eep

6
TOKOH NEGARA TAN SRI PADUKA SERI (DR.) AISHAH GHANI NUR DIANA EEP ( KUMPULAN LA) EN. MUHAMMAD HAFIZ BIN BADARULZAMAN Kertas kerja ini mengupas tentang latar belakang, kegiatan dan sumbangan Tan Sri Paduka Seri (Dr.) Aishah Ghani kepada tanahair yang tercinta, Malaysia. Beliau yang dilahirkan di Hulu Langat, Selangor, telah menjadi tokoh pilihan untuk penghasilan kertas kerja ini sebagai tokoh dari kawasan tempat tinggal penulis.

Upload: diana-dianot

Post on 30-Jun-2015

106 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EEP

TOKOH NEGARA

TAN SRI PADUKA SERI (DR.) AISHAH GHANI

NUR DIANA

EEP ( KUMPULAN LA)EN. MUHAMMAD HAFIZ BIN BADARULZAMAN

Kertas kerja ini mengupas tentang latar belakang, kegiatan dan sumbangan Tan Sri Paduka Seri (Dr.) Aishah Ghani kepada tanahair yang tercinta, Malaysia. Beliau yang dilahirkan di Hulu Langat, Selangor, telah menjadi tokoh pilihan untuk penghasilan kertas kerja ini sebagai tokoh dari kawasan tempat tinggal penulis.

Page 2: EEP

1| P a g e

A) LATAR BELAKANG

Yang Berbahagia Tan Sri Datin Paduka Seri (Dr.) Aishah Ghani telah dilahirkan pada 15 Disember 1923 di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor.Berkahwin dengan Encik Abdul Aziz Abu Hassan (Allahyarham) dan memperoleh empat orang anak, iaitu Shairudin, Mariati, Datuk Astaman dan Zarim.Pendidikan:

Bermula di Sekolah Melayu Bukit Raya, Cheras, Selangor. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia, dari tahun 1936 hingga 1939. Pada tahun 1940 hingga 1943, beliau telah memasuki Maktab Perguruan Tinggi Islam di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Telah mengambil jurusan kewartawanan di Regent Street Polytechnic di London, pada April 1955 hingga Disember 1958. 

B) PENGLIBATAN TAN SERI AISHAH DALAM BIDANG POLITIK

Bermula dengan kerjaya sebagai wartawan dalam Pelita Malaya, lidah rasmi Parti Kebangsaan Melayu (PKM). Sebaik sahaja PKM ditubuhkan, beliau menjadi Ahli Jawatankuasa dan sekaligus mengetuai sayap wanita yang dipanggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Beliau pernah menyertai perhimpunan dan gerakan menuntut kemerdekaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Beliau telah keluar dari parti ini pada tahun 1946 dan menjadi ahli UMNO pada tahun 1949. Penglibatannya dalam UMNO bermula apabila beliau menjadi ahli UMNO Cawangan Pasar Pudu. Beliau menyertai UMNO Kampung Baru pada tahun 1949 dan diberi tugas sebagai Setiausaha. Sekembalinya beliau dari London pada tahun 1959, beliau bekerja sebagai wartawan di Berita Harian dan penyunting di Kumpulan Akhbar New Straits Times. Beliau telah mengundurkan diri dari bidang kewartawanan pada tahun 1963 apabila beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Naib Ketua Wanita UMNO. Beliau telah menjadi Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Negeri Selangor pada tahun 1960 hingga 1972.

EEP(KUMPULAN LA)

Page 3: EEP

2| P a g e

Kelab Sultan Sulaiman

Pada tahun 1963, Tan Sri Aishah telah dilantik Senator wanita yang pertama di Malaysia dan menjadi wakil wanita yang pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bangunan Parlimen. Beliau dilantik menjadi Senator wanita pertama di Malaysia.

Dari tahun 1967 hingga 1972, beliau menjadi wakil Malaysia ke Persidangan Suruhanjaya Taraf Wanita PBB. Beliau telah dipilih menjadi Ketua Pegerakan Wanita UMNO Malaysia pada tahun 1972 sehingga 1984. Tan Sri Aishah ialah Pengerusi Tetap Pegerakan Wanita UMNO Malaysia semenjak tahun 1986 hingga sekarang.

EEP(KUMPULAN LA)

Page 4: EEP

3| P a g e

Pada 1 Mac 1973, beliau dilantik sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat selepas persaraan Tun Tan Sri Dr. Fatimah dan memegang jawatan ini selama 11 tahun sebelum menamatkan khidmatnya pada tahun 1984.

C) SELEPAS KERJAYA POLITIK TAN SRI AISHAH GHANI

Beliau telah melancarkan Yayasan Kebajikan Negara yang masih berfungsi sehingga sekarang. Kini beliau menjadi Pengerusi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad sejak penubuhannya pada tahun 1975, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (1985-1997), Ahli Jawatankuasa Yayasan Tun Abdul Razak dan Pengerusi Pusat Perlindungan Wanita Darsaadah. Selain itu, beliau turut terlibat dalam bidang perniagaan dengan menjadi Pengerusi Electcoms Sdn. Bhd., Pengarah Eksekutif Meditel Electronics Sdn. Bhd., Pengarah Nusa Utama Sdn. Bhd., Hasrat Emas Sdn. Bhd., Pengangkutan Kota Mas Sdn. Bhd., Tanjung Sebaneka Sdn. Bhd. dan Metrojaya Bhd.

Anjung Singgah, Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur. Antara program yang dijalankan oleh Yayasan Kebajikan Negara untuk membantu golongan gelandangan memulakan kehidupan baru.

EEP(KUMPULAN LA)

Page 5: EEP

4| P a g e

D) ANUGERAH & PINGAT

Tahun 1971: Beliau telah dianugerahi bintang Johan Mangku Negara (J.M.N.) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tahun 1978: Beliau dikurniai Darjah Dato’ Paduka Mahkota Selangor Kelas Kedua (D.P.M.S.) oleh Kerajaan Selangor yang membawa gelaran ‘Datin Paduka’. Tahun 1985: Beliau dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ oleh Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tahun 1986: Beliau telah dianugerahi Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia (USM). Tahun 1999: Beliau dikurniai darjah Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama (S.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datin Paduka Seri’ oleh DYMM Sultan Selangor.Tahun 2002: Beliau telah dikurniai Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

EEP(KUMPULAN LA)