edisi 4 - fkp.umk.edu.my · pada masa yang sama motivasi ... indonesia. persidangan iseb ......

19
Caknawan http://fkp.umk.edu.my Vol 2 Edisi 4 Julai - Disember 2017 . . NADI DENYUT USAHAWAN ENTREPRENEURSHIP IS OUR TRUST

Upload: ngobao

Post on 05-May-2019

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,

Caknawan

http://fkp.umk.edu.my

Vol 2Edisi 4 Julai - Disember 2017. .

NADI DENYUT USAHAWAN

ENTREPRENEURSHIP IS OUR TRUST

Page 2: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,

Kandungan1 Sidang Editorial2 Dari Meja Ketua Editorial3 Secoret Kata4 International Seminar on Entrepreneurship and Business (ISEB 2017) 5 Hari Terbuka McD6 Kejohanan Petanque Double Remaja Kelantan 20177 CSR @ SMSTMFP8 Seminar Serantau Pengurusan Dan Rantaian Bekalan @ Resomac9 Lawatan ke INSKEN dan 11 Street10 Seminar issues And Challenges In Islamic Banking And Finance11 Menerokai Keusahawanan Sosial Dalam Kalangan Mahasiswa12 Gala Night of Glamories Classic13 Tautan Ilmu UMK_UUM14 Lensa Aktiviti15 Iklan Program FKP

Page 3: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,

Sidang Editorial2018

Pengurusan FKP

Dekan Prof Madya Dr. Mohd Rafi Bin Yacoob Timbalan Dekan Akademik Dr Noorul Azwin Bin Md Nasir Timbalan Dekan ( Pembangunan pelajar dan Keusahawan) Dr Mohd Nazri Bin Zakaria Timbalan Dekan ( Penyelidikan Dan Inovasi) Dr. Mohd Asrul Hery Bin Ibrahim Penolong Pendaftar kanan Cik Faidzah Binti Shah Rum

Editorial Bersekutu Penyelaras Program Ijazah Sarjana Muda (Peruncitan) Puan Norfazlirda Binti Hairani Penyelaras Program Ijazah sarjana muda keusahawnanan (Perdagangan) Encik Muhammad Naqib Bin Mat Yunoh Penyelaras Program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Program 2u2i) Dr. Shah Iskandar Fahmie Bin Ramlee Penyelaras Program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik & Perniagaan Pengedaran) Cik Rosmaizura Binti Mohd Zain Penyelaras Program Ijazah Sarjana Muda Pertadbiran Perniagaan ( Perbankan dan Kewangan Islam) Dr. Hazriah Binti Hasan

PenaungProf. Dato' Dr. Mortaza Bin MohamedPenasihat 1Prof. Madya Dr. Mohd Ra� Bin YaacobPenasihat 2Dr. Mohd Asrul Hery Bin IbrahimKetua EditorialEn. Muhammad Fahimi Bin So�anEditorialCik Mardhiah Binti Kamaruddin Pn. Aimi Nadia Binti Ibrahim @ Zakaria Pn. Nur Ain Binti MahatEncik Mahathir Bin Muhamad

PenyelarasPuan Nur Jannah Binti RuslanPuan Nik Aidil Adila Binti Nik YusofFotograp�Encik Mohd Saifullah Bin NawiPereka & Design Cik Nurfarahin Binti Zamri En Iqbal Afza Bin ZohriE-caknawan Encik Zul Karami Bin Che Musa

Page 4: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,

DARI MEJAKETUA EDITORAssalamualaikum

dan Salam Sejahtera

Kita bersyukur kerana Edisi ke Empat BuletinCaknawan Fakulti Keusahawanan dan Perniag-aan,FKP telah berjaya diterbitkan. Ini adalah satu kejayaan yang sepatutnya diteruskan bagi usaha mempromosikan segala aktiviti dan program yang dijalankan oleh Fakulti Keusahawanan dan Perni-agaan. Ini secara tidak langsung memperkenalkan FKP sebagai Fakulti yang berteraskan perniagaan dan keusahawanan. Seperti yang sebelumnya, Edisi ke empat juga memberi ruang kepada semua ahli FKP untuk mel-aporkan segala aktiviti yang memberikan impak besar kepada Fakulti terutamanya dalam bidang Pembangunan Pelajar, Akademik dan Percapaian Fakulti.

Antara yang diberi perhatian dalam edisi kali ini ialah program yang melibatkan para pelajar. FKP mempergiatkan lagi usaha untuk melakukan aktiviti yang dapat membabitkan pelajar dalam program tersebut bagi meningkatkan lagi kemahi-ran dan kepakaran mereka. FKP juga memberi perhatian dalam usaha sama dengan pihak indus-tri untuk menarik minat mereka melakukan aktiv-iti dan program bersama dengan pelajar, hal ini untu memberikan gambaran sebenar kepada pela-jar.

Diharapkan buletin ini akan menjadi perantaraan fakulti, industri dan juga pelajar bagi mem-perkukuhkan lagi agenda keusahawanan dan men-jadikan UMK unik, releven dan berbeza. Sekian, terima kasih.

Page 5: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,

SECORET KATAMaha suci ALLAH S.WT. yang maha Pemurah lagi Penyayang.

Caknawan edisi ini memaparkan pelbagai aktivi-ti-aktiviti fakulti yang telah dijalankan dengan jaya oleh FKP, disamping sumbangan artikel dari pens-yarah-pensyarah. Pada masa yang sama motivasi dan refleksi diri turut dimuatkan untuk dijadikan panduan dan sempadan untuk manfaat bersama. Pendek kata, caknawan menjadi platform kepada warga FKP merakam aktiviti yang dijalankan dan seterusnya memaklumkan kepad semua. Kepada pensyarah, penulisan artikel berkaitan bidang mas-ing-masing mahpun perkara yang dekat dengan hati mereka memberi manfaat bersama.

Penerbitan Caknawan menunjuk komitmen yang bersungguh-sungguh warga FKP dalam menjaya-kan agenda keusahawanan. Dalam kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaung, YBhg. Prof. Dato Dr. Mortaza Mohamed, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan yang memberi sokongan padu kepada FKP. Barisan Tert-inggi UMK, Prof. Dr. Mohd Hassan Mohd Osman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antara-bangsa), Prof. Dato’ Abdul Aziz Ab. Latif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Prof. Dato Dr. Ibrahim Che Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Prof. Dr. Mohd Rafi Bin YaacobDekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan

MERANGKAP PENASIHAT BULETIN CAKNAWAN

“Tidak dapat dinafikan pen-didikan keusahawanan men-jadi pemangkin untuk mela-hirkan lebih ramai usahawan dan seterusnya merancak ak-

tiviti keusahawanan di Negara kita”

BismillahirahmanirahimAssalamualaikum w.b.t

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad, Rasulullah S.A.W dan keluarga.Alhamdulillah, Caknawan Vol.3, Jul-Dis 2017 telah berjaya diterbit untuk bacaan semua. Penerbitan ini adalah salah satu sumbangan yang diberikan oleh warga Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP)dalam melonjak pendidikan keusahawanan di Malaysia. Tidak dapat dinafikan pendidikan keusahawanan menja-di pemangkin untuk melahirkan lebih ramai usahawan dan seterusnya merancak aktiviti keusahawanan di Negara kita. Selaras dengan VISI UMK untuk menjadi peneraju modal insan yang bercirikan keusahawanan, FKP sentiasa meningkatkan pendidikan keusahawanan melalui aktiviti akademik dan juga bukan akademik.

Ucapan terima kasih juga kepada En. Muhammad Fahimi Sofian, Ketua Editor dan Editor-Editor dankesemua staf pentadbiran FKP yang komited dalam memastikan Caknawan diterbitkan. Sokongan daristaf pentadbiran FKP dan kepada pensyarah-pensyarah yang menyumbang artikel, saya mengucapkan

berbanyak terima kasih dan selamat maju jaya.Sekian, Terima Kasih

Page 6: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,

ISEB & ICBE 2017Persidangan International Seminar on Entrepreneurship and Business (ISEB) telah berlangsung dengan jayanya pada 16 dan 17 November 2017 di Grand Inna Muara Hotel, Padang Indonesia. Persidangan ISEB kali ke 5 ini merupakan hasil kerjasama antara Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan , Universiti Malaysia Kelantan bersama Fakultas Ekonomi, Universitas Andalas selari dengan persidangan International Conference On Business Economics(ICBE) 2017 untuk kali ke 3. Tujuan persidangan ini adalah untuk menyatukan penyelidik dan pengamal dari akademik serta industri untuk membentang dan membincangkan trend baru dalam bidang pengurusan teknologi, perniagaan, ekonomi, kewangan, perakaunan, teknologi maklumat dan pengurusan.

Seramai 57 peserta telah mengambil bahagian untuk persidangan ISEB yang dikelolakan oleh Universiti Malaysia Kelantan ini dengan bertemakan “Entrepreneurship and faith towards sustainability”, manakala 99 peserta untuk persidangan ICBE yang dikelolakan oleh Universitas Andalas dengan tema “Entrepreneurship and SMEs in Emerging Markets”. Ia telah dirasmikan oleh timbalan rector Prof Dr. Ir. Hermansah, MS. M.Sc. dari Universitas Andalas , turut memberi ucapan pembukaan adalah Timbalan Naib Canselor Prof. Dr. Mohd Hassan bin Mohd Osman disusuli dengan pertukaran dokumen MOU antara Universiti Malaysia Kelantan dan Universitas Andalas.

Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir , Pengerusi Eksekutif Distinct Legacy Sdn Bhd dan Prof. Felix Mavonda dari Monash Universiti. Acara diteruskan dengan pembentangan dari peserta dan ditutupi dengan majlis penyampaian anugerah. Aktiviti lawatan diteruskan pada keesokan harinya, antaranya adalah ke Padang Panjang untuk menikmati keindahan Air Terjun Lembah Anai, setelah itu ke Desa Terindah Pariangan , melawat tempat bersejarah iaitu Istana Raja Pagaruyung , akhir sekali ke Bukit Tinggi untuk mengunjungi Pasar Ateh , Jam Gadang, Koto Gadang dan Desa Pandai Sikek.

Page 7: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,

SEPTEMBER 28-29. Satu program bersama Mc Donalds Malaysia dengan kerjasama Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) telah dijalankan di Dewan Terbuka Keusahawanan, UMK Pengkalan Chepa. Tujuan utama program ini adalah untuk membina jaringan kerjasama dan kolaborasi antara fakulti dan Mc Donalds, berkenalan dengan pemilik Mc Donalds Malaysia dan rakan strategik mereka dan mengetahui mengenai elemen pengurusan perniagaan dan penjenamaan.

Tema program ini adalah 'Understanding Bussiness Approach'. Program ini dihadiri pela-jar-pelajar sekolah, politeknik dan kolej berdekatan Pengkalan Chepa. Program ini juga turut dihadiri Dekan FKP, Prof. Dr. Mohd Rafi Bin Yaacob. Program ini telah berjalan lancar dengan adanya bantuan dan sokongan daripada staff akademik dan pentadbiran. Antara intipa-ti program pada hari pertama adalah pengenalan terhadap Mc Donalds Malaysia, pemasaran Mc Donalds Malaysia, proses mendapatkan perhatian daripada pelanggan dan kualiti makanan dan rantaian bekalan Mc Donalds Malaysia.

Pada hari kedua, pelajar didedahkan dengan Ronald Mc Donalds House Charities dan juga bagaimana langkah-langkah untuk membina kerjaya di Mc Donalds Malaysia. Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organ-isasi bukan keuntungan dengan misi untuk mencipta, mencari dan menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang berna-sib baik di Malaysia. Selain itu, pasukan Mc Donalds juga menjalankan sesi pengambilan pelajar praktikal dan pelatih pengurusan untuk syarikat mereka yang dikendalikan oleh Puan Shazana. Pelajar mendapat banyak input dan pendedahan daripada Encik Azmin Jaafar berke-naan Mc Donalds Malaysia dan ilmu-ilmu perniagaan.

PROGRAM HARI TERBUKAMC DONALD

Page 8: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,

SABTU, 16 Sept 2017 - Kejohanan Petanque Double Remaja Kelantan 2017 telah diada-kan di Gelanggang Petanque KADA, Lun-dang. Kejohanan anjuran Persatuan Petanque Kelantan (PEKEL) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kelantan(MSNK) ini diadakan pada 16 Sept 2017. Ia disertai oleh 74 orang pemain daripada 10 pasukan termasuk UMK, UiTM Kelantan dan KPTM Kota Bharu. UMK telah menghantar 8 orang atlet utk kategori double lelaki dan double wanita yang mana 7 orang adalah daripada Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) dan seorang daripada FTKW. UMK telah mendapat johan berganda iaitu kategori double lelaki dan double wanita.

Double lelaki diwakili oleh pasangan Mu-hammad Shafiq Azim Bin Sam daripada FKP dan Mohd Syafiee Bin Mohd Ali dari-pada FTKW. Shafiq dan Syafie telah mene-waskan pasangan dari Kelab Petanque Alor Lintah(KEPAL) 13-11 pada aksi final. Bagi kategori double wanita, kedua-dua pemain UMK yang menjadi johan adalah daripada FKP iaitu pasangan Siti Syafiqah Binti Zulkifli dan Nur Kamilah Binti Mazlan. Syafiqah dan Kamilah telah menewaskan pasangan daripada Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu pada aksi final dengan kemenan-gan 13-8. Pengurus pasukan adalah En. Ma-hathir Muhamad yang juga merupakan pens-yarah di FKP. Majlis perasmian dan penyam-paian hadiah disempurnakan oleh Tuan Aziz Tuan Mat, Penolong Pengarah Pentadbi-ran/Atlet MSN Kelantan.

KEJOHANAN PETANQUE DOUBLEREMAJA kELANTAN 2017

Page 9: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,

The program was held on 20 November 2017 which was Tuesday, from 8.00 am to 6.00 pm. this program is run at Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. The program was involved 130 students from 4 schools in this school as participants and 130 University Malaysia Kelantan (UMK) students who took the subject of issues and challenges in Islamic Banking and Finance (AFS4123) act as the program committees and as facilitators. The main goal of this program is to achieve the main objective of this subject. Besides that, UMK student can sharing knowledge about business especially the business that involve with banking to Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan students.

Registration sessions for participants and AJK start at 7.00 am and at 8.30 am the program start with opening ceremony. Furthermore, fitness activities continued at 9.00 am. At 10.30am in the program start with the first group training activities. The assignment for this activity is that students are directed to build a housing company. Among the components that the company must have is the company name, vision, mission and objective of the company they are building. Afterwards the students are directed to build their company building using the materials provided by the AJK. At the end of this activity the students were asked to present the results of their discussion.

The second group training activities continued after the break and zohor prayers at 2.00 pm. For this second group activity, students are required to make a presentation based on the predetermined themes. The performances include entertainment elements such as acting and singing. In addition, students also should incorporate the presentation with the first task of the first group training activi-ties. At 5.30 pm start the closing ceremony and given the prize and souvenirs to the participants. At 6.00 pm the party dispersed.

This community program aims to:i. Providing students approaches to communi-ty contributions to local communities.ii. Bridging the relationship between UMK students and students of Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra.iii. Provide students with basic exposure and knowledge on managing business strategies and entrepreneurship.iv. Make this program a base for strengthening student self-development and intellectual devel-opment.v. Help students generate their minds, interests and skills from scratch to enable them to venture entrepreneurship more effectively in the future.vi. Cultivate interest and encourage the spirit of entrepreneurship in the student.vii. Encourage the trends of science stream students to study entrepreneurial knowledge. Entrepreneurship gives freedom of thought and encourages the creativity towards students.

Therefore, this CSR programme has helped us build self-confidence especially in managing and handling the students throughout the programme in order to achieve its objective. It also provides platform for sharing ideas and experiences between the students and facilitators while build-ing good relationships between the course, the school as well as the university itself. Further-more, the programme engages the student of SM-STMFP with broader issues relating to business, its sustainability, exploring more on the context of entrepreneurship as well as strategic planning which can contribute to their decision making skills.

CSR @ SMSTMFP

Page 10: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,

SEMINAR SERANTAU PENGURUSAN DAN RANTAIAN BEKALAN

( ResoMaC )Seminar Regional Seminar on Management and Supply Chain (ResoMaC) kali ke-2 diadakan pada 4hb Disember 2017 yang diketuai oleh Encik Razman Hafifi Bin Haji Redzuan, Timbalan Pengarah Institut Perusahaan Kecil & Sederhana (ISME) dibawah program keusahawanan Logistik bagi pelajar Semes-ter 7 sesi 2017/2018 aliran Logistik dan Perniagaan Pengedaran, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Semi-nar ini bertemakan “Development of New Synergies in Supply Chain Management” dengan kerjasama badan professional The Chartered Institute of Logis-tics & Transport Malaysia (CILTM) dan telah dirasmi-kan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Hassan bin Mohd Osman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Seminar ini turut diraikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohamed Dahlan bin Ibrahim, Pengerusi ResoMaC; YBrs. Dr. Mohd Nazri bin Zakaria wakil Dekan FKP dan ahli-ahli akademik. Seramai 210 orang pelajar UMK dan 4 pembentang dari luar negara telah menyertai seminar ini.

Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan pelajar UMK untuk berinteraksi dan meningkatkan keyakinan diri dalam men-gendalikan pembentangan di peringkat serantau. Antara keunikan program ini, para pelajar diminta untuk membuat pameran berbentuk ‘poster’ dan membentangkan tajuk Projek Penyelidikan Tahun Akhir (PPTA) masing-mas-ing disamping dapat mengaplikasikan prosedur dan pengetahuan dalam menjayakan program seminar pada peringkat antarabangsa. Seminar ini juga mendedahkan pelajar kepada perseki-taran pembelajaran kompetetif dengan menerap-kan nilai pembelajaran seumur hidup dan pener-okaan peluang perniagaan serta memberi peluang kepada peserta dan pelajar untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran terkini dalam bidang logistik dan pengangkutan. Antara impak positif dari seminar ini adalah pengala-man serta peluang kepada pelajar Universiti Malaysia Kelantan untuk meningkatkan kesarja-naan di tahap yang lebih tinggi.

Page 11: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,

Program Lawatan ke Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan 11 Street adalah salah satu program yang telah dirancang oleh pihak pentadbir untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Dengan Kepujian (SAE). Peserta program terdiri daripada pelajar-pelajar SAE dan beberapa orang pensyarah pengiring. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang keusahawan dengan lebih nyata dan secara amali kepada pelajar-pelajar SAE agar dapat diterapkan dalam diri pelajar iaitu bakal-bakal usahawan. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara pelajar SAE seramai 50 orang. Tujuan lain program ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada pelajar SAE untuk meluaskan kenalan dalam tujuan perniagaan atau bisnes. Pelajar didedahkan tentang apa yang dibuat oleh INSKEN seperti latihan industri kepada bakal-bakal usahawan dan bantuan yang diberi-kan kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan dan berdaftar dengan INSKEN. INSKEN turut mengajar cara untuk mendaftar dengan INSKEN dan mendedahkan kebaikan berdaftar dengan INSKEN. INSKEN turut mengambil data pelajar-pelajar yang sudah dan bakal menjalankan bisnes supaya mudah untuk INSKEN memaklumkan tentang program-pro-gram yang bakal dijalankan di kawasan berham-piran tempat tinggal pelajar. INSKEN adalah sebuah institut keusahawanan yang membantu usahawan untuk menjana pendapatan dengan mengadakan program seperti taklimat dan sebagainya.

LAWATAN KE INSTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA (INSKEN)

DAN 11 STREET

Page 12: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,
Page 13: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,
Page 14: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,

GALA NIGHT OF

CLASSIC

Page 15: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,
Page 16: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,
Page 17: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,
Page 18: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,
Page 19: Edisi 4 - fkp.umk.edu.my · Pada masa yang sama motivasi ... Indonesia. Persidangan ISEB ... Penceramah utama adalah Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ,

FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAANUniversiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota,

Karung Berkunci 36,16100 Kota Bharu, Kelantan

Tel : +609-7717251 Faks : +609-7717252