ecn 2013 teori kos dan pengeluaran

26
TEORI PENGELUARAN DAN KOS

Upload: sukhairi-husain

Post on 19-Jan-2015

1.529 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

TEORI PENGELUARAN DAN KOS

Page 2: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

PENGENALAN KEPADA PENGELUARAN

Firma adalah satu unit pengeluaran asas yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran

Ianya bertujuan untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan .

Justeru itu, firma dianggap sebagai unit perancangan pengeluaran.

Pembentukan firma bertujuan untuk menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi.

Didalam mengatasi masalah-masalah ini, firma perlu membuat keputusan bagi memaksimumkan keuntungan. Ini dilakukan dengan memaksimumkan jualan dan meminimumkan kos.

Page 3: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

Secara amnya pengeluaran ditafsirkan sebagai proses transformasi input kepada output.

Sebagai contoh kilang proton mengambil pekerja yang menggunakan mesin-mesin dan menukarkan besi,plastik, getah, kaca, dan sebagainya kepada output akhir iaitu kereta.

Pengeluaran tidak terbatas kepada pengeluaran output yang mempunyai bentuk fizikal semata-mata, namun ianya meliputi pengeluaran perkhidmatan seperti khidmat perbankan, guaman dan pendidikan.

Output yang dihasilkan oleh proses pengeluaran terdiri daripada barang akhir dan barang pertengahan.

Page 4: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

PENGKELASAN INPUT

Input ditakrifkan sebagai sumber-sumber yang merangkumi sumber manusia, asli dan sumber buatan manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan output.

Input boleh dibahagikan kepada: Buruh Modal Sumber-sumber asli Kebolehan usahawan

Page 5: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

Input tetap Tidak boleh diubah dalam tempoh masa pengeluaran atau

hanya boleh diubah dengan kos yang tinggi.

Input berubah Input yang kuantitinya boleh berubah dalam

jangka masa pendek . Ini bermakna apabila kuantiti output hendak

ditambah atau dikurangkan, maka kuantiti input yang digunakan boleh berubah secara langsung.

Input berubah meliputi buruh dan bahan-bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran.

Page 6: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

Pengkelasan input-input ini bergantung kepada dimensi

jangka masa pendek – satu jangka masa yang mempunyai beberapa input tetap. Input-input tetap tidak dapat berubah dengan serta merta.

jangka masa panjang – satu jangka masa yang panjang yang membolehkan semua input(input tetap dan input berubah) untuk berubah

Page 7: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

FUNGSI PENGELUARAN

Fungsi pengeluaran menggambarkan hubungan diantara jumlah input dan jumlah output.

Funsi pengeluaran dalam jangka masa pendek mengambarkan bagaimana jumlah output maksimum firma berubah apabila jumlah input berubah, ditambah atau dikurangkan.

Fungsi pengeluaran dalam jangka masa pendek hanya melibatkan hanya satu input berubah dan satu input sahaja.

Page 8: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

Andaikan input berubah adalah buruh (L) dan input tetap adalah modal (C). Secara persamaan, fungsi pengeluaran jangka masa pendek adalah seperti berikut:

Q= f(L,C) dimana Q= jumlah output

Fungsi pengeluaran tersebut menunjukkan bahawa jumlah output sesuatu barang adalah bergantung kepada jumlah input seperti tanah dan buruh yang digunakan pada satu tingkat teknologiyang tertentu.

Dalam jangka masa pendek, input tetap tidak berubah hanya jumlah input berubah sahaja yang dapat bertambah atau berkurang.

Page 9: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

PENGELUARAN DALAM JANGKA MASA PENDEK

Fungsi pengeluaran menerangkan hubungan diantara input dan output.

Ianya boleh diwakili dalam bentuk keluk, jadual atau persamaan yang menunjukkan tahap output yang maksimum yang mampu dikeluarkan.

Page 10: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

Jadual fungsi pengeluaran

Page 11: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

Jumlah pengeluaran (TP) adalah jumlah kuantiti output yang dikeluarkan dengan kuantiti input diberi.

Input berubah- kuantiti boleh ditambah bagi menambahkan output atau pengeluaran

Input tetap

Page 12: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

Pengeluaran purata (AP) adalah pengeluaran bagi setiap unit input berubah yang digunakan.secara formula:Pengeluaran purata= jumlah pengeluaran

jumlah input berubah

Page 13: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

Pengeluaran sut (MP) adalah perubahan dalam jumlah pengeluaran akibat daripada perubahan dalam satu unit input berubah. Pengeluaran sut akan menunjukkan sumbangan setiap unit kepada pengeluaran firma.

Page 14: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

TEORI KOS

Kos didefinisikan sebagai pengorbanan yang perlu dibuat apabila seseorang ingin mendapatkan sesuatu.

Ianya adalah pelbagai yang merangkumi aspek yang boleh dinilai dan tidak boleh dinilai.

Kos eksplisit adalah wang yang dibelanjakan apabila seseorang itu melakukan sesuatu aktiviti ekonomi. Contoh: bayaran yang dibuat apabila membeli sumber-sumber pengeluaran.

Kos implisit adalah bayaran yang boleh didapati oleh seseorang jika sumber yang dipunyainya digunakan untuk mengendalikan aktiviti ekonomi lain. Contohnya penggunaan bangunan yang dimiliki untuk tujuan perniagaan

Page 15: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

Untung normal adalah satu bayaran minimum kepada kemahiran pengurusan dan penanggunga risiko seseorang peniaga supaya beliau tetap berkecimpung dalam perniagaan yang diceburi.

Untung perakaunan ialah sama dengan jumlah pendapatan ditolak kos eksplisit.

Untung ekonomi bersamaan dengan jumlah pendapatan ditolak kos eksplisit dan kos implisit.

Untung = jumlah hasil – kos pengeluaran

Page 16: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

KOS PENGELUARAN JANGKA MASA PENDEK

Terdapat beberapa jenis kos pengeluaran

Kos tetap (FC) contoh: sewa tanah, bangunan, bayaran ansuran bagi peralatan dibeli, gaji pengurus. Kos tetap tidak berubah mengikut tingkat output. Juga dikenali sebagai kos overhead atau kos tak langsung.

kos tetap = jumlah kos – kos berubah

Kos berubah (VC) Jumlah kos bagi penggunaan input berubah. Berubah secara langsung dengan tahap output,semakin tinggi tingkat output, semakin

tinggi kos berubah. Juga dikenali sebagai kos langsung

kos berubah = jumlah kos – kos tetap

Jumlah kos ( TC) Jumlah semua kos yang ditanggung dalam pengeluaran Jumlah kos adalah hasil tambah kos tetap dan kos berubah.Jumlah kos = kos tetap + kos berubah atau jumlah kos = kos purata x

output

Page 17: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

Kos purata (AC) Kos untuk setiap unit per output Juga dikenali kos per unit output Jika peratus kenaikan jumlah kos adalah lebih kecil daripada

peratus kenaikan jumlah output, kos purata akan menurun. Sebaliknya, kos purata akan meningkat sekiranya peratus

perubahan jumlah kos adalah lebih besar daripada peratus pertambahan output

Kos purata = jumlah kos output

ianya juga boleh dikira untuk kos berubah yang dinamakan kos berubah purata (AVC) dan kos tetap purata (AFC)

Kos sut (MC) Tambahan kepada jumlah kos akibat daripada tambahan

satu output Kos sut = perubahan dalam kos berubah

Perubahan dalam output

Page 18: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

kos tetap = jumlah kos – kos berubah

kos berubah = jumlah kos – kos tetap

2.00

Page 19: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

Jumlah kos = kos tetap + kos berubah atau jumlah kos = kos purata x output

Kos purata = jumlah kos output

2.00

Page 20: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

Kos sut = perubahan dalam kos berubah Perubahan dalam output

2.00

Page 21: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

KOS PENGELUARAN JANGKA MASA PANJANG

Dalam jangka masa yang panjang firma boleh mengubah kesemua input dan keupayaannya untuk mengeluarkan output.

Ini kerana dalam jangka masa yang panjang, semua input adalah berubah

Dalam jangka masa panjang juga, tidak ada satu pun input tetap. Ini bermakna tidak ada kos tetap dalam jangka masa panjang.

Kesemua kos adalah merupakan kos berubah. Dalam jangka masa panjang, firma boleh

mengubah keupayaan pengeluarannya, maka firma akan menentukan saiz loji bagi meminimumkan kos pengeluaran.

Page 22: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

Dalam analisis ekonomi saiz loji digambarkan dengan keluk kos purata (AC)

Pengeluaran yang meminimumkan kos dapat dikesan dengan memerhatikan keluk kos purata bagi pelbagai jenis saiz loji.

Page 23: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

ACSACM

ACL

output

kos Firma boleh memilih 3 saiz loji: S, M, L.

Setiap saiz mempunyai keluk kos purata jangka pendek .

Dalam jangka masa panjang, firma boleh mengubah keupayaan pengeluarannya, maka firma akan menentukan saiz loji bagi meminimumkan kos

pengeluaran.

LRAC

Contoh keluk purata jangka masa panjang (LRAC)

Page 24: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

Keluk LRAC adalah keluk yang berbentuk U yang menyentuh setiap keluk AC

Titik sentuhan itu merupakan kos pengeluaran yang paling minimum untuk pelbagai kuantiti keluaran yang akan dicapai dalam jangka masa panjang.

Page 25: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

KELUK LRAC

Q

ATCTitik sentuhan kos pengeluaran yang paling minimum untuk pelbagai kuantiti keluaran yang akan dicapai dalam jangka masa panjang.

:

LRATC

Page 26: Ecn 2013   teori kos dan pengeluaran

BAGAIMANA ATC BERUBAH BERKADARAN DENGAN KOS PENGELUARAN BERUBAH

Ekonomi bidangan: ATC menurun apabila Q meningkat.

Ekonomi malar: ATC berkadaran dengan penambahan Q

Ekonomi tidak bidangan: ATC meningkat apabila Q meningkat

LRAC

Q

ATC