editkertaskerja-110120192840-phpapp01

12
SGDU4162| PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM 2010 MAAHAD MUHAMMADI GUA MUSANG 18600 GUA MUSANG, KELANTAN DARUL NAIM. KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH PIALA PENGETUA TEMPAT: GUA MUSANG ARENA TARIKH: 30 & 31 OKTOBER 2010 ANJURAN: MOHD AIZAT BIN MOHD ZAIN 208503 KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH PIALA PENGETUA

Upload: syarafina-aminuddin

Post on 13-Nov-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh kertas kerja

TRANSCRIPT

SGDU4162| PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM2010

MAAHAD MUHAMMADI GUA MUSANG

18600 GUA MUSANG,

KELANTAN DARUL NAIM.KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH

PIALA PENGETUATEMPAT:

GUA MUSANG ARENATARIKH:

30 & 31 OKTOBER 2010ANJURAN:

UNIT KOKURIKULUM

MAAHAD MUHAMMADI GUA MUSANGMENGADAKAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAHANJURAN UNIT KOKURIKULUM MAAHAD MUHAMMADI GUA MUSANG1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan daripada Yang Berusaha Tuan Pengetua Maahad Muhammadi Gua Musang bagi mengadakan Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah Piala Pengetua. Kertas kerja ini juga dikemukakan untuk memohon tajaan peruntukan kewangan daripada Yang Berhormat Encik Abdul Patah B. Hj. Mahmod , Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri Kelantan bagi pelaksanaan program ini.2.0 LATAR BELAKANG PEROGRAMPertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang dianjurkan oleh unit kokurikulum Maahad Muhammadi Gua Musang. Pertandingan ini disertai oleh pelajar daripada Tahap 2 (Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5). Setiap pasukan menyenaraikan tujuh pemain termasuk dua orang pemain simpanan. Pertandingan ini akan diadakan di Gua Musang Arena. Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.

3.0 MATLAMAT

Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai

sesebuah pertandingan.

4.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri

dalam sesebuah kumpulan.

4.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab

dalam sesebuah pasukan..

4.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.

4.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-

strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

4.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan

sosial.5.0 TEMA

Bersukan Satu Ibadah6.0 PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 29 & 30 Oktober 2010 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu

4.2 Dilaksanakan selama 2 hari

4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi sahaja ( hingga pukul 12.00 a.m. )7.0 LOKASI Gua Musang Arena

8.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana padang awam:

5.1 Kawasan padang yang berdekatan dengan rumah murid.

5.2 Tidak perlu mengenakan sebarang bayaran.

5.5 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya

pada peserta dalam aktiviti mereka.

9.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

8.1 Jumlah peserta :54 orang

8.2 Jumlah pasukan :6 pasukan (Rujuk Senarai Nama Pelajar yang dilampirkan)10.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN Pengarah: En. Mohd Aizat bin Mohd ZainTimbalan Pengarah: En Mohd Azim bin JusohSetiausaha : Tun Hafzi bin Tun Harun

Bendahari : Cik Masitah binti Ibrahim

AHLI JAWATANKUASA

AJK Hadiah dan Sijil : Pn Norasilawati bt KamaruzzamanAJK Pertandingan : En Khali bin HassanAJK Persiapan Tempat : Tn Syed Hassan Azhari11.0 FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan 7 sebelah dimana setiap pasukan perlu mendaftarkan 9 pemain yakni lima pemain akan bermain dan dua lagi akan menjadi pemain simpanan. Masa dalam satu perlawanan adalah selama 10 minit. Format pertandingan adalah setiap pasukan akan di bahagi kepada dua kumpulan. Setiap pasukan akan bermain dalam peringkat kumpulan dahulu. Juara dan naib juara akan meneruskan ke peringkat seterusnya. Peserta dalam setiap pasukan mesti terdiri daripada murid-murid Tahap 2 iaitu mesti bercampur dari setiap kelas.12.0 SYARAT PERMAINAN

9.1 Setiap kumpulan perlu mengikut masa perlawanan yang ditetapkan. Kumpulan yang tidak hadir akan dikira kalah dengan jaringan tiga gol.

9.2 Pemain yang bermain dalam pasukan itu adalah pemain yang didaftarkan.

9.3 Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung satu perlawanan.

9.4 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bentuk rayuan dan bantahan tidak akan

dilayan melainkan atas ihsan pengadil.13.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh: 29 Oktober 2010 (Jumaat)8.00 pg- Pendaftaran peserta

9.00 pg- Majlis Perasmian

Oleh: YBrs Hj Khairud-din B. IsmailPenolong Kanan 1 Maahad Muhammadi Gua Musang

10.00 pg- Perlawanan Peringkat Kumpulan12.00 tgh- Perlawanan Dihentikan Dan Disambung Keesokan Hari

Tarikh: 30 Oktober 2010 (Sabtu)8.00 pg- Perlawanan Separuh Akhir

9.30 pg- Rehat

10.00 pg- Perlawanan Akhir11.00 pg- Majlis Penyampaian Piala Dan Saguhati

Oleh: YBrs Ustaz Pahrudin Karimi B. Che Muhammad

Pengetua Maahad Muhammadi Gua Musang

12.00 tgh- Bersurai14.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BILPERKARAKUANTITIJUMLAH (RM)

1Peralatan300.00

2Cenderahati Pengadil100.00

3Hadiah1000.00

4Minuman100.00

5Rencam (belanja tak terduga)500.00

6

Jumlah2000.00

Berikut adalah sumber perbelanjaan yang diperolehi untuk menjayakan program ini:BILPERKARAKUANTITIJUMLAH (RM)

1Tabung PIBG sekolah500.000

2Sumbangan oleh ADUN Galas500.00

3Tajaan1,000.00

Jumlah2,000.00

15.0 PENUTUPKami berharap agar pihak Tuan dapat mengambil perhatian dan memberi pertimbangan yang sewajarnya dengan usul yang kami garapkan di dalam kertas kerja ini. Semoga program tahunan ini dijayakan dengan sempurna dan berjalan di atas keberkatan daripada Allah s.w.t. Sekalung terima kasih kami dahului kepada semua pihak yang sedia membantu bagi melihat program ini berjalan dengan lancar dan semoga usaha bersama ini dapat memberi impak positif untuk generasi tunas Maahad Muhammadi Gua Musang

Disediakan oleh:

Tarikh : (MOHD AIZAT BIN MOHD ZAIN)

Pengarah Pertandingan Bola Sepak Tujuh SebelahUnit Kokurikulum 2010,

Maahad Muhammadi Gua Musang

16.0 SOKONGAN 1

Dengan ini saya menyokong / tidak menyokong* Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah Piala Pengetua anjuran unit kokurikulum Maahad Muhammadi Gua Musang yang akan dilaksanakan pada 29&30 Oktober 2010 bertempat di Gua Musang Arena. Ulasan :

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

.

Penolong Kanan 1,

NAMA DAN COP JAWATAN

Maahad Muhammadi Gua Musang.

Tarikh : ..

17.0 SOKONGAN 2Dengan ini saya menyokong / tidak menyokong* Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah Piala Pengetua anjuran unit kokurikulum Maahad Muhammadi Gua Musang yang akan dilaksanakan pada 29&30 Oktober 2010 bertempat di Gua Musang Arena.Ulasan :

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

.

Penolong Kanan HEM NAMA DAN COP JAWATAN

Maahad Muhammadi Gua Musang.

Tarikh : ..

18.0 SOKONGAN 3Dengan ini saya menyokong / tidak menyokong* Pertandingan Bola Sepak Sebelah Piala Pengetua anjuran unit kokurikulum Maahad Muhammadi Gua Musang yang akan dilaksanakan pada 29&30 Oktober 2010 bertempat di Gua Musang Arena.

Ulasan :

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

.Guru Penasihat

NAMA DAN COP JAWATANKokurikulum

Maahad Muhammadi Gua Musang.

Tarikh : ..

19.0 KELULUSAN

Dengan ini saya menyokong / tidak menyokong* Pertandingan Bola Sepak Sebelah Piala Pengetua anjuran unit kokurikulum Maahad Muhammadi Gua Musang yang akan dilaksanakan pada 29&30 Oktober 2010 bertempat di Gua Musang Arena.

Ulasan :

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

.

Pengetua,

NAMA DAN COP JAWATANMaahad Muhammadi Gua Musang.

Tarikh : ..*Potong yang tidak berkenaan

MOHD AIZAT BIN MOHD ZAIN208503

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH PIALA PENGETUA