oleh ustaz mohd hazli bin ismail al-hafizjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/khutbah...

6
1 Matlamat Hidup Oleh Ustaz Mohd Hazli Bin Ismail Al-Hafiz

Upload: truongxuyen

Post on 01-Apr-2019

231 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Oleh Ustaz Mohd Hazli Bin Ismail Al-Hafizjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Matlamat Hidup... · harta kekayaan yang melimpah ruah. ... setiap hari semakin bertambah

1

Matlamat Hidup

Oleh Ustaz Mohd Hazli Bin Ismail Al-Hafiz

Page 2: Oleh Ustaz Mohd Hazli Bin Ismail Al-Hafizjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Matlamat Hidup... · harta kekayaan yang melimpah ruah. ... setiap hari semakin bertambah

2

Matlamat Hidup

ا ولوح ك يحو ادل لع هره لظح ق ةالحهدىوديحوالح ل رسوح رحسليأ الذ دهلل هح لح

سيدىا نذهدأ صح

يحمل،وأ دهلش اهللوحح لإلإلذ نح

هدأ صح

ن،أ كوح

نرهالحهشحل

أ ولع د مهذ وحتيحتيا سيدىا لع وسلمح صل امهلل ل، ورسوح عتحده دا مهذ

د، ابػح نذو،أ يح سانإليوحمادل ةإحح حتػهمح ونوح حاة صح

وأ

لوحااهلل، هاانلذاساتذ ين، فياأ حهخذلوح فازال وىاهللفلدح ةخلح سح ونفح وحصيحكمح

أ

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڤ ڤٹ ٹ ٹڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹچ

٨١: احلرش چڤ ڤ ڦ ڦ ڦ

Mafhumnya :

Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah setiap

kamu melihat ( memikirkan) apa yang telah kamu sediakan untuk hari esok ( kiamat ),

dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang

kamu lakukan.

Marilah sama2 kita bertaqwa kepada Allah swt dengan sebenar taqwa, yakni dengan

kita mentaati setiap titah perintahNya; pada masa yang sama kita meninggalkan setiap

larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan kita mendapat kejayaan hidup dunia dan

akhirat.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

20 Julai 2018/07 Zulkaedah 1439

Khutbah Jumaat 2018

Page 3: Oleh Ustaz Mohd Hazli Bin Ismail Al-Hafizjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Matlamat Hidup... · harta kekayaan yang melimpah ruah. ... setiap hari semakin bertambah

3

20 Julai 2018/07 Zulkaedah 1439

Sabda Nabi SAW,

إلجاء يل جبح د مهذ يا فلال وسلذم، غليح اللذ صلذ فإىذم" :انلذب صئحج نا غشح نيج، نذ

أ لمح ،واغح صئحجفإىذمنفارك نوح تبح حح

وأ ، ة ناصئحجفإىذممحزي هلح واعح

ياؤهغوانلذاس خغح نوقياماللذيحل،وغزذهاسح فالحهؤح ".ش

رواه ابلييق–

Maksudnya,

Telah datang Jibril a.s. kepada Nabi s.a.w. lalu berkata Jibril, "Wahai Muhammad! hidu-

plah sebagaimana kamu inginkan tetapi ingat bahawa kamu akan mati. Buatlah apa

yang kamu mahukan tetapi ingat bahawa kamu akan dibalas oleh Allah setiap apa yang

kamu lakukan. Sayangilah siapa pun yang kamu mahu tetapi ingat bahawa suatu hari

kamu akan berpisah dengannya. Ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu

apabila dia bangun beribadah pada malam hari, dan kemuliannya apabila ia bebas dari-

pada bergantung sesama manusia".

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Baginda Nabi s.a.w. telah menyampaikan satu peringatan yang sangat penting buat kita

semua di dalam hadis yang dibacakan tadi. Beberapa perkara telah dinyatakan oleh

Baginda s.a.w. ialah :

1. Ingatlah bahawa kita semua akan menghadapi kematian. Walau siapa pun kita,

sama ada kaya atau miskin, rakyat atau pemerintah, orang kampung atau orang bandar,

muda atau tua, yang pasti kita akan mengahadapi saat kematian yang dijanjikan oleh

Allah S.W.T. Oleh yang demikian, sementara kita masih diberi peluang untuk hidup,

maka gunakanlah kehidupan ini pada jalan yang Allah redha. Jangan bazirkan atau sia-

siakan umur yang Allah pinjamkan kepada kita. Umur kita adalah amanah yang kelak

akan disoal oleh Allah di akhirat nanti.

_______________________________________________

.رواه ابلييق اساده حسي( 1

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

Page 4: Oleh Ustaz Mohd Hazli Bin Ismail Al-Hafizjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Matlamat Hidup... · harta kekayaan yang melimpah ruah. ... setiap hari semakin bertambah

4 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

.2 Apa yang kita buat ketika hidup ini, sama ada baik atau jahat, maka akan diberi

balasan oleh Allah S.W.T. Perkara yang baik akan diberi balasan yang baik, manakala

yang jahat akan dibalas dengan balasan yang buruk. Maka Nabi s.a.w. memberi perin-

gatan kepada kita, kita hendak hidup macam mana pun hiduplah, tetapi satu perkara

yang mesti kita ingat baik-baik ialah, apa yang kita buat ketika kita hidup di atas dunia

ini tidak akan terlepas daripada balasan Allah S.W.T di akhirat sana. Maka berfikirlah

sehabis-habisnya sebelum kita bertindak untuk melakukan sesuatu perkara.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian

.3 Nabi s.a.w. memberi peringatan lagi kepada kita mengenai kematian. Kita

dituntut untuk sayang menyayangi dan kasih mengasihi antara satu sama lain. Namun,

Nabi mengingatkan kepada kita, walau siapa pun yang kita kasih, walau siapa pun yang

kita sayang, suatu hari kita pasti akan berpisah dengannya iaitu berpisah dengan ke-

matian. Sama ada kita yang meninggalkannya, atau dia yang meninggalkan kita. Ini

adalah suatu perkara yang pasti. Oleh yang demikian, sementara kita hidup, berbuat

baiklah sesama kita. Berkasih sayanglah sesama kita. Mudah-mudahan apabila kita

mati, orang akan mengenangkan kita dengan kebaikan dan bukannya dengan keburu-

kan dan kejahatan. وامػياذ باهلل..

.4 Seterusnya Baginda Nabi s.a.w. menjelaskan tentang kelebihan ibadah yang

dilakukan pada malam hari atau qiamullail. Ini adalah waktu yang paling tenang untuk

kita sujud dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. seperti mana sabda Baginda :

وسلذمح اهللغليح رفعاهلللمةها:كالصلذ دةإلذ جدهللسجح تسح ىذملوحأ لمح واغح

عيحمةهاخطيحئث احلديث رواه اإلوام أمحد وغريه، وصحح األراؤوط -درجث،وحطذ

Maksudnya:

Ketahui olehmu bahawasanya tidak engkau sujud kepada Allah sekali sujud melainkan

Allah akan mengangkat kedudukanmu satu darjat, dan akan menghapuskan bagimu

satu dosa.

20 Julai 2018/07 Zulkaedah 1439

Page 5: Oleh Ustaz Mohd Hazli Bin Ismail Al-Hafizjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Matlamat Hidup... · harta kekayaan yang melimpah ruah. ... setiap hari semakin bertambah

5

Oleh itu, Bangunlah di sepertiga akhir pada tiap-tiap malam kerana inilah waktu dan

masa yang Allah limpahkan rahmat dan keampunanNya dan inilah juga waktu yang san-

gat dimustajabkan doa. Orang yang istiqamah beribadah pada malam hari, akan diang-

kat darjatnya di sisi Allah serta dimuliakan oleh Allah S.W.T.

.5 Kekayaan seseorang manusia bukanlah diukur dari segi harta yang dimilikinya,

tetapi orang kaya yang diiktiraf oleh Baginda Nabi s.a.w. ialah mereka yang tidak bergan-

tung sesama manusia. Orang yang Allah pelihara dirinya daripada sifat meminta-minta

kepada manusia, atau Allah beri kepadanya sifat “ قاغة qanaah” yakni cukup dengan apa

yang ada di dalam tangannya, maka inilah orang yang kaya di sisi Nabi s.a.w. walaupun di

sisi manusia dia adalah orang yang miskin dan tidak memiliki harta. Tetapi, jika sekiranya

sifatnya suka meminta-minta dan suka bergantung sesama manusia, maka dia adalah

orang yang miskin di sisi Nabi s.a.w. sekalipun dia pada pandangan manusia memiliki

harta kekayaan yang melimpah ruah.

Muslimin sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian

Marilah sama-sama kita bermuhasabah memikirkan keadaan diri kita. Apakah keadaan

cara hidup kita semakin bertambah baik di sisi Allah? ataupun sebaliknya? Apakah

setiap hari semakin bertambah amalan baik kita? ataupun sebaliknya?.

Apa yang sepatutnya berlaku ialah, apabila umur semakin bertambah, dan masa untuk

kita semakin dekat maka semakin bertambahlah bekalan amal kebajikan yang kita laku-

kan. Namun jika yang semakin bertambah ialah amal maksiat, maka cepat-cepatlah pu-

lang ke pangkal jalan iaitu balik kepada Allah S.W.T sebelum kita terlambat yakni ber-

taubat kepadaNYA.

Manusia yang cerdik ialah, mereka yang berpenat lelah di atas dunia ini untuk bekerja

mencari bekal yang akan digunakan di akhirat kelak.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

20 Julai 2018/07 Zulkaedah 1439

Page 6: Oleh Ustaz Mohd Hazli Bin Ismail Al-Hafizjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Matlamat Hidup... · harta kekayaan yang melimpah ruah. ... setiap hari semakin bertambah

6

ڃ ڃ ڃ چ چ

ہچ ۀ ۀ ڻ ڻ ھ ہڻ ھ ھ ہ ے ھہ

٢٣: األػام چے ۓ

Maksudnya : Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-

sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih

baik bagi orang-orang yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

وي بارك اهلل ل ومكه ىف امقرآن امػظيه ، ونفػن وإياكه بىا فيىيع الس إ ووكه تلوت كر احلكيه ، وتقبل ون يات واذل

األ

ستغفر اهلل امػظيه ل ومكه ولسائر . امػنيه ذا وأ قل قل

أ

ز ني والىؤوات، فاستغفروه، فيا ف الىسنىني والىسنىات والىؤو الىستغفريي ويا ناة اتلائبني

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

20 Julai 2018/07 Zulkaedah 1439