eastpirasi mppmj 2011/2012

106
1

Upload: eastpirasi-mppmj

Post on 28-Mar-2016

374 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

e-Majalah Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) Sesi 2011/2012

TRANSCRIPT

Page 1: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

1

Page 2: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

2

Page 3: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

2

PENASIHATEDUCATION MALAYSIA JORDAN

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN

BIRO PEMBANGUNAN

MINDA DAN AKEDEMIKMuhamad Arif Hakimi Bin Mohd Noor

Ainaa Nadia Bt. Abd. Rahman

Muhamad Atiff bin Muhamad Noordin

Editor Amir Safiuddin bin Jusnan

Nur Eida Bt. Sazali

Setiausaha Amir Hamzah bin Khairulazhar

Nurul Fathin Farhana binti Kamarjan

GrafikMohamad Farhan Bin Che Hamid Mohd. Azrai bin Mohamad Razali

Mohammad Arif Akmal Bin Mohd Azli

Proofreader Farhanah binti Tajurudin

Biro Tugas-Tugas Khas Nurul Amira Binti Rasol

Aishah Hanim Md Saman

Wartawan (Irbid) Azry Hafify bin Mustapa

Nadia Nabila Hamzah Fansuri

Wartawan (Mutah) Nur Fatin Najihah bt

Mohd Khoirrussifa al muaddibu

Penerbitan & Promosi Mohd Nur Afiq B. Yasim

Diterbitkan Oleh

EASTpirasi 2011/2012Biro Pembangunan Minda dan AkademikMajlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan

Hak Cipta Terpelihara | EASTPIRASI 2011/2012Hak Cipta Mutlak hanyalah milik Allah dan hanya ALlah sahaja yang berhak untuk memeliharanya, tidak dibenarkan untuk mengulang cetak untuk sebarang perniagaan tanpa kebenaran bertulis dari penerbit.

EASTPIRASI pabila dunia sedang sibuk bercakap tentang ketamadunan, terdapat satu persoalan pastinya timbul dalam jiwa setiap insan, “cukup bertamadunkah dunia masa kini?” Tamadun menurut Prof. Dr. Syed Naquib al-Attas ialah, pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Justeru, masyarat yang bertamadun seharusnya berakhlak dan berbudi pekerti mulia. Antara ciri-ciri tamadun ialah, masyarakat yg beragama. Agama bukan sahaja menetapkan tatacara dan nilai dan hidup, malah mampu menjawab pelbagai persoalan dalam kehidupan. Malahan, menurut cendekiawan Yunani purba Plutarch, “Sesunggunya aku telah jumpa pada peninggalan sejarah, bandar tanpa kubu kota, dan bandar tanpa sekolah-sekolah, dan bandar tanpa istana-istana, akan tetapi aku tak pernah jumpa bandar tanpa ada tempat ibadat.” Begitulah tingginya peranan agama dalam sesebuah tamadun, sehingga seatkan-akan wujud satu golongan yang cuba menguasai skop agama dalam masyarakat untuk terus kekal berkuasa. Hari ini, timbul pula satu masyarakat beragama yang mengeksploitasi kepentingan dunia atas nama agama. Kelemahan pentadbiran dipertahan atas alasan manusia tidak sempurna, penyelewengan kewangan ditutup dari mata rakyat atas nama agama, akhirnya agama itu menjadi lesen untuk pemerintah menyembunyikan kecuaiannya. Kebejatan sebegini rupa telah dikupas dalam artikel utama Firaunism.

*** Sebagaimana yang kita serba makruf, Informan merupakan majalah rasmi MPPMJ yang diterbitkan saban tahun, bermula tahun 2008, dan sejak itu diberikan secara percuma kepada semua ahli. Selepas 4 tahun penerbitannya, timbul satu persoalan, adakah majalah Informan yang dicetak mencapai objektif penerbitanya? Dari tahun ke tahun, bilangan ahli MPPMJ semakin bertambah, hingga pada tahun ini mencecah lebih 1000 orang pada sesi kali ini. Dengan penambahan bilangan ahli, semestinya kos percetakan Informan turut bertambah, sedangkan impak positif daripada penerbitan Informan itu masih menjadi tanda soal. Meskipun Informan ada manfaatnya kepada ahli, tetapi ada manfaat yang lebih besar jika kos percetakan Informan disalurkan ke saluran lain. Justeru, satu perubahan harus dilakukan. Disamping kos percetakan, antara persoalan yang timbul juga adalah, sejauh mana mesej yang ingin dibawa oleh majalah ini dapat sampai ke masyarakat luar; bukan hanya masyarakat Malaysia di Jordan. Komunikasi dua hala yang kini semakin global sewajarnya dimanfaatkan terutamanya dalam proses penyampaian dan penukaran ilmu. Maka dua persoalan utama telah timbul, soal kos percetakan dan penyampaian mesej kepada masyarakat umum dan masyarakat Malaysia di Jordan khususnya.Selepas beberapa siri perbincangan sesama ahli jawatankuasa EASTpirasi bersama Biro PMA (Pembangunan Minda dan Akademik), satu kata putus dikeluarkan, iaitu untuk menerbitkan secara ‘online’ dan merangka satu penjanamaan semula Informan. Maka dengan itu, lahirlah majalah EASTpirasi. EASTpirasi pada sesi ini akan diterbitkan secara ‘online’ dengan menggunakan wadah laman sesawang issuu.com. EASTpirasi, yang berkonsepkan ‘Dari Jordan, untuk semua’, mempunyai keseimbangan antara artikel akademik dan karya ahli. Semoga para pembaca dan memanfaatkan sepenuhnya pengisian di dalam EASTpirasi ini.Selamat mambaca.

EDITOR EASTpirasiAMIR SAFIUDDIN BIN JUSNANNUR EIDA BT. SAZALI

A

Page 4: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

06 Ucapan Education Malaysia Jordan07 Ucapan President Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan 08 Kalam MPPMJ 09 Biro Pembangunan Minda dan Akademik10 Persidangan Tahunan Mahasiswa Islam SeJordan PERTAMA11 Karnival Sukan dan Mahasiswa Malaysia12 Unit Zakat dan Sedekah14 Sekilas Pandang di Jordan

MAHASISWA16 AUKU dimanakah kita (Muhammad Naqeb Sulaiman)18 Meletakkan diri ditengah Kominiti (Ahmad Hidayat Hasni Md Isa)20 Mahasiswa : Siapakah yang digelar Mahasiswa21 Kahwin awal/muda : Adakah sekadar Memenuhi Fitrah

Isu Semasa22 Jenayah Ar-Riddah : Beberapa Persoalan dan Syubhah sekitarnya (Fakhrurazi Abu Bakar)

KEWANGAN26 Sedekah itu Baik tetapi Tidak Memintanya (Ahmad Sufyan Che Abdullah)28 Ikhtibar dari Hiperinflasi di Zimbabwe (Mursyidi Mohamad)30 5 Langkah Merangcang Persaraan

KESIHATAN32 Bagaimana ubat gigi berfungsi ?33 Cara Memberus gigi

DISKUSI AGAMA34 Firaunism (Marwan Bukhari bin A. Hamid)37 Dakwah38 Hukum Membeli, Menggunakan Perisian Cetak Rompak (Muhammad Fathullah Al-haq B. Muhamad Asni)

WANITA42 Zainab Al-Ghazali 43 Yvonne Ridly 44 Specialnya Wanita

FIRAUNISM34

Page 5: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

46 Pejuang Dataran Mu’tah (Nur Al Farhain Bt Kamaruzaman)48 Ibrah dari Siffin (Syah Nazrin Hashim)51 Life After Death (Farah Aisyah binti Ahmad)52 Tragedi Perang Jamal : Bahana Api FItnah (Nadia Ismail)

CAREER PATHWAYS54 Perjalanan Kerjaya Sebagai Graduan Bahasa Arab56 Graduan Sarjana Ijazah Muda Syariah & Perbankan Islam57 Usuluddin

58 Sains Perubatan dan Mahasiswa Islam

TEKNOLOGI60 Tutorial Format Windows 7

64 Androi VS iOS64 Cara2 guna search engine mcm pro (eg: google)

MOTIVASIMencari Keberkatan Masa (Prrof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin) 66

Kenang -kenangan di Jordan 68 Jordan Ardhul Kinanah (Muhammad Aizat Amiruddin) 69

Cerita Tentang Guruku DR. Muhammad Saeed Hawwa(Muhammad Hanif bin Ali) 70

Ketuk-ketukResepi Maqlubah 72

Review Restoran Jordan (Wok And Roll Irbid & Restoran Zad Mu’tah) 73Resepi Mansaf 74

SANTAI16 Things you didn’t know about sleep 76

Odd News 77Berpantang Maut Sebelum Ajal 78

PUISI 80

RESEPI MAQLUBAH

MENGAPA BUKAN KAMU YANG BERCOUPLE DENGAN DIA

43

72

102

CERPENYang Tertinggi Cintanya 82Abah 86Janji 88Teruslah Menyulam Harapan 90Asam Pedas Cencaru Buat Embah 92Biar Rebah, Jangan Berubah 96Air Mataku 98Aku Rindu Kamu 100 KEHIDUPANMengapa bukan kamu yang bercouple dengan dia (Muhammad Hilal Asyraf Abdul Razak) 102Sampai Bila Ingin Bercinta Dengan Dosa (Afdholul Rahman CA) 104

Page 6: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Assalamualaikum w. b. r. t. , Syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa yang telah memberi rahmat dan kurniaNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Selaku Pengarah Education Malaysia Jordan, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) sesi 2011/2012 yang baru dilantik serta warga kerja majalah EASTpirasi kerana berjaya menghasilkan majalah rasmi MPPMJ yang berwajah baharu, iaitu EASTpirasi (yang dahulunya dikenali sebagai Informan).

Sesungguhnya kehadiran EASTpirasi diharapkan membawa anjakan paradigma dari segi pengetahuan am dan global dalam kalangan mahasiswa di Jordan. Hal ini kerana, segelintir mahasiswa masih berada di tampuk lama yang kurang cakna akan isu-isu semasa khususnya. Tidak kurang juga yang masih tercari-tercari ilmu ikhtiari dan agama. Ini bersesuaian dengan intipati majalah yang tidak hanya fokus pada ilmu keduniaan dan kemodenan sahaja malah menitik beratkan ilmu agama dan yang seumpamanya.

Hal ini sekaligus akan menambah rasa cinta terhadap ilmu dan memupuk budaya membaca dalam kalangan mahasiswa. Melalui pembacaan, seseorang dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan mema-jukan diri dengan mendalami sesuatu bidang yang diceburi. Keperluan melengkapkan diri dengan nilai tambah utama perlu dititikberatkan oleh setiap individu yang bergelar mahasiswa. Kesedaran kepada keperluan ini secara langsung akan memangkin usaha mahasiswa mempersiapkan diri untuk mencipta kecemerlangan akademik di samping memperluaskan pengetahuan dengan menerusi penghayatan budaya mencintai ilmu. Kecemerlangan bukanlah sesuatu yang mustahil, bahkan ianya boleh dicipta dan dicapai oleh setiap insan yang bergelar mahasiswa.

Beruntunglah mahasiswa yang menjadikan budaya mencintai ilmu sebagai keperluan dan kepentingan dalam kehidupan mereka . Namun , tidak ramai yang menyedari bahawa budaya yang wujud dalam diri kita berlaku secara bawah sedar , ianya disebabkan oleh perlakuan biasa individu di sekeliling kita . Sebaliknya, ramai dalam kalangan kita yang tidak cuba menanamkan budaya murni tertentu yang berlaku secara sedar. Budaya yang berakar umbi dalam diri dapat memberi kesan positif atau negatif dalam mempengaruhi minda dan cara hidup sehingga sanggup mengorbankan masa, tenaga, malah wang ringgit untuk merealisasikan sesuatu budaya yang telah sebati dengan jiwa seseorang individu. Sehubungan dengan itu, gelaran sebagai mahasiswa merupakan peluang yang terbaik untuk kita cuba menanamkan budaya mencintai ilmu .

Saya juga berharap agar EASTpirasi bakal menjadi medium bermanfaat yang membakar semangat mahasiswa untuk terus berjuang menguasai pelbagai ilmu sehingga ke akhirnya. Namun, jangan hanya sekadar tinggal pembacaan yang tidak diamalkan isinya. Segala yang baik diambil sebagai pegajaran dan yang buruk dijadikan sempadan. Diharapkan dengan nafas baharu yang diterapkan dalam EASTpirasi, ia dapat memberi semangat, maklumat dan menjadi medium berguna untuk mahasiswa Malaysia di Jordan dan seantero dunia sama ada dari segi ilmu duniawi mahupun ukhrawi. Ini adalah penting dalam usaha melahirkan mahasiswa intelektual yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Akhir kalam, setiap daripada kita bertanggungjawab memastikan budaya mencintai ilmu itu ber-cambah dan tumbuh mekar dalam kehidupan harian sebagai mahasiswa dan menjadi individu yang peka terhadap isu semasa atau keadaan sekeliling . Kesedaran ini akan menjadikan kita lebih berwawasan dan bermatlamat serta mampu bergerak secara konsisten dalam kehidupan menimba ilmu pengetahuan. Maka dengan ini akan lahirlah kelompok ulul albab yang ternukil jelas dalam kitabullah menggambarkan kes-inambungan usaha dan iltizam mencari khazanah ilmu yang tiada penghujungnya.

Prof. Madya Dr. Mohd Azidan bin Abdul JabarPengarahEducation Malaysia Jordan

Page 7: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

MAHASISWA ULUL ALBAB PENCETUS GELOMBANG PERUBAHANGolongan belia merupakan peratusan yang terbesar dalam sesebuah masyarakat manakala mahasiswa adalah

majoriti dalam kumpulan yang dinamakan belia. Namun kuantiti yang ramai sama sekali tidak menjamin kualiti dan hasil yang baik dan memuaskan. Jika tersilap langkah,bilangan ramai itulah

yang menyebabkan bertambahnya kepincangan dalam masyarakat.

Firman Allah Taala : Bermaksud : yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling terbaik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang

telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah Ulul albab.

Istilah Ulul albab yang dimaksudkan itu, adalah gelaran yang paling hampir dengan mahasiswa, matang didalam menilai sesuatu pandangan dan tindakannya, serta luas dari sudut pandang pemikirannya. Mereka adalah golongan

yang berpaksikan matlamat dan kefahaman yang jelas. Mereka juga mampu berfikir serta merancang dengan bijaksana dan melak-sanakan tindakan yang rasional lagi berhikmah.

Pernah dinukilkan oleh seorang tokoh Islam yang terkemuka As syahid Imam Hassan Al banna, “Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi men-

cari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka,tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali

bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.”

Saya kira ungkapan tersebut sudah cukup menghuraikan bahawa kekuatan jiwa-jiwa yang berkualiti walaupun bilangannya kecil mampu menggegarkan sesebuah komuniti lalu merebak ke seluruh

pelusuk bumi. Perhatikan sahaja apa yang sedang berlaku di sekeliling kita. Revolusi yang sedang menyelubungi dunia arab akibat penindasan golongan pemerintah. Bermula dengan Mesir kemudian

diikuti negara-negara teluk dan kini sedang berdarah di Syria. Gelombang revolusi kemungkinan pasca perang dunia ketiga ini dimulakan oleh golongan belia dan disahut panggilannya di seluruh pelusuk dunia.

Apa yang saya sebutkan itu adalah perubahan yang berlaku di negara Arab. Sudah tentu ia tidak menyamai situasi yang berlaku di sekeliling kita. Tetapi kekuatan semangat mereka yang tidak

pernah padam untuk mempertahankan apa yang sepatutnya harus kita contohi. Setiap tempat mempunyai cabaran yang tersendiri dan cara penyelesaian yang berlainan mengikut

kesesuaian. Sebagai mahasiswa,kita harus jelas dengan situasi,bertindak dengan rasional dan tidak melampaui batasan serta tidak fanatik dengan suatu-suatu pemikiran.

Projek Gempur Mahasiswa (PGM)Sebagaimana yang kita maklum, PGM anjuran Biro Pembangunan Minda dan Akademik,

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (BPMA MPPMJ) ini merupakan salah satu usaha kolektif dan menyeluruh yang digerakkan di semua mantiqah. Berteraskan visi ke arah melahirkan generasi

mahasiswa Islam global, serta matang dan kritis dalam setiap tindakan, pihak BPMA dengan kerjasama erat semua persatuan Zon telah dan akan menganjurkan beberapa program dan aktiviti serta kempen

untuk mahasiswa-mahasiswa se-Jordan. Penjenamaan semula majalah Informan kepada Eastpirasi juga merupakan salah satu usaha secara tidak langsung penstrukturan baru ke arah memperkasakan lagi

peranan mahasiswa se-Jordan dalam mendepani cabaran semasa.

Akhir kalam, Golongan mahasiswa yang menjadi majoriti daripada golongan belia adalah aset terbesar

sesebuah masyarakat dan berpengaruh untuk mencetus gelombang perubahan. Oleh itu,mahasiswa harus memainkan peranan dengan bijak dalam membantu keseimbangan sesebuah masyarakat dan negara.

Kita memerlukan kuantiti mahasiswa ulul albab untuk membentuk sinergi yang mantap bagi menghadapi cabaran dan tribulasi dewasa ini. Telah menjadi hukum alam, cabaran yang hebat akan

dihadapi oleh komuniti yang setaraf dengannya. Semoga mahasiswa kini semakin sedar akan peranan yang digalas dan dapat memacu arus perubahan dengan gemilang.

MOHAMMAD HUSSIN MOHD FAUZIPresiden,

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ),Sesi 2011/2012.

Page 8: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Hari demi hari berlalu dengan begitu pantas. Tanpa disedari,suatu permulaan yang dirasakan lama pada awalnya kini sudah semakin hampir ke penghujungnya. Apabila diimbas kembali, banyak perkara yang membuatkan kita terasa ralat.Benarlah firman Allah dalam kitabNya yang agung,

“ Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Allah menciptakan kita sebagai khalifah di atas muka bumi untuk mengabdikan diri kepadaNya.Ber-bekalkan cahaya iman dan Islam, Allah s.w.t memerintahkan kita untuk memakmurkan bumi. Bukan itu sahaja, Allah juga mengurniakan kita nikmat yang membuatkan kita bahagia. Namun kita sering lupa akan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Lihat saja apa yang berlaku di sekeliling kita. Kepincangan sosial semakin menjadi-jadi,kezaliman pemerintah terhadap rakyat,nilai nyawa laksana debu-debu yang berterbangan,Islam bagai dipijak-pijak!

Salah siapakah semua itu? Pada siapa kita mahu menuding jari? Suatu ketika dahulu, seorang nabi berjuang demi umatnya. Seorang pemimpin bertarung nyawa demi rakyatnya.Seorang bapa berkorban demi anakn-ya.Tetapi kini,segalanya hanya dinukilkan sebagai kisah-kisah dahulu. Kini,seorang pemimpin membunuh rakyatnya,seorang bapa memperkosa anaknya,seorang sahabat menggadai sahabatnya. Dunia memang di akhir zaman!

Ujian dan mehnah generasi kini memerlukan kepada pejuang-pejuang yang cekal dan bersedia meng-hadapi apa sahaja. Siapakah pejuang-pejuang yang dimaksudkan? Ya, mereka adalah kita. Kita yang bertanggungjawab mengembalikan bumi ini kepada fitrahnya. Kita harus bersedia di setiap detik untuk menghadapi cabaran masa kini. Manfaatkan semua peluang yang datang yang dapat melatih kita agar kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi. Persiapkan diri menjadi sambungan kepada rantai perjuangan Rasulullah s.a.w.

Berbekalkan apa yang kita ada,sebarkanlah kekuatan. Jadilah kita anak panah yang berbisa yang menusuk musuh-musuh Islam. Tekadkan diri menjadi peluru yang tepat menembusi dada pengkhianat. Jadilah kita sebuah gunung apabila dilempar ke daratan,dan menjadi pulau apabila dicampak ke lautan.Sematkan dalam diri, “Bawalah daku ke mana sahaja, bumi itu akan daku makmurkan!”

SYAHIRAH SALWA MD HARUNTIMBALAN PRESIDEN IIMAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN (MPPMJ)SESI 2011/2012

BAWALAH DAKU KE MANA SAHAJA

Kalam MPPMJ

8

Page 9: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

VISIKe arah melahirkan generasi mahasiswa Islam global, serta matang dan kritis dalam tindakan.

MISI (3P)1. Pengukuhan pembudayaan ilmu pengetahuan sebagai teras kesarjanaan mahasiswa.

2. Pemerkasaan sikap cakna mahasiswa terhadap masyarakat sekeliling.3. Penjanaan jati diri mahasiswa Muslim melalui pembangunan softskill.

MOTO“Mahasiswa Berwawasan, Ummah Terbilang”

CARTA ORGANISASI

PENGERUSIMuhamad Arif Hakimi Bin Mohd Noor

TIMBALAN PENGERUSIAinaa Nadia Binti Ab. Rahman

BIRO MULTIMEDIAAmir Safiuddin Bin Jusnan

Nur Eida Bt. SazaliBIRO AKADEMIK

Muhamad Syafiq Syahmi Bin. Md YusofNur Izzati Bt. Ab. Rahim

BIRO ISU MAHASISWAAhmad Firdaus Bin KadirSiti Zafirah Bt. Mat Nawi

PROJEK GEMPUR MAHASISWA

PENGENALANMahasiswa merupakan golongan intelektual yang mana peranannya amat signifikan dalam mencorakkan hala tuju sesebuah bangsa dan negara.

Mahasiswa yang berjiwa kritis, berfikiran global, serta tangkas dalam tindakan amat diperlukan dalam rangka menjayakan wawasan dan plan strategik kerajaan. Menyedari hakikat ini, Biro Pembangunan Minda dan Akademik, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (BPMA MPPMJ) sesi 2011/2012 mengambil langkah drastik dalam usaha menyediakan generasi mahasiswa Jordan yang berfikiran kelas pertama, dengan mengan-

jurkan program Projek Gempur Mahasiswa (PGM) buat kali pertama.

OBJEKTIF1. Melahirkan mahasiswa Muslim yang cakna serta mampu bertindak balas secara ilmiah terhadap sebarang isu semasa.2. Melahirkan mahasiswa yang mampu menyampaikan mesej positif dalam setiap keadaan dan persekitaran.3. Menyemai sikap-sikap positif seorang mahasiswa kelas pertama sebagai persediaan melahirkan bakal pemimpin negara.4. Pengukuhan pembudayaan ilmu pengetahuan sebagai teras pembangunan mahasiswa.5. Penjanaan jati diri mahasiswa Muslim melalui aktiviti softskill.

SENARAI AKTIVITI SEMPENA PROJEK GEMPUR MAHASISWAAntara Aktiviti Sempena PGMi. Wacana Perdana Mahasiswaii. Penerbitan e-Majalah Eastpirasii. Kempen Membaca se-Jordan dan Pertandingan Kuiz Onlineii. Kempen Skor Akademikiii. Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan Kali Ke-6 (PERTAMA VI)iv. Pertandingan Debat Parlimen Piala Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)v. Pertandingan Pengucapan Awam Piala Presiden MPPMJ

BIRO PEMBANGUNAN MINDA DAN AKADEMIKMAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN

SESI 2011/2012

9

Page 10: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

1. Apakah Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan (PERTAMA)? Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan atau lebih dikenali sebagai PERTAMA merupakan persidangan terbesar mahasiswa Jordan anjuran bersama Education Malaysia Jordan (EMJ) dan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) yang diadakan secara tahunan bagi membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan mahasiswa secara langsung atau tidak.

2. Sejarah penganjuran PERTAMA? PERTAMA merupakan gabungan cetusan idea dan pelaksanaan oleh pihak Education Malaysia Jordan (EMJ) dan barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) yang telah diadakan buat kali pertama pada tahun 2002. Walaubagaimanapun, disebabkan beberapa masalah yang berlaku, persidangan kali kedua ditangguhkan beberapa tahun dan akhirnya pada akhir tahun 2008, persidangan kali kedua dijalankan dan pada tahun ini persidangan kali ke-6 akan dilangsung-kan. Pada permulaannya, konsep PERTAMA lebih menjurus kepada perbahasan berkaitan isu-isu mahasiswa semasa, dan pada PERTAMA Kali Ke-5, konsep yang lebih luas diperkenalkan dengan perbincangan berkaitan Interaksi dengan Non-Muslim. 3. Apakah tema penganjuran PERTAMA kali ini? Tema penganjuran PERTAMA kali ini ialah “Media dan Hiburan : Urgensi dan Cabaran Semasa” yang diilhamkan oleh barisan Ahli Majlis Eksekutif (AME) Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) sesi 2011/2012.

4. Kenapakah tema ini dipilih? Umum mengetahui bahawa isu hiburan dan penguasan media merupakan isu pandemik sejagat yang memerlukan perhatian serius daripada semua pihak. Lambakan filem-filem ‘islamik’, rancangan realiti alternatif seperti Imam Muda, Ustazah Pilihan, dan sebagainya memerlukan pandangan dan juga kritikan ilmiah supaya dimensi hiburan alternatif ini dapat dikembangkan dengan lebih berkesan. Nasyid yang dikenali sebagai hiburan alternatif pula kelihatan seolah-olah hilang arah apabila lagu-lagu yang memuja cinta manusia menjuarai persaingan sesama mereka. Walaubagaimanapun, ternyata daripada respon kolektif masyarakat Islam di Malaysia, isu penting ini kurang diambil perha-tian lantaran kurangnya kecaknaan dan promosi secara menyeluruh oleh mereka yang terlibat. Mereka yang disifatkan sebagai golongan yang memahami agama mengambil jalan mudah dengan bersikap ‘allergic’ dan menjauhi sasaran dakwah mereka, lantaran persepsi dan stigma yang negative terhadap mereka yang terlibat dalam industri hiburan. Tambahan pula, medium penyampaian hiburan seperti media samada elektronik atau maya, sememangnya sejak dahulu dikuasai dan dimonopoli oleh mereka yang kurang berhak. Akibatnya, konsep konservatif dakwah kelihatan kurang praktikal berbanding dengan anasir-anasir luar yang begitu handal menyelinap masuk ke setiap rumah melalui media-media yang begitu mudah dan senang untuk diakses. Walaubagaimanapun, dengan kehadiran hiburan alternatif yang dicanang-canangkan, para da’ie memerlukan suatu perba-hasan ilmiah dan kritikal bagi membahaskan beberapa isu panas dan terkini berkaitan media dan hiburan. Selain itu, kefaha-man dan kesediaan untuk terjun ke dalam bidang ini secara aktif memerlukan pendedahan yang luas dan mendalam sebagai salah satu langkah persediaan awal mahasiswa Jordan.

Oleh itu, PERTAMA kali ini membawakan kepada anda suatu perbahasan yang menarik dengan dibarisi oleh panelis jemputan khas yang mempunyai latar belakang yang berbeza dalam industri ini. Pihak AJK Induk PERTAMA VI mengucapkan selamat bersidang dan mudah-mudahan manfaat yang optimum akan diperolehi oleh para peserta.

Selamat bersidang!

MEDIA DAN HIBURAN : URGENSI DAN CABARAN SEMASA

MPPMJ | PERTAMA

10

Page 11: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

PENGENALANTarikh : 29-31 Mac 2012 (khamis-sabtu)

Tempat : mu’tah [tuan rumah]

Objektif: i. Mengukuhkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa

Malaysia dari pelbagai zon dengan pegawai kedutaan dan pegawai EMJ.ii. Membuka ruang seluas-luasnya untuk mahasiswa Malaysia mengetengahkan

bakat dan potensi masing-masing dalam lapangan kesukanan.iii. Meningkatkan tahap disiplin diri yang utuh dalam kehidupan melalui aspek kesukanan.

iv. Menerapkan elemen “kercergasan badan, kecerdasan minda” dalam setiap mahasiswa Malaysia.v. Melatih anggota jawatankuasa menjalankan gerak kerja berpersatuan secara aktif.

Tema : ‘JUARA UTAMA,UKHWAH BERSAMA’Anjuran : Education Malaysia Jordan & Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan

dengan kerjasama: KPT,KBS,JPA,MARA & Kedutaan Malaysia JordanSEJARAH KARISMA Diasaskn pada tahun 2008, Irbid sebagai tuan rumah, menggabungkn 3 aspek utama iaitu sukan,akademik dan budaya. Irbid telah merangkul sebagai juara, acara-acara yang dipertandingkn: Sukan : Bola sepak, Bola jaring, Bola tampar, Badminton, Ping pong , Tarik tali, catur dan Olahraga:( 100m, 200m, 400m, 4x100m, 4x200m, 4×400 ,1500m, lompat jauh dan lompat tinggi ). Akademik : Pidato bahasa arab, Pidato bahasa inggeris,Kuiz pengetahuan am, tilawah al-Quran dan hafazan ( juz amma, juz 1-5, juz 1-10 ). Budaya : Melukis poster, deklamasi sajak, nasyid dan penulisan khat. Pada tahun 2009, mu’tah sebagai tuan rumah, menfokuskan kepada sukan (permainan teras sahaja tanpa 0lahraga), kerana akademik dan ke-budayaan telah dibawa ke Pr0gram Mesyuarat Agung Tahunan MPPMJ dan Karnival Akademik & Kebudayaan (MEKAR) Irbid telah merangkul sebagai juara yang bertemakan ‘SAYA DATANG KERANA UKHWAH’. Acara2 y dip’tndingkn: bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton dan ping pong.

Pada tahun 2010, mafraq sebagai tuan rumah, juga berfokus kepada sukan tetapi menambah acara olahraga, mu’tah telah merangkul sebagai juara yang bertemakan ‘MINDA ATASI UPAYA’ . Acara yang dipertandingkan: bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, ping pong dan olahraga ( 100m, 200m, 400m, 4x100m dan 4x400m ).

Pada tahun 2011, Irbid kembali memegang sebagai tuan rumah, pelbagai pertandingan dipertandingkan dan sedikit perubahan dilakukn dgn mengadakan pertandingan b0wling. Irbid telah merangkul sebagai juara yang bertemakan ‘KUALITI JUARA INSPIRASI BERSAMA’Acara y dip’tndingkn: sepak takraw,badminton,bola tampar,ping pong,bola jaring,bola sepak,dart,catur,bowling,olahraga(100m,200m,400m,4x100m,4x400m,1500m,lompat jauh)

Berikut merupakan tarikh-tarikh KARISMA sejak awal perlaksanaanya : -KARISMA 2008 : 1-3 Mei 2008KARISMA 2009 : 30 April, 1-2 Mei 2009KARISMA 2010 : 29-30 April, 1 Mei 2010KARISMA 2011 : 31 Mac, 1-2 April 2011dan kini KARISMA 2012 : 29 Mac- 31 Mac 2012

KELAINAN KARISMA(V) b’banding KARISMA sebelum ini:-Pelbagai acara menarik yang bakal dipertandingkan merangkumi 3 aspek utama iaitu sukan,kebudayaan,tradisional.

Sukan: b0la sepak,b0la jaring,badmint0n,ping pong,sepak takraw,bola tampar,merentas desa,catur,dartsMalam seni budaya:silat,pementasan teater,nasyid,dikir baratTraditional saturday:gasing,karem,batu seremban,tarik tali,ceper,congkak,sepak raga

-20 acara bakal berlangsung dalam masa 3hari-mewajibkn setiap kontigen mengadakan mascot untuk mantiqah masing-masing ketika perarakan-pelbagai persembahan menarik menanti kalian!-diadakan dalam fatrah selepas imtihan awal, kerana sebelum ini kebayakannya diadakan semasa fatrah imtihan thani, insyaallah memudahkn semua atlet untuk hadir.-mula mengadakan elemen wajib dalam logo karisma yang mana elemen tersebut akan digunakan untuk sepanjang abad-mula mengadakan lagu KARISMA yang juga akan dijadikan sebagai lagu rasmi KARISMA zaman berzaman nanti.-hadiah2 menarik menanti sumua atlet dari setiap k0ntigen.-pada sebelah mlm akan diisi dengan pelbagai pertandingan kebudayaan-mula meletakkan warna tema utk karisma iaitu oren+hitam, berbanding dengan KARISMA sebelum ini yang tiada warna tema melainkan warna tema yang mewakili setiap mantiqah sahaja

KARISMA | MPPMJ

Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia se-Jordan kali ke-5 (KARISMA V)

11

Page 12: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

UNIT ZAKAT DAN SEDEKAH

ANTARA AKTIVITI UTAMA YANG DIJALANKAN OLEH UZS IALAH:1) Zakat Wang Simpanan (sepanjang tahun).2) Zakat Fitrah (semasa Ramadhan).3) Skim Infaq Bulanan (sepanjang tahun).4) Skim Unit Saham (sepanjang tahun).• Kesemua duit kutipan dari zakat dan sedekah hanya bertujuan untuk membantu pelajar Malaysia yang belajar di Jordan.• Aspek utama dalam menilai kelayakan pemohon ialah yuran university yang tertunggak dan kos sara hidup.

ZAKAT WANG SIMPANAN.Berikut adalah statistik penuh agihan zakat dan sedekah sesi 10/11 dan juga sesi lepas, 09/10:

Statistik Zakat & Sedekah (12 Mei 2011)

MPPMJ | Unit Zakat Dan Sedekah

12

Page 13: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Berikut adalah statistik penuh agihan zakat dan sedekah sesi 11/12 pada 24 Desember 2011 (Agihan pertama).

Jumlah Pemohon: 87 Orang.Jumlah Penerima: 37 Orang.Jumlah Wang Agihan: 3 990.00 JOD.

ZAKAT FITRAH.• Proses kutipan berjalan sepanjang Bulan Ramadhan.• Kadar zakat fitrah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan Jordan.

Kutipan zakat fitrah sepanjang Bulan Ramadhan 2011 seperti berikut:

1) Irbid: 561.00 JOD2) Amman: 21.00 JOD3) Mafraq: 123.50 JOD4) Mu’tah: 60.00 JODJumlah Zakat Fitrah Seluruh Jordan: 765.50 JOD

SKIM INFAQ BULANAN.• Terdapat 4 pilihan pakej yang kami sediakan: 1) Pakej PERMATA = lebih JD 2.00 2) Pakej EMAS = JD 2.00 3) Pakej PERAK = JD 1.00 4) Pakej GANGSA = JD 0.50 P/s: Bersedekah setiap bulan dengan istiqamah selama setahun melalui wakil-wakil UZS.

SKIM UNIT SAHAM.1) Menaja sebanyak mungkin yuran pelajar.2) Setiap satu unit saham bernilai JD 5.00.3) Tempoh selama 5 bulan.4) Sebanyak 6 unit saham diperlukan bagi menaja 1 orang pelajar.5) 1 orang pelajar = JD 150

Prosedur memohon zakat daripada Unit Zakat Sedekah MPPMJ1. Layari Laman Web Rasmi Unit Zakat dan Sedekah MPPM: http://uzsjordan.blogspot.com2. Memuat turun Borang Permohonan Zakat di ruangan “MUAT TURUN” atau klik link ini: http://www.mediafire.com/?2p46226kxpvy4jk3. Isi Borang Permohonan Zakat tersebut dengan lengkap.4. Hantar borang tersebut kepada Wakil Mantiqah sebelum 20 Disember 2011 dan menceritakan masalah kewangan yang anda hadapi.

HUBUNGI KAMI:http://uzsjordan.blogspot.com/http://www.facebook.com/zakatsedekahjordan

PERHATIAN:Kami amat mengalu-alukan sebarang bantuan kewangan (zakat atau sedekah) dari mana-mana pihak samada di Jordan mahupun dari Malaysia. Hal ini kerana, masih ramai pelajar Malaysia yang tidak bernasib baik hinggakan terpaksa berhutang yuran universiti dan terpaksa menangguh semester pengajian kerana kekurangan wang.

Unit Zakat Dan Sedekah | MPPMJ

13

Page 14: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

14

Page 15: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012
Page 16: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Baru-baru ini dunia mahasiswa dikejutkan dengan satu pengumuman yang dijangka bakal mengubah corak perkembangan mahasiswa Malaysia. Usaha pemindaan Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang selama ini melarang mahasiswa dari menyertai parti politik telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’Seri Najib Tun Razak. Seandainya pindaan ini dilakukan, maka mahasiswa berusia 21 dibuka ruang untuk melibatkan diri dalam parti politik, tetapi

dengan syarat tidak membawa politik kepartian ke dalam arena kampus.

Ya, mungkin inilah yang dinanti-nantikan oleh ramai aktivis mahasiswa yang selama ini memperjuangkan hak mahasiswa dalam

arena politik negara. Kita imbas bagaimana isu empat penuntut jurusan sains politik Universiti

Kebangsaan Malaysia ( UKM ), yang dikena-kan tindakan disiplin kerana terlibat dalam

kempen pilihanraya Hulu Selangor pada 24 April tahun lepas , dan mereka memperjuang-

kan isu itu di mahkamah. Akhirnya Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan Syeksyen 15

(5) (a) AUKU 1971 yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan dan bangkangan dalam

aktiviti politik tidak sah di sisi undang-undang.

AUKUDIMANAKAH KITA

Teks : MUHAMMAD NAQEB SULAIMAN(Tahun Lima Perubatan di Jordan University Sc. and Technology )

16

Page 17: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Namun, persoalan timbul, sejauh mana peluang dan keterbukaan yang akan diberikan selepas fasal AUKU tersebut dipinda digunakan sebaik mungkin oleh mahasiswa ?

Adakah mahasiswa akan terjun ke kancah politik dan berpencak mengikut arus politik semasa yang kita semua tahu akan warna-warn-inya.

Atau gelombang mahasiswa itu sendiri mampu menyumbang sesua-tu dalam perkembangan politik semasa, bukan sekadar gelombang tatkala memangkah undi, malah lebih itu, gelombang idea pemban-gunan negara, kritikan dan analisis perkembangan negara.

Namun persoalan timbul, sera-mai manakah mahasiswa yang benar-benar mahu dan sedar akan kepentingan melibatkan diri dalam isu-isu kepimpinan negara? Atau ianya hanya berlegar pada kelom-pok kecil, sedangkan masih ramai yang terleka dan dinodakan dengan budaya-budaya tidak sihat yang menyusup masuk dalam kalangan mahasiswa kita?

MAHASISWA PEMIKIR

Sebagaimana kita maklum, zaman mahasiswa adalah satu fasa penting dalam pembentukan modal insan negara. Pada zaman ini kita berge-lumang dengan pelbagai aktiviti dan program yang meliputi pelba-gai aspek ilmu dan cabang kemahi-ran, selain menumpukan pelajaran di bilik kuliah. Lalu, sewajarnya pada zaman inilah mahasiswa dilatih menjadi seorang pengana-lisa dan pemikir, dalam apa jua isu dan perkembangan semasa. Kita

tidak mahu mahasiswa yang lahir dari gedung ilmu adalah mahasiswa yang hanya bersifat pengikut,ibarat lembu dicucuk hidung, hanya tahu menuruti tanpa memahami apa yang diikutinya.

Begitu juga dalam soal penglibatan mahasiswa dalam arena politik. Mahasiswa sepatutnya membuat pertimbangan dan penilaian dalam pelbagai cabang, agar tidak terikut-ikut semata-mata atas nama perlu menjadi aktivis di zaman maha-siswa. Oleh itu, gapailah peluang dan bukalah ruang, agar diri kita selaku mahasiswa terbina dengan semangat muda yang memberi man-faat buat negara.

Akhir kata, Bapak Mohd Natsir seorang cendekiawan Indonesia pernah mengungkapkan “ pem-impin tidak lahir dari bilik kuliah, tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan di dokong oleh umat”.

Ayuh semua!Mahasiswa Perubah Negara !

Muhammad Naqeb Sulaiman merupakan pelajar tahun lima Perubatan di Jordan University Sc. and Technology (JUST), beliau juga merupakan mantan Tim.President Majlis Perwakilan Pelajar Mahasiswa Jordan ketika sesi 2010/2011

17

Page 18: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Sewaktu anda membaca artikel ini, cuba anda ambil masa untuk fikir, naskhah yang anda pegang sekarang, dari mana asalnya? Kertas, dari kayu, siapa tebang kayu? Kertas itu pula diproses di kilang, siapa yang bekerja di kilang? Untuk mencetak, perlukan dakwat, siapa yang bekerja untuk menghasilkan dakwat? Idea dan artikel, siapa yang men-gumpulnya? Grafik, siapa yang merekanya? Pendek kata, bukan seorang dua yang bersusah payah untuk menghasilkan senaskhah majalah, yang akhirnya sampai ke tangan anda. Itu konsep mudah dan asas. Itulah konsep bermasyarakat, bantu-membantu untuk menghasilkan sesuatu. Mana mungkin akan terhasilnya senaskhah buku kalau yang bekerja

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesung-guhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” [Al- Maidah : 2] Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” [HR. Thabrani dan Daruquthni] Zakat dalam Islam adalah salah satu sistem untuk menyeimbangkan keperluan asas masyarakat. Fardhu kifayah juga adalah bukti pentingya kita menunaikan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat. Konsep fardhu kifayah itu juga harus difahami dengan betul, bukannya orang lain dah buat, aku tak payah tetapi sepatutnya kalau aku tak buat, orang lain yang payah. Ketika bermusafir, dalam Islam, dituntut untuk salah seorang dilantik menjadi ketua. Jadi, Islam memang mementingkan sistem bermasyarakat, dan bukanlah ibadah khusus seperti solat semata-mata. Kalau tidak, mana mungkin datangya tuntutan bersedekah, zakat, jual beli dan macam-macam lagi seperti yang disebut di atas. Namun, kaedah khusus bermasyarakat itu tidak ditentukan rangkanya secara spesifik dalam Islam. Mengikut kesesuaian sepanjang

Meletakkan diri di tengah komuniti

Teks : Ahmad Hidayat Hasni Md Isa(Tahun Empat Perubatan di Jordan University Sc. and Technology )

hanya seorang. Itu hanya senaskhah buku atau majalah, apatah lagi kalau ingin membentuk manusia, pastinya perlukan perancangan yang lebih tersusun dan rapi. Nah, maka di sini datangnya keperluan ber-masyarakat dan berorganisasi. Untuk memben-tuk manusia? Ya. Untuk menjaga manusia? Ya. Maka sistemnya perlulah lebih tersusun dan lebih serius diurus berbanding untuk membuat senaskhah buku. Mula-mula komuniti kecil, kemudian masyarakat yang lebih besar dan akhirnya sebuah negara. Maka sebab itu kalau tidak tersusun sistem negara itu, manusia di dalamnya pun boleh terkesan. Baiklah, kita pergi kembali kepada komuniti yang lebih kecil, atau ‘negara’ yang lebih kecil di Jordan ini, di kalangan mahasiswa Malaysia, iaitu persatuan. Bermasyarakat, falsafah asasnya adalah bantu-membantu, bekerjasama dalam kebaikan dan memberi manfaat kepada manusia lain.Sebelum saya pergi lebih jauh, mari kita semak kembali konsep-konsep dalam Islam tentang falsafah asas bermasyarakat.

18

Page 19: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

umur-umur begini, manusia mencari identiti, sedang membuat pilihan dalam kehidupan, sedang memilih laluan. Dengan potensi dan semangat serta idea yang memuncak, kalau jalan itu salah dipilih, laluan itu bukan laluan kebaikan, maka berkemungkinan manusia itu akan menghabiskan zaman remaja dengan membina perkara yang sia-sia dan memulakan zaman dewasa dan tua dengan diri yang tidak cukup jati diri dan peribadi yang tidak cukup kualiti. Maka, persatuan adalah pentas untuk membina diri dengan laluan yang moga-moganya adalah laluan yang betul. Persatuan adalah peluang untuk remaja dan mahasiswa membentuk keperibadian dari sudut mentaliti, keilmuan, kerohanian, jasmani dan kemahiran bagi menghadapi masyarakat yang lebih ramai di Malaysia kelak dan bagi menyiapkan diri sendiri di masa tua nanti. Cuba kita renung masa hadapan sebentar, dan singkap sudutnya secara realisitik. Bayang-kan suatu hari nanti kita akan menjadi doktor perubatan, dotor gigi, pensyarah, pegawai, guru, atau apa-apa saja kerjaya. Ketika kita bekerja, kita memikul amanah, dan dengan amanah itu, kita perlu bertanggungjawab dengan tugasan dan kerja kita. Bayangkan, seseorang yang diberi tanggungjawab tapi tidak amanah atau seseorang yang diberikan amanah tapi tidak bertanggungjawab, maka masih adakah lagi di sana kualiti yang diharapkan oleh masyarakat terhadap kita? Maka persatuan adalah jawapannya, persatuan adalah tempat untuk membentuk kualiti untuk berhadapan dengan masyarakat di Malaysia nanti. Doktor perubatan, doktor gigi, ustaz, pegawai atau pensyarah, hakikatnya kita pasti akan berurusan dengan manusia sepanjang kerjaya kita. Maka komunikasi dengan ma-nusia itu, sukatan belajarnya bukan hanya di buku, tapi banyaknya dengan pengalaman kita bertemu manusia. Perkara ini perlu dibiasakan, bukan hanya sekali dua berlatih. Sebab itu, bila kita bicara tentang mema-hamkan manusia tentang amanah dan tang-gungjawab serta memahirkan manusia untuk berkomunikasi, berinteraksi dan berhadapan dengan sikap manusia lain yang pelbagai, solusinya adalah keterlibatan dalam persatuan.

Cabaran dan permasalahan dihadapi bersama Hidup di perantauan pasti banyak cabaran dan permasalahan. Sama ada terhadap individu atau terhadap komuniti. Maka untuk menye-lesaikan permasalahan tersebut, kunci asasnya ialah permuafakatan. Sama ada permuafakatan idea atau pun permuafakatan tenaga. Contoh, isu keselamatan. Daripada idea-idea bernas ahli yang pelbagai, maka alham-dulillah kita dapat menyelesaikan beberapa masalah. Juga daripada perbincangan demi perbincangan, wujudnya kesefahaman dan persetujuan. Contoh lain, pelaksanaan program. Hampir mustahil program besar mampu dilaksanakan dengan jayanya tanpa sumbangan tenaga dari pelbagai lapisan ahli. Hasil dari permuafakatan

zaman, selagi mana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah, maka tiada larangan. Jadi, di sini munculnya konsep persatuan, dan persatuan itu adalah salah satu platform atau alat untuk bermasyarakat. Bukankah kita bermasyarakat untuk mel-aksanakan kebaikan? Maka perlulah dibentuk dan diuruskan dengan berorganisasi. Seperti kalam Saidina Ali, kebatilan terancang akan mengalahkan kebaikan yang tidak terancang. Sebenarnya dalam masyarakat, kita memerlukan antara satu sama lain. Malah, ini telah menjadi sesuatu yang semulajadi atau fitrah manusia itu sendiri. Mula-mula kita lahir, keluar sahaja dari rahim ibu, berapa ramai yang menguruskan kita. Bila kita sudah meninggal pula, berapa ramai pula manusia yang menguruskan kita sehingga kita ditanam di liang lahad. Pada saya, Tuhan nak tunjukkan bahawa secara fitrahnya pun, manusia itu saling memerlukan.

Persatuan medan menyampaikan suara dan simbol kesatuan Pada era kolonisasi British di Tanah Melayu suatu ketika dahulu, kerajaan British pernah mengharamkan beberapa pertubuhan, kesatuan sekerja dan kesatuan buruh. Hal ini kerana mereka tahu bahawa pertubuhan-per-tubuhan ini mempunyai suara yang kuat dan sangat berani mengambil apa-apa jua langkah yang mereka kehendaki. Jadi penyelesaiannya adalah pengharaman secara total dari pemer-intah British. Di Jordan, kita tidak ada penjajah. Namun, dengan persatuan, kita mampu bersatu untuk menyatakan hasrat dan suara kita kepada pihak-pihak luar persataun sama ada pihak autoriti tempatan seperti universiti, pihak polis dan sebagainya atau pun pihak atasan yang mewakili kerajaan Malaysia di sini seperti Education Malaysia Jordan atau pun Kedutaan Besar Malaysia. Apabila ada isu atau permasalahan, persatu-an yang mewakili mahasiswa boleh membuat perbincangan dengan pihak-pihak terbabit bagi mencapai penyelesaian.

Persatuan pentas untuk pembinaan individu untuk masa hadapan Siapa tokoh yang anda kagumi? Tokoh tem-patan atau antarabangsa? Cuba anda selidiki latar belakang mereka, garis masa kronologi hidup yang menghasilkan mereka pada hari ini, saya yakin kebanyakan dari mereka sudah mula menjadi seseorang yang bukan biasa-biasa ketika zaman remaja atau mahasiswa lagi. Sama ada tokoh politik atau tokoh akademik, mereka adalah seseorang yang meluangkan zaman mahasiswa dan remaja mereka untuk membina diri dan peribadi. Tokoh-tokoh dalam sejarah ketamadunan khilafah Islam, lihat sahaja berapa umur Sultan Muhammad Al-Fateh ketika membuka konstantinopel. Umurnya sekitar umur kita pada hari ini. Maka, apa pula kaitannya perkara-perkara yang saya sebutkan ini dengan persatuan? Apa yang saya cuba sampaikan ialah, ketika

tenaga, maka alhamdulillah beberapa program besar persataun berjaya dilaksanakan.

Pembersihan semula definisi menyumbang Dalam suasana hari ini, di mana ahli semakin bertambah kuantiti, persatuan ada kelebihan besar kerana mempunyai tenaga kerja tinggi dan potensi manusia yang pelbagai. Namun, jika persatuan masih mempunyai masalah kekurangan tenaga kerja, maka itu adalah kerana sama ada pimpinan belum cukup bijak untuk menguruskannya secara efisyen atau pun sikap ahli yang tidak mahu ambil peduli. Komuniti kita memerlukan anda semua. Sama ada sebagai penyumbang idea, ahli jawa-tankuasa, pengarah program, tukang masak, tukang angkat barang, penggerak program, tetamu, audiens, hadirin, penonton atau apa-apa saja skop yang ada. Luaskan sudut pandang dalam menggerak-kan masyarakat dan persatuan. Menyumbang bukanlah hanya bila menjadi pimpinan, tapi kalau anda mengkritik pun, itu dikira sebagai menyumbang, kerana persatuan ini bukan hanya milik pimpinan, tapi yang lebih penting, persatuan adalah milik semua. Bila salah satu anggotanya lumpuh, lambat laun akan memberi kesan kepada masyarakat keseluruhannya, kerana kita umpama seutas rantai yang diikat. Sebagai ahli persatuan, anda mempunyai beberapa hak-hak asasi yang anda sepatutnya dapat. Kebajikan dan keselamatan anda terjaga dan terkawal, keperluan penempatan dan perumahan yang dipantau, program untuk pe-mantapan akademik, mendapat bantuan dalam urusan universiti, urusan diplomatik dan hak untuk turut serta dalam pelbagai program, pro-jek dan perkara-perkara yang dianjurkan oleh persatuan. Bayangkan berapa banyak perkara yang anda akan terlepas jika anda menjauhkan diri dari komuniti. Kalau kita tak mahu cakna dan peduli tentang komuniti ini, bagaimana pula komuniti ini mampu cakna dan peduli tentang kita? Kerana hakikatnya, jika anda tak peduli kepada komuniti, anda tidak peduli kepada diri anda sendiri, kerana anda adalah sebahagian dari komuniti. Thomas Jefferson, Presiden Amerika Syari-kat yang ketiga pernah berkata, “A nation as a society forms a moral person, and every member of it is personally responsible for his society”. Pada saya, persatuan ini umpama tangan manusia, dan kita adalah jari-jarinya. Satu jari terluka atau cedera, seluruh tangan susah untuk bekerja. Tidak boleh menggenggam, tidak boleh lagi menulis. Ingatlah, setiap jari memainkan peranan masing-masing. Semoga kita menjadi jari yang kuat dan sihat.

Ahmad Hidayat Hasni Md Isa merupakan pelajar tahun empat Perubatan di Jordan University Sc. and Technology (JUST), beliau juga merupakan President Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) sesi 2011/2012

19

Page 20: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Mahasiswa , Siapakah mereka yang digelar mahasiswa ?

1.Mahasiswa adalah pelajar yang berjaya melangkahkan kaki ke universiti dan akan memperoleh ijazah setelah beberapa tahun belajar di sana .

Atau

2. Mahasiswa ialah mereka yang terlalu sibuk dengan bidang pengajian yang diambil. Hari hari membuat kajian tentangnya, menyiapkan kertas kertas kerja, projek-projek tahunan dan membentang seminar di dalam kuliah. Tanyalah mereka apa sahaja tentang bidang yang mereka ceburi itu,

nescaya mudah bagi mereka memberikan jawapan

Atau

3.Mahasiswa ialah mereka yang berani berucap di hadapan orang ramai. Lalu terlibat dengan aktiviti berpersatuan yang melambak di Malaysia. Bukan itu sahaja malah mereka akhirnya terpilih menjadi calon pilihanraya universiti mewakili suara mahasiswa yang lain. Mereka ini dikatakan

bakal pemimpin negara.

Atau

4.Mahasiswa adalah mereka yang beroleh biasiswa @ pinjaman untuk melanjutkan pelajaran ke university- universiti tempatan atau luar Negara. Setelah tamatnya pengajian, mereka dikehendaki membayar balik wang tersebut dalam bentuk tunai ataupun perkhidmatan.

Atau

5.Mahasiswa adalah mereka yang berjaya memasuki universiti yang memang dilengkapi dengan kelengkapan seperti internet. Dan kehidupan mereka seterusnya hanyalah di hadapan komputer atau komputer riba. Facebook, twitter , youtube , Wikipedia , Blogspot , Ebay merupakan laman

sesawang yang wajib dibuka setiap hari. Kata mereka “ dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan”.

Atau

6.Mahasiswa adalah mereka yang terperuk di dalam bilik masing masing. Dunia mereka hanyalah buku. Keluar dari bilik hanyalah untuk pergi ke kuliah, ke kedai makanan atau ke perpustakaan. Kawan sebilik atau serumah langsung tak diambil endah. Aktiviti aktiviti di universitI satu pun

tak disertai. Cuti semester terus pulang ke rumah keluarga tercinta. Kata mereka “ aku masuk universitI untuk belajar bukan bersuka ria. Lepas 4-5 tahun aku nak keluar dengan segulung ijazah”.

Atau

7.Mahasiswa adalah mereka yang pergi ke universiti tapi ponteng dari menghadiri kuliah. Professor itu selalu marah, professor itu garang sangat, professor itu banyak beri kerja , professor itu bagi markah sedikit, professor itu buat soalan susah dan lain lain lagi. Lalu , kafe di universiti mejadi

tumpuan. Mereka sibuk berbicara tentang artis-artis di Malaysia atau perlawanan bola sepak yang ditayangkan semalam . Isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara mereka tidak ambil endah . kata mereka “ Malaysia kan negara yang aman damai . Pemimpin negara masih ada untuk fikir

semua itu “.

Atau

8.Mahasiswa adalah mereka yang berjaya belajar di mana-mana universiti. Mereka sentiasa pergi ke kuliah, menyiapkan projek-projek tahunan dan membentangkan kertas-kertas kerja. Mereka juga dalam masa yang sama masih punya masa untuk menyertai aktiviti-aktiviti universiti yang luar dari bidang mereka seperti aktiviti mendaki gunung, ceramah agama dan sebagainya . Mereka cakna dengan isu semasa dalam dan luar ne-

gara. Dunia mereka bukanlah dunia buku semata mata. Internet bukan digunakan hanya untuk buka laman sesawang Facebook atau Twitter tetapi digunakan untuk menambah maklumat sedia ada serta menyebarkan maklumat berguna kepada mereka . Setelah beberapa tahun belajar, mereka

bukan sahaja pulang dengan segulung ijazah malah mempunyai kemahiran insaniah (softskill) dalam pelbagai bidang.

Mahasiswa yang ideal merupakan mereka yang berada di kelompok ke-8. Universiti bukan tempat melahirkan mahasiswa yang berjaya menggu-lung ijazah semata-mata tetapi merupakan tempat di mana mahasiswa dapat mempelajari pelbagai jenis kemahiran asasi. Mahasiswa merupakan golongan pemuda dalam sebuah negara dan mereka inilah bakal memimpin negara satu masa akan datang. Indonesia telah mencatat peristiwa

paling bersejarah iaitu ketika berlakunya Reformasi 1998. Sekelompok pemuda yang bergelar mahasiswa telah berjaya mencetuskan reformasi & mendesak presiden Suharto meletakkan jawatan sebagai pemimpin tertinggi dalam negara tersebut.

Maka, mahasiswa yang ideal perlu dilahirkan demi kesejahteraan & pembangunan negara Malaysia pada masa akan datang . Ia perlu dimulakan dengan anda bertanya kepada diri sendiri, di kelompok manakah anda meletakkan definisi mahasiswa yang anda bangga-banggakan saat ini .

seterusnya, anda perlulah berusaha agar mahasiswa yang ideal dapat dilahirkan dalam diri. Rasulullah saw bersabda: “ Sesungguhnya Allah sangat mengkagumi pemuda yang tidak ada baginya masa muda( berhibur dan bersuka ria).”

(HR Ahmad dan Abu Ya’la)

Anda mahasiswa?? Jika ya, anda mahasiswa yang bagaimana??

20

Page 21: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Kebanyakan mahasiswa berpendapat bahawa kahwin awal bukanlah hanya sekadar untuk memenuhi fitrah semata. Tetapi juga untukmenzahirkan yang pasangan itu sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Perkahwinan juga sebenarnya adalah untuk menyambung keturunan sekaligus umat Nabi Muhamma s.a.w. selain dari memenuhi fitrah kasih sayang antara arrijal dan annisa, mendirikan masjid insyaAllah mampu mengelakkan zina dan maksiat. Dan yang paling utama, adalah kerana Allah Azzzwajalla. Jadi seandainya kita mampu dan sudah mempunyai calon, eloklah melangkah ke alam perkahwinan. Sekiranya tidak, sediakan diri dahulu, dari segi ilmu,harta persiapan mental dan fizikal terutamanya. kerana perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang sebelah mata sahaja. Ia adalah keputusan yang akan memberi kesan sepanjang hidup kita..janganlah jadi seperti “sang kera mendapat bunga atau sang tikus yang membaiki labu”..

Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi.

Page 22: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

iddah merupakan satu jenayah yang sangat besar kesalahannya di dalam Islam bahkan dianggap ‘bapa’ kepada segala dosa-dosa besar. Ia termasuk dalam kategori jenayah yang boleh dijatuhkan hukuman had ke atas pelakunya. Ia meru-pakan satu ancaman yang paling bahaya lebih dari yang lain. Betapa besar makna memelihara aqidah Islam di dalam jiwa masyarakat yang berpegang dengannya sehingga menjadikan ia salah satu rencana utama musuh-musuh Islam dalam usaha meminggirkan umat daripada Islam sama ada dengan senjata, penjajahan mahupun melalui sistem yang tersusun seperti pendidikan dan sebagainya. Allah SWT mengingatkan kita di dalam Al-Qur’an;

“Dan mereka (orang-orang kafir) itu terus-menerus tanpa henti memerangi kamu sehingga mereka dapat memurtadkan kamu dari agama mu sekiranya mereka mampu”(Al-Baqarah: 217)

JENAYAH AR-RIDDAH: BEBERAPA PERSOALAN DAN

SYUBHAH SEKITARNYA

Teks : Fakhrurazi Abu Bakar (Ijazah Sarjana Usuluddin di The World Islamic Sciences And Education University)

R

22

Page 23: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

MASYARAKAT ISLAM DAN ANCAMAN RIDDAH

Islam mendidik umatnya tentang ketinggian nilai aqidah yang ia berpegang dengannya. Kuatnya pegangan aqidah Islam seorang muslim itu maka semakin tinggilah nilai jati dirinya. Kuatnya pegangan aqidah seseorang muslim itu menjadikan ia seorang yang sangat tekun dan patuh di dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang hamba Allah SWT. Lemahnya iman seseorang itu boleh membawanya ke arah kerosakan dan membawa mudharat kepada dirinya sendiri. Nabi SAW menyebut;

“Tidak berzina seorang penzina sedangkan ia beriman, tidak mencuri seorang pencuri sedangkan ia beriman dan seorang peminum arak tidak meminumnya sedangkan dia beriman”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadith ini menjelaskan kepada kita bahawa rendahnya iman dalam diri seseorang itu mendorong ia melakukan perkara yang bukan sahaja merosakkan dirinya sendiri tetapi juga masyarakat. Bagaimana pula sekiranya iman tersebut dicabut terus dari jiwanya, maka bayangkan kerosa-kan yang bakal dilakukan semahunya menurut hawa nafsu tanpa ada sekatan dosa dan pahala, syurga dan neraka.

Ancaman riddah berlaku di setiap peringkat masyarakat Islam hasil usaha berterusan aliran pemikiran semasa. Kalau di zaman awal generasi Islam serangan secara perang merupakan medium utama dalam melemahkan umat Islam. Akan tetapi umat Islam di zaman ini berhadapan dengan kedua-duanya sekali; senjata dan pemikiran.

Antara rencana yang diusahakan oleh musuh-musuh Islam ialah; mengkristiankan orang-orang Islam seluruh dunia sebagaimana yang dinyatakan dalam satu persidangan di Colorado, Amerika Syarikat pada tahun 1978 di mana telah dibentangkan dalam persidangan tersebut 40 kertas kerja yang mengkaji tentang Islam dan penganutnya serta strategi yang boleh diguna pakai untuk memurtadkan umat Islam. Sejumlah wang mencecah berbillion Dollar telah disumbangkan ke arah perencanaan tersebut serta didirikan sebuah institut khusus bagi melatih kader-kader dalam menjayakan rancangan mereka.

Itu merupakan satu cabang daripada racun-racun yang dicuba disuntik dalam pemikiran umat Islam. Kerja buat mereka tidak terhenti setakat individu perseorangan sahaja bahkan terhadap masyarakat Islam melalui sistem-sistem ekonomi, pendidikan termasuk juga pemerintahan.As-Syaikh Sa’id Hawwa menulis di dalam kitabnya ‘Jundullah: Thaqafatan Wa Akhlaqan’ dengan memulakan muqaddimah dengan tajuk ‘Wujud-kah Riddah Dalam Dunia Islam’. Beliau menekankan betapa umat Islam di zaman ini kebanyakannya telah ‘murtad secara tidak langsung’ kerana meninggalkan seluruh mahupun sebahagian daripada sistem-sistem Islam dan berpegang dengan sistem ciptaan manusia sehingga undang-undang keluarga Islam pun tidak terlepas daripada cengkaman ini.

HUKUMAN KE ATAS PESALAH RIDDAH

Para fuqaha’ sepakat dijatuhkan hukuman terhadap si pesalah riddah. Walau bagaimanapun berlaku khilaf tentang perlaksanaannya. Perlu juga difahami bahawa keluar dari Islam merupakan satu perbincangan usul aqidah yang thabit sedangkan kaedah menjatuhkan hukuman ke atas si pelaku tersebut termasuk dalam perbincangan fiqh yang luas. Ia termasuk dalam perbincangan bab al-Wilayah yang memerlukan kebijakan siasah syariah yang fleksibel dan skopnya yang luas tidak seperti perbincangan bab al-Ibadah.

Sebelum dijatuhkan hukuman terhadap si murtad, Islam memberi ruang dan meminta kepada si pesalah untuk bertaubat terlebih dahulu (al-Istitabah). Berlaku khilaf di kalangan ulama’ tentang hukum serta tempoh masa yang diberi untuk ia kembali bertaubat. Ada yang mengatakan wajib dan ada yang mengatakan harus. Ada yang menyatakan diberi tempoh selama tiga hari, ada yang menyatakan diberi tempoh sepanjang hayatnya dan ada yang menyerahkannya atas kebijaksaan pihak pemerintah untuk memberi tempoh peluang kepadanya bertaubat .Di sini juga turut berlaku khilaf di kalangan ulama’. Tidak semua kesalahan riddah itu diberi ruang kepada si pelaku untuk bertaubat. Ada yang mengkategorikan kesalahan riddah itu kepada kesalahan yang berat dan kesalahan yang ringan. Kesalahan yang berat tidak memberi ruang kepada si pelaku untuk bertaubat manakala kesalahan yang ringan pula adalah sebaliknya. (Perbahasan ini agak panjang dan boleh dirujuk kepada kitab-kitab feqh yang banyak untuk penjelasan lanjut).

TIDAK SEMUA YANG MURTAD DIHUKUM BUNUH Jumhur fuqaha’ bahkan sepakat di kalangan mazhab yang empat bahawa si murtad hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh. Ini berdasarkan kepada hadith RasuluLlah SAW;

“Sesiapa yang menukar agamanya (dari Islam kepada yang lain) maka bunuhlah ia”(Riwayat Al-Bukhari)

Ramai di kalangan bukan Islam bahkan umat Islam sendiri keliru tentang konsep membunuh orang yang murtad sehingga menimbulkan persepsi yang negatif Islam melarang kebebasan hak individu dalam memilih agama. Lebih malang lagi terdapat mereka yang keras terhadap persoalan ini sehingga menjarakkan Islam dengan mad’u nya.

23

Page 24: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Antara punca berlaku salah faham ini kerana ramai yang hanya berpegang dengan hadith di atas semata-mata lalu terus dibuat kesimpulan hukum tanpa merujuk kepada hadith-hadith yang lain termasuk beberapa tindakan sahabat seperti Amir Al-Mu’minin Umar bin Al-Khattab r.a yang pada satu ketika pernah berijtihad dijatuhkan hukuman penjara terhadap orang yang murtad kerana berdasarkan suasana perang yang boleh mengundang fitnah sekiranya dijatuhkan hukuman bunuh.

Hadith yang bersifat mutlaq di atas telah di-qayd-kan dengan hadith Nabi SAW yang diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat. Antaranya riwayat Abdullah bin Mas’ud r.a;

“Tidak halal darah seorang muslim melainkan salah satu daripada tiga perkara: Penzina yang sudah berkahwin, orang yang membunuh orang lain, dan orang murtad yang memecahbelahkan masyarakat Islam”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dan juga disebut dalam satu hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abi Daud daripada Aisyah r.a dengan lafaz;

“Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahawa tiada yang layak disembah selain Allah, dan bahawa Muhammad SAW utusan Allah melainkan salah satu daripada tiga perkara: berzina setelah berkahwin maka ia direjam, lelaki yang keluar memerangi Allah dan rasulNya maka ia

dibunuh atau disalib atau dibuang negara, dan yang membunuh manusia maka ia dibunuh kerana perbuatannya”

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh An-Nasa’ei juga daripada Aisyah r.a dengan lafaz;

“Tidak halal darah seorang muslim melainkan salah satu daripada tiga perkara: Penzina yang telah berkahwin maka direjam, seorang yang mem-bunuh secara sengaja maka ia dibunuh, dan seorang yang keluar daripada Islam memerangi Allah dan rasulNya maka ia dibunuh atau disalib atau

dibuang Negara”

Berdasarkan riwayat-riwayat yang telah dinyatakan di atas maka kerana itu para ulama’ menetapkan mereka yang murtad secara senyap-senyap atau sekadar murtad dan tidak menyebarkan kesesatannya maka tidak dijatuhkan hukuman bunuh. Saidina Ali r.a pernah membakar golongan yang mempertuhankannya setelah mereka ingkar untuk bertaubat. Walau bagaimana pun tindakan Saidina Ali tersebut dibantah oleh Ibnu Abbas r.a. Dalam sejarah Islam, biasanya mereka yang murtad seringkali menjadi ejen kepada pihak musuh dan membocorkan maklumat kerajaan Islam maka inilah yang diambil tindakan. Walau bagaimanapun murtad secara senyap juga termasuk dalam kesalahan yang besar dosanya di sisi Allah SWT dan si pesalah mesti bertaubat dengan segera. Dan sekiranya ia kembali kepada Islam maka hendaklah berta’amul dengannya sebagai seorang muslim namun dijatuhkan hukuman ta’zir atas kebijaksanaan pemerintah. Wallahua’lam.

JENAYAH RIDDAH MENYERUPAI KESALAHAN KHIANAT KEPADA NEGARA Mereka yang murtad secara terang-terangan memerangi Islam serta menyeru kepada kesesatan yang di bawa mereka merupakan ancaman yang sangat merbahaya kepada masyarakat yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup dan dasar sesebuah negara. Mereka menukar wala’ dan ketaatan dari satu agama kepada agama yang lain, dari satu umat kepada umat yang lain dan yang lebih dahsyat lagi bergabung bersama darul harb bagi menentang darul Islam. Sekiranya dibiarkan maka ia akan membarah dan meracuni pemikiran umat dengan ancaman yang bahaya sehingga boleh berlakunya pemberontakan dan penentangan terhadap negara yang menjadikan Islam sebagai dasar dan teras dalam pemerintahannya. Ini dapat disaksikan dengan peristiwa yang berlaku ketika zaman awal Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a di mana terdapat beberapa kumpulan yang murtad selepas wafatnya Rasulullah SAW sehingga ke peringkat membentuk pasukan dan ketumbukan yang besar dalam menentang khila-fah Islam dan dasar-dasarnya.

Cabaran lebih hebat lagi apabila di sana terdapat beberapa kumpulan yang murtad terdiri daripada berbagai-bagai keadaan: 1. Mereka yang murtad, keluar sepenuhnya daripada Islam kembali kepada agama nenek moyang. Aqidah mereka terlalu rapuh. Masuk Islam hanya ketika hayat Rasulullah SAW kerana takutkan kemenangan Islam atau mahukan harta dunia yang dibahagikan oleh Rasulullah SAW. Apa-bila Rasulullah SAW wafat, mereka menganggap Islam sudah lemah lalu menjadikan mereka lebih selesa dengan keadaan bebas mengikut hawa nafsu daripada rasa terbelenggu dengan hukum Islam yang mengawal mereka dengan selamat. Mereka berlumba memilih desakan hawa nafsu merosak diri sendiri. Sebelumnya mereka dating dengan ucapan yang manis dan bersemangat menjadi orang Islam. Allah SWT mendedahkan sikap mereka dengan menyatakan;

“Orang-orang arab (badwi) berkata: ” Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada

Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

(Al-Hujuraat: 14)

24

Page 25: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

2. Mereka yang murtad menjadi pengikut pembohong besar yang mengaku menjadi nabi sedangkan Allah SWT telah mengisytihar Nabi Muhammad SAW adalah penutup para anbiya’ dan tidak ada lagi rasul selepasnya. Mereka yang murtad ini terdiri daripada Bani Tho’ie, Bani Asad dan Ghothfan. Mereka adalah pengikut seorang pembohong besar bernama Tulaihah bin Khuwailid Al-Asadi. Manakala Bani Hanifah murtad dengan mengikut pembohongnya yang bernama Musailamah Al-Kazzab. Sebahagian penduduk Yaman menjadi pengikut pembohongnya yang bernama Al-Aswad Al-Ansi. Ada pun Bani Tamim, Taghlib dan Robiyah mengikut seorang wanita yang bernama Sijah yang juga mengaku men-jadi nabi. Terdapat juga yang murtad kembali kepada agama asal mereka seperti Bani ‘Aamir, Hawazin dan Sulaim. 3. Mereka yang murtad kerana menafikan kewajipan zakat yang menjadi rukun Islam. Walaupun mereka masih mendirikan solat, mereka me-nolak urusan harta juga termasuk dalam kewajipan agama yang ditunaikan. Dalam masa yang sama mereka membetulkan bai’ah terhadap negara dan kewajipannya yang ditunjuk oleh Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah SAW.

Sebahagian daripada gejala murtad ini berlaku ketika Rasulullah SAW masih hidup dan sebahagian lagi setelah Rasulullah SAW wafat. Melalui gerakan nabi palsu oleh Musailamah di Yamamah dan Tulaihah di Yaman, mereka angkuh kerana mempunyai pengikut yang ramai. Allah SWT telah member isyarat kepda Rasulullah SAW secara mimpi yang benar lalu dijelaskan oleh baginda SAW di dalam salah satu khutbahnya, mem-bayangkan tentang ancaman daripada dua pembohong yang berada di Yaman dan seorang lagi di Yamamah dengan tamsilan yang digambarkan oleh Allah SWT dalam mimpi tersebut dengan dua gelang emas yang berada di lengan Rasulullah SAW dan Nabi SAW sangat bencikannya. Lalu Rasulullah SAW meniup ke arah keduanya, tiba-tiba kedua-dua gelang itu terbang (tercabut). Para ulama’ menafsir mimpi Rasulullah SAW ini sebagai menunjukkan bahawa mereka tidak kuat, laksana dihembus sahaja sudah dapat dikalahkan.Kedua-dua nabi palsu ini tidak sempat dihapuskan ketika hayat Rasulullah SAW. Tugas menentangnya diambil alih oleh khalifah selepasnya.Setelah bermesyuarat Khalifah Abu Bakar telah mengambil keputusan untuk bertindak terhadap pemberontak murtad ini. Abu Bakar juga telah menghantar perutusan yang panjang kepada mereka yang murtad dengan cara memujuk kembali kepada Islam dan memberi amaran sebelum menyerang.

Sebahagian besar pengikut ajaran murtad di kalangan mereka terlalu jahil kerana baru sahaja memeluk Islam atau ketakutan dipaksa secara kejam oleh pemimpin yang murtad itu. Keadaan dapat dilihat betapa besarnya jumlah mereka yang kembali kepada Islam dan menyertai tentera Islam yang tiba, dan selepas pemimpin-pemimpin murtad itu dikalahkan, maka berduyun-duyun lagi kembali semula kepada Islam.Selepas perutusan Khalifah Abu Bakar sampai ke sasarannya, sebelum ketibaan bala tentera untuk menyerang dilihat betapa kesannya; 1. Jumlah yang besar di kalangan puak yang kembali kepada Islam dan bersama memerangi golongan yang murtad. Dalam masa yang sama, mereka mengutuskan zakat dan derma yang menjadi penyumbang besar kepada perbekalan negara dan keperluan ketenteraan yang lebih besar. 2. Berjaya menubuhkan pasukan sokongan dari dalam musuh yang membantu bala tentera yang datang ke tempat yang menjadi sasaran. 3. Menaikkan semangat Islam kepada umat dalam menghadapi cabaran yang besar itu sehingga berjaya membina kekuatan di seluruh semenan-jung arab bagi menghadapi dua kuasa besar dunia, Parsi dan Rom selepas lenyapnya gerakan murtad dalam masa serentak.

Berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku di zaman Khalifah Abu Bakar r.a serta tindakannya memerangi gejala riddah, kita dapat melihat kebijakan khalifah menangani isu tersebut dengan cermat dan penuh bijaksana. Beliau tidak berlengah dan tidak pula mengambil tindakan terb-uru-buru ketika menyerang golongan yang murtad itu. Beliau memahami situasi golongan yang menjadi mangsa keadaan kumpulan penentang. Ada yang murtad dalam keadaan lemah dan dipaksa. Oleh kerana itu para ulama’ menegaskan bahawa tidak boleh diambil tindakan bunuh terus melainkan setelah mendapat penjelasan terlebih dahulu mengapa ia murtad. Sekiranya berlaku beberapa syubhah atau keraguan yang menyebab-kan ia keluar daripada Islam maka hendaklah dikemukakan hujah tentang apa yang ia ragukan itu semoga ia faham dan kembali kepada Islam. Di sini juga menjadi pengajaran kepada kita bahawa usaha mengukuhkan aqidah umat Islam merupakan satu tugas yang wajib dilaksanakan. Adalah merupakan suatu kejahilan dalam tindakan kita menghalang gerakan riddah tapi dalam masa yang sama institusi Islam kita abaikan. Sistem pendidikan agama sebagai contoh yang menjadi teras kekuatan umat Islam perlu dikukuh dan diperkemas sebaik mungkin, bukan dengan menarik bantuan atas sebab-sebab yang tidak munasabah. Pembangunan syakhsiah muslim juga mesti dipertingkat di seluruh peringkat; individu, keluarga, masyarakat dan negara. Amalan Islam yang culas di kalangan penganutnya seperti meninggalkan solat, zina, rasuah, pecah amanah dan sebagainya perlu dijauhi bagi melahirkan satu model dan identiti Islam yang kuat di mata masyarakat Islam dan bukan Islam.

KESIMPULANIslam bukan satu pegangan yang boleh dibuat suka-suka. Sekali masuk, kemudian keluar, kemudian masuk semula. Bagi seseorang itu masuk Islam ia perlu mengucapkan syahadah terlebih dahulu yang merupakan suatu perjanjian yang dibuat terus di antara dirinya dengan Allah SWT. Ucapan yang memberi makna janji taat setia untuk tunduk dan patuh terhadap segala ketetapan dan peraturan yang telah dinyatakan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Keluarnya seseorang daripada Islam bererti ia telah mengkhianati janji yang telah ia buat terhadap Penciptanya. Ia adalah hak asasi seorang muslim yang tidak boleh diceroboh sesuka hati. Oleh yang demikian, Islam menetapkan hukuman yang keras terhadap mereka yang telah mengkhianati perjanjian tersebut. Nabi SAW mengajar kita;

“Orang Islam itu (akhlaqnya) ia berpegang dengan janji mereka”(Riwayat Abi Daud)--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Rujukan:1. Jarimah Ar-Riddah Wa ‘Uqubah Al-Murtad, Dr Yusuf Al-Qaradhawi2. Feqh Al-Jihad, Dr Yusuf Al-Qaradhawi3.At-Tasyrie’ Al-Janaei Al-Islami Muqaronan Bi Al-Qanun Al-Wadh’ie, Abdul Qadir Audah4. Jundullah: Thaqafatan Wa Akhlaqan, Sa’id Hawwa5. Al-Ahkaam As-Sulthaniyah, Al-Mawardi6. Mausu’ah Ahsan Al-Kalaam Fi Al-Fatawa Wa Al-Ahkaam, Athiyah Shoqor7. Al-Wajiz Fi Al-Feqh Al-Janaie Al-Islami, Dr Muhammad Na’em Yaasin8. Jamie Al-‘Ulum Wa Al-Hikam, Ibnu Rajab Al-Hanbali9. Taktik Dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin, Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang

Fakhrurazi Abu Bakar merupakan pelajar Ijazah Sarjana Usuluddin di The World Islamic Sciences And Education University “W.I.S.E”, Jordan.

25

Page 26: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

ukun Islam yang utama selepas solat adalah zakat. Zakat merupakan ibadah yang memer-lukan seseorang yang cukup syaratnya, mengeluarkan sejumlah harta tertentu. Zakat juga dikenali

dengan sedekah wajib. Selain yang wajib, Allah menggalakkan hambanya yang berkemampuan me-nyedekahkan sejumlah hartanya terutama yang disayanginya. Tidak sedikit ayat al-Quran yang meng-

gesa umat Islam agar memberi sedekah, membelanjakan harta kepada program-program kebajian (fi sabilillah). Selain boleh mensucikan diri daripada dosa, zakat dan sedekah juga boleh membantu membina produktiviti masyarakat, mengurangkan jurang kekayaan, membantu pengurusan harta

yang lebih efisyen melalui re-distribution harta. Bahkan zakat dan sedekah boleh menambah kekayaan seseorang. Hakikatnya, masih tak kedengaran berita orang yang jatuh miskin kerana bersedekah,

malah yang kita dengar, makin bertambah kaya!

Firman Allah: “Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.” [al-Baqarah: 265] Betapa Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda kepada orang yang ber-sedekah. Usahkan ganjaran di akhirat, bahkan didunia lagi diganda-gandakan harta mereka yang mahu bersedekah. Allah menjanjikan keampunan dosa kepada mereka yang menu-naikan zakat, dan bersedekah harta mereka. Pendek kata, sesiapa yang yakin tentang janji Allah untuk bersedekah, mereka tetap akan bersedekah dalam keadaan mereka bagaimana sekalipun.

AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAHYarmouk University, Jordan in Islamic Economic and Banking

SEDEKAH ITU BAIKTETAPI TIDAK

MEMINTANYA

26

R

Page 27: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Namun begitu Allah mengingatkan kepada kita bahawa setiap kali kita ingin bersedekah, pasti syaitan akan membisikkan bahawa harta kita akan menjadi kurang. Firman Allah: “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakut-kan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rah-matNya, lagi sentiasa Meliputi Pengetahuan-Nya.” [al-Baqarah: 268] Rasa takut harta terkurang akibat bersedekah sebenarnya berpunca daripada bisikan syaitan. Sedekah pada jalan Allah, secara matematiknya, harta kita semakin berkurangan, tetapi secara realistiknya, harta kita semakin bertambah. Ini kerana setiap sedekah itu dinilai sebagai investment oleh Allah. Dari aspek ekonomi, sedekah dan zakat dianggap proses re-distribution atau proses penyebaran semula harta agar agihan kekayaan lebih adil dan saksama. Teori mudahnya, RM10 bagi orang kaya kadang-kala cuma untuk membasuh kereta, tetapi bagi orang miskin, belanja sehari satu keluarga.

Jika Sedekah Itu Digalakkan? Memintanya Bagaimana? Islam memang menggalakkan bersedekah, tetapi pada masa yang sama Islam menggal-akkan agar menahan diri daripada meminta sedekah. Bersedekah itu sifatnya menyeluruh, mungkin sedekah pada program-program membina jati diri masyarakat, mewakafkan tanah untuk pembangunan projek kebajikan masyarakat, bersedekah pada anak yatim yang tidak berkemampuan untuk bekerja, atau lebih perlu utamakan pelbelajaran daripada bekerja... Bila Islam menggalakkan bersedekah, itu tidak bermaksud Islam menggalakkan meminta sedekah!! Para peminta sedekah, seringkali menggunakan ayat Quran dan hadis tentang bersedekah untuk menggalak-kan orang bersedekah kepada mereka, tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa Islam amat tidak menyukai sifat meminta-minta. Bahkan Allah merakamkan pujian kepada golongan yang menahan diri daripada meminta-minta di dalam al-Quran. Firman Allah: “ (Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan kh-idmat atau berjuang) pada jalan Allah (memb-ela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), apa jua yang

kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya. [al-Baqarah: 273]

Sabda Rasulullah s.a.w: “Kamu meninggalkan waris kamu dalam keadaan kaya lebih baik daripada mening-galkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta daripada manusia...” [Bukhari Muslim] Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda:“Tangan di atas (yang memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (yang meminta-minta)..” [Bukhari] Bahkan dalam Sahih Bukhari, Rasulullah s.a.w bersaba seperti yang dilaporkan oleh Abu Hurayrah dan juga Zubayr bin Awwam: “Demi Dia Yang jiwaku di Tangan-Nya, seorang yang mengambil tali lalu mengikat kayu api di belangkannya (untuk dijual) lebih baik daripada lelaki yang meminta-minta daripada seseorang, sama ada diberikan sedekah ke-padanya atau tidak diberikan [Bukhari, Muslim dan lain-lain dengan lafaz yang berbeza tetapi sama maksudnya] Menurut Ibn Hajar, pendapat yang paling sahih dalam mazhab Syafi’i pula adalah haram bagi mereka yang berkemampuan untuk bek-erja tetapi masih meminta sedekah daripada orang lain. Islam tidak mengajar umatnya malas bek-erja dan meminta-minta. Bahkan asnaf zakat telah ditetapkan daripada golongan miskin yang tidak berkemampuan bekerja, atau pela-jar yang lebih perlu mengutamakan pelajaran berbanding bekerja. Bagi mereka yang miskin tetapi berkemampuan bekerja, para Rasulullah dan para sahabat menegah daripada menerima zakat dalam bentuk bantuan wang, tetapi boleh menerima dalam bentuk bantuan untuk modal untuk memulakan kerja. Yang dibolehkan meminta sedekah ialah mereka yang tidak mampu bekerja seperti kanak-kanak, wanita tua, OKU yang sukar bekerja, atau patut tumpukan kepada pelajaran daripada bekerja, seperti kanak-kanak dan remaja.

Bersedekah Menjana Produktiviti - Meminta Sedekah Mengurangkan Produktiviti Berbeza dengan bersedekah yang boleh meningkatkan produktviti masyarakat. Dengan bersedekah, masyarakat miskin boleh turut membeli-belah, dan dengan membeli-be-lah, bertambah permintaan dan bertambahlah penawaran dan penghasilan produk. Ertinya, produktiviti semakin meningkat. Namun jika orang yang berkemampuan untuk bekerja meminta sedekah, produktiviti masyarakat semakin menurun. Berlakunya pembaziran modal insan yang wajar digu-nakan pada tempat yang sepatutnya. Negara bukan cukup tenaga pun untuk menyumbang kepada pembangunan. Jika seorang yang miskin mengusahakan tanah contohnya. Dia boleh menjual hasil

tanahnya dan menyumbang kepada pemban-gunan negara. Kadang-kala kita melihat ada orang bertungkus-lumus menbuat kuih dan menjualnya demi mendapatkan seringgit. Se-dangkan pada masa yang sama ada yang sihat tubuh badan, cuma dengan muka selamba tanpa malu meminta seringgit tanpa kos. Sumbangan yang diberikan, tanpa pertukaran dengan barangan, menyebabkan pengaliran wang tanpa balasan dan ini mem-beri kesan yang tidak baik kepada produktiviti masyarakat. Islam menggalakan perusahan agar masyarkat produktif. Tidak sekadar mengalirkan wang, tanpa balasan sebuah produk atau perkhidmatan kerana ini turut menyumbang kepada peningkatan inflasi.

Kesimpulan Tegasnya, galakan bersedekah oleh Islam adalah untuk membangunkan insitusi masyarakat yang tidak produktif menjadi produktif, seperti institusi pendidikan masyarakat, pembangunan modal insan, masyarakat yang ditakdirkan lemah untuk bekerja. Mereka ini amat memerlukan bantuan kita semua untuk bersedekah. Atas sebab itu Islam mewajibkan zakat dan mengandakan wang dan harta bagi mereka yang rajin bersedekah. Namun pada masa yang sama Islam amat tidak menggalakkan meminta sedekah, terutama bagi mereka yang berkemampuan, kerana sifat ini tidak menggalakkan produk-tiviti dalam masyarakat. Adalah menjadi falsafah ekonomi Islam untuk menyokong apa jua aktiviti yang produktif, dan membanteras aktiviti yang tidak produktif. Sebarang ak-tiviti pengaliran wang pada sektor yang tidak produktif, hanya akan merosakkan sistem masyarakat. Mereka yang berkemampuan untuk bekerja, lalu meminta sedekah, menjadi-kan insitusi masyarakat tidak produktif. Dalam konteks yang sama, sebarang skim atau aktiviti yang mengalirkan wang tanpa apa-apa timbal balas produk yang berpatutan, juga hanya mengurangkan produktiviti dalam masyarakat. Skim pelaburan piramid contohnya, adalah salah satu bentuk pengaliran wang yang tidak produktif dan merosakkan masyarakat. Hakikatnya skim piramid sama sahaja dengan meminta sedekah, wang di beri kepada orang ‘atas’ dan wang lain diminta daripada ‘orang bawah’. Islam menggalakkan umatnya bekerja dengan tangan mereka sendiri. Menghasilkan produk yang bermutu tinggi, lalu mengedar-kan dalam masyarakat untuk mendapatkan balasan wang. Itulah sistem ekonomi yang produktif, tetapi sistem sedekah akan meros-akkan masyarakat jika terus disalahfahami.

Ahmad Sufyan Che Abdullah merupakan calon PhD di University Yarmouk, dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam. Penulisan beliau boleh diikuti melalui website http://ideologi.my

27

Page 28: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Iktibar daripada Hiperinflasi di Zimbabwe

Tahukah anda setiap orang Zimbabwe adalah “jutawan” suatu ketika dahulu? Hiperinflasi di ZimbabweKanak-kanak pon boleh jadi “billionaire”

Jutawan Muda

Mursyidi Mohammad Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di University of Auckland, New Zealand.

28

Page 29: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Apabila wang tidak mencukupi, kerajaan mencetak lebih banyak wang untuk menutup hutang-hutang mereka. Aktiviti mencetak wang secara berleluasa dan tanpa kawalan inilah yang menyebabkan hiperinflasi berlaku. Bilamana banyak wang kertas dilambakkan dalam pasaran (pertam-bahan “money supply”), nilai matawang kita akan menjadi susut. Kesannya, duit kita tidak berharga sehinggakan harga gula-gula pun mencecah 10 Juta di Zimbabwe. Hiperinflasi adalah suatu malapetaka ekonomi yang dahsyat. Kesannya yang begitu besar kepada rakyat, masyarakat dan Negara perlu dijadikan iktibar. Saya amat menggal-akkan anda terus mencari maklumat lanjut berkenaan isu hiperinflasi ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan hiper-inflasi di Zimbabwe, anda boleh layari laman web CATO Institute ( http://www.cato.org/zimbabwe )

Pendidikan Kewangan satu kemestian Celik ilmu kewangan adalah amat penting kerana kehidupan kita memang tidak boleh lari dari menggunakan wang. Pendidikan ke-wangan merupakan satu subjek penting yang tidak diajar di sekolah menengah mahupun di IPT. Isu inilah yang dihuraikan secara panjang lebar oleh Robert Kiyosaki dalam bukunya “ Rich Dad’s Conspiracy of the Rich”. Kita perlu menguasai ilmu kewangan untuk mengelakkan malapetaka ekonomi seperti di Zimbabwe ini berulang kembali. Antara sebab utama kita menghadapi masalah kewangan ialah kurangnya pengeta-huan kita tentang cukai, hutang, inflasi dan persaraaan. Sistem pendidikan tidak menyen-tuh aspek ini tetapi kita diajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dan akhirnya menjadi pekerja professional yang berdedi-kasi. Walaubagaimanapun, menurut Robert Kiyosaki, dalam era informasi (information age) ini,“financial security” atau keselamatan kewangan adalah lebih penting daripada “job security” atau keselamatan kerjaya. Sudah tentu, pendidikan kewangan merupakan aspek penting dalam mencapai “financial security”. Anda boleh mempelajari ilmu kewangan ini dengan membaca buku, artikel-artikel di internet atau blog ataupun menghadiri kursus-kursus kewangan samada secara percuma atau berbayar. Kerna sesungguhnya, ilmu itu pelita hidup.

Pengurusan Harta menurut Surah Yusuf Di dalam Surah Yusuf ada diceritakan kisah Raja Mesir dengan mimpinya. Raja Mesir telah berkata kepada pemimpin terkemuka daripada kaumnya; “Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor lembu betina gemuk, tujuh ekor lembu betina kurus dan tujuh tangkai gandum hijau serta tujuh tangkai lain yang kering”. Namun tiada sesiapa pun yang dapat menafsirkan mimpi itu sehinggalah soalan ini ditanyakan kepada Nabi Yusuf yang ketika itu masih berada di penjara. Nabi Yusuf menjawab: “Mimpi itu supaya kamu bercucuk tanam selama tujuh tahun

seperti biasa,apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya, melainkan sedikit untuk kamu makan. Kemudian, akan datang selepas itu tujuh tahun musim kemarau yang amat sukar, menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapi tahun sukar, melainkan sedikit daripada gandum yang kamu simpan. Kemudian akan datang tahun yang manusia diberi rahmat hujan dengan cukup dan pada masa itu mereka memerah (hasil anggur dan sebagainya).” Jadi, kita perlu menyimpan di waktu senang sebagai bekal di waktu kita kesusahan. Secara praktikalnya, kita perlukan simpanan yang mencukupi untuk kegunaan ketika kecemasan, ditimpa musibah ataupun jatuh sakit. Biasanya simpanan minimum untuk perbelanjaan 3 – 6 bulan disarankan oleh pakar kewangan. Di samping itu, persiapan untuk persaraan jangan sekali diabaikan. Anda perlu mengira berapa dana persaraan yang diperlukan dan merancang strategi bagaimana untuk mengumpul dana tersebut. “Failing to plan is planning to fail”. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal.

Pengajaran daripada Hiperinflasi di Zimbabwe

1. Dari aspek sebuah Negara, kita perlu pastikan Pimpinan Negara membuat polisi yang bijak dan mengambil langkah mengelak-kan masalah hiperinflasi daripada berlaku di Malaysia. Kita perlu belajar dari sejarah Zimbabwe agar kita tidak mengulanginya di tanah air kita

2.Masyarakat perlu peka dengan perkem-bangan ekonomi global dan bersama-sama berbincang, bersepakat dan bersatu di dalam usaha meneguhkan ekonomi Negara agar kita dan anak cucu kita di masa hadapan dapat mengecapi kehidupan yang selesa dan aman.

3.Sebagai individu, pelajari dan dalami ilmu kewangan. Berusahalah mendapatkan sumber rezeki yang halal. Rancang kewangan peribadi dan keluarga dengan sebaiknya. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan jangan terpen-garuh dengan gaya hidup orang lain. Mulakan menyimpan kekayaan dalam bentuk emas atau perak (selain wang kertas) untuk mengekal-kan nilai wang anda dan meminimumkan kesan inflasi. Pelbagaikan (diversify) portfolio pelaburan anda.

Mursyidi Mohammad merupakan jurutera mekanikal di Petronas Penapisan Melaka. Berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di University of Auckland, New Zealand.*sumber : mursyidi.com

Gula-gula di Zimbabwe dijual dengan harga 10 Juta. Duit 500 juta di sana yang bernilai kira-kira USD2 hanya cukup untuk membeli sarapan pagi. Duit Zimbabwe Hiperinflasi berlaku apabila inflasi yang berlaku di sesebuah Negara itu terlalu tinggi atau tidak boleh dikawal. Sesetengah pendapat mendifinisikan Hiperinflasi ini sebagai inflasi yang nilainya melebihi 100%.

Kadar Inflasi tertinggi dalam sejarah Zimbabwe telah mengalami hiperin-flasi yang pertama dalam sejarah abad ke-21 bermula sejak tahun 2007 dan mencecah kadar inflasi tertinggi pada hujung tahun 2008 iaitu 563% (consumer price).

Kadar Inflasi di Zimbabwe

Kadar Inflasi di Malaysia

Kadar inflasi di Malaysia ialah 3.4% pada September 2011 Hiperinflasi yang berlaku di Zimbabwe telah memusnahkan ekonomi negaranya, men-jadikan penduduk miskin dan jutaan rakyat mereka yang telah berpindah ke luar Negara. Saya terkejut besar bila pertama kali saya mengetahui mengenai sejarah hiperinflasi di Zimbabwe ini. Inilah antara kesan negatif aki-bat penggunaan wang fiat (kertas) yang perlu kita sedari. Hiperinflasi tidak berlaku semasa komoditi digunakan sebagai wang atau wang fiat (kertas) disandarkan kepada komoditi seperti emas suatu ketika dahulu.

Kenapa hiperinflasi ini berlaku? Kemelesetan ekonomi telah menyebabkan kadar inflasi di Zimbabwe meningkat. Jadi, apa yang kerajaan Zimbabwe lakukan untuk men-gatasi masalah inflasi? Mereka mencetak lebih banyak wang kertas kerana mereka perlukan duit untuk membayar gaji pekerja, pembiayaan projek dan membeli barang-barang keperluan.

29

Page 30: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Secara umumnya, umur persaraan di Malaysia ialah 55 tahun. Namun begitu, ada juga yang memilih untuk terus bekerja selepas itu dan ada juga yang memilih untuk bersara lebih awal. Umur bersara inilah yang akan menentukan jumlah tahun yang bakal anda tempuhi tanpa bekerja

sehingga hujung hayat anda.

Kita mempunyai pilihan untuk bersara dalam keadaan kaya atau miskin. Menurut Robert T Kiyosaki dalam bukunya “Retire Young, Retire Rich”, salah satu kelebihan bersara awal ialah kita mempunyai masa untuk menjana kekayaan. Selepas bersara adalah masa kita melabur dan mem-

bina perniagaan. Ini adalah contoh mereka yang merancang persaraan dengan begitu baik sekali. Namun demikian, sekiranya kita tidak merancang persaraan dengan baik, kita mungkin masih perlu bekerja semula selepas bersara. Mungkin juga kita tidak mampu untuk menanggung kos perubatan yang semakin meningkat atau lebih teruk jika kita terpaksa berhutang untuk teruskan

kehidupan seharian. Jadi, yang mana satu pilihan anda? Di sini saya kongsikan 5 langkah penting dalam merancang persaraan anda:

Langkah 1: Bilakah anda ingin bersara ? Ada yang ingin bersara seawal usia 40 tahun dan ada juga yang ingin bersara selepas berumur 65 tahun. Jadi, anda perlu meletakkan sasaran umur persaraan anda. Umur persaraan ini amat penting bagi menentukan jumlah wang yang diperlukan untuk menampung kehidupan sepanjang tempoh tersebut.

Langkah 2: Berapakah tempoh waktu persaraan anda? Secara umumnya, jangka hayat manusia di Malaysia ialah di antara 70 hingga 80 tahun. Sekiranya anda ingin bersara pada umur 50 tahun dan jangka hayat anda ialah 75 tahun, tempoh waktu persaraan anda ialah 25 tahun

Langkah 3: Berapakah jumlah pendapatan yang diperlukan untuk menyara kehidupan bulanan anda? Anda perlu memilih gaya hidup anda dan berapa yang anda perlukan untuk menyara kehidupan anda setiap bulan. Sekiranya anda ingin hidup mewah, sudah tentu anda memerlukan jumlah pendapatan yang lebih banyak berbanding dengan mereka yang memilih untuk hidup secara sederhana selepas bersara. Selain itu, jangan lupa untuk mengambil kira faktor menyusutan wang akibat inflasi dalam mengira pendapatan yang diperlukan

Langkah 4: Berapakan dana yang anda perlukan untuk bersara? Jumlah dana yang anda perlukan untuk bersara bergantung kepada umur persaraan, tempoh persaraan dan jumlah pendapatan bulanan yang anda perlukan. Anda boleh gunakan formula ringkas di bawah ini untuk mengira jumlah dana persaraan andaKes ASalman seorang jurutera berumur 25 tahun. Disebabkan oleh pendedahan awal berkenaan pengurusan kewangan daripada ibu bapanya, Salman telah mula merancang persaraan walaupun baru 2 tahun bekerja. Meletakkan matlamat untuk bersara ketika berumur 40 tahun, Salman inginkan pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan apabila bersara nanti untuk menanggung kehidupannya sekeluarga. Salman menjangkakan umurnya akan mencecah 80 tahun.Mari kita bantu Salman mengira dana yang diperlukan untuk bersara pada umur 40 tahun.Pendapatan Bulanan (PB) : RM 10,000Umur Semasa (US) : 25 tahunUmur Persaraan (UP) : 40 tahunUmur Kematian (UK) : 80 tahun Dana Persaraan (PF) = (UK – UP) x 12 x PB = (80 – 40) x 12 x 10,000 = RM 4.8 JutaSekiranya Salman berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 4.8 juta dalam masa 15 tahun bekerja (40 – 25 = 15 tahun), dia sudah boleh berhenti kerja dan mempunyai cukup dana untuk hidup selama 40 tahun. Pengiraan mudah ini hanyalah anggaran untuk memudahkan kefahaman anda. Walaubagaimanapun, ianya kurang tepat kerana tidak mengambil kira faktor-faktor lain seperti inflasi dan sebagainya.Anda boleh gunakan kalkulator untuk mengira dana persaraan dengan lebih tepat di internet. Antaranya ialah:1) http://www.ingyournumber.com/2 ) http://www2.listen.com.my/calculator_/index.html

Langkah 5: Apakah mekanisme pengagihan wang semasa bersara? Anda perlu fikirkan daripada manakah sumber pendapatan anda ketika bersara nanti. Contohnya, bagi pesara kerajaan, mereka akan meneri-ma wang pencen secara bulanan. Selain duit pencen, anda boleh juga gunakan duit simpanan di bank atau KWSP, kutipan sewa hartanah, insurans dan dividen atau keuntungan daripada pelaburan anda.Menurut Tan Sri Abdul Halim Ali, Mantan Pengerusi Lembaga KWSP, 72% Pencarum KWSP menghabiskan wang simpanan mereka dalam masa 3 tahun sahaja. Jadi, jangan anda hanya bergantung kepada wang KWSP sahaja apabila bersara nanti dan uruskan rancang kewangan anda dengan baik. Akhir kata, menempuh alam persaraan memerlukan perancangan yang rapi sejak daripada kita mula bekerja lagi. Jangan bertangguh dan men-unggu sehingga hendak bersara baru hendak merancang. Mulakan perancangan persaraan anda dari sekarang !!!

5 LANGKAH MERANCANG PERSARAAN

30

Page 31: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

31

Page 32: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

32

Page 33: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

33

Page 34: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Ali Shariíati (1933-1975), seorang intele-ktual Islam yang ulung yang juga merupa-kan pakar sosiologi pernah menegaskan betapa adanya “triniti sosial” yang selalu bergabung untuk melakukan penindasan dalam masyarakat. Firíaun (kuasa), Balíam (agamawan) dan Qarun (harta) merupakan tiga individu di dalam Al-Qurían yang telah dihuraikan oleh Shariíati sebagai pewaris legasi Qabil dalam pergelutan antara haq dan batil, antara keadilan dan kezaliman. (Tugas Cendekiawan Muslim, diterjemahkan oleh Amien Rais daripada Man and Islam, Mashhad: University of Mashhad Press, 1982 ñ terjemahan daripada judul asal berbahasa Parsi) Di antara ketiga-tiga simbol kezaliman tersebut, terdapat kecenderungan mengenali simbol kekuasan dan politik dengan lebih dekat, iaitu Firíaun, kerana menerusi perbin-cangan ini akan juga terserlah penyalahgunaan agama dan pemonopolian harta.

Firaunisme dan agama

Ramai yang seolah-olah tersilap faham menge-nai hubungan antara Firíaun dan agama, disebabkan Firíaun sepertimana telah disebut dalam Al-Qurían dan juga Bible merupakan watak seorang raja yang menolak ajaran seorang Rasul.

Agama yang dicandukan Pengamalan agama secara tidak jujur dan berkepentingan sebegitu telah berleluasa dalam sejarah Barat dan Muslim, justeru tidak hairanlah Karl Marx (1818-1883) mengkritik

peranan agama dengan menyatakan:

Pengamalan agama secara tidak jujur dan berkepentingan sebegitu telah berleluasa dalam sejarah Barat dan Muslim, justeru tidak hairanlah Karl Marx mengkritik peranan agama “Religion is the sigh of the oppressed creature, the heart of a heartless world, and the soul of soulless conditions. It is the opium of the people. The abolition of religion as the illusory happiness of the people is the demand for their real happiness. To call on them to give up their illusions about their condition is to call on them to give up a condition that requires illusions. The criticism of religion is, therefore, in embryo, the criticism of that vale of tears of which religion is the halo.” [Agama adalah keluhan mereka yang tertin-das, nurani kepada dunia yang tiada bertiada bertimbang-rasa, dan jiwa kepada suasana yang kosong kejiwaannya. Ia adalah candu masyarakat. Penghapusan agama sebagai khayalan kebahagiaan masyarakat adalah desakan kepada kebahagiaan sebenarnya. Me-nyeru mereka agar melupakan segala khayalan tentang kehidupan mereka sebenarnya seruan yang mengajak meninggalkan keadaan yang memerlukan khayalan. Kritik ke atas agama adalah sebenarnya, dalam bentuk embrio, kri-tikan ke atas aliran air mata yang mana agama merupakan puncanya.]

Melihat pada kelas-kelas pada piramid sosial tersebut menunjukkan bahawa peranan agama dalam administratif monarki di Mesir sangat tinggi pengaruhnya dan di sinilah timbul persoalan, apakah peranan terpenting agama dalam pemerintahan Firíaun? Namun demikian, jangan kita lupa apa yang tersirat dalam pemerintahan dan pengamalan kasta pada zaman Firíaun, sistem kasta piramid sosial sebagaimana bisa ditemui dalam banyak tulisan dan buku kajian men-genai tamadun purba Mesir menunjukkan bahawa kumpulan pendeta dan bangsawan (high priests and nobles) pada zaman itu merupakan penghuni kelas yang ketiga selepas Firíaun dan penasihatnya (Vizier, Haman merupakan vizier kepada Firíaun pada zaman Musa). Vizier dipilih oleh Firíaun untuk menjadi rujukan dan mendapat nasihat sebelum mem-buat keputusan. Para pengkaji menyebutkan bahawa dalam pelbagai zaman pendeta agama dilantik sebagai Vizier oleh Firíaun. Selain itu vizier dan pendeta lebih utama untuk berada dalam barisan pentadbiran jika dibandingkan dengan kelompok bangsawan. Melihat pada kelas-kelas pada piramid sosial tersebut menunjukkan bahawa peranan agama dalam administratif monarki di Mesir sangat tinggi pengaruhnya dan di sinilah timbul persoalan, apakah peranan terpenting agama dalam pemerintahan Firíaun? Apabila kita melihat kelompok terakhir dalam piramid sosial tersebut iaitu para hamba dan petani/buruh (slaves and farmers) yang merupakan peratus tertinggi dalam populasi masyarakat Mesir Purba, seakan-akan sebahagian dari-pada jawapan telah diperoleh untuk menjawab soalan di atas. Apakah rasionalnya sebuah agama jika penindasan dan kezaliman diha-lalkan? Di manakah relevansi agama tatkala suara rakyat dihalang sementara kemuncak Firíaunisme pula ialah deklarasi wajibnya kepatuhan dan ketuhanan tanpa soal, tiadanya konsep semak imbang?

Teks : Marwan Bukhari bin A. Hamid(Tahun Pertama al- Fiqh wa Usuluh di Universiti Yarmouk, Jordan)

FIRAUNISM34

Page 35: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Kritikan tersebut sewajarnya diterima secara kritikal oleh kita, bahawasanya telah berlaku dan sedang berlaku tindakan pem-bodohan atas nama agama. Tatkala rakyat menderita dengan inflasi yang diakibatkan salah guna kuasa, maka ketika itulah aga-mawan kerajaan berperanan menyeru kepada kepentingan bersyukur! Apabila penindasan dan pengamalan diktator semakin berleluasa, maka ketika itu televisyen menyiarkan forum agama tentang haramnya demonstrasi aman. Pembodohan atas nama agama merupakan rukun utama Firíaunisme, sebagaimana ternukil dalam Al-Qurían: “Maka Firíaun mempengaruhi kaumnya, lalu mereka patuh kepadanya, sesungguhnya mereka (kaumnya) itu daripada kalangan orang-orang yang fasiq”[az-Zukhruf : 54] Firíaun memperolok dan memperendah akal kaumnya, lantas kaum yang tidak berfikir itu menuruti dan menyahut segala arahan, tanpa soal dan tanpa bantahan. Kebodohan rakyat dan sikap “redha” merupakan syarat asas dalam mengekalkan Firíaun ditampuk kuasa, sementelah Fir’aun telah mendapat bantuan pendeta agama dan memutar belit falsafah agama. Malahan dalam strategi politik kolo-nial, sememangnya sesuatu bangsa itu akan dibiarkan terus dalam kitaran kebodohan dan pasif dalam isu-isu politik dan kebangsaan. Lebih mendukacitakan apabila sentimen agama dan perkauman telah dimanipulasi demi mengekalkan kekuasaan, isu-isu agama diputar 180 darjah demi menutup segalaamalan penyelewengan, rasuah dan ketidakadilan dalam pemerintahan. Institusi-institusi fatwa yang terang-terangan tidak bebas daripada pengaruh pemerintah pula akan mengeluarkan fatwa-fatwa dalam pelba-gai isu kecil dan sudah diketahui hukumnya oleh majoriti umat Islam, sambil mendiamkan diri daripada laporan audit yang menyentuh soal penyelewengan wang dan “ghaibnya” harta rakyat. Kepentingan mengekalkan pemerintah ko-rup yang satu bangsa dan satu agama dengan rakyat majoriti telah didoktrin kononnya demi menegakkan keIslaman dan kebangsaan. Ia juga kononnya dapat megelak daripada bangsa lain menguasai tampuk pemerintahan dengan mengapikan politics of fear. Lantas sentimen keagamaan itu telah menghanyutkan sampah sarap kezaliman dan kediktatoran.

Pengalaman Ghannouchi dan gerakan Islah

Satu ketika dahulu, Rachid Ghannouchi (1941-masakini) merumuskan bahawa salah satu halangan untuk menentang rejim zalim di Tunisia (sekitar tahun 1970-an) ialah at-tadayyun at-taqlidi at-tunisi (the traditional Tunisian religiosity ñ faham keagamaantradisi Tunisia) yang mengandungi tiga unsur iaitu mazhab fiqh Imam Malik, doktrin aqidah al-Ash ëariyah dan Sufisme. Dalam buku bio-grafi pemikiran Ghannouchi, Azzam Tamimi menulis sebagaimana berikut: Ghannouchi berpandangan, fatalism Asya’irah mest idiganti dengan “free will”

menurut doktrin taqdir Ibn Taimiyah “He sees the exclusive adoption of the Maliki school of fiqh (jurisprudence) as a sign of rigidity and intolerance, and consequently a restriction of ijtihad. The adoption of the al- Ashíariyah doctrine of theology, in his analysis, compounded the crisis, because the doctrine tends toward Al-Jabariyah (fatalism).”

[Ghannouchi melihat pemilihan khusus Mazhab Fiqh Maliki sebagai suatu bentuk kefahaman yang beku dan tidak toleran yang akhirnya menyebabkan pengekangan terhadap fungsi ijtihad. Demikian pula berpegangnya pada aqidah aliran Ashíariyah, menurutnya, menambahkan lagi krisis kefahaman kerana ia membawa kepada doktrin Al-Jabariyah (fatalisme)]. Menurut beliau juga, Sufisme di Tunisia juga telah mengajarkan budaya penyerahan tanpa soal kepada guru (konsep murid dan sheikh dalam sesetengah tarekat). Ghannouchi berpendirian adalah menjadi kewajipan untuk menentang fatalisme dan fahaman taqlid

dalam bermazhab. Beliau berpandangan, fatalisme mesti diganti dengan “free will” (kebebasan ikhtiar menurut doktrin takdir Ibn Taimiyah). Ghannouchi sendiri merupakan penulis dan pengkaji pertama dalam dunia kontem-porari Tunisia yang menghasilkan tulisan tentang Ibn Taimiyah menerusi buku beliau bertajuk Al-Qadar ëinda Ibn Taimiyah (Destiny in the thought of Ibn Taimiyah/ al-Qadar menurut pandangan Ibn Taimiyah). Selain itu menurut beliau perubahan hanya akan dicapai sekiranya taqlid diganti dengan budaya ijtihad dan ketaatan buta terhadap guru tarekat diganti dengan sikap yang diasaskan pada kesamaan, kebebasan memilih dan menghilangkan sakral dan kesucian tokoh-tokoh sufi. Syahdan, apa yang dilalui oleh Ghan-nouchi merupakan resam setiap agenda islah,

bahkan itu juga yang pernah dilalui oleh Imam Muhammad Abduh dan diteruskan oleh mu-rid-muridnya di banyak ceruk dunia dan tidak terkecuali di Tanah Melayu. Selain Syed Syeikh Al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaludin, Zaaba (1895-1973) juga merupakan tokoh yang penting dalam berhadapan dengan konservatif agama. Bukunya, “Perangai Bergantung Ke-pada Diri Sendiri” sarat dengan pelbagai mesej mengkritik budaya taqlid buta, “redha” dengan pembodohan dan menyeru kepada budaya berfikir yang baru dalam beragama terutama dalam kalangan bangsa Melayu. Pemikiran dan tulisan Zaaba telah ditentang oleh para kon-servatif agama di Perak pada satu masa dahulu, lalu tulisan-tulisan beliau dilarang daripada disebarkan, namun akhirnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengambil tanggungjawab menyebarkan khazanah bernilai tersebut kepada masyarakat. Antara kata-kata Zaaba dalam buku “Per-angai Bergantung Kepada Diri Sendiri” ialah: “Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya.” Secara umumnya, kita dapat melihat dalam merawat krisis umat, Abduh, Al-Banna, Ghannouchi, Syed Syeikh Al-Hadi, Zaaba dan lain-lain telah menawarkan pendidikan dan pencerahan akal dalam mengeluarkan umat daripada kelemahan menuju kekuatan.

How Islamic are Islamic Countries?

Tragedi pembodohan atas nama agama tidak berhenti setakat itu sahaja, malahan dalam berpolitik dan bernegara, masih banyak terdapat “self-declared Islamic State” (Negara yang mengaku dirinya sebagai Negara Islam) yang berdiri tegak dengan memutar belit hujah-hujah agama. Wacana kebebasan dimulakan dengan ìkebebasan dalam Islam ada hadnyaî, lantas diceritakan had-hadnya hingga ditinggalkan makna kebebasan dari-pada disebar dan diamal. Wacana hak asasi manusia dan demokrasi ditolak kerana katanya ia berasal daripada Barat, lantas dipraktikkan apa yang diakui mereka sebagai nilai-nilai Islam sambil menolak pandangan-pandangan sarjana lain. Dalam hal ini, rasionalnya per-soalan yang dikemukakan oleh Scheherazade S. Rehman dan Hossein Askari dalam sebuah

Secara umumnya, kita dapat melihat dalam merawat krisis umat, Abduh, Al-Banna, Ghannouchi, Syed Syeikh Al-Hadi, Zaaba dan lain-lain telah menawarkan pendidikan dan pencerahan akal dalam mengeluarkan umat daripada kelemahan menuju kekuatan.

35

Page 36: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

makalah yang lengkap dengan metodologi dan statistik Islamicity Index: “How Islamic are Islamic Countries?” [Rujuk:http://www.bepress.com/gej/vol10/iss2/2/] Kajian yang menjadikan isu-isu ekonomi, keadilan, akauntabiliti, tata-kelola yang baik (good governance), isu pendidikan dan nilai-nilai utama yang lain (Sebelum menge-mukakan hasil kajian, Rehman dan Askari telah menghuraikan dengan agak terperinci mengenai nilai-nilai yang diambil kira, sila rujuk lanjut kajian tersebut) telah menobatkan anggota OIC (Organization of Islamic Confer-ence) di tangga yang terkebelakang dan corot berbanding negara-negara bukan Islam yang lain. New Zealand, Luxembourg, Ireland, Ice-land telah mendahului senarai Overall Islamic-ity Index Rank, sementara jaguh negara agama seperti Arab Saudi dan Iran masing-masing menduduki tangga ke-131 dan 163. Sekali lagi diulang pertanyaan, sejauh manakah Islamnya Negara Islam? Asas-asas dan nilai yang disediakan Islam dalam konsep kenegaraan sangat jelas, bahkan menurut Rehman dan Askari, lebih teliti berbanding doktrin dalam agama Kristian. Namun men-gapakah negara-negara yang mengisytiharkan pemisahan antara negara dan gereja (agama) mendahului kategori negara yang memprak-tikkan nilai-nilai Islam jika dibandingkan dengan self-declared Islamic States?

Dalam menjawab persoalan tersebut sam-bil merujuk kembali kepada perbincangan di atas iaitu bahawa budaya Firíaunisme seperti memanipulasi peranan agama, pengsakralan pemerintah, menghalang hak asasi rakyat, pembodohan terhadap rakyat (menyekat mak-lumat-maklumat menerusi kawalan terhadap media) dan seumpamanya telah mendominasi sesetengah negara umat Islam. Maka menjadi tanggungjawab umat yang sedar untuk merubah dan merawati masyarakat, selain menentang segala macam unsur-unsur Firíaunisme, atas apa nama sekalipun sama ada akta mahupun rang undang-undang. Menentang Firíaunisme ialah tanggungjawab utama manusia, selain merupakan bukti keluruhan keimanan ma-nusia beragama. Bagaimana bisa diakui hidup berTuhan sekiranya dalam masa yang sama membiarkan peraturan dan manusia angkuh berlagak Tuhan?

Demokrasi dan kebebasan bersuara Aman

Ahli parlimen bantah Rang Undang-undang Perhimpunan Terbaru di tanah air kita, Rang Undang-undang Perhimpunan Aman telah diluluskan oleh Parlimen (khasnya menerusi pihak Kera-jaan sementara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah sebulat suara membantah). Hal yang sungguh mendukacitakan ini berlaku setelahbeberapa tragedi tragis menimpa demokrasi di tanah air seperti tindakan polis terhadap demonstran BERSIH (9 Julai 2011) dan hak kebebasan akademik yang dicabul. Kebebasan bersuara dan berhimpun meru-pakan salah satu rukun terpenting demokrasi. Tindakan menyekatnya atas apa jua nama mengingatkan kita dengan peristiwa Bani Israil dengan Firíaun seperti yang dinaqal-kan dalam ayat 28 dan 29 Surah al-Muímin.

“Firíaun berkata: Aku tidak kemukakan fikiranku melainkan apa yang aku pandang baik dan aku tidak tunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar.” (al-Muímin : 29) Kita melihat, salah seorang yang beriman dengan ajaran Musa telah menasihati Firíaun menerusi ruang yang ada, namun dijawab penuh kesombongan oleh Firíaun: “Aku tidak kemukakan fikiranku melainkan apa yang aku pandang baik dan aku tidak tunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar.” Jawapan itu telah menutup pintu semak- imbang (check and balance), akauntabiliti dan bantahan daripada masyarakat. Jawapan itu jugalah yang akan menyebabkan kediktatoran berkekalan atas nama pemerintah sentiasa betul! Pengamalan menyekat kebebasan bersuara dan berhimpun petanda kepada malapetaka yang besar yang menimpa seluruh manusia dan tidak menghormati karamah insaniah (human dignity) kerana dalam dunia hari ini.

Hak untuk bersuara merupakan antara hak paling asas yang dimiliki insan. Prof Tariq Ramadhan dalam bukunya The Quest For Meaning menyatakan: “At the human and physiological level, the first freedom is the freedom we acquire once we have satisfied our elementary natural needs.”(Di tahap manusiawi dan fisiologi, kebebasan yang pertama ialah kebebasan yang dikecapi apabila kesemua kehendak asasi kita dipenuhi).

Kenyataan daripada Tariq Ramadan itu lebih menekankan bahawa apalah gunanya kehidupan sebagai seorang manusia sekiranya hak-hak asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal (keperluan terdesak/dharuri) masih tak terjamin, dan dalam konteks hari ini ketempangan pemerintahan dan salah guna kuasa antara yang menyumbang ke arah terbatasnya hak-hak asas tersebut. Dari sudut yang lain, “elementary natural needs” selaku seorang warganegara pula men-gajak kita merenung betapa status kita selaku warganegara mesti diragui lantaran hak asasi kita iaitu kebebasan bersuara dan berhimpun telah dinafikan secara tidak rasional.

Khatimah

Seorang ulama Turki, Musa Topbas telah menukilkan kata-kata penuh inspirasi dari-pada Rumi dalam bukunya, The Secret in The Love for God (edisi asal bertajuk Muhabbette-ki Sir, diterjemah daripada bahasa Turki): “O traveller of truth! Do you want to know the truth? Neither Moses nor the Pharoah are dead. They are alive in you. They keep fighting each other in you! So look for them in yourself!”(Wahai pengembara kebenaran! Adakah anda ingin mengetahui akan hakikat kebenaran? Sesungguhnya kedua-dua Musa dan Firíaun tidak mati. Akan tetapi mereka hidup di dalam dirimu. Pertarungan senantiasa berlaku di dalam dirimu di antara mereka. Maka carilah mereka di dalam dirimuî). Puisi ini boleh dinilai dan dihayati dari-pada pelbagai sudut, namun temanya tetap sama iaitu menonjolkan pertarungan dan pergelutan antara haq dan batil, antara adil dan zalim, antara dosa dan pahala. Ya benar, Firíaun dan Musa itu sedang mendiami diri kita, pertarungan itu berteru-san dan sentiasa berlaku. Pergelutan antara Musa dan Firíaun juga telah melatari sistem politik kita. Oleh itu di mana ada Firíaunisme, maka di pada ketika itu kita semua adalah Musa! Islah adalah jalan keluarnya, sementara pembodohan adalah halangan terbesar.

Marwan Bukhari bin A. Hamid merupakan pelajar tahun pertama University Yarmouk, dalam bidang al-Fiqh wa Usuluh. Aktif menu-lis bahan ilmiah di website beliau sendiri iaitu http://marwanbukhari.com . Boleh dihubungi melalui email beliau [email protected] /

Sejauh manakah Islamnya Negara Islam? Asas-asas dan nilai yang disediakan Islam dalam konsep ken-egaraan sangat jelas, bahkan menurut Rehman dan Askari, lebih teliti berbanding doktrin dalam agama Kristian. Namun mengapakah negara-negara yang mengisytiharkan pemisahan antara negara dan gereja (agama) mendahului kategori negara yang memprak-tikkan nilai-nilai Islam jika dibandingkan dengan self-declared Islamic States?

36

Page 37: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Dakwah. Pelbagai sangkaan dikaitkan den-gan istilah dakwah. Ada yang mengatakannya satu kewajipan setiap muslim dan ada yang mengandaikan perkara ini ialah kewajipan mereka yang mengambil jurusan agama sahaja. Dalam al-Quran , banyak dalil yang dikait-kan dengan tuntutan berdakwah. “Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran . dan merek itulah golongan yang beruntung” surah ali-imran : 104 Para ulama juga berbeza pendapat tentang hukum dakwah . sesetengah ulama mengam-bil perkataan daripada ayat sebagai perintah untuk segolongan manusia , yakni fardhu kifayah. Dan segolongan ulama lagi mengambilnya sebagai fardhu ain yakni untuk setiap individu muslim atas perkataan adalah menunjukkan kefardhuan setiap muslim . Bagi hukum fardhu kifayah, rasion-alnya adalah kerana kewajipan berdakwah memerlukan persiapan tertentu. Jadi, bukan calang-calang insan yang bisa menggalas tanggungjawab yang berat ini. Oleh sebab itu, faktor ‘istitho’ah ‘ ( kemampuan ) diambil kira , terutamanya dari sudut ilmu. Seorang pen-dakwah hendak memiliki ilmu yang mapan dalam perkara yang akan dibawa, supaya tidak berlaku salah faham dan salah amalan dalam kalangan ‘mad’u’ (orang yang didakwah ) . Perintah bahawa wajibnya hukum berdak-wah tidak digugurkan oleh jumhur ulama. Kewajipan berdakwah merangkumi seluruh umat manusia, yang berbeza hanyalah ke-fardhuannya sama ada fardhu ain dan fardhu kifayah. Oleh sebab itu , setiap insan yang hidup di muka bumi , yang sempurna syarat mukalafnya wajib menjalankan kerja dakwah. Berdasarkan dalil dari surah az-zaariyaat , ayat 56 “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku” dan surah al-baqarah , ayat 30 ,” Dan ketika Tuhanmu berkata , Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi …..” . dua ayat ini jelas menunjukkan peranan manusia di muka bumi. Memegang amanah sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ternyata bukan satu tugas mudah. Oleh sebab itu, Allah telah menganjurkan para khalifah Allah di muka bumi ini untuk terus berjihad di muka bumi . banyak ayat Allah yang memujuk hati-hati insan yang berjuang. Allah tidak meletakkan suatu beban melainkan yang berkemampuan untuk

seseorang hamba seperti mana yang disebut olehNya dalam surah al-baqarah , ayat 286. Firman Allah dalam surah al-ankabut , ayat 69 , “Dan orang berjihad untuk (mencari keredhaan ) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami . Dan sung-guh Allah berserta orang berbuat baik” . lihat janji Allah kepada mereka yang mengadakan kebaikan untuk mereka demi Tuhan mereka. Tidaklah Allah memerintahkan suatu perkara melainkan Allah turut bersama mereka. Dan apatah lagi insan-insan yang menjalankan kerja dakwah bergerak dalam satu golongan yakni berjemaah. Seperti mana pepatah yang masyhur “ bersatu teguh, bercerai roboh”. Be-ginilah insan, apabila bersatu pasti sesuatu itu menjadi mudah, kerja yang dirasakan payah dan mencabar pasti lebih lancar. Dan seba-liknya, jika berpecah-belah, masyarakat pasti akan musnah, semuanya saling membahas, membidas siapa yang benar , siapa yang salah. Mungkinkah keamanan dan keharmonian dapat dicapai? Terus , dakwah juga akan terbengkalai. Peringkat dakwah terbahagi kepada tiga ; iaitu (menyampaikan ) , men-gajarkan) dan (melaksanakan) . per-ingkat pertama dakwah merangkumi seluruh umat manusia, tidak kira sama ada Muslim dan bukan Muslim. Peringkat ini ialah fatrah (tempoh) menyampaikan . peringkat ini ialah peringkat paling ringkas tetapi biasanya susah untuk diterima umum, di mana pendakwah menyeru umat manusia beriman kepada Allah dan Rasul. Selepas seseorang itu bergelar Muslim, barulah ia akan melalui proses ta’lim (penga-jaran) . di sini, mereka akan diterangkan soal ibadat, bagaimana tuntutan suatu ibadat dan mu’amalat. Mereka akan didedahkan dengan cara-cara melakukan ibadat kepada Allah taala secara teorinya. Hal ini memudahkan insan yang baru mengenali Islam agar mendapat gambaran Islam yang indah secara kasarnya supaya tidak berasa terkejut dengan peralihan agama. Islam itu cukup mudah, diberikan tanggungjawab, berdasarkan kemampuan fitrah ummatnya.

Peringkat ketiga dakwah ialah pengaplika-sian. Di sini, barulah seseorang Muslin itu diajarkan tuntutan agama secara amalinya. Solat fardhu lima kali sehari, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan sebagain-ya. Seperti mana seorang kanak-kanak, mereka diajarkan dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Mana mungkin seorang kanak-kanak yang berumur enam tahun dihadapkan dengan tuntutan solat secara keras. Ada satu frasa menarik tentang kerja dakwah , di mana ia mengatakan bahawa sese-orang pendakwah tidak dikira Berjaya dalam dakwahnya jika ia tidak Berjaya membawa orang yang didakwahnya takut kepada Tuhan. Inilah yang dikatakan satu tugas berat. Ingin membawa hati-hati insan kepada Allah, mana mungkin ia mengambil masa sebulan dua, melainkan dengan kuasa Allah Yang Maha Pengasih. Ramai yang gugur di tengah jalan, akibat putus asa atas cabaran dakwah semasa berjihad. Biasanya, yang gugur di tengah jalan ialah yang tidak kena niatnya dari awal per-mulaan. Niat yang ikhlas menuju Allah meru-pakan elemen penting dalam dakwah. Niat yang ikhlas, sifat taqwa dalam diri, ilmu yang mencukupi dan sifat sabar serta lemah lembut merupakan elemen –elemen mandatori yang perlu ada dalam diri seseorang pendakwah. Firman Allah dalam surah Muhammad , ayat 7 ,“wahai orang yang beriman , jika kamu menolong (agama) Allah, maka Allah yang menolong kamu dan memperteguh kedudukan kamu.” . Oleh sebab itu, apabila ada satu golon-gan yang membawa kebenaran ajaran Islam, hendaklah mereka bertabah atas segala ujian yang dihadapinya, semoga Allah meneguhkan hati-hati yang berjuang demi agamaNya agar Islam Berjaya menawan hati-hati hamba-hamba Allah yang sentiasa inginkan kebaikan. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Mungkin di dunia, ada yang tidak Berjaya menawan hati manusia, tapi mudah-mudahan dapat menawan syurga di akhirat sana.Wallahua’lam.

hamiz-in-islam.blogspot.com [email protected]

DAKWAH

37

Page 38: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Hukum Membeli, Menggunakan Perisian Cetak Rompak Yang Berbentuk Fotokopi, Burn, Fotostat Serta Masalah Berkaitan

Dewasa ini, ramai orang yang mengaut keuntungan dengan melalui jalan singkat dan mudah. Mereka mengam-bil kesempatan di atas titik peluh dan penat lelah orang lain. Maka tidak hairanlah jika semakin luas kegiatan cetak rompak dalam pelbagai versi sama ada melalui fotostat, cetak rompak, muat turun, salinan semula buku-buku dengan tujuan sendiri atau dengan mengaut keuntungan, memuat turun pelbagai program melalui internet dengan jalan yang batil sudah menjadi budaya masyarakat Islam hari ini.

Teks : Muhammad Fathullah Al-haq B. Muhamad Asni(Tahun Ketiga al- Fiqh wa Usuluh di Universiti Yarmouk, Jordan)

38

Page 39: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Mereka tidak lagi memikirkan hasil halal dan haram yang dikaut, sedangkan hasil keun-tungan itu dibuat makan atau pakai buat diri dan keluarga. Kerana itulah masyarakat hari ini semakin keras hatinya, hilang keberkatan-nya, semakin kurang lazat dalam beribadah, semakin kurang tolak-ansurnya dan pelbagai lagi masalah runcing yang berlaku sehingga semuanya hilang punca bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Muhasabah Sesungguhnya, setiap hari di dalam hidup setiap insan yang beriman kepada Allah swt, dia tidak akan terlepas daripada 5 hukum asas di dalam kehidupan sehariannya iaitu yang berupa halal, haram, harus, makruh, dan sunat. Apa sahaja yang mereka lakukan, mereka tidak akan terlepas daripada 5 asas hukum tersebut. Kalau perkara itu tidak halal maka ia jatuh kepada haram, jika tidak haram boleh jadi ia makruh, jika tidak makruh boleh jadi ia sunat atau sebagainya. Contohnya seperti solat fardhu jatuh kepada hukum wajib, membantu ibu bapa jatuh kepada hukum wajib, memakai wangi-wangian jatuh kepada hukum sunat, mencuri jatuh kepada hukum haram dan sebagainya mengikut hukum yang telah dipe-runtukkan oleh Allah swt. Jadi mengambil hak orang lain dengan jalan yang batil, maka hukumnya adalah haram.

Hakikat Mengambil Hak Dengan Jalan Yang Batil Allah swt telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: “ Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil.” (Al-Baqarah : 188)Ayat ini sangat jelas melarang agar manusia mengambil hak orang lain dengan jalan yang salah. Imam ibn Al-‘Arabi menegaskan bahawa ayat ini menerangkan satu dari kaedah utama dalam perbahasan ‘Muamalat Islam’, juga merupakan asas bagi semua kontrak pemi-likan. Erti ‘makan’ di dalam ayat tersebut adalah merangkumi penerimaan, pemberian dan penguasaan. Digunakan lafaz ‘makan’ hanyalah sebagai suatu perumpamaan yang merujuk kepada sifat ghalib (kebanyakan kalian) yang kerap menjadi keutamaan bagi seseorang individu. Manakala maksud al-bathil menurut Ibn Al-Arabi: “Apa sahaja yang tidak halal menurut syarak seperti riba, gharar dan seumpamanya, dan juga tiada membawa satu faedah dan manfaat (buat Islam).” Imam Al-Qurtubi memasukkan penipuan, rampasan, khianat, mengingkari janji untuk mendapat untung, mengambil hak orang lain tanpa restu, upah pelacuran, upah tukang tilik, bomoh, harga dan untung jualan arak, babi dan banyak lagi, semua ini tergolong dalam makanan harta secara batil. Beliau menyim-pulkan: “Sesiapa yang memakan harta orang lain tidak di atas landasan izin syarak, maka dia telah makan secara batil.”

Nabi saw juga pernah meriwayatkan: “Sesungguhnya Allah apabila telah meng-haramkan sesuatu, maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba’, 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

Islam Mengiktiraf Hak Milik Secara umumnya, permasalahan tentang mencetak semula, photocopy, fotostat, adalah tertakluk kepada undang-undang hak cipta dan harta intelek sepertimana yang telah diiktiraf oleh ulama- ulama kontemporari Islam. Di dalam keputusan Persidangan Fiqh Islam Sedunia ke – 6 di Kuwait pada 1 – 6 Jamadil Awwal 1409 Hijrah yang lalu. Resolusi persidangan ini menyatakan bahawa; “Hak penulisan, hak cipta dan hak kreativiti adalah terpelihara dan dilindungi serta diiktiraf mengikut Syariat Islam. Hak-hak itu adalah kepunyaan pemilik-pemiliknya dan tidak harus dicerobohi” Oleh itu, berdasarkan kepada resolusi ini; adalah jelas bahawa tidak boleh seseorang itu menjual barangan atau produk cetak rompak kerana ia dianggap sebagai menjual barang milik orang lain tanpa keizinannya. Begitu juga diharamkan bagi kita, membeli barang-barang cetak rompak kerana hukumnya sama seperti kita membeli barangan curi. Beberapa istilah yang wajar kita teliti, mungkin boleh membantu kita dalam menye-lesaikan persoalan ini. Iaitu; harta dan harta intelek. 1. Harta Fokus yang perlu ditekankan dalam ruang ini adalah berkaitan dengan harta. Sebab itu, Dr. Abu A’ynan Badran menyebutkan bahawa “harta ialah sesuatu yang dimiliki sama ada ‘ayn atau manfaatnya” (Badran, Abu al-‘Aynayn Badran ( tt),” al-Syari’ah al-Islamiyyah: Tarikhuna wa Nazariyyat al-Milkiyyah wa al- ‘Uqud” , Iskandariyyah: Muassasah al-Syabab al-Jami’yyah, m.s. 286) 2. Harta Intelek Norliza Binti Mohamad ( 1999 ) dalam kajiannya bertajuk “ Hakcipta Dari Aspek Teori Harta Intelek Menurut Perspektif Islam” menggariskan tiga elemen asas untuk menilai harta intelek. (Norliza Binti Mohamad ( 1999 ) “ Hakcipta Dari Aspek Teori Harta Intelek Menurut Perpektif Islam” Disertasi Ijazah Sarjana Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, UM, Kuala Lumpur m.s.40-41) i. Harta intelek terhasil daripada usaha yang digembelingkanHarta intelek ini terhasil dari penggembelin-gan tenaga sama ada penggunaan akal fikiran, kecerdikan dan tenaga, masa dan ruang yang keseluruhannya terhasil untuk menghasilkan sesuatu output. ii. Harta intelek mempunyai nilai dan harga.Ini bermakna sesuatu harta intelek apabila dipasarkan, mampu menghasilkan pendapatan dan keuntungan sama ada dalam bentuk

wang ringgit mahupun dalam bentuk urus niaga yang lain sepertimana muamalah dalam harta alih dan tidak alih. Keuntungan dan pendapatan ini adalah terhasil daripada usaha dan penggembelingan yang dilakukan oleh seseorang atau mana-mana pihak. iii. Boleh dikuasai dan dikawalHarta intelek boleh dikawal dan dikuasai sebagaimana juga harta alih dan tidak alih kerana ia perlu dijadikan dalam bentuk bahan. Di samping itu, dengan pengiktirafan undang-undang bererti pemunya diberi hak mutlak menguasai hasil usaha mereka Justifikasi sama ada harta itu bernilai dan boleh dimanfaatkan atau tidak ialah terletak pada penilaian syarak. Ini bermakna, mana-mana karya yang membawa kepada kebaikan dan kemaslahatan, adalah diterima oleh syarak, sebaliknya karya dan hasil seni yang bertentangan dan membawa kemudaratan, adalah ditentang oleh syarak.Setelah diperincikan masalah di atas, para ulama telah mengeluarkan dua pandangan mengenai masalah ini iaitu: Pendapat Yang Melarang

Ulama yang melarang berhujah bahawa membeli barang-barang cetak rompak (atau menceroboh perisian haram) adalah sama seperti membeli barangan curi. Dr. Yusof al-Qardhawi di dalam kitabnya “Halal Dan Haram Dalam Islam” menyatakan bahawa Islam mengharamkan seorang Muslim membeli sesuatu yang sudah diketahuinya, iaitu barangan tersebut adalah hasil rompakan atau hasil curian, ataupun sesuatu yang telah diambil dari orang lain dengan jalan yang batil. Ini kerana perbuatan tersebut adalah meny-amai amalan membantu perompak, pencuri selain ianya melanggar hak-hak orang lain, serta melanggar undang-undang berdasarkan kepada hadis Nabi saw yang bermaksud: “Sesiapa membeli barang curi, sedang dia mengetahui bahawa barang tersebut adalah curi, maka dia bersekutu dalam dosa yang cacat.”(Riwayat Imam al- Baihaqi) Selain itu, Allah swt telah melarang keras ke atas mereka yang mengambil hak orang lain dengan cara yang batil iaitu di dalam firman-nya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu bermaharaja di muka bumi dengan membuat kerosakan”. (al-Syua’raa:183) “ Wahai orang-orang Yang beriman! jangan-lah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhi-anati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)” . (al-Anfal:27)

39

Page 40: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Pendapat Yang membenarkan Tetapi Dengan Syarat Terdapat pandangan Ulama yang membenarkan amalan ini, tetapi mestilah tertakluk kepada syarat yang ketat. Antara syarat-syarat tersebut ialah: a) Membenarkan amalan ini bagi tujuan pembelajaran. Sekiranya amat sukar untuk mendapatkan salinan yang asal atau den-gan sebab harganya yang terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki oleh penuntut ilmu kerana kedudukan kewangan yang sangat tidak mengizinkan, maka ia diizinkan. Pandangan ini berdasarkan kepada firman Allah swt yang bermaksud: “Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari (sem-belihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Al-lah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya? Dan sesung-guhnya kebanyakan manusia hendak menyesat-kan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak ber-dasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas.” (al-Ana’am:119) “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa ter-paksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-Baqaroh:173) Juga berdasarkan kaedah Fiqh:“Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kat-egori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus” (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89) b) Jika pemiliknya memberi kebenaran untuk kegunaan persendirian atau individu, dan bukan tujuan untuk dikomersialkan seperti meminta izin terlebih dahulu kepada si pemu-nya sebelum digunakan. Ataupun si pemilik sudah memberitahu awal-awal seperti di blog saya sebagai contohnya, tidak kiralah buku atau seumpama dengannya. Saya akan tulis di sisi blog bahawa sesiapa yang ingin mengambil idea atau ‘copy’ dan ‘paste’, mestilah membuat kredit dengan membuat link di laman blog ini. c) Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia wajib membeli yang original. Demikian juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya terdapat pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin memerlukan sehingga 5 atau 6 buku rujukan.

Bagaimana Jika Pengeluar Itu Adalah Orang Kafir? Ada orang yang cuba berhujah dengan mengatakan bahawa Bill Gates adalah kafir, maka tiada masalah untuk menggunakan yang pirate. Selain itu, ada juga yang menyatakan beliau sudah terlalu kaya, maka penggunaan orang tanpa membelinya tidak memberikan apa-apa kesan kepada kekayaannya. Sebenarnya, kefahaman ini adalah meleset dan tertolak di dalam Fiqh Islam, kerana Muslim tidak dibenarkan untuk mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang sedang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika yang berada di Iraq). Dalam keadaan tiada sebarang peperangan fizikal yang jelas, maka perisian windows adalah harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu adalah diiktiraf oleh syariah dan diharamkan untuk sesiapa sahaja mencerobohinya sesuka hati. Dalilnya terlalu banyak, cukuplah Rasulullah saw dan para sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta Kafir Musyrik, semua itu menunjukkan umat Islam tidak dibenarkan untuk menceroboh dalam pemilikan orang kafir serta mestilah membel-inya dengan cara yang halal.

Sekiranya Ingin Mendownload Lagu Atau Vedio Yang tersedia Di Dalam YouTube Dan Perisian Percuma Yang Dinamakan Sebagai Freeware & Open source Sebagai mana yang kita sudah maklumi bahawa ‘Copyright Low’ adalah sah di sisi Islam kerana hak intelek merupakan hak milik yang sah dan ia dilindungi oleh syara’. Ia meliputi hak intelek/hak cipta Muslim dan juga Non-Muslim. Tetapi jika telah tersedia program seperti di dalam youtube atau memuat turun yang telah berlegar di dalam internet secara percuma tanpa kita perlu mencerobohinya sesuai dengan uruf dan kemaslahatan(manfaat) masyarakat (sederhana dan miskin) seperti men ‘download’ nasyid, ceramah dan video yang baik dan lain-lain, maka ia tidak men-gapa. Namun mestilah bersyarat iaitu untuk kegunaan peribadi sahaja dan bukannya untuk mengambilnya sebagai keuntungan. Begitu juga dengan alternatif perisian percuma yang telah disediakan. Mungkin ianya mempunyai sedikit kekurangan, tetapi sebenarnya ia lebih baik untuk kita mengelak-kan diri daripada perkara yang syubhah seperti sabda Nabi saw yang bermaksud: “An-Nu’man bin Basyir berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Yang

halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manu-sia. Sesiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, sesiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Keta-huilah bahawa di dalam tubuh ada sepotong daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sepotong daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.” (Riwayat Bukhari) Kita boleh mendapatkan sistem operasi yang lengkap dengan perisian-perisian ber-guna di dalam linux yang freeware seperti Ubuntu, OpenSuSe, Fedora dan lain-lain. Antara perisian aplikasi yang freeware di dalam linux sebagai contoh ialah :OpenOffice.org – fungsi yang hampir sama seperti Microsoft OfficeMozilla Firefox – pelayar web (Web Browser)Amarok – pemain muzik/laguMPlayer – pemain video/movieThwab – ensiklopediaGimp – editor grafik seperti Adobe PhotoshopK3B – pembakar cd/dvd (cd/dvd burner) seperti NeroZekr – perisian al-Quran Bagaimana Jika Seseorang Itu Mendown-load Lagu Dan Vedio Yang Jelas Penghara-mannya Di Dalam syara’ contohnya seperti Liriknya Yang menyimpang Dari Ajaran Islam Kita perlu tahu bahawa kelonggaran di atas adalah kerana kemaslahatan (manfaat) yang besar terhadap masyarakat untuk mendapat-kan kebaikan. Akan tetapi apabila kita salah menggunakan kesempatan yang ada untuk tujuan melalaikan dan salah, maka ia tidak dibolehkan di dalam syara’. Ini kerana, seorang Muslim dilarang syara’ untuk mengguna, menyimpan dan memiliki barang-barang yang haram, apatah lagi menjualnya walaupun mengambilnya daripada sumber yang original. Akhirnya, berusaha mencari yang halal itu wajib bagi setiap Muslim yang mukalaf seperti yang ditegaskan oleh Nabi saw di dalam sab-danya yang bermaksud: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami).

Sudah tentu pelajar tidak mempunyai ke-mampuan untuk membeli buku-buku tersebut yang mungkin amat tebal dengan harga yang tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar DIBENARKAN mem’fotostat’ halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga di-haruskan kerana keperluan yang dibolehkan.

Muhammad Fathullah Al-haq B. Muhamad Asni. merupakan pelajar tahun ketiga Uni-versity Yarmouk, dalam bidang al-Fiqh wa Usuluh. Aktif menulis bahan ilmiah di website beliau sendiri iaitu http://fikrahhalaqah.com/. Boleh dihubungi melalui email beliau [email protected]

40

Page 41: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

41

Page 42: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

ainab Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 1917 di dalam keluarga kelas pertenga-han, petani di kampung yang bernama Maitin di Mesir. Beliau dibesarkan dalam suasana keagamaan yang kuat. Pada usia dua puluh beliau menubuhkan asas Jamiat Al-Sayyidat-ul-Muslimin, sebuah pertubuhan kebajikan wanita, anak-anak yatim terutamanya golon-gan miskin dan kurang bernasib baik.

Beliau banyak diilhamkan dengan prestasi Ikhwaan Al-Muslimoon (Ikhwan Muslimin) di dalam Jihad di Palestin semasa rejim Farooque. Beliau mendekati Imam Hassan Al Banna, pengasas Ikhwaan tersebut dan banyak diilhamkan oleh pemimpin-pemimpin mereka yang lain seperti Imam Sayyed Qutb, Hasan Al Huzaibi dan Abdul Fattah Ismail.

Pada bulan Februari 1964, satu cubaan bunuh ke atasnya telah dirancang dengan kemalangan kereta semasa rejim jahat Presiden Mesir Jamal Abdul Nasser yang cenderung untuk memecahbelahkan Ikhwaan dengan menggunakan semua kaedah yang mungkin.

Beliau telah ditahan pada Jumaat 20 Ogos 1965 oleh rejim yang sama dan dipenjarakan selama tempoh enam tahun atas tuduhan palsu berkomplot untuk membunuh Nasser dengan pemimpin Ikhwaan. Hari demi hari, selama enam tahun, polis Nasser cuba untuk menced-erakan beliau. Mereka akan gantung tangan-nya dan senantiasa sebat dan membelasahnya.

Mereka pernah membuang beliau di dalam bilik yang penuh dengan anjing gila yang kelaparan. Setiap makanan yang diberi-kan kepadanya akan mengandungi air kencing dan najis yang menjijikkan. Beliau terpaksa duduk, seolah-olah di dalam pergerakan solat, di dalam air sehingga lehernya untuk kebanyakan hari tanpa diberi rehat sekalipun kemudian mereka mnyebat badannya lagi.

Tiap-tiap kali beliau dibawa ke hospital penjara, dalam usaha untuk memastikannya hidup supaya mereka boleh memanjangkan penyeksaan itu, doktor akan berkata bahawa beliau tidak akan punya peluang lagi untuk hidup. Walau bagaimanapun, pihak polis akan memukulnya lagi. Alhamdulillah, beliau selamat dan dibebaskan pada bulan Ogos 1971. Zainab Al-Ghazali masih hidup pada hari ini dan ironinya, beliau hidup lebih lama daripada Nasser dan pendera-pendera bersifat binatang itu. Kuasa-kuasa jahat syaitan tidak boleh menghalang beliau dari jalan yang benar iaitu Islam.

Nasser dan orang-orangnya sesungguhnya berjaya mematahkan tulang-tulang umat Islam yang kuat,akan tetapi mereka tidak pernah sesekali mematahkan kepercayaan mereka kepada Allah. Zainab Al-Ghazali hanya diperkuatkan lagi dengan ujian-ujian Allah terhadap dirinya. Sesungguhnya Allah menguji orang-orang yang Dia kasihkan supaya mereka boleh dinaikkan.

Rujukan:1)www.islamvision.org2)Return of the Pharaoh by Zainab Al Ghazali3)Days from my Life (Ayyam min Hayati) by Zainab Al Ghazali

Z

42

Page 43: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

vonne Ridley dilahirkan pada tahun 1959, di Durham County, England. Yvonne Ridley telah bercita-cita untuk menjadi seorang wartawan. Pada umurnya 16 tahun, beliau menulis kepada setiap akhbar di UK dan seter-usnya beliau menghadiri kursus kewartawanan di London College of Printing.

Beliau akui selepas pembebasannya, semasa ditawan itu beliau telah diminta untuk memeluk Islam,tetapi beliau enggan, walau bagaimanapun beliau berjanji untuk membaca al-Quran selepas pembebasannya. Setelah beliau bebas, Yvonne Ridley menunaikan janji ini, kerana katanya beliau ingin mengetahui mengapa Taliban melayan wanita seperti mana yang dilakukan. Hal ini telah mengubah hidupnya. Beliau berkata Al-Quran, pada pandangan beliau, adalah "Magna Carta" untuk wanita. Yvonne Ridley memeluk agama Islam akhirnya, pada tahun 2003 musim panas. Yvonne Ridley telah menulis dua buah buku yang berjudul "In The Hands of the Taliban" dan "Ticket to Paradise".

Pada tahun 2003, Yvonne Ridley bekerja untuk masa yang singkat dengan rangkaian TV Qatar Al-Jazeera dan sejak 01/08/2006, Yvonne Ridley telah menyertai Pergerakan operasi Gaza dari Cyprus.

Pada 11/2008 Yvonne Ridley dan pembuat filem muda yang memenangi anugerah dan wartawan ,Hassan al-Banna Ghani, menuju ke Afghanistan untuk menghasilkan dokumentari tentang banduan wanita yang ditahan oleh Amerika Syarikat.” In Search of Prisoner 650” telah disiarkan oleh Press TV pada musim bunga tahun 2009. Semasa perfileman tersebut, kedua-duanya berada di tengah-tengah pertembungan antara polis Taliban dan Afghanistan di jalan raya ke Ghazni. Drama ini difilemkan dan digunakan dalam filem mereka.

Pada 27/01/2010, Yvonne Ridley telah diisytiharkan sebagai Persona Non Grata di India apabila dia cuba untuk memasuki negara ini untuk menghadiri Jamaat-e-Islami persidangan wanita Muslim. Sehingga hari ini Yvonne Ridley komited kepada perjuangan Islam yang radikal.

Rujukan:www.globaljihad.net

Yvonne Ridley bekerja sebagai wartawan di beberapa akhbar British, radio dan stesen TV. Beliau menjelajah ke seluruh dunia untuk membuat laporan mengenai konflik dan kega-nasan serta peperangan. Selepas 9 / 11 Yvonne Ridley telah ditugaskan oleh tabloid Sunday Express ke Afghanistan.

Yvonne Ridley telah berkahwin dua kali. Suami pertamanya adalah Zaaroura Daud, warga Palestin bekas PLO Kolonel , yang beliau temui ketika di Cyprus dalam salah satu tugasan beliau. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Daisy yang dilahir-kan pada tahun 1992.

Kemuncak kerjaya beliau adalah pada 28/09/2001, apabila beliau dan pemandunya ditangkap berhampiran Jalalabad, di sempadan Pakistan, oleh Taliban di Afghanistan. Visa be-liau untuk masuk ke Afghanistan berkali-kali ditolak.Oleh itu, beliau membuat keputusan untuk mengikuti jejak langkah wartawan BBC John Simpson, yang telah menyeberangi sem-padan tanpa dokumen yang sah dan memakai tudung (Burka). Yvonne Ridley pada mulanya disyaki sebagai perisik British atau Amerika. Beliau dibebaskan kira-kira dua minggu kemudian, pada 09/10/2001.

Y

43

Page 44: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Hari wanita seduniaHari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia

disambut tiap-tiap tahun pada 8 Mac. Macam mana boleh wujud Hari Wanita Sedunia?Ok, mulanya begini. Tanggal 8

Mac 1857 iaitu 153 tahun yang lalu, satu mogok besar-besaran telah diadakan oleh beratus wanita yang menjadi

buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja

yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperikemanusiaan. 50 tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarihk

ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB ) mula merayakan 8 Mac

sebagai sebagai Hari Wanita Sedunia. Mana ada Hari Lelaki Sedunia betul tak?

Teksi Wanita

Kini, para wanita Malaysia tidak perlu lagi risau dengan keselamatan mereka. Teksi yang dipandu oleh pemandu

wanita ini dilancarkan pada 26.11.2011 bersedia memberi perkhidmatan kepada penumpang wanita yang bersendirian

atau membawa anak agar mereka dapat menjalankan urusan harian dengan selesa serta lancar. Antara syarikat yang boleh dihubungi bagi khidmat tersebut ialah Destination Transport, Zalnas Sdn Bhd serta Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan

Cyberjaya.

Restoran Wanita ‘NO MEN ENTRY’ terpampang di pintu utama sebuah

restoran di India. Cleopatra, restoran yang diasaskan oleh se-orang lelaki Ajjay Thakkar, 42,turut dilarang masuk ke dalam

restoran tersebut. Restoran yang bertemakan ‘Egyptian’ itu turut menyediakan khidmat butik, jualan barang kemas dan alat solek pada harga yang rendah. Restoran ini ditubuhkan

untuk mengatasi layanan buruk yang sering diberikan kepada wanita-wanita di negara miskin itu.

Orsa Maggiore Orsa Maggiore adalah sebuah hotel yang terletak di Trastevere, Itali yang menyediakan bilik berbentuk asrama dan juga bilik persendirian. Hampir kesemua bilik mempunyai pemandangan laut.Tahukah anda bahawa hotel ini hanya memberikan perkhid-matan kepada WANITA sahaja? Hotel ini ditubuhkan khas bagi wanita yang risau akan keselamatan mereka ketika melancong.

La Femme Sebuah pantai di Marina,Mesir telah diisytiharkan sebagai pantai hanya untuk wanita . Pantai ini juga dijaga oleh pengawal-pengawal untuk mencari kamera-kamera tersembunyi bagi menge-lakkan penyebaran gambar yang tidak sepatutnya. Kini wanita lebih selesa untuk melayan dan bergembira dengan anak-anak.Itali juga turut menyediakan Beach no 134 khas untuk wanita yang melintang dari Rimini ke Riccione. Pantai ini juga turut dikenali sebagai The Pink Beach.

Sifat Penyayang Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

44

Page 45: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

45

Page 46: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Pejuang Dataran Mu’tah

ama saya memejamkan mata. Cuba membayangkan medan nan luas itu terbentang di hadapan saya. Derapan bunyi kaki kuda sayup-sayup kedengaran. Kelihatan keringat peluh memercik membasahi jasad tentera manakala darah me-rah pekat laju menyimbah dan membasahi bumi itu. Sesekali bibir diketap lantaran ngilu telinga mendengar bilah-bilah pedang berlaga . Kematian utusan baginda, Al-Harith Bin Umar al-Uzdi mesti dituntut bela. Tindakan biadap Qaisar dan gabenor Balqa’ , Syuraibil Bin Umar al-Ghassani itu seolah-olah mengisytiharkan perang dengan tentera Islam. Bulan Jamadil Awal, 8 Hijrah menjadi tarikh yang dirakam dalam lipatan sejarah. Satu batalion askar seramai 3000 orang dihantar menyahut seruan jihad melawan 100000 bala tentera Hercules serta 100000 bala tentera Syuraibil gabungan qabilah Lakham, Juzam, Qain, dan Bahara’. Mu’tah sebuah kampung di bahagian bawah Balqa’ berhampiran Kota Karak menjadi saksi pada peristiwa besar ini.

L46

Page 47: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Pejuang Dataran Mu’tah

Celik sejarah , Buta ibrah Bertahun menghuni dataran syam itu mungkin tidak menjadikan kita sebagai seorang yang buta sejarah. Masakan tidak. Barangkali sudah berbelas malah berpuluh kali khususnya penuntut ilmu Universiti Mu’tah ditugaskan menjadi tourist guide secara tak rasmi apabila tetamu luar datang bertandang ke medan itu. Tetapi menjadi seorang yang celik sejarah tidak menjadi satu jaminan untuk menjadi kita seorang yang bijaksana dalam mengambil ibrah daripada peristiwa tersebut. Jika diteliti daripada peristiwa bersejarah ini, kita dapat mengambil beberapa pengajaran yang boleh dihayati dalam kehidupan bukan sahaja dalam konteks kita sebagai seorang penuntut ilmu tetapi juga dalam konteks sebagai seorang ahli komuniti dan anggota masyarakat.

Begin with the end of mind Dalam pertarungan ini kita dapat melihat visi yang jelas dan ketinggian cita-cita yang diletakkan oleh tentera Islam sebelum ber-tempur di medan Mu’tah. MENANG ATAU SYAHID !! Teliti mutiara-mutiara kata yang keluar daripada Abdullah Bin Rawahah apa-bila sebahagian tentera mula berasa bimbang dan takut untuk berhadapan dengan tentera musuh, ‘’Wahai kalian, Demi Allah sesungguhnya yang kamu tidak suka, itulah sebenarnya yang kamu semua keluar kerananya, mati syahid, kita tidak memerangi manusia dengan bilangan kita yang banyak atau dengan kekuatan dan persenjataan, kita tidak memer-angi mereka kecuali dengan agama ini yang dikurniakan oleh Allah kepada kita sehingga kita menjadi mulia, ayuh marilah kamu ke hadapan. Ambillah salah satu kebaikan: Kemenangan mengatasi seteru atau mati syahid.’’ Maka, kita sebagai tentera yang berjihad di medan ilmu ini, adakah sudah mempunyai visi dan misi yang jelas? Target mendapatkan segulung ijazah sahaja bagi saya tidak mema-dai. Targetlah lebih daripada itu. Sepanjang kembara saya di sana, bagi saya untuk menda-patkan segulung ijazah tidaklah begitu susah, tetapi yang menjadi cabaran adalah bagaimana mahu menjadi seorang faqih, bagaimana mahu membina karakter dan jiwa seorang daie dan mujtahid, bagaimana mahu melengkapkan diri dengan ‘senjata-senjata’ untuk turun berkhid-mat pada masyarakat. Sahabat-sahabat jurusan lain seperti perubatan dan pergigian juga mesti mempunyai cita-cita tersendiri apabila memilih Jordan sebagai destinasi melanjutkan pelajaran. Dari masa ke semasa , revisi sejauh mana kita menghampiri cita-cita dan misi yang diletakkan agar kita tak mudah tersasar dalam kembara kita.

Paduan syariatullah & sunnatullah Mereka yang berjuang dalam perang Mu’tah bukanlah calang-calang manusia. Se-muanya tip top iman mereka, tapi dalam masa yang sama mereka bukan hanya menadah tangan dan berpeluk badan sahaja menunggu

bantuan ALLAH tiba. Mereka bersiap siaga dengan pelbagai macam perancangan dan strategi. Syura juga dilakukan dari masa ke semasa, malah back up plan juga disediakan bersandarkan pada amanat rasulullah : ‘’ Sekiranya Zaid gugur maka Jaafar mengambil tempatnya dan seandainya Jaafar turut gugur syahid, maka Abdullah bin Rawa-hah pula tampil mengambil teraju kepimpinan tentera Islam’’

Seharusnya seorang penuntut ilmu berstrategi dalam menyusun setiap gerak langkahnya. Selain tuntutan syariatullah yang dijaga, jangan dikesampingkan tuntutan sun-natullah. Berusahalah dengan sebaik-baiknya, maka anda juga layak diberi dengan sebaik-baik ganjaran. Jika tidak dunia, kejayaan di sana yang kekal abadi menanti kita.

Motivasi inside out dan outside in Berjauhan dengan keluarga merupakan satu cabaran yang agak besar bagi seorang penuntut ilmu. Itu belum dicampur dengan ke-sedihan tidak dapat menghadiri walimah sanak saudara, kematian orang tersayang ketika kita berada nun jauh di sana. Ketika inilah motivasi diri dan sahabat-sahabat menjadi talian hayat. Bermulalah dengan memberi motivasi pada diri anda sendiri kerana motivasi inside out itu lebih power tanpa saya menafikan kepentingan motivasi outside in. Hayatilah bagaimana Abdullah Bin Rawahah memotivasikan dirinya dan sahabat-sahabat yang lain menerusi bait-bait syairnya yang indah ;

Duhai jiwa ku! ku bersumpahkau pasti menghadapi kerelaan cabaran

kiranya sudah orang mencapainyakenapa kau berlengah

membenci syurga Allah ?

Dari Rahman ku pohon keampunanPukulan pedangku, ketangkasan terbukti

Tanganku menusuk tikamanDengan sekali, menembus perut dan hatiKubu di tanya: “Siapa pahlawan ini?”

Dialah pejuang beraniMendapat bimbingan Ilahi

Bijaksana setiap ketika Kita barangkali seorang yang bijaksana dalam keadaan kondisi yang biasa-biasa. Teta-pi dalam keadaan tertekan atau situasi yang tak menentu, kita tergopoh gapah dan tidak ra-sional dalam tindakan kita. Kebijaksaan Jaafar Bin Abi talib atau nama jolokannya Jaafar At-Tayyar wajar dicontohi. ‘Ijtihad’ beliau untuk menyembelih kuda perangnya mungkin dilihat seperti membazir dan tidak patut. Tetapi disinilah kita dapat lihat ketajaman akal beliau dalam menimbangkan maslahah dan mafsadah di situasi genting. Beliau bimbang jika kuda yang beliau tunggangi akan diguna-kan oleh pihak musuh untuk ‘membantai’ dan memerangi tentera Islam yang lain. Kepintaran Khalid Al- Walid juga boleh dicontohi dalam mengundurkan tentera Islam. Menjelang subuh, beliau akan menukar posisi

tentera dan menyusun semula kedudukan. Yang belakang diletakkan ke hadapan, yang kanan diletakkan ke kiri. Dengan helah itu, pihak Roman berasa gerun dan takut kerana menyangka tentera Islam telah mendapat bantuan ketenteraan . Disaat tentera hadapan bertempur, secara perlahan-lahan tentera diundurkan. Sekali lagi tentera Roman terper-angkap dengan kebijaksanaan sang panglima. Mereka menyangka pengunduran itu adalah taktik perang biasa dan digunakan untuk memerangkap mereka di gurun padang pasir tersebut. Begitulah antara kebijaksanaan para sahabat dalam mengatur strategi peperangan dan sewajarnya dicontohi oleh kita dalam menghadapi pelbagai situasi dan cabaran dalam kehidupan.

Keperluan pada seorang ketua Mesej ini dapat dilihat seawal rasulullah menghantar bala tentera ke medan perang. Malah ketika saat ketiga-tiga panglima perang ini terbunuh, tentera-tentera Islam ketika itu bersegera melantik Thabit tetapi ditolak oleh beliau. Peristiwa ini juga menonjolkan kerendahan hati para pejuang ketika itu. Ja-watan tak perlu diminta-minta, malah ditolak jika dirasakan tidak layak. Maka, atas dasar tanggungjawab ketika itu, Khalid Al Walid si gagah perkasa menerima jawatan itu. Itulah fit-rah manusia. Di mana-mana kita memerlukan seorang ketua. Di rumah, ketika bermusafir, malah kita adalah ketua pada diri kita sendiri. Mereka yang tidak ada ‘ketua’ dalam diri , maka NAFSU dan syaitan yang akan mula beraja dan menjadi ketua !

Celik sejarah , Celik ibrah Apa yang dikongsikan dalam ruangan yang terbatas ini hanyalah disebut sebagai misalan sahaja. Saya percaya terdapat banyak lagi ib-rah yang terkandung dalam peristiwa ini, usah jemu mengkaji, usah jemu menggali. Walau bagaimanapun, celik sejarah dan ibrah sahaja tidak memadai. Tetapi apa yang lebih penting adalah bagaimana kita mengamalkan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan. Himpunlah seribu dan sejuta ibrah sekalipun tetapi jika tidak diambil pengajaran dan diamalkan, maka ia adalah sia-sia kerana Islam sentiasa mengajar kita mengganding-kan ilmu dengan amal. Sekarang anda sudah TAHU, tinggal sahaja MAHU dan dengan izin ALLAH, MAMPU akan mengiringi jika disertakan dengan keazaman yang kuat. Usah berhenti melangkah, dan selamat beramal !!

Nur Al Farhain Bt Kamaruzaman Graduan ijazah sarjana muda Fiqh Wa Usul Universiti Mu’tah , Pelajar Sarjana Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia( UKM )

47

Page 48: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

dalah satu perkara yang ajaib bagi seseorang insan yang lisannya sentiasa mendakwa dirinya seorang Muslim, namun pada masa yang sama, lidahnya yang satu itu turut digunakan untuk mencerca dan memaki insan-insan mulia yang terdidik daripada tarbiyah Rasulillah SAW, hanya kerana secebis kekhilafan yang pernah mereka lakukan. Mereka adalah para Sahabat Baginda, yang telah diperakui sendiri sebagai sebaik-baik dan semulia-mulia generasi yang pernah hidup di atas muka bumi ini.

“Sebaik-baik manusia di kalangan umatku adalah mereka (kaum Mus-limin) yang hidup sekurun denganku..” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

IBRAH DARI SIFFIN

A

48

Page 49: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Sewaktu hayat Nabi SAW, Baginda pernah memberitahu, sebagaimana yang dilaporkan oleh Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya, bahawasanya tidak akan berlaku Kiamat sehingga berperangnya dua pihak yang besar, sedangkan seruan mereka adalah satu. Sebagaimana yang tercatat dalam buku-buku sejarah Islam, peristiwa yang dimaksudkan oleh Nabi SAW itu adalah Perang Siffin, yang berlaku berpunca daripada perselisihan pendapat di antara Khalifah Ali bin Abi Talib dan Gabenor Syam Mu’awiyah bin Abi Sufyan, sehingga membawa kepada sebuah tragedi yang sangat memilukan bagi umat Islam. Bahkan, wujudnya di kalangan musuh-musuh Islam yang terus melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Islam, dengan bermodal-kan tragedi ini. Mereka telah melemparkan pelbagai tohmahan bagi memburuk-burukkan imej para Sahabat, sehingga mereka ini keliha-tan seperti manusia yang suka berperang, gila kuasa, tamakkan harta, kaki putar belit dan sebagainya. Tugas untuk menulis tajuk berkaitan Tragedi Siffin yang melibatkan dua tokoh agung ini amat memerlukan sifat berhati-hati. Silap penggunaan bahasa, akhirnya akan menatijahkan pentafsiran yang silap, lalu ke-mudian memburukkan lagi imej para Sahabat Ridhwanullahi Ta’ala ‘Anhum Ajma’in.

TUNTUTAN QISAS Tercetusnya segala kacau bilau dalam seja-rah Islam bermula dari peristiwa pembunuhan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan Al-Umawi pada bulan Zulhijjah 35H, oleh para pemberontak yang didalangi oleh seorang Munafik Yahudi berasal dari Yaman, Abdullah bin Saba’. Selepas peristiwa itu, Mu’awiyah bin Abi Sufyan Al-Umawi, berpendapat, selaku wali terdekat kepada Khalifah ‘Uthman, beliau berhak untuk menuntut agar dilakukan bunuh balas (Qisas) ke atas para pembunuh ‘Uthman. Mereka yang pada ketika sudah pun berbai’ah dengan Ali sebagai Khalifah, lalu menyusup masuk dalam tentera Ali yang berjumlah puluhan ribu orang. Dalam pada itu, Mu’awiyah sekali lagi men-egaskan bahawa beliau tidak akan memberikan bai’ah ke atas Ali sehinggalah para pembunuh ‘Uthman telah dijatuhkan Qisas. Mu’awiyah tidak pernah menuduh Ali sebagai orang yang terlibat dengan pembunuhan ‘Uthman, namun Mu’awiyah yakin bahawa para pembunuh itu masih berada di dalam puluhan ribu tentera Ali itu. Mu’awiyah berijtihad berdasarkan apa yang difirmankan oleh Allah dalam Surah Al-Isra’, ayat 33. “Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam men-untut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).” Akan tetapi, tuntutan Mu’awiyah ini tidak dapat dipenuhi oleh Ali dengan segera. Ali berpandangan, agar perlaksanaan Qisas itu

hanya dapat dilakukan setelah keadaan sudah kembali stabil dan tenang serta kesatuan umat Islam dapat dicapai. Namun apa yang berlaku, kedua-dua pihak gagal mencapai sebarang persetujuan, yang kemudiannya mengakibatkan tercetusnya Tragedi Siffin. Mu’awiyah melihat seolah-olah Ali mahu melengah-lengah hukuman Qisas, manakala Ali pula berpendapat bahawa beliau perlu mendapatkan bai’ah dan kepercayaan daripada Syam supaya beliau dapat menjalan-kan tugas sebagai Khalifah, jawatan tertinggi dalam sebuah kerajaan Islam.

TENTERA MENUJU SIFFIN Pada hakikatnya, bukan hanya Mu’awiyah sahaja yang menuntut agar hukuman Qisas itu dijalankan segera. Bahkan antara sahabat yang turut terlibat atas tuntutan itu ialah Ummul Mu’minin Aisyah bint Abi Bakr sendiri, di samping Talhah bin ‘Ubaydillah dan Zubayr bin Al-‘Awwam, yang kemudiannya mencetuskan Perang Jamal di Basrah, yang juga didalangi oleh golongan As-Saba’iyyun (pengikut Abdullah bin Saba’), sehingga men-yaksikan syahidnya dua sahabat agung, Talhah dan Zubayr, di medan Peperangan Jamal. Setelah tamat Perang Jamal, Ali telah kembali ke Kufah, pusat pentadbiran khalifah yang baru, menggantikan Madinah. Keeng-ganan Mu’awiyah untuk membai’ah Ali telah menyebabkan Ali bertindak untuk keluar dari Kufah menuju ke Syam. Beberapa orang sahabat lain termasuk anakandanya sendiri telah menasihati Ali supaya beliau tidak keluar, malah hanya perlu menghantar wakil sahaja untuk pergi ke Syam, tetapi Ali menolak, kerana menganggapnya sebagai satu tanggung-jawab seorang Khalifah. Adapun Mu’awiyah, sebaik mendapat tahu berita kedatangan tentera Ali menuju ke Syam, lalu beliau pun bersiap sedia untuk mengha-dapi tentera Ali. Seluruh rakyat Syam berdiri teguh di belakang Mu’awiyah, dan bersetuju supaya Mu’awiyah sendiri keluar menuju tentera Ali. Akhirnya kedua-dua pasukan tentera bertemu di Siffin, yang terletak berhampiran Sungai Furat. Maka dipendekkan cerita, tercetuslah perang yang berlanjutan sehingga berminggu-minggu dan telah mengorbankan ribuan nyawa manusia.

MUSHAF DIJUNJUNG Setelah hampir dua bulan peperangan berlangsung, akhirnya pertempuran dapat ditamatkan selepas tentera Mu’awiyah mengangkat Mushaf Al-Qur’an. Maka berlaku surat-menyurat dan perbincangan antara kedua belah pihak. Akhirnya mereka bersepa-kat untuk mengadakan Majlis Tahkim, antara wakil kedua belah pihak. Dipihak Mu’awiyah, beliau telah melantik ‘Amr bin Al-‘As selaku wakilnya. Tidak berlaku sebarang krisis dalam kem tentera Mu’awiyah kerana sikap tentera Syam yang patuh dan taat kepada pemimpin mereka. Manakala dipihak Ali, perkara sebaliknya pula berlaku. Cadangan Ali untuk melantik

Abdullah bin ‘Abbas sebagai wakil, telah ditolak mentah-mentah oleh tentera Kufah. Selepas itu beliau memilih untuk melantik al-Asytar namun tetap ditolak. Tentera Kufah bertegas supaya Ali memilih Abu Musa al-Asy’ari. Meskipun pada hakikatnya Ali sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana beliau berpendapat, Abu Musa adalah sahabat yang mengambil pendirian berkecuali dan beliau tidak mengikuti setiap insiden yang berlaku. Bahkan Abu Musa sendiri tidak menyokong pandangannya, maka bagaimana mungkin dia menjadi wakilnya. Namun akh-irnya keadaan ketika itu memaksa Ali untuk menerima cadangan tentera Kufah. Kedua-dua hakim yang menjadi wakil ber-setuju untuk bertemu pada bulan Ramadhan 37H di Azruh, Jordan. Selepas mengadakan tahkim dan menyerahkan urusan umat Islam kepada dua wakil ini, kedua-dua pasukan Ali dan Mu’awiyah pun meninggalkan Siffin, menujukan ke pusat pentadbiran masing-masing di Kufah dan Syam. Apabila tiba tarikh yang dijanjikan, ber-lakulah peristiwa Tahkim ini. Kedua-dua wakil bersetuju untuk menyerahkan perlantikan khalifah kepada para Sahabat yang masih hidup. Namun apa yang dirancang tidak dapat terlaksana, kerana kegagalan untuk men-gumpulkan seluruh para Sahabat yang masih hidup. Dengan itu berakhirlah Tahkim, dan krisis umat Islam ini masih tidak dapat dis-elesaikan. Masing-masing, Ali dan Mu’awiyah kekal mentadbir di wilayah masing-masing.

KEMUNCULAN PUAK KHAWARIJ Melalui peperangan ini juga lahirnya puak Khawarij yang tidak bersetuju dengan kepu-tusan Ali untuk berdamai dengan pasukan Mu’awiyah melalui Majlis Tahkim. Mereka bukan sahaja mengkafirkan Mu’awiyah dan pasukannya, bahkan Ali dan tenteranya yang bersetuju dengan Majlis Tahkim turut mereka kafirkan. Dalam perjalanan pulang ke Kufah, seramai 12 000 orang pengikutnya telah keluar dari pasukan Ali, lalu bergerak menuju ke sebuah tempat bernama Harura’, lalu melantik Abdullah bin Wahab Al-Rasibi sebagai ketua mereka. Khalifah Ali cuba memadamkan fitnah yang dicetuskan oleh kumpulan Khawarij ini, dengan menghantar Abdullah bin ‘Abbas kepada mereka supaya bertaubat dan kembali mentaati khalifah. Setelah itu, sebahagian dari-pada mereka telah kembali, namun sebahagian yang lainnya tetap enggan. Diringkaskan cerita, akhirnya puak Khawarij ini telah berpakat untuk membunuh tiga tokoh Sahabat yang terlibat dengan Majlis Tahkim, iaitu Khalifah Ali, Gabenor Syam Mu’awiyah dan Gabenor Mesir ‘Amr bin Al-‘As. Mereka bersetuju untuk menjalankan misi itu pada Subuh 17 Ramadhan tahun 40H. Akhirnya mereka hanya berjaya membunuh Ali di Kufah, seperti yang dirancang. Seluruh umat Islam, termasuk Mu’awiyah sendiri turut bersedih atas kesyahidan Ali. Jenazah beliau dimandikan dan dikebumikan oleh kedua puteranya, Hassan dan Hussayn, pada waktu

49

Page 50: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

tengah malam.

TAHUN PERDAMAIAN Selepas kematian Ali, umat Islam telah mel-antik puteranya, Hassan sebagai khalifah yang baru. Tetapi kerana ingin menjaga kesatuan umat Islam, Hassan telah mengambil keputu-san yang tepat, dengan melantik Mu’awiyah sendiri sebagai Khalifah umat Islam, sekaligus membuktikan kebenaran hadith Rasulullah SAW berkaitan Hassan. Peristiwa ini berlaku pada 41H, yang kemudiannya digelar sebagai ‘Aam al-Jamaa’ah, yakni Tahun Perdamaian. “Sesungguhnya anakku ini adalah seorang Sayyid (penghulu). Mudah–mudahan Allah mendamaikan dengannya dua puak yang besar daripada orang Islam.” (Riwayat Al-Bukhari) Maka dengan bermulanya era pemerintah Mu’awiyah, tamatlah segala kecelaruan yang berlaku diantara umat Islam. Keseluruhan umat Islam berbai’ah dan bersatu dibawah kepemimpinannya yang hebat dan sungguh karismatik semenjak beliau menjadi Gabenor Syam, kawasan yang paling dekat dan ber-potensi untuk diserang musuh, sejak zaman Khalifah Umar Al-Khatthab. Seluruh sahabat Nabi yang masih hidup, termasuk Hassan dan para Tabi’en yang lain telah membai’ah beliau sebagai tanda bahawa beliau adalah khalifah yang sah dan tokoh yang paling layak untuk memikul tanggungjawab umat .

KESIMPULAN Sejujurnya saya katakan, tugas untuk menu-lis tentang sebuah tragedi yang paling kontro-versi dalam sejarah umat Islam ini, bukanlah satu tugas yang mudah. Kita bukan berbicara tentang manusia-manusia jalanan. Kita berbi-cara tentang perbezaan pendapat yang berlaku dalam kalangan manusia-manusia Syurgawi, akibat daripada fitnah dan kekacauan yang dit-imbulkan oleh manusia-manusia celaka yang diketuai oleh pengasas ajaran Syi’ah, Abdullah bin Saba’, laknat Allah keatasnya. Peristiwa ini juga telah banyak diriwayatkan dengan disertakan riwayat-riwayat yang sangat mengelirukan dan disertai dengan penghinaan kepada para Sahabat. Kerana itu, tugas untuk

menyaring semua kisah ini, bukanlah tugas yang mudah. Apa yang tercatat di sini han-yalah sebahagian daripada gambaran sebenar peristiwa ini yang tidak dapat saya sertakan kerana dikhuatiri ia akan menjadi terlalu panjang dan berjela-jela. Hasil daripada kajian ringkas dan penelitian kepada beberapa buku-buku utama berkaitan sejarah Islam, maka dapat disimpulkan peris-tiwa ini dengan beberapa perkara penting: 1. Pertelingkahan yang berlaku diantara Sahabat ridwanullahi ‘alaihim bukanlah atas dasar merebut jawatan dan habuan dunia tetapi salah faham dan perbezaan ijtihad dalam keadaan fitnah, berdasarkan kefahaman ilmu yang mereka miliki. Maka wajib atas kita menahan lisan daripada mencela mereka dan mengkritik mereka sebagaimana yang dilaku-kan oleh musuh-musuh Islam, bahkan wajib bagi kita untuk memohon keredaan ALLAH untuk mereka, ridwanullahi ‘alaihim ajma’ien. 2. Sebagaimana yang diperkatakan oleh para Ulama’ termasuk Sheikh Muhibbuddin Al-Khatib, golongan yang paling mendekati kebenaran dalam peristiwa ini adalah para Sahabat yang mengambil sikap berkecuali dan tidak menyertai peperangan ini. “Ombak fitnah melanda sementara para sahabat yang masih hidup berpuluh–puluh ribu, namun yang terlibat dalam peristiwa tersebut tidak melebihi seratus orang. Bahkan tidak melebihi tiga puluh orang.” (Ibn Kathir, Al–Bidayah wan–Nihayah) 3. Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, termasuk kes-eluruhan para Sahabat bersepakat bahawa Ali adalah orang yang paling berhak memegang jawatan khalifah setelah kewafatan Uthman. Para Sahabat hanya berbeza pendapat tentang perkara manakah yang perlu didahulukan, Qi-sas atas pembunuh Uthman atau Bai’ah keatas Ali selaku khalifah. 4. Ahlus Sunnah Wal Jama’ah bersepakat bahawa Mu’awiyah bukanlah seorang pem-berontak yang ingin menjatuhkan Khalifah Ali, kerana itu beliau tidak keluar dari Syam, sehinggalah Ali sendiri keluar menuju Syam. Pun begitu, para Ulama’ termasuk Imam Ahmad dan Imam Nawawi mengatakan

bahawa ijtihad Ali untuk menangguhkan hukuman Qisas pada ketika kesatuan umat Islam belum tercapai, merupakan ijtihad yang lebih mendekati kebenaran, berbanding ijtihad Mu’awiyah yang menuntut hukuman Qisas dis-egerakan. Ketaatan keatas khalifah yang akan menjalankan hukuman perlulah didahulukan, sebelum sesuatu hukuman dapat dijalankan. Sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Az-Zhahabi dalam kitabnya Al-Muntaqa, Mu’awiyah pada hayatnya telah mengakui ke-silapannya itu dengan penuh rasa rendah diri dan sentiasa memohon keampunan daripada kesilapannya yang lalu. 5. Adapun ijtihad Ali untuk keluar dari Kufah menuju Syam, sebagaimana yang diperkatakan oleh sebahagian Ulama’ bahawa ianya merupakan ijtihad yang kurang tepat dan berpotensi untuk menimbulkan mudarat yang lebih besar, iaitu peperangan. Pun begitu, kesemua ijtihad para Sahabat ini diganjari pahala oleh Allah SWT atas dasar kefahaman ilmu masing-masing terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. 6. Kesemua para Sahabat, baik dipihak Ali mahupun Mu’awiyah, menginginkan kesatuan dan bukan perpecahan. Namun, tangan-tangan jahat yang didalangi oleh musuh-musuh umat Islam zaman berzaman sentiasa mencari peluang untuk menimbulkan fitnah dan kecelaruan diatas kesatuan umat. 7. Segala perbezaan pendapat seharusnya berdasarkan kefahaman ilmu yang sebenar, bukan sekadar ikut-ikutan yang membuta tuli. Ianya perlu disalurkan melalui medium yang sesuai dan tepat agar ianya tidak mengundang musibah yang lebih besar, iaitu perpecahan dalam kalangan masyarakat sejagat. Wallahul Musta’an.

Teks Oleh:Syah Nazrin HashimShariah Executive, Bank Muamalat Malaysia BerhadB.A (Hons.) Shariah (Islamic Economics and Banking), Yarmouk University -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Sumber RujukanAd-Daulah al-Umawiyyah, Dr. Yusuf Al-‘IshAl-‘Awaasim min al-Qawaasim, Al-Imam Abu Bakr ibn al-‘ArabiAl-Bidaayah wan-Nihaayah, Al-Imam Ibn KathirAl-Khulafa’ ar-Raasyidoon, Dr. Solaah Abdul Fattah Al-KhaalidiHimpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah, Hafiz Firdaus AbdullahMari Kenali Mu’awiyah bin Abu Sufyan, Ustaz Sahrul Azmi SidekMinhaj as-Sunnah, Shaykhul Islam Ibn TaimiyyahMu’awiyah bin Abi Sufyaan: Syakhsiyyatuhu wa ‘Asruh, Dr. Ali As-SallaabiMu’awiyah bin Abi Sufyaan: Sohaabiy Kabir wa Malik Mujahid, Dr. Muneer Al-GhadhbanPertelingkahan Para Sahabat Nabi SAW, Prof Madya Dr. Mohd. Asri Zainul AbidinQadhiyyat at-Tahkeem fee Mawqi’at as-Siffeen, Dr. Khalid Kabeer ‘AlaalSahih wa Dha’if Taareekh at-Thabari, Muhammad Thahir al-BarzanjiSayyidina Mu’awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniaya, Maulana Asri YusufSejarah Umat Islam, HAMKATaareekh al-Khulafa’, Al-Imam As-SuyuthiTaareekh al-Umam wal-Muluk, Al-Imam Muhammad Ibn Jarir At-Tobari

50

Page 51: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

The forth proposition is that “on the Day of Resurrection, God will hold His Court and, with just judgement reward or punish man for his good and bad deeds”. It is unfair if tyrants are not brought to justice . The time must come when good deeds will be rewarded and punishment shall await the evils . The last proposition of the belief is “the existence of Paradise and Hell ” . God could make the sun, the moon, the stars, and the earth, why should not He be able to build Paradise and Hell? Lastly, no one can deny the conclusion that the belief in life after death is highly acceptable to reason and common sense, and there is nothing about it is unrea-sonable or impossible. In the nutshell, people who totally believe in the life after death won’t be doing something useless and harmless in this world . Surely, he will act according to the guidance of Allah and will not be enticed by the tempta-tions of lust. No oppression will persist in this world and the truth and right ones will be revealed and gain victory . Lastly, we should always keep in mind that the teaching thought by our Prophet Muhammad will always and forever be the most perfect code of guidance – that is Islam .Reference, ‘Towards Understanding Islam’ written by Abu ‘Ala al-Maududi

Life After death : A Rational VindicationBelieve that there will be another life after death is one of the articles of faith. Who does not believe in it, or doubt with this belief, is a kafir. The denial of this belief, make all other beliefs in articles of faith void. The word vindication is derived from the word vindicate which means to prove that something is true or that you are right to do something especially when other people have a different opinion.

Now let us study these viewpoints one by one. The first group that say there is no life after death. They say that because they have never seen anybody coming back after death. Actually, if they have not seen a single case of revival after death, they should have said that they do not know what will happen after death. Not seeing something happening in front of one’s eyes does not mean that the thing does not exist . As for the second group, ac-cording to their belief , how we live now in this world totally depends on how we lived in the previous lives regardless whether we were animals or humans before . Now let us study the third view-point. This viewpoint has five propositions and the first proposition is : ‘one day, this world will come to its end’. God will destroy and annihilate the universe, and in its place will evolve another higher and far superior cosmos . Of course, this statement can’t be denied. The more we reflect on the nature of the cosmos, the more clearly it is proved that the existing system is not permanent and everlasting. The second proposition of this belief is that “man will again be given life”. God has created us and all of other creatures in this world, so it is not impossible for God to cause our revival whenever as He wishes . The third proposition of this belief is, “the record of all the actions of man in this world is preserved and will be presented on the Day of Resurrection”. Actually, this proposition could be proved in today’s world . In our life now, we can record sound, video and replay it so it is not impossible that all our deeds in this world could be completely preserved and can be replay by God.

1. The belief that every living things will only live once and there will be no life after death .

2.The belief that every living things will be born again after death and the life will continue like a cycle . However , into what each living things will be born again depends on how they lived their lives before . Those who behaved badly in the previous lives , will be reborn as animals in the next lives . As for those who behaved well and had done the best in their previous lives , will be reborn into a man of a higher class .

3. The belief in the Day of Judgement, the resur-rection, man’s presence in the Divine Court and the meeting out of reward and punishment. This is in fact the belief that is thought in Islam by Prophet Muhammad saw.

In this world there are three different beliefs about life :

Farah Aisyah binti Ahmad merupakan pelajar tahun pertama University Yarmouk, dalam bidang al-Fiqh wa Usuluh. Aktif menulis dibawah bimbingan Kelab Penulisan Irbid, Jordan.

Life After death51

Page 52: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

TRAGEDI PERANG JAMAL: Oleh: Nadia Ismail*BAHANA API FITNAH

Tubuh kaku itu dipangku. Butiran pasir yang melekat di wajahnya disapu. Dalam sebak Amirul Mu’minin berkata: “Allah Rahmati Kamu. Demi Allah, kalau boleh aku mahu mati 20 tahun yang lalu, supaya aku tidak terlibat dalam peperangan yang mengor-bankan sahabat Rasulullah..” Khalifah Keempat Umat Islam itu menangis hiba. Seorang sahabat memaklum-kan bahawa Thalhah r.a masih kekal menyokong sang Khalifah hingga ke penghujung nyawanya. Kesedihan Amirul Mu’minin bertambah ketika pedang dan cincin milik Zubair b. Awam dihulur Amru b. Jarmuz. Kegembiraan pembunuh sahabat Nabi itu disambut dengan berita yang pernah dis-ampaikan Rasulullah s.a.w., bahawa pembunuh Ibnu Awam akan dibakar api neraka. Saidina Ali k.w.j.h mengambil pedang Zubair lalu berkata: “Pedang ini telah menghilangkan banyak du-kacita di wajah Rasulullah. Ia selalu digunakan untuk mempertahankan Baginda s.a.w”. Beliau terkenangkan sikap Zubair r.a yang suka menawarkan diri menjadi pengawal peribadi Utusan Allah s.a.w. Alangkah pilunya apabila dua tokoh besar yang dijanjikan syurga oleh Nabi s.a.w. gugur di medan Perang Saudara yang tidak dirancang!

52

Page 53: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

namun ia mampu menelan perdamaian & persaudaraan. Memadailah kisah Perang Jamal menjadi pedoman. Lisan menjadi agen utama dalam pe-nyebaran fitnah secara langsung atau tidak. Boleh jadi ia adalah bahan fitnah sedari awal disampaikan. Boleh jadi juga ia terolah melalui penceritaan demi penceritaan hingga akhirnya menjadi suatu fitnah yang keji. Apakah kita lupa akan sabda Baginda s.a.w.: ”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam”?1

Lebih menyedihkan, umat kini tidak perlu bertentang mata untuk menabur fitnah. Cukup dengan mata pena, sebarang kisah mampu disebar. Medium elektronik juga dijadikan senjata. Facebook, Twitter, Blog & Web yang sepatutnya menjadi medan berkasih sayang dan berukhwah menjadi medan untuk ber’perang’. Yang benar dipalsukan, yang palsu dibenarkan. Segalanya tanpa sempadan. Alangkah malangnya pabila ia berlaku di kalangan umat Islam sendiri. Runtuhnya institusi kekeluargaan, rapuhnya semangat kekitaan, leburnya nilai-nilai yang baik dalam masyarat Muslim di tanahair, banyak yang berpunca daripada fitnah. Allah s.w.t telah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan satu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-ren-dahkan puak lelaki yang lain, kerana mungkin puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka. Juga janganlah pula satu puak (dari kaum perempuan) mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, kerana mungkin puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka. Janganlah sebahagian kamu menyatakan keaiban sebahagian yang lain.”2

Sikap mengadu domba yang pernah dipe-san oleh Nabi s.a.w. untuk dijauhi, kini seolah sebati dalam jiwa umat Islam. Menjadi perkara normal yang bisa mengundang fitnah. Cuku-plah! Cukuplah fitnah yang tertulis di laman ‘muka buku’, yang disampaikan melalui lisan dan tindakan, yang memakan persaudaraan sesama Muslim, yang menghakis semangat ta’awun seterusnya melemahkan perpaduan umat Islam. Inilah yang dinantikan oleh pihak kuffar & munafiqin, menanti saat jatuhnya umat Islam sedikit demi sedikit akibat bara yang tidak mahu dipadamkan oleh umat Islam sendiri. Sesekali terkenang akan ketenangan berada di Jordan suatu ketika dahulu. Kedamaian yang berbuah hasil kesatuan warga MPPMJ Jordan semakin kuat menggamit rindu. Ukhwah yang dijalinkan dari hati yang tulus, jauh dari sikap tidak percaya, apatah lagi dari cela mencela. Meskipun tersenyum bangga melihat warga MPPMJ yang semakin bertambah, terselit jua kebimbangan terhadap perpaduan sesama pelajar Malaysia di Ardul-Kinanah. Bagaimanakah suasananya ketika ini? Apakah masih wujud keharmonian di kalangan ahli? Adakah pimpinan masih lagi dikenali, dihor-mati & dikasihi? Kesatuan sedia ada jangan dibiarkan terdedah kepada fitnah. Fitnah yang diundang oleh sikap buruk kita sendiri atau fitnah yang

dicipta oleh golongan yang berkepentingan yang tidak mahukan perdamaian antara kita semua, ibarat api dalam sekam. Baik di kalan-gan muslim sendiri, mahupun dari hembusan pihak kuffar yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk merosakkan perpaduan umat Islam. Memetik sebuah penulisan Sheikh Salman al-Oada 3, “Kadang-kala adalah lebih baik untuk tidak mempertikaikan pandangan orang lain jika dikhuatiri menyebabkan perselisihan yang nyata merugikan”. Tidak salah untuk bercanggah pendapat dengan orang lain teru-tamanya pemimpin dalam hal-hal yang tidak menyalahi syarak, tetapi beretikalah dalam menyampaikan pandangan dan memberi teguran. Gunakan saluran yang betul, bukan mewar-warkan tanpa adab hingga mencetus-kan kegelisahan muslim yang lain sekaligus membuka ruang kepada perpecahan dan permusuhan. Para sahabat pernah terfikir, sekiranya Nabi s.a.w. masih hidup, pasti tragedi Perang Jamal amat menyedihkan Baginda s.a.w. Adakah kita terfikir, apakah perasaan Baginda pabila melihat umatnya di zaman ini yang enggan mencontohi Rasulullah dalam bersaudara? Baginda berusaha mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar, sedangkan kita? Ada yang menjadi batu api kepada pertikaian dua sahabat. Ada yang turut membantu memper-besarkannya tanpa disedari. Jauhkan diri kita dari tersenarai dalam kategori pemecahbelah umat! Kerana pembawa fitnah itu lebih buruk dari pembunuh. Apatah lagi yang diwujudkan di kalangan umat Islam. Saya yakin warga MPPMJ adalah insan terpilih untuk menghayati Islam dengan lebih mudah & dekat. Mudahan kita jauh dari unsur-unsur yang dibenci oleh Allah. Jika sa-habat di zaman Saidina Ali yang begitu hebat, dapat dikelirukan oleh Abdullah b. Saba’ dan pengikutnya sehingga membawa kepada pep-erangan, siapalah kita di zaman ini? Lebihnya, kita ada bekalan sejarah mereka yang mem-bantu kita agar lebih berhati-hati. Berusahalah untuk memelihara kerukunan ummah. Strategi yang pernah dipraktikkan oleh Abdul-lah b. Saba’ dan pengikut terbukti berjaya menghancurkan cita-cita perdamaian antara dua insan agung, Amirul Mu’minin & Ummul Mu’minin. Cebisan doa saya, agar genetik Abdullah b. Saba’ pada zaman ini, tidak akan memporak-perandakan kita sekali lagi. Moga warga MPPMJ terus berada dalam kesatuan yang sejahtera.Wallahu’alam.1 Hadis Riwayat Bukhari & Muslim2 Surah Al-Hujurat: Ayat 113 Direktor Web Islamtoday (Edisi Bahasa Arab)

*Nadia Ismail merupakan Graduan Feqh wa Usuluhu, Universiti Yarmouk 2009. Bekas ahli MPPM Jordan ini kini menjawat sebagai pegawai Shariah di salah sebuah Bank Islam Antarabangsa.

Saidatina Aisyah r.a & Saidina Ali r.a cukup berdukacita dengan apa yang telah terjadi. Pertempuran antara umat Islam dek api fitnah dinyalakan pihak Munafiq telah menyebabkan wajah sejarah kegemilangan sahabah terguris. Tragedi Perang Jamal benar-benar mengun-dang pilu. Pembunuhan Khalifah Ketiga, Saidina Uthman b. Affan r.a. oleh pihak pemberontak yang masih belum diambil tindakan mengun-dang persoalan. Ummul Mu’minin, Thalhah dan Zubair telah berpakat untuk ke Basrah bagi menuntut hukuman qisas dijalankan ke atas pembunuh Saidina Uthman. Apabila berita keberangkatan Saidatina Aisyah dan rombongannya sampai ke pengeta-huan Amirul Mu’minin, beliau mengutuskan Qa’qa’ untuk bertemu dengan rombongan tersebut. Qa’qa’ menjelaskan: “Sesungguhnya hasrat kamu semua ingin membunuh pem-bunuh Uthman memanglah baik, tetapi kesan kerosakannya lebih besar daripada itu. Seper-timana kamu tidak mampu menangkap salah seorang pemberontak di Basrah iaitu Harqud b. Zuhair dek kerana enam ribu orang yang menjaganya, demikian jugalah Ali tidak dapat melaksanakannya sekarang tetapi menunggu masa yang sesuai”. Penjelasan ini telah melegakan hati Saidati-na Aisyah serta para sahabat yang lain. Janji setia diberikan untuk menyerahkan urusan qisas pembunuh Uthman di tangan Amirul Mu’minin, kerana Khalifah Agung itu lebih mengetahui hal ehwal semasa. Kedua-dua pihak bergembira dengan keputusan ini. Namun, Abdullah b. Saba’ adalah orang yang paling gelisah setelah mendapat tahu mengenai persepakatan yang lahir dari perbincangan antara pihak Khalifah dan pihak Ummul Mu’minin. Perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan ke arah puak pem-bunuh Saidina Uthman. Dia berpakat dengan golongan Munafiq untuk menghuru-harakan kedua-dua pasukan dengan mencetuskan api peperangan. Sebelum menjelangnya waktu Subuh, mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera Saidatina Aisyah dan Saidina Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka pihak satu lagi telah meng-khianati. Masing-masing menyerang balas untuk mempertahankan diri. Perang Jamal tercetus sesama mereka tanpa seorang pun mengetahui hal sebenar yang ter-jadi. Tindakan Munafiqin telah menimbulkan fitnah yang besar, yang tidak mampu dikawal di saat genting itu. Kerugian besar buat umat Islam apabila ramai para sahabat gugur syahid di tangan saudara Muslim mereka sendiri.Coretan sejarah sejuta ‘Ibrah dilakar Maha Pencipta buat umat terkemudian yang mahu berfikir. Di zaman ini, fitnah berleluasa di mana sahaja. Andai fitnah yang bertabur ini boleh dikutip, mungkin boleh dilancarkan gotong-royong mengutip fitnah, untuk dihum-ban jauh-jauh ke laut dalam. Namun, fitnah yang abstrak tidak boleh dilihat, hanya mampu dirasa. Tidak memakan sebarang belanja,

53

Page 54: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

54

Page 55: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

55

Page 56: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012
Page 57: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Bagaimana kedudukan ilmu Usuluddin dalam institusi pengajian tinggi? Dalam bidang pengajian Usuluddin di kebanyakan universiti membahagikan ilmu Usuluddin kepada empat bahagian utama iaitu:1.Ilmu Aqidah2.Ilmu Tafsir 3.Ilmu Hadis4.Ilmu sejarah dan falsafah

Secara kasarnya mahasiswa yang mengam-bil jurusan Usuluddin akan mempelajari keempat-empat bahagian ini secara am bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda. Ini adalah contoh bidang pengajian dalam bidang Usuluddin bagi Universiti Yarmouk,Jordan.

Ilmu Aqidah I. Madhkal ila aqidah yang menyentuh mengenai asas-asas aqidah secara kasar. II. Disusuli dengan subjek aqidah 1 dan 2 yang membincangkan lebih lanjut tentang beriman kepada Allah, malaikat,Rasul,kitab ,hari kiamat dan qadha’qadar. III. Tidak ketinggalan juga subjek muqaratul adyan(perbezaan agama) yang membincangkan tentang agama2 lain seperti Kristian, Buddha dan lain-lain.

Ilmu tafsir I. Ulum qur’an: Pengenalan ilmu Qur’an dan cabang-cabangnya secara umum II. Tafsir 1 : Mempelajari tafsir juz 29 dan 30 III. Tafsir 2 : Mempelajari tafsir surah surah Nur dan AhzabIV. Asalib bayan : Mempelajari tentang balaghah dan qawa’id Al-Qur’an V. I’jaz qur’an : Mempelajari keistimewaan dan keindahan Al-Qur’an secara ijmaliVI. Manhaj mufassirin : membincangkan metode-metode yang digunakan oleh pentafsir dan biografi pentafsiran

Ilmu Hadis I. Madkhal ila sunnah : Huraian tentang konsep serta istilah yang berkaitan hadis, kedudukan dan peranan al-Hadith dalam Is-lam serta sejarah ringkas mengenai penulisan, pembukuan al-Hadith dan Ulum al-Hadith, pembahagian al-Hadith dari beberapa aspek, faktor-faktor penolakannya.

II. Hadis 1 : Mempelajari hadis 40 Imam Nawawi dan kitab iman Imam muslimIII. Hadis 2 : Mempelajari hadis bukhari dan muslim VII. Manhaj Muhadisin : membincangkan metode-metode yang digunakan oleh muhadi-sin dan biografi muhadisin.IV. Takhrij hadis : Mempelajari untuk mengeluarkan hadis dari kitab asal dan cara menghukum sesuatu hadis (matan dan sanad )

Ilmu sejarah dan falsafah:I. Sirah Nabawi : Huraian tentang sirah Rasulullah bermula dari kebangkitan baginda sebagai Rasul sehingga kewafatan baginda serta kesan dan bentuk teladan yang boleh diaplikasikan oleh setiap individu muslim atau lebih dikenali sebagai fiqh al-sirah.II. Firaq Islami : Huraian tentang mazhab-mazhab ilmu aqidah islam,III. Toyarot fikriyah : Mempelajari ideologi-ideologi orientalis moden

Bidang Kerjaya bagi kursus Usuluddin?Merujuk kepada bidang yang ditawarkan sama ada di universiti tempatan atau universiti luar negara, mahasiswa yang menggenggam Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Usulud-din boleh menceburi beberapa kerjaya yang sesuai mengikut pembahagian bidang-bidang tertentu:

1. AqidahDalam aqidah mahasiswa Usuluddin mem-punyai peluang yang luas sama ada menjadi pakar dalam bidang aqidah itu sendiri meru-juk kepada Aqidah Ahli Sunnah Islamiyah dan juga Firaq(kumpulan) Islam. Selain itu, mahasiswa juga boleh menceburi bidang yang lebih luas sedikit iaitu perbandingan agama islam dengan agama yang lain. Jika mahasiswa berminat dalam bidang mengakses sejarah atau falsafah boleh juga menceburi bidang falsafah Islam atau aliran pemikiran Islam..

2. TafsirDalam bidang tafsir mahasiswa Usuluddin mempunyai peluang yang luas dalam mengua-sai berbagai bidang terutamanya dalam bidang Bahasa Arab kerana di dalam ilmu tafsir terdapat ilmu Balaghah, ilmu tentang Mu’jizat Al-Quran yang memerlukan pemahaman ter-hadap Bahasa Arab da Qawaid yang mantap. Selain itu, dalam bidang tafsir juga mahasiswa boleh mengkaji tentang sejarah ummat yang terdahulu dan kisah-kisah lain yang terdahulu selain dapat menceburi bidang tafsiran untuk mendapatkan sesuatu hukum bagi sesuatu syari’at dan sebagainya.

3. HadisDalam bidang hadis juga mahasiswa Usulud-din mempunyai peluang yang luas seperti bidang tafsir dengan dapat melatih pengua-saan Bahasa Arab yang baik. Dalam bidang ini mahasiswa dapat mendalami ilmu pengkajian sanad, kedudukan hadis,ciri-ciri perawi dan sebagainya. Selain itu, dalam bidang ini juga ada persamaa dalam ilmu tafsir iaitu dari segi kebolehan berhujah dengan hadis tentang hukum-hukum yang disyariatkan. Takhrij dan mentahqiqkan hadisKerjaya yang sesuai mengikut bidang-bidang yang telah dinyatakan?1. Pakar dalam sesuatu bidang2. Tenaga pengajar dari berbagai tingkatan mengikut kesesuaian pencapaian mahasiswa

Apakah itu usuluddin? Usuluddin berasal dari gabungan perkataan usul dan juga deen yang membawa maksud asal-usul atau kunci bagi deen iaitu Islam. Ilmu Usuluddin asalnya merujuk kepada ilmu aqidah yang merupakan kunci bagi agama Islam.

Page 58: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

3 Disember 2011. Masihkah terlintas di jiwa-jiwa nan suci ini akan tarikh duka tersebut. Pemergian yang direlakan. Sahabat seperjuangan yang bertarung dengan ujian kesakitan.

Tatkala bibir melafaz lembut kalimah ‘Innalillah’ jua ayat-ayat suci al-Fatihah sebagai hadiah tulus suci buat arwah, akal ini seakan berfikir sesuatu. Arwah juga merupakan seorang pelajar jurusan perubatan, sama seperti penulis yang kini berada pada tahun akhir pengajian. Sebak di dada mengenangkan tentang perjuangan beliau dalam menuntut ilmu yang hanya mampu terhenti setakat itu; ilmu perubatan yang sangat diperlukan khidmatnya dalam masyarakat di tanah air kita. Kini, sebutir permata telah terkorban, membawa maksud kita telah kekurangan

satu human resource yang sangat berharga di situ, maka bagaimana kita; pelajar-pelajar pe-rubatan yang lain? Ada apa sebenarnya pada ilmu perubatan atau lebih mudahnya ilmu sains

yang sudah bertahun-tahun kita pelajari selama ini ? Enjoy belajar atau sengsara ?

58

Page 59: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Persoalan-persoalan yang dilontarkan ini mungkin bermaksud membawa kepada koreksi diri sendiri; untuk motivasi bersama—tujuan, niat sebenar kita dalam arena ini; adakah memang daripada mula lagi kita sebenarnya hanya terikut-ikut trend semasa atau kita sendiri mempunyai stand dan sebab yang kukuh untuk meneruskan langkah dalam bidang yang memerlukan 1001 pengorbanan dan pertaruhan segunung air mata ini ? Tepuk dada, tanyalah iman ,tanyalah hati . Ehem, sebenarnya bukan ini yang ingin penulis ketengahkan walaupun sebenarnya dalam satu segi perkara ini harus sentiasa diperhatikan dari sehari ke sehari , cumanya niat di hati ingin membawa adik-adik dan rakan-rakan mahasiswa sekalian untuk sama-sama kita menerobos dan berfikir sejenak mengenai ilmu perubatan dan sains pada masa kini. Disebabkan bermasyarakat dalam satu ko-muniti yang mempunyai dua cabang ilmu yang besar (perubatan-pergigian dan ilmu agama), pernah suatu ketika dahulu penulis bermon-olog kepada diri sendiri , “ kenapa la kau ambil jurusan perubatan ni ye, ntah apa-apa la ilmunya. Nama-nama tokoh Barat je banyak, lihat pelajar-pelajar agama..senang je ilmu terus direct kepada ketuhanan.” getusan hati ini ditambah lagi dengan ngomelan seorang sahabat yang berasa ‘pelik’ kenapa dia perlu belajar mengenai penyakit bernama ‘multiple myeloma’ ,itu boleh tahan lagi, kalau yang ada nama-nama tokoh Barat dan yang bukan Islam seperti Hodgkin lymphoma, Hashimoto thyroiditis, Reed-Sterndberg cell, Mc Donald stich dan yang sebagainya atau istilah-istilah pelik yang lain.Tercipta daripada awal lagi untuk kita pelajari, adakah terasa hati ini jauh dari Tuhan ? sebab tiada unsur keISLAMan di situ jika hendak dibandingkan dengan ilmu-ilmu agama ? Menghela nafas panjang. Mungkin senario ini bukanlah dirasai dalam bidang peru-batan sahaja, mungkin jua dalam ilmu-ilmu selain ilmu agama yang lain; seperti ilmu kejuruteraan, architecture dan pelbagai lagi cabang ilmu yang rata-rata dikuasai oleh kuasa luar sekarang ini—orang-orang Barat, Yahudi, dan seangkatannya. Sedih dan kasihan bukan. Kini, kita ibarat ‘meminjam’ ilmu-ilmu ciptaan mereka, walhal kita sebenarnya yang pada suatu masa dahulu menerokai dan menerajui cabang-cabang ilmu sebegini. Terngiang-ngiang di benak penulis kepada bait-bait lagu nyanyian kumpulan nasyid Alarm-me …

Adakah kau lupa Kita pernah berjayaAdakah kau lupaKita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga duniaMerentas benua melayar samuderaKeimanan juga ketaqwaanRahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsaKita bina kekuatan jiwaTempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silamMembawa arus perubahanKeikhlasan hati dan nuraniKetulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kitaBudaya Islam di serata duniaMembina tamadun berjayaMerubah mengangkat maruah

“Keimanan juga ketaqwaan, rahsia mereka capai kejayaan” . Terfikir-fikir sebenarnya alangkah indahnya jika apa jua ilmu termas-uklah ilmu perubatan yang kita pelajari ketika ini benar-benar disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Cakap memang mudah tetapi hendak menghadirkan hati itu agak payah bukan. Mungkin kerana daripada awal lagi kita telah ‘membezakan’ antara ilmu ciptaan manusia dengan ilmu ciptaan Allah SWT. Sememangnya semua ilmu adalah ciptaan dan milik Allah SWT tetapi mengapa penulis mengatakan wujudnya ‘ilmu ciptaan manusia’ yang sebenarnya tidak patut wujud istilah tersebut ? Berbalik kepada beberapa istilah-istilah; nama-nama tokoh Barat dalam ilmu perubatan yang telah disebutkan oleh penulis sebentar tadi, ini antara contoh yang dapat kita lihat. Ditakuti ilmu-ilmu yang sebenarnya patut mengangkat Allah sebagai Pencipta kepada segala pencipta, sehalus-ha-lusnya dilupakan dek kerana sibuk menghafal dan men’zikir’kan nama-nama ‘pencipta ilmu’ tersebut. Adakah ini sekularisme dalam hal pendidikan ? Penulis pernah terbaca bahawa di Eropah, sains dan agama jauh terpisah di antara satu sama lain di dalam pandangan masyarakat umum tetapi para ahli sains Barat umumnya tidak memisahkan dua perkara tersebut. Mereka mengetahui hal ini melalui latar belakang kehidupan beragama masing-masing terutamanya di dalam bidang kerohanian. Sains mencari struktur kejadian dan agama memberi doktrin yang telah siap tentang kejadian. Penulis agak bersetuju dengan keny-ataan tersebut sehinggalah tiba-tiba berasa menyampah dan geram dengan kenyataan seorang saintis terkemuka dunia; Stephen Hawking yang dahulu pernah mengatakan bahawa alam ini bukanlah diciptakan oleh Tuhan; dengan adanya hukum graviti, alam semesta ini dapat menciptakan dirinya sendiri. Inilah kata-kata seorang ilmuan terulung yang merupakan seorang atheist (tidak percaya kewujudan Tuhan). Menggeleng kepala. Dunia dalam bahaya. Lagi-lagi jika kenyataan-kenyat-aan bodoh sebegini yang menyinari pemikiran penuntut-penuntut ilmu sains yang tiada atau kurang imannya. Sedarlah kita bahawa agama dan sains tidak dapat dipisahkan sejak dahulu, kini dan selamanya. Pernah suatu

ketika dahulu,tokoh ilmuwan Islam; Ibnu Sina dan Al-Biruni dengan kaedah masing-masing meletakkan agama dan sains pada satu kedudukan yang jelas di mana agama menyata-kan tentang kejadian dan sains membuktikan kebenaran agama. Teringat penulis kepada subjek Psychiatry (hal penyakit jiwa) yang pernah dipelajari ketika 5th year dahulu. Silibus ketika itu adalah berdasarkan sebuah buku hasil tulisan ahli-ahli akademik Barat. Tersenyum sendiri mengenangkan perbezaan ilmu sakit jiwa yang dipelopori oleh Barat ini dengan pengubatan penyakit jiwa yang disarankan oleh Islam. Hanya ubat-ubatan yang mendatangkan pel-bagai kesan sampingan dan kaedah relaxation, family & group therapy yang dicadangkan sebagai penyembuh kepada penyakit-penyakit jiwa ini. Kaedah-kaedah yang agak meyakin-kan tetapi tidaklah 100%. Alangkah cantiknya ilmu-ilmu sebegini jika ditambah padanya Al-Quran dan As-Sunnah yang mempunyai jawa-pan yang jauh lebih baik dan lebih berkesan—mungkin ini yang dapat membezakan kita sebagai muslim dengan komuniti masyarakat dunia yang lain. Sungguh berbangga dan ber-tuahnya kita sebagai orang Islam kerana kita mempunyai dua harta yang sangat bernilai ini. Ini dapat dilihat seperti contoh dalam surah Hujurat; surah ini sarat dengan perintah-per-intah Allah SWT yang membawa kita kepada teknik-teknik communication skill yang sangat hebat dan mendidik jiwa. Jika nak tahu silalah baca. Menghayatinya juga penting, bukan sahaja pada surah ini tetapi pada seluruh isi kandungan Al-Quran dan As-Sunnah yang sepatutnya dijadikan sumber utama mengatasi ilmu-ilmu yang lain. Sekali lagi menghela nafas panjang. Mana tidaknya, pernah dahulu nafas seakan-akan terhenti di kerongkongan tatkala mendengar kata-kata seorang tokoh di Malaysia. Ketika itu siaran temubual di corong radio IKIM.fm, di pagi hari sebelum kaki ini melangkah ke hospital. Beliau mengatakan bahawa bangsa kita ini sebenarnya telah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Barat dalam hal ilmu-ilmu perubatan, kejuruteraan dan lain-lain lagi. Jauh ! Tersentap jiwa dengan perkataan itu. Benar, memang jauh. Maka, kesimpulan-nya adakah kita hanya mampu berdiam diting-galkan lagi jauh ke belakang atau bersama-sama memecut laju ‘meminjam sebentar’ ilmu mereka dan memanipulasikannya untuk men-gangkat kembali Islam di mata dunia ? Agak payah tetapi tidak mustahil bukan, kerana kita sentiasa ada Dia. Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.. dikaulah pemuda pemudi; mahasiswa mahasiswi harapan bangsa dan agama :)

“Keimanan juga ketaqwaan, rahsia mereka capai kejayaan” .

59

Page 60: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

60

Page 61: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

61

Page 62: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

62

Page 63: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

63

Di Susun Oleh :- Mohd Arif Akmal Bin Mohd Azli Tahun 2 Perubatan Jordan University of Science and Technology

Page 64: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

a typical Android device.Here, the trade-off is that iOS 5 devices have a lesser degree of customization (OK, they have almost nocustomization). iOS 5 is the ultimate locked-down system. The only way to get un-der its skin, so to speak, is to jailbreak it. Once jailbroken, custom software can be added, but at significant risk.

Communications:Android 4.0: Android of course integrates natively with all of Google’s services. That means it speaks fluent Gmail, Google Contacts, Calendar, Documents, Maps, Search, Google+, Google Voice, and the like. If you’re invested in Google’s services as a consumer--or Google Apps as a business--Android destroys iOS with respect to Google integration (as it should). Android also supports Exchange and POP3/IMAP4 email, and can import the contacts, calendar, and email info from those systems. Android’s Gmail/email app far outclasses the iOS email application when it comes to supporting secondary features, such as folders, labels, archiving, and so on.iOS 5: iOS 5 supports Exchange, Gmail, and most POP3/IMAP4 email systems. It, too, will integrate contacts, email, and calendar info via Exchange. If you’re a Google services user, however, the integration requires work-arounds. For example, though I use Gmail, I have it set up as an Exchange account on my iOS devices in order to sync email, calendar, and contacts

Social Tools:Android 4.0: Android leapfrogged iOS early on with respect to social skills. By using its own APIs and taking advantage of the APIs offered by Facebook and Twitter, it has built social networking into the platform itself. Fa-cebook integration, in particular, is extremely strong with Android. By sprinkling features and functions of Facebook throughout the operating system, Android makes it a breeze to connect to and share with social networks. For example, the way Android integrates Facebook contacts into the native contacts application is brilliant.

Considered as a whole, today’s smartphones--whichever platform they run--are amazing devices. They’ve long outgrown the simple ability to place calls and send text messages. Professionals and consumers alike use smart-phones to manage their daily lives; to keep in touch with colleagues, family, and friends; to explore the world around them; and to serve as entertainment devices.While you’ll find a half-dozen smartphone platforms operating in the market, there are two clear frontrunners: Google’s Android and Apple’s iOS. These two platforms have seen explosive growth at the expense of the old guard smartphone platforms: BlackBerry OS, Symbian, and Windows Mobile. Not only have Android and iOS taken the lead, but also, they continue to set the pace with significant updates and improvements each year.

Ease of Use:Android 4.0: Google took major steps towards unifying the look and feel of Android 4.0 Ice Cream Sandwich. By introducing a new system font, adding the ability to create folders on the home screen, and giving the platform a new look, Android is as attractive as ever. But it still suffers from complexity. Android devices (we’re talking stock, not skinned) have deep settings menus that aren’t always intuitive to figure out.The trade-off, however, is a much greater degree of customization. Android devices have a sky’s-the-limit appeal for tinkerers who have the time and skill to adjust their devices. Custom ROMs (think Cyanogen Mod) abound and can be used to take any Android device to the next level (though security often takes a hit). Android’s appeal is far and wide in this respect and outclasses iOS 5.iOS 5: iOS 5 grows more complicated with each revision, but is still the easier of the two when it comes to basic usability. Apple has not changed the general look and feel of iOS since it was first launched. This has pros and cons. The home screens are easy to navigate and adjust, but the settings menu grows deeper and deeper each year. Still, it is easier to make adjustments to the iOS system settings than on

Android VS iOS

64

Page 65: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Android 4.0 by a mile. Apple made iOS to be a great media platform from the start. It has always had one of the most enjoyable music players available on any phone. It syncs with Apple’s iTunes software, which makes it a breeze to transfer content back and forth. Whether or not you like iTunes, it is by far the best tool for managing media on a smart device. Considering how often smartphones are used for entertainment these days, this is a definite advantage. Apple makes it stunningly easy to share with other Apple and iOS devices with its AirPlay system. Streaming content via Wi-Fi to an AppleTV or an iPad is a cinch, though obviously limited to Apple-only products.On the minus side, Apple’s camera software is pathetic. It includes the bare minimum of features when it comes to controlling how it operates.

ConclusionBoth Android 4.0 Ice Cream Sandwich and iOS 5 include compelling new features that are sure to help sell Android smartphones and iPhones in the coming months. Is one operat-ing system a clear winner? Well, they each have their distinct advantages, that is to be sure.

Source:http://spyrestudios.com/android-vs-ios-a-usability-battle/http://www.zdnet.com/blog/hardware/android-vs-ios-its-a-two-horse-race-and-the-lead-horse-is-in-trouble/17794http://www.cnet.com/8301-17918_1-20123375-85/android-ice-cream-sandwich-versus-ios-5-killer-features/

iOS 5: iOS 5 continue to lack deep social skills. Apple did add some respectable and appreciated support for Twitter into iOS 5, but even that falls short. In iOS 5, it is possible to share pictures, web sites, and other content to Twitter without first launching the Twitter ap-plication, but that’s about as far as it goes. For iOS 5 device users, third-party applications are necessary to complete the social networking picture. Facebook and Twitter for iOS are great applications, to be sure, but they offer a siloed approach to social networking and not one that’s integrated into the platform to the same degree it is in Android.

Media:Android 4.0 - Stock Android devices include a music player, a video player, a YouTube ap-plication, and integration with Google’s Picasa photo-sharing service. There is no desktop client available from Google for easily syncing media between Android devices and a PC. You have to rely on third parties for that. Most often, you have to drag-and-drop files via USB storage mode (which, let’s face it, is a major hassle). Google has recently made a beta music streaming service available, which I happen to like a lot, but it require a lot of time to set up from a PC first. Without help from third-party apps, Android lags in the media department.On the plus side, however, Android has much more powerful camera software, gallery software, and photo editing software built into the operating system. The degree to which Android users can adjust and change their cameras, video cameras, and photo-sharing powers is outstanding.Android also offers a wide array of media shar-ing capabilities. This includes direct video out via HDMI, AllShare, DLNA, and a handful of other protocols.iOS 5: - This is one area where iOS 5 outshines

65

Dipetik dari : http://www.hackcollege.com/blog/2011/11/23/infographic-get-more-out-of-google.html

Page 66: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

M E N C A R I K E B E R KA T A N

M A S A

Teks : Professor Madya Dr. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN(Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA )

Menjelang tahun baru, ramai yang menyambutnya. Samada hari pertama Januari ataupun Muharram, Islam tidak pernah menetapkan sambutan khusus buat tahun baru.

Tiada ibadat khas sempena tahun baru seperti solat tahun baru, atau puasa tahun baru. Ya, tidak menjadi masalah jika manusia ingin menyiapkan diri mereka menghadapi tahun baru. Mungkin mereka ingin menetapkkan sasaran, perancangan dan idaman.

Jika perancangan itu untuk kebaikan, seseorang akan memperolehi pahala. Begitulah sebaliknya. Jika tahun baru tidak datang pun, waktu dan hari tetap terus berputar dan tiada bezanya antara tahun lepas dan tahun ini. Ia terus berjalan seperti biasa sehingga sampai detik ia berhenti.

Umur setiap kita akan terus bertambah, samada menjelang tahun baru ataupun tidak. Jika tidak bertambah tahun, ia bertambah bulan. Jika tidak bertambah bulan, ia bertambah hari. Jika tidak bertambah hari, ia bertambah jam dan minit dan akan terus meningkat ke hari, bulan dan tahun.

66

Page 67: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

M E N C A R I K E B E R KA T A N

M A S A

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa. Ya, hari dan waktu akan terus datang dan pergi. Jika jam, matahari dan bulan berhenti, masa tetap berjalan. Tiada makhluk yang dapat menghalang kedatangan waktu dan hari. Demikian tiada siapa pun yang dapat menahan ia pergi. Samada manusia menunggu untuk menyambut kedatangannya atau tidak mempedulikannya, ia tetap menjelang. Demikian juga, waktu dan hari akan terus pergi sekalipun kita menyayanginya dan mengharapkan ia terus tunggu. Entah berapa banyak diari yang dicatatkan, entah berapa banyak sanjungan yang diberikan, entah berapa banyak kejian yang dilontarkan, dengan berlalunya waktu, ia menjadi sejarah dan kenangan. Maka, entah berapa ramai manusia yang dipuji semalamnya, dilupai pada hari ini. En-tah berapa ramai yang diperlekehkan semalam, disanjung pula pada hari ini. Berapa ramai mereka yang bongkak dan sombong semalam, hari ini berbicara bagaikan pengemis yang merintih simpati. Demikian juga, entah berapa ramai yang diketepikan semalam, mungkin berkuasa atau diangkat pada hari ini. Wajah-wajah yang dahulunya comel dan cantik boleh berubah menjadi kusam dan masam. Tempat yang hening dan indah juga boleh bertukar menjadi sungul dan usang. Pemuda yang gagah akan bertukar menjadi orang tua yang mengah. Gadis yang cantek akan bertukar menjadi nenek. Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban ciptaan Tuhan. Ramai orang lupa bahawa masa itu adalah makhluk Allah. Kita diciptakan dan diletakkan dalam perjalanan makhluk masa ini. Masa itu tiada siapa yang dapat menongkah pusingan-nya. Ia merubah segala-gala. Dari yang tiada kepada ada. Dari yang ada kepada tiada. Tiada siapa yang mampu menghalangnya melainkan Tuhan yang menciptakannya. Masa mengubah kita. Mengubah anggapan manusia sesama mereka. Ia mengubah perasaan dan rasa. Ia mengubah benci dan cinta. Ia mengubah gembira dan duka. Namun waktu tidak boleh mengubah hakikat sesuatu di sisi Allah. Di sisi Allah, insan yang mulia tetap mulia walaupun ma-nusia menghinanya. Insan yang keji tetap keji, walaupun manusia memberikannya kuasa dan harta. Seorang raja atau sultan yang meraikan harijadi setiap kali menjelang musimnya dengan menganugerahkan darjat dan pangkat kepada orang lain, belum tentu dia sendiri mendapat darjat dan pangkat yang tinggi di sisi Allah. Mungkin belanja hari jadinya itu akan menjadi beban kepadanya pada hari akhirat kelak; dari mana wang itu datang dan bagaimana ia digunakan?! Seorang miskin di ceruk yang terpencil, mungkin tiada siapa yang mengambil tahu hari lahirnya dan tiada pula anugerah atau hadiah yang diperolehi.

Namun, itu bukan tanda kehinaan buatnya. Bahkan jika dia hamba Allah yang baik, umurnya dan waktunya dilimpahi pahala dan keberkatan. Ya, waktu dan masa akan terus menjelang, mengejar sang raja, juga mengejar si miskin yang tiada apa-apa. Mengejar kita semua untuk sampai ke perhentian masing-masing. Pabila sampai ke detik penghabisan, kita bertemu Tuhan. Ketika itu yang dinilai adalah hakikat yang sebenar, antara insan yang beruntung dan insan yang rugi. Untuk itu Allah bersumpah dengan masa dan mengingatkan kita, siapa yang untung dan siapa yang rugi. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya) “Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3). Demikian Tuhan Pencipta masa memutus-kan bahawa insan yang hidup dalam sistem masa ini akan kerugian. Apa yang dapat menyelamatkan mereka adalah apabila mereka penuhi ciri-ciri yang disebutkan; iman, amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Ertinya, hidup bukan sekadar beriman dan beramal, tetapi hendaklah memperjuangkan tuntutan iman dan amal dengan melakukan peringatan, dakwah, seruan kepada kebenaran dan kesabaran. Kebenaran yang diajar oleh Allah dan rasulNya dan sabar dalam mem-bahterai perjuangan kebenaran itu. Jika sebahagian pengkaji cuba memahami dan membuktikan apa yang disebut oleh Al-bert Einstein dan Newton tentang teori relatif masa (relativity of time), Islam pula telah lama memperkatakan tentang keberkatan umur dan waktu. Mereka yang meterialis barangkali tidak dapat berfikir bagaimana mungkin masa seseorang insan dengan seorang yang lain berbeza. Bagaimana mungkin sejam si A lebih panjang daripada sejam si B?. Mereka ke-hairanan dan pemikiran materialistik memang tidak dapat menerima hal ini. Dalam Islam ada istilah berkat atau barakah. Al-Quran berulang-ulang menyebut tentang keberkatan. Antaranya firman : (maksudnya) “Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan-keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A’raf, 96). Allah perintahkan Nabi Nuh: (maksudnya)“Dan berdoalah: Wahai Tuhanku, Turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat”. (Surah al-Mukminun 29). Kata Nabi Isa: (maksudnya)“Allah menjadikan aku ini diberkati di mana

sahaja aku berada..” (Surah Maryam, 31).

Apakah itu berkat atau barakah dalam bahasa Arab? Asal perkataan barakah ialah bertambah atau berkembang. Juga boleh bermaksud berkekalan. Al-Asfahani (meninggal 425H) menyatakan ia bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam). Maka barakah adalah penambahan atau kelangsung kebaikan atau kurniaan Allah kepada sesuatu. Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza den-gan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah berkati umur mereka. Hasil yang dikeluarkan dan jasa ditaburkan kadang-kala tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika berikan masa yang berganda. Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa banyak perkara kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan. Berapa banyak rancangan buruk orang ke-pada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil. Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup. Berbagai rupa dugaan dan kerenah manusia yang lain. Saya yang dhaif ini sejak sekian lamanya amat tersentuh dengan doa Nabi s.a.w “Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan di-riku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Ri-wayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani). Telah saya kongsi ia dengan pembaca dulu. Doa ini sering menjadi teman di sepanjang waktu. Di setiap kesempatan yang mulia, saya lafazkannya. Saya kira saudara pembaca juga demikian. Menjelang tahu baru, moga Allah memberkati umur kita dan membantu segala urusan kita. Kita tidak boleh menongkah masa. Kita tidak boleh menghalang putaran masa. Kita tidak boleh menghentikan masa. Kita tidak boleh keluar dari sistem masa. Kita tidak boleh mengembalikan masa. Namun kita boleh memohon kepada Allah agar masa kita diberkati.

*Artikel ini dipetik daripada website beliau http://drmaza.com Home » Dakwah » Mencari Keberkatan Masa

Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam keru-gian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan ke-benaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al-‘Asr 1-3).

67

Page 68: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

engalaman belajar di luar negara pastilah sesuatu yang berharga bagi mereka yang per-nah merasainya. Masam manis, jatuh bangun di negeri orang pastinya akan menjadi bedtime story yang menarik untuk diceritakan kepada generasi kemudian pada masa hadapan. Apabila diminta oleh pihak editor Majalah Eastpirasi untuk berkongsi secebis pengalaman belajar di luar negara, saya tidak perlu berfikir lama untuk bersetuju dengan harapan lebih ramai orang yang akan mendapat manfaat dar-ipadanya. Walaupun Jordan terkenal dengan blogger-blogger dan novelisnya, barangkali saya tidak mendapat tempiasnya. Cumanya bak kata orang Jordan, manakan sedap hummus dimakan berseorangan. Apalah guna pengala-man kalau tidak dapat dikongsi orang. Setelah hampir 4 bulan pulang ke tanah air, mungkin antara perkara yang paling dirindui adalah suasana masjid di Jordan yang pada saya sungguh istimewa sekali. Masjid Sheikh Nuh Al- Qudah atau lebih dikenali dengan masjid Jamiah yang merupakan antara masjid tumpuan para pelajar Melayu yang menetap di Irbid. Masjid rasmi Universiti Yarmouk itu seringkali menggamit perasaan apabila terkenangkan suasananya yang sentiasa mak-mur dengan jemaah yang saban hari datang bersolat di situ.

Masjid tempat berta’aruf dengan pelbagai lapisan masyarakatHari-hari awal saya di Jordan diisi dengan sesi berta’aruf bersama pakcik-pakcik warga emas yang sentiasa kelihatan menunaikan solat berjemaah di masjid. Selain daripada peluang untuk berbual di dalam Bahasa Arab, bagi saya agak menarik juga jika kita dapat membuat kenalan bersama dengan orang tempatan. Akhirnya saya dapati bahawa kita mampu berkenalan dengan manusia dari pelbagai gaya kehidupan di situ. Barangkali berbeza dari tempat lain,di sini bukan hanya ‘golongan ustaz‘ sahaja yang anda akan jumpa di masjid. Jika anda melihat seorang lelaki muda yang memimpin ayahnya bersolat di masjid, jangan terkejut yang beliau adalah seorang pakar saraf di salah sebuah hospital utama di Jordan. Anda melihat seorang yang lain bersandar di dinding masjid, beliau boleh jadi seorang tukang masak di restoran Abu Mahmud. Begitulah juga tukang sapu, pembancuh air di kedai kopi dan sebagainya. Pendek kata, macam-macam ada. Biarlah apa pun kerjayanya, tapi masjid tetap menjadi tumpuannya.

Persekitaran itu ruang untuk bermuhasabah Peluang untuk duduk di dalam suasana yang begini, bersama dengan orang-orang begini kadangkala membuatkan kita berfikir, kenapa Allah datangkan orang-orang sebegini di sekitar kita? Adakah Allah s.w.t. ingin mem-beri teguran secara halus kepada kita untuk lebih menjaga solat kita? Antara warga masjid tersebut, ada seorang

pakcik yang pada saya sangat mengesankan hati. Beliau tinggal sekitar 30 minit berjalan kaki daripada masjid berbanding saya yang hanya berjarak 3 minit. Tapi belum pernah saya lihat beliau tiba di masjid untuk solat subuh lebih lewat (kalau pergilah) walaupun saya tiba di masjid seawal azan berkumandang. Terkadang, kita merasa sangat malu apabila ingin memberi alasan cuaca yang sejuk untuk tidak hadir ke masjid. Kita hidup dengan cuaca yang sama, ketebalan selimut yang sama. Cuma bezanya umur kita lebih muda, kesi-hatan yang insyaallah lebih baik, tetapi masih gagal untuk komited seperti mereka ! Dewasa ini, kita semua patut menumpang bangga dengan perkembangan positif para pelajar di Jordan yang semakin lama semakin cakna dengan isu semasa. Berbincang secara ilmiah dari pelbagai sudut tentang perkara itu dan ini. Para ahli sentiasa diberi peluang untuk menambah ilmu dengan program ilmiah yang subur sepanjang tahun dan sebagainya. Saya teringat seorang ustaz di dalam radio IKIM yang menceritakan tentang kisah Khalifah Umar Al-Khattab apabila ingin menulis surat, beliau akan memulakan pangkal surat dengan “Aku melebihkan urusan solat daripada urusan-urusan yang lain. Kerana orang yang menjaga solatnya, pasti akan dapat menjaga urusan lain”.Lebih kurang begitulah mafhumnya. Justeru kadang kala ini membuatkan kita berfikir, adakah kita merasa bangga jika kita mampu menghuraikan sesebuah isu dengan mendalam, berbicara bagaikan ahli falsafah dengan jargon-jargonnya, mendapat markah yang tinggi di dalam peperiksaan, tapi masih gagal menjaga solat dengan sebaiknya? Bukanlah tulisan ini ingin menafikan kepentingan perkara itu semua. Cuma dalam keghairahan kita mengejar itu semua, menjaga solat berjemaah di masjid sentiasa tidak boleh disesarkan kepentingannya oleh benda yang lain, kerana solat itu adalah perkara mula-mula yang akan dihisab.

Menghargai apa yang ada di depan mata Berada di dalam suasana yang baik, pada peringkat umur yang baik, tanpa komitmen keluarga atau kerja seharusnya dimanfaatkan dengan sebaiknya sebelum semuanya berlalu dari kita. Pengalaman kita semua yang ke-hilangan seorang sahabat pada usia yang muda baru-baru ini (arwah Illham Ellani), patut kita manfaatkan dengan cara menghargai usia yang ada dengan tidak menunggu masa tua. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah di bawah bayangan-Nya (di akhirat nanti), pada hari itu tidak ada sebarang tedu-han selain bayangan arasy-Nya. Mereka itu ialah (1) pemimpin yang adil; (2) pemuda yang terdidik (dibesarkan) dalam ibadat kebaktian kepada Allah; (3) Orang yang hatinya sentiasa

berpaut rapat dengan masjid; (4) dua orang yang berkasih sayang kerana (agama) Allah, bertemu dan berpisah untuk keredaan-Nya; (5) lelaki yang dipujuk wanita cantik lagi hartawan (bagi memenuhi nafsunya) tetapi dia menolak dan berkata aku takutkan Allah; (6) orang yang berderma secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak sedar apa yang didermakan oleh tangan kanannya; (7) dan mereka yang sentiasa menyebut (mengingati) Allah dimasa keseorangan (kesunyian), maka berlinanganlah air matanya.” ”(Riwayat Syaikhan) Sejak dari dulu sehingga sekarang, kita sering mendengar kalam pimpinan persatuan mahupun ahli biasa tentang harapan untuk melihat ciri-ciri mahasiswa yang begitu dan begini secara idealnya. Samada dari segi aka-demiknya, ciri-ciri kepimpinannya, keilmuan-nya, soft skill nya dan sebagainya. Saya sentiasa menghormati dan me-mandang tinggi pada pandangan-pandangan murni yang sebegini. Walaubagaimanapun, seringkali juga saya menjadi ‘hilang’ bila mendengar ucapan-ucapan dan harapan yang sebegini. Barangkali capaian akal belum mampu untuk melihat sejauh itu. Meskipun begitu, hati kecil ini merasa bimbang kalau-kalau dalam keghairahan kita semua mengejar itu semua kita terlupa untuk melihat akarnya sekali. Saya sering kali gagal melihat di manakah kejayaannya apabila gaya hidup kita berubah maju dari Nokia 3310 kepada Iphone, dari markah yang cukup-cukup makan kepada deretan senarai penerima anugerah dekan (dean’s list), dari program yang santai-santai kepada program bertaraf mahasiswa universiti, tetapi masih gagal untuk istiqamah menjaga solat kita dengan sebaiknya. Impian mendapat skrol pada hari graduasi itu belum tentu tiba lagi, tetapi hari di mana malaikat datang bertanya tentang solat kita sudah pasti akan tiba masanya. Sebenarnya di manapun kita berada, kewajipan solat itu sentiasa ada. Cumanya barangkali suasana masjid yang makmur dan meriah di sana (Jordan) perlu dimanfaatkan oleh kita semua supaya mudah-mudahan tabiat itu dapat dibentuk. Mungkin akan tiba satu hari bila kita dihantar bekerja di tempat yang masjid itu bukan berada di mana-mana seperti di sana. Maka jika tiada hati yang su-dah ‘biasa’ di masjid itu, kita khuatir yang hati akan mencari tempat-tempat yang lain. Kita mungkin seorang mahasiswa yang biasa-biasa di dalam bilik kuliah, persatuan dan dikalangan rakan-rakan. Tetapi jangan biarkan kita menjadi seorang muslim yang ‘biasa-biasa’ sahaja di hadapan Tuhan!

*MPPMJ : Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan*hummus : Sejenis makanan masyarakat Arab yang diperbuat daripada kacang kuda*restoran Abu Mahmud: Sebuah restoran di Irbid , Jordan

‘Imran Zainal AbidinGraduan Pergigian, Jordan University of Science and Technology

68

Saya teringat seorang ustaz di dalam radio IKIM yang menceritakan tentang kisah Khalifah Umar Al-Khattab apabila ingin menulis surat, beliau akan memulakan pangkal surat dengan “Aku melebihkan urusan solat daripada urusan-urusan yang lain. Kerana orang

yang menjaga solatnya, pasti akan dapat menjaga urusan lain”.Lebih kurang begitulah mafhumnya.

P

Page 69: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Jordan. Bumi Anbia’. Ardhul kinanah. Bumi Ribat dan perjuangan. Biasanya apa yang kita dapat pada akhirnya adalah apa yang kita cari. Nak cari ilmu dan islah diri, pelu-angnya terbuka luas. Nak mencari hiburan dan kelalaian, tidak ada siapa menghalang. Sebab itu bagi penulis, hidup di Jordan benar-benar mengajar erti kehidupan. Erti pilihan, dan tanggungjawab atas pilihan yang dibuat. Setiap kali penulis mengimbau semula lembaran kenangan sepanjang 7 tahun di sana, tidak dapat tidak akan tersisip secarik rasa kekesalan. Kesal kerana banyak perkara yang sepatutnya sudah dilakukan, tidak dapat dicapai. Sudah beberapa kali saya tegaskan sebelum ini - masa belajar di Jordan adalah masa yang kondusif untuk mengislah diri. Kini, apa yang pernah penulis katakan itu semakin dapat penulis hayati, apatah lagi setelah melangkah ke alam kerjaya latihan siswazah – houseman-ship. Masa begitu suntuk. Tambahan pula bagi yang sudah berkeluarga. Masa yang ada lebih banyak digunakan untuk melunaskan tang-gungjawab semasa, amat kurang masa untuk self-improvement, baik dari sudut bacaan, mendengar kuliah mahupun praktikalnya. Amat kurang. Pada waktu beginilah teringat kembali masa-masa lapang di Jordan dulu. Begitu banyak masa terluang, tapi kebiasaan mahasiswa di Jordan –berdasarkan pemerha-tian dan pengalaman , masih tidak mampu mengurus masa lapang dengan baik. Mungkin kerana mereka masih tidak nampak dengan jelas akan masa hadapan yang serius yang sedang menanti. Penulis bukanlah melarang dari berhibur. Bahkan semasa kerja pun diperuntukkan masa untuk berehat dan melapangkan minda. Ambillah masa untuk berehat dan menenang-kan fikiran. Apa yang penting, efisien dan seimbang.

Bagi saya, sibuk sebagai pelajar jika dibandingkan dengan kesibukan seseorang yang berkerjaya (terutamanya sebagai seorang yang bergelar houseman), bezanya terlalu jauh. Ditambah pula dengan tanggungjawab yang dipikul di bahu. Sekarang baru terasa betapa sukarnya istiqamah solat berjemaah, qiamullail, Al-Quran, hatta solat fardhu pun perlu cari masa di celah-celah kesibukan kerja, silap gaya, kalau lalai, boleh terlepas. Wal’iyazubillah. Di sinilah gunanya latihan rutin dan kekuatan mental dan fizikal yang di-garap sewaktu alam mahasiswa satu masa dulu untuk terus istiqamah dengan amalan. Justeru bagi mahasiswa, yang masih punya banyak masa terluang, apakah lagi alasan untuk tidak meningkatkan kualiti diri? Kalau anda memilih untuk memulakannya selepas tamat belajar, pada hemat penulis, ia hanya akan menjadi hikayat penangguhan berantai yang tidak berkesudahan. Bila bicara masalah sikap mahasiswa Jordan, lebih merisaukan penulis. Dengan pengalaman sebagai houseman yang tidak seberapa ini, penulis dapat merasakan yang ketahanan kita benar-benar teruji, terutaman-ya ketahanan mental. Cukup hebat! Tatkala menghadapi cabaran-cabaran getir, penulis menjadi teringat kepada adik-adik di Jordan yang bermasalah sikap ini – yang ponteng ke-las, yang malas belajar, yang tidak bermotivasi dan lemah daya tahan emosi dan lain-lain. Saya menjadi terfikir, “ bagaimana agaknya adik-adik ini akan dapat menempuhi alam kerjaya nanti?!” Jika sikap ini tidak diubah segera, tidakkah sikap-sikap negatif ini akan diterjemahkan kepada ponteng kerja, malas bekerja, tidak bermotivasi dan cepat putus asa dengan tekanan kerja? Justeru mahasiswa sekalian, kekuatan perlu dibina. Sekarang. Bukan esok, bukan lusa, bukan tahun depan. Mungkin dengan memikirkan sedikit tentang masa hadapan,

dan dengan penuh pengharapan dan tawakal pada Allah swt, kita akan jadi lebih berseman-gat dan tekun untuk mengubah diri menjadi lebih baik, sekaligus mempersiap diri untuk melangkah ke alam kerjaya yang tempohnya lebih panjang, juga lebih mencabar. Mulalah belajar menjadi manusia produktif. Urus masa lapang dengan bijak. Belajarlah istiqamah dengan amalan supaya terbiasa dengan amalan-amalan ini di kala sibuk nanti. Belajar jadi insan yang kuat jati diri dan kental emosi, agar nanti tahan ditekan dan diuji, “no pressure, no diamonds!” Begitu juga aktiviti bersosial dan berper-satuan. Libatkanlah diri dengan organisasi komuniti pelajar. Ia adalah pengalaman yang sangat berharga. Terlalu banyak mengajar asas pengurusan kerja dan masa, yang amat penting di saat-saat kritikal pada masa depan. Saya ucapkan selamat maju jaya dan saya doakan yang terbaik untuk anda semua. Tetap-kan misi dan visi, fokus pada apa yang ada di depan mata, masa depan pasti akan meny-ambut anda dengan senyuman. Kita jumpa di tanah air tercinta nanti, insyaallah.Assalamualaikum wbt.

JORDANARDHUL KINANA

Muhammad Aizat AmiruddinGraduan Perubatan, Jordan University of Science and Technology

Muhammad Aizat Amiruddin Merupakan pelajar lepasan Jordan University of Science and Technology sekarang bertugas sebagai Pegawai Latihan Perubatan Siswazah UD41 | Hospital Ampang.

69

Page 70: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

(Sumber: Facebook Dr. Muhammad Saeed Hawwa) Menulis tentangnya bukan bermakna memuja-muja dan bukan juga merendah-ren-dahkan guru yang lain. Tetapi biarlah catatan tentangnya itu menjadikan kita penuntut yang lebih matang dalam menilai ilmu. Kita belajar bukan untuk menerima tetapi kita belajar un-tuk berfikir. Begitulah juga dalam memahami nas Al-Quran dan Sunnah. Perlu dibezakan kandungan wahyu antara yang tetap dan yang berubah-ubah mengikut perubahan masa dan persekitaran, antara prinsip dan model dan antara aqidah,ibadah serta muamalah.

SEKILAS TENTANG DR. MUHAMMAD SAEED HAWWA Dilahirkan pada 17 Mei 1965 di Kota Hama, Syria. Ayahnya, Sheikh Saeed Hawwa, tokoh gerakan Islam yang akhirnya dibuang negeri ke Jordan. Mentor kepada Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dato’ Ustaz Harun Taib ketika beliau berdua menuntut di Universiti Islam Madinah. Adiknya Sheikh Ahmad seorang pakar rujuk fiqh dan Sheikh Muaz seorang pembimbing tasawwuf di Kota Sweileh, Amman.

Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Usulud-din di Universiti Urduniyyah dengan purata markah 90.6%. Kemudian beliau mendapat Ijazah Sarjana juga di universiti yang sama

kecewa juga. Kelas kali pertama, beliau menerangkan silibus yang akan diajarkannya dan apa yang patut dibaca untuk peperiksaan. Untuk peperiksaan yang pertama, kami perlu membaca sebuah buku kumpulan hasil tesis pakar-pakar hadis di Jordan antaranya Dr. Sul-tan Akayleh dan Dr. Abdul Kareem Wuraikat. Apa yang menarik, kami perlu membacanya dengan sendiri dan tidak pernah disentuh olehnya setakat ini. Buku itu semata-mata untuk peperiksaan. Mencabar! Bukan mudah untuk membuat keputusan mengambil subjek dengannya. Namun bagi saya, ambillah manfaat darinya selagi mana Allah masih tempatkan beliau di sini. Jangan penderitaan yang dialami pelajar Malaysia berulang lagi setelah kehilangan Dr. Swuiesy yang kini menjadi pensyarah jemputan di Arab Saudi. Seorang yang cukup dekat dengan pelajar Malaysia kerana pandangannya yang cukup kontemporari dan wasatiyyah.

SEORANG YANG KASYAF? Hanya Allah yang tahu. Dia yang berkuasa membuka hijab dari seseorang yang dike-hendakiNya. Jika dahulu, pendekatannya agak tegas. Pernah sebelum ini, beliau mengarahkan seorang pelajar kuliah syariah yang tidak solat subuh keluar dari kelas. Itu cerita orang lama-lama, boleh jadi benar dan boleh jadi tidak benar.

CERITA TENTANG GURUKU DR. MUHAMMAD SAEED HAWWA

Muhammad Hanif bin AliTahun 2 Fiqh wa Usuluh, Universiti Mu’tah Jordan

dengan purata markah 92.7%. Seterusnya mendapat Ijazah Kedoktoran dari Universiti Ulum, Baghdad dalam kajiannya tentang ‘ Metod Imam Bukhari dalam Al-Jarh wa Ta’dil ‘ (Ilmu yang membincangkan perihal periwayat hadis).

BUKAN MUDAH, TAPI IA BUKAN HALANGAN, BAHKAN IA SATU CABARAN Sudah dua semester saya diberikan peluang untuk menimba ilmu dari insan yang berba-pakan ulama’ sufi haraki ini. Pertama, subjek Tilawah Al-Quran dan kini, Takhrij Hadis (Ilmu yang membahaskan tentang pembuk-tian hadis dari sumbernya yang asal berserta sanad seterusnya membolehkan kita menilai martabat sesebuah hadis.) Sungguh pun bukan sesuatu yang mudah, tetapi ia tidak sepatutnya menjadi halangan buat mereka yang dahaga-kan ilmu. Kebiasaannya, markah 60% adalah cukup tinggi bagi kami baik ajnabi ataupun Arabi. Pernah saya dikhabarkan oleh seorang sahabat, seorang pelajar Arab mendapat keputusan 80%. Itupun setelah dua kali ulang subjek yang sama dengannya! Jika dengan pensyarah yang lain, kami sempat juga menyalin apa yang diperkatakan. Tetapi tidak dengannya. Malah, apa yang diucapkan-nya tidak akan diulang lagi. Cukup menguji fokus dan kesabaran kami. Kadang-kadang

70

Page 71: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Ini cerita hari ini. Ya, saya seakan-akan terpaksa mengakui bahawa beliau antara insan yang dipilih oleh Allah. “Anta ulang semua ke untuk Imtihan Tilawah Al-Quran?”Tanya sahabat saya Fathi, antara murid kesayangan Dr.Muhammad kerana sering senyum keseorangan di dalam kelas. “Erm, ulang semua tapi surah Al-Jin dan surah Al-Mursalat ana tak ulang langsung. Tak lah susah sangat, tapi bila semua orang kata susah, ia jadi susah,”jawab saya yang agak keresahan. Tiba giliran saya.. “Ya Sheikh Hanif, kamu hafal Al-Quran keseluruhannya?” terkedu dan tersenyum. Terkedu kerana dalam diam beliau ingat nama saya. Rasa seakan dihargai. Tersenyum kerana tidak tahu apa yang patut dijawab. Jika jawab Ya, terasa aib kalau tidak dapat menjawab soalan hafazan dengan baik. Jika jawab tidak, menipulah jadinya. Tekaannya tepat. Kesemua yang ditanya dengan soalan yang sama adalah dari mereka yang sudah menamatkan hafazan Al-Quran. Saya hanya mengangguk tanda mengiyakan. “Subhanallah . Sekarang kamu baca bermula dari awal surah Al-Jin,” beliau terlebih dulu tersenyum , saya pun tersenyum dan seluruh rakan sekelas tersenyum bila saya diminta membacakan ayat tersebut . Saya mohon ditu-karkan soalan kerana tiada keyakinan untuk menjawabnya . “Ok, sekarang kamu baca surah Al-Mursalat,”Akh Kailani terlebih dahulu tersenyum kerana ia juga mengakui kesukaran untuk mengingat surah tersebut. Nah, semua soalannya terkena pada surah yang saya tidak ulangi! Akh Abdul Fatah, anak murid yang paling disayangi Dr.Muhammad sehingga pernah ditawarkannya memimpin solat Tarawikh di masjidnya di Sweileh, Amman. Beliau juga mengakuinya. Kebanyakan ayat yang diminta kami membacanya adalah ayat kaitan dengan kesilapan yang dilakukan sebelum kelas . Ya, beliau bukan sahaja seorang penyampai ilmu. Bahkan seorang pendidik dan pembimb-ing. Itu yang saya idamkan. Setiap kata adalah mesej peringatan buat kami.

KRITIKAN DIBALAS DENGAN HUJAH “Anta belajar dengan Dr. Muhammad Haw-wa. Beliau ada men’tadh’if ’kan hadis Shahih Bukhari dan Shahih Muslim kan? Doktor ana pernah cerita tentangnya. Doktor ana (Pakar fiqh dan juga Penasihat Kementeriaan Awqaf Jordan) pernah cakap, bagaimana seorang yang mengaku sebagai anggota Ikhwan Muslimin boleh men’tadh’if ’kan hadis Shahih Bukhari dan Shahih Muslim,”cerita seorang ustaz, calon PHD di Universiti Yarmouk. Ya, memang ada. Tetapi bukan semudah itu untuk menghukumnya kerana ia melalui proses perbahasan ilmu yang panjang. Hadis

adalah antara hadis yang tidak sahih di sisinya. Puak Wahabi ekstrem sudah tentu marah dengan pendapat ini. Puak Ahbasy versi

Khalafi ekstrem pula semestinya gembira kerana ia menafikan pendapat golongan Salafi. Saya hanya mengambil jalan berdiam diri kerana masih belum mendapat penjelasan dan kefahaman mendalam tentang kajiannya itu. Dr. Muhammad Hawwa meninggalkan sejenak persoalan kepada kami , adakah kami perasan kebiasaanya dalam kalangan kita ada yang meriwayatkan hadis (di bawah) dengan “ Riwayat Bukhari dan Tirmizi.” Seolah-olah memahami kebuntuan saya. “Tiada amalan yang lebih afdhal daripada bera-mal pada hari-hari ini. Mereka bertanya: Walau-pun jihad? Nabi SAW menjawab: Walaupun jihad, kecuali seorang lelaki yang keluar membahayakan (jihad) diri dan hartanya dan tidak kembali dengan sesuatu pun.” Lama beliau termenung. “Baiklah, sekarang aku akan buktikan kepada kamu. Aku akan cari hadis tersebut dalam kesemua cetakan Shahih Bukhari yang ada dalam maktabah ini . Aku juga akan cari hadis tersebut dalam Sunan Tirmizi.”

Ya, memang ada perbezaan lafaz sehingga men-gubah makna mafhum hadis tersebut. Tapi, saya tak akan memperincikan di sini kerana amatlah sukar bagi budak setahun jagung seperti saya memperincikannya kembali. Bahkan, pendapat-pendapat pakar hadis yang lain perlu diambil kira serta saya perlu menelitinya dari masa ke semasa berdasarkan apa yang saya dapat dari ilmu Takhrij Hadis. Panjang lebar penerangannya, sehingga perbin-cangan subjek asal bertukar kepada perbincangan terhadap penelitiaan isykal dalam isnad dan matan hadis tersebut. Perbincangan hari itu diakhiri dengan pesanan, Anak-anakku, bukan tujuan aku untuk men’tashih’ atau men’tadhif ’kan mana-mana hadis. Malah sudah cukup buat pelajar bidayah seperti kamu meyakini secara zahir bahawa ia sahih dan aku tak pernah terfikir untuk membicarakan hal ini di hadapan kamu. Tetapi aku mahu kita semua memahami hadis, warisan Rasulullah dengan metod, penelitian dan pemahaman yang tepat. Jangan kerana kamu hanya memahami zahir hadis tersebut, orang yang solat dua rakaat pada sepuluh hari yang awal di bulan Dzulhijjah sudah dikira Mujahid fi Sabilillah !

*Wasatiyyah : sederhana , pertengahan*Kasyaf : penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati

Muhammad Hanif bin Ali merupakan pelajar Tahun 2 Fiqh wa Usuluh, di Universiti Mu’tah Jordan

CERITA TENTANG GURUKU DR. MUHAMMAD SAEED HAWWA

71

Page 72: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

BAHAN-BAHAN.1] beras – 3 cawan2] terung, ubi kentang, bunga kubis – terpulang pada selera3] ayam – ½ kg4] sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, dan halia5] rempah maqlubah secukup rasa6] garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN1] rendam beras dalam air suam selama 40 minit dan toskan.2] goreng terung, ubi kentang, dan bunga kubis sehingga teksturnya menjadi lembik.3] rebus ayam dalam air yang banyak selama satu jam. Tambah air jika semakin berkurangan.4] selepas satu jam, masukkan rempah, kulit kayu manis, bunga lawang, dan halia serta garam secukup rasa.5] rebus lagi selama 10-20 minit. Selepas itu, tapis air tersebut, dan disimpan untuk digunakan kemudian.6] menggunakan periuk lain, tabur selapisan beras di dalam periuk tersebut. Kemudian susun kentang, terung dan bunga kubis yang telah digoreng tadi.7] susun ayam di atas lapisan sayuran tersebt. Kemudian masukkan lebihan beras.8] menggunakan air rebusan ayam tadi, tanak nasi di atas dapur dengan menggunakan api yang besar. 9] setelah air kering, tutup dengan periuk dan kawal api supaya tidak hangit.

Disusun Oleh:Aimi Zafirah Saiful BahriTahun 2, Pergigian, Jordan University of Science and Technology

RESIPI MAQLUBAH

72

Page 73: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

RESTORAN ZAD DI MU’TAH Restoran Zad atau lebih dikenali ‘Mat’am zad’ sangat terkenal oleh serata mahasiswa/si mu’tah disini. Ianya yang terletak di jalan sebelum menuju Karak. Rasanya kurang lengkap apabila tidak datang bersinggah di restoran tersebut untuk mencuba walau sekali. Restoran tersebut memberikan sensasi tersendiri dengan rasa khas masing-masing dan tentu sahaja mempunyai menu pelbagai yang lengkap. Budaya masyarakat arab citarasa dan ramuan yang digemari oleh mereka adalah beraneka. Maka menunya pasti bergantung secara berat pada suatu diet kurma,gandum,barli, nasi, daging kambing,lembu mahupun ayam dengan suatu emphasis berat pada hasil yogurt seperti labneh (Yogurt tanpa lemak mentega) . Restoran zad menawarkan pelbagai jenis masakan terkenal arab, pelanggan juga pasti berpuas hati dengan menu yang dihi-dangkan bersama harga yang cukup berbaloi. Antara menu yang terdapat di restoran zad yang sentiasa dipesan oleh pengunjung terutamanya mahasiswa dari Malaysia adalah ayam bersalut tepung ( broasted ) ,nasi mandi , kebab ayam panggang, shawarma dan lain-lain lagi. Shawarma iaitu hirisan daging salai yang lembut ,kemudian di campur dengan hirisan timun jeruk dan kentang goreng sebelum dibalut dengan roti yang disapu dengan sos bawang putih. Kemudian, akan di grill sekejap di atas kuali leper sehingga roti sedikit garing. Bau dan hidangannya memang agak membuka selera. Dari sudut nilaian kekemasan dan kebersihannya juga turut terjaga . Peniaganya juga bersifat ramah dan meminta komentar serta pandangan tentang makanan dan hidangan mereka daripada pelanggan. Jadi, mungkin kerana mu’tah lebih dikenali dengan suasana kam-pung, maka restoran ini boleh dikatakan pengubat kepada para pelanggan untuk menikmati hidangan yang lebih istimewa seperti ‘ayam broasted’dan lain-lain. Maka, apa tunggu lagi. Jom kita singgah makan menjamu selera.

Review restoran : Wok n Roll

Wok n Roll merupakan sebuah restoran syawarma yang terletak di kawasan Hijazi, Syari’ Jamiah, Irbid. Review ini dibuat kerana keistimewaan syawarma di restoran ini yang sudah pasti tidak ada di mantiqah lain di seluruh Jordan ini. Kebiasaan untuk syawarma biasa hanyalah ayam yang dipanggang dihadapan mesin pembakar yang besar manakala rotinya hanyalah disapu sedikit mayonis,dibubuh lada dan garam. Seterusnya ianya dibalut dan dihidangkan bersama wajbat (set) ‘french fries’,sayuran dan jeruk arab.Tetapi sangat istimewanya syawarma Wok N Roll ini kerana ayam yang telah dihiris dari mesin pemanggang tadi seterusnya akan ditumis sayuran dan juga bahan-bahan lain mengikut set pilihan syawarma yang kita inginkan.

Terdapat 5 jenis menu syawarma di restoran Wok N Roll ini antara-nya:-Mexico Untuk Mexico,inti ayam tersebut ditumis bersama Capsicum,cili, dan juga lada hitam.-Chinese Inti ayam ditumis bersama Carrot,Capsicum dan juga lada hitam. -BBQ Inti ayam ditumis bersama kobis,Carrot dan juga sos berperisa BBQ.-Mushroom Inti ayam ditumis bersama cendawan,sedikit sos berperisa BBQ dan juga lada hitam.-Creamy Inti ayam ditumis bersama yogurt,cheese dan juga cendawan.

Kebiasaan para pengunjung restoran ini akan safari (take away) ma-kanan yang dipesan kerana ruang yang terhad di restoran ini. Selain daripada syawarma yang lain daripada yang lain ini,terdapat juga syawarma biasa yang sama dengan restoran syawarma yang lain dan harganya juga sama.Semestinya rasa dan harga juga akan berlainan dari syawarma biasa. Untuk satu jenis syawarma(sandwich) harga yang diletakkan adalah JD1.75 manakala untuk wajbat(set) harganya adalah JD2.50. Restoran Wok N Roll menjadi tumpuan warga Malaysia di Irbid apabila tibanya musim peperiksaan kerana lokasinya yang berdekatan dengan rumah-rumah para pelajar dan harga yang berpatutan dis-amping keenakan rasa syawarmanya.

73

Page 74: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

MANSAF(Hidangan utk 6 orang)

Bahan-bahan

Nasi-3 cawan beras -serbuk kunyit-kiub ayam-garam-minyak untuk menggoreng (2 sudu besar)Ayam-seekor ayam (potong 4)-halia (dihiris)-bawang besar (dihiris)-buah pelaga

Cara-cara:1. Rendam jameed seharian sehingga cair.2. Rendam beras untuk seketika (10-20 minit).Panaskan minyak dan goreng beras tadi bersama secubit serbuk kunyit dan garam.Masukkan 1 kiub ayam. Gaul sehingga sebati.Kemudian, tanak beras seperti biasa.3. Rebus ayam sehingga masak bersama hirisan halia, bawang, dan pelaga. Angkat ayam dan simpan air rebusan.4. Goreng ayam sehingga warnanya gelap.Agak-agak menarik untuk dimakan!5. Untuk laban, cairkan jameed di dalam air.Panaskan di atas api. Masukkan laban segar,air rebusan ayam ,serbuk halia, serbuk kunyit,serbuk pelaga ,serbuk lada putih dan garam secukup rasa. Kacau sentiasa untuk mengelakkan laban berketul. Kacau sehingga pekat dan mendidih.6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam laban untuk seketika.Kalau tidak suka laban, tak perlu buat! 7. Kacang digoreng sehingga keperangan dan taburkan di atas nasi yg telah siap dimasak.8. Sedia untuk dihidang!!

Disusun Oleh Shamilah Ashikin JamilTahun 4, perubatan, Jordan University of Science and Technology

Laban-200g jameed -250g laban segar (hamoudeh)-garam-serbuk pelaga -serbuk halia -serbuk kunyit -serbuk lada putih

Kacang-200g white almond slice (foul)

74

Page 75: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

75

Page 76: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

what goes on when you sleep :-Your brain recharges-Your cells repair themselves-Your body releases important hormones

You need different amounts of sleep depending on your age :-babies : 16 hours-3-18 years old : 10 hours-19-55 years old : 8 hours-Over 65 years old : 6 hours Men dream about other men 70% of the time , but women dream about women and men equally.

We can only dream about faces we have already seen , whether we actively remember them or not.

Parasomnia is a type of sleep disorder that makes you do unnatural movements , despite being asleep . Crime committed on parasomnia include : sleep driving , writing bad checks , murder , child mo lesting , Rape

12% of people dream only in black and white This number used to be higher but since the advent color televisyen , more people dream in color than before.

Dreaming is NORMAL . people who do not dream generally have personality disorders.

Sleep positions may determine your personality. -Fetal (41%) people are gruff initially , but have warm and open hearts-Log (15%) social butterflies-The yearner (13%) perceived as open , but truly suspicious-Soldier (8%) reserved-Freefall (7%) fun and fantastic at parties-Starfish (5%) excellent listeners

1 in 4 married couples sleep in separate beds

British soldiers were the first to develop a method in staying up 36 hours without sleep.When fatigued , they put on special visors that emulated the brightness of a sunrise and it woke them up .

Longest sleeping mammals :Koalas – 22 hours per dayBrown bat – 19.9 hours per dayPangolins – 18 hours per day

Shortest sleeping mammals :Giraffes – 1.9 hours per day (in 5-10 minute sessions)Roe deer – 3.09 hours per dayAsiatic elephant – 3.1 hours per day

When dolphins sleep , only half their brain shuts down.The other half stays awake to help with breathing cycles.

You’ll die from sleep deprivation before food deprivation. It takes 2 weeks to starve , but 10 days without sleep can kill you.

Blind people can still see images in dreamsThose born blind experience dreams involving :-emotions-sound-smell-touchInstead of sight.

Within 5 minutes of waking up , 50% of your dream is forgot-tenWithin 10 minutes , 90% is gone

1 out of 50 teenagers still wet their beds.

2

3

45

6

1

7

8

910

11

16

12

13

14

15

76

Page 77: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

1. Pekerja cina Berjaya membina hotel 15 tingkat hanya dalam 6 hariSeorang buruh bina di Bandar Changsha, Cina Selatan telah Berjaya menyiapkan sebuah hotel 15 tingkat hanya dalam masa 6 hari sahaja.6 hari. Hanya dalam tempoh tersebut terbinanya hotel yang tetap utuh jika berlakunya gempa bumi, kedap bunyi, penebat haba, lengkap dengan semua, dari pemasangan kabel sehinggalah kepada 3 anak tingkap. Asas bangunan itu sebenarnya telah pun disiapkan, tetapi ia sangat mengkagumkan dengan usaha yang telah dilakukan oleh pekerja itu.Walaupun keadaan tapak pembinaan itu hingar-bingar, tiada seorang pun yang tercedera. Pemaju juga hanya melaburkan sedikit sahaja dalam penggunaan bahan binaan tersebut.

2. Kacamata, mengubah persepsi manusia.

3. Seorang lelaki warga India kahwin dengan seekor anjing. New Delhi – seorang lelaki di selatan India telah mengahwini seekor anjing betina dalam majlis perkahwinan tradisi Hindu. Ia sebagai satu bayaran tebusan terhadap rejaman yang telah dilakukan oleh lelaki tersebut terhadap 2 ekor anjing lain sampai mati. Perkah-winan ini sebagai sumpahan lelaki india itu.P. Selvakumar telah mengahwini sari-anjing yang berkeliaran bernama Selvi, dipilih oleh keluarga lelaki tersebut dan selepas itu dimandikan dan dihias untuk majlis Ahad di Kuil Hindu, Selatan Tamil Nadu.Selvakumar, 33, telah memberitahu dia merasa terseksa atas per-buatan merejam 2 anjing sehingga mati dan menggantung bangkai anjing itu di pokok selama 15 tahun yang lalu.“selepas kedua-dua belah tangan beserta kaki lumpuh dan saya kehilangan pendengaran,” kata Selvakumar kepada pemberita.Perkahwinan, itu adalah hanya satu cara sahaja untuk menghilang-kan bala yang telah dia hadapi.

4. Wanita menemui lubang besar 40 kaki bawah katil. Bayangkan jika kita mendengar satu bunyi yang kuat seperti letupan di luar. Bila disedari bunyi letupan tersebut sebenarnya datang dari dalam rumah. Hakikatnya ia bukanlah satu letupan, tetapi lebih dari itu . Baru-baru ini Inocenta Hernandez dari Bandar Guatemala menyedari bunyi tersebut disebabkan oleh sebuah lubang besar dengan kedalaman 40 kaki di bawah katil wanita itu sendiri. Melihat pada gambar tersebut, terfikirkah anda untuk membaiki lubang sedalam tersebut? Dan adakah anda masih mahu untuk tidur di bilik itu?

5. Angeles duran pemilik matahari Entah apa yang ada dalam fikiran wanita asal Sepanyol, An-geles Duran yang mengakui bahwa matahari yang bersinar setiap hari yang kita miliki adalah miliknya, padahal matahari sudah ada jauh sebelum dia lahir.Namun itulah kenyataannya, Duran telah mendaftarkan mata-hari sebagai miliknya ke kerajaan di Sepanyol.Duran telah mendaftarkan diri sebagai pemilik matahari sejak September lalu. Langkah ini dilakukan setelah dia membaca ada seorang warga Amerika Syarikat yang mendaftarkan diri sebagai pemilik bulan dan planet-planet lain dalam sistem suria.Duran menegaskan bahawa tidak ada larangan untuk seseorang memiliki sebuah planet atau bintang.“Saya bukan orang bodoh, saya tahu hukum, tak ada halangan dan saya mendaftarkan secara sah. Sebenarnya orang lain juga mampu melakukannya, nampaknya saya adalah orang yang pertama melakukannya,” ungkapnya.Lebih anehnya lagi, wanita yang tinggal di Kota Salvaterra Do Mino ini akan mengenakan bayaran bagi sesiapa saja yang menggunakan matahari. Hasil pendapatan yang akan didapati nanti , setengah pendapa-tan dari tarif tersebut ke pemerintah Sepanyol dan 20 % ke dana Sepanyol.Ia juga akan menyumbangkan 10 % untuk mengakhiri kelaparan di dunia, dan 10 % untuk peribadi.

Odd News

77

Page 78: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Remaja yang terselamat daripada tusukan pedang Zhang Bin,15 terselamat daripada tusukan pedang sepanjang 50cm. Beliau telah berjaya diselamatkan walaupun pada asalnya doktor tidak mahu membedahnya kerana kurang berpengalaman.“ 3 rakan sekelas datang ke rumah saya dan salah seorangnya membawa pedang. Dia sedang berdiri 7-9 kaki jauh dari saya. Saya tidak tahu bagaimana pedang itu boleh terkena kepala saya. Tiba-tiba saya terasa sangat sakit dan darah mula mengalir ”, ujarnya ketika sedang mendapatkan rawatan. Selepas ditolak oleh doktor tempatan, beliau terpaksa menahan sakit selama 4 jam untuk sampai ke Changsha di mana doktor bersetuju untuk memberikan rawatan.

Wanita yang ditikam pisau namun tidak menyedarinya

Wanita ini ditikam pisau sedalam 6 inci di belakangnya namun beliau sedikit pun tidak menyedarinya. Mangsa rompakan berumur 22 tahun ini ditikam ketika dalam perjalanan balik dari kerja. Walaubagaimana pun, beliau sempat diselamatkan oleh

rakan sekerja yang berada di kawasan berdekatan.Ibu bapanya terkejut melihat pisau dan darah mengalir di belakang badannya apabila mangsa tiba di rumah. Beliau segera dikejarkan ke hospital dan pisau tersebut berjaya di buang tanpa merosakkan sarafnya. Doktor mengatakan, ‘ beliau terlalu terkejut dan

badannya menghalangnya daripada merasai sebarang kesakitan”.

Askar yang terselamat daripada tikaman pisau di kepala Seorang askar terselamat daripada tikaman pisau di dahinya oleh seorang pemberontak dalam sebuah misi. Doktor menganggarkan sekurang-kurangnya 4 inci pisau terbenam ke dalam kepalanya. Serangan telah berlaku di satu kawasan letupan. Tindakan pantas rakan-rakannya berjaya menyelamatkan beliau.

Itik yang ditikam di sebuah taman

Seekor itik betina ditikam di bahagian belakang di sebuah taman dan telah dihantar untuk rawatan ke Wetlands and Wildlife Care Center. Seorang pegawai pusat tersebut menamakan itik

tersebut ‘Lucky’ dan menawarkan hadiah berjumlah $1,000 kepada sesiapa yang memberikan maklumat tentang kejadian tersebut. Itik tersebut dibawa ke klinik haiwan kecemasan, di

mana pisau itu dibuang dan dirawat. Pisau itu hampir –hampir mengenai organ utama haiwan tersebut. Kes ini masih dalam siasatan oleh Huntington Beach Police dan undang-undang

negeri dan pesalah boleh dikenakan bayaran saman dan hukuman penjara.

78

Page 79: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Cubaan membunuh diri oleh seorang remaja

Remaja lelaki berumur 19 tahun dari Yekaterinburg,Russia terselamat daripada cubaan membunuh diri dengan menggunakan gunting. Mark Makarenkov, bertengkar dengan teman wanitanya dan bertindak spontan dengan

mencucuk gunting hampir-hampir mengenai matanya. Pakar bedah berjaya mengeluarkan gunting tersebut yang terbenam sepanjang kira- kira 5cm kedalam tengkorak tanpa merosakkan otak dan matanya.Selepas berita

ini tersebar, kekasihnya segera ke hospital dan meminta maaf.

Remaja yang terselamat daripada serangan pisau dapur.

Gambar di atas menunjukkan x-ray tengkorak seorang remaja 15 tahun yang ditikam pisau dapur sedalam 5 inci. Ajaibnya, remaja tersebut selamat dan kurang dari 10 bulan beliau mula kembali belajar

di kolej. Beliau dan dua orang rakannya diserang ketika cuba menyelamatkan kawan mereka yang di rompak di sebuah stesen bas di London. Beliau segera dikejarkan ke hospital dan berjaya dirawat tepat

pada masanya.

Tusukan pedang ke dalam mata. Remaja berumur 23 tahun, Bui Ngoc Tuan terlibat dalam pergaduhan dengan dua orang pemandu teksi ketika dalam perjalanan pulang ke hotelnya di Dong Hoi, Quang Binh kerana tidak berpuas hati dengan bayaran teksi yang dikenakan. Pemandu teksi kemudian memanggil konco-konconya dan bertindak menyerang mangsa. Salah seorang dari mereka menusuk pedang sepanjang 50cm ke dalam mata sebelah kiri mangsa. Mangsa bernasib baik kerana mata dan otaknya tidak tercedera.

Anjing ditikam di kepala ketika rompakan

Seekor anjing duduk tenang di sebelah tuannya setelah ditikam oleh perompak dengan pisau sepanjang 8 inci. Bella, anjing peliharaan berumur 6 tahun segera dikejarkan ke hospital untuk

pembedahan.Pemilik, Vernon Swart, hanya tersedar dengan kejadian setelah jirannya memberitahu bahawa

anjingnya lari berkeliaran di tengah jalan dengan pisau terbenam di kepalanya. Jiran mengatakan bahawa anjing tersebut cuba untuk menghalang perompak dari memasuki rumah. Pakar haiwan kagum kerana anjing tersebut masih hidup walaupun ditikam tepat di kepala. Pisau sepanjang 8

inci tersebut kemudian diserahkan kepada polis sebagai bahan bukti .

79

Page 80: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

BANGUNLAH DARI KEKECEWAAN

Saban hari dugaan datang menyelubungi diri,menggesa air mata menangis sendiri,sehingga terdetik di dalam hati,bilakah ujian ini akan pergi?

Tetapi akalku kuat mengatakan,yang hadir adalah pelangi kehidupan,yang bukan untuk membinasakan,yang bukan untuk mengecewakan,yang bukan untuk merendahkan,sungguh pun ia sangat membebankan.

Kadangkala..

Terjatuh lemah aku sendirian,menagih simpati buat yang perasan,malangnya yang celik itu bayangan,akhirnya terkampung aku keseorangan.

Kegagalan itu aku,kecelakaan itu aku,keburukan itu aku,segala-gala yang kurang itu aku,pantas terdetik untukku tahu,kenapa semuanya mesti berlaku?

Walau hati mengucap sabar,walau bibir mengukir senyuman,walau happy orang menggelar,walau muka seindah taman,kepedihan nurani tetap menjalar,kerana gegaran tetap gegaran.

Terkadang itu..Aku juga bertanya sendiri,untuk apa perlu dikesali asam garam ini?Sedangkan ia takdir ilahi,hikmah seribu satu adalah janji.

Usahlah melayan kedukaan terpatri,bangunlah berdiri menjadi matahari,yakinlah syurga tukarnya ganti,barulah kehidupan berwarna-warni.

Sekian Terima Kasih,Pelaut rabbani,Eko dan Perbankan Islam,Kelab Penulisan Irbid

SEPATU MERAH.. BUNGA MEREKAH

Semalam aku berdukaMungkin hari ini aku tersenyum

Semalam aku menangisMungkin kini aku sedang tertawa

Menjeling jam di tanganPutaran waktu mengikut aturanmembilang hari-hari semalamBukan sesaat..bukan seminit

Bukan sehari ..tidak juga berbulan.~Ia adalah bertahun..detik,terus berdetik...

Masa seusai sekencang badai..

Aku...~Memegang sepatu merah

Bersama kuntuman bunga merekahMelangkah di sebuah daerah

Laluan musafir Rawan di bumi syuhada’ Mu’tahMenelusuri duri-duri Mehnah beserta Fitnah~

Akulah itu..si penunggu setia di hujung singgahsana

Mengabus debu-debu ‘kenangan’Lantas Berbaring di atas rerumputan

Berlantaikan alam kebesaranBerbumbungkan angkasa milik TUHAN

aku mengintai membelek.~Cuba Memanah MembidikSaat bulan dipagari bintangGemerlip kerlipan harapan

Terlabuh gelap malam,kelam nan damaiMenyelimuti segenap rasa dan perasaan...

Subhanallah..~Membiarkan angin dingin memeluk hangatnya tubuh badan

Tidak semena-mena terhembus sebuah keluhanCuba menarik nafas yang menyesakkan

Melapangkan dada yang dicemari ‘kotor’ nya jiwa insanSungguh..

Aku mahu kembali bersama alam....Yang menenangkan sekeping hati yang bernama perempuan

Mengarap kembali ilham yang telah hilangmenyemai kembali pemberian yang mengharapkan erti rasa

berTUHAN

Aku..Hanya memberi,tidak harap kembali

Hanya memerhati,tidak pula mahu memilikiHanya mendengar,sambil menghayati

Hanya menyayangi,tidak juga melebihi

Bagai sang suria yang menghangatkan DuniaBagai kerlipan bintang yang menyinari Jiwa

Bagai Rembulan yang dirindui sang PungguknyaBagai pohon dingin musafir hadir berteduh jasadnya...~

PuisiAku..

Lari-lari Sebegitu mencari tempat bersauhTanpa pendayung kiri dan kanan

Hanya bertemankan sepatu merah yang memberi-kan kekuatan

Mengenggam sekuntum bunga yang menjadi tamsilan

Ingin mekar berkembang tanpa terusik dengan halangan

Benar sayang..Padang perahu di lautan

Padang hati di fikiranWalau hidup kadang tidak berteman

TUHAN tidak pernah sesekali meninggalkan hambanya yang mencari hidup BerTUHAN

Allah~..Kasih ini tidak terlakarkan

Musibah ini tidak mengentarkanWalau sukar menggapai Bintang

Yang menghiasi cakerawala tika malamUmpama dialah Bintang..akulah lalang

Apa yang termampu..mencuri pandang sekadar berdiam

Mustahil untuknya turunMendekati lalang yang layaknya di arena padang

Yang aku hanya bernama LalangKe kiri ke kanan selari tiupan bayu malam

Tapi...Bintang itu selalu berbisik

Sedikit membuat hati terusik“Lalang,

(Sambil ia tersenyum memanjang)Engkau teruskan menggapai impian

Walau terpaksa mengharungi angin yang berpusar

Malam yang kelamTerik yang memeritkan

Tidak mengapa!~Berlari biarlah bersama

Jatuh rebah biarlah ada yang angkat kembali”Si lalang..

Dengar sini sayang..Engkau..Haruslah pandai menyelam air di

dangkalPandang jauh dilayangkan

Pandang dekat ditukikkan..Mencipta langkah dengan sepenuh penghambaan

Kepada Rabb-MU Sang Pemilik Seantero Alam.....Mengerti! pusara semalam jangan lagi ditangis

sendukan~

Menyarung sepatu merahBerjalan dengan diri yang tabah

Menyelitkan BUNGA dihati yang resahBiar harum wangiannya membuang gundah

Di situ ku berdiriDi atas kaki sendiri

Membuang duri yang menyakitiSungguh..~

Kini tidak akan ada lagi yang menyakiti...

Nur Fatin Najihah Bt Mohd Khoirrussifa Al Muaddibu

Tahun 4 / Bahasa dan kesusasteraan ArabMahasiswi Universiti Mu’tah,Karak Jordan

Page 81: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

PuisiSEGALANYA BERMULA DENGAN HATI

Hati itu beragam dalam lembut,Sukar dipisah dengan aneka perasaan,

Semakin parah jika dibiar hanyut,Maka pada siapa kau butuhkan rawatan?

Twitter, facebook menjadi pilihan zaman kini,Seolah satu dunia ingin dikhabarkan isi hati,

Tanpa segan dizahirkan dengan emosi,Hingga terlupa ada Tuhan yang memerhati,

Wahai sahabat yang dicintai kerana-Nya,Islahkan hati hanya untuk Illahi,Agar tenang zahir dan batinnya,

Untuk kecapi kebahagiaan hakiki.

Pabila berbicara, tutur bicaranya kerana Allah,Pabila beramal, bahasa amalannya untuk Allah,

Pabila sendirian, hatinya basah dengan zikrullah,Itulah tanda insan yang memelihara hatinya dengan Allah.

Nadia Fariza0530 | 16.11.11Irbid, Jordan.

WALAUPUN LUARANNYA BIASA

Walaupun luarannya biasa,mata yang tertutup sebenarnya terbuka,tangan yang kecil sebenarnya ada kuasa,hatta fikiran yang tidak nampak,perancangannya berputar seluas angkasa.

Walaupun luarannya biasa,kesan di hujung cerita,ramai yang tidak jangka,hatta yang selalu bersamanya,seakan teruja melihat hasilnya.

Walaupun luarannya biasa,darah yang mengalir di dalam tubuhnya,bukan sahaja merah tetapi bercahaya,tulang yang menjadi tunjangnya,bukan sahaja keras tetapi bertenaga.

Maka langit menjadi saksi,maka bumi bahagia dijejaki,oleh mereka yang takutkan Ilahi,oleh mereka yang hakikatnya luar biasa ini.

Yakinlah!

Yang luar biasa seperti ini,tidak akan mudah berasa rugi,walaupun seluruh manusia tidak pernah memahami,walaupun seluruh manusia seringkali mencaci,namun kerana pandangan Ilahi,semua yang mendung menjadi indah bak pelangi.

Yakinlah!

Yang luar biasa seperti ini,tidak akan mudah untuk menyesali,walaupun dugaan yang datang lebat menghujani,walaupun cobaan yang datang tajam berduri,walaupun rintangan yang datang semasin laut mati,tetapi kerana percaya kepada janji,lautan api sekalipun pasti diredahi.

Sekian terima Kasih,M.Qawiem Khairi,Eko. dan Perbankan Islam,Kelab Penulisan Irbid.

DIA YANG MEMBAWA BINTANG

Kalian..Kalian..~Mahu dengar sebuah kisah? tentang dia yang

membawa bintang...Hayati dan cuba fahami..Renung dengan empati~

Dia membawa bintang..Bintang yang setia menjadi teman

Cerah sinar indah begemerlapanHadir dan pasakkan di hadapan

Melontarkan kepadaku tanpa seganAgar aku tak kelam hidupku sentiasa bersinar

Dia si pembawa bintangBilangnya ayuh memetik bintang

susun ia di setiap rangkaianBisik bintang inilah seni ungkapan

Agar aku sedar cakerawala ini punya TUHAN

Dia yang membawa bintangmengajak ku melastik bintang

Gugurnya ia ku sambut dengan bekalanTetaplah terang kau dalam dakapan

ku gapai jagat kerna kalianDan ku rengkup kegelapan untuk mengaut

ketenangan

Dia yang membawa bintangKisahnya sering dibicarakan..

sebutir bintang yang gugur maka segalanya bermulaPohon merimbun jua beraksi dalam angin cahaya

Malam yang dingin..kelam yang berirama~Awan yang mengunjungi langit setiap hari buat

melindungi sang suriaDan saat tersebut hidup akan menjadi berwarna

warniHanya kerna gugurnya bintang sebutir

Maka kerlipannya memikat jiwaHanya kerna Dia membawa bintang

Maka Pencipta Alam semakin ku kenal

Dia yang membawa bintangBintang gemintang malam di angkasa raya

menemani kesendirian rembulan yang berdukahingga mampu menerangi gelita semesta

Bagaikan rangkaiannya seperti untaian intan permata

Yang berkilau indah sebagai anugerah tiada taraHingga mampu menebar pesona di minda

Mengetukku untuk kembali pada Yang Maha Pencipta

Untuk mencari diri yang tersasar terleka

Dia yang membawa bintangSebagai wasilah sebagai utusan

Teka teki akhirnya terungkaiDialah Muhammad Rasul junjungan..

~Selawat Ke atas Baginda~

Nur Fatin Najihah Bt Mohd Khoirrussifa Al Muaddibu

Tahun 4 / Bahasa dan kesusasteraan ArabMahasiswi Universiti Mu’tah,Karak Jordan

AIR MATA CINTA

Air mata cinta mengertidunia adalah lakonan

semua memegang watak tersendirinamun semua watak itu tiada akan berfungsi

jika tiada akan Ar-RahmanNyaair memegang watak menghilangkan dahagamakanan memegang watak mengenyangkan

ubat memegang watak menyembuhkansegalanya memiliki watak yang ditentukan

dalam lakonan kehidupan

Air mata cinta mengertiamat malang kehidupan insan

jika tiada cahaya cinta pada hatipandangan terpesona dengan segala watak

lalu terhijablah ia dengan hakikatsehingga hidup tertipu dengan lakonan

Air mata cintaakan memancarkan cahaya hati pada sinaran mata

maka pandangannya tembus melihat alamsehingga segala lakonan akan terhapus

matanya menyaksikan kebenaranAr-Rahman menampakkan wajahNya

di sebalik segala watak lakonan

Wahai diriengkau tiada boleh meninggalkan lakonantetapi jangan terperangkap dengan lakonan

banyakkan tangisan dalam kehidupanagar hatimu mengerti dan mengerti

akan makna sebuah kehidupanagar hati, akal dan pancainderamu mengerti

makna kalimah yang agung “Lailahaillallah,muhammadunrasulullah”

~Afza Najwa~KELAB PENULISAN IRBID

Page 82: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

l-Quran itu dipegang dengan kemas. Mata menumpukan perhatian. Hati seakan-akan sedang bersemayam di atas awan. Mem-baca dengan penuh penghayatan. Dia perlukan ketenangan yang lebih. Allah sedang mengujinya. Surah Toha itu dialun suaranya, gemersik memenuhi ruang biliknya. Surah kesenangan di kala gundah, surah kekuatan di kala susah. “Ehem.” Dan pembacaannya terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh. Farid Mursyidi sedang menyandarkan bahu pada bingkai pintu, dengan wajah dihiasi senyuman nakal. “Nak apa?” Dia bertanya perlahan, sambil memusingkan seluruh tubuhnya, tetapi masih kekal bersila. Dia tahu, pastinya Farid perasan wajah monyoknya itu. Perlahan-lahan Farid mendekatinya. “Masih bermasalah dalam membuat pilihan wahai sahabatku Syakir Muntasir?” Bahunya ditepuk, dan Farid kini bersila di hadapanya. Lutut bertemu lutut. “Aku masyghul la. Keputusan yang sukar.” Syakir menggaru kepala. “Istikharahnya macam mana?” “Apa, kau ingat semua istikharah keluar mimpi bagi jawapan? Kalau macam itu baik aku istikharah setiap malam periksa.” Syakir menjelirkan lidah. Farid seakan-akan tidak

tahu bagaimana sistem istikharah yang sebe-narnya berfungsi. Farid tertawa senang. Bahu Syakir ditepuk beberapa kali. Mungkin memahami, sambil terkesan dengan canda tadi. Istikharah bukanlah satu keajaiban untuk menggolekkan jawapan kepada kita. Istikharah hakikatnya perlu diiringi usaha membuat kalkulasi yang baik. Tanda istikharah bukan semestinya mimpi, tetapi hakikatnya adalah ketenangan hati yang kuat apabila membuat keputsan. “Aku nampak jalan ke sebelah B lebih benar dan aku macam lebih tenang ke sana , ” Syakir melepaskan keluhan. Nampak bahawa Jalan B bukan jalan pilihan asalnya. “Kau rasa, kalau kau pilih jalan B, jalan A akan hilang?” Dan kini matanya dan mata Farid bertaut. Sengih kelat muncul pada wajah Syakir. “Lebih kurang. Kau tahu aku cintakan Humaira’ bukan? Aku hanya perlu tunggu dua tahun sahaja lagi.” “Tapi pada masa yang sama, kau perlu berkahwin sekarang. Kau adalah orang yang siap, sudah bersedia, dan kau memang perlu kahwin. Kalau tak, resah gelisah tak berhenti. Fokus terganggu. Namun, memilih Anum Sakeena ada downsidenya.” “Ada ‘banyak’ downsidenya ,” Syakir menambah.

Farid pula yang menghela nafas kali ini. Ya, keputusan yang sukar. “Kadang-kadang Syakir, walaupun kita ini manusia yang ikuti jalan dakwah dan tarbiyah, kita masih terikat dengan gari-gari dunia bukan?” Farid menolak tubuh, bersandar pada dinding. Melunjur kaki, sambil memandang siling. Jiwa Syakir seakan tercucuk dengan kalam itu. Dia melihat sahaja sahabatnya itu. “Maksud?” “Yalah. Kalau aku, aku akan biarkan sahaja Anum. Aku akan sanggup tunggu Hu-maira’. Aku sanggup menderita dua tahun, dari ambil risiko duduk dengan Anum. Tambahan, dalam posisi kau, aku cintakan Humaira’. Ting-gal...” Kata-kata Farid terhenti. Dia melirik kepada Syakir. Mata Syakir dan Farid bertemu. Syakir hanya diam. Ingin Farid menyempurnakan bicara. “Tinggal kita tahu, Anum memerlukan bantuan kita, pertama. Kedua, dalam posisi kau, kita memerlukan kehadiran Anum yang sanggup berkahwin dengan kita sekarang. Ketiga, hajat Anum bukan hajat yang kecil, dan belum ada yang sanggup membantunya, sedang kita telah terlanjur memikirkannya, tambah pula dalam posisi yang siap untuknya.” “Kita? Kau ajalah yang pergi ambil Anum.” Farid tertawa. “Kita di sini bermaksud kau

Asas cerita ini adalah daripada kisah benar,Kisah benar yang menyentuh hati saya,

Moga-moga kita belajar,Untuk menjadi yang tertinggi cintanya.

Sungguh, orang-orang beriman itu luar biasa, hatta dalam bercintaCerpen Yang Tertinggi Cintanya,

Enjoy!

Yang Tertinggi Cintanya.

Cerpen:

Penulis : Hilal Asyraf

A

82

Page 83: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

lah. Aku mana mampu kahwin lagi. Kau dah mampu, tinggal kena tunggu sebab nak kejar cinta sahaja. Itulah yang aku kata, kita ini walaupun ikut jalan dakwah dan tarbiyah, kita masih terikat dengan gari-gari dunia. Kita amat tahu relevannya hajat Anum, tetapi kita rasa sukar nak penuhi hajat dia, sebab hajat dia tak ada harganya di atas dunia. Hanya berharga di akhirat sana. Aku sebut kita, sebab kalau aku jadi engkau, aku sendiri jadi berat.” Suasana bilik itu senyap sebentar. Seakan menunggu giliran, azan isya’ dari Masjid University of Yarmouk kedengaran. Azan mendayu-dayu, seakan waktu rehat dari perbincangan yang mengkusutkan itu. Dunia dan akhirat. Orang-orang yang mengikuti jalan dakwah dan tarbiyah pun, adakalanya masih tergari dengan dunia. Se-dangkan, secara sedarnya, dia tahu apa pilihan yang patut dia lakukan. Azan tamat. Doa. Mata Farid dan Syakir kembali bertemu. Masih senyap. Perlahan-lahan Farid berdiri, dan mendekati Syakir. Bahunya disentuh lembut. “Mungkin ada waktu itu, kita kena belajar untuk campak segala-galanya, dan hanya percaya kepadaNya. Kena berani buat leap of faith.” Kemudian Farid bergerak keluar dari bilik. Pastinya hendak menuju ke masjid. Syakir keseorangan. Campak segala-galanya, dan hanya percaya kepadaNya.

*******

Anum Sakeena. Seorang yang pada zahirnya kelihatan seperti bidadari. Dia lawa. Dia cer-das. Dia juga aktif dalam urusan dakwah dan tarbiyah. Lebih mencantikkan peribadinya, dia tiada kasta. Dengan rakan-rakan yang tidak berapa faham Islam pun, dia masih bergaul, mendekati, dan memesrai. Sebab itu pelajar-pelajar perubatan dan pergigian di Jordan amat mengasihinya. Pembetulan, semua pelajar di Jordan ini mengasihinya. Namun Allah SWT menguji. Anum Sa-keena dipercayai mempunyai Systemic Lupus Erythematosus atau SLE. Satu penyakit yang akan meragut nyawanya untuk satu jangka masa yang tidak lama lagi. Tetapi tiada siapa yang melihat Anum Sakeena bersedih hati atau kegelisahan. Dia seakan-akan manusia paling tabah yang berjalan di atas dunia ini. Dia tidak pula pulang ke Malaysia dan berhenti belajar seakan-akan dunia telah kiamat. Dia masih meneruskan kehidupan, study dengan rajin, dan hidup dengan gembira. Tetapi, ada satu perkara yang menggusar-kan Anum Sakeena. Dan perkara itu tidak diceritakan kepada sesiapa, kecuali seorang manusia yang diyakininya dalam keadaan mampu, dan mungkin akan membantunya. Itulah dia Syakir Muntasir. Pelajar Tahun 3 Fiqh Wa Usuluhu di University of Yarmouk. Satu angkatan dengan Anum Sakeena, tinggal Anum Sakeena mengambil pengkhususan Iqtisod Islami. Syakir Muntasir sangat terkenal dengan

manusia yang lebih tua dari usianya. Walaupun di luar Syakir kelihatan seperti manusia yang tidak peduli apa-apa, tetapi apabila keadaan memerlukan seorang Syakir Muntasir untuk serius, tiada sesiapa yang mampu menghen-tikannya. Fikirannya matang, fikrahnya jelas, disiplinnya tinggi, pandangannya jauh, dan dia seorang yang siap untuk memikul tanggung-jawab yang besar, juga mampu menghadapi banyak dugaan kehidupan. Dan Anum Sakeena amat pasti, Syakir Muntasir sedang mempersiapkan diri ke ger-bang perkahwinan, memandangkan ura-ura bahawa lamaran lelaki itu ditolak, atau lebih tepat lagi, ditangguhkan untuk diterima, telah tersebar dalam komuniti di sini. Perempuan itu nampaknya tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab pada ketika ini. Dua tahun dimintanya tangguh. Berita sebegini tidak sukar didapati, kerana Syakir Muntasir sangat terkenal di sini. Sama ada dia mendiamkan segala cerita di dalam tubuhnya seorang, atau cerita itu akan bergerak meliputi seluruh Jordan dalam masa yang sekejap sahaja. Dan Syakir Muntasir juga manusia, pasti paling kurang dia akan berkongsi masalah hidupnya dengan teman-teman karib. Mendengar berita itu, Anum Sakeena terasa seakan-akan Allah membukakan jalan untuknya. Walaupun dia tidak tahu, apakah perancangan Allah SWT yang sebenarnya, namun nyatanya dia telah membuat kalkulasi dan merasakan inilah yang terbaik. Maka dengan berani, setelah mendapat izin ibu ayahnya, dia mewakilkan seorang senior tahun 6 Perubatan untuk menyampaikan hajatnya kepada Syakir Muntasir. “Anum Sakeena ingin dirinya dikahwini Syakir Muntasir, kerana adalah satu hajatnya yang besar sebelum meninggalkan dunia ini dia meninggalkan satu saham akhirat yang besar untuk dirinya, dan meninggalkan satu hadiah yang besar untuk Islam di atas dunia. Itulah dia seorang anak. Anum Sakeena ingin ada cebisan dirinya, yang tinggal di atas dunia ini untuk terus memberikannya pahala, dan berjuang untuk Islam buat dirinya.” Dan saban hari, Anum Sakeena berdoa agar Allah SWT memakbulkan hajatnya, atau memberikannya sesuatu yang lebih baik.Itulah hajatnya. Dan bukan sebarang orang akan menya-hutnya.

******

Lepaskan segala-galanya. Hanya percayakan Dia! Syakir bangun dari pembaringannya malam itu. Saat dia yakin dan tenang dengan keputusannya. Saat dia membuat keputusan, untuk membuat satu anjakan paradigma, lompatan saujana yang akan mengubah lorong hidupnya. Dia mencapai telefon bimbitnya. Ibu Humaira’ dihubungi. “Ibu, Syakir rasa, Syakir nak buat keputu-san ini.” Dan hanya esak tangis sahaja kedengaran.

Syakir tabah. Tidak tergugah. Ummi Abahnya dihubungi. “Syakir nekad.” Dan Ummi Abahnya tidak berkata apa-apa lagi. Menyokong, dan mendoakan. Dia menggenggam erat tangannya. Kepu-tusan yang berat. Tetapi hendak diluahkannya. Lepaskan segala-galanya. Hanya percaya-kan Dia! Mendail nombor terakhir. Kak Rasyidah, pelajar perubatan tahun 6 yang menghubung-inya tempoh hari mewakili seorang Anum Sakeena. “Akak, saya setuju. Sampaikan kepada Anum.” Dan selepas itu dia terduduk. “Aku telah membuat lompatan itu Ya Allah. Dan sekarang, aku serahkan diriku sepenuhnya kepada Engkau. Sungguh, aku hanya hambaMu yang tidak mengetahui apa-apa. Membuat keputusan ini, sekadar ingin menghormati seorang mujahidah yang benar-benar mencin-taiMu Ya Rabb. Nyatanya, aku sebelum ini tidak mencintaiMu sehebat CintaNya, yang walau mati pun masih ingin terus berjuang untukMu.” Bukan senang melepaskan apa yang selama ini dikejar. Bukan senang memilih sesuatu yang diketahui tidak lama lagi akan hancur. Bukan senang hendak mengenepikan pilihan sendiri, perasaan hati, untuk memilih sesuatu yang benar dan hakiki, kerna biasanya walaupun pilihan diri itu salah, itulah yang disenangi. Dan hari ini dia melakukan, apa yang ramai manusia tidak mampu. Lepaskan segala-galanya. Hanya percaya-kan Dia. Air mata mengalir deras di pipi Syakir Muntasir malam itu.

******

“Sebenarnya, berapa lama lagi masa untuk awak hidup?” Soalan itu muncul dikala langit sedang indah ditemani bulan mengambang. Anum menatapnya, dan tersenyum. “Tidak tahu. Tetapi doktor kata, boleh jadi panjang sekiranya tidak melahirkan anak. Awak pun dah dengar nasihat doktor masa awal-awal teman saya buat pemeriksaan semula dulu, bukan?” Dulu. Macam telah lama. Sedangkan, mereka baru setahun berkahwin. “Jadi, kenapa hendak melahirkan anak?” Senyuman Anum melebar. Dan senyuman itu sangat-sangat indah. Bulan mengambang jua bukan tandingan. Nyata ini syurga yang berada di atas dunia. Dan Syakir merasainya. “Awak sudah tahukan?” Dan giliran untuk senyumannya pula memekar. “Tidak takut?” Anum menggeleng. “Sebab akhirnya, kita akan mati juga. Lebih baik mati meninggalkan sesuatu untuk akhirat kita, daripada mati tidak memberikan apa-apa.” Tangan Anum dipegang erat. Dikucup. “Saya minta maaf.” Lembut Syakir bersuara. Anum mengiring. Kerusi malas yang menjadi tilam pembaringan mereka kini berbunyi. Antara aktiviti kegemaran, berbaring di atas

83

Page 84: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

kerusi malas bersama-sama, sambil menatap bulan mengambang indah. “Kenapa nak minta maaf?” “Sebab awal-awal dahulu, saya tidak mencintai awak. Saya sebenarnya ragu-ragu. Tetapi hari ini, saya rasa saya tidak sepatutnya ragu-ragu. Saya sepatutnya terus menya-hut.” Syakir turut mengiring. Wajah mereka berhadapan. Majlis kahwin mereka sederhana sa-haja. Ummi Abah datang ke Jordan bersama keluarga Anum, dan mereka berkahwin di Jordan. Saudara mara yang tahu, tidak ramai memberikan sokongan. Sebab semua melihat seakan-akan dia melemparkan diri ke dalam satu kecelakaan. Dia dihujani pelbagai tohmahan dari keluarganya sendiri yang tidak memahami. Abah dan Ummi pun tidak banyak membincangkan hal ini, kerana pada asalnya, Abah dan Ummi juga tidak berapa setuju. Tinggal keyakinannya sahaja yang akhirnya membuatkan tindakan itu mendapat restu. Bukan satu keputusan yang mudah. Hanya yang berani melepaskan segala-gala, dan percaya hanya padaNya sahaja yang mampu. Tetapi hari ini, kepercayaan Syakir itu terasa seperti telah dibalas. “Em, awak memang patut ragu-ragu. Bukan satu keputusan yang ringan. Dan saya yang patut minta maaf. Sebab saya macam dah han-curkan hidup awak. Awak tak berada di atas ‘track’ yang awak nak .” Anum mendekatkan wajahnya, hingga dahinya dan dahi Syakir bertemu. Syakir menggeleng perlahan. Dahi mereka bergesel. “Ini memang bukan ‘track’ yang saya nak. Tetapi saya rasa, ini ‘track’ yang Allah nak, berdasarkan apa yang saya dapat bila bersama awak selama ini.” Bayangkan, melihat bakal mayat yang langsung tidak seperti manusia yang berpen-yakit maut. Hidupnya tetap ceria. Hidupnya tetap bersemangat dan gembira. Study nya terjaga, bahkan dijaga pula study Syakir. Anum banyak memunculkan momen-momen indah. Program-program yang mengingatkan mereka berdua kembali kepada Allah SWT juga hangat dirancang oleh Anum. Rumah mereka seakan-akan bercahaya. Baca Al-Quran sama-sama, malam Jumaat qiamullail bersama, Isnin Khamis puasa ber-sama, study bersama-sama, keluar beriadhah di kala petang bersama-sama, pergi berziarah rakan-rakan bersama-sama, melaksanakan program dakwah dan tarbiyah bersama-sama. Dan banyak perkara lagi. Dalam semua itu, dia belajar daripada Anum. Bagaimana walaupun tahu umur tidak panjang, kekuatan tetap mengisi kehidupan dan diri terus-terusan bergerak dengan cergas hidup sebagai hamba Tuhan. Tidak merungut menyumpah Allah SWT yang memberikan-nya penyakit itu. Tidak pula mengeluh. Tetapi apa yang dilakukan adalah, mencari segenap ruang dan peluang, mengisi hari-hari yang berbaki untuk menjadi bermakna. Bermakna kepadanya, dan kepadaNya. Syakir Muntasir bersyukur. Dia tidak

tahu bagaimana kalau dia terus menunggu Humaira’. Dua tahun bukan jangka masa yang pendek. Pasti pelbagai halangan, cabaran dan dugaan muncul. Namun memilih Anum, dua tahun itu tidak dilaluinya. Dia melalui saat-saat indah pada setiap masa.Dia yang awal-awalnya serba salah, kini rasa tenang. Anum Sakeena, seindah namanya. Anum: Rahmat daripada Tuhan. Sakeena: Ketenangan. Syakir berharap, ketenangan dan kebaha-giaannya kekal. Kekal... Tiba-tiba terasa tangannya dipegang erat. Dia kembali ke alam realiti, dengan Anum di hadapannya. “Awak, saya ada satu berita gembira sebe-narnya malam ini.” “Apa dia?” Bibirnya terhias dengan senyu-man. “Saya mengandung. Tiga minggu.” Matanya membesar. Kekal... Itu mustahil bukan?

*******

Harinya tiba. Dan dia hampir sahaja tidak percaya semuanya berlaku dengan pantas. Kini dia hanya berdiri, dan di hadapannya adalah sekujur mayat yang telah kaku. Minit-minit terakhir amat memeritkan hatinya. Kini air matanya menitik-nitik pada bayi lelaki yang sedang berada dalam gendongannya. Semalam, Anum Sakeena selamat melahir-kan anak. Namun akibatnya, kondisi kesiha-tannya merudum di tahap kritikal. Kerosakan pada organ dalamannya merebak dengan pantas akibat melahirkan anak. Satu perkara yang telah lama dipesan oleh doktor. Beberapa bulan yang lepas, Doktor me-nasihatkan agar digugurkan kandungan untuk memanjangkan lagi nyawa Anum. Tetapi isterinya berkeras. “Saya tetap akan mati juga!” Dia sendiri, di dalam hati, inginkan Anum Sakeena hidup lebih lama. Dia bahagia dengan Anum. Dia rasa tenang dengan Anum. Tetapi melihat nekadnya isterinya, dan mengapa mereka berkahwin pada asalnya, membuat-kan dia tidak pernah menyebut hajatnya itu. Dia menghormati cita-cita isterinya. Anum Sakeena terus mengandung hingga pada hari melahirkan anak mereka. Sempat pula menduduki peperiksaan final pada tahun akhirnya, dalam keadaan sarat mengandung. Hari-hari sepanjang mengand-ung, dia tetap ceria, walaupun kandungan itu seakan bom jangka yang menandakan hari kematiannya. “Awak tahu apa yang saya seronok?” “Apa dia sayang?” Atleast, saya tahu bila saya mati. Boleh persiapkan diri habis-habisan.” Anum menjawab dengan senyuman seakan-akan itu bukan satu musibah. Ketika itu, Syakir Muntasir terpaksa meminta izin untuk ke tandas, dan menangis teresak-esak di dalam tandas keseorangan.

Tersentuh. “Kenapa awak tak pernah takut? Orang ramai takut mati.” “Ah ah, takut buat apa? Pelik, kenapa mesti takut untuk balik kepada Yang Maha Mencintai kita?” Tersentuh. Entah, hari-hari anak itu be-rada di dalam rahim Anum, terasa seperti saat kemuncak kehidupan seorang Syakir Muntasir. Matanya lebih terbuka. Dia lebih banyak bela-jar. Hatinya jadi lebih senang tersentuh. Dan pertama kali dia merasakan bahawa, dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Langsung tidak punya tenaga, seakan itulah pertama kali dia menyedari kekerdilan dirinya terhadap Rabbnya. “Nama dia, Mujahid Muntasir. Pejuang yang mendapat bantuan. Sebagaimana Syakir Muntasir, orang yang bersyukur yang mendapat bantuan.” Dia bersuara menamakan anaknya itu semalam, di hadapan Anum yang teramat lemah. “Awak dapat bantuan apa?” Anum Sakeena yang pucat lesi ketika itu bertanya sambil tersenyum, walaupun senyumannya ketika itu kelihatan tawar kerana kepenatan dan menanggung kesakitan teramat. “Allah beri bantuan, untuk saya perting-katkan kehidupan dan pemikiran saya, dengan awak, sayang.” Jawapannya. Seikhlas hati. Tetapi itu tidak menyelamatkan nyawanya. “Terima kasih sebab terima saya. Terima kasih, kerana merealitikan impian saya. Seka-rang saya rasa sudah tiba masanya.” Anum dengan air mata meleleh, pagi tadi. Meragut segala ketenangan yang wujud di dalam jiwa Syakir. Doktor memanggilnya masuk pagi tadi, dengan menggendong anak mereka, dia duduk di sisi perempuan yang dicintainya. Nyata, doktor memberikannya peluang untuk mengu-capkan selamat tinggal. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Air matanya lebih deras dari air mata Anum. “Anak Ummi, jadi saham akhirat Ummi ya. Mujahid, jadi Mujahid ya. Membesar jadi anak yang soleh, da’ie yang baik, tewaskan jahiliyyah, dan bawa seramai mungkin manusia ke syurga Allah ya?” Tangan Anum yang terketar-ketar ketika itu, berusaha mengusap lembut bayi mereka. “Saya cintakan awak Anum Sakeena.” Anum ketika itu menggeleng. “Awak cintakan Allah, sebab itu awak cintakan saya. Lepas ini, kerana cintakan Allah itu, awak akan berkahwin dan mencintai pula perempuan yang lain. Sebagaimana kerana awak cintakan Allah, awak menerima dan mencintai saya. Awak, jaga diri ya?” Akhirnya dengan lafaz syahadatain dan wajah penuh ketenangan seperti seorang pemenang, Anum menghela nafas terakhir se-bentar tadi. Dan Syakir Muntasir kini sekadar berdiri di sisinya, bersama Mujahid Muntasir yang masih tidak mengetahui apa-apa. Cinta inilah yang tertinggi. Cinta kepada Allah, hingga merancang untuk beramal selepas kematian. Cinta kepada Islam, sehingga merancang

84

Page 85: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

untuk terus menyumbang selepas kematian. Cinta kepada orang sekeliling, hingga mendidik agar semuanya mampu terus bergerak selepas kematian. Cinta yang sebenar, hingga mampu memu-tuskan segala gari dunia, yang mengikat pada tubuh hamba. Benar-benar seakan berdiri di atas jalan yang cerah, dan tidak berselirat dengan perangkap ke neraka. Pada umurnya baru 23 tahun, Syakir Mun-tasir seakan-akan telah mendapat sesuatu yang besar. Dirinya seakan-akan seorang yang baru. Teringat dia pada saat dia membuat kepu-tusan ini. Keputusan yang mengorbankan rasa hati, untuk memenuhi rasa Ilahi. Dia melihat apa yang dia perolehi hari ini. “Ya Allah, aku rasa bersyukur membuat lompatan itu dan mempercayaimu.” Air mata Syakir Muntasir tidak berhenti. Dan akhirnya Mujahid Muntasir terjaga, dan menangis.

******

30 tahun. 7 tahun telah berlalu. “Tua dah kita ni ya?” Suara Farid me-nariknya kembali. Syakir mengangkat sebelah kening. “Belum cukup tua untuk berhenti bekerja sebagai hambaNya.” “Tua yang itu, hanya di kala mati sahaja.” Farid tertawa. “Dan ada orang, merancang bagaimana di kala ‘tua’nya, masih mampu menyumbang.” Syakir menghela nafas. Dia dapat melihat Farid mengangguk perlahan. “Aku banyak belajar daripada dia. Nyata, dua tahun bersamanya adalah untuk menjadikan aku, aku yang hari ini.” “Kita sama-sama belajar daripada dia. Semoga Allah rahmati dia di akhirat sana.” Farid bersuara, sambil terus memandang horizon. Bunyi ombak menghempas pantai mengisi ruang senyap antara mereka. “Abah, abah!” Satu suara memanggil. Dia dan Farid sama-sama menoleh. Seorang anak lelaki berumur 5 tahun, comel, berlari-lari mendapatkan Syakir. Terus mer-ebahkan diri dalam pelukan Syakir. “Anak saudara pakcik nak apa dengan Abah dia ni?” Farid menggeletek. Anak itu tertawa. “Mukmin cari Abang Mujahid sebenarnya. Kenapa tak nampak dia?” Dia bersuara comel. “Ah, Abang Mujahid ada di sana.” Syakir menunjuk ke arah batu karang besar yang terdapat pada hujung tunjukannya. Kelihatan seorang anak lelaki, berumur 7 tahun, bersila dengan tenang sambil meng-hadap laut, dengan Al-Quran di tangannya. Mujahid Muntasir, itulah namanya. “Mukmin perlahan-lahan ya pergi pada Abang Mujahid.” Syakir mengucup ubun-ubun Mukmin. Mukmin Muntasir nama penuhnya. “Em.” Mukmin terus berlari-lari anak ke arah Mujahid. Farid dan Syakir sama-sama memandang ke arah anak itu berlari.

“Mujahid sedang ulang hafalankah?” “Mungkin. Bayangkan, pada umur 3 tahun sudah fasih membaca Al-Quran, saat anak-anak lain pelat untuk berbahasa melayu. Umur 5 tahun sudah menghafal 5 juzu’ Al-Quran, dan sekarang dia sudah hampir menghafal 30 juzu’.” “Aku tahu. Dia juga nampak amat matang. 7 tahun, tapi macam remaja belasan tahun.” “Genetik ibu dia agaknya.” Syakir tersengih. Teringat Anum Sakeena. “Naa, tarbiyah sebenarnya. Kau pun cerita, macam mana Anum masa mengandung. Penuh penjagaan, penuh pengisian. Makanan dijaga, ibadah dipertingkat. Itu semua memberikan kesan.” Farid sekadar tersenyum. “InsyaAllah, Mujahid ini pasti akan mem-besar menjadi seorang yang hebat nanti.” “Macam Abah dia.” Farid menyiku Syakir. Syakir sekadar tertawa. Siapa tidak kenal Dr Syakir Muntasir hari ini di Malaysia? Antara orang terkenal yang memberikan motivasi kehidupan kepada masyarakat melalui pelbagai medium. Radio, televisyen, internet. Juga mempunyai Syarikat Consultancy Sakeena, yang giat memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah dan universiti, juga keluarga-keluarga. “Abang-abang sekalian, makanannya dah siap!” Satu suara lembut melaung. Syakir dan Farid sama-sama menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Amalina, isteri Farid melambai. Di sisinya terdapat seorang anak lelaki. Anak itu bernama Hasyim Mursyidi. Berumur 4 ta-hun. Anak itu berdiri antara ibunya, Amalina, dan seorang lagi perempuan. “Bidadari dah panggil, jom!” Bahu Syakir ditepuk. Mereka bingkas bangun.

Syakir dan Farid berjalan mendapatkan tiga manusia itu. Farid terus berpimpinan tangan dengan Amalina dan Hasyim. Manakala Syakir terus memaut pinggang perempuan yang lagi satu, sambil tersenyum senang. “Mana Mujahid dengan Mukmin?” “Itu. Kita kena pergi ambil mereka dulu. Jom?” Syakir menunjuk. “Jom.” “Gelaran Aisyah RH adalah Humaira’. Dan dia pernah lumba lari dengan Rasulullah SAW. Care to race with me o Humaira’ Arisha?” Terus Humaira’ Arisha berlari. “Game on Syakir Muntasir!” Humaira’ melambai tangan. “Tak aci!” Syakir menjelir lidah, dan terus berlari mendapatkan Humaira’. Nyata, selepas apa yang berlaku kepada Anum Sakeena, Humaira’ menunggunya. Bahkan tersentuh dengan Anum Sakeena, Humaira’ berhajat mencontohi perempuan itu. Yang telah berjaya melepasi sempadan cinta biasa. Menjadikan cintanya cinta yang tertinggi dari segala manusia. Syakir Muntasir tersenyum sendiri. “Aku bersyukur dengan lompatan yang mengubah hidupku itu Ya Rabb.” Lepaskan segala-gala, percayakan Dia!

Hilal asyraf.85

Page 86: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Abah.Cerpen:

Penulis : Qani’ah Mawaddah

***** Sepanjang kuliah. Hatiku sangat tidak tenteram. Aku nak balik! Ya Allah..kuatkan hati hamba-Mu ini Ya Allah… dari kejauhan, azan maghrib sudah berkumandang. Aku segera berbuka puasa. Sekadar berbuka dengan kurma dan air kosong. Tiada rasa untuk makan. Aku bangun untuk mengambil wudhu’ dan solat maghrib berjemaah. Hatiku sebak! Entah kenapa hatiku diruntun pilu. Imam sudah selesai mengimamkan solat maghrib. Kami bersama menadah tangan, mengamin-kan tiap bait doa yang dibaca. Tiba-tiba angin kuat datang menerpa. Muslimat bersolat diluar. Hanya beralaskan tikar getah. Kami terpaksa bangun. Angin yang kuat membawa hujan yang lebat. Allah.. hujan yang turun selebat perasaanku tika ini. Apakah petanda ini Ya Allah? Aku sudah tidak sedap hati. Aku berlari anak menuju ke dalam rumah ustaz. Mencari telefon bimbit dan mendail nombor ummi. “Ummi…adik nak balik? adik nak tengok abah..” “Sayang… ummi penat hari ini. Lagipun tak da sapa yang boleh pergi ambil adik.. adik tunggu hari Jumaat ni ya? Ummi pergi ambik…” “Ummi…” “Adik…bolehkan?” Aku terus menekan punat merah tanpa menjawab pertanyaan ummi. Sedih! Aku nak jumpa abah. Aku dah rasakan lain. Hujan yang lebat. Kesejukan di malam 10 Ramadhan. Aku rindu abah….aku terus menangis di situ juga.

Ramadhan.. Allah...pantas masa berlalu. sedar tak sedar.. sudah 9 hari aku berada di bulan yang mulia ini. Seperti kebiasaan, aku dan rakan-rakan akan ke Darul Hadith pada setiap petang. Bersama menadah kitab, berbuka beramai-ramai dan menunaikan solat Tarawih berjemaah… Sudah 2 tahun, Darul Hadith sebati dengan diriku. Terasa keindahan menuntut ilmu dengan ulama’ di sini. Kehangatan dan pelukan sebuah ukhwah yang bertunjangkan tauhid sentiasa meresap ke dalam kalbuku…Allah~ Aku datang awal hari ini. Namun, hatiku terasa kosong. Tiada rasa untuk masuk dan duduk bersama sahabiah yang lain. Aku bangun dan duduk di luar. Aku runsing. Men-unggu sahabatku, dia janji nak bawa telefon aku. Aku tertinggal di Qurratul Ain.. Ya Allah.. kenapa aku tak tenang sangat ni? “Lilie..kenapa lambat sangat ni? Mana telefon ana..?” “Sori la Suha..macam tak faham pula.. kitorang jalan kaki.. nah.. tadi mak enti call..” “Yeke..ok.. terima kasih Lilie ^__^ ”Aku segera mencapai telefon. 3 sms. 5 miscall dari ummi ! Kenapa ya? Aku buka satu persatu mesej. “Salam..adik ada kat mana ni? Abah sakit teruk semalam..” Allah..aku terus terduduk. Air mata su-dah laju membasahi pipi. Segera aku mendail nombor telefon ummi. “Ummi…abah macam mana?” “Alhamdulillah nampak ok sikit..adik pergi mana semalam?” “Telefon adik tertinggal kat rumah sewa kawan.. adik nak balik boleh dak?” “Ummi rasa tak payah la.. ummi nampak abah dah ok sikit.. lagipun adik kan nak exam kan..?” “Alaaa..ummi..ummi, nak balik..” “Dengar cakap ummi..tak boleh sayang..” “Ye la….”

*****15 minit kemudian. Telefonku berdering. Ummi? Aku mengangkat telefon. Namun sepi.. aku panggil ummi.. terdengar esakan kecil. Kenapa ni? “Ummi…kenapa ummi?” Ummi masih diam. Hanya esakan kecil kedengaran. Aku sudah kaget. Berkali aku panggil ummi. Sahabatku, Lilie.. dari tadi tidak henti-henti mengusap lembut belakangku. Mengerti perasaanku tika ini..Allah~ “Adik balik ye sayang..satgi Pak Su datang ambik..” “Kenapa ummi?” “Abah dan tenat..” Aku terus menangis. “Kan adik dah kata.. adik nak balik.. ummi tak kasi..” “Jangan cakap macam tuh sayang.. sayang tunggu ya.. satgi pak su datang.. adik ada kat mana tuh?”

“Cakap kat Pak Su.. adik ada kat Darul Hadith..Pak Su tau..”

***** Di dalam kereta. Aku tidak henti-henti menangis. Aku rindukan abah. Teringat lagi saat-saat akhirku bersama abah. Abah geng-gam tanganku. Abah tak izinkan aku pulang ke rumah sewa. Aku segera lepaskan tangan abah. Merengus kasar. Mengatakan yang aku sudah lambat. Abah hanya memandangku. Aku berjalan keluar meninggalkan abah yang masih duduk di kerusi tua itu. Allah! Kejamnya aku Ya Allah..kenapa aku tegar buat begitu kepada abah…sedangkan, itulah saat akhirku bersama abah…

9

86

Page 87: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Sampai di rumah. Kelihatan begitu ramai orang di rumahku. Aku terus berjalan. Masuk mengikut pintu dapur. Aku hanya melihat abah dari jauh. Aku menjenguk di sebalik dinding. Abah sedang terbaring lesu. Air dimasukkan ke dalam tubuh abah. Mata abah terpejam. Abah tidur barangkali. Aku hanya mampu mengelap air mata yang membasahi pipi. Tiba-tiba bahuku ditepuk dari arah bela-kang. Abang Long… aku terus peluk abang. “Bila abang balik?” “Abang baru sampai tadi..singgah Perak dulu..ambik Angah..” “Adik balik dengan sapa ni..?” “Pak su..abang..adik sedih..” “Adik…jangan nangis.. abah tak suka tengok adik menangis.. pergi la dekat abah.. abah panggil nama adik banyak kali tadi..” Aku meleraikan pelukan. Memandang Abang Long. Abang hanya mengangguk. Aku segera berpaling. Memandang wajah abah. Aku segera menghampiri abah. Duduk di sebelah kanan abah. Muka abah pucat. Tangan abah sejuk. Aku mendekatkan bibir aku ke telinga abah. “Abah..adik dah balik…” Abah cuba untuk membuka mata. Namun hanya sedikit yang mampu. “Hrrrrrr….” Hanya bunyi itu yang mampu ku dengari. Abah tak kenal adik ka? Abang Long datang menghampiriku.. Abang Long pegang tangan abah. “Abah..ni Nasuha..anak abah.. adik dah balik..” “Hrrrr…” Aku terus menangis. Masakan hanya bunyi itu yang mampu abah keluarkan. Abah… adik rindu suara abah…Abang Long terus memelukku. Aku menangis sekuat hati. Abah… adik nak abah.. kelihatan saudara mara yang berada di situ turut menangis. Aku lihat ummi hanya mendiamkan diri. Tiada tangisan di mata ummi. Ummi melemparkan senyuman, penguat semangat buatku. Ummi memberi isyarat. Baca Yassin.. aku mengang-guk. Memahami.. kehendak ummi. Sekalipun abah tidak memberikan sebarang respon kepadaku. Aku masih setia di sisi abah. Membaca Yassin untuk abah. Sesekali aku menyeka air mata yang mengalir. Aku sebak! Tiba-tiba.. datang sepupuku. Mereka berpakat nak bawa abah ke hospital. Pak Su segera mencabut jarum yang memasukkan air ke dalam tangan abah. Darah terpancut! Aku terkejut. Aku terus menangis. Jangan kasar dengan abah! Sakit! Abah tidak mahu ke hospital. Abah mahu duduk di rumah sahaja. Tetapi diorang tetap bertegas untuk bawa abah ke hospital. Aku merintih penuh hiba. Janganlah bawa abah pergi..abah tak mahu.. kenapa semua tidak memahami?

***** Tepat pukul 12 malam. Rumah sudah sunyi sepi. Ada yang sudah pulang. Ummi juga sudah terlelap. Letih barangkali. Aku masih se-tia di situ. Membaca Al-Quran. Mataku sudah

bengkak. Menahan rasa! Allah~ Tiba-tiba telefom bimbit ummi berder-ing. Abang Long! “Adik ni , Abang Long..ummi dah tidur..” “Adik…” Abang Long sedang menangis. Sayup-sayup kedengaran tangisan abang di hujung talian. “Abang…kenapa?” “Suruh ummi siapkan tilam ya..abang nak bawa balik abah..doktor dah tak boleh buat apa.. degupan jantung dah lemah..40%..doktor suruh bawa balik..” “Allah..” Aku terduduk lesu. Aku menangis. Memukul diriku. Allah.. jangan ambil abahku. Aku masih belum puas bermanja dengan abah. Jangan ya Allah.. Aku bangun.. menuju ke bilik ummi. Aku tidak sampai hati untuk kejutkan ummi. Ter-serlah kelihatan di wajah ummi. aku mendekati ummi. mengusap lembut pipi ummi. “Ummi..ummi..” Ummi membuka mata. Tersenyum memandangku. “Kenapa sayang..?” “Ummi..abang telefon..suruh siapkan tilam.. mereka nak bawa balik abah..” Ummi segera bangun. Memandang ke arahku. Tersenyum. Aku hairan. “Abah dah nak balik sayang..? Kejap..ummi ambil wudhu’..” Aku rasa aneh. Ummi tenang sahaja? Seakan mengetahui.. teman hidupnya akan pergi tidak lama lagi. Ya Allah..tenangnya um-miku.. kuatkan dia ya Allah..

***** Beberapa minit kemudian. Sebuah ambulans masuk ke dalam laman rumah kami. Aku segera membuka pintu utama. Mereka mengangkat abah. Allah.. sayunya aku tengok. Badan abah kurus sangat. Mereka terus mengangkat abah dan meletakkan abah di atas tilam. Abah nampak tenang. Aku menghampiri abah. Kaki abah sejuk. Perut abah sejuk. Aku terus menekup mulut. Terus bangun. Aku sudah sebak. Ya Allah.. abahku bakal pergi. Kembali kepada-Mu. Aku lihat ummi kesejukan. Terhenjut-henjut berjalan merapati abah. Ummi mem-bisikkan sesuatu di telinga abah. Aku nampak Abang Long masuk. Abang Long mengham-piriku. Kami berpelukan. Pertama kali abang Long melepaskan tangisannya di dalam pelukanku. Aku memahami hati abang. Abang meleraikan pelukan. Abang menarik tanganku dan Angah menuju ke arah abah. Kami hanya tiga beradik. Aku anak per-empuan bongsu. Abang Long..Angah dan aku.. duduk mengelilingi abah. Kami sebut nama kami satu persatu. Memeluk dan mencium abah. Abah tidak mampu membuka mata langsung. Mungkin kesan ubat yang diberikan. Saudara mara sudah memenuhi ruang rumah. Kami bertiga tekun membaca Al-Quran. Waktu sahur semakin hampir. Aku bangun untuk bersahur. Abang Long masih setia mengucapkan kalimah Allah di telinga abah.

Usai bersahur. Aku menunaikan solat sunat dan solat subuh. Aku berbaring untuk seketika. Bila masanya aku tertidur langsung tidak aku sedar. Aku mimpi abah. Aku nampak ummi datang kepadaku… Ummi memanggilku.. “Adik..cepat adik..abah dah nazak..” Aku membuka mata. Duduk seketika. Mimpi atau betul? Dari kejauhan kedengaran kalimah tauhid dilaungkan. Aku segera mencapai tudung. Masih berjalan terhuyung-hayang. Aku berjalan mendekati orang ramai. Kenapa ni? Aku segera melajukan langkah walaupun aku masih tidak sedar sepenuhnya. Aku nampak abang di sisi abah. Ada An-gah.. ummi.. abah membuka mata. Bercahaya.. memandang ke atas.. abah mengucapkan kalimah LAILAHAILLAH… Aku lihat kerongkong abah berg-etar. Laju.. sedikit demi sedikit..getaran itu hilang. Sedarlah aku.. abah sudah pergi. Aku terduduk. Menangis! Aku tak sempat bersama abah untuk saat akhir. Aku menampar pipiku. Geram! Kenapa aku tidur? Kenapa aku tak bersama abah… Ummi segera memelukku. Ummi insan yang paling tenang. Ummi tenang melepaskan abah pergi menghadap Ilahi. Aku menangis di dalam pelukan ummi. abah dah tinggalkan adik. Kenapa abah tinggalkan adik…. Kenapa? Ya ALLAH.. insan ini telah pergi menin-ggalkanku. Hilanglah tawa riangnya bersam-aku. Hilanglah tempat untukku melepas rindu. Sesungguhnya dia telah kembali kepada-Mu.. Aku redha.. melepaskannya pergi kepada-Mu~

Abah..adik sayang abah… ^__^

Nukilan nurani,Qani’ah Mawaddah1.23 pm18 Oktober 2011KELAB PENULISAN IRBIDhttp://qaniahmawaddah.blogspot.com/2011/10/abah.html

87

Page 88: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

“Aisya..” Elisa menahan lenganku. Aisya menoleh. “Lisa, kenapa ni?” soalku. Hairan meli-hat Elisa tercunggap-cunggap. “Aisya boleh tolong Lisa tak?” soalnya. “InsyaAllah..Ada apa ni?” Aku menanti teman Elisa dengan penuh kesabaran. Ikutkan hati ingin sahaja tinggalkan tempat itu. Tapi..mana mungkin, aku telah berjanji untuk membantunya. “Assalamualaikum.” kedengaran suara itu bukan suara wanita tetapi… Aku segera bangun. Angkara Elisa. Dia pasti bersama lelaki ini merancangkan hal ini. Aku terus mengatur langkah untuk beredar. “Sekejap. Ada sesuatu yang saya nak cakapkan pada awak.” kata lelaki itu. “Bukan macam ni caranya. Berduaan macam ni mengundang kemurkaan Allah. Saya takutkan Allah.” kata Aisya lalu beredar meninggalkan lelaki itu. Berbanyakkan bertaubat dan muhasabah diri..itu pesan bapaku tempoh hari. Aku berlapang dada dengan perbuatan Elisa tempoh hari. Dia meminta maaf kepadaku. Janjinya dia tidak akan melakukan hal itu lagi.

JANJICerpen:

Penulis : F.N.K

88

Page 89: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

“Dia ikhlas mencintai kau Aisya..” kata-kata Elisa terngiang di telingaku. Bukan aku mahu menolak cinta yang hadir untukku tetapi sanggupkah aku melukai hatiku buat dua kalinya. Ibu bapaku bagaimana? Mereka terlalu membimbangkan aku suatu ketika dahulu. Lelaki durjana..dayus. Melukai hatiku..ibu bapaku..memalukan keluargaku sendiri. “Aisya..” ibuku menjengah mukanya di muka pintu. “Ibu..masuklah,” jemputku. Wajah ibu kelihatan gusar di sebalik ke-tenangannya. Pasti ada sesuatu berita yang dia tahu aku tidak sukai. “Ibu nak minta maaf kalau apa yang ibu katakan akan melukai Aisya ya , ” kata ibuku. Aku sekadar mengangguk. Mana mungkin aku tidak akan memaafkan ibuku. “Sebenarnya ibu dengan ayah panggil Aisya balik..ada sesuatu yang kami nak tanyakan dekat Aisya,” kata ibu. Aku tahu dan pasti mengenai apa. Tetapi aku hanya mendiamkan diri mendengar kata ibuku. “Sabtu lepas..ada orang datang merisik Aisya. Ibu tahu Aisya pasti menolak..tapi..ibu harap Aisya boleh pertimbangkan dulu..sebelum menolak pinangan tu,” kata ibu. Mungkin tak salah aku menerima pinangan itu. Tapi..hatiku Ya Allah..payah untuk mem-bukanya buat kali keduanya setelah lelaki itu melukai aku dengan teruk. “Ibu takkan paksa Aisya. Tapi..Aisya fikir-fikirkan. Kalau Aisya bersedia. Beritahu ibu ya.” katanya. “Ibu..” aku menahannya. Ibuku menoleh. “Aisya ikutkan keputusan ibu dengan ayah.” bagaimana mulutku boleh mengeluarkannya dengan yakin? Ya Allah..kuatkan hatiku.

*** “Maafkan Farhan..dia bersalah kerana membuat keputusan seperti ini di saat gent-ing.” kata Datin Ros. Menitis air mata aku mendengar ucapan wanita separuh umur itu. Dugaan apakah ini? “Farhan tak nak lukakan hati Aisya. Tapi keputusannya untuk putuskan pertunangan..demi kebaikan Aisya ,” kata wanita itu lagi. “Maafkan mama..” sambungnya sambil meme-lukku erat. Aku menangis di bahu wanita itu. Perkahwinanku dibatalkan serta merta. Ibu dan ayah tidak menyalahkanku walaupun orang kampungku membawa mulut yang buruk mengenaiku. Ayah membuat keputusan untuk berpindah setelah melihat penderitaan aku menanggung cacian orang kampung. Kasihan melihat mereka. Mungkin ada hikmah disebalik pemutusan pertunangan itu. “Farhan..” aku menegur bekas tunangku. Hah..syukur ya Allah..Kau menunjukkan perlakuannya yang sebenar kepadaku. “Aisya..” genggaman tangan gadis di seb-elahnya dilepaskan. “Aisya bersyukur Allah tunjukkan se-muanya di depan mata Aisya. Tak perlu Aisya rasa lemah lagi di atas pengkhianatan Farhan,” kataku.

“Berbahagialah Farhan dengan kemak-siatan yang Farhan lakukan sekarang.” sam-bungku, sebelum aku melangkah kaki beredar dari situ. Farhan mengejarku. “Abang..” panggilan gadis seksi itu tidak diendahkan oleh bekas tunangku. “Aisya..” aku tersedar daripada lamunanku yang panjang. Air mataku dikesat segara supaya ibuku tidak melihatnya. “Siap sedia..bakal mertuamu akan masuk.” kata ibu. Aisya menarik nafas dalam menahan debar di dada. “Assalamualaikum..” “Waalaikumussalam..” jawab sepupuku yang menemani aku di dalam bilik. Bakal ibu mertuaku masuk dengan senyuman manis dilemparkan kepadaku. Aku membalasnya. “Terima kasih menerima kami. Kami keluarga yang beruntung jika memperoleh Aisya..” katanya. Aku sekadar menunduk malu atas pujian itu. Cincin emas itu disarungkan. Tempoh ikatan pertunangan itu hanya seminggu. Kata mereka, tidak mahu mengikat pertunangan terlalu lama. Tidak mahu perkara berulang dua kali katanya. Aku hanya membiarkan maksud tersirat itu. Mungkin tunangku juga mengalami perkara yang sama sepertiku. Halaman rumahku sudah cantik dihiasi hiasan majlis perkahwinanku. Semua ini kehendak keluarga tunangku. Bagi aku dan ke-luarga, bersederhana sudah cukup diidamkan. Tetapi mereka mahu aku disambut dengan meriah. Aku bersyukur kerana keluarga mereka menerimaku apa adanya. “Aisya..kau dah tengok wajah bakal suami kau?” soal Julia, sepupu rapatku. “Tak..aku tak tengok. Aku tak bersedia untuk melihatnya.” kata Aisya. “Aisya..jangan kau ingatkan lagi kisah silam kau. Sekarang..Allah membuka pintu hati kau untuk menerima dia seadanya. Nabi pun mengajar kita untuk melihat siapa yang bakal kita kahwini.” kata Julia mengingatkanku. ‘Ya Allah..kuatkan hatiku.’ Hanya tinggal beberapa jam, aku akan meninggalkan zaman bujangku. Janganlah Kau mengujiku seperti dulu..desisku. Tok..Tok.. Julia membuka pintu untukku. Sahabatku tersenyum ke arahku . Elisa. “Tahniah..kau bakal menjadi isteri sebelum Lisa.” kata Elisa. Aku tersenyum malu. “Aisya..Lisa nak minta maaf.” katanya. Aku memandang ke arah temanku. Julia memandang ke arahku. Ya Allah..kenapa lelaki ini muncul di saat ini. “Cantik Aisya memakai baju ini.” katanya. Aku memandangnya dengan penuh kebencian. “Farhan buat apa dekat sini?” soalku. Genggaman tanganku kuat memohon kekua-tan daripada Julia. Julia memahamiku. Dia bersamaku di saat aku ditinggalkan sebelum perkahwinanku. Mataku terpandangkan wajah wanita yang amatku kenali. Ya..Datin Ros bersama sua-minya. Tak mungkin ibu bapaku menjemput mereka. Hampir setahun, ibu dan ayah tidak menghubungi mereka kerana menghormatiku. “Aku terima nikah Nur Aisya Amalina

JANJI

bt Ahmad Zulkarnain dengan mas kahwin tiga ratus tiga puluh tiga ringgit tunai..” berlinangan air mataku jatuh ke bumi. Sebak di dada terasa. Akhirnya semua penderitaanku terubat. Kerisauanku hilang. Syukur ya Allah.. “Tahniah sayang ibu. Semua lukamu akan terubat.” bisik ibuku ketika memelukku. Julia memelukku. “Tahniah.” Aku menunduk debar ketika lelaki yang ku lihat dari belakangnya menghampiriku. “Assalamualaikum..” ya..suara itu. Aku per-nah mendengarnya memberi salam kepadaku. Aku menoleh tepat ke arahnya. Ya Allah..lelaki ini. Lelaki yang pernah Elisa temukan untukku. Dia menghulurkan tangannya untuk aku menyambutnya. Bergetar tanganku untuk menyambut huluran itu. “Aku bertunang den-ganmu bukan untuk mengkhianatimu seperti kau pernah alaminya. Aku ingin mengubatinya sehingga ia sembuh sepenuhnya.” bisiknya ke-padaku ketika aku mengucup tangannya. Aku memandang tepat matanya. Dia tersenyum manis ke arahku lalu air mataku dikesat kasih. Dia mengagumi aku yang tabah menghada-pi ujian yang diberikan oleh Allah. Tidak men-gendahkan kata orang demi ibu dan bapaku. Aku bersyukur kerana masih ada lagi keluarga seperti itu. Datin Ros dan suami mengucapkan tahniah kepadaku. “Maafkan mama..” katanya kepadaku. Dia yang memperkenalkan aku ke-pada lelaki itu. Terima kasih Datin Ros. Farhan kisah silam yang patut aku lupakan. Bak kata ibu, perkara yang sudah berlalu jangan diin-gatkan lagi. Biarkan menjadi satu kisah dalam hidup kita. Kini..Hazrin adalah kisahku yang patut aku pelihara rapi.

~Kiasan khas buat wanita..~

~Jangan mengabaikan penghormatanmu..hanya kerana ingin menepati janjimu..Allah mengetahui setiap apa..yang kamu lakukan..~

~disediakan oleh F.N.K ~

89

Page 90: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

arah merah mengalir perlahan dari luka pada hidungku.Abah panik. Segera dia berkejar untuk mendapatkan ubat gamat. Aku baring untuk menghalang darah daripada menitik.Tanganku penuh dengan darah. Ma-taku berair dek kepedihan yang dirasakan. “Adik , kenapa baling pembaris ni kat kakak? Tengok habis berdarah hidung kakak,” marah Syahid sambil memegang pembaris tebal yang digunakan ibuku untuk menjahit.Adik kecilku itu hanya tertawa lalu mendapatkan kereta mainannya tanpa melihat ke arahku.Sementara itu, abah datang lalu meletakkan sedikit ubat gamat pada lukaku.”Tak payahlah marah dia.Dia tak tahu ,” bergetar suaraku menahan kesakitan.Syahid senyap.Aku menangis.Terasa pedih sangat.Tak mampu aku tahan. ” Jangan nangis, kakak. Nanti makin sakit ,” abah cuba menenangkan aku.Namun, apa dayaku menahan tangisan ini, luka ini terasa sangat pedih.Tak bisa digambarkan dengan kata-kata. Aku mengesat darah di tanganku dengan tuala yang dibawa Syahid, adik lelakiku yang kelihatan sangat bersimpati dengan kakaknya ini. Aku memandang adik bongsuku yang khusyuk bermain dengan alat mainannya tanpa mengetahui dia telah mencederakan kakaknya ini.Bukan salah dia, salahku kerana tak memahami apa yang dimahukannya.Dia inginkan telur goreng, aku bawakan ikan goreng.Dia marah dan spontan , melemparkan apa yang berada di tangannya. “Sabar, Anis.Dia bukan seperti kau,” hatiku berkata.

*** “Kakak, tolong mandikan adik,” Aku memimpin tangan Aliya. Namun, dia ingin didukung.Aku tersenyum.”Nak bermanja dengan kakaklah ni? Umur 6 tahun, nak suruh kakak dukung lagi,” kataku sambil men-dukungnya.Dia tersengih-sengih.Tanda gem-bira keinginannya dituruti.Aku bercerita itu ini padanya sambil menuju ke bilik air.Biarpun dia tak memahami, aku ingin biasakan dirinya dengan percakapan. ”Nanti kakak dah masuk universiti,dah takde orang nak dukung dan mandikan adik macam ni,”ngomelku sambil menjirus air pada badannya. Ku memerhatikan telatahnya.Te-latah insan istimewa yang kehilangan nikmat pendengaran sejak kecil. Tiba-tiba, mindaku teringat kembali nasihat doctor Amni,audiologis yang menguruskan keadaan adikku ini,” Kita kena bersabar den-gan kerenah dia, dia tak mampu nak luahkan perasaan dengan kata-kata.Jadi, sebab itulah dia akan menjadi agresif. Dia zahirkan per-asaan dia dengan kelakuan.Memang melayan

kanak-kanak istimewa memerlukan kesabaran yang tinggi.Ingatlah, dia tak sesmpurna kita.Meskipun kita dah masukkan alat penden-garan ke dalam otaknya dan ditambah pula alat pendengaran external, kita kena biasakan mereka dengan bunyi dan kata-kata, jangan berkomunikasi dengannya dalam bahasa isyarat.Kita nak dia berlatih mendengar,” Dengan alat yang ada sekarang, berapa jangka masa untuk Aliya boleh mendengar?, tanya ibuku.” 5 atau 4 tahun. Kita kena ingat yang alat dalam otaknya itu hanyalah ciptaan manusia, tidak akan sesempurna telinga kita.Jadi,mungkin cara dia mendengar dan kita mendengar berbeza.InsyaAllah, dengan terapi dan usaha kita, Aliya akan boleh bercakap.Jangan lupa mengharap pada Allah yang mem-beri nikmat pendengaran,” .Kebetulan minggu lepas, aku berpeluang menemani ibuku ke hospital kerana aku masih menunggu tawaran universiti. Tikaku masih di awangan imaginasi, dia membuka pili air lalu menghalakan padaku.Aku terkejut.Habis basah kuyup bajuku.Sekali-gus meniup pergi imaginasiku. Dia ketawa sambil mengangkat tangannya tanda kemenangan. Aku turut sama ketawa.Lalu aku membalasnya dengan jirusan air.Na-mun, dia pandai mengelak.Berlakulah “perang air “ antaraku dengannya.Kakak berumur 18 tahun sedang berperang air dengan adik perempuan yang umurnya 6 tahun. Begitulah aku dengan Aliya setiap hari. Sementara menunggu tawaran universiti, aku ditugaskan oleh ibuku untuk menjaga Aliya.Akulah yang mengejutkannya daripada tidur, memandikannya, memakaikan pakaian , menyikat rambutnya, menyuapkan makanan dan juga semestinya bermain dengannya. Tikaku menyikat rambutnya,dia cuba mem-beritahuku dengan isyarat tangannya, dia ingin makan. “Aliya nak makan ye. Nanti lepas sikat rambut dan pakai alat telinga, kakak ambilkan makanan.Ok,” kataku sambil mengenyitkan mata. Dia masih lagi menggerakkan tangan-nya dan menunjukkan perutnya,tanda lapar. Entah kenapa,tiba-tiba, aku rasa sebak.Sebak melihatkan ketidakupayaannya untuk mengatakan “Kakak,Aliya nak makan”.Mataku bergenang dengan air mata.Aku terlalu

ingin dia memanggilku, “Kakak”.Aku terlalu ingin dia berpaling apabila aku memanggil namanya.Terlalu ingin! Air mataku mengalir laju. Ya Allah, permudahkanlah untuk adikku mendengar.. Hatiku mengharap. ”Nanti bila Aliya dah boleh dengar, Aliya panggil kakak ye.Kakak nak sangat dengar,” tersekat-sekat aku meluahkan kata sambil menahan sebak.Aliya memerhatikan pipiku yang basah dengan air mata.Redup matanya menambahkan kepiluan di hatiku.Air mata terus membanjiri kelopak mataku.Aliya mengesat air mataku dengan tangannya.Seakan memahami perasaanku.Perbuatannya itu menambahkan gelora sedih di jiwa. “Dah siap pakai baju? Ibu dah siapkan ma-kanan,” tegur ibuku. Aku segera membelakangi ibuku.Tak mahu dia melihat tangisanku ini. ”Dah, nak siap dah,” aku pura-pura membet-ulkan baju Aliya.Tanganku pantas menyeka air mata.Ibuku berlalu ke dapur.Aku lega.Aku mengesat air mata yang bersisa lalu menuju ke dapur.Aliya pula berada di hadapan televisyen, menonton kartun kegemarannya, Upin Ipin. “Kakak nangis ke?,” Tanya ibuku sambil membasuh pinggan di singki.Membelakan-giku.Aku terpana.Macam mana ibuku boleh tahu? “Taklah,mata masuk habuk tadi,” helah yang cukup lapuk.Tapi itu sahaja yang terlintas di fikiranku.Aku juga dapat merasakan ibuku menangis. ” Ibu nangis ke?,” ku lontarkan kembali soa-lan yang sama.”Taklah,tadi ibu potong bawang.Jadi, berairlah mata,” kata ibuku.Ah, masing-masing cuba melindungi perasaan.Menipu diri sendiri.Namun aku dan ibu tahu benar kami berdua menangis.Rupanya ibu telah lama memerhatikan gelagat aku dan Aliya sebelum menegurku.

*** Ibu mengejutkan aku dari tidur.”Kakak, bangun.Dah pukul 5.30 pagi.Nanti lambat nak hantar adik ke sekolah,” Ibu menarik seli-mutku.Rasa mengantuk masih kuat menceng-kamku.Namun, ku memaksa diriku bangun

TERUSLAH MENYULAM HARAPAN

Cerpen: Penulis : Hauri Islam

D

90

Page 91: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

TERUSLAH MENYULAM HARAPAN

D

dan bergerak ke bilik air.Inilah juga rutinku setiap pagi.Menemani ibu menghantar Aliya ke sekolahnya, Sekolah Pendidikan Khas Kuala Terengganu.Rumah kami terletak di daerah Setiu.Masa yang diambil untuk tiba di sekolah Aliya, satu jam setengah.Oleh sebab itu, ibu mengejutkanku seawal 5.30 pagi.Ibuku enggan meletakkan Aliya di asrama sekolah itu.Aliya hanya berumur 6 tahun.Yang tak tahu nak menguruskan diri sendiri dengan sempurna.Sememangnya pihak sekolah ada menem-patkan beberapa penjaga untuk mengawasi penghuni asrama. Naluri ibu masih tidak sanggup melepaskan Aliya tinggal di asrama.Dia masih kecil! Jadi, setiap hari, 5 hari seminggu, ibuku akan berulang alik dari Setiu ke Kuala Terengganu.Begitu sekali pengorbanan seorang ibu yang ingin anaknya yang istimewa ini mampu belajar seperti kanak-kanak lain.Keletihan dan kepayahan dihadapi dengan tabah.Selalu juga dia menyuruhku mengurut badannya yang lenguh kerana terlalu kerap memandu kereta. “Anis, cepat.Tolong dukung Aliya ni,” pinta ibuku.Kelam kabut aku membetulkan tudung labuhku lalu mendapatkan begku.Segera menuju ke arah ibuku.Aliya masih lagi mengantuk walaupun sudah dimandikan dan dipakaikan baju sekolah.Aku tersenyum melihat telatahnya. ”Aliya mengantuk lagi ye,” kataku lalu mendukungnya.Aliya menggeliat dalam rangkulanku lalu melentokkan kepalanya di bahuku.Masih mengantuk. “Ibu, dah ambil beg dan kasut adik?,”tanyaku sambil meletakkan Aliya dalam kereta.Aku membaringkannya dia atas bantal di tempat duduk belakang.”Dah,semua dah ibu ambil,”ibuku sudah berada di tempat memandu.Aku mengambil tempat sebelah pemandu. Tiba di sekolahnya, aku dan ibu memimpin Aliya sehinggga ke kelas pranya.Aku suka melihat kelasnya yang sangat ceria.Kami bersalam dengan cikgu Aliya.Lalu kami mem-inta diri.Tengahari nanti, kami akan kembali untuk mengambil Aliya.Sementara menunggu tengahari, kami ke flat yang berdekatan dengan sekolah Aliya .Rumah ini dibeli semata-mata untuk dijadikan tempat menunggu sementara Aliya pulang dari sekolahnya. Ibu mengorbankan duit yang disimpannya untuk menunaikan haji untuk membeli rumah ini.Aku mengetahui tentang hal ini ketika ter-dengar perbualannya dengan bapa saudaraku di telefon.Ibuku menangis ketika itu.Tangisan ibu sangat meruntun jiwaku.Air mataku turut sama mengalir.Ibuku juga sepertiku.Sangat menantikan kalimah keluar daripada mulut adik.Sangat menantikan panggilan “ibu”. Terasa sesak di dada menahan air mata yang ingin mengalir selari dengan perasaan yang menekan jiwa ini.Tika itu, aku berlari ke bilik tidurku lalu menghamburkan tangisanku. Ya Allah,kuatkanlah hati kami untuk terus mengharap dan tidah berhenti mengharap.Hanya padaMu kami sandarkan harapan.

*** Aku mengemaskan barang-barangku.Lusa,

aku akan berangkat ke Jordan.Menyambung pelajaranku dalam bidang perubatan.Aku akan menaiki kepal terbang di KLIA.Jadi,esok kami akan bertolak ke Kuala Lumpur dan akan tidur di rumah bapa saudaraku.Keesokannya,kami akan ke KLIA.Ibuku masuk ke bilik. “Banyak lagi barang tak kemas? Semua dah ada?,” Tanya ibuku.Begitu prihatin dengan anaknya yang bakal berjauhan dengannya.“Sikit lagi.Nak masukkan baju pastu selesailah,” “Anak ibu dah nak pergi jauh dah.Nanti dengan siapalah ibu nak bermanja ni?,” ucap ibu sambil tersenyum.“Ala,ibu ni.Bila masa ibu manja dengan Anis.Tempat brmanja ibu dengan abah, bukan dengan Anis,” aku tertawa sambil mencuit bahu ibuku.Dia turut sama ketawa.Keadaan menjadi senyap seketika. “Siapa nak teman ibu hantar adik? Siapa nak tolong ibu jaga adik? Siapa nak bagi semangat kat ibu kalu ibu nangis?,” ibu memecahkan kesunyian yang baru tercipta.Bergetar nada suaranya. Aku berpaling.Matanya bergenang lagi.Ah, ibu.Kenapa kau hadirkan hiba di saat ini? Lan-tas , aku gapai tangannya.Memegang dengan kemas.Pipi ibu sudah basah dengan air mata.Aku jua begitu. “Ibu, janganlah sedih macam ni.Kalau ibu sedih,Anis lagi sedih,”kesedihan makin men-cengkam jiwaku.”Ibu kena kuat.InsyaAllah, berkat doa,usaha dan terapi, adik akan dapat dengar.Ibu kena tabah.Nanti bila kakak kat Jordan, hari-hari ,kakak telefon ibu ye.Jangan risau,”kataku sambil menyeka air matanya.Ibu turut melakukan perbuatan yang sama padaku. “Nanti mesti ibu rindu kakak,” “Ibu….,”aku tenggelam dalam pelukan ibu.Kami berdua menangis sepuas-puasnya.Hari ini, kami jujur pada diri sendiri.Tidak lagi menyembunyikan air mata.Tidak lagi melindungi rasa.Sungguh,tangisan ini tidak mampu ku tahan.Mengalirlah selaju nya wahai air mata… Hari ini, aku biarkan tanpa sekatan.Hari ini,kami berdua zahirkan duka lara.Menangislah…. Namun aku berjanji,esok aku tidak akan menitiskan air mata walau setitis pun.Aku berjanji!

*** Panggilan terakhir flight ke Jordan telah diumumkan.Tiba saatnya untuk aku berpisah dengan keluarga..Dengan ibu, abah, Syahid dan Aliya..Ku bersalam dengan ibu dan abah.Mereka merangkulku dengan kemas. Ku cuba membina kekuatan sepenuh jiwa sewaktu melihat mata abah dan ummi jernih dengan air mata. Sekuat hati aku ukirkan senyuman buat mereka berdua.Aku ingin pergi dengan senyu-man agar mereka tahu aku tabah. ”Belajar elok-elok.Jangan lupa agama.Jangan lupa jaga akhlak.Jangan lupa kami,”kata ibu.Ya Allah,takkan aku lupakan mereka semua.”Ya ibu, abah.Kakak janji kakak akn belajar bersungguh-sungguh.Doakan ye,” ujarku.Aku masih kuat.Senyuman masih lagi menguntum di wajahku.Kuat, Anis! Sedikit pesanan kuhu-lurkan buat Syahid yang bakal menghadapi peperiksaan PMR pada tahun ini.Sekeras-

keras adik lelakiku ini, menangis jua tatkalaku titipkan pesanan buatnya. ”Syahid, apa menangis ni?Tak macholah,”ku tertawa.Dia mengesat airmatanya.Kuat,Anis! Aku memeluk Syahid lalu ku gosokkan belakangnya.Tiba-tiba,ku terasa bajuku ditarik.Kelihatan Aliya tersengih-sengih.Dia membuat isyarat yang dia mahu makan,.Dia meletakkan tangannya di perutnya.Dia cuba mengheret tanganku.Ingin membawaku ke kedai yang ada di lapangan terbang. Aku merendahkan badanku.Lalu ku selak-kan rambutnya.”Aliya, kakak dah nak pergi.Nanti makan dengan ibu ya.Kapal terbang dah panggil kakak,” kataku lembut lalu ku hadi-ahkan senyuman.Perasaan hiba datang lagi.Kuat, Anis! Ibu dan abah sudah banjir dengan air mata.Sebak melihat gelagat Aliya yang tak mengerti yang aku harus pergi.Tak mengerti aku tak mampu lagi nak menyuapkannya ma-kanan.Tak mampu lagi nak memandikannya.Menyikat rambutnya. Aliya marah.Dia menarik-narik tanganku.Aku menggeleng.”Aliya,tak boleh ,sayang,” aku cuba memujuknya.Dia menangis.Anis,kuat! Melihatkan tangisannya, aku jadi lemah.Kekuatan yang ku bina tadi sekelip mata hilang ditiup angin.Ketabahan yang cipta tampak be-gitu rapuh sekali tatkala melihat tangisannya.Akhirnya, air mataku jatuh jua.Abah mengam-bil Aliya lalu didukungnya.Aliya meronta.Tangannya ingin menggapai diriku.“Kakak, pergilah.Nanti lambat.Aliya tu lambat lagi berhenti menangis.Kawan-kawan kakak dah masuk,”ibu mengingatkanku.Ya Allah,berat sungguh aku ingin meninggalkan Aliya.Langkah yang diatur menuju ke balai berlepas terasa amat payah.Tangisan Aliya masih kedengaran.Ketika aku ingin melang-kah masuk ke balai berlepas, ku berpaling untuk kali terakhir.Kelihatan ibu dan Syahid melambai-lambai ke arahku.Manakala abah sibuk melayan Aliya yang tidak henti-henti menangis. Aku meneruskan langkahku masuk ke balai berlepas.Aku kesat air mata yang ber-sisa.Aku kalah juga akhirnya.Kerana Aliya. “ Aku janji aku akan belajar bersungguh-sungguh.Bila aku dah jadi doctor nanti, aku nak jadi audiologis.Aku ingin menguruskan kes kanak-kanak yang seperti adikku.Aku ingin membantu mereka mendengar.Aku ingin menyuntik harapan buat mereka untuk terus berusaha dan berharap .Aliya, kakak harap sangat , bila kakak balik nanti, Aliya boleh panggil kakak “kakak”.Kakak akan terus meng-harap dan takkan berputus asa.Kakak sentiasa doakan Aliya dapat mendengar dan bercakap.Aliya boleh cakap kat kakak, Aliya nak makan, Aliya nak mandi,Aliya tak nak sikat rambut.Aliya….kakak nak pergi ini.Nanti kakak balik ye,” hatiku berkata-kata.Aku akan terus meng-harap.Putus harapan itu bagai membunuh impian tanpa cuba merealisasikannya.Aku akan terus menyulam harapan.Aku akan terus menunggu panggilan itu.”Kakak”… “ Katakanlah,” Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, pengliha-tan dan hati nurani bagi kamu.( Tetapi ) sedikit sekali kamu bersyukur “ 67:23

91

Page 92: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Indahnya lukisan alam itu. Segala-galanya terlukis sempurna oleh Khaliqnya. Melodi desa yang tenang lagi mendamaikan. Irama alam kurniaan Ilahi yang masih terpelihara lagi kesuciannya di saat irama dunia semakin tidak menentu rentak melodinya dek dilanda arus kemodenan. Seorang embah itu masih lagi asyik menikmati lukisan alam yang indah itu. Lukisan alam yang mendamaikan jiwa tuanya yang dilanda sepi. Saban hari, di serambi itulah tempat yang tidak asing lagi buatnya menghabiskan sisa-sisa usia emasnya. Kerana ketenangan itu, saban hari usai solat subuh dan mengemas tempat tidurnya ala kadar, embah selalu akan duduk di serambi merasai dingin-nya bayu pagi. Saban hari, begitulah kebiasaan yang akan embah lakukan semenjak tulang empat kerat embah tidak punya kudrat lagi untuk melakukan sebarang kerja. Embah masih lagi asyik mengelamun. Jauh. Bagaikan jasadnya saja yang terpaku di serambi itu sedang jiwanya melayang entah ke dinasti bila. Pandangan mata tuanya bagaikan menerobosi rimbunan hijau pepohon tanaman hiasan di halaman rumah kampung ini. Aroma harum cempedak goreng dari dapur bagai ber-lalu begitu saja, tak terkesan oleh deria baunya. Hatta disapa menantunya, embah tetap begitu. Tiada respon. Sedulang makanan merangkumi satu pakej

Asam Pedas Cencaru Buat Embah

Cerpen:

Penulis : Amalina Amin

inar sang suria mula menebarkan kemilau cahayanya yang keemasan ke serata alam. Ayam itik mula bertebar ke segenap pelosok halaman mencari rezeki di permulaan hari. Titisan embun di permukaan daun keladi menitis setitis demi setitis ke atas permukaan daun

keladi lain sehingga titis terakhirnya bersatu dengan air kolam mini buatan di halaman rumah itu lalu menerbitkan riak-riak gelombang kecil di permukaannya. Desiran bayu desa pagi yang dingin lagi menyegarkan bertiup semilir lembut membawa bersama zikir kicauan unggas dari

rimba di pinggir desa itu.

S

92

Page 93: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

sarapan pagi khas buat embah diletak di atas lantai simen beralas tikar mengkuang di serambi itu. “Mak, sarapan dulu mak.” Tegur Mak Long Miah buat kali keduanya sambil menyentuh bahu embah. Kali ini, barulah embah menoleh melihat menantunya. Anak lelaki sulungnya, Pak Long Mahat awal-awal pagi lagi sudah ke-luar melaksanakan tugas syif sebagai pengawal keselamatan di SK Gambut. “Miah buat cempedak goreng. Minum dulu susu ni, mak.” Mak Long Miah menyu-akan segelas susu bercampur oat, minuman rutin embah sejak embah pernah mengalami demam teruk suatu ketika dahulu. “Aku nak Tia balik. Aku nak dia yang buat-kan susu pagi-pagi untuk aku.” “Mari, Miah suapkan.” “Aku tak ada selera.” Mak Long Miah cuma tersenyum seraya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah ibu mentuanya yang seorang itu. Embah pula kembali merenung halamannya yang terjaga rapi bagaikan taman bunga larangan. Merenung jauh bagaikan merenung masa hadapannya. Gelas kaca jernih yang berisi susu hangat bercampur oat itu ditolak ke tepi. Dulu, waktu cucunya, Fathiah masih ada, Fathiah lah yang menjadi tukang kebun diraja embah. Fathiah lah yang selalu menyapu daun-daun kering di halaman itu dan kemudian membakarnya. Pokok-pokok bunga kegema-ran embah, Fathiah yang siramkan saban pagi dan petang. Setelah pemergian Fathiah ke luar negara kerana melanjutkan pengajian, Mak Long Miah lah yang menjaganya pula. Embah redha cucunya yang seorang itu pergi meninggalkannya walaupun pada awalnya embah seakan-akan merajuk bila Fathiah menyuarakan hasrat untuk pergi jauh. Berhari-hari Fathiah memujuk embahnya yang seorang itu agar merestuinya. Sampailah tiba jam-jam terakhir sebelum Fathiah berlepas, embah masih lagi merajuk. Berminit-minit jugalah Fathiah mempraktikkan segala kemahiran pujuk rayunya. Entah apa jampi yang dibaca Fathiah, akhirnya dengan izin Allah, hati tua embah cair juga dengan pujuk rayu cucu bertuahnya itu. Bersaat-saat jugalah hendak menanti embah mengucapkan segala amanat buat cucunya sebelum melepaskan Nur Fathiah pergi jauh. Embah redha. Lagipun, Nur Fathiah pergi bukan untuk berjoli. Nur Fathiah pergi dengan sebuah tanggungjawab yang tersandang di bahunya. Pulangnya kelak akan menabur bakti pada anak bangsa. Nenek mana yang tidak gembira jika cucunya pergi menuntut ilmu jauh ke bumi Syuhada’ dan bakal kembali sebagai muslimah yang bernilai solehah? Akhirnya embah lepaskan Fathiah dengan lebih dari seribu harapan. Biarlah kali ini Fathiah pergi dengan senyuman. Embah sudah cukup puas melihat Fathiah menangis saat kehilangan orang tuanya. “Nanti mak lapar, mak makan ya. Kalau dah masuk angin perut tu, senang nak dapat sakit. Buatnya si Tia balik, mak tengah sakit, tak ke susah hati budak tu nanti…” ujar Mak

Long Miah sebelum berlalu ke dapur semula. Dulang berisi segelas susu bercampur oat dan sepiring cempedak goreng panas yang berasap tipis itu ditutup dengan tudung saji mengkuang. Begitulah embah. Emosinya sukar dijangka. Mujurlah Mak Long Miah sudah bersedia lagi terlatih dalam situasi sebegini hasil pengala-man sewaktu menjaga arwah ibunya suatu ketika dahulu. Embah, angin monsun timur lautnya datang cuma sekali-sekala – saat dia teringatkan cucu kesayangannya, si Fathiah. Pada keadaan biasa, embah jarang sekali menolak jika Mak Long Miah atau sesiapa saja yang ingin menyuapnya makan. Bila angin monsun embah bertiup, Mak Long Miah tak-kan sesekali memaksa embah. Kalau dipaksa, cari nahaslah jawabnya. Embah, walaupun usianya sudah mencecah 88 tahun, walaupun penglihatannya kian kabur, walaupun pendengaran semakin hilang kepekaannya, namun memori embah masih kuat lagi. Tak sia-sia amalan memakan tempe hasil air tangan embah yang embah amalkan sejak dahulu kala lagi. Sejak embah masih anak dara lagi. Embah ingat lagi, sewaktu Fathiah bercuti sementara menanti keputusan SPM, waktu itulah detik yang paling sesuai untuknya menurunkan segala ilmu kedapuran kepada Fathiah. Biar Fathiah merengek-rengek minta diizinkan untuk bekerja sementara cuti menanti keputusan SPM, namun dia tetap tidak membenarkan. Biar Fathiah mengadakan tunjuk perasaan dengan sengaja memalaskan diri ke dapur, embah tetap tidak peduli. Akh-irnya Fathiah yang menyerah diri apabila tidak tertahan dengan bebelan embah. Embah tetap embah. Kalau embah kata, anak dara mesti be-lajar memasak, pada embah, hukumnya wajib. Pada embah, setinggi mana pun anak dara itu belajar, segala disiplin ilmu dapur mesti dikuasai. Noktah. Tiada dolak dalih lagi. Hasil ‘modul’ latih tubi embah yang menjadi ‘ketua fasilitator kursus memasak’ sepanjang cuti itu, Fathiah yang pada mulanya takut den-gan percikan minyak panas ketika menggoreng ikan, termuntah kerana hanyir perut ikan akhirnya berjaya menamatkan ‘kursus latihan’. Pak Long Mahat dan Mak Long Miahlah saksi utama kejayaan tersebut. Mereka yang tidak jemu-jemu memberi galakan kepada Fathiah. Secara tidak langsung, Fathiah menjadi tukang masak kedua embah selepas Mak Long Miah. Namakan saja – asam pedas, masak lemak, kuih bingka, masak singgang, masak pecal dan apa saja masakan mengikut selera veteran Jawa – semuanya sudah dikuasai dengan baik oleh Fathiah tanpa banyak komen dari embah lagi. Kerana itulah setiap kali Fathiah pulang bercuti semester dari KUIS, Fathiah sajalah – tiada orang lain – yang diperintahkan embah untuk memasak. Dan embah, kalau boleh setiap hari menu untuk embah adalah asam pedas. Tak kira apa jenis ikan pun, embah pasti akan meminta Fathiah memasakkan asam pedas untuknya. Dan Fathiah sudah mengerti lagi memahami dari segala aspek resepi berkualiti asam pedas embah bermula dari kuantiti minyak yang diperlukan sehinggalah

tahap kepedasan yang ideal mengikut piawaian citarasa embah. Cuma satu sahaja yang Fathiah tidak bersetuju dan selalu membangkang dari azali lagi – embah suka menggunakan minyak yang banyak di dalam apa jua masakan dan Fathiah selalu mengurangkannya tanpa peng-etahuan embah! Embah meraba-raba kaki kanannya. Kesemua jari kaki kanan embah dipotong lima tahun lepas akibat penyakit gangrene. Lima tahun lepas, sewaktu ditahan di wad, Fathi-ahlah cucu yang paling setia di sisinya untuk menjaganya. Kadang-kadang Fathiah bergilir-gilir menjaga embah dengan Mak Long Miah, Pak Long Mahat dan tiga orang cucu embah yang lain. Embah cuma punya dua orang anak lelaki – Pak Long Mahat anak embah yang sulung, arwah ayah Fathiah anaknya yang bongsu. Fathiah yang langsung tidak pernah menunjukkan muka geli geleman saat menukar lampin pakai buangnya setiap kali dia ingin membuang air. Fathiah yang tidak pernah membuatkannya rasa kekok apabila dijaga dan dirawat. Disebabkan Fathiah, Mak Long Miah dan Pak Long Mahat waris terdekat dengan embah, manakala cucu-cucunya yang lain sudah berkeluarga dan tinggal berjauhan, masa untuk mereka bersama menjaga embah lebih banyak berbanding yang lainnya.Sesekali, ngilu di kaki itu terasa. Ngilu, saat pertama kali Fathiah cuba mengajarnya ber-tatih untuk berjalan semula. Sayang seribu kali sayang, hasrat murni Fathiah itu gagal akh-irnya apabila embah berkeras tidak mahu me-neruskan latihan dengan alasan ngilu tatkala memijak lantai simen yang sejuk. Bila Fathiah yang kecil molek itu berusaha untuk memapah embah untuk duduk di kerusi roda dan cuba melatih embah bergerak menggunakannya, sekali lagi embah membantah keras. Katanya, kalau berkerusi roda pun tetap perlu berdiri, dan bila berdiri, kaki yang kudung separuh itu tetap juga ngilu bila tersentuh lantai. Embah, embah… Kala itu, embah lihat cahaya keikhlasan yang terpancar di wajah Nur Fathiah. Embah tahu, sepasang mata comel itu tidak akan pernah menipunya. Bibirnya tak lekang dengan senyuman dan tidak pernah sekalipun terbit keluhan dari bibir mungil itu. Kala dia tersenyum, mata sepet mirip arwah ibunya yang berketurunan Cina itu juga bagaikan turut tersenyum. Kala itu juga, embah tahu, embah semakin sayang dengan cucunya yang bernama Nur Fathiah itu biarpun suatu ketika dahulu dia pernah bermasam muka dengan arwah anaknya kerana tidak bersetuju dengan pilihan hati anaknya. Apa boleh buat, memang betul pun kaki embah terasa ngilu bila tersentuh lantai rumah yang sejuk itu. Tambahan pula, badan embah yang sudah bongkok tiga menyukarkannya untuk berjalan. Akhirnya embah sendiri yang memutuskan, embah takkan berjalan lagi, biarpun doktor jenuh melakukan sesi terapi pada kaki embah, kerana embah kini lebih selesa mengengsot ke sana ke mari.Embah menghitung-hitung jari jemari tangannya yang berkedut seribu. Mulutnya

93

Page 94: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

terkumat-kamit seperti membaca sesuatu. Kalau semalam Mak Long Miah kata Tia akan balik menjelang Mei kelak, bermakna tinggal beberapa hari saja lagi Tia akan pulang menjenguknya. Embah memang buta huruf, tapi embah tak buta angka. Masa embah muda-muda dahulu, embah memang cekap mengira, lebih-lebih lagi mengira kelapa muda di kebun pusaka turun temurun yang hasilnya dijual kepada peraih Cina, biarpun embah tidak pernah mengenal abjad ABC. Kalau tak kerana arwah nenek moyang Fathiah yang tega tidak mengizinkan embah pergi ke sekolah, tentu setidak-tidaknya embah merasa menjadi guru Matematik sekolah rendah. Ya, Tia memang akan balik tidak berapa lama lagi. Embah pasti akan hal itu. Firasat embah jarang-jarang tersilap! Perut embah mula mendendangkan irama keroncong 60-an minta diisi. Baru kini embah terasa bahana laparnya. Teringat kata-kata menantunya sebentar tadi, dia tidak akan tergamak mempamerkan wajah sakit tatkala Fathiah pulang nanti. Dia akan bersarapan. Sekurang-kurangnya, dia ingin kelihatan ceria di hadapan cucu kesayangannya kelak. Demi Nur Fathiah binti Mahdi yang sangat istimewa di hati embah. Embah mengengsot sedikit ke arah tudung saji mengkuang itu dan menjengah isinya. Dengan lafaz bismillah, segelas susu yang kian hilang hangatnya dihirup sedikit sebelum menjamah seketul cempedak goreng.Nun di sebalik tirai dapur, Mak Long Miah tersenyum buat kesekian kalinya mengintai gelagat embah…

14 Mei 2010, Terminal Bas Seremban.

“Terima kasih Kak Syikin sebab sudi tump-angkan Tia di rumah akak dan pagi ni pula hantarkan Tia ke terminal ni. Halalkan makan minum Tia, kak…” Dakapan erat dua sahabat karib itu terlerai juga. Sempat perempuan muda yang dipanggil Kak Syikin itu mengucup dahi gadis kacukan Cina itu yang sudah dianggap bagai darah dag-ingnya sendiri. Dia terasa doanya dimakbulkan Allah. Dia pernah meminta untuk dikurniakan seorang adik tempat mencurah kasih, dan Allah mengurniakannya seorang kakak di saat dia sangat memerlukannya. Dia sangat-sangat bersyukur kerana dia tahu, itulah perancangan Allah yang terbaik buatnya dan Allah hanya memberikan apa yang perlu buat hambaNya. Mereka punya satu persamaan – sama-sama membesar sebagai anak yatim piatu. Mungkin kerana latar belakang yang hampir sama, membuatkan mereka serasi apabila bersama. Sehingga menyandang gelaran terhormat ‘kembar solehah’ selama tujuh tahun berturut-turut dari teman-teman sekuliah Usuluddin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor hinggalah ke kuliah Usuluddin Jami’ah Yar-mouk Jordan. “La syukran alal wajib ya ukhti… Tia akak dah anggap sebahagian dari tanggungjawab akak. Bukankah perumpamaan bagi orang mukmin dalam berkasih sayang ibarat satu

jasad: Jika satu anggotanya sakit, seluruh ang-gota terasa sakitnya.” Sempat lagi Kak Syikin yang dikenalinya semenjak penjadi penuntut KUIS tujuh tahun lalu menyampaikan tazkirah ringkas di tengah-tengah kebingitan bunyi kenderaan di terminal bas itu. “Tia hafal hadis tu kak. Sebab dah selalu kakak bacakan. Jadi, kita ni ibarat kembar siam ke kak?” Sempat dia berseloroh walaupun jelas di tubir matanya butir-butir jernih yang seakan ditahan-tahan dari mengalir. Kak Syikin tersenyum lantas mencuit hidungnya yang tersembunyi di sebalik niqabnya. Gadis itu mengelak, namun jari ketam Kak Syikin lebih cekap mendahului. Berderai tawa halus dua gadis berniqab itu. Kelihatan sebuah bas ekspres Transnasional memasuki platform bernombor 13. Lagi sepu-luh minit tepat pukul sembilan pagi. Orang ra-mai mula berkerumun memenuhi platform 13 menandakan mereka penumpang yang bakal menempuh sebuah jaulah ke selatan tanah air dengan bas ekspres tersebut. Pintu bas ekspres itu terbuka secara automatik dan para penumpang mula menaiki bas tersebut setelah menyerahkan tiket kepada pemandu bas. “Kirim salam Kak Syikin pada embah, Mak Long dan Pak Long,” ujar Kak Syikin sejurus selepas menolongnya memunggah bagasinya ke dalam ruangan bagasi. Dia didakap lagi buat kesekian kalinya. Berat untuk melepaskan kembar kesayangannya setelah tujuh tahun bersama-sama melayari gelombang jerih payah hidup sebagai musafir ilmu. Biarlah bukan sedaging dan sedarah, kerana mereka ditarbiah atas dasar kasih saudara seaqidah. Kemanisan ukhwah yang tiada taranya jika segalanya terjalin kerana Allah! Dia berlalu menaiki tangga bas setelah mengucup tangan ‘kembar kesayangannya’ buat kali terakhir sebelum meninggalkan bandar Seremban itu. Berjalan menuju tempat duduk berpandukan nombor pada tiket dan akhirnya duduk. Kebetulan tempat duduknya bersebelahan dengan cermin tingkap bas. Kak Syikin masih tetap berdiri di tempat yang sama, tersenyum di sebalik niqabnya. Hanya dia yang mengerti akan senyuman itu. Dan mereka saling berbalas lambaian saat bas bergerak keluar dari platform 13, jauh dan semakin menjauh sehingga hilang kelibat Kak Syikin dari pandangannya. Bas ekspres itu meluncur megah di atas lebuh raya menuju ke selatan tanah air. Dia menghela nafas lega. Dua tiga hari sebelum ini merupakan hari-hari yang amat melelahkan baginya. Lelah menguruskan segala macam urusan sebelum meninggalkan dataran Syu-hada’ itu dan kembali ke tanah air. Semalaman di rumah ibu angkat Kak Syikin di Mantin sebelum bertolak ke kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat. Empat tahun di bumi orang sudah cukup membuatkannya rindu nian dengan pemandangan desa. Sudah cukup untuk membuatkannya rasa teruja kembali untuk menghidu aroma alam yang menyegarkan. Dia sudah cukup rindu untuk menyiram dingin air mawar ke pusara ibu ayahnya. Sudah cukup

rindu untuk membuang rumput-rumput yang melata di atas pusara ibu dan ayah. Sudah tak tertahan rasanya untuk kembali membaca surah Yasin di sisi pusara mereka. Yang lebih penting di antara yang terpent-ing, dia sudah cukup terseksa menanggung rindu buat embahnya. Rindu segala-galanya tentang embah. Dia sudah rindu untuk kembali menjaga embah. Dia sudah rindu untuk memandikan embah. Menukar lampin embah. Menyisir rambut embah. Mengucup dahi embah sebe-lum tidur. Biar penat tapi nikmat! Ya, embah yang memeliharanya saat ibu ayah pergi sepuluh tahun lalu. Pergi tanpa pintanya. Dia sendiri tidak pernah menyangka saat-saat gembira dalam perjalanan pulang selepas dianugerahkan sebagai pelajar cemer-lang PMR berakhir dengan sebuah tragedi kemalangan maut. Hari yang keramat saat ibu menyatakan khabar gembira yang dia bakal menjadi seorang kakak setelah bertahun-tahun mengidam seorang adik. Kelisa biru yang dipandu ayahnya bertembung dengan sebuah lori tangki minyak hingga menyebabkan kereta kecil itu terbalik dan berpusing beberapa kali di tengah-tengah jalan raya sebelum dilang-gar sebuah trailer. Dia yang bernasib baik tercampak keluar lalu diselamatkan orang ramai sedangkan ibu ayahnya tersepit di dalam kereta yang remuk teruk itu. Berbulan-bulan dia menjadi seorang yang pasif dan pendiam. Berbulan-bulan embah, Mak Long dan Pak Long membantunya mengikis igauan ngeri itu. Berbulan-bulan mereka cuba menghidupkan semula jiwanya yang kosong. Bukan mudah bagi seorang anak tunggal Encik Mahdi bin Kahar dan Puan Fatimah Chin Abdullah yang manja itu memulakan sebuah kehidupan baru setelah mengalami sebuah kehilangan yang menyakit-kan. Bukan mudah untuk dia hidup berdikari setelah 15 tahun hidup dimanjai ibu ayah ter-sayang. Embahlah yang mewarnai hari-harinya seceria warna pelangi setelah berbulan-bulan hidupnya dinaungi suram awan mendung. Embah yang membentuk jiwanya menjadi tegar. Menjadi seorang anak yang tidak mudah mengalah. Menjadi seorang anak yang tidak mudah menangis lagi. Hari di mana pelajar-pelajar tajaan Bank Negara berlepas ke Jordan ditemani keluarga dan sanak saudara empat tahun lepas, dia hanya ada Kak Syikin di sisi. Kak Syikin ditemani keluarga angkatnya. Embah, Pak Long dan Mak Long tidak mampu menghantarnya ke KLIA. Dia masih ingat, embah kata, embah hanya mampu hantar Tia dengan doa. Embah pesan, Tia jangan menangis – walaupun embah sendiri menangis saat melepaskannya – kerana embah kata air mata itu hanya akan melemah-kan semangat. Dia pateri kemas-kemas pesan embah dalam memorinya. Itu kali terakhir air matanya menitis dari sepasang mata sepetnya sebelum berlepas. Tapi air mata gadisnya kem-bali mengalir semasa di tahun dua pengajian-nya, apabila Pak Long Mahat menghubunginya memberitahu embah sedang demam kuat dan ditahan di wad. Pak Long Mahat memintanya

94

Page 95: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

dirikan solat hajat dan doakan kesejahteraan embah. Bagaimana dia tidak menangis jika embah yang berada jauh beribu-ribu batu dari sisinya sedang sakit, sedang dia langsung tidak dapat berbuat apa-apa kecuali doa dan munajat? Saat itu, dia hanya mampu bertawakkal dan berdoa semampunya. Sudah mempersiapkan diri dengan redha jika Allah benar-benar ingin mengambil embah dari sisinya. Dan saat Pak Long mengkhabarkan embah sudah kembali stabil, dia bersujud syukur kerana terlalu gembira. Tiada perkataan lebih indah yang dapat menggambarkan rasa itu. Sungguh, dia sungguh bersyukur ke hadrat Ilahi yang memberi peluang kepadanya untuk bertemu dengan embah lagi setelah empat tahun berpi-sah kerana ilmu. Bagaimana agaknya keadaan embah sekarang? Semalam sebaik sahaja sampai di tanah air, dia segera menghubungi Mak Long. Mak Long kata, embah masih juga begitu, sama saja fiilnya sejak dia pergi. Menjadi pendiam dan kurang bercakap. Embah asyik menghitung hari dia balik. Tak kenal jemu. Terharu hatinya mendengar cerita Mak Long. Selama di Jordan, jika dia menghubungi Malaysia, selalunya dia akan bercakap terus dengan Mak Long atau Pak Long. Bukan sekali dia meminta untuk bercakap dengan embah, embah yang menolak. Embah kata, kalau embah bercakap di telefon pun, embah bukannya dengar sangat. Maka jadilah dia bagaikan bulan yang merindui suara pungguk. Bas ekspres itu kini memasuki sempadan Melaka-Johor. Dan dia tiba-tiba teringat sesuatu. Dia punya misi untuk dilaksanakan hari ini juga… Jam antik di ruang tamu berdenting sebelas kali. Mak Long Miah kembali ke dapur dengan dua genggam daun pucuk ubi yang gemuk-gemuk setelah menyapu bersih dan membakar daun-daun kering di kawasan belakang rumahnya. Dua tiga hari ini hujan lebat dis-ertai angin kencang menyebabkan daun-daun pohon mempelam dan jambu mawar di sekitar rumah embah berguguran dan berselerakan. Daun pucuk ubi yang baru dipetik segar-segar itu Mak Long akan celur dan akan dimakan bersama-sama sambal ikan bilis. Mak Long tahu, Fathiah suka sangat dengan daun pucuk ubi celur. Empat tahun di negara orang manakan bisa makan masakan desa. Tentunya Fathiah sudah sangat-sangat rindukan masa-kan desa. Mak Long Miah bergegas ke singki. Cencaru yang suaminya beli di pekan Parit Yusof semalam sudah agak lembut setelah dikeluarkan dari peti sejuk beberapa jam lalu. “Assalamu’alaikum…” Suara halus yang memberi salam itu kedengaran hampir di pintu dapur. Mem-buatkan Mak Long Miah yang baru sahaja mahu mengangkat pisau tajam membelah perut ikan terhenti lalu menoleh ke arah suara itu. Empunya suara itu sudah pun tercegat di sisinya, membuka sebahagian kain yang menghijab wajah keCinaannya. Mak Long

Miah segera memeluk erat wajah yang dirindui itu. Bagaikan tidak percaya, empunya suara itu sudah berdiri di hadapannya kini. Tak terkata perasaannya kala itu. “Mak Long dah sediakan semuanya?” Mak Long mengangguk. Diciumnya lagi pipi mulus itu bertalu-talu.

*** Embah terjaga dari lelapnya. Seketika dia mengibas-ngibaskan kipas tangan yang sudah agak lusuh. Saat itu, seperti kebiasaannya, embah sedang berbaring di atas sekeping tikar mengkuang menghadap pintu ruang tamu yang ternganga luas. Pintu yang menghadap serambi rumah papan yang dibiarkan tern-ganga luas supaya angin luar dapat masuk. Tadi, sebelum menantunya ke kebun di belakang rumah, embah sempat berpesan agar cencaru yang dibeli semalam dimasak asam pedas. Dan saat itu, deria hidunya mengesan suatu aroma masakan. Enak. Aroma yang mengingatkannya pada seseorang. Seseorang yang sentiasa dekat di hatinya. Seseorang itu yang sudah semestinya Fathiah. Tiada Fathiah lain dalam hidupnya. Embah masih ingat asam pedas Fathiah yang pertama. Ikannya hampir hancur dik-erjakan Fathiah yang belum mahir menyiang ikan. Kuahnya agak cair kerana tidak cukup bahan tumis. Embah suka kuah asam pedas yang pekat tapi embah makan juga asam pedas pertama Fathiah sebagai tanda penghargaan kepada cucunya. Sekurang-kurangnya, seman-gat Fathiah tidak luntur untuk terus mencuba. Zohor kian menjengah. Embah bangun dari tempat pembaringannya. Embah betul-betulkan sanggul siputnya. Dulu Fathiahlah yang menjadi Masyitah embah; tukang sisir dan sanggul rambut embah. Embah memang rindukan detik-detik indah itu. Kalau dia dapat memeluk Fathiah saat ini, dia memang tidak akan melepaskan Fathiah pergi jauh dari sisinya lagi. Dan embah terasa aroma masakan itu kian dekat menusuk deria baunya. Seketika embah terasa bagaikan adanya jari-jemari halus mengurut-urut lembut bahunya. Kebiasaan yang hanya dilakukan oleh… “Tia…” Nama itu spontan terpacul dari mulut embah. “Embah…” Embah terasa hangat sentuhan itu. Embah terasa dahinya dikucup hangat. Embah terasa air hangat mengalir di pipinya. Embah sudah tidak terhidu lagi aroma asam pedas itu. Yang ada cuma Fathiah. “Mari Tia suapkan embah…” Itu yang embah nantikan sejak empat tahun lalu. Embah bukan sekadar rindukan asam pedas Fathiah, tetapi lebih dari itu. Dan kini Fathiah hadir kembali dengan sepinggan asam pedas cencaru buat embah. Nur Amalina binti Muhamad Amin,Kuliyah Syariah [Fiqh wa Usuluhu],[email protected],Irbid, 24 Januari 2011, 4.48 a.m.

95

Page 96: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

“ llahuakbar! Allahuakbar!...” Bergema suara azan. Memecah kesunyian malam. Semua pelajar Sekolah Menengah Is-lam Al-Huda berpusu-pusu menuju ke muso-lla. Bagi banin, musollanya terletak di tingkat bawah. Manakala banat, di tingkat kedua. “Faizah, dah azan isya’ ni. Temankan ana pergi tandas kejap.” Kejut sahabatnya. Faizah tersedar dari lena. Terasa kelat untuk membuka mata. Kepalanya diangkat. Baru tersedar rupanya dia terlena semasa mengulang hafazan. Lenguh pada belakang tengkuknya langsung tidak diendahkan-nya. Terus dia bangun dari posisinya yang bersandar di dinding penjuru musolla. Sempat juga dia memerhatikan keadaan sekeliling mu-solla. Ketika itu hanya segelintir sahaja pelajar yang berada di musolla. Bertadarus Al-Quran sambil menunggu waktu isya’. Segera mereka menuju ke tandas di tingkat bawah. Tangannya Faizah dipimpin erat sahabatnya ketika menuruni anak tangga. “Oit Faizah! Udoh-udoh le tu. Jangan dilayan sangat rasa mengantuk tu.” Perlahan ditamparnya berkali-kali pipi Faizah. Terkebil-kebil mata Faizah. Digeleng-geleng kepalanya untuk menghilangkan rasa mengantuk. “Faizah, ambil wudhu’cepat na! Lepas ana keluar dari tandas, enti mesti dah ambil wudhu’ tau! tau! tau!” Syaima’ mengingatkan sahabatnya dengan gayanya sedikit keanak-anakan. Faizah termenung jauh. Matanya tak ber-kelip. Langsung tak berganjak dari tempatnya berdiri. “ Ya Allah! Awat tercegat kat situ lagi? Tunggu pak wa ka? “ Syai’ma berseloroh den-gan loghat Kedahnya ketika keluar dari tandas. Faizah tersenyum. Terus dia mengambil wudhu’. Langsung tidak terasa dengan kata-kata sahabatnya.

tindakan. Inikan pula, sudah terang lagi bersu-luh maksiat di depan mata. Sudah tentu redha Allah berganti murka.

*** Selesai solat isya’ mereka memutuskan untuk pergi ke kawasan tadi. Tujuannya untuk menutup lampu. Semakin mereka mengham-piri, terdengar sayup-sayup omongan manusia. Lelaki dan perempuan. Perlahan-lahan mereka melangkah dengan lebih dekat. Tertarik pada satu lubang yang terdapat di celah-celah dind-ing zink tersebut. Syaima’ mengintai untuk mengetahui keadaan yang berlaku di dalam. “Ya Allah!” Degupan jantungnya seolah berhenti. “Eh..kenapa..?” Faizah pula mengintai untuk mendapatkan kepastian. “Faizah! Tu adik roomate ana!” beritahu Syaima’ perlahan dalam bisikan. Dia terus menutup mulutnya dengan kedua telapak tangannya. Nadanya risau dan terkejut. Sesak dada. Seolah-olah ditindih sesuatu yang amat berat. Tersentap dengan apa yang dilihatnya. Kelu lidah untuk berkata-kata. Rasa bersalah. “Astaghfirullahal’azim! Farhan dan Ain? Berdua? Ya Allah, bawa bersabar Syaima’. Ber-sabar.” Faizah memujuk sahabatnya. Hatinya juga tidak tenang. “Ya Allah, apa kita nak buat sekarang?” Syaima’ resah. “Panggil Emir Fayyadh, selaku ketua asrama!” balas Faizah spontan. Kebetulan ada seorang banin yang ditu-gaskan meronda di kawasan tersebut. Faizah memberanikan diri memanggil banin tersebut. Bukan dengan teriakan tapi sekadar dapat didengari oleh banin itu . Faizah menceritakan keadaan sebenar. Ketika itu, reaksi banin itu agak terkejut apabila Faizah menyatakan nama Farhan. Suara Faizah bernada tegas. Tidak lunak dan bukan pula nada amarah. Mata tidak bertentang lama. Hanya sekilas. Sekali-sekala pandangannya dilontarkan ke bawah dan ke kiri. Caranya penuh profesional. Alhamdulil-

BIAR REBAH, JANGAN BERUBAHCerpen:

Penulis : -nafamura-

Faizah memang terkenal dengan sifatnya yang mudah terlena tanpa sedar. Lagi pula dia memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Umum di sekolahnya. Seorang yang tenang dalam tindakan dan tutur bicaranya. Kerenda-han hatinya menyebabkan dia disenangi ramai dan mudah didekati. Selesai mengambil wudhu’, mereka berjalan seiringan keluar dari tandas. “Eh? Faizah, cuba tengok tempat wudhu’ yang bersebelahan bangunan sekolah rendah tu. Lampu terbuka.” “ Lepas isya’ kita tutup ya? Manalah tahu pak guard lupa nak tutup petang tadi ke? “ sambung Faizah.

*** “Awak, jangan lah sedih.” Seorang remaja lelaki cuba memujuk. “Saya tak faham kenapa semua orang benci saya! Semua orang asyik salahkan saya! Semua orang tak pedulikan saya!” luahan manja yang penuh emosi seorang remaja perempuan sebayanya. Tiba-tiba lelaki itu menarik tangan Ain perlahan. Digenggam erat kedua tangan Ain . Jarak kerusi yang pada asalnya jauh sedepa didekatkan. Mereka duduk bersebelahan seolah-olah itu bukan suatu kesalahan tapi kebiasaan. Peha bersebelahan peha. Umpama sepasang suami isteri saling memujuk hati. Ain tanpa segan-silu membaringkan kepalanya di atas bahu lelaki tersebut. “Sudahlah tu. Saya kan ada. Buat apa awak sedih-sedih?” Lelaki itu menyeka air mata Ain yang hampir menitis di bahunya. Ain membiarkan sahaja. Dia rasa tenang. Hatinya terpujuk. Bahagia apabila ada yang mengambil berat tentang dirinya. Tapi dia lupa bahawa itu bukan kebahagiaan yang sebenarnya. Kebahagiaan yang sebenar dapat dirasai andai Tuhan meredhai segala

A

96

Page 97: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

BIAR REBAH, JANGAN BERUBAH

lah Allah mepermudahkan urusan. Orang yang tepat untuk mereka berjumpa. “Nak ana panggil Ustaz Iswan ke?” Tanya Emir Fayyadh mendapatkan kepastian untuk memanggil warden atau tidak selepas perbin-cangan itu selesai. “Ana rasa tak perlu. Ana nak jumpa per-sonal dengan mereka dulu.” Faizah berpendirian tetap. Tidak suka terlalu bergantung pada guru. Baginya, tiada gunanya Allah bagi amanah ni tanpa berfikir cara penyelesaian terlebih dahulu. Mungkin thiqah pelajar terhadap mereka boleh hilang. Siasat dahulu sebelum memaklumkan pada guru. Aib lebih terjaga. “ Sekarang ini, ana nak enta bawa mereka ke kelas yang berdekatan. Ana nak beritahu sesuatu pada mereka. Gunakan kuasa enta selaku ketua asrama. Insya-Allah mereka tidak membantah. ” bicara Faizah tenang. Mungkin ada benarnya apa yang diper-katakan. Peranan pemimpin pelajar adalah mendekati pelajar. Sentuh hati mereka. Bukan melepaskan kuasa begitu sahaja. Menyuruh ke-pada yang ma’ruf dan mencegah yang munkar bukan sesuatu tindakan yang mudah. Tetapi untuk tergolong di dalam golongan yang beruntung disisi Allah, perlu ada keberanian dan berhikmah dalam melaksanakannya.

***Dinding zink diketuk kuat. “Assalamualaikum! Seronok bercerita?” suara Emir lantang. Nadanya tegas tapi tenang. Emir tersenyum sinis melihat reaksi mereka. Serta –merta Farhan dan Ain bangun dari kerusi. Sedari tadi mereka berpegangan tangan, terus dilepaskan. Terkejut. Mereka langsung tidak mendengar tanda-tanda bunyi kehadirannya. Emir Fayyadh, siapa yang tak gentar melihatnya. Seorang yang tegas dan sentiasa bangun malam untuk bertahajud. Sangat menjaga hubungannya dengan Allah dan pelajar. Disiplin pelajar asrama juga sentiasa dalam pemerhatiannya. Rasa dicabar sekiranya ada peraturan asrama tidak dituruti. Satu kesalahan asrama dilanggar, bermacam dendaan dilakukan. Pumping, seat-up, lari keliling padang. berkawad sehingga kejang kaki dibuatnya. Denda itu semuanya bermotif untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin. Se-tiap tindakannya berhadaf. Tiada yang sia-sia. Boleh dikatakan senior contoh yang terbaik kepada adik-adik. “Eh, macam mana abang Emir boleh ada di sini?” Tanya Farhan dengan nada yang cuak. Raut wajahnya sedikit pucat. “Macam mana ana boleh ada disini? Bukankah itu persoalan yang sepatutnya ana tanyakan kepada enta? Apa enta buat di sini sebenarnya?” tegas Emir Fayyadh. Farhan dan Ain hanya tunduk. Malu. Jelas ketakutan di wajah mereka berdua. “Ikut ana sekarang!” Farhan dan Ain menu-rut tanpa bantahan. Hati Farhan mula berasa kurang senang. Kelakuan buruknya terbongkar diketahui senior yang dia kagumi selama ini, abang Emir Fayyadh.

***

“Terima kasih. Biar ana uruskan.” Bicara Faizah. Hormat dan sopan sahaja caranya bekerja dengan banin. Syaima’ hanya memer-hati tindakan sahabatnya. Kagum dengan ketenangan yang ada dalam diri Faizah. Emir Fayyadh hanya mengangguk tanda faham dan berlalu pergi . Kemudian, menerus-kan rondaan. Tapi jauh di sudut hatinya, dia agak terkejut dengan sikap Farhan. Diam-diam ubi berisi. Baginya, Farhan mempunyai potensi yang besar untuk mengikut jejak langkahnya. “Farhan, duduk di bahagian kanan akak. Ain duduk bahagian kiri akak. Dua-dua meng-hadap akak.” Arah Faizah. Serius. Suasana senyap seketika. Di dalam kelas hanya ada Faizah, Syaima’, Ain dan Farhan satu-satunya lelaki tunggal disitu. “ Memang Allah redhakah lihat antum berpegangan tangan? Memang tak salahkah duduk rapat-rapat? Dah macam suami isteri nampak.” Perli Faizah sambil tersenyum sinis. Tajam pandangan Faizah kepada Ain dan Farhan. Mereka berdua hanya tunduk. Tak berani membalas pandangan seorang insan yang dianggapnya sebagai kakak yang disegani ramai . Selama ini hanya melihat bercakap di hadapan perhimpunan, tetapi kini benar-benar di hadapan mereka berdua. Bukan lagi dengan nada lembut tapi nada amarah berbaur sedih. Mulut terkunci. Tak berani berkata apa-apa. “Ain…akak nak tanya Ain satu soalan.” Ain mendengarnya dengan teliti tetapi masih tak berani mengangkat muka. “Cuba Ain bayangkan mak Ain sendiri keluar dengan lelaki lain. Menangis di hadapan lelaki itu. Meminta dipujuk oleh lelaki itu tapi bukan ayah Ain. Mak Ain tanpa segan-silu membaringkan kepala di atas bahu lelaki itu. Lelaki tu menyentuh wajah mak Ain. Mengesat air mata mak Ain yang hampir jatuh mem-basahi baju lelaki tu. Semuanya belaku depan mata Ain! Depan mata ayah Ain! Apa perasaan Ain? Ain sukakah?!” Bertalu-talu persoalan dilontontarkan. Hatinya bagai dihiris sembilu. Kelihatan Ain semakin menundukkan kepalanya. Hidungnya merah. Matanya berkaca. Akhirnya, setitis demi setitis air matanya jatuh menyembah bumi. Pedih mendengar kata-kata Faizah. Seo-lah dia menghayati setiap bait yang terpacul dari mulut seniornya itu. “Farhan…enta sukakah nampak ayah enta dengan perempuan lain? Duduk berdua-duaan dengan perempuan lain. Di tempat yang gelap. Berpegangan tangan dengan perempuan lain. Semuanya berlaku di depan mata enta! Enta nampak dengan dua biji mata yang Allah bagi! Mak enta tak tahu pun perkara ini! Enta sukakah macam tu?” Tepat renungan Faizah kepada Farhan. Reaksinya sama seperti Ain. Tidak berani mengangkat muka. “ Jawab!” Suara Faizah meninggi sambil menghentak meja di hadapannya. Semua tersentak. Termasuk Syaima’. Syaima’ sendiri tidak menyangka akan tindakan sahabatnya. Seolah mendapat satu kekuatan dalaman yang terzahir secara spontan dan menjiwai setiap perkataannya.

“Satu perkara akak nak beritahu Ain. Akak kenal Ain sejak dari sekolah rendah lagi. Akak kenal Ain sejak Ain berumur tujuh tahun. Selalu naik bas bersama. Farhan pun begitu. Di alam persekolahan menengah akak akui tak pernah bertegur dengan Farhan tapi tak bermakna akak dah tak ingat Farhan. Akak tak pernah lupa mendoakan adik-adik setiap kali bertembung. Setiap seorang .Tak kisahlah sesiapapun atau dimanapun. ” “Aku?....didoakan?....” Farhan bermonolog. Tersentuh pengakuan Faizah.. Satu-persatu kalimah itu dijelaskankan. Suara Faizah seolah menahan sebak. Radar su-aranya sedikit bergetar. Matanya mula berkaca. Sedaya upaya dia cuba menenangkan dirinya sendiri. Dia mengingatkan kembali tujuannya. Selesaikan suatu masalah dengan berlemah-lembut. Bukan dengan emosi. “ Tujuan akak panggil kalian bukan saja-saja. Akak tak nak di akhirat kelak Allah mempersoalkan kenapa akak membiarkan adik-adik. Kenapa akak tidak cegah perbuatan adik-adik yang mendatangkan murka Allah. Lebih baik akak tegur sekarang daripada di akhirat akak ditegur Allah. Ini tanggungjawab akak untuk semua pelajar disini. Saham akak untuk akhirat. Akak faham masing-masing punya hati dan perasaan. Sukar dibendung. Tapi bukankah Allah pemerhati setiap tin-dakan antum?” Satu persoalan ditinggalkan. Membuatkan mereka berfikir. “Solan terakhir, kes ini nak akak bawa ke pihak atasan atau tidak?“ Faizah memberi pilihan. Farhan dan Ain serentak menggelengkan kepala. “Baiklah. Akak pegang janji antum. Akak tak akan beritahu sesiapa. Selepas ini, akak tidak mahu kalian berjumpa sesama sendiri tanpa sebab atau perkara penting. Sekali lagi akak nampak, tidak teragak-agak akak akan maklumkan pada pihak disiplin.” Faizah menutupkan perbicaraannya. Merka berdua mengangguk. Sejurus kemudian, Farhan terus keluar dari kelas. Terkesan dengan kata-kata Faizah. Dia tidak pernah merasa teguran sebegitu rupa dari seorang kakak. Seolah-olah itu juga adalah teguran daripada Allah. Teguran yang mem-buat hatinya tersentap secara tiba-tiba. Allah memberinya peluang untuk berubah tanpa dibuka aibnya kepada pihak guru. Baginya, kak Faizah lain dari pemimpin yang lain. Tiba-tiba Farhan berasa sebak. Pantas dia berlari mendapatkan Emir Fayyadh yang dianggapnya sebagai abang yang paling dia sayang di sekolah. Terus dipeluknya Emir Fayyadh sekuat hati. Dalam hati mengharap-kan, dia juga bisa menjadi seperti idolanya itu. “Terima kasih abang…Maafkan ana….maafkan ana… Ana tak sedar apa yang ana buat.” Air matanya mengalir laju. -nafamura-

97

Page 98: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Air MatakuCerpen:

Penulis : Shazmie Mohammad Nadziri

teman serumahnya di Irbid. “Betul. Seronok sangat dalam bulatan pintar ni. Macam-macam yang kita boleh dapat.” Dia masih tersenyum dan terus rancak bercerita. “Ye lah tu. Aku ada kerja nak buat ni. Tak ada masa nak dengar ceramah.” Mukanya mencebik. Menarik muncung dan berpaling dari Asyraf. Asyraf faham dan masih senyum. Dia mengangguk pergi. “Emm…Okay.Aku balik bilik dulu ya.” Dia faham ketidaksenangannya. Dia keluar dari bilik Akmal dan bersandar sebentar di katilnya. Dia mengeluarkan sebuah buku dan menukilkan sesuatu dalamnya. Kebi-asaan yang dia mesti buat sebelum dimatikan sementara sebentar lagi. “Haa…” Dia hanya mampu mengeluh panjang. Hari ini, Asyraf cuba menerangkan lagi ke-baikan Pintar sebaik mungkin kepada Akmal. Tapi, dia masih tidak mahu menerimanya. Bagaikan titisan air yang menimpa butiran pa-sir di tepi pantai. Pasir itu tetap kering. Tidak akan menyerap air di sekitarnya. Mustahil. “Mengapa hatinya begitu keras sekali untuk mengikutiku? “ Timbul rasa kecewa. Sudah 6 bulan di Irbid, dan sikap Akmal terus sebegini tanpa ada sebarang perubahan. Asyraf selama ini cuba untuk menunjukkan contoh ikutan yang terbaik. Dia selalu mengajaknya pergi ke kelas-kelas tambahan yang disediakan, tapi ajakan yang dilontarkannya ditolak tanpa perlu

difikirkan.Namun, dia tetap berusaha pergi ke setiap kelas tambahan yang disediakan dan mengekalkan keputusan yang terbaik dalam setiap peperiksaan. Dia selalu datang program yang dianjurkan PERMAI dan tidak pernah tertinggal walaupun kesakitan. Harapannya cuma satu, supaya dirinya dijadikan contoh dan model ikutan Akmal. Dia pernah mendengar, orang mengatakan Akmal dan dirinya sebagai kembar tetapi tidak serupa. Seumpama kehidupan kembarnya ujian. Laksana air temannya api membara. Mereka berdua mempunyai sifat yang sangat berbeza. Maka mustahillah untuk dilihat api yang kepanasan menjadi air yang kesejukan di dunia. Malah, sehingga kini, Rahman tidak pernah ambil peduli dan tidak pernah kisah akan hidupnya. Setiap malam, dia balik ke rumah dalam keadaan kelaparan selepas tamat kelas. Jangankan nasi, sebutir beras pun tidak disim-pan untuknya. Dia terpaksa menggoreng sebiji telur semata-mata untuk mengalas perutnya yang kelaparan. Rumahnya yang bagaikan tongkang pecah pula tetaplah sebegitu hendaknya. Melainkan dirinya mengambil tindakan pembersihan secara bersendirian. Dan dia tetap bersabar dengan sikap Rahman yang saban hari tiada tanda untuk berubah atau bersedia untuk diubah. Persoa-lannya, sampai bila dia boleh bersabar dan terus tabah? Dalam diari using itu, dia mencurahkan isi hatinya. Kekecewaannya, kesedihannya,

ir Mataku

“Kau tak ada Pintar hari ni?”’ “Emm, Naqib aku sibuk la.” “Ohh…Tak pe lah. Aku pergi ber-Pintar dulu ya.” Akmal memandang sahabatnya keluar dari rumah. Termasuk hari ini, sudah berkali-kali Asyraf menyertai usrah yang digelar Pintar itu. Dia pula tidak pernah datang,walaupun sekali. Dia lebih selesa berehat di rumah. Menonton televisyen, membaca notis laman sosial, dan menonton cerita-cerita pawagam terbaru. Daripada terperap dalam satu bulatan membincangkan soal-soal yang dia sendiri tidak arif tujuannya. Atau terpaksa pergi ke kelas-kelas tambahan yang diadakan persatuan. Bosan! Asyraf pula sentiasa menyibukkan diri. Sekejap pergi ke kelas nahu dan sorof, sekejap pergi perjumpaan Pintar,sekejap pergi kelas tafaquh, dan sentiasa tiada di rumah kecuali selepas matahari melabuhkan tirainya. Dan kebiasaannya, Asyraf akan pulang ke rumah lewat malam. Meninggalkan dirinya berse-orangan setiap masa . Akmal pelik melihatnya sebegitu. Baginya, tahun 1 adalah tahun yang penuh kesenangan dan ketenangan. Tidak perlu tergopoh-gapah mencari ilmu di sini. Ada 4 tahun lagi masih berbaki. Tidakkah begitu? Senyuman Asyraf tidak lekang ketika berbi-cara soal PINTAR. Dia bersungguh-sungguh menceritakan kebaikannya kepada Akmal,

A

98

Page 99: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

dan kepedihan hatinya selama ini dicurahkan dalam ruang kecil itu. Selepas penat melirik pena, dia melabuhkan dirinya untuk tidur. Rehatnya malam ini diulit kedukaan yang tidak terubat. “Mal, aku pergi kelas dulu.” Bam! Pintu rumah ditutup kasar. Akmal terkejut dan akhirnya bangun dari tidur. “Ahh…” Dia masih mengantuk dan menguap selu-asnya. Digaru-garu kepalanya yang tidak gatal dan bangun malas dari katil. Tatkala dilihatnya jam,serta merta dia berlari menuju ke bilik air. Tidak pernah bangun selewat begini. Pelik. Kebiasaannya setiap hari Asyraf akan mengejutkannya pada awal pagi untuk solat subuh berjemaah. Tetapi, dia buat-buat tidak dengar sahaja. Hari ini, suara yang sama tidak lagi kedengaran. Membiarkan tubuhnya diulit mimpi kelenaan sehinggakan dia terlajak un-tuk menemui Tuhan. Asyraf terlupa, mungkin? Pagi itu sangat damai dan sejuk. Redup, dan tenang. Cahaya matahari halus-halus memancar dihalang awanan berkabus. Angin pula berhembus perlahan, dan membawa bersamanya hawa kesejukan. Akmal menggeletar kesejukan. Dilihat pemandangan redup sekelilingnya perlahan-lahan, dan hatinya tenang, setenang lautan Aqabah yang membiru jernih. Usai mengqada’ solat subuhnya tadi, dia terus duduk berteleku di atas sejadah. Rasa bersalah kepadaNya menebal dalam diri. Men-genang perbuatan lalu, serta merta lidahnya kelu. Dia tertunduk malu kepada Tuhan Yang Satu. Dia merenung kembali perjalanan kehidu-pannya sebagai pelajar tahun satu di universiti Yarmouk selama 6 bulan. Disorotinya perlahan dalam ruangan memori. Cuba mencari pen-ingkatan diri yang telah dilakukan. Atau pen-ingkatan dalam amalan harian. Atau ilmu yang berjaya dipraktikkan. Seperti yang diharapkan oleh ibu bapa, sanak saudara, dan rakan taulan. Dia mengimbau semula memorinya. Kosong. Tiada peningkatan. Eh.Tidak mungkin. Dia cuba ingat tujuan dan matlamat kecil yang dia telah tetapkan. Mesti ada yang digapai setidak-tidaknya. Dia fikir lebih kuat. Zero. Tiada yang tercapai. Astaghafirullah.6 bulan.Apa yang aku telah buat dengan 6 bulan ku? Apa yang aku dapat? Air mata Akmal menitik. Masanya dibazirkan. Selama 6 bulan, dia tetap jahil seperti dulu. Tiada yang berbeza, melainkan semuanya sama. Dia bersalah. Dia telah mem-bunuh dirinya dengan kemalasan. Merosakkan imannya dengan keseronokan. Menghancur-kan harapan umat yang dikendongnya. 6 bulan yang penuh kejahilan. Tangisan penyesalan bercucuran. Hatinya dibanjiri keinsafan. Mungkin ini saatnya untuk dia berubah. Bermulanya saat ini, dia mahu menyongsong arus perubahan dan meniti kembali lautan keilmuan. Permulaan untuk berubah, adalah mencari sahabat yang boleh membimbingnya. Dia per-

caya, Asyraf,teman serumahnya, merupakan pilihan terbaik. Dia pejamkan mata menadah tangan, dan berdoa agar dirinya dibimbing insan seperti Asyraf. “Rumah kau masih ada kosong ,kan?” “Muat la untuk seorang lagi. Kenapa,nak masuk?” “Rancangnya macam tu lah.” “Fikir elok-elok. Macam mana dengan Akmal?” Soalan yang mematikan perbualan. Asyraf terdiam membisu seribu bahasa. Mulutnya terkatup,tidak berbicara. Matanya tunduk layu, dan perasaan putus asa kembali menyerbu. Soalan Fakri menusuk tepat ke dalam dadanya. Menghiris hatinya bak tirisan sembilu berduri. Dia tidak menjawab soalan itu, atau tidak mampu memberi jawapan. Dan dia membiarkan soalan itu terbang dibawa desiran angin Irbid. Fakri turut sama terdiam. Masih menunggu jawapan meluncur. Dia berharap ini keputusan yang tepat. Meninggalkan rumah yang didiami bersama Akmal, dan melangkah ke sebuah rumah lain. Sebenarnya,dia tidak yakin untuk terus berada di situ. Takut dia akan turut sama menjadi seperti Akmal, hidup sekadar untuk berseronok dan melayan nafsu keduniaan. Biah sebegitu akan merosakkan dirinya. Biarlah dia yang berundur keluar dan hidup bersama-sama sahabat yang telah ditarbiah. Lingkungan persahabatan itu yang diharap-kannya apabila sampai ke Jordan, agar mampu membuatkannya tabah merintangi ujian. Dia melangkah pulang ke rumah dalam perasaan yang bertingkah. Masih memikirkan penerimaan dan reaksi Akmal sebentar lagi. Asyraf buka pintu rumah. Terkejut, dia terhidu bau yang luar biasa. Sungguh, selepas 6 bulan, inilah kali pertama bauan masakan menerjah rongga pernafasannya. Pasti kawan Akmal datang memasak. Dia bergerak ke arah dapur. Terlihat susuk badan yang dia kini yakin itu adalah Akmal. Tekaannya awal tadi salah. “Akmal?” “Ah,Asyraf!” Akmal berpaling lalu bangun dan memeluk tubuhnya secara tiba-tiba. Asyraf pelik. “Ehh…Kenapa ni?” Air mata Akmal telah mengalir semula. Air mata pengharapan. “Asyraf,maafkan kesilapan aku selama ni. Bimbinglah aku. Aku perlukan kau dalam hidupku.” Asyraf terpegun. Lautan rasa membantai hatinya. Dia daie yang tewas. Dalam pelukan Akmal, dia juga menitiskan air mata. Air mata penyesalan.

Shazmie Mohammad NadziriKelab Penulisan Irbid

Air Mataku99

Page 100: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

“ umayyah.. rindu sama kamu!” “Rindu kamu juga, Khadijah!” Aku memeluk erat sahabat baikku, Khadi-jah Al-Kubra. Senyuman paling manis aku hadiahkan buatnya. Gadis kelahiran bumi Palestin ini tampak manis dengan busana Arabnya. Dialah sahabatku. Sahabat dunia akhirat! “Sumayyah… lama kita tak lumba lari..huhu” “Ye la.. kenapa? Dah lama tak rasa kekala-han ke?” “Amboi..tolong sikit… Khadijah saja ja bagi awak menang tuh!” Aku tersenyum. Keningku sengaja diangkat sedikit. “Betul ni?” Sumayyah sudah mencekak pinggangnya. “Betul la!!” Aku sudah ketawa kecil. Bangun meme-luknya. “Baik sahabatku sayang.. kali ni, kita ten-gok.. sapa yang menang?” Khadijah terus meleraikan pelukan. Menepuk lembut bahuku. Aku hanya diam memerhati. Wah! Siap buat garisan lagi! “No problem dear.. nampak tak kedai kecil berhadapan kuliah ADAB*?” Aku berdiri di sebelahnya. Mengenyitkan mata menandakan aku nampak. “Nak lari sampai sana ka?” Khadijah mengangguk lembut. Aku angkat tangan. Orait!

***1….2….3 Aku memecut laju. Pantas larianku. Perutku terasa senak. Aku pandang ke tepi. Khadijah menghampiriku sambil mengenyit matanya. Perutku terasa pedih yang teramat sangat. Aku memperlahankan larian. Aku nampak Khadijah sudah jauh ke depan. Kakiku makin lemah. Perutku terlampau sakit. Aku jatuh terduduk. “Yeaaah! Khadijah menang…!” Dari jauh kedengaran suara riang Khadijah. Meraikan kemenangannya. Khadijah menoleh ke belakang. Kaget melihat keadaan diriku. “Sumayyah…!” Aku hanya tersenyum melihatnya berlari mendapatkanku. “Kenapa ni..?” “Sumayyah ok je… Cuma sakit perut sikit..” “Jom kita gi Markaz Sihhi* …” “Eh..tak pa ja.. mungkin Sumayyah tak

makan pagi tadi.. jom kita balik..?” “Eaaa.. betul ni? Jom kita balik rehat..” Khadijah memapahku. Aku tersenyum dan terus tersenyum. Aku cuit hidungnya. Dia memandangku kehairanan..? “Ada orang tuh menang hari ni..” “Dok diam-diam! Tak padan dengan sakit..!” Aku hanya ketawa kecil. Memeluk erat Khadijah. Subhanallah.. inilah sahabatku! Dialah temanku, sentiasa di sisi tika susah dan senang.

*** Jumaat yang sunyi. Kawasan Jami’ah Yarmouk lengang dengan lautan manusia. Aku berjalan seorang diri di sebalik kesejukan pagi bumi Irbid. Membawa sekeping hati yang terlalu merindui susuk tubuh itu, Khadijah Al-Kubra. 2 tahun sudah berlalu. Kenangan itu masih tersemat di kalbu. Sekian lama kami bina persahabatan indah ini, ukhwah kami teruji. “Sumayyah…” “Ya…kenapa?” Aku kehairanan memandang wajah sugul Khadijah. Aku genggam tangannya. Ada air mata yang mengalir di pipinya. “Khadijah terpaksa pergi..” “Ha…? Pergi mana?” “Khadijah perlu pulang ke Palestin. Abi dan akhi Khadijah sudah terbunuh. Tiada siapa yang mahu menjaga adik-adik. Ummi keseorangan…” Khadijah sudah menunduk. Dia langsung tidak menatap wajahku. Aku sudah sebak. Ya Allah..inikah ujian persahabatan yang Engkau berikan kepada kami? Sesungguhnya aku tersangat mencintai sahabatku ini Ya Allah… “Pergilah Khadijah…” Khadijah memandangku. Mata kami ber-taut. Aku sudah sebak. Aku peluk erat Khadi-jah. Allah…mampukah aku? Berpisah dengan seorang sahabat yang amat aku sayangi? Air mataku menitis. Ku genggam rantai tangan pemberian Khadijah kepadaku. Terukir namanya di situ. Sungguh! Aku rindu kamu, Khadijah Al-Kubra.

*** Aku berjalan di dalam sebuah taman, ber-hadapan kuliah ADAB. Aku toleh ke sebelah

kanan. Aku tersenyum. Aku menghampiri pohon zaitun. Aku berhenti di situ. Memejam mataku rapat-rapat. Pohon zaitun inilah men-jadi saksi. Di sinilah ukhwah kami bersemi. “Assalamua’laikum…” “Waalaikummussalam..” “Kaifahaluki? “Alhamdulillah…” “Ana Khadijah Al-Kubra.. wa enti?” “Errr… ana Sumayyah…Malizi..” “Yaa… Malizi?” “Na’am.. min enti?” “Palestine…” Ukhwah kami bersemi hanya sebegitu cuma. Pertemuan di bawah pohon zaitun yang mengeratkan kami. Setiap kali ada masa terluang. Pohon zaitun itulah menjadi tempat untuk kami berehat sementara menunggu kelas seterusnya. Aku ingin sekali, mengulang kisah kami dahulu. Merindui kehangatan pelukan seorang sahabat dari bumi Al-Quds. Aku duduk men-yandar di bawah pohon zaitun itu. Membuka lembaran surat dari Khadijah yang ku terima sebulan lepas. Salam sayang sahabatku, Sumayyah.. Apa khabar dirimu, Sumayyah. Khadijah harap, Sumayyah sentiasa sihat dan ceria selalu walaupun tanpa kehadiran Khadijah di sisi. Khadijah di sini, baik-baik sahaja. Arhh.. rindunya padamu sahabat. Rindu pada bumi Irbid. Subhanallah..tidak terbendung lagi rasa rindu ini. Apakan daya, pada Allah aku titipkan rasa rindu ini… Sahabat.. Bagaimana kehidupanmu sekarang? Khadi-jah agak sibuk menguruskan adik-adik dan keluarga. Ummi masih trauma. Meskipun su-dah 2 tahun berlalu… kenangan abi dan akhi Khadijah masih menghantuinya. Ummi masih belum mampu menerima hakikat, bahawa abi dan akhi sudah pergi. Khadijah yang perlu bertungkus lumus membesarkan adik-adik. Akhir-akhir ini, serangan Israel di Tebing Gaza semakin menjadi-jadi. Ketakutan menghantui adik-adik Khadijah. Air mata yang menemaniku sahabat, bagaimana Khadijah mahu membesarkan adik-adik dengan suasana yang sebegini rupa? Khadijah tidak gentar Sumayyah. Dari kecil

Aku Rindu kamuCerpen:

Penulis : Tinta Qani’ah,

S

100

Page 101: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

hinggalah Khadijah tumbuh menjadi seorang gadis, bumi Al Quds ini masih dijajah. Khadi-jah sudah lali. Andai kematian menjemput Khadijah..Khadijah tidak gentar sahabatku sayang.. kerana inilah realiti kehidupan kami di sini.. Sumayyah.. Sahabatku dunia akhirat. Mungkin ini warkah terakhirku. Kekangan waktu dan kesibukanku menyebabkan masa terluang amat terbatas untukku. Khadijah banyak me-luangkan masa untuk adik-adik dan gerakan mujahidah di sini. Akhawat merupakan aset penting dalam perjuangan. Khadijah telah bersedia dan me-nyerahkan khidmat diri ini untuk perjuangan gerakan mujahidah di sini, yakni membantu gerakan mujahidin. Doakan kami syahid dengan redha Ilahi.. Doakan perjuangan Khadijah..doakan bumi AL QUDS ini! Sumayyah.. Khadijah sayang Sumayyah..apakan daya.. kita terpaksa berpisah..titipkan saja doa pada Allah… Salam sayang dariku, ~Khadijah Al-Kubra~

*** Kitab “Madkhal Ila Aqidah” aku tutup rapat. Hampir sejam Dr. Malkawi bersyarah di hadapan. Namun, tiada satu pun yang melekat ke dalam mindaku. Aku hanya memandang Dr. Malkawi dengan pandangan yang kaku. Pe-rutku dari awal pagi tidak selesa. Seakan-akan dicucuk dengan duri yang tajam! Sabirin..kawan arabku hanya menampar bahuku lembut. Dia meminta izin untuk pulang. Aku hanya mengangguk lesu. Bilik kuliah 102 ini sudah lengang dengan pelajar. Aku menggagahkan diri untuk bangun. Aduh! Terasa pedih yang teramat sangat. Aku berjalan perlahan menuju ke Hijazi*. Menahan pedihnya rasa, hanya Allah yang tahu. Betapa sakitnya. Betapa peritnya. Sampai sahaja di rumah, aku terus merebahkan diri. Aku berbaring di atas katil, memandang siling. Kosong ! Ada keluhan kecil yang ku lepaskan. Aku mengiringkan badan. Mataku tertancap pada potret indah aku dan Khadijah di Petra. Ada air hangat yang menga-lir. Aku rindu kamu, Khadijah! Aku lihat sebuah bangunan yang tersergam indah. Seakan aku kenal bentuknya. Kubahn-ya. Warnanya. Al-Quds kah itu? Arghh…tidak mungkin itu Al-Quds! Aku di bumi Jordan. Al Quds di bumi Palestin. Aku berjalan menghampiri bangunan itu. Benar! Itu Al-Quds. Aku menggosok dahiku. Aneh! Dari kejauhan, di sebalik pintu utama Al Quds, aku nampak seseorang. Seseorang yang aku rindui, Khadijah! Aku berlari mendapatkannya. Ya! Dia Khadijah. Khadijah tersenyum memandangku. Aku peluk Khadijah erat. Aku menangis dalam pelukannya. Betapa ku rindu padamu sahabat! “Sumayyah..” Aku meleraikan pelukan. Sungguh, aku rindu akan suaramu. Aku memandangnya. Dia masih tersenyum kepadaku… “Mari ikut Khadijah…”

“Pergi mana Khadijah..?” “Kita pergi jauh sahabatku……..” “Jauh…? Tapi ke mana?” “Ke tempat yang penuh ketenangan…” “Tapi…..” Khadijah menggenggam tanganku. Dia tersenyum. Sedikit demi sedikit dia berjalan meninggalkanku. Aku menangis. Aku cuba menahannya dari pergi meninggalkanku.. “Khadijah, Sumayyah nak ikut..” Aku terasa bahuku ditepuk lembut. Aku membuka mata. Kelihatan Aisyah tersenyum memandangku. Aku terus bangun. Duduk menghadap Aisyah. MasyaAllah..aku ber-mimpi lagi. “Rindu Khadijah ya?” “Hmm…” “Dah azan maghrib ni.. bangun solat ya..” Aku mengangguk lembut. Aku beristigfar beberapa kali. Allah, aku mimpi rupanya.

*** “InsyaAllah..pengarah Program Akses Pemikiran Islam kali ini, adalah saudara Muaz. Manakala timbalan pengarah adalah saudari Sumayyah..” Aku terkedu ! Sejak bila pula aku boleh jadi timbalan pengarah? Aku pandang AJK Akha-wat PERMAI* yang lain. Masing-masing hanya tersenyum memandangku. Bila ku tanya, masing-masing menjungkitkan bahu. “Errr…maafkan ana, kenapa ana jadi timbalan pengarah?” “Ya…itu keputusan semua. Tanyalah akhawat yang lain..” Aku terus toleh ke belakang untuk kali keduanya. Masing-masing hanya menunduk. Diam seribu bahasa. Kedengaran tawa kecil di sebelah syabab. Aku naik geram. Terus aku pandang ke hadapan. “Hmmm…baiklah..ana cuba..”

*** Program Akses Pemikiran Islam berjalan dengan jayanya selama seminggu. Hanya berbaki sehari sahaja lagi. Kesihatanku agak tidak stabil akhir-akhir ini. Ramai kenalan akhawat menegurku. Perubahan susuk tubuh yang mendadak. Allah… “Sumayyah…enti ok tak ni?” “Ya…ana ok je Aisyah..” Aku melemparkan senyuman kepada Aisyah. “Jom..kita masuk dewan..” “Ok..” Aku berjalan seiringan dengan Aisyah. Pe-rutku terasa pedih yang teramat sangat. Sukar untuk ku melangkah anak tangga depan kuliah ADAB* ini. Aku genggam tangan Aisyah. Aisyah memandangku. “Kenapa ni Sumayyah? Sejuknya tangan enti..” “Err…xda pa.. ana nak minum air..” Aku masih menggengam tangan Aisyah. Aisyah tampak kerisauan. Kepalaku terasa berat. Pandanganku kian kabur.. Genggaman tanganku kian terlerai. Aku rebah menyembah bumi. “Sumayyah…Sumayyah…”

*** Dewan Kindi gamat dengan tepukan para

pelajar yang terdiri dari pelajar universiti Yarmouk dan juga pelajar JUST. Open Debate yang dianjurkan berjaya menghangatkan suasana. Semua orang ceria, bergelak ketawa sepanjang program. Haikal, selaku pengerusi majlis masih menahan debar di dada. Panggilan telefon yang diterimanya sebentar tadi membuatkan hatinya sebak. Riak muka cuba ditenangkan setenang mungkin sebelum dia melangkah keluar ke hadapan pentas. Dia memejam mata rapat-rapat. Menarik nafas sedalam mungkin. Dia pandang sahabatnya yang lain. Muaz mengangguk lembut. Haikal terus melangkah ke hadapan pentas. Dia pandang ke hadapan dewan. Masih ada saki baki senyuman yang tidak lekang dari bibir para pelajar. Allah.. “Alhamdulillah…Open Debate kita telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada para pendebat kerana anda mampu meng-hangatkan suasana…” Tepukan gemuruh kedengaran. Haikal diam seribu bahasa. Dewan kembali sunyi. “Di sini…ada dua berita sedih yang ingin ana khabarkan kepada kalian.. Pertamanya, kepada siapa yang mengenali Saudari Khadijah Al-Kubra, pelajar kelahiran bumi Palestin ini.. beliau telah kembali ke rahmatullah kerana terbunuh sewaktu serangan di Tebing Gaza semalam.. mari sama-sama kita membacakan Al-Fatihah buatnya..” “Berita kedua..” Haikal tidak mampu meneruskan kata-kata. Dia menangis di hadapan pentas. Dewan menjadi bising untuk seketika. Semua orang kaget dengan reaksi Haikal. Apa yang berlaku..? Haikal sedaya upaya menahan tangisnya. Dia perlu kuat untuk menyampaikan berita ini. “Berita ini mungkin akan menyebabkan kalian terkejut terutamanya di pihak akhawat..seorang insan yang kita sayangi, seorang insan yang juga merupakan timbalan pengarah Program Akses Pemikiran Islam ini….saudari Sumayyah telah kembali kepada Pencipta-Nya sebentar tadi..kerana kanser perut yang dialaminya sejak 2 tahun yang lalu…” Usai berita itu, kedengaran esak tangis di sebelah akhawat. Barisan syabab juga turut bersedih dengan pemergian insan ini. Sumayyah..akhawat Irbid yang teguh keperiba-diannya.. Haikal hanya mampu menundukkan pandangannya. Lagu Sahabat berkumandang di dalam dewan. Menangisi pemergian mujahidah sejati, Khadijah Al Kubra dan Sumayyah…-AKU RINDU PADAMU-

*ADAD : Bahasa Arab dan Kesusastraan*Markaz Sihhi : Klinik Kesihatan*Jami’ah Yarmouk : Universiti Yarmouk*Hijazi : Sebuah tempat di Irbid , Jordan* PERMAI : Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid

Tinta Qani’ah,Sakan Yarmouk

101

Page 102: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Teks : Muhammad Hilal Asyraf Abdul Razak(Tahun Akhir Usuluddin di Universiti Yarmouk, Jordan)

Saya tersenyum. Saya soal semula kepada dia: “Kamu bercouple tak dengan kawan perem-puan kamu itu?” Eh? Saya tersengih. Mesti dalam kepala dia, dia fikir pelik. Hilal Asyraf suruh orang jadi lesbian ke? Haa... tersilap la kalau fikir macam itu. Apakah maksud saya?

Couple dan lompong kasih sayangMengapa bercouple? Jatuh cinta. Mungkin itu satu jawapan yang popular. Tetapi bagaimana boleh sampai bercouple? Pastinya ada ‘tragedi’ orat mengorat. Apa yang ada dalam seni mengorat ni? Ungkapan-ungkapan sayang, hadiah-hadiah yang mengisi kasih, momen-momen indah yang tak dapat dilupakan, ambil berat dan pemberian perhatian, serta banyak lagi perkara yang didahagakan oleh fitrah manusia. Itulah dia yang membawa kepada bersatu-nya dua manusia di atas nama couple. Apabila berada di alam couple, berganda-gandalah lagi keindahan itu. Setiap kali birthday disam-but dan diingati, hadiah-hadiah sempena hari-hari tertentu pasti menghadiri, bertanya khabar dan mengambil berat satu sama lain,

emasa saya memberikan perkongsian di Sekolah Menengah Agama Swasta Kampung Laut di Terengganu, salah seorang pelajar perempuan dia sana telah bertanya.

MENGAPA BUKAN KAMU YANG BERCOUPLE DENGAN DIA?

s

ungkapan-ungkapan cinta ala-ala Romeo dan Juliet yang mampu mencairkan hati dan sebagainya yang menghiasi dunia mereka menjadi indah. Mengapa seseorang itu bercouple? Kerana lompong kasih sayang yang wujud di dalam jiwa mereka terisi. Di sinilah timbul persoalan. Kalau anda tidak suka kawan anda bercouple, mengapa bukan anda yang mengisi kelompongan yang ada di dalam jiwa mereka itu?

Bila suci tak dijaga, bila kotor dihina-hina Kita ini hakikatnya tidak cinta dengan sahabat kita secinta-cintanya. Kita tak ambil berat pasal dia. Tanya khabar pun tidak. Un-gkap sayang jauh sekali. Hadiah jangan cerita la, lagi tak diberi. Birthday pun tak tahu bila . Berjumpa pun tak bertukar senyum. Peluk kasih pun tidak pernah. Kemudian bila sahabat kita terjerumus ke lembah kekotoran, menumpang kasih kepada manusia yang hendak memberikannya kasih, kita menghina-hinanya. Persoalan sekarang, mengapa sampai dia perlukan kasih sayang orang lain sampai dah tak kenal halal haram? Kerana kita, sahabatnya yang halal ni, tak mengisi kehidupannya.

Bagaimana ukhuwwah kita dengan-nya? Adakah kita telah memenuhi hak-hak mereka? Adakah kita membina jambatan hati antara jiwa mereka dengan kita? Adakah kita mendoakannya?

Apabila wujud keakraban Possibility untuk seseorang itu bercouple apabila kelompongan di dalam jiwanya telah terisi dengan kasih sayang adalah sangat tipis. Tetapi masih ada juga yang telah kita beri-kan kasih sayang, dan dia juga merasa kasih kepada kita, tetapi dia bercouple. Masih ada. Bukan saya kata tidak ada. Namun ada beza. Ada beza antara dia bercouple dan kita tidak akrab dengannya, dan dia bercouple dalam keadaan kita akrab dengannya. Bezanya adalah, kita lebih mudah hendak menegurnya. Kita lebih mudah hendak menyedarkannya. Hal ini kerana, kita dengan dia, saling kasih mengasihi. Kita adalah sahabatnya yang terbaik. Kita memberikannya hadiah semasa hari lahirnya, kita caring dengannya, kita ungka-pkan sayang kita kepadanya, kita belanja dia makan, kita sentiasa bersama dengannya, dan berbagai lagi yang kita lakukan untuk mem-bina jambatan hati antara kita dengannya. Mustahil dia tidak membuka hati mendengar

“Bagaimana ya saya nak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”

102

Page 103: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

bicara kita. Apatah lagi, kita berhikmah dengannya.

Satu cerita saya Saya mempunyai seorang junior yang bercouple. Ya, memang apabila mendengar dia bercouple, hati memang sedih. Namun, Alhamdulillah, saya selama ini menjaga hubungan dengannya. Bahkan berusaha mera-patinya serapat yang mungkin. Masa birthday bagi hadiah, lapang-lapang tanya khabar, ada peluang belanja makan, ada masa ziarah rumah dan sebagainya. Apabila mendengar dia bercouple, saya mengajaknya bersama saya duduk-duduk lepak-lepak. Kami bersembang pelbagai perkara. Bertepuk tampar bersama apabila bercanda. Diam bersama apabila mengenang sesuatu yang mungkin sentimental. Bila melihat peluang yang sesuai menguta-rakan isu dia bercouple, saya berkata: “Ana dengar, enta ada cerita hot” Dia tersengih. “Apa yang hot-hot ni?” “Siapa nama Si Dia tu? Timah(bukan nama sebenar)? Senah(bukan nama sebenar)?” Saya bergurau. Sedangkan saya tahu aja nama

sebenar couplenya itu. Dia ketawa. “Umairah(bukan nama sebenar) la bro” Saya membiarkan dia bercerita itu dan ini berkenaan couplenya. Saya juga menyoal-nyoal beberapa soalan seperti cantik ke? Orangnya macam mana? Asal mana orangnya? Dan begitulah kami bersembang-sembang. Bila dia berhenti menceritakan couplenya itu, saya berkata kepadanya. “Enta rasa, orang macam dia, boleh didik anak-anak enta?” Dia diam. Dan saya berkata: “Ana tak kenal dia. Ana bukan nak hitung couple enta. Ana cuma nak enta yang hitung dia. Enta kenal dia kan? Dah pernah sembang kan? Dah pernah jumpa kan? Cuba enta fikir panjang-panjang.” Dia tersengih. Diam lama. Kami diam bersama lama malam itu. Kemudian kami bersembang lagi. Saya membicarakan seputar keredhaan Allah dalam hidup, bagaimana membina keluarga, konsi-kuensi apabila dasar cinta itu tidak benar dan sebagainya. Dia mendengar dan sekali sekala memberikan pendapat. Akhirnya dia bersuara: “Ana sebenarnya, rasa tak senang juga dengan benda ni” Kemudian dia menceritakan ketidak senangannya, keresahannya, kegelisahannya, kerisauannya. Saya membiarkan dia mencerita-kan semuanya. Dia rupanya buntu mencari jalan keluar dan tak mampu mengeluarkan dirinya dari suasana itu. Maka saya memberikannya semangat, beberapa tips dan pandangan. Akhirnya... “Bro, enta bagitahukan mak ana boleh? Kata ana tak couple dah. Esok ana sms dia minta berhentikan hubungan kami” Itu konklusi yang dia buat sendiri. Dan saya diam sambil tersenyum. “Kalau enta rasa itu yang terbaik, insyaAllah ana bagitahu mak enta. Mesti dia gembira.” Itulah cerita saya dengan sahabat saya itu. Saya kira, kalau selama ini jambatan hati itu tidak saya bina, mustahil dia boleh mendengar apa yang saya utarakan kepadanya pada pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh memberikan 1001 alasan untuk meninggalkan saya pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh sahaja memarahi saya agar tidak sibuk dengan urusan peribadinya. Tetapi jambatan hati+uslub menegur+doa kepada Allah, itu adalah formula yang mustajab.

Sepatutnya, kita mampu melakukan ini. Hal ini kerana kita ‘couple’nya yang halal sebe-lum dia beristeri atau dalam kes perempuan, dia bersuami.

Penutup: Kita isi hatinya. Maka di sinilah kita perlu melihat. Jangan hanya pandai menghina kesalahan orang lain. Lebih teruk lagi, meninggalkan sahaja sese-orang itu bergelumang di dalam dosa dan kita hanya mengutuknya dari belakang sahaja. Setiap orang ada masalahnya. Kalau orang jauh, boleh lah kita usahakan tegur dengan ar-tikel dan sebagainya. Tetapi sahabat kita, yang tinggal dengan kita, yang hidup dengan kita, yang sekelas dengan kita, takkan la kita tak boleh usahakan lebih dari sekadar teguran? Manusia perlukan sentuhan. Pernahkah kita menyentuh hati dan jiwa sahabat kita? Pernahkah kita isi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kepadanya bahawa kita sayang kepadanya? Dan pernahkah kita mem-buktikan sayang kita itu kepadanya? Di sini, kita memerhatikan kembali situasi ini. “Bagaimana hendak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?” “Kamu bercouple tak dengan kawan kamu itu?” Kalau sekadar sebut Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Surah Al-Israa’ ayat 32 tu, semua orang boleh bagi. Persoalannya, siapa yang betul-betul usaha bimbing sahabatnya dalam hal “Dan janganlah kamu menghampiri zina”? So, sekarang, baik mula couple dengan sahabat sendiri. Mengisi kelompongan hatinya. Dan in-syaAllah, kelompongan hati kita juga terisi.

emasa saya memberikan perkongsian di Sekolah Menengah Agama Swasta Kampung Laut di Terengganu, salah seorang pelajar perempuan dia sana telah bertanya.

MENGAPA BUKAN KAMU YANG BERCOUPLE DENGAN DIA?

Manusia perlukan sentuhan. Pernahkah kita menyentuh hati dan jiwa sahabat kita? Pernahkah kita isi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kepadanya bahawa kita sayang kepadanya? Dan pernahkah kita membuktikan sayang kita itu kepadanya?

Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak merupakan pelajar tahun akhir University Yarmouk, dalam bidang Usuluddin. Telah menghasilkan beberapa buah Novel dan buku Motivasi. Layari http://langitilahi.com

103

Page 104: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Dosa itu suatu yang melukakan jiwa. Ia melemahkan langkahan untuk menuju Allah. Namun, hakikatnya semua manusia itu pasti akan berdosa. Kerana Allah tidak cipta-kan manusia ini dengan memiliki ‘standard ketaatan’ yang sama seperti malaikat. Manusia ini diciptakan dengan nafsu. Dia pasti akan tersilap. Dari kesilapan itu, perlunya pembaikan. Namun, gagal mengawal nafsu pula adalah satu bencana. Memang Allah ciptakan kita dengan kepas-tian bahawa kita ini tidak pernah terlepas dari dosa. Kenapa? Supaya kita ini meluangkan masa untuk melihat dan memuhasabah diri, lalu, kita membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Supaya kita lebih teliti dalam menjaga diri untuk mengejar cinta Allah. Kita semua berhajat kepada cinta Allah, bukan?Lalu, adakah Allah beri ‘selonggok’ macam itu sahaja cinta-Nya?Oh, sudah tentu tidak! Allah beri jalan untuk kita mencapai cinta-NYA. Allah tidak campakkan begitu sahaja. Kalaulah Allah buat begitu, maka pastinya kita tidak menghargai nilai cinta itu, kerana begitu mudah untuk mendapatkannya.

MAKSIAT DAN DOSA MELEMAHKAN PERJALANAN HATI MENUJU CINTA ITU

Sesiapa sahaja pasti pernah berbuat dosa. Baik anda, baik diri saya sendiri. Tetapi, bagaimana hati kita ketika dalam keadaan begitu?

Selesakah kita? Takutkah atau bagaimana

perasaan ketika itu? Perjalanan menuju cinta Allah ini sebe-

narnya banyak halangannya. Antara halangan terbesar adalah dosa kita sendiri.

Kalaulah diibaratkan sebuah kereta yang se-dang bergerak, tayar pecah hanya kerana paku-paku kecil, adakah mampu lagi ia meneruskan

perjalanan? Tidak, kecuali setelah dibaiki. Begitulah dosa dalam kehidupan kita. Sekecil manapun dosa itu, ia tetap menjadi penghalang kita untuk merebut cinta Allah. Ia akan melemahkan jiwa kita, menyebabkan kita lesu dalam usaha menggapai cinta agung itu. Kita perlu bersyukur apabila Allah sudi untuk anugerahkan cinta-Nya kepada kita. Kenapa? Anda bayangkanlah, Sultan tidak pernah mengenali anda. Siapalah anda di mata Sultan.Anda hanya orang kampung, yang bekerja pun biasa-biasa saja. Tidaklah bergaji mahal, tidaklah berkedudukan tinggi. Tetapi, suatu hari, Sultan memanggil anda dan memberi anugerah sebagai tanda sayangnya kepada anda. Daripada ramai rakyatnya, cuma anda seorang sahaja yang terpilih, apa perasaan anda ketika itu? Itu cuma seorang Sultan. Allah yang lebih besar daripada Sultan itu, Pemilik segala-galanya, ingin menganugerahkan cinta kepada kita yang hina ini. Rasa-rasa, layakkah kita? Tetapi, Allah tetap juga ingin anugerahkan cinta-Nya kepada kita. Allah ingin beri, kenapa kita tidak berusaha untuk mengambilnya? Kalaulah seorang Sultan tadi ingin berikan anugerah kepada kita, tiba-tiba beberapa hari sebelum mendapat anugerah itu, kita telah membuat sesuatu yang metnyebabkan Sultan itu murka, Agak-agaknya masih ada lagikah anugerah untuk kita? Lalu, mengapa tidak dengan Allah? Bukan-kah sepatutnya bila Allah ingin anugerahkan sesuatu yang besar kepada kita yang hina ini, kita menyambutnya dengan baik? Maka, bagaimana menyambut cinta Allah itu?

BERSIHKAN DIRI DENGAN TAUBAT

Sebenarnya, Allah masih lagi memberi peluang kehidupan kepada kita hingga saat ini supaya kita memanfaatkannya untuk bertaubat. Kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna :“Sekiranya anda ingin memperbaharui hubungan dengan Allah, mulailah dengan BERTAUBAT “ Kita tidak menuju Allah dengan membawa jasad kita ini. Tetapi, kita akan bertemu Allah dengan membawa jiwa kita ini. Lalu, dengan apa kita mengisi jiwa kita ini?Jiwa ini kekuatannya hanyalah bila bersandar pada Pemilik asalnya. Ia akan menjadi lemah bila bergantung kepada selain Pemiliknya. Sekiranya kita mengisi jiwa ini dengan maksiat dan dosa, maka perjalanannya untuk menggapai cinta Allah itu semakin hari semakin lemah sekiranya kita tidak SEGERA bertaubat. Bertaubat adalah untuk menyucikan jiwa kita. Jiwa yang bersih suci barulah dapat memberi kekuatan kepada badan untuk meng-gerakkan amal untuk mencapai cinta Allah.

PENUTUP : CINTAKAH KITA PADA IA?

Anda inginkan cinta Allah, bukan? Lalu, mengapa tidak kita bersihkan halangan-halangan di sepanjang jalan ini untuk sampai ke matlamat cinta Allah itu? Dosa dan maksiat itu hanya keseronokan bersifat sementara. Yang me’nikmati’nya di du-nia akan menjamah api neraka Allah di akhi-rat. Yang resah dan risau kerana ‘ter’jerumus ke dalamnya, maka dia perlu segera bangkit dan bertaubat. Dosa hanya melambatkan usaha kita untuk menggapai cinta Allah. Ia cuma melemahkan hati kita, menambah luka di jiwa serta mem-adam kebaikan. Abdullah bin Mubarak berpesan: “Aku perhatikan dosa itu mematikan hati dan mem-pertahankannya adalah kehinaan, mening-galkan dosa adalah KEHIDUPAN bagi hati, menundukkannya sangat baik bagi jasmani, dan yang merosak agama adalah para penguasa dan ulama’ serta pakar yang jahat.” Orang yang selesa dengan dosa, maka dia perlu segera memeriksa dirinya adakah dia sedang BERCINTA dengan DOSA, atau BERCINTA dengan ALLAH? Bukan jalannya untuk menggapai SYURGA,Kiranya masih ada rasa ‘SAYANG’ untuk ting-galkan dosa !

SAMPAI BILA INGIN BERCINTA DENGAN DOSA?

Afdholul Rahman CA merupakan pelajar tahun Pertama University Yarmouk, dalam bidang Iqtisod dan Perbankan Islam. Beliau merupakan Kolumnis LangitIlahi.com di ruangan Himmah

Teks : Afdholul Rahman CA(Tahun Pertama Iqtisod dan perbankan Islam di Universiti Yarmouk, Jordan)

104

Page 105: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Ya,Kita ini bercinta,

cuma bukan dengan definisi mereka.Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.

Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,juga bukan pada bicara kata,

tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,kita bukanlah keluarga biasa,

bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurg-aNya.

Awak,bukankah itu adalah cinta?

~Hilal Asyraf~1238 | 111011Irbid, Jordan

Awak, Kita Ini Bercintakah?

PuisiHilal Asyraf

Irbid,

Awak,Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,melafaz kata cinta berbalas-balasan,bahkan sering ada jarak antara kita,dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,Kita ini tidak sering berhubungan,tiada bicara manis,dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

Page 106: EASTpirasi MPPMJ 2011/2012