edunation seminar sejarah august 2015

Upload: nazriniskandar88

Post on 07-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Edunation SPM Seminar Sejarah August 2015 Soft Copy Notes

TRANSCRIPT

  • Intensive SPM Seminar

    2015

    En. Abdullah

    SEJARAH

  • Intensive SPM Seminar August 2015 Brickfields Asia College Edunation

    1Sejarah

    TAJUK-TAJUK BAB 3

    LATAR BELAKANG PEMBINAAN NEGARA DAM BANGSA

    PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA EROPAH.

    PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA ITALI.

    PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA JERMAN.

    PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM MADINAH.

    CIRl-CIRI NEGARA DAN BANGSA.

    CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA KESULTANAN MELAYU MELAKA.

    WARISAN NEGERI-NEGERI MELAYU.

    SISTEM JEMAAH MENTERI Dl KELANTAN.

    UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR DAN TERENGGANU.

    PRINSIP DEMOKRASI DI NEGERI SEMBILAN

    MAKSUD BANGSA DAN NEGARA

    1. Sistem politik masyarakat Melayu dan berbeza daripada sistem politik negara moden hari ini

    a. Bezakan konsep kerajaan negeri dalam masyarakat Melayu tradisional dengan zaman penjajah Barat(9m)i. Kerajaan juga dirujuk kewujudan rajaii. Kerajaan yang kuat akan menakluki kerajaan yang lemahiii. Kedudukan Raja adalah tinggi dan istimewaiv. Raja bertanggungjawab memberi perlindungan politik dan jaminan keselamatan

    kepada rakyatnyav. Rakyat pula mengakui dan menerima kekuasaan rajavi. Pada zaman British kerajaan Melayu disebut sebagai Negerivii. Tahun 1946 British membenarkan melainkan untuk membina negara bangsa yang

    modenviii. Tahun 1948 Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan yang menggabungkan semua

    negeri di bawah pentadbiran pusatix. Tahun 1957 terbentuknya sebuah Persekutuan Tanah Melayu yang merdekax. Tahun 1963 terbentuknya negara Malaysia dengan gabungan Sabah, Sarawak

    dengan Tanah Melayu

    b. Proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia adalah berdasarkan empat ciri utama. Jelaskan konsep bangsa dan kerajaan.(6m)i. Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah.ii. Mempunyai persamaan bahasa, adat resam kesenian dan pengalaman sejarah.iii. Bangsa Malaysia terdiri dari rakyat pelbagai kaum.iv. Kerajaan merupakan institusi pemerintahan yang menggubal dan melaksanakan

    dasar sebuah negarav. kerajaan Malaysia terdiri dari Badan perundangan, Badan Pelaksana dan badan

    kehakiman

  • Intensive SPM Seminar August 2015Brickfields Asia CollegeEdunation

    2 Sejarah

    vi. kerajaan bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat

    c. Terangkan mengapakah undang-undang itu penting kepada sesebuah negara1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    TAJUK-TAJUK BAB 4

    FAKTOR MALAYAN UNION DIPERKENALKAN.

    REAKSITERHADAP MALAYAN UNION.

    SOKONGAN TERHADAP MALAYAN UNION.

    CARA2 PENTANGAN MALAYAN UNION.

    PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (1948)

    PENENTANGAN SARAWAK DAN SABAH.

    1. Malayan Union merupakan satu bentuk pentadblran persekutuan yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.

    a. Nyatakan prisip-prinsip dalam kerakyatan Malayan Union. (6m). i. Kerakyatan berasaskan kesamarataan.ii. Mengikut prinsip jus soli. iii. Seslapa yg lahir di Tanah Melayu @ Singapura layak menjadi rakyat Malayan Union. iv. Berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin selama 10 hingga 15 tahun akan dapat

    kerakyatan Malayan Union. v. Berumur kurang 18 tahun merupakan anak warganegara juga diberi kerakyatanvi. Semua rakyat British dari tanah jajahan takluk boleh menjadi rakyat Malayan

    Union. b. I) Apakah tuntutan Raja-Raja Melayu kepada British untuk menjaga status dan

    keselamatan rakyat (3m). i. Menuntut kusa Raja-Raja Melayu dikembalikan. ii. Menuntut perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai rakyat Raja Melayu

    dikekalkan. iii. Menuntut hal ehwal ketuanan Melayu di kekalkan.

    II) Apakah tuntutan Raja-Raja Melayu dan pembesar Molayu yang dimasukan cteb Britlsh daiam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.(4m). i) Mereka menolak semua prinsip Malayan Unlon. ii) Mereka menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep negeri-negeri

    Melayu Bersekutu.

  • Intensive SPM Seminar August 2015 Brickfields Asia College Edunation

    3Sejarah

    iii) Mereka menolak kerakyatan terbuka Malayan Union. iv) Mahukan perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu dan orang Melayu

    dipulihkan v) Menuntut Raja-Raja Melayu sebagai ketua negeri Melayu diakui semula

    c) Jelaskan ikhtibar yang dapat diambll daripada peristiwa penantangan orang Maiayu terhadap pelaksanaan Maiayan Union di Tanah Melayu. (6m).

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    MALAYAN UNION & PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (Bahagian B)

    1. 1946 MALAYAN UNION PENENTANGAN ORANG MELAYU-1948 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

    a. Terangkan faktor yang membawa kepada pembentukan Parsakutuan Tanah Melayu 1948. (6m)i. Ketegasan orang Melayu menentang Malayan Union. ii. Penyatuan orang Melayu melibatkan raja dan rakyat iii. Sokongan bekas pegawai tinggi British. iv. Sokongan dari pegawai tinggi British. v. Sikap poiltik orang Melayu yang sederhana vi. Mereka hanya menulis dalam akhbar, berdemontrasi dan berkongres. vii. Mereka tidak mengangkat senjata seperti PKM.

    b. Bandingkan ciri-ciri Malayan Union 1946 dengan Persakutuan Tanah Melayu 1948.(8m) i. Pentadbiran Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor. ii. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk. iii. Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu. iv. Baginda hanya membincangkan soal adat dan agama Islam sahaja. v. Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik sebagai ketua pentadbir negeri. vi. Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi. vii. Konsep Raja Berperlembagaan di bentuk. viii. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri diwujudkan ix. Pesuruhjaya Tinggi British menjaga keistimewaan orang Melayu.

    c. Nyatakan enam kesan daripada perlaksanaan Persekutuan Tanah Melayu. (6m) i. Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Negeri diperingkat

    pusat

  • Intensive SPM Seminar August 2015Brickfields Asia CollegeEdunation

    4 Sejarah

    ii. Sultan ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar. iii. Terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. iv. Syarat kerakyatan diperketatkan. v. British mengiktiraf semula ketuanan Melayu. vi. Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa yang lebih jelas

    PENYERAHAN SARAWAK

    1. Penyerahan Sarawak dan Sabah kepada pihak British pada pertangahan abad ke 20 talah menimbulkan reaksi yang berbeza dalam kalangan penduduk tempatan di kedua-dua negeri tersebut

    a. Mengapakah Vyner Brooke ingin menyerahkan Sarawak kepada British dan mengapakah rakyat Sarawak menentang penyerahan tarsebut kepada British pada tahun 1948. (7m) i. Beliau sudah tua. ii. Beliau uzur. iii. Penggantinya Anthony Brooke tidak layak mentadbir. iv. Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British tidak dirujuk kepada pemimpin

    tempatan. v. Mereka dipaksa menerima penjajahan British secara mutlak. vi. Tindakan ini bercanggah dengan perlembagaan 1941 vii. Vyner Brooke hanya menerima sokongan dari bukan bumiputera dan pegawai

    pegawai BrttJsh. viii. British mengistiharkan Sarawak sebagai Tanah Jajahan Mahkota British.

    b. Nyatakan pertubuhan-pertubuhan yg menentang penyerahan Sarawak kepada British. (4m) i. Persatuan Melayu Sarawak. iii. Persatuan Dayak Sarawak. iii. Barisan Pemuda Sarawak. iv. Barisan Pemuda Melayu Sibu.

    c. i. Apakah tindakan yang diambil oleh masyarakat tempatan menentang penjajahan british di Sarawak. (6m)i. Pertubuhan-pertubuhan peribumi Sarawak menentang pengisytiharan

    tersebut secara terbuka. ii Kaum ibu dalam Kesatuan Melayu Sarawak memghantar surat bantahan

    kepada British. iii. Mereka juga mengadakan demontrasi. iv. Seramai 338 orang kakitangan awam meletakan jawatan. v. Kaum muda dan golongan terpelajar menubuhkan kumpulan Rukun Tiga

    Belas vi. Duncan Stewart, iaitu Gebenor Sarawak yang baru dilantik tetah dibunuh

    oleh Rosli Dhobi semasa beliau melawat Sibu.

  • Intensive SPM Seminar August 2015 Brickfields Asia College Edunation

    5Sejarah

    ii. Penyerahan Sabah kepada Syarikat Borneo Utara British kepada kerajaan British tidak mendapat tentangan. Jelaskan. (3m)i. Kesedaran poilitik Sabah amat perlahan. ii. Kebanyakan persatuan di Sabah ialah persatuan sosio ekonomi yang bersifat

    sederhana. iii. Contoh, Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan dan Persatuan Melayu

    Jesselton.

    TAJUK-TAJUK BAB 5 SISTEM AHLI.

    PAKATAN MURNI.

    KEJAYAAN PARTI PERIKATAN DALAM PILIHAN RAYA.

    SURUHANJAYA REID

    PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

    PERANAN TOKOH-TOKOH

    PAKATAN MURNI

    1. Sebelum penubuhan Parti Perikatan. beberapa usaha telah dilakukan oleh penduduk Persekutuan Tanah Melayu untuk mengadakan Pakatan Murni.

    a. Jelaskan maksud Pakatan Murni. (4m) i. Merupakan usaha semua kaum untuk mewujudkan kerjasama. ii. Menghasilkan satu bentuk tolak ansur politik. iii. Merupakan jalan penyelesaian untuk menyatukan penduduk pelbagai kaum.iv. Setiap kaum mempunyai tuntutan sendiri dan diselesaikan secara rundingan.

    b. Terangkan langkah-langkah ke arah pembentukan Pakatan Murni di negara kita. (8m)i. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum di Pulau Pinang. ii. Diperingkat awal jawatankuasa ini diwakili oleh orang Melayu dan orang Cina

    sahaja. iii. Jawatankuasa ini kemudiannya dikembangkan dengan enam pemimpin Melayu,

    enam pemimpin Cina, seorang wakil kaum India, seorang wakil kaum Sri Langka, seorang wakil kaum Serani & seorang wakil kaum Eropah.

    iv. Jawatankuasa tetah bersetuju menubuhkan RIDA untuk membantu orang Melayu di luar bandar.

    v. Kerayatan negeri diberi kepada golongan imigran yang lahir di Tanah Melayu dengan syarat Ibubapa mereka telah menjadi warganegara Tanah Melayu.

  • Intensive SPM Seminar August 2015Brickfields Asia CollegeEdunation

    6 Sejarah

    vi. Dato Onn Jaafar mencadangkan UMNO membuka keahlian kepada semua kaum tetapi cadangannya teiah ditolak oleh ahli UMNO.

    vii. Dato Onn meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya. viii. Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden UMNO telah menganjurkan Konvensyen

    Kebangsaan bersama MCA.ix. Konvensyen ini kemudianya telah mengasaskan pembentukan Parti Perikatan.

    c. Jelaskan kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan pakatan murni. (8m) i. Dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, Parti Perikatan menang 9

    dari 12 kerusi yang dipertandingkan. ii. Pilihan raya Majlis Perbandaran di beberapa bandar Parti Perikatan menang 26 dari

    37 kerusi yang dipertandingkan. iii. Dalam pilihan raya negeri, Parti Perikatan menang 226 kerusi dari 268 kerusi yang

    dipertandingkan. iv. Padatahun1955, Parti Perikatan disertai oleh MIC. v. Pilihan raya Majlis Perundanag Persekutuan, Parti Perikatan menang 51 dari 52

    kerusi yang dipertandingkan. vi. Tunku Abdul Rahaman dilantik menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu.

    SURUHANJAYA REID

    1. Suruhanjaya Reid - Menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Kenyataan ini merujuk kepada penggubalan perlembagaan baru bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

    a. I) Terangkan tentang isu yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid dalam menggubal perlembagaan tersebut. (3m) i. Pembentukan sebuah persekutuan yang kuat ii. Pemberian kuasa autonomi kepada negeri. iii. Isu kedudukan Raja-Raja Melayu. iv. Kewujudan satu bangsa persekutuan.

    II) Penerimaam cadangan Suruhanjaya Reid menunjukkan wujudnya unsur tolak ansur antara pemimpin Melayu dan bukan Melayu. Nyatakan tiga perkara yang di persetujui oleh pemimpin tersebut. (3m)i. Kerakyatan Jus Soli. ii. Kedudukan istimewa orang Melayu. iii. Islam sebagai agama rasmi. iv. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    b. Jelaskan isi-isi penting yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. (8m) i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan. ii. Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British. iii. Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan. iv. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk. v. Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.

  • Intensive SPM Seminar August 2015 Brickfields Asia College Edunation

    7Sejarah

    vi. Islam menjadi agama rasmi Persekutuan. vii. Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu, kuatkuasa undang-undang, permohonan

    dan naturalisasi manakala prinsip jus soli diterima. viii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. ix. Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara.

    c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dianggap penting kepada negara kita? (6m)

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    TAJUK-TAJUK BAB 6

    FAKTOR PENUBUHAN MALAYSIA.

    REAKSI Dl TANAH MELAYU DAN SINGAPURA

    REAKSI Dl SARAWAK DAN SABAH.

    REAKSI BRUNEI.

    REAKSI FILIPINA

    REAKSI INDONESIA.

    LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN MALAYSIA.

    PERJANJIAN MALAYSIA.

    PENUBUHAN MALAYSIA

    1. A) Terangkan cadangan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh dari dalam dan luar negara ke arah pembentukan Malaysia. (6m)i. Lord Braseey Pengarah SBUB mencadangkan gabungan Negeri Selat, negeri-negeri

    Melayu, Sarawak dan Sabah. ii. Malcom MacDonald mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Bmnei dan

    Persekutuan Tanah Melayu digabungkan. iii. Dato Onn Jaatar mencadangkan agar nama Malaysia diberi kepada Persekutuan

    Tanah Melayu yang merdeka. iv. Lee Kuan Yew mendesak British menggabungkan Tanah Melayu dengan Singapura

    sahaja v. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman bersetuju pembentukan gagasan Malaysia

  • Intensive SPM Seminar August 2015Brickfields Asia CollegeEdunation

    8 Sejarah

    B) Nyatakan ciri-ciri Akta Malaysia atau Perjanjian Malaysia 1963. (7m) i. Hal ehwal luar di bawah kuasa Persekutuan. ii. Islam menjadi agama Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak. iii. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. iv. Di Sabah dan Sarawak bahasa Inggeris menjadi bahasa kebangsaan untuk tempoh

    10 tahun daripada Hari Malaysia. v. Sabah dan Sarawak berkuasa ke atas akta imigresen. vi. Peribumi Sabah dan Sarawak mendapat hak yang sama seperti orang Melayu di

    Persekutuan Tanah Melayu. vii. Bagi kerusi parlimen, Sabah 16 kerusi dan Sarawak 24 kerusi.

    C) Apakah pengajaran yang diperolehi oleh generasi muda dari peristiwa konfrantasi untuk mempertahankan kedaulatan negara. (7m)

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

  • Intensive SPM Seminar August 2015 Brickfields Asia College Edunation

    9Sejarah

    TAJUK-TAJUK BAB 7

    CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN.

    PERLEMBAGAAN.

    PINDAAN PERLEMBAGAAN.

    RAJA BERPERLEMBAGAAN.

    BADAN PERUNDANAGAN

    BADAN PELAKSANA.

    BADAN KEHAKIMAN.

    PILIHAN RAYA.

    PARTI-PARTI POLITIK DI TANAH MELAYU.

    PARTI-PARTI POLITIK Dl SABAH DAN SARAWAK.

    KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

    PENGAGIHAN KUASA

    LAMBANG-LAMBANG NEGARA

    PARLIMEN

    ParlimenYang di-Pertuan Agong - Dewan Rakyat - Dewan Negara

    Rajah menunjukan kapada kompenan utama dalam Badan Perundangan di Malaysia

    a) Sanaraikan peranan badan perundangan dan jenis undang-undang yang digubal di Malavsia.(4m) i. Menggubal undang-undang.

    ii. Untuk menjamin keadilan

    iii. Undang-undang yang digubal oleh Parlimen.

    iv. Undang-undang yang dlgubal oleh Dewan Undangan Negeri.

    b) Terangkan tentang keahlian dalam dewan Rakyat dan Dewan Negara (8m). i. Ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

    ii. Mewakili kawasan pilihan raya

    iii. Memegang jawatan dalam tempoh 5 tahun.

    iv. Mempunyai 219 ahli.

    v. Ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

  • Intensive SPM Seminar August 2015Brickfields Asia CollegeEdunation

    10 Sejarah

    vi. Seramai 69 ahli.

    vii. Digelar sebagai Senator.

    viii. Memegang jawatan selama 3 tahun.

    ix. Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.

    c) Jelaskan proses meluluskan undang-undang di Parlimen.(8m) i. Rang undang-undang dicadangkan oleh kementerian.

    ii. Rang Undang-undang digubal oleh Peguam Negara.

    iii. Pembacaan pertama di Dewan Rakyat iaitu pembacaan tajuk sahaja.

    iv. Pembacaan kedua di Dewan Rakyat untuk dibahaskan.

    v. Perbincangan terperinci oleh jawatankuasa Dewan Rakyat.

    vi. Pembacaan ketiga dibahas dan diluluskan.

    vii. Pembentangan di Dewan Negara.

    viii. Penyerahan rang undang-undang kepada Yang di Pertuan Agong untuk diturunkan cop mohor.

    ix. Rang undang-undang tersebut diwartakan dalam Warta Kerajaan.