ekonomi campuran

Upload: mel-al-zahra

Post on 30-May-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    1/18

    NURUL HARTINI BINTI ABD HAMID

    NOORHAMIZAH BINTI MOHD SAPIE

    HANIS IZZA FATIHA BINTI MAT ISA

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    2/18

    APAKAH YANG ANDA

    FAHAM TENTANG

    EKONOMI CAMPURAN?

    ADAKAH EKONOMI

    CAMPURAN SATU SISTEM

    EKONOMI YANG BARU?

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    3/18

    PENDAHULUAN

    Istilah sistem berasal dari perkataan sistema

    (bahasa Yunani) yang bermaksud keseluruhan yang

    terdiri dari pelbagai bahagian.

    Sistem ekonomi : cara masyarakat membuat pilihan

    mengagihkan sumber untuk menghasilkan barangan

    yang dikehendaki bagi menyelesaikan masalah asasekonomi.

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    4/18

    DEFINISI

    Sistem Ekonomi Campuran : satu sistem dimana pihak swasta dan kerajaan bersama-

    sama membuat keputusan ekonomi untuk

    menyelesaikan masalah asas ekonomi.

    (Yeam 2006 : 24).

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    5/18

    CIRI-CIRI

    1) Kegiatan ekonomi ditentukan oleh pihak swasta danpihak awam

    Kerajaan : mengeluarkan barang yang gagal disediakan oleh

    mekanisme harga- meningkatkan taraf kebajikan rakyat.

    Swasta : barang yang dikehendaki oleh masyarakat memaksimumkan keuntungan.

    2) Kegiatan ekonomi yang terkawal.

    Kerajaan mengadakan peraturan dan undang-undang supayakegiatan ekonomi tidak menghasilkan kesan luaran negatif.

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    6/18

    3) Keputusan Ekonomi

    Semua keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan dan

    mekanisma harga, kerana sumber ekonomi dimiliki oleh pihak kerajaan dan swasta.

    Keputusan kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kebajikanmasyarakat dan swasta pula bertujuan untuk memaksimumkan

    keuntungan.

    Firma bebas bersaing tapi dikawal oleh pihak kerajaan.

    Campurtangan kerajaan bertujuan mengatasi kelemahanmekanisme harga.

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    7/18

    KEBAIKAN

    1) Kegiatan ekonomi yang stabil. Kerajaan boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi.

    Melalui dasar fiskal dan dasar kewangan.

    2) Agihan pendapatan yang lebih setara.

    Individu dan firma dalam ekonomi mempunyai kebebasan

    untuk memiliki harta kekayaan dan faktor pengeluaran.

    Perlaksanaan sistem percukaian dan pemberian subsidi

    untuk mengecilkan jurang perbezaan antara golongan yang

    kaya dengan golongan yang miskin.

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    8/18

    3) Menyediakan barang awam

    Kerajaan bertanggungjawab untuk mengeluarkan barang

    awam bagi meningkatkan kebajikan dan pembangunannegara.

    Kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai untuk membiayai

    kos penyediaan barang awam yang strategik dan yangdiperlukan oleh masyarakat seperti perkhidmatan pendidikan,kesihatan, pertahanan dan sebagainya.

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    9/18

    KELEMAHAN

    1) Kerenah birokrasi kerajaan menghalangperkembangan sektor swasta.

    Contohnya, kelewatan kerajaan utnuk meluluskan projek

    pihak swasta dan pemberian lesen sering kali mengganggu

    kegiatan ekonomi yang ingin dilakukan oleh pihak swasta.

    2) Kesukaran menentukan dasar yang sesuai

    Akibat kesukaran menjangka keadaan ekonomi masa

    depan dimana spekulasi ekonomi dunia yang tidakmenentu ataupun ramalan berdasarkan maklumat yang

    tidak tepat.

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    10/18

    3) Pembaziran sumber akibat daripada kerugianperusahaan awam.

    Jika pengurusan perusahaan awam itu tidak cekap sehinggamengalami kerugian yang besar.

    Pentadbiran sektor awam yang tertakluk kepada peraturan-

    peraturan dan undang-undang menyebabkan pihak pengurusan perusahaan awam sukar membuat keputusandengan cepat untuk menghadapi perubahan.

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    11/18

    MALAYSIA

    1) Mengadakan peraturan dan undang-undang.

    Kerajaan telah membuat peraturan dan undang-undang tertentu kepadaperjalanan sistem pasaran.

    Contohnya, undang-undang buruh diperkenalkan supaya tidak berlaku

    penindasan terhadap buruh.

    2) Pengawalan harga barang dan perkhidmatan.

    Contohnya, bagi barang keperluan asas seperti gula, beras, garam

    dan susu adalah barang kawalan.

    Harganya tidak boleh dinaikkan atau diturunkan tanpa persetujuan

    kerajaan.

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    12/18

    3) Sistem percukaian.

    Bertujuan menambahkan pendapatan kerajaan dan mengurangkan

    penggunaan pengguna terhadap sesuatu barangan.

    Beban cukai atau bahagian jumlah cukai yang perlu ditanggung olehpembeli dan pengeluar bergantung kepada keanjalan permintaan dankeanjalan penawaran. Pemberian subsidi oleh kerajaan akan

    mengurangkan kos pengeluaran pengeluar.

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    13/18

    PERANCIS

    1) Pemilikan Kebanyakan firma-firma dalam sektor pertanian, industri dan

    perkhidmatan adalah dimiliki oleh sektor swasta.

    Segala utiliti awam, termasuk letrik dan gas adalah dimiliki

    kerajaan.

    2) Kuasa ekonomi

    terletak pada pengguna individu dan firma swasta di samping

    kerajaan pusat.

    Firma swasta bebas menentukan komposisi output dan input.

    Kerajaan pusat dapat mempengaruhi ketetapan persendirian

    melalui pelbagai teknik spt skim jaminan sosial agar dapat

    menukar atau meminda ketetapan isi rumah dan firma.

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    14/18

    3) Peruntukan sumber

    Walaupun adanya kawalan kerajan yang agak lengkap,akan tetapi sedikit sahaja tindakan ekonomi adalah hasildari arahan kerajaan.

    Kerajaan mungkin campur tangan dalam ekonomi tetapicampur tangan ini dicerminkan dalam menukar kos

    berniaga sahaja. Ini mempengaruhi prospek keuntungan bagi pengusaha swasta.

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    15/18

    THAILAND

    1) Pemilikan

    kerajaan melarang pemilikan asing secara majoriti dalam kebanyakan

    sektor untuk menjamin profesion-profesion tertentu bagi warganegara

    Thai.

    2) Undang-undang contohnya: Akta Perhubungan Buruh Perusahaan Pihak Kerajaan

    (SELRA) diluluskan dan memberikan kakitangan sektor awam hak yang

    serupa dengan pekerja sektor swasta.

    3) Pengawalan harga

    menetapkan harga siling bagi barang dan perkhidmatan yang

    dikeluarkan.

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    16/18

    KESIMPULAN

    3 negara yang dibentangkan tadi, jelaslah

    menunjukkan bahawa sistem ekonomi campuran

    bukanlah suatu sistem yang terlalu lama mahupun

    terlalu baru.

    Sistem ini lahir dari adaptasi akibat kegagalan sistem

    ekonomi sebelumnya iaitu sistem ekonomi kapitalis

    dan sosialis di mana sistem ini mengambil nilai-nilai

    terbaik dari sistem ekonomi tersebut.

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    17/18

    Q & A

  • 8/14/2019 Ekonomi Campuran

    18/18

    SEKIAN

    TERIMA KASIH