taklimat plm 2011 untuk jun 2012

18
TAKLIMAT PRAKTIKUM TAKLIMAT PRAKTIKUM PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN SENI VISUAL JUN 2012 JUN 2012 HASSAN MOHD GHAZALI HASSAN MOHD GHAZALI PENYELARAS PRAKTIKUM PENYELARAS PRAKTIKUM FAKULTI SENI, KOMPUTERAN & INDUSTRI KREATIF FAKULTI SENI, KOMPUTERAN & INDUSTRI KREATIF

Upload: hassan-mohd-ghazali

Post on 14-Jun-2015

682 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Taklimat Praktikum Pelajar Seni Visual UPSI untuk praktikum Jun - okt 201O

TRANSCRIPT

Page 1: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

TAKLIMAT PRAKTIKUMTAKLIMAT PRAKTIKUMPENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL

JUN 2012JUN 2012

TAKLIMAT PRAKTIKUMTAKLIMAT PRAKTIKUMPENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL

JUN 2012JUN 2012

HASSAN MOHD GHAZALIHASSAN MOHD GHAZALIPENYELARAS PRAKTIKUMPENYELARAS PRAKTIKUM

FAKULTI SENI, KOMPUTERAN & INDUSTRI KREATIFFAKULTI SENI, KOMPUTERAN & INDUSTRI KREATIF

Page 2: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

Pada akhir taklimat Program Latihan Mengajar (PLM), anda memperoleh maklumat tentang:• matlamat dan objektif PLM• maklumat asas • perkara penting pra latihan mengajar / praktikum• lapor diri di sekolah• pertemuan dengan Guru Pembimbing (GP)• jadual waktu sekolah • tanggungjawab anda• buku persediaan mengajar• pracerapan, cerapan dan pascacerapan • penulisan jurnal refleksi pengajaran• soal jawab

matlamatmatlamatmatlamatmatlamat

Page 3: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

Matlamat: PLM menyediakan peluang agar pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh di UPSI dalam konteks sebenar.

Objektif: PLM UPSI bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar agar:

- Mengamalkan kemahiran dalam merancang persediaan dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

- Mempraktikkan perbagai pendekatan, kaedah, dan teknik serta strategi.

- Memajukan pembelajaran pelajar dengan menyatupadukan teori dan amali dalam situasi sebenar.

Mengalami suasana interaksi dengan anggota lain dalam komuniti.

Membina kecekapan, sikap, personaliti, keyakinan diri serta meningkatkan daya tahan dalam mengamalkan nilai-nilai profesion keguruan.

Meningkatkan penilaian kendiri sebagai budaya kerja profesion keguruan.

Mengaplikasikan kemahiran merancang dan menjalankan kegiatan kokurikulum untuk pelajar.

Matlamat dan ObjektifMatlamat dan ObjektifMatlamat dan ObjektifMatlamat dan Objektif

Page 4: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

Tarikh LM:

25 JUN hingga 19 OKTOBER 201225 JUN hingga 19 OKTOBER 2012

Tempoh : 18 Minggu

Prosedur LM / Praktikum :

Wajib kepada semua pelatih UPSI

Maklumat Asas LMMaklumat Asas LMMaklumat Asas LMMaklumat Asas LM

Page 5: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

1. Pertemuan denga Pensyarah Penyelia:

• Semua pelatih wajib jumpa/ temu janji pensyarah/penyelia anda

• Dapatkan nombor telefon dan e.mel pensyarah/penyelia anda.

2. Beli buku persediaan mengajar dari KOUPSI – RMxx.xx

3. Sediakan sebuah buku log (Kulit Tebal 200 -300 ms) untuk

refleksi praktikum.

4. Dapatkan buku penilaian untuk Guru Pembimbing (GP) masing-

masing sebelum ke sekolah, selepas taklimat ini.

5. Download surat pengenalan diri dan borang tuntutan (claim) GP

secara on-line (exit survey).

• Kadar bayaran bagi setiap GP bagi tempoh seliaannya ialah RM10

seminggu X 14 minggu = RM140/pelatih. Jika, dua orang pelatih,

bererti GP memperoleh RM280. Harap maklumkan kepada GP.

Perkara penting pra-praktikumPerkara penting pra-praktikum

Page 6: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

• Lapor diri pada hari pertama program LM kepada PengetuaPengetua.

• Dapatkan maklumat tentang Guru Pembimbing (GP), guru kelas dan yang berkaitan dengan yang akan diajar.

• Jika anda tidak diterima di sekolah itu, segera maklumkannya kepada penyelaras LM . Anda akan diberi penempatan baharu.

• Wujudkan hubungan baik dengan pengurusan sekolah yang lain, iaitu Penolong Kanan Pentadbiran, PK HEM, PK KOKU, PK Petang (jika ada), Kaunselor, GP, guru-guru lain dan warga sekolah.

Lapor diri ke sekolahLapor diri ke sekolah

Page 7: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

• Serahkan buku penilaian kepada GP masing-masing setiba di sekolah.

• Pastikan anda tidak lagitidak lagi memegangnya selepas diserahkan kpd GP

• Ingatkan GP agar menyelia/membimbing anda sekurang-kurangnya empat kali, iaitu dua kali sebelum seliaan pertama dan dua kali lagi sebelum seliaan kedua oleh pensyarah/ penyelia anda.

• Ingatkan GP agar menyerahkan buku penilaiannya kepada pensyarah / penyelia anda semasa lawatan/seliaannya bagi kali kedua.

Bersama guru pembimbing (GP)Bersama guru pembimbing (GP)

Page 8: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

• Minimum waktu pengajaran seminggu adalah antara 10 -12 waktu10 -12 waktu (8 – 10 waktu major dan 2 – 4 waktu minor).

• Selesaikan masalah JW dalam minggu pertama. • Kirimkan kalendar akademik sekolah, JW yang

disahkan berserta dengan Rancangan Aktiviti Tahunan Sekolah kepada pensyarah/ penyelia anda selewat-lewatnya pada minggu ke-2 anda melaporkan diri ke sekolah secara pos laju / faks / e-mel bersama-sama dengan peta dari UPSI ke sekolah anda.

• Anda dilarang meminda atau menukar JW yang asal.• Jika berlaku perubahan JW, beritahu kepada

pensyarah / penyelia anda secepat mungkin.

Jadual waktu pengajaranJadual waktu pengajaran

Page 9: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

• Mempraktikkan teori P & P yang dipelajari di UPSI dalam situasi sebenar.

• Membina keterampilan, personaliti, daya tahan dan keyakinan diri.

• Mengamalkan budaya refleksi demi meningkatkan tahap profesionalisme.

• Sentiasa memelihara kesihatan tubuh badan dan mental.• Menjaga nama baik UPSI (anda sebagai duta)• Wujudkan hubungan baik antara UPSI dengan sekolah.• Elakkan pengasingan diri daripada komuniti sekolah.• Sentiasa berusaha dan melakukan yang terbaik.• Saling membantu (rakan) dan bekerjasama • Pelihara nama baik profesion, hadir ke sekolah tepat pada

waktunya• Wajib libatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sekolah.

Peranan dan tanggungjawab GPPeranan dan tanggungjawab GP

Page 10: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

• Wajib hadir pada setiap hari persekolahan atau apabila diarahkan oleh pengetua.

• Berpakaian mengikut pekeliling yang bersesuaian dengan perguruan ( tag nama, tali leher, baju kurung….)

• Maklumkan kepada pengetua & Pensyarah jika anda tidak dapat hadir ke sekolah

• Patuhi peraturan sekolah, pakaian, pergaulan dan cuti. • Cuti sakit kurang daripada 4 hari disifatkan memenuhi syarat

keperluan LM (slip cuti sakit hendaklah disahkan oleh Doktor Kerajaan)

• Jika cuti sakit antara 4 – 6 hari, anda dikehendaki mengulang tidak melebihi 4 minggu. Lebih 6 hari, ulang semula LM sepenuhnya.

• Elakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak berkaitan dengan profesion perguruan / pendidikan.

• Berazam memberi pengajaran yang terbaik.• Prihatin dan tidak boleh pilih kasih terhadap murid.

Peranan dan tanggungjawab GPPeranan dan tanggungjawab GP

Page 11: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

1. Ditulis dengan kemas, teratur, bersih dan tiada kesalahan bahasa.

2. Mesti diserahkan kepada pengetua untuk pengesahan pada setiap minggu.

3. Kandungan buku adalah seperti berikut:

- butiran/maklumat diri mesti diisi berserta gambar.

- senarai buku teks dan rujukan mesti dilengkapkan .

- sukatan pelajaran dan HSP mesti disertakan/dilampirkan.

- Jadual waktu mesti diisikan dengan kemas dan menarik.

- Rancangan Tahunan Subjek ditulis/disalin dengan baik.

- (Rancangan Mingguan mesti dipatuhi dan diulang tulis setiap minggu sebelum menulis Rancangan Harian)

- Persediaan Mengajar Harian wajib ditulis setiap hari berdasarkan Rancangan Mengajar Mingguan Sekolah.

- Senarai nama murid dan rekod penilaian mesti diisi/ditulis.

Nota: Kehadiran penyeliaan perlu diisi pada helaian belakang buku persedian mengajar.

Buku Persedian MengajarBuku Persedian Mengajar

Page 12: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

• Pastikan anda sentiasa bersedia dan penulisan rancangan pengajaran mingguan dan harian siap ditulis (dengan menggunakan tulisan tangan) mengikut format sebelum diserahkan buku persediaan mengajar itu kepada pensyarah / penyelia / GP.

• Maklumkan penyelia / GP tentang rancangan pengajaran yang telah anda rancang untuk pengajaran pada hari itu dan serahkan buku itu kepadanya untuk disemak dan dibuat teguran / bimbingan.

• Sediakan nota, jika pengajaran pada hari yang dijadualkan tidak dapat dilaksanakan / dibatalkan / tidak dapat diselesaikan oleh sebab keuzuran / sakit / surat cuti sakit dsb.

• Persediaan mengajar wajib ditulis sebelum pengajaran, jika tidak anda boleh digagalkan oleh penyelia / GP.

• Tentukan penyelia/ GP ada kerusi dan meja di belakang kelas.• Pastikan anda telah bersedia untuk dicerap, iaitu dua kali oleh

Pensyarah Penyelia dan empat kali oleh Guru Pembimbing (GP).

Pra pencerapanPra pencerapan

Page 13: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

pencerapanpencerapanApakah yang dicerap oleh Pensyarah / Penyelia / GP anda?Yang dicerap ialah :

- penulisan rancangan pengajaran mingguan, - penulisan rancangan pengajaran harian, termasuklah :- persediaan objektif dan alat / bahan P & P dan pencapaiannya . - penguasaan anda terhadap isi pelajaran, - kebolehan anda mengawal dan menguruskan kelas,- kebolehan anda mengendalikan model pengajaran mengikut langkah / fasa, - kebolehan anda menjalin perkembangan pembelajaran- sikap, sahsiah dan tingkah laku anda (misalnya adakah anda menyediakan persediaan mengajar yang amat kemas dan mencipta pembaharuan) semasa pengajaran daripada aspek kekuatan dan kelemahan yang ada, cara mengatasi dan tindakan seterusnya.

Page 14: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

• Laporan penilaian akan disertakan untuk membolehkan anda mengambil tindakan yang terbaik bagi menambah baik rancangan pengajaran pada masa akan datang atau pada hari berikutnya.

• Beberapa teguran dan ulasan biasanya dianalisis daripada aspek positif, negatif, dan beberapa syor dan cara mengatasinya akan dikemukakan untuk tindakan anda seterusnya, iaitu yang berasaskan :

- Persediaan (25 %) – objektif; perancangan (isi kandungan, strategi / kaedah, kemahiran berfikir / kemahiran berbahasa / nilai ) dan alat / bahan pengajaran.

- Perkembangan (60 %) – permulaan pengajaran; perkembangan pengajaran; pelaksanaan; pengurusan bilik darjah / makmal; komunikasi; pencapaian objektif; penilaian / penyoalan; penguasaan isi kandungan; penyampaian; penyertaan murid; penggunaan alat / bahan pengajaran; dan penutup.

- Sikap dan sahsiah (10 %) – penampilan diri; prihatin; pekerti dan ciri-ciri profesional

Pasca pencerapanPasca pencerapan

Page 15: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

• Bertujuan untuk meningkatkan penilaian kendiri sebagai budaya kerja profesion keguruan.

• Penulisan jurnal refleksi pengajaran mesti mengandungi sekurang-kurangnya tiga tahap, iaitu:

i. Refleksi deskriptif

ii. Refleksi dialog

iii. Refleksi kritikal

iv. Kefahaman baharu

v. Tindakan.

Penulisan Jurnal RefleksiPenulisan Jurnal Refleksi

Page 16: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

KesimpulanKesimpulan• Wajib menghadiri taklimat Program Latihan Mengajar (PLM)

yang diadakan oleh Penyelaras Latihan Mengajar di peringkat fakluti.

• Memahami dan menghayati objektif PLM• Berbincang dengan Pensyarah Penyelia dan pihak sekolah

untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab semasa pelaksanaan PLM.

• Membina hubungan profesional dengan semua staf dan murid.• Mesti menghantar senarai tugas, jadual waktu, takwim institusi

dan maklumat lain kepada Pensyarah Penyelia pada minggu pertama PLM berlangsung.

• Memaklumkan Pensyarah Penyelia tentang cuti atau apa-apa aktiviti sekolah yang mengakibatkan penyeliaan tergendala.

• Hadir di sekolah sepanjang tempoh PLM berlangsung.

Page 17: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

• Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan universiti dan peraturan sekolah.

• Menandatangani borang/ buku kehadiran di sekolah pada setiap hari bekerja.

• Membuat persediaan (keseluruhan) untuk menjalani PLM.• Melibatkan diri dalam aktiviti akademik dan kokurikulum semasa

menjalani PLM.• Mesti menulis refleksi / penilaian kendiri selepas proses P & P

berlangsung.• Mengajar dalam bahasa pengantar seperti yang ditetapkan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).• Penglibatan anda dalam aktiviti luar yang dianjurkan oleh pihak

lain perlu mendapat kebenaran bertulis daripada sekolah dan universiti.

• Menjaga hubungan baik dengan rakan sejawat, murid, warga sekolah dan pihak yang berkaitan.

KesimpulanKesimpulan

Page 18: Taklimat plm 2011 untuk jun 2012

• Hubungi saya jika terdapat masalah yang kritikal:

019-2191659• Facebook

PertanyaanPertanyaan