ekadaster di malaysia

6
EKADASTER DI MALAYSIA: KONSEP DAN PERLAKSANAAN Oleh SYAHNOR AFFAN BIN ABDUL GAFAR Jabatan Kejuruteraan Geomatik E mail: [email protected] , Hp: 012-6159810 Konsep eKadaster merupakan salah satu projek e-Kerajaan dilaksanakan oleh JUPEM dengan kos keseluruhan RM287 juta. Ia telah beroperasi sepenuhnya di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pengenalan konsep eKadaster yang dibangunkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan antara sistem ukur tercanggih di dunia dan kini menjadi rujukan negara serantau. Sistem berkenaan berjaya memendekkan proses pengukuran dan penyediaan pelan hak milik tanah daripada dua tahun kepada dua bulan atau kurang. Konsep eKadaster menjadi projek ikon kepada JUPEM dan akan dapat menghasilkan kejayaan yang besar kepada pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat. Seiring dengan perkembangan itu, ekadaster direkabentuk supaya profesion jurutera geomatik/ jurukur tanah di Malaysia supaya memastikan objektif mempercepatkan sistem penyampaian ukur Kadaster negara dapat dilakukan. Antara tujuan adalah meringkaskan proses kerja sedia ada berkaitan Kadaster. Secara

Upload: nik-ajim

Post on 30-Jun-2015

1.693 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: EKADASTER DI MALAYSIA

EKADASTER DI MALAYSIA: KONSEP DAN PERLAKSANAAN

Oleh

SYAHNOR AFFAN BIN ABDUL GAFAR

Jabatan Kejuruteraan Geomatik

E mail: [email protected] , Hp: 012-6159810

Konsep eKadaster merupakan salah satu projek e-Kerajaan dilaksanakan oleh JUPEM

dengan kos keseluruhan RM287 juta. Ia telah beroperasi sepenuhnya di seluruh Semenanjung

Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pengenalan konsep eKadaster yang dibangunkan

oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan antara sistem ukur tercanggih

di dunia dan kini menjadi rujukan negara serantau. Sistem berkenaan berjaya memendekkan

proses pengukuran dan penyediaan pelan hak milik tanah daripada dua tahun kepada dua

bulan atau kurang. Konsep eKadaster menjadi projek ikon kepada JUPEM dan akan dapat

menghasilkan kejayaan yang besar kepada pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat.

Seiring dengan perkembangan itu, ekadaster direkabentuk supaya profesion jurutera

geomatik/ jurukur tanah di Malaysia supaya memastikan objektif mempercepatkan sistem

penyampaian ukur Kadaster negara dapat dilakukan. Antara tujuan adalah meringkaskan proses

kerja sedia ada berkaitan Kadaster. Secara tidak langsung ia memantapkan dan menambaikan

produktiviti serta kualiti kerja disamping mempercepatkan masa.

Aplikasi Konsep eKadaster dibangunkan secara Web Base (melalui liputan internet).

Selain itu, pengguna boleh mengakses aplikasi pada bila-bila masa dan di seluruh tempat di

seluruh semenanjung Malaysia dan Labuan . Pemprosesan hasil kerja di lapangan boleh dibuat

secara ‘talian’ dan ‘realtime‘. Ia dapat mengurangkan penipuan dan meningkatkan kualiti serta

kejituan sesuatu pengukuran yang dijalankan dilapangan oleh jurukur.

Page 2: EKADASTER DI MALAYSIA

Jurukur Tanah Berlesen tidak perlu lagi menyediakan Pelan Akui yang mana kelulusan

Pelan Akui akan dijana oleh sistem di JUPEM dan disahkan menggunakan tanda tangan berdigit

yang boleh dibuat secara ‘talian’ serta semua Pelan Akui disertakan dengan '2D Barcode' bagi

tujuan keselamatan. Maka, ia memudahkan urusan carian maklumat,semakan status dan

penghantaran kerja. Semua 'data lodgement' oleh Jurukur Tanah Berlesen adalah melalui

JUPEM2U. Ia dibuat secara 'talian', dengan kata laluan dan ID ditetapkan serta tidak perlu

menghantar kerja secara pos atau terus ke JUPEM.

Amalan pengukuran permulaan Kerja (Datum) dengan CRM (Cadastral Reference Mark)

kepada ‘Survey Accurate Coordinate’. Perhitungan Ukur digantikan dengan Pelarasan Ganda

Dua Terkecil yang sebelum ini menggunakan Kaedah Bowditch yang tidak lagi digunakan tetapi

masih boleh digunapakai. Selain itu, tidak perlu terabas tertutup kecuali masih menggunakan

pengukuran Kaedah Bowditch. Disamping itu, tidak perlu jarak asas untuk tanam pastian

menggunakan kaedah ‘point to point fixing’ ,tetapi ia terkecuali jika masih menggunakan

pengukuran Kaedah Bowditch bagi mendapatkan hasil kerja pengukuran yang lebih tepat.

Pelaksanaan Konsep ekadaster adalah menggunakan sistem unjuran koordinat Cassini Soldner

Geosentrik melalui GDM2000 dan ia memanfaatkan kaedah pengukuran Real Time Kinematik

dan MyRTKNet yang dibangunkan JUPEM. Selain itu, ia membolehkan pelbagai teknik

pengukuran Kadaster dijalankan yang selama ini adalah terbatas dengan kaedah yang lama.

Dengan adanya ekadaster, jurukur tanah berlesen dan jurutera geomatik boleh melakukan

pengutipan data bagi ukuran kadaster dengan menggunakan kaedah-kaedah Global Navigation

Sattelite Sistem (GNSS), terabas, radiasi, persilangan, silangalikan atau gabungan kaedah yang

dibenarkan oleh JUPEM.

Berdasarkan Peraturan Ukur Kadaster 2009 yang terbaharu, elemen koordinat

diutamakan dahulu, diikuti Bearing dan Jarak dimana sistem koordinat hendaklah di dalam

sistem koordinat NDCDB ( Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan ) .Ia

mengandungi maklumat lot, bering,jarak, nombor lot, keluasan, koordinat, tanda sempadan,

kod pentadbiran dan lain-lain yang telah ditetapkan oleh JUPEM.

Page 3: EKADASTER DI MALAYSIA

Semua penghantaran Pelan kepada Pejabat Tanah dan Galian /Pejabat Tanah Daerah

untuk Penyediaan Hakmilik (FT) adalah secara 'talian' dan cakera liut (CD) tidak lagi dihantar

secara pos kepada PTG/PTD ia dilakukan supaya dapat memudahkan PTG/PTD menyediakan

‘Final Title’ khususnya melibatkan Hakmilik gantian sekiranya berlakunya masalah pemilik

seperti hilang dan sebagainya.

Kesimpulannya, eKadaster merupakan suatu sistem yang memanfaatkan teknologi

ICT,GIS dan ukur masa kini bertujuan untuk mempercepat dan memantapkan lagi sistem

penyampaian ukur kadaster negara melalui pengintergrasian sistem yang berkesan. Ia

melibatkan rombakan daripada proses kerja ukuran konvensional Bowditch dan Transit kepada

Survey Accurate Coordinate melalui Pelarasan Ganda DuaTerkecil dan pewujudan Pangkalan

Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan (NDCDB - National Digital Cadastral Database) serta

Pangkalan Data Ukur Strata / Stratum / Marin. Secara tidak langsung peranan JUPEM sebagai

pusat yang memberikan sumber maklumat dan ia boleh membantu jurutera geomatik/ jurukur

tanah di Malaysia untuk memantapkan amalan profesion supaya ia dapat berdaya saing, efektif

dan kompeten. Selain menjadi sebuah Negara yang berkembang pesat serta maju pada tahun

2020, perkembangan sistem pengukuran seperti ekadaster perlulah seiring oleh jurutera

geomatik/ jurukur tanah di Malaysia supaya ia dapat mempertingkatkan mutu dan kualiti

pengukuran dan ekonomi secara keseluruhannya.

Page 4: EKADASTER DI MALAYSIA

Rajah:Proses Kerja eKADASTER (Ukuran Hakmilik Tanah)

RUJUKAN

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2007&dt=0126&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm&arc=hive

(4/2/2011)

http://ekadaster.clicdev.com/f/?CDCookie=ekadaster&trk=ekadaster&showtopic=16

(22/2/2011)

Amalan Ikhtisas SGU4342, Mohamad Saupi Bin Che Awang, Julai 2010, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru ,Johor Darul Takzim, Malaysia.

Pekeliling Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Bilangan 6 Tahun 2009

- Garis panduan amalan kerja ukur kadaster dalam persekitaran ekadaster

Pekeliling Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Bilangan 5 Tahun 2009

-Peraturan Ukur Kadaster 2009