bab 6-teori pengeluaran & kos pengeluaran.ppt

26

Upload: raj-danesh

Post on 26-Oct-2015

87 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Nota Tingkatan enam (ekonomi)

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt
Page 2: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

-Kajian untuk jangka masa pendek

-Satu faktor berubah (buruh) yang homogen

-Satu faktor tetap (tanah)

Konsep-konsep :-

-Jangka masa pendek – suatu tempoh di mana wujudnya faktor tetap.

-Jangka masa panjang – satu tempoh yang cukup untuk semua faktor pengeluaran boleh diubah

-Loji – satu unit pengeluaran yang berbentuk fizikal yang digunakan dalam pengeluaran. Contoh : bangunan kedai, kilang, kebun dan mesin.

-Firma - organisasi yang memiliki loji untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan

Page 3: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

Hubungan antara jumlah input (faktor pengeluaran) dengan jumlah output.

Pengeluar dapat mengenalpasti apakah kombinasi faktor pengeluaran yang paling cekap untuk menghasilkan sesuatu tingkat pengeluaran.

Fungsi pengeluaran jangka panjang : Qx = f (T,B,M,P)

Qx= Jumlah keluaran,

T = Tanah,

B = Buruh

M = Modal

P = Pengusaha

Fungsi pengeluaran jangka pendek :

Ť = faktor tanah adalah tetap

Page 4: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

Fungsi pengeluaran jangka pendek :

(Andaian)

-Dua faktor sahaja digunakan – buruh (input berubah) dan tanah (input tetap)

-Semua buruh adalah homogen

-Tingkat teknologi adalah tetap

(Konsep-konsep)

-Jumlah keluaran (TP) – jumlah barang yang dapat dihasilkan dengan menggunakan suatu tingkat input berubah tertentu (IT + IB)

-Keluaran purata (AP) – keluaran per unit input berubah

-Keluaran sut / marginal (MP)– perubahan jumlah keluaran akibat perubahan satu unit faktor berubah

Page 5: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

TP = semakin meningkat apabila bilangan input berubah ditambah (dari seorang ke 7 orang buruh) hingga mencapai keluaran maksimum. Tambahan input berubah seterusnya akan menyebabkan jumlah keluaran menurun.

Page 6: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

Keluaran purata (AP) = daya pengeluaran per unit buruh.

Page 7: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

Keluaran sut / marginal

Page 8: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

Rajah 6.1 Keluk jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut

Hubungan antara Keluaran Purata dengan Keluaran Sut

Apabila MP > AP, keluaran sedang meningkat (sebelum buruh ke-3)

Apabila MP > AP, keluaran purata sedang menurun (selepas buruh ke-3)

Apabila MP =AP, keluaran purata mencapai tahap maksimum (pada buruh ke-3)

Page 9: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

Apabila faktor atau input berubah ditambah secara terus-menerus ke atas input atau faktor tetap, jumlah keluaran akan bertambah dengan cepat, kemudian semakin perlahan dan akhirnya merosot.

Berdasarkan jadual, hukum pulangan sut berkurangan bermula selepas buruh ke-2 iaitu apabila keluaran sut mulai merosot.

Apabila semakin ramai buruh diambil bekerja keluaran sut merosot tetapi jumlah keluaran masih meningkat hingga mencapai maksimum.

Selepas tahap maksimum penambahan buruh akan menyebabkan daya pengeluaran buruh merosot dan jumlah keluaran juga merosot.

* Pertambahan jumlah keluaran telah mencapai maksimum,jumlah ini masih boleh ditambah dengan cara memperbaiki dari segi kualiti faktor tetap seperti penggunaan baja yang lebih baik atau mengadakan sistem saliran yang lebih baik.

Page 10: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

- Bayaran atau perbelanjaan firma atas faktor pengeluaran

a) Kos eksplisit – perbelanjaan sebenar firma terhadap faktor pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran. Dikenali juga sebagai perbelanjaan nampak. Contoh : bayaran upah dan bil-bil elektrik dan air.

b) Kos implisit – bayaran atas penggunaan faktor pengeluaran yang dimiliki oleh pengusaha sendiri atau nilai alternatif yang dilepaskan dalam proses pengeluaran. Dikenali juga sebagai kos tak nampak atau kos lepas. Contoh : bangunan kedai yang dimiliki digunakan dalam pengeluarannya akan mendatangkan sewa kepada pengusaha sekiranya bangunan tersebut disewa

Page 11: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

-Kos tetap (FC) – perbelanjaan atas input tetap

-Kos berubah (VC) – perbelanjaan untuk memperolehi input berubah

-Jumlah kos (TC) – Jumlah kos tetap + Jumlah kos berubah

-Kos tetap purata (AFC) – kos tetap bagi seunit keluaran

-Kos berubah purata (AVC) – kos berubah per unit keluaran

-Kos purata (AC) – kos per unit keluaran

-Kos sut (MC) – perubahan jumlah kos akibat perubahan satu unit keluaran

Page 12: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

Jadual 6.2 : Kos-kos pengeluaran jangka pendek

Output

(unit)

(a)

RM

TFC

(b)

TVC

(c)

TC

(d=b+c)

AFC

(e=b/a)

AVC

(f=c/a)

AC

(g=d/a)

MC

(h)

0 20 0 20 - - - -

1 20 17 37 20.0 17.0 37.0 17

2 20 24 44 10.0 12.0 22.0 7

3 20 29 49 6.7 9.7 16.3 5

4 20 31 51 5.0 7.8 12.8 2

5 20 34 54 4.0 6.8 10.8 3

6 20 43 63 3.3 7.2 10.5 9

7 20 65 85 2.9 9.3 12.2 22

8 20 88 108 2.5 11.0 13.5 23

9 20 113 133 2.2 12.6 14.8 25

Page 13: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

-Perbelanjaan ke atas input tetap

-Nilainya sentiasa tetap walaupun output 0

Page 14: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

- Perbelanjaan untuk memperoleh input berubah

Kos berubah (VC) – berkadar langsung dengan tingkat keluaran. VC akan terus meningkat selaras dengan pertambahan jumlah keluaran.

- kos berubah tidak berbentuk garis lurus (rujuk keluk) kerana kadar pertambahan tidak sama – dipengaruhioleh hukum pulangan berkurangan.

- VC akan bertambah dengan kadar yang perlahan dan kemudian dengan kadar semakin cepat apabila output terus meningkat.

Page 15: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

Jumlah Kos = Jumlah Kos Tetap + Jumlah Kos Berubah

TP = TFC + TVC

TC pada output Q =

Page 16: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

Keluaran (unit)

Kos tetap purata

(RM)

20

2.5

0 1 8

AFC

Rajah 6.5 : Keluk kos tetap purata

Page 17: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

Kos Berubah Purata (AVC)

-Kos berubah per unit keluaran

-Berbentuk ‘U’ – Output bertambah, AVC menurun, kemudian meningkat semula selepas mencapai titik minimum.

Page 18: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

Kos Purata (AC) – kos per unit keluaran

- Berbentuk ‘U’

- Output meningkat, AC menurun, kemudian meningkat selepas mencapai titik minimum

Page 19: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

*Dalam j/pendek ΔTC = ΔTVC

Page 20: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

Keluk Kos Tetap Purata, Kos Berubah Purata dan Kos Purata

Page 21: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

Hubungan antara AC dan AVC dengan MC

Page 22: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt

Keluk kso purata jangka panjang terdiri daripada bahagian keluk kos purata jangka pendek yang dapat meminimumkan kosnya pada perlbagai tingkat output.

Firma harus memilih loji yang dapat meminimumkan kos pengeluarannya pada tingkat keluaran tertentu .

Page 23: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt
Page 24: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt
Page 25: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt
Page 26: Bab 6-Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran.ppt