat melalui mekanisma harga. 2. Persaingan dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos pengeluaran. 3. Ada dorongan bekerja keras kerana ada motif keuntungan. 4. Agihan sumber adalah cekap. 5. Kebajikan pengguna diberi perhatian oleh kerajaan. 6. Barangan awam disediakan oleh kerajaan. 7. Agihan pendapatan lebih setara apabila kerajaan campur tangan. 8. Kesan luaran negatif dapat dikurangkan apabila kerajaan campur tangan.

D. Ekonomi Islam

Kriteria asas i. Individu bebas memiliki harta selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak. ii. Kerajaan dan swasta bersama-sama membuat keputusan ekonomi. iii. Agihan pendapatan lebih adil. Orang yang berkemampuan wajib bayar zakat. iv. Terdapat insentif untuk berkerja.

Sistem ekonomi di Malaysia

1. Sistem ekonomi campuran dengan unsur-unsur ekonomi islam. 2. Sumber dimiliki oleh pihak swasta dan kerajaan. 3. Pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan ekonomi. 4. Mekanisme harga memainkan peranan dan kerajaan campurtangan jika ia gagal

memperuntukkan sumber dengan cekap. 5. Terdapat aktiviti ekonomi berunsurkan islam. Contohnya perbankan islam(CIMB islamic), pajak

gadai, zakat. 6. Memastikakan rakyat diberi kemudahan secukupnya. Contohnya barang awam.

Bentuk campurtangan kerajaan

1. Undang-undang dan peraturan 2. Percukaian dan subsidi 3. Pemilikan kerajaan 4. Bentuk Dasar iaitu Dasar kewangan dan dasar fiskal

Page 3: Ekonomi STPM kertas 1_2

MODUL EKONOMI MODUL 2/ SEMESTER 2 /2012

3

Bagaimana pasaran menyelesaikan masalah asas ekonomi

Sistem Masalah

Sistem ekonomi Pasaran Bebas

Sistem Ekonomi Perancangan

Pusat

Sistem Ekonomi Campuran

Sistem Ekonomi Islam

Apa dan Berapa

mekanisme harga / kuasa permintaan dan penawaran

ditentukan oleh kerajaan mengikut keperluan rakyat

kerajaan dan swasta membuat keputusan mengikut Permintaan dan mekanisme harga

Ditentukan oleh mekanisma harga yang mengikut hukum syarak

Bagaimana

Pilih teknik pengeluaran yang mengurangkan kos pengeluaran dan Memaksimumkan keuntungan samada berintensifkan buruh atau modal

Ditentukan oleh kerajaan

Teknik pengeluaran mengikut kebajikan masyarakat

Lebih kepada intensif buruh

Pihak swasta akan memilih teknik pengeluaran yang menguntungkan iaitu cekap, murah, menjimatkan kos dan memaksimukan keuntungan

Kerajaan akan memilih memilih teknik pengeluaran yang mementingkan kebajikan masyarakat

Teknik pengeluaran yang cekap untuk elak pembaziran

Buruh dan modal

Untuk siapakah

Mengikut kuasa beli /corak agihan pendapatan

Ditentukan oleh kerajaan

Barang dikeluarkan untuk semua golongan Masyarakat

Diagihkan secara adil

Jika berlaku kekurangan kerajaan membuat catuan

mengagihkan barang mengikut agihan pendapatan dan kuasa beli

Barang mahal untuk orang kaya / berpendapatan tinggi

Barang murah untuk orang miskin / pendapatan rendah

Kerajaan akan mengeluarkan barangan awam

Pengagihan barang secara adil kepada semua terutamanya barang keperluan

Page 4: Ekonomi STPM kertas 1_2

MODUL EKONOMI MODUL 2/ SEMESTER 2 /2012

4

SOALAN TAHUN LEPAS

OBJEKTIF 2010/2 Apakah kebaikan sistem ekonomi perancangan pusat? A Agihan pendapatan lebih adil. B Perkembangan teknologi meningkat. C Keputusan pengeluaran lebih cepat dibuat. D Pengguna mempunyai lebih banyak pilihan. 2001/1 Yang manakah merupakan penyelesaian kepada masalah "untuk siapa barang dikeluarkan" dalam sistem ekonomi pusat? A Kerajaan mengagihkan barang-barang sama rata kepada setiap rakyat. B Kerajaan membiarkan masalah ini diselesaikan oleh mekanisme pasaran. C Kerajaan menentukan barang-barang yang patut dikeluarkan untuk rakyat. D Kerajaan mengeluarkan barang-barang bagi sesiapa yang mampu membelinya. 2009/2 Penyataan yang berikut menunjukkan perbezaan antara sistern ekonomi perancangan pusat dengan sistem ekonomi pasaran bebas kecuali A yang diutamakan ialah barang keperluan asas, bukan barang mewah B pemilik sumber dibayar dengan bayaran maksimum, bukan bayaran minimum C semua keputusan ekonomi ditentukan oleh pihak perancangan pusat, bukan oleh kuasa permintaan

dan penawaran D tujuan pengeluaran adalah untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat, bukan memaksimumkan

kepuasan individu

ESEI UMUM 2001/1 (a) Takrifkan sistem ekonomi pasaran bebas, sistem ekonomi perancangan, dan sistem ekonomi campuran. [6]

Contoh jawapan Sistem ekonomi pasaran bebas merupakan satu sistem ekonomi tanpa campur tangan kerajaan dengan masalah asas ekonomi diselesaikan melalui kuasa permintaan dan kuasa penawaran dalam mekanisme pasaran.

Sistem ekonomi perancangan merupakan sistem ekonomi yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan dengan pihak kerajaan memainkan peranan utama dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi dan mengawal tingkat harga pasaran. Sistem ekonomi campuran merupakan sistem ekonomi yang terdiri daripada pihak swasta dan kerajaan dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi. Walaupun mekanisme harga memainkan peranan penting tetapi masih terdapat kegiatan ekonomi di bawah kawalan kerajaan. sistem ekonomi campuran menggabungkan ciri-ciri kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan.

Page 5: Ekonomi STPM kertas 1_2

MODUL EKONOMI MODUL 2/ SEMESTER 2 /2012

5

PASARAN BEBAS 1999/1 (b) Huraikan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas memperuntukkan sumber dari segi [13]

(i) penggunaan sumber,

Contoh jawapan Dalam sistem ekonomi pasaran. mekanisme harga memainkan peranan penting dalam menentukan peruntukan sumber. Penggunaan sumber oleh pihak firma adalah berdasarkan motif keuntungan yang maksimum atau dengan kos yang paling minimum. Firma akan memilih sumber yang murah untuk merendahkan kos pengeluaran. Ini bermakna jika harga sesuatu sumber adalah rendah, maka permintaan terhadap barang itu meningkat kerana semakin banyak sumber akan digunakan. Apabila sumber digunakan secara cekap, keuntungin maksimum diperoleh.

(ii) pengeluaran barang dengan menggunakan sumber yang ada

Contoh jawapan Berdasarkan mekanisme harga, firma akan menentukan apakah harga dan berapa banyak barang tersebut perlu dihasilkan. Kuasa permintaan di pasaran (mekanisme harga) menunjukkan pilihan pengguna terhadap sesuatu barang. Jika permintaan terhadap sesuatu barang meningkat, maka firma akan menghasilkan larang tersebut dengan banyak kerana tingkat harga barang tersebut akan meningkaidan ini akan mendatangkan keuntungan kepada firma. Dalam mekanisme pasaran, kuasa permintaan dan kuasa penawaran akan menentukan jumlah barang dan tingkat harga barang tersebut. contohnya, jika permintaan ayam meningkat pada musim perayaan harga ayam akan meningkat, maka lebih banyak ayam akan ditawarkan.

(iii) pengagihan barang tersebut kepada pemilik sumber.

Contoh jawapan Barang yang telah dihasilkan akan diagihkan kepada pemilik sumber berdasarkan keupayaan membayar mereka. Ini bermakna pemilik sumber akan memperoleh ganjaran dari sumber yang dijual kepada firma sebagai pendapatan mereka. Pendapatan tersebut akan dibelanjakan ke atas barang-barang dan perkhidmatan. Individu yang memiliki banyak sumber ukan memperoleh banyak pendapatan dan kuasa beli mereka meningkat, jadi mereka mampu membeli/memperoleh banyak barang.

(c) "Sistem ekonomi pasaran bebas memperuntukkan sumber secara cekap." Jelaskan. [4]

Contoh jawapan Sistem ekonomi pasaran bebas memperuntukkan sumber secara cekap bererti semua sumber pengeluaran telah digunakan secara optimum. Kos per unit yang paling rendah diperoleh untuk menghasilkan sejumlah barang dan perkhidmatan.

(d) Jelaskan mengapa kerajaan masih perlu campur tangan bagi memperuntukkan sumber

dalam sistem ekonomi pasaran bebas. [9]

Contoh jawapan i. Menyediakan barang awam

Sistem ekonomi pasaran gagal menyediakan barang awam kerana firma-firma swasta bermotifkan keuntungan yang maksimum. Barang awam mempunyai nilai sosial yang tinggi, tetapi keuntungannya rendah. Oleh yang demikian kerajaan perlu campur tangan untuk menyediakan barang awam seperti jalan raya dan perkhidmatan bomba.

Page 6: Ekonomi STPM kertas 1_2

MODUL EKONOMI MODUL 2/ SEMESTER 2 /2012

6

ii. Merapatkan jurang perbezaan pendapatan Dibawah sistem ekonomi pasaran bebas, golongan yang kaya akan semakin kaya dan

yang miskin akan bertambah miskin. Ini menyebabkan peruntukan sumber tidak optimum dan agihan pendapatan masyarakat tidak seimbang. Kerajaan perlu campur tangan untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan melalui sistem percukaian dan subsidi.

iii. Mewujudkan kestabilan ekonmi Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, kegiatan ekonomi mengalami kenaikan dan kejatuhan dengan hebatnya akibat daripada ketidakstabilan harga yang ditentukan oleh mekanisme pasaran. Oleh yang demikian, kerajaan perlu campur tangan untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi dan inflasi melalui perlaksanaan dasar fiskal dan dasar kewangan supaya keadaan ekonomi yang stabil dapat diwujudkan.

2010/9 (b) Huraikan bagaimana kerajaan boleh campur tangan untuk mengatasi kelemahan ekonomi pasaran bebas. [6]

Contoh jawapan i. Mengeluarkan barang awam - kebajikan masyarakat dipentingkan ii. Menetapkan undang-undang - mengawal eksternaliti negatif iii. Cukai – merapatkan jurang kekayaan iv. Dasar harga – mengawal harga v. Dasar fiskal dan dasar kewangan – mengawal permintaan agregat vi. Mengetatkan undang-undang / perlesenan - pencemaran

2004/2 Terangkan kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas. [6]

Contoh jawapan i. Agihan pendapatan tidak setara

- Jurang pendapatan antara golongan kaya dengan miskin besar. ii. Gagal mengeluarkan barang awam

- Firma swasta bermotifkan keuntungan iii. Kesan luaran / eksternaliti negatif

- Contoh: pencemaran. Wujud kerana tiada peraturan dan undang - undang

2007/9 Jelaskan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah a) penggunaan sumber [3]

Contoh jawapan sumber digunakan dengan cekap / optimum @ memaksimumkan untung dan meminimumkan

kos. menggunakan sumber yang murah berbanding sumber mahal

b) Pengeluaran barang [4]

Apa yang dikeluarkan ditentukan oleh mekanisme harga / kuasa permintaan dan penawaran Permintaan pengguna memberi indikasi / petunjuk apa yang hendak dikeluarkan penawaran ditentukan oleh kos pengeluaran kombinasi kedua-dua keadaan di atas menentukan berapa banyak barang yang dikeluarkan

@ persilangan antara DD & SS

Page 7: Ekonomi STPM kertas 1_2

MODUL EKONOMI MODUL 2/ SEMESTER 2 /2012

7

c) pengagihan barang kepada masyarakat [3] bergantung kepada kuasa beli pengguna kuasa beli bergantung kepada corak agihan pendapatan Lebih banyak pendapatan lebih banyak barang dimiliki @ semakin kecil pendapatan

semakin kecil barangan yang dimiliki PERANCANGAN PUSAT 2010/9 (a) Terangkan dua kelebihan ekonomi perancangan pusat berbanding dengan ekonomi pasaran bebas. [4]

Contoh jawapan i. tujuan pengeluaran adalah untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat, bukan

memaksimumkan kepuasan individu ii. Agihan pendapatan yang adil – pasaran bebas jurang pendapatan yang besar

EKONOMI CAMPURAN 2001/1 (b) Terangkan ciri-ciri utama pelaku dalam sistem ekonomi campuran. [9]

Contoh jawapan (i) Isi Rumah

Semua anggota dalam satu rumah membuat keputusan kewangan secara bersama atau ditentukan oleh ketua isi rumah. Isi rumah bertindak sebagai pembeli atau pengguna yang akan membeli barangan dari firma untuk tujuan memaksimumkan kepuasan daripada sumber pendapatan yang dimilikinya. Mereka memiliki sumber pengeluaran, iaitu sebagai penjual sumber pengeluaran kepada sektor firma dan kerajaan.

(ii) Firma

Firma merupakan pengguna atau pembeli sumber pengeluaran dari sektor isi rumah. Firma mengeluarkan barangan daripada sumber pengeluaran yang dibeli daripada isi rumah untuk dijual kepada isi rumah dan kerajaan. Firma membuat keputusan dengan tujuan memaksimumkan keuntungan.

(iii) Kerajaan

Kerajaan ialah organisasi yang membuat peraturan dan undang-undang untuk mengawal aktiviti isi rumah dan firma supaya dapat meningkatkan tingkat kebajikan dan menjaga keamanan. Kerajaan merupakan pengguna atau pembeli barangan yang dikeluarkan oleh firma. Kerajaan memberikan subsidi dan mengenakan cukai terhadap pihak isi rumah dan firma. Kerajaan menyediakan barang awam kepada isi rumah dan firma.

EKONOMI ISLAM 2005/2. Huraikan dengan ringkas tiga ciri sistem ekonomi Islam. [6]

Contoh jawapan a). Individu dan kerajaan bebas dalam membuat keputusan ekonomi Melaksanakan kegiatan ekonomi selagi tidak ada aktiviti yang bercanggah dengan ajaran islam (hukum

Syarak) b). Mekanisme harga memainkan peranan selagi kesejahteraan masyarakat tidak terganggu.

Page 8: Ekonomi STPM kertas 1_2

MODUL EKONOMI MODUL 2/ SEMESTER 2 /2012

8

Mengimbangkan kepentingan individu dan masyarakat . Jika tidak dapat berbuat demikian, barulah kepentingan masyarakat didahulukan kepada kepentingan

individu @untung dan kebajikan d). Individu mempunyai kebebasan dalam memiliki sumber ekonomi(pemilik harta) selagi tidak

bercanggah dengan hukum syarak.

Selesai