edisi pelajar pemahamanteknik jawab soalan skop pilihan

16
1. 40 SOALAN ~ 50 MINIT 2. Meliputi dua aspek utama: a) Pemahaman Teks ~ 10 SOALAN b) Tatabahasa ~ 30 SOALAN 3. Soalan berkehendakkan JAWABAN YANG PALING SESUAI. 4. a) SOALAN PEMAHAMAN TEKS: i) 10 soalan ~ 2 Soalan KEMAHIRAN BERFIKIR. ii) 2 PETIKAN YANG BERBEZA. iii) 1 petikan ~ 5 SOALAN. iv) Terbahagi kepada 3 bahagian: (a) Soalan TERSURAT / TERSIRAT, (b) Soalan KOSA KATA, dan v) Mengetengahkan 2 SOALAN BONUS, iaitu Soalan 31 dan Soalan 36. Jawaban untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat pada awal petikan. b) SOALAN TATABAHASA: i) 30 soalan ~ 18 Soalan KEMAHIRAN BERFIKIR. ii) Lebih kurang 20 Soalan Aneka Pilihan (A, B, C, D) dan kira-kira 10 Soalan Melengkapkan Pelbagai Gabungan (I, II, III, IV). iii) Merangkumi aspek: a) Jenis kata ~ 2 hingga 4 soalan b) Peribahasa ~ 2 soalan c) Penjodoh Bilangan ~ 2 soalan d) Pengimbuhan ~ 2 atau 3 soalan e) Pembinaan Soalan / Jawaban ~ 2 soalan f) Polisemi ~ 2 soalan g) Antonim / Sinonim ~ 2 soalan 1

Upload: irman1975

Post on 12-Dec-2015

243 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

PUBLIC

TRANSCRIPT

Page 1: Edisi Pelajar PemahamanTeknik Jawab Soalan Skop Pilihan

1. 40 SOALAN ~ 50 MINIT

2. Meliputi dua aspek utama:a) Pemahaman Teks ~ 10 SOALANb) Tatabahasa ~ 30 SOALAN

3. Soalan berkehendakkan JAWABAN YANG PALING SESUAI. 4. a) SOALAN PEMAHAMAN TEKS:

i) 10 soalan ~ 2 Soalan KEMAHIRAN BERFIKIR. ii) 2 PETIKAN YANG BERBEZA. iii) 1 petikan ~ 5 SOALAN. iv) Terbahagi kepada 3 bahagian:

(a) Soalan TERSURAT / TERSIRAT, (b) Soalan KOSA KATA, dan

v) Mengetengahkan 2 SOALAN BONUS, iaitu Soalan 31 dan Soalan 36. Jawaban untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat pada awal petikan.

b) SOALAN TATABAHASA: i) 30 soalan ~ 18 Soalan KEMAHIRAN BERFIKIR. ii) Lebih kurang 20 Soalan Aneka Pilihan (A, B, C, D) dan kira-kira 10 Soalan Melengkapkan Pelbagai Gabungan (I, II, III, IV). iii) Merangkumi aspek:

a) Jenis kata ~ 2 hingga 4 soalan b) Peribahasa ~ 2 soalan c) Penjodoh Bilangan ~ 2 soalan

d) Pengimbuhan ~ 2 atau 3 soalan e) Pembinaan Soalan / Jawaban ~ 2 soalan f) Polisemi ~ 2 soalan g) Antonim / Sinonim ~ 2 soalan h) Analisis Ayat ~ 2 / 3 soalan i) Ayat Sama Maksud ~ 2 soalan j) Tanda Baca ~ 2 soalan

k) Penanda Wacana ~ 2 soalan l) Kata Ganda ~ 2 soalan

1

Page 2: Edisi Pelajar PemahamanTeknik Jawab Soalan Skop Pilihan

SOALAN TATABAHASA POPULAR(Soalan 21 hingga Soalan 30)

Tatacara Menjawab (Teknik EKSPRES)A) Ayat Sama Maksud (2 Soalan)

~ HIGHLIGHTkan idea yang berbeza. ~ HIGHLIGHTkan ayat-ayat tidak munasabah / silap. ~ Biasanya, ayat yang paling panjang itu betul.

B) Tanda Baca (2 Soalan) ~ Mahiri semua FUNGSI katanda baca. ~ Baca soalan secara MEKANIS dan LAKONKAN SITUASI.

C) Kata Polisemi (2 Soalan) ~ Baca SEMUA AYAT sebelum menanda jawaban. ~ Perhatikan KETEPATAN PENGGUNAAN ISTILAHnya. ~ HIGHLIGHTkan ayat-ayat tidak munasabah / silap.

~ Berhati-hatilah dengan penampilan kata-kata polisemi yang AGAK PELIK BUNYINYA. Mungkin istilah ini BETUL jika contoh ayatnya dikutip terus atau diubahsuai daripada KAMUS DEWAN.

D) Analisis Ayat (2 Soalan)~ HIGHLIGHTkan mana-mana ayat yang kamu rasakan tidak betul / silap.

~ Kesalahannya melibatkan penggunaan istilah, pengimbuhan, struktur, ejaan dan hukum D-M.

E) Peribahasa (2 Soalan) ~ Kuasai kebanyakan peribahasa yang berkaitan dengan calon UPSR.

2

Page 3: Edisi Pelajar PemahamanTeknik Jawab Soalan Skop Pilihan

Soalan Tatabahasa20 Soalan (12 KBKK)

EMPAT JAWABAN akan diberikan tetapi DUA daripadanya ternyata

TIDAK MUNASABAH. Walaupun kamu terdesak untuk meneka, kamu sebenarnya HANYA mempunyai DUA pilihan!

Teknik Menjawab ~

1. Gunakan “HIGHLIGHTER”.

2. Baca soalan SETELITI MUNGKIN.

3. UTAMAKAN soalan yang MUDAH (Soalan 1 hingga 20). BULATKAN soalan yang sukar.

4. Gunakan TEKNIK EKSPRES untuk menjawab soalan Melengkapkan Pelbagai Gabungan.

5. Kotorkan KERTAS SOALAN kamu. Gunakan kertas soalan sebagai BAHAN CATATAN.

6. POTONG umpanan jawaban yang 100% SILAP / TIDAK MUNASABAH.

7. “HIGHLIGHT”kan kata kunci (berlawanan / sama erti / tidak / kecuali / tidak benar / bukan / melainkan dan sebagainya ).

8. Berikan lebih perhatian kepada SOALAN 21 HINGGA 30.

9. Tandakan jawaban pada KERTAS SOALAN dahulu. Semasa menandakan kertas jawaban, letakkan kertas jawaban kamu BERSEBELAHAN dengan kertas soalan.

3

Page 4: Edisi Pelajar PemahamanTeknik Jawab Soalan Skop Pilihan

KATA POLISEMI (2 soalan)

~ HIGHLIGHTkan kata polisemi yang disoal.

~ HIGHLIGHTkan umpanan jawaban yang SALAH.~ BERHATI-HATI dengan andaian jawaban yang penggunaan kata poliseminya AGAK PELIK. Biasanya ayat ini BETUL kerana CONTOH AYAT tersebut dikutip terus daripada KAMUS DEWAN.~

Ingat, tidak semestinya perkataan atau istilah yang sering kamu gunakan secara lisan itu tepat dan menepati sistem tatabahasa.

~ Jika ada ayat yang mengelirukan, tinggalkan. Baca ayat berikutnya.

CONTOH SOALAN

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

1 I Mereka datang percuma dengan menunggang basikal.II Percuma sahaja kakak menasihati abang yang degil itu.

III Sesiapa pun tidak akan bekerja secara percuma tanpa sebarang upah. IV Pekerja syarikat itu bergaji rendah tetapi mereka diberi makan percuma. A II dan III C I dan III

B II dan IV D II, III dan IV

2 I Pramugari melayan penumpang dengan penuh mesra. II Majikan itu sering menabur janji mesra kepada pekerja-pekerjanya. III Ikan ini perlu digaul mesra dengan garam dan kunyit sebelum digoreng. IV Hubungan mesra Johnny dengan Amisha Patel tidak direstui oleh keluarga. A I dan II C III dan IV

B II dan III D I, III dan IV

3 I Bas yang dipandu pantas itu terbabas ke gaung.II Iqmal menjawab soalan matematik dengan pantas.

III Angin yang bertiup pantas menumbangkan pokok itu. IV Kanak-kanak tidak pantas menyampuk perbualan orang-orang tua. A I dan IV C II dan III

B III dan IV D III dan IV

4 I Datuk sedang menggulung daun rokok. II Daun jam tangan ayah diperbuat daripada emas. III Emak menyuruh abang membersihkan daun kipas yang berhabuk.

IV Kehilangan kunci menyebabkan daun pintu itu terpaksa dipecahkan.A I dan III C III dan IVB II dan III D I, III dan IV

4

Page 5: Edisi Pelajar PemahamanTeknik Jawab Soalan Skop Pilihan

PERIBAHASA (2 soalan)

~ Banyakkan membaca tentang peribahasa~ Kuasai kebanyakan peribahasa yang berkaitan dengan calon UPSR.

Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1 Sikapnya yang suka _________________ itu akan menyebabkan persahabatan mereka menjadi renggang.

A beri muka B adu domba C makan suap D ikut telunjuk

2 Azlina suka bercakap banyak seperti ____________________________. A itik pulang petang

B murai tercabut ekorC rusa masuk kampung

D anjing menyalak bukit

3 Berita pertunangan David Beckham dengan Siti Nurhaliza telah menjadi ___________________ penduduk kampung.

A buah mulut B ringan mulut

C khabar angin

D hentam keromo

4 Sebagai anggota masyarakat, kita tidak seharusnya mementingkan diri _____________________________________ .

A seperti enau dalam belukar B seperti anjing dengan kucing

C seperti si buta kehilangan tongkat D seperti anjing dengan bayang-bayang

5 Sebagaimana bodoh pun seseorang itu, jika dididik nescaya dia akan pandai. Bak kata pepatah, _________________________________.

A Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit B Belakang parang diasah lagikan tajam C Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

D Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

5

Page 6: Edisi Pelajar PemahamanTeknik Jawab Soalan Skop Pilihan

AYAT SAMA MAKSUD (2 soalan)

~ PALANGKAN idea yang berbeza. ~ POTONG ayat yang SILAP.~ Jawaban biasanya menjurus kepada ayat yang paling panjang.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat bergaris.

1 “Jangan bermain di muka pintu, Rohana. Tetamu yang emak jemput akan sampai tidak lama lagi,” kata Mak Cik Hendon kepada anaknya. A Mak Cik Hendon melarang anaknya, Rohana bermain di muka pintu kerana tetamu

yang dijemputnya akan tiba tidak lama lagi.B Mak Cik Hendon mencegah anaknya, Rohana bermain kerana tetamu yang dijemputnya

akan tiba di muka pintu tidak lama lagi.C Oleh sebab tetamu akan tiba sebentar lagi, Rohana, anak Mak Cik Hendon ditegah

bermain di muka pintu. D Oleh sebab Rohana bermain di muka pintu, Mak Cik Hendon menghalangnya kerana

tetamu yang dijemputnya akan sampai seketika lagi.

2 Pada setiap hari raya, Pegawai Daerah itu akan dikunjungi oleh orang ramai yang datang dari seluruh daerah. A Pada setiap hari raya, orang ramai di seluruh daerah dikunjungi oleh Pegawai Daerah

itu.B Pada setiap hari raya, orang ramai mengunjungi Pegawai Daerah yang datang dari

seluruh daerah.C Orang ramai yang datang dari seluruh daerah akan mengunjungi Pegawai Daerah itu

pada setiap hari raya.D Orang ramai yang datang pada setiap hari raya dari seluruh daerah akan mengunjungi

Pegawai Daerah.

3 Pameran alat-alat komputer di Dewan Intan telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. A Pengarah Pendidikan Negeri telah merasmikan alat-alat di pameran komputer Dewan

Intan. B Pengarah Pendidikan Negeri telah merasmikan pameran alat-alat komputer di Dewan

Intan.C Alat-alat pameran komputer di Dewan Intan telah dirasmikan oleh Pengarah

Pendidikan Negeri. D Alat-alat komputer di pameran di Dewan Intan telah dirasmikan oleh Pengarah

Pendidikan Negeri.

6

Page 7: Edisi Pelajar PemahamanTeknik Jawab Soalan Skop Pilihan

TANDA BACA (2 Soalan)

~ Baca soalan secara MEKANIS dan LAKONKAN SITUASI TERTENTU.

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.

1 A Peserta Ke-8 itu ialah adik Nabilah bt. Azrul dari tahun enam Elit. B Peserta Ke 8 itu ialah Adik Nabilah bt. Azrul dari tahun Enam Elit.

C Peserta Ke VIII itu ialah Adik Nabilah binti Azrul dari Tahun Enam Elit. D Peserta Kelapan itu ialah Adik Nabilah binti Azrul dari Tahun Enam Elit.

2 A ‘Filem “Jutawan Fakir” tidak membosankan penonton,’ kata Hidayah.B “Filem ‘Jutawan Fakir’ tidak membosankan penonton,” kata Hidayah.C “filem “Jutawan Fakir” tidak membosankan penonton,” kata Hidayah.D “Filem “Jutawan Fakir” tidak membosankan penonton,” kata Hidayah.

3 A Mamak Bendahara menjerit, “Lari, lari, orang mengamuk!” B Mamak bendahara menjerit, “Lari! lari, orang mengamuk!” C Mamak Bendahara menjerit, “Lari, lari! Orang mengamuk!” D Mamak Bendahara menjerit, “Lari! Lari! Orang mengamuk!”

4 A Setelah memperoleh Ijazah Pengurusan Pentadbiran, Encik Radzi menyandang jawatan guru besar, Sekolah Kebangsaan Wawasan.

B Setelah memperoleh Ijazah Pengurusan Pentadbiran, Encik Radzi menyandang jawatan Guru Besar sekolah kebangsaan Wawasan.

C Setelah memperoleh Ijazah Pengurusan Pentadbiran, Encik Radzi menyandang jawatan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Wawasan.

D Setelah memperoleh ijazah Pengurusan Pentadbiran, encik Radzi menyandang jawatan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wawasan.

5 A “Eh, Mak Cik Zakiah rupa-rupanya! Sudah lamakah makcik sampai?”B “Eh, mak cik Zakiah rupa-rupanya! Sudah lamakah mak cik sampai?”C “Eh, Mak Cik Zakiah rupa-rupanya! Sudah lamakah mak cik sampai?”D “Eh, Mak Cik Zakiah rupa-rupanya! Sudah lamakah Mak Cik sampai?”

6 A Mereka bertiga berseluar jingga, merah dan hijau.B Mereka bertiga berseluar jingga, merah, dan hijau.C Mereka bertiga, berseluar jingga, merah, dan hijau.D Mereka bertiga berseluar, jingga, merah, dan hijau.

7 A Oh Tuhan yang maha esa, berikanlah petunjukmu!B Oh tuhan Yang Maha Esa! Berikanlah petunjuk-Mu!C Oh, Tuhan Yang Maha Esa, berikanlah petunjuk-Mu!D Oh, Tuhan Yang Maha Esa! Berikanlah petunjuk-Mu!

7

Page 8: Edisi Pelajar PemahamanTeknik Jawab Soalan Skop Pilihan

ANALISIS AYAT (2 Ssoalan)

~ KENAL PASTI istilah yang meragukan (istilah, frasa, ejaan, struktur dan pengimbuhan).

~ HIGHLIGHTkan umpanan jawaban yang SALAH.

CONTOH SOALAN

Pilih ayat yang betul.

1 A Munsyi Salehin mengajar kami mata pelajaran Bahasa Melayu. B Munsyi Salehin mengajarkan kami mata pelajaran Bahasa Melayu.C Munsyi Salehin mengajar kami akan mata pelajaran bahasa Melayu.D Munsyi Salehin mengajari mata pelajaran Bahasa Melayu kapada kami.

2 I Sungguh amat ayu gadis pingitan itu.II Saya masih tinggal di Bandar Taiping.

III Bas yang dipenuhi penumpang itu keputusan minyak. IV Satu rampasan dadah terbesar telah dilakukan oleh pihak polis semalam. A I dan III sahajaB I dan IV sahajaC II dan III sahajaD III dan IV sahaja

3 I Setengah-tengah orang alah akan bau durian.II Mayat bayi itu ditemukan di celahan timbunan sampah.

III Dari masa ke masa, prestasi pelajaran Iqmalhakim makin meningkat. IV Pesawat ringan yang para pemain naiki itu terhempas akibat cuaca buruk.A I dan III sahaja B I dan IV sahajaC II dan III sahajaD III dan IV sahaja

4 I Murid-murid diminta berbaris di kantin.II Para pengemis ini akan dihantar ke rumah kebajikan.

III Kasut baharu ini baru kubeli di Kota Bharu baru-baru ini.IV Bilik tamu ini perlu diperkemas dengan segera sebelum tetamu tiba.A I dan II sahajaB II dan III sahajaC III dan IV sahajaD I, III dan IV sahaja

8

Page 9: Edisi Pelajar PemahamanTeknik Jawab Soalan Skop Pilihan

Soalan Pemahaman20 Soalan (12 KBKK)

Teknik Menjawab ~

1. Gunakan HIGHLIGHTER.

2. PILIH petikan yang MUDAH dahulu.

3. BACA SOALAN DAHULU, dan INGAT SOALANNYA semasa membaca petikan.

4. Sekiranya petikan GRAFIK, lengkapkanlah bahan rangsangan dengan KATA KUNCI atau PETUNJUK yang diberi.

5. Baca SEMUA PARAGRAF.

6. Baca petikan 2 KALI (memahami tema / mengenal pasti idea).

7. HIGHLIGHTkan ISI-ISI PENTING.

8. Tandakan jawaban pada KERTAS SOALAN terlebih dahulu.

9. Gunakan kertas soalan sebagai BAHAN CATATAN.

10. Jawaban bagi SOALAN PERTAMA biasanya akan terdapat di awal petikan, sementara jawaban lain agak bertaburan .

11. POTONG jawaban yang 100% SILAP / TIDAK MUNASABAH.

12. Semasa menjawab soalan KOSA KATA, pastikanlah kamu merujuk istilah berkenaan kepada KONTEKS AYAT. Masukkan SATU-PERSATU jawaban yang diberi ke dalam petikan.

13. Jangan sesekali terperangkap dengan teknik penyoalan yang menggunakan KATA NEGATIF (kecuali / tidak benar / bukan / melainkan).

14. Pastikanlah pendapat yang kamu beri MUNASABAH dan MENEPATI KEHENDAK SOALAN.

9

Page 10: Edisi Pelajar PemahamanTeknik Jawab Soalan Skop Pilihan

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

Aku menjiwai naluri seorang pengembara. Biarpun aku anak jati Putrajaya, aku suka menjelajahi daerah hijau yang mengindahi perkampungan desa. Aku ingin mengembara dengan menunggang basikal. Setelah mendapat keizinan ayah dan ibu, aku pun mengayuh basikal kesayanganku ke selatan tanah air. Sebondot pakaian dan sejumlah kecil wang menjadi bekalanku.

Pada hari pertama, aku mengayuh sejauh 50 km. Selepas menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, akhirnya aku sampai ke bandar Seremban. Aku bermalam di sebuah masjid.

Pada hari kedua, perjalanan sejauh 32 km kutempuhi dalam hujan dan panas. Aku singgah di rumah kenalanku, Rozali. Rozali ingin mengikutiku. Malam itu, bermalam pula aku di rumahnya.

Keesokan harinya, kami mengayuh basikal ke selatan. Tayar basikal Rozali pancit. Rozali memboncengiku sambil menuntun basikalnya hingga ke kedai basikal. Malam itu, kami melelapkan mata di sebuah surau di sebuah taman perumahan.

Pada hari berikutnya, kami meneruskan kembaraan ke Bandar Hilir. Pada sepanjang perjalanan, kami melihat pelbagai panorama yang indah; sawah padi yang menguning, bukit-bukau dan gunung-ganang yang membiru serta program pembangunan yang pesat di sana sini. Akhirnya kami selamat sampai ke rumah datuk dengan baju yang dibasahi peluh. Terkebil-kebil mata datuk apabila melihat aku dan Rozali tercegat di hadapannya.

31 Apakah masalah yang mungkin akan dihadapi oleh seseorang pengembara?A Sumber kewanganB Ilmu pengetahuanC Gangguan penyangak D Gendala dan rintangan

32 Ke manakah tujuan penulis? A Johor.B Melaka.C Singapura.D Negeri Sembilan.

33 Apakah aral yang terpaksa dihadapi oleh penulis semasa mengembara? A Kehabisan wang. B Hujan dan panas.C Kawasan berbukit-bukau.D Ketiadaan tempat penginapan.

34 Mengapakah datuk terkejut? 10

Page 11: Edisi Pelajar PemahamanTeknik Jawab Soalan Skop Pilihan

A Kerana datuk sudah lama tidak bertemu dengan cucunya. B Kerana cucunya ditemani oleh seseorang yang tidak dikenalinya.C Kerana dia sedih melihat keadaan cucunya yang tidak terurus dan keletihan.D Kerana dia tidak menyangka cucunya akan sampai ke rumahnya dengan berbasikal.

35 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.A Penulis menumpang tidur di masjid. B Kegemaran penulis dan kawannya adalah seiring. C Perjalanan penulis mengambil tempoh selama empat hari.D Semasa tayar basikalnya pancit, Rozali menunggang basikal penulis.

Soalan 36 hingga Soalan 40

Teliti jadual di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

PERTANDINGAN FUTSAL TAMAN SAUJANA JAYAKedudukan Mata Perlawanan Bola Sepak

KUMPULAN APASUKAN P M S K J B MATA

1 MALAYSIA 2 2 0 0 3 1 6SAKAKI MAKIO 2 2 0 0 6 2 6DYA ZIZIE 3 1 2 0 3 1 5AULONG UNITED 2 0 1 1 1 2 1TAMAN MEWAH 2 0 0 2 3 8 0

KUMPULAN BPASUKAN P M S K J B MATA

PIJA GUGU 3 1 1 0 3 1 4SAUJANA JAYA 3 1 1 1 7 6 4ASAM KUMBANG 2 1 1 0 4 2 4TAMAN YAYASAN 2 0 2 0 5 5 2TEKAH JAYA FC 2 0 1 1 2 5 1

Petunjuk: P = Permainan M = Menang S = Seri K = Kalah J = Jaringan B = Bolos

36 Pasukan manakah dalam Kumpulan A yang belum memperoleh sebarang kemenangan? A Dya Zizie dan Sakaki Makio. B Aulong United dan Dya Zizie. C Taman Mewah dan Sekaki Makio. D Aulong United dan Taman Mewah.

37 Yang manakah berikut benar tentang persamaan antara pasukan Pija Gugu, Saujana Jaya 11

Page 12: Edisi Pelajar PemahamanTeknik Jawab Soalan Skop Pilihan

dan Asam Kumbang? A Mata yang sama. B Bilangan perlawanan yang sama. C Seri dalam perlawanan yang sama. D Kalah dalam perlawanan yang sama.

38 Berapa perlawanankah yang perlu dimenangi oleh pasukan Taman Mewah untuk mengatasi mata pasukan 1 Malaysia? A 1 perlawanan. B 2 perlawanan. C 3 perlawanan. D 4 perlawanan.

39 Pasukan manakah yang layak ke peringkat separuh akhir? A 1 Malaysia, Sakaki Makio, Pija Gugu dan Saujana Jaya.B 1 Malaysia, Sakaki Makio, Saujana Jaya dan Asam Kumbang.C 1 Malaysia, Dya Zizie, Saujana Jaya dan Asam Kumbang.D 1 Malaysia, Dya Zizie, Pija Gugu dan Saujana Jaya.

40 Berapakah mata bagi pasukan Taman Yayasan sekiranya pasukan ini memenangi dua perlawanan dan seri tiga perlawanan berikutnya?A Sepuluh mata. B Sebelas mata.C Sembilan mata. D Dua belas mata.

12