dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/link/2020m2p3d14.pdfpersidangan dewan undangan...

276
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020 PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA PADA PUKUL 9.30 PAGI HADIR: YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA Dato’ Haji Yahaya bin Ali, DPMT., PJC. YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, SSMZ. WAKIL RHU RENDANG Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat, SMZ. WAKIL PAKA Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak, SMT. WAKIL BUKIT TUNGGAL Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah, SMT. WAKIL BUKIT PAYONG Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim, AMZ. WAKIL JABI Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT., PJC., PJK., BLB. WAKIL LADANG Yang Berhormat Ariffin bin Deraman WAKIL ALUR LIMBAT Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat, PJK. WAKIL CUKAI 1

Upload: others

Post on 28-Jan-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA

    PADA PUKUL 9.30 PAGI HADIR: YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA Dato’ Haji Yahaya bin Ali, DPMT., PJC. YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, SSMZ. WAKIL RHU RENDANG Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat, SMZ. WAKIL PAKA Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak, SMT. WAKIL BUKIT TUNGGAL Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah, SMT. WAKIL BUKIT PAYONG Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim, AMZ. WAKIL JABI Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT., PJC., PJK., BLB. WAKIL LADANG Yang Berhormat Ariffin bin Deraman WAKIL ALUR LIMBAT Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat, PJK. WAKIL CUKAI

    1

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    Yang Berhormat Wan Sukairi bin Wan Abdullah WAKIL WAKAF MEMPELAM Yang Berhormat Dr. Mamad bin Puteh, PJK. WAKIL KUALA BERANG Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman WAKIL KOTA PUTERA Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim WAKIL TEPOH Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi WAKIL BATU BUROK Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik WAKIL SURA Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim WAKIL BULUH GADING Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun WAKIL MANIR Yang Berhormat Haji Alias bin Harun WAKIL RANTAU ABANG Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong WAKIL PENGKALAN BERANGAN Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed WAKIL BANDAR Yang Berhormat Haji Maliaman bin Kassim WAKIL AJIL

    2

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili WAKIL KEMASIK Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor WAKIL WANITA Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad bin Said, SSMZ., DPMT., ASM., PJK. WAKIL KIJAL Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ. WAKIL SEBERANG TAKIR Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat, DPMT., SMZ. WAKIL TELEMONG Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT., PJK. WAKIL HULU BESUT Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud, KMN., AMZ., PPN. WAKIL BUKIT BESI Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT., PPN. WAKIL JERTIH Yang Berhormat Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP., PPN., PJK. WAKIL LANGKAP Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT., PJK. WAKIL BATU RAKIT Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK. WAKIL KUALA BESUT Yang Berhormat Datuk Abd. Halim bin Jusoh, DPSM. WAKIL PERMAISURI

    3

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    HADIR MENURUT FASAL XIII (3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA) YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN Dato’ Haji Mohd Zahari bin Md Azahar, DPMT., PJK. YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI Dato’ Razali Bin Che Ani, DIMP. YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI Dato’ Haji Zainal Abidin bin Hussin, DPMT., PJK., BLB. SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI Encik Zulkifly bin Isa, AMZ., PJK. TIDAK HADIR (DENGAN MAAF): Yang Berhormat Ab. Razak bin Ibrahim WAKIL AIR PUTIH

    4

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    PUKUL 9.30 PAGI SETIAUSAHA DEWAN:

    ِحـــــــیمِ ِن ٱلرَّ ـٰ ۡحـَم بِۡســـــــــِم ٱ�ِ ٱلرَِّ َوبََرَكاتُھُ السََّالُم َعلَْیُكْم َوَرْحَمةُ ا�َّ

    Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum kita memulakan mesyuarat pada pagi ini, marilah kita sama-sama membaca Ummul Kitab Al-Fatihah. (Al-Fatihah) Perkara pertama di dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Doa oleh Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan.

    DOA Dibaca oleh Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan.

    UCAPAN YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA DEWAN SETIAUSAHA DEWAN: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Ucapan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA:

    ِ تَعَالَى َوبََرَكاتُھُ السََّالُم َعلَْیُكْم َوَرْحَمةُ ا�َّYang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berbahagia ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian.

    5

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang dapat hadir ke sidang Dewan Undangan Negeri kita pada kali ini walaupun dalam suasana kita masih menghadapi cabaran penularan COVID-19. Pada sidang Dewan Undangan yang lepas, iaitu pada 23 Mac kita hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja tanpa kehadiran ketua-ketua jabatan oleh sebab masalah yang sama. Tetapi pada kali ini walaupun saya menjemput ketua-ketua jabatan untuk turut hadir, saya mohon maaf kerana ada ketua jabatan yang naik pangkat terpaksa berada di tingkat atas kerana ruang yang terhad apabila kita menjaga SOP dan membuat penjarakan fizikal. Sidang pertengahan tahun pada kali ini mengambil masa lebih lama dari biasa iaitu selama 3 hari oleh kerana ada agenda yang tertangguh pada sidang yang lepas dibawa dalam sidang pada kali ini. Selepas ucapan saya, tertib pekerjaan dewan seterusnya ialah Pembentangan Kertas Kerja dan Laporan-Laporan, diikuti dengan sesi Soalan-soalan. Selepas rehat nanti saya akan beri peluang kepada Ahli Yang Berhormat sekalian untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan DiRaja di mana usulnya telah selesai dibuat dan teksnya telah diedarkan lebih awal pada persidangan yang lalu. Kita juga akan menyelesaikan dalam persidangan kali ini satu usul mengenai Penubuhan Kumpulan Wang Amanah di bawah Seksyen 10, diikuti dengan dua rang undang-undang iaitu Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020 dan Pindaan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Fasal 28 mengenai had umur kelayakan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu atau ringkasnya calon pilihan raya. Sebagai Ahli Badan Legislatif, semuanya itu memberi peluang kepada Ahli Yang Berhormat terlibat dalam sesi perbahasan nanti. Saya harap sepanjang 3 hari persidangan kita, Ahli-ahli Yang Berhormat akan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Saya akan benarkan soalan-soalan Ahli-ahli Yang Berhormat yang tak sempat disempurnakan sewaktu sidang yang lepas dibawa ke sidang ini. Cuma saya nak ingatkan kepada setiap Ahli Yang Berhormat yang akan bercakap, fikirkan sama Ahli-ahli Yang Berhormat lain juga ingin bercakap, maka perlu menggunakan masa dengan bijaksana setakat yang dibenarkan. Sementara itu, Peraturan dan Perintah Tetap Dewan (Standing Orders) perlu dipatuhi oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam program Pemantapan Wakil-Wakil

    6

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    Rakyat Negeri Terengganu pada 26 Julai baru-baru ini yang dianjurkan oleh Pejabat Dewan Negeri di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu. Saya yakin program ini sedikit sebanyak dapat menambahkan pengetahuan Ahli Yang Berhormat berhubung dengan peranan kita sebagai Ahli Badan Legislatif dan peranan kita sebagai wakil rakyat yang perlu mahir dalam selok belok pentadbiran dan ilmu komunikasi dalam menyelesaikan masalah rakyat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kita masih lagi menghadapi cabaran penularan pandemik COVID-19. Walaupun kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala negeri kita masih dalam keadaan terkawal tetapi kita tidak boleh berada dalam zon selesa kerana pandemik ini boleh membina gelombang baru pada bila-bila masa sekiranya rakyat negeri kita tidak serius dan berdisiplin mematuhi SOP yang diarahkan. Terdapat tanda-tanda awal penularan COVID-19 bergerak lebih aktif di setengah negeri yang lain. Oleh itu, marilah sama-sama kita menjaga keselamatan diri sendiri mematuhi SOP kerana ini bermakna menjaga keselamatan rakyat negeri kita keseluruhannya. Dan pada masa yang sama kita meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sebagai frontliners. Selain isu keselamatan, sudah tentu kita sekarang ialah sudah tentu fokus kita sekarang ialah bagaimana kita perlu menggandakan usaha memulihkan ekonomi dan rakyat yang terjejas akibat pandemik ini yang menjadi satu fenomena yang bersifat global. Kerajaan sudah tentu telah dan akan melakukan apa saja yang termampu dengan pelbagai bantuan dan Pakej Rangsangan Ekonomi. Majlis di Dewan Besar kelmarin umpamanya sebagai satu contoh kesungguhan kerajaan menangani isu ini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah memberikan respons yang cukup bermakna dalam ucapan penggulungan berdasarkan dapatan ataupun finding kajian impak pandemik COVID-19 di Terengganu yang dibentangkan oleh Jabatan Perangkaan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama TSIS dan dari Dewan Perniagaan Melayu Terengganu. Pada akhirnya penyelesaian yang paling tuntas dalam isu ini sudah tentu bukan semata-mata bergantung sepenuhnya kepada usaha kerajaan tetapi rakyat sendiri harus bangkit dan bertindak menolong diri sendiri. Akhir sekali, saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan dengan lafaz yang mulia, Bismillahir Rahmanir Rahim, saya melancarkan sebuah buku yang berjudul ‘Perkembangan Dewan Undangan Negeri Terengganu - Pemantapan &

    7

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    Cabaran yang diterbitkan oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri buat julung-julung kalinya. Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak panel penyelidik yang dilantik oleh Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan dan pegawai-pegawai serta semua pihak yang bekerja kuat menerbitkan buku ini. Saya minta Bentara dan Penolong Bentara Dewan mengedarkan buku ini kepada semua Ahli Yang Berhormat dan ketua-ketua jabatan. Sekian, selamat bersidang.

    وبا� التوفیق والھدایة والسالم علیكم ورحمة هللا تَعَالَى وبركاتھ

    KERTAS-KERTAS KERJA DAN LAPORAN-LAPORAN SETIAUSAHA DEWAN: Perkara seterusnya dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah KERTAS-KERTAS KERJA DAN LAPORAN-LAPORAN. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Kertas-kertas kerja dan laporan-laporan yang dibentangkan ialah:

    1. Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Di bawah Seksyen 10 Bagi Menggantikan Akaun Amanah Yang Ditubuhkan Di bawah Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]

    (DUN Bil.6/2020)

    Saya minta perhatian mohon dibuat pindaan pada helaian terakhir sebagaimana di atas meja Ahli Yang Berhormat sekalian, iaitu bilangan 24 kepada 23 dan 25 kepada 24. SETIAUSAHA DEWAN: Perkara berikut ialah Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:

    (1) Soalan-soalan Bertulis. (2) Soalan-soalan Lisan.

    YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Jawapan kepada Soalan-Soalan Bertulis yang telah diberi notis dan telah dibentangkan di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ialah soalan-soalan daripada:

    8

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    1 Yang Berhormat Wakil Tepoh

    2 Yang Berhormat Wakil Batu Burok

    3 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut

    4 Yang Berhormat Wakil Sura

    5 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi

    6 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading

    7 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut

    8 Yang Berhormat Wakil Manir

    9 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang

    10 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan

    11 Yang Berhormat Wakil Bandar

    12 Yang Berhormat Wakil Air Putih

    13 Yang Berhormat Wakil Kemasik

    14 Yang Berhormat Wakil Wanita

    YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Sekarang kita masuk kepada Soalan-soalan Lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-Soalan Lisan pada 10 Ogos 2020 adalah sebagaimana berikut:

    1 Yang Berhormat Wakil Tepoh

    9

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    2 Yang Berhormat Wakil Batu Burok

    3 Yang Berhormat Wakil Kijal

    4 Yang Berhormat Wakil Sura

    5 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir

    6 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading

    7 Yang Berhormat Wakil Telemong

    8 Yang Berhormat Wakil Manir

    9 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut

    10 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang

    11 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi

    12 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan

    13 Yang Berhormat Wakil Jertih

    14 Yang Berhormat Wakil Bandar

    15 Yang Berhormat Wakil Langkap

    16 Yang Berhormat Wakil Air Putih

    17 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit

    18 Yang Berhormat Wakil Ajil

    19 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut

    20 Yang Berhormat Wakil Kemasik 10

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    21 Yang Berhormat Wakil Permaisuri

    22 Yang Berhormat Wakil Wanita

    Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Wakil Tepoh untuk mengemukakan soalan. YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):

    اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama- Sejauh manakah kebenaran Yayasan Pembangunan Usahawan

    (YPU) telah menceburi perniagaan emas untuk membantu pendapatan Kerajaan Negeri?

    YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota Putera):

    ِحـــــــیمِ ِن ٱلرَّ ـٰ ۡحـَم بِۡســـــــــِم ٱ�ِ ٱلرَّYang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat, seterusnya Ahli Mesyuarat Dewan. Terima kasih kepada Wakil Tepoh. Soalan lisan nombor satu berbunyi: Sejauh manakah kebenaran Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) telah menceburi perniagaan emas untuk membantu pendapatan Kerajaan Negeri? Dato’ Yang di-Pertua, YPU secara khususnya, pada peringkat awalan ini tidaklah menceburkan diri perniagaan emas untuk meningkatkan pendapatan kerajaan Negeri, tetapi penglibatan pengawalan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan YPU pada kerajaan Negeri untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawab YPU. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dinilaikan jika sekiranya baik untuk menjadikan pendapatan kerajaan Negeri akan dibentangkan ataupun dipersembahkan dalam masa-masa akan datang. Perniagaan ini diusahakan oleh sebuah syarikat bernama Terengganu Metal Ex-Trade Sdn. Bhd.

    11

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    (TMEx) yang ditubuhkan dengan rasminya pada 24 Jun 2019. Pihak YPU menyokong perniagaan ini dan telah bersetuju untuk menawarkan seorang Pegawai Kanan YPU secara peminjam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kepada Terengganu Metal Ex-Trade Sdn. Bhd. ataupun nama singkatannya TMEx. Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Dato’ Yang di-Pertua, bolehkah dinyatakan berapakah jumlah modal berbayar dan pegangan saham YPU dalam syarikat ini. Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota Putera): Terima kasih kepada Tepoh. Pegangan saham YPU dalam TMEx adalah sebanyak 20% ataupun dan modal berbayar untuk syarikat itu adalah berjumlah RM1 juta ringgit dan dengan sekalinya 20% TMEx itu bernilai RM200 ribu ringgit. Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Dato’ Yang di-Pertua, soalah tambahan saya yang kedua: Apakah dapatan terkini kajian berhubung dengan perniagaan emas untuk Negeri dan juga Negara dalam suasana hari ini dilihat emas sentiasa meningkat dan mungkin YB telah menilai dan mengkaji perkembangan ini. YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota Putera): Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah dalam masa COVID-19 ini, kita lihat harga emas sekarang ini mencecah pada harga yang paling tertinggi di dalam sejarah emas itu sendiri dan kalau dilihatkan masa depan perniagaan emas adalah satu yang mempunyai masa depan yang cerah. Insya-Allah YPU cuba mendalami dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini dan kita akan melangkah lebih serius lagi ke depan nanti. Jadi untuk memendekkan penerangan ini insya-Allah saya akan sebutkan sedikit dalam ucapan penggulungan saya nanti berkenaan dengan perniagaan emas. Insya-Allah, terima kasih. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Wakil Batu Burok untuk kemukakan soalan. YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok):

    12

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu- Sila senaraikan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan bagi

    membantu usahawan PKS Terengganu yang terjejas akibat penularan COVID-19 dan menjelaskan sejauh mana bantuan ini telah diberikan kepada mereka yang berkelayakan?

    YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota Putera): Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Batu Burok. Soalan lisan yang kedua adalah soalan daripada Batu Burok yang berbunyi: Sila senaraikan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan bagi membantu usahawan PKS Terengganu yang terjejas akibat penularan COVID-19 dan menjelaskan sejauh manakah bantuan ini telah diberikan kepada mereka yang berkelayakan? YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Cuma Yang Berhormat, sekejap eh, saya cuma nak maklum kita ada buat satu sistem baru, semua soalan-soalan yang dikemukakan boleh ditengok dalam skrin tv masing-masing. Kita mulakan pada persidangan pada hari ini. Sila teruskan. Maksud saya tak perlulah diulang soalan itu sebab dah tertera di skrin tv. YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota Putera): Okey, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Antara bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan, kita bahagikan kepada dua. Satu bantuan daripada kerajaan Persekutuan dan yang keduanya adalah bantuan daripada pihak kerajaan Negeri. Yang diberikan oleh bantuan kerajaan Persekutuan adalah melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat iaitu PRIHATIN berjumlah RM240 bilion:-

    1. RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat 2. RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan

    Sederhana (PKS), dan 3. RM2 bilion untuk memperkukuhkan ekonomi. 4. Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat ataupun PRIHATIN PKS bernilai RM10

    juta. Bantuan oleh kerajaan Negeri pula adalah melalui tabung pemulihan PKS Terengganu COVID-19 dengan peruntukan sebanyak RM4 juta yang diuruskan oleh

    13

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    Yayasan Pembangunan Usahawan. Di bawah tabung ini, seramai 144 usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 telah diberi pembiayaannya. Pembiayaan mudah tanpa riba dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM1,581,971.52. Manakala sebanyak RM2.92 juta sedang diproses pembayarannya dan insya-Allah akan diberikan dalam masa terdekat. Kerajaan Negeri telah memberi bayaran ini atas proses-proses yang tidak ketat seperti mana sebelum ini memerlukan penjamin ataupun memerlukan jaminan daripada pihak-pihak peminjam. Ini kita nilaikan hanya sekadar kesan terhadap perniagaan mereka. Terima kasih. YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok): Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO. Ada soalan tambahan: Selain bantuan kewangan, adakah di sana bantuan berbentuk pengecualian sewa atau pinjaman. YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota Putera): Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada bantuan pinjaman yang telah saya sebutkan tadi, ada pihak YPU dan kerajaan memberikan bantuan kepada peniaga-peniaga ataupun PKS kita iaitu kerajaan Negeri telah memberi penangguhan sewa premis khususnya yang berada di bawah YPU selama dua bulan dengan jumlah sewaan RM463,340.00 yang melibatkan seramai 90 penyewa. Yang keduanya penangguhan bayaran pembiayaan selama dua bulan juga yang melibatkan 206 peminjam dengan jumlah bayaran balik RM183,282.00. Terima kasih. YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok): Soalan tambahan yang kedua: Adakah kerajaan bercadang untuk menambah lagi bentuk bantuan kewangan selepas tamat tempoh PKPP ini? YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota Putera): Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan tambahan kita mendapat permintaan yang tinggi daripada usahawan-usahawan kita berkenaan dengan terjejas kerana COVID-19 ini. Jadi pihak kerajaan dan YPU sendiri sedang meneliti untuk menilai permohonan mereka dan juga dengan pembentangan kajian impak COVID-19 yang berlangsung petang semalam ataupun pagi semalam juga menjadi indikator kita untuk menimbang untuk memberi tambahan jika sekiranya mempunyai kemampuan yang cukup. Insya-Allah, Terima kasih. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Sekarang, saya berpindah….

    14

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Boleh soalan tambahan? Batu Rakit. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Sila YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Soalan tambahan saya, berapa peratuskah golongan ini yang mendapat manfaat sebenarnya daripada bantuan Covid ini untuk PKS. Berapa peratus sebenarnya yang mendapat manfaat? Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN ABD. RAHMAN (Wakil Kota Putera): Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan peratusan, mungkin saya perlukan notis untuk memberi jawapan yang tepat. Cuma untuk makluman Dewan, hampir 100% usahawan kita terlibat dengan masalah PKP yang kita satu negara rasai hari itu. Cuma apa yang kita laksanakan sekarang adalah menilai priority atau keutamaan yang terjejas itu. Contoh apa yang dibuat oleh YPU, kita nilaikan berdasar kepada jumlah pekerja pada PKS-PKS, usahawan-usahawan kita yang mempunyai jumlah pekerja yang ramai, yang mempunyai cawangan-cawangan yang banyak dan bentuk kapasiti perniagaan itu yang kita nilaikan keutamaan dia. Bagi yang biasa-biasa ini agak kurang prioritynya sedikit. Bukan kita tidak memberi keutamaan kepada itu, kerana limitation ataupun keterbatasan kewangan kita untuk membantu mereka semua. Di samping itu, kita menggalakkan usahawan-usahawan kita untuk dapatkan bantuan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan Persekutuan khususnya pada PERKESO. Di bawah PERKESO itu ada program subsidi upah yang boleh dimohon oleh semua usahawan-usahawan yang berdaftar untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan yang diberi RM1,200.00 seorang pekerja pada setiap usahawan-usahawan yang berdaftar. Maknanya, satu jumlah yang besar. Di sini, kita menggalakkan usahawan-usahawan kita untuk mendapatkan bantuan tersebut. Terima kasih. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Saya pindah kepada Yang Berhormat Wakil Kijal. YANG BERHORMAT DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal):

    ِحـــــــیمِ ِن ٱلرَّ ـٰ ۡحـَم بِۡســـــــــِم ٱ�ِ ٱلرَّ

    15

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ Dato’ Yang Di-Pertua, soalan nombor 1- Apakah benar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan

    menswastakan tempat letak kereta berbayar? i. Namakan syarikat yang terlibat ii) Apakah rasional tempat letak kereta ini hendak diswastakan

    YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):

    اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, sahabat-sahabat Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, pemerhati sekalian. Soalan yang dikemukakan oleh Kijal ni, saya baca jugak Yang di-Pertua sebab laju sikit, takut orang tak nampak. Saya baca ibu dia sahaja sebab ada tiga soalan sini. Apakah benar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan menswastakan tempat letak kereta berbayar? Dia ada dua lagi soalan yang halus itu, yang tambahan itu ada di bawah. Saya jawab satu-satulah, pertama memang sebenarnya MBKT telah bercadang dan telahpun menswastakan tempat letak kereta berbayar khususnya street parking, parking di bahu jalan bermula 1 Julai 2020. Ini baru sebulan lebihlah. Rasionalnya, saya jawab rasional dulu walaupun soalan tu bermula dengan syarikat mana, saya jawab rasional kenapa pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu memilih untuk menswastakan parking ini. Pertamanya, sejak kebelakangan ini, sejak tahun 2016 lah yang ada data dengan saya, MBKT mengalami kerugian bersih:

    Tahun Kerugian Bersih 2016 RM170,000.00 2017 RM484,000.00 2018 RM850,000.000 2019 RM918,000.00 hampir RM1 juta

    Ini adalah berkaitan dengan sistem. Sistem yang kita gunakan sistem yang sudah 20 tahun umur dia. Yang kita gunakan Mackay ini yang berusia 20 tahun dan sistem ini sistem manual, yang dah jarang di bandar-bandar besar menggunakan

    16

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    sistem manual ini dan banyak yang rosak akibat daripada usia dan juga, ada juga kerana vandalisme. Untuk membaiki yang rosak sahaja, MBKT kena belanja RM9 juta untuk baiki yang rosak sahaja. Itupun belum tentu akan mendapat keuntungan daripada figure yang saya sebutkan tadi. Oleh itu MBKT mengambil satu inisiatif untuk menaiktaraflah, kerana sekarang ini orang sudah menggunakan cara online bayar pakai Touch-n-Go, Mykad pun boleh dan pakai dia punya sistem talian flexi parking, dan juga kita ada apps khusus lah untuk perkara ini. Untuk MBKT melabur perkara ini, memang satu kos yang tinggi dan takut kita juga tiada kepakaran dalam bidang itu. Dengan itu telah dipilih supaya dibuat secara penswastaan ini selain daripada menggunakan sistem yang kontemporari yang lebih efisen, ia juga memberikan pulangan yang tetap kepada Majlis Bandaraya setiap tahun sekitar RM975,000.00 setahun. Ini tetap akan dibayar oleh syarikat-syarikat swasta kepada pihak MBKT. Ini tidak menjadi masalah lagi kerugian dan semua kerosakan meter akan dibuat oleh swasta tanpa cas kepada MBKT dan akan ditambah yang baharu dari masa ke semasa. Itu antara kelebihan tentang penswastaan ini dan syarikat yang telah mengemukakan ataupun pihak MBKT telah minta daripada beberapa syarikat untuk mengemukakan cadangan-cadangan mereka dan proposal mereka dan MBKT menerima enam syarikat dan akhirnya telah melalui proses-proses yang tertentu, telah dipilih syarikat Vista Summerose Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera yang telah beroperasi di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandaraya Islam Kota Bharu. Terima kasih, Yang di-Pertua. YANG BERHORMAT DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, adakah Yang Berhormat sedar pada tahun 2015 MBKT telah mengutip kira-kira RM4 juta tempat letak kereta ini dan saya kira masalah sistem yang lama boleh diguna pakai dengan sistem yang baru sekiranya pihak MBKT membuat secara berperingkat. Ini kerana cash money tiap-tiap hari dikutip. Adalah tidak cerdik bagi saya beri pada swasta dengan pendapatan lebih kurang RM110,000.00 sebulan dan saya mendapat makluman bahawa perjanjian belum lagi ditandatangani tapi kutipan telah dibuat dan kawasan-kawasan yang diberi adalah kawasan utama, bahu jalan melibatkan Pasar Kedai Payang dan juga Banggol. Ini merupakan tempat pendapatan utama bagi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Tak ada masalah, kalau sistem dah 10 tahun, 20 tahun, pakai sistem baru. Takkan Majlis Bandaraya takdok technician dan sebagainya boleh belajar dan syarikat ini diberi kepada syarikat daripada Kelantan. Kelantan saje lening ni, beri ini, banyak lagi lepas ni, tengok lah. Terima kasih.

    17

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): [Ketawa] Terima kasih. Proses yang kita terima daripada proposal itu ada enam, yang ada pengalaman hanya dua temasuklah Vista Summerose. Summerose memberikan tawaran yang agak baik dengan bayaran tetap kepada Majlis Bandaraya (MBKT) dan semua mesin-mesin ini dia akan naik taraf di bawah tanggungjawab mereka dan tidak ada peruntukan daripada Majlis Bandaraya walaupun satu sen pun untuk dia naiktaraf. Sebab dengan cara yang baru ini sudah tentulah tidak timbul lagi soal tersebut, orang terlupa bayar sebab dia boleh saja tambah nilai itu melalui aplikasi dalam telefon ataupun dalam online. Ini banyak kemudahan yang dia buat di bandar-bandar, bandar lain yang besar. Jadi oleh kerana dua syarikat ini, yang kebetulan yang itu orang Kelantan, bumiputera, dua-dua syarikat 100% bumiputera dan tawaran yang baik itu maka kita pilihlah dia. Terengganu tidak masuk nak buat macam mana, Yang Berhormat. Jadi kalau ada Terengganu, mungkin yang berpengalaman, kita boleh pilih. Jadi soal kata di kawasan utama ataupun tidak, kita terpaksa swastakan semua sekali 6000 parking kita. Kalau kurang daripada syarikat tak nak terima sebab dia tidak akan dapat keuntungan. Kalau kita nak pilih yang elok kita nak reserve untuk kita, yang tak elok kita nak bagi kat orang. Itu susah sikit dari segi kita nak buat tawaran kepada orang untuk terima. So, kita akan buat semua sekali 6000 parking bahu jalan itu tak kira kawasan mana kepada syarikat ini serentak dan MAIDAM parking yang sedia ada itu pada syarikat yang sedia ada itu tidak terlibat, MAIDAM parking, hanya terlibat dengan bahu jalan sahaja. Jadi saya rasa tidak ada apa-apa yang luar biasa di situ. Di situ juga dia boleh mengurangkan kos operasi. Sekarang ni kos operasi kita tinggi. Semua kakitangan yang terlibat, semua sekali 70 kakitangan. Dia cuma ambik 34 kakitangan dan 36 lagi kita serap kepada jabatan-jabatan lain yang memerlukan. Bukan saja-saja bubuh tapi di situ memerlukan. Jadi kita dapat mengurang kos kita dan juga dapat mengoptimumkan tenaga yang kita ada. Terima kasih. YANG BERHORMAT DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang di-Pertua, isunya sekarang, Majlis Bandaraya tidak ada duit, kekurangan duit. Ini cash tiap-tiap hari masuk. RM4 juta, 2015. Kita pasang secara berperingkat sistem ini, sudah pasti keuntungan syarikat ni berkali ganda dari apa yang diterima oleh MBKT dan kita dah ada staff sedia ada yang bekerja. Yang ketiga, adakah Yang Berhormat sedar bahawa syarikat ini ada kes mahkamah dengan DBKL? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

    18

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Apa yang saya difahamkanlah, kes mahkamah tu telah selesai. Itu yang difahamkan kepada kitalah. Sebab itu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah memilih syarikat tersebut. Yang keduanya, soal kita kata dapat cash. Ini memang cash yang dijamin, setiap bulan dia akan bayar kepada kerajaan Negeri. Ini lagi terjamin cash itu. YANG BERHORMAT DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Betul Yang di-Pertua, terjamin tapi dia dapat banyak. Ni sikit RM120,000.00. YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal:) Biasalah orang berniaga. Dia pun nak dapat untung juga. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Takpe YB Kijal YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal:) Tapi bila kita nak mengeluarkan satu jumlah duit pendahuluan, hok rosak sahaja 300 perlukan RM9 juta. Kita ada 6000… YANG BERHORMAT DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): [Menyampuk] Buat secara berperingkat. YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal:) So, kita nak baiki semua sekali tu .... YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat.. YANG BERHORMAT DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Buat secara berperingkat. YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal:) Betul Yang Berhormat tapi .... YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, bertenang, bertenang.

    19

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Dia akan menyebabkan .... YANG BERHORMAT DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): [Menyampuk] Panas dah ni. Buat secara berperingkat kan dulu, duit cash masuk ke MBKT..... YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): [Ketawa] YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Begini Yang Berhormat, dengar saya bercakap. Bila saya bercakap sebagai Yang di-Pertua, yang lain kena duduk. Itu peraturan dewan. Kena duduk. YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Rilek dulu, rilek dulu. YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Kijal nak berlawan pulalah ni. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Sekarang ni dengar saya bercakap dulu. Sekarang ni, soalan telah dikemukakan. Pihak kerajaan telah menjawab. Dalam sesi Soalan Lisan ini bukan kita nak menganjurkan perdebatan. Apa yang dijawab oleh pihak kerajaan, itulah yang telah dijawab. Saya fikir tak perlu panjanglah. Jadi sekarang saya menjemput wakil daripada Sura untuk mengemukakan soalan. YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura):

    ِحـــــــیمِ ِن ٱلرَّ ـٰ ۡحـَم بِۡســـــــــِم ٱ�ِ ٱلرَّ اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ

    Yang berhormat Yang Di-Pertua, soalan saya yang pertama-

    Apakah status terkini berkaitan dengan pusat pemulihan dadah secara holistik yang telah dirancang oleh kerajaan Negeri?

    YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong):

    20

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    ِ تَعَالَى َوبََرَكاتُھُ السََّالُم َعلَْیُكْم َوَرْحَمةُ ا�َّAlhamdulillah assolatu wassalamu’ala rasulillah wa’ala alihi wasohbihi waman walah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan serta pegawai-pegawai kerajaan sekalian. Soalan daripada Yang Berhormat Sura bertanya tentang status pusat pemulihan dadah secara holistik. Status terkini berkaitan dengan pusat pemulihan dadah dalam peringkat penyelesaian isu tanah dan pemilikan bangunan sedia ada antara Lembaga Tabung Warisan Negeri Terengganu dan Sri Miah Sdn. Bhd. Pihak UPEN telah mengangkat kertas ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu dan keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kali Ke-21 Tahun 2020 telah bermesyuarat pada 22 Jun 2020 telah bersetuju sebagaimana berikut:

    • Bersetuju membatalkan keputusan MMKN Kali Keempat 2009 bertarikh 28 Januari 2009 Kertas Mesyuarat Bil. 542/2009 berkait dengan kertas permohonan tapak sebagai cadangan tapak program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Cador Marang, Terengganu seluas kira-kira 40 ekar. Mesyuarat bersetuju mengekalkan status tanah di bawah Seksyen 62 dan Pegawai Daerah Marang sebagai Pegawai Pengawal bersetuju Lembaga Tabung Amanah Warisan melaksanakan penamatan secara bersama dengan pihak Sri Miah Sdn. Bhd. terhadap perjanjian pajakan yang telah ditandatangani pada tahun 2014.

    • Bersetuju pembayaran ex-gratia sebanyak RM1.5 juta kepada Sri Miah Sdn. Bhd. diurus oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan dituntut semula melalui caruman khas B 04 Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu.

    • Bersetuju kaedah pembayaran adalah tertakhluk kepada terma-terma yang akan ditentukan kemudian di antara Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan Sri Miah Sdn. Bhd.

    • Manakala bagi modul untuk pelatih dalam peringkat penyediaan modul kemahiran dan modul konsep yang diurus setia oleh TSIS dan TESDEC.

    Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan yang pertama: Oleh kerana pusat

    21

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    pemulihan dadah secara holistik ini merupakan salah satu daripada manifesto kerajaan Negeri, jadi saya ingin tahu bilakah jangka mula beroperasi dan berapakah jumlah pengambilan buat kali pertama. YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Insya-Allah kita akan berusaha untuk memulakan operasi pusat pemulihan dadah ini, Januari 2021 dengan anggaran pelatih pertama seramai 100 orang. YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan kedua: Apakah kriteria-kriteria pemilihan peserta untuk memasuki pusat ini kerana kita memahami bahawa tahap penagih ini ada berbagai keadaan. Maka sudah tentulah kita mempunyai ciri-ciri pemilihan yang sesuai dengan pusat kita ini dan berapakah anggaran kos perbelanjaan pengurusan bulanan yang akan ditanggung oleh pihak kerajaan. Terima kasih. YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Yang Berhormat Yang di-Pertua, ada dua soalan yang dikemukakan. Yang pertama, berkait dengan kriteria pelatih yang akan dipilih. Kita akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan juga PEMADAM untuk mengenal pasti pelatih-pelatih sukarela yang kita pastikan daripada kampung-kampung, insya-Allah. Yang keduanya, anggaran kos pengurusan kita dalam sebanyak RM1.499 juta kos gaji, emolumen, pengurusan dan operasi. Terima kasih. YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan se. Okey, saya tertarik dengan pusat pemulihan dadah yang holistik yang akan dirancang oleh kerajaan Negeri. Jadi soalan saya, sebab holistik tu sangat subjektif. Boleh tak terangkan kepada kita apakah kriteria, tadi kriteria penagih. Apakah kriteria holistik ataupun target ataupun objektif dan juga output dan berapakah time frame sorang-sorang penagih tu yang akan kita pulihkan daripada pusat pemulihan dadah holistik yang telah dirancang oleh kerajaan Negeri? Terima kasih. YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Konsep secara holistik yang dimaksudkan ialah secara bersepadu. Oleh kerana tu kita utamakan pelatih yang bukan penagih tegar kerana penagih tegar diuruskan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Hanya mana-mana pelatih yang sudah

    22

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    dikeluarkan daripada pihak penjara, kita akan ambil dan kita akan buka secara sukarela dan kita akan didik dia di pusat ini. Yang pertamanya melalui konsep kerohanian, rawatan secara dalaman dan selepas itu kita akan buat perkampungan dia di situ melalui projek-projek kemahiran, pertanian, penternakan dan seumpamanya. Dalam erti kata lain, kita akan menempatkan dia di situ sehinggalah dia benar-benar layak untuk keluar bersama dengan masyarakat setempat. Kalau dia tidak layak kita akan rumahkan dia di situ. Konsep dia ada rumah di situ dan dia akan tinggal di situ sehinggalah Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Wallahu ta’ala. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Okay. Saya jemput Wakil Seberang Takir. YANG BERHORMAT DATO’ SERI AHMAD RAZIF BIN ABDUL RAHMAN (Wakil Seberang Takir):

    ِحـــــــیمِ ِن ٱلرَّ ـٰ ۡحـَم بِۡســـــــــِم ٱ�ِ ٱلرَِّ تَعَالَى َوبََرَكاتُھُ السََّالُم َعلَْیُكْم َوَرْحَمةُ ا�َّ

    سالم سجھتراDato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan rakan-rakan media serta para pemerhati. Soalan saya soalan nombor 1-

    Apakah sebenar-benarnya perancangan kerajaan Negeri Terengganu dari segi pembangunan ekonomi negeri, selain pelancaran slogan Maju, Berkat, Sejahtera dan pelancaran PITAS?

    YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI MENTERI BESAR:

    ِحـــــــیمِ ِن ٱلرَّ ـٰ ۡحـَم بِۡســـــــــِم ٱ�ِ ٱلرَّ اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ

    Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan dan ketua-ketua jabatan. Sebelum saya menjawab soalan ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua di atas penambahbaikan sistem paparan di skrin di hadapan masing-masing untuk

    23

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    memudahkan semua di antara kita melihat soalan yang dikemukakan. Tahniah sekali lagi. Soalan yang dikemukakan itu adalah berkait dengan rancangan kerajaan Negeri terhadap pembangunan ekonomi dan juga kaitannya dengan PITAS. Izinkanlah saya untuk memperingatkan kita bahawa PITAS 2030 adalah singkatan daripada Pelan Induk Terengganu Sejahtera yang merupakan pelan jangka panjang yang merangkumi semua aspek sosio ekonomi, dengan matlamat untuk membawa Terengganu menjadi negeri maju menjelang 2030 dengan perancangan yang lebih menyeluruh dan komprehensif kepada rakyat dan berpandukan kepada prinsip Islam. Antara objektif umum yang ingin dicapai ialah meningkatkan peluang pekerjaan dan menghasilkan pendapatan kepada kerajaan Negeri yang mampan, tanpa bergantung sepenuhnya kepada royalti, itu dari segi konsepnya. Perancangan kerajaan Negeri dengan mengunakan pendekatan PITAS ini untuk meningkatkan pembangunan ekonomi. Antara lainnya adalah dengan matlamat serampang dua mata, untuk meningkatkan aliran tunai semasa kerajaan Negeri, di mana di antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah dengan menyemak semula projek-projek terdahulu yang menjadi keutamaan kerajaan Negeri yang dilihat memberi tekanan kepada kedudukan kewangan negeri secara keseluruhannya. Tekanan ini wujud kerana komitmen lalu dalam bentuk projek pembangunan ekonomi, segmen pembangunan fizikal mega di Terengganu yang meletakkan komitmen kewangan negeri sehingga 20% dari keseluruhan bajet Negeri setiap tahun untuk tempoh masa sehingga sepuluh tahun. Terima kasih. YANG BERHORMAT DATO’ SERI AHMAD RAZIF BIN ABDUL RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Soalan tambahan yang pertama: Selepas hampir 3 tahun menjadi Kerajaan, apakah indikator-indikator kejayaan yang baru atau sasaran yang berbeza daripada apa yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan yang terdahulu jika ada. YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI MENTERI BESAR: Terima kasih di atas soalan tambahan. Sebagaimana yang saya jelaskan sebentar tadi bahawa PITAS merupakan suatu konsep yang kita perkenalkan dan pendekatan pertama ialah kita ingin membaiki kelemahan yang ada dahulu dan selepas daripada itu barulah kita akan masuk fasa pelaksanaan PITAS yang telah mencapai sedikit kemajuan dari segi pelaksanaannya dan diluluskan oleh MMKN pada Januari 2020 selepas hampir

    24

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    2 tahun di mana 7 gerak utama yang telah dilakukan oleh Pusat Kecemerlangan PITAS dalam melaksanakan PITAS ini iaitu:-

    1. Pemurnian bidang tugas UPEN dan Pusat Kecemerlangan PITAS dalam pelaksanaan PITAS 2030.

    2. Pembentukan Majlis Tindakan PITAS 3. Pemerkasaan Pusat Kecemerlangan PITAS. 4. Bengkel Pelan Strategik PITAS 2030. 5. Pembentangan Pelan Strategik kepada Majlis Tindakan PITAS. 6. Pelancaran Blueprint dan Pelan Strategik yang lengkap, dan 7. Rollout pelaksanaan.

    Sehingga kini tiga gerak kerja utama di atas telah dilaksanakan dan gerak kerja keempat masih dalam proses penyempurnaan, namun begitu sebahagian daripada pelan strategik dan pelan tindakan yang dirancang semasa pembentukan kerangka PITAS telah dilaksanakan malahan sebahagian daripada Pelan tersebut telah diterjemahkan dalam pelaksanaan 20 Manifesto Terengganu. PITAS ini akan dilancarkan secara lengkap pada September 2020 insya-Allah, manakala pelan strategik dan tindakan akan dijalankan sepenuhnya pada seawal Januari 2021. Oleh itu belanjawan tahunan Negeri bermula pada 2021 akan dirangka berdasarkan kepada Pelan Induk Terengganu Sejahtera PITAS 2030.

    YANG BERHORMAT DATO’ SERI AHMAD RAZIF BIN ABDUL RAHMAN (Wakil Seberang Takir): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya tanya tadi sebab dah tiga tahun, hampir tiga tahun dah. Jadi kalau dari segi aspek perancangan, perancangan, perancangan bimbang juga saya, nanti tak dang pitas kita ini. Jadi kerana itu saya berharaplah supaya program ini dapat dilaksanakan dengan segera untuk kita dapat melihatlah dari segi pembangunan dan juga yang paling utama adalah kesinambungan daripada pembangunan yang lalu untuk memastikan bahawa Terengganu akan maju sebagaimana yang dilaungkan pada 2030. Jadi itu pandangan sayalah. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI MENTERI BESAR: Terima kasih di atas pandangan tadi. Saya juga ucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Seberang Takir. Sudah tentunya seluruh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat insya-Allah selepas kita meletakkan structure change, dengan izin

    25

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    perubahan struktur yang lebih kukuh ini, insya-Allah ianya akan lebih memudahkan kita melaksanakan apa yang kita rangkakan. Terima kasih. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Seterusnya saya jemput Wakil Buluh Gading. YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):

    اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 1-

    Sejauh manakah pelaksanaan dan manfaat yang diperolehi petani dari Tabung Bencana Pertanian sebagaimana yang diluluskan dalam Bajet 2020?

    YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi):

    اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ Dato’ yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Buluh Gading, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat dan ketua-ketua jabatan yang dihormati sekalian. Bencana pertanian ditakrifkan sebagai suatu kejadian yang menyebabkan gangguan dan kehilangan hasil sama ada kepada sektor pertanian, penternakan, perikanan, akuakultur dan juga industri asas tani. Skop bencana termasuklah;

    1. Bencana alam sama ada banjir, kemarau, ombak besar, tanah runtuh, ribut. 2. Nelayan yang mengalami kemalangan di laut. 3. Serangan musuh tanaman seperti gajah atau babi @ khinzir, kera dan

    sebagainya, dan 4. Serangan penyakit tanaman ataupun wabak yang menimpa ternakan.

    Dato’ yang di-Pertua, dalam Bajet 2020, kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 bagi pelaksanaan bantuan bencana pertanian dan setakat ini bantuan telah disalurkan kepada:

    26

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    1. Enam orang nelayan di Mengabang Telipot Batu Rakit, mangsa ombak besar semasa PKP baru ini, bot yang mereka tambat di pengkalan dibadai ombak. Ada yang pecah, ada yang rosak. Jumlah mangsa semua sekali lapan orang. Dua daripada mangsa ini adalah nelayan berlesen yang diuruskan bantuan melalui Tabung Bencana LKIM manakala baki enam orang lagi adalah nelayan yang tidak berlesen yang diuruskan bantuan melalui Tabung Bencana Pertanian Negeri. Walaupun tidak berlesen mereka ini adalah nelayan tulen. Sebab apa nelayan tulen tapi masih tidak mempunyai lesen. Yang ini kita bincang di bawah satu tajuk lain.

    2. Dato’ Yang di-Pertua, bantuan kepada sembilan orang pekebun mangsa serangan gajah di Kampung Padang Setar di Telemong yang melibatkan jumlah bantuan RM6,700.00.

    3. Sepuluh orang pekebun juga mangsa serangan gajah di Kampung Pelong di Langkap dengan jumlah bantuan RM8,000.00.

    4. 62 orang petani yang terlibat kehilangan hasil tani semasa musim banjir di tahun 2019 dengan jumlah bantuan sebanyak RM44,000.00.

    Sejak daripada diluluskan sebanyak RM76,700.00 bantuan bencana pertanian telah disalurkan yang memberi manfaat kepada 87 orang penerima. Untuk rekod kerajaan Negeri juga ada memberikan bantuan kepada 6 orang penternak ikan sangkar di Pulau Musang, Kuala Terengganu yang mengalami musibah kematian ikan sebelum daripada Tabung Bencana Pertanian diluluskan dengan jumlah bantuan sebanyak RM39,180.00. Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan dan penjelasan yang telah diberikan tadi dan saya ucapkan tahniah, syabas kepada kerajaan Negeri atas keprihatinan terhadap rakyat khususnya yang terlibat dalam bidang pertanian yang ditimpa pelbagai bentuk bencana sepertimana yang disebutkan tadi. Cumanya angka RM500,000.00 peruntukan yang disebutkan tadi, saya kira angka ini agak terhad berbanding luasnya skop bencana pertanian yang perlu diuruskan oleh pihak kerajaan. Oleh itu apakah perancangan kerajaan Negeri dalam usaha untuk memastikan supaya setiap mangsa bencana ini dapat disantuni sebaiknya. Terima kasih. YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih Buluh Gading. Memang benar sebagaimana yang dinyatakan, bencana ini suatu yang

    27

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    tidak dapat kita jangka dan angka RM500,000.00 sebenarnya agak terhad berbanding dengan luasnya skop bencana pertanian yang perlu kita santuni. Maka kerana itu Bantuan Bencana kerajaan Negeri diselaraskan dengan Bantuan Bencana Pertanian yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah dasar Agro Makanan Negara supaya tidak berlaku pertindihan bagi membolehkan peruntukan yang disediakan disalurkan serta dapat dimanfaatkan oleh seramai mungkin mangsa bencana yang terlibat. Bolehlah saya simpulkan peruntukan Bencana Negeri dan Bencana Persekutuan adalah saling melengkapi dalam rangka untuk kita menyantuni warga tani, warga penternak, warga nelayan yang ditimpa musibah dalam masa yang sama insya-Allah kita cuba mengusahakan untuk bajet 2021 supaya dapat diperuntukkan satu jumlah yang lebih munasabah dengan luasnya skop yang perlu kita jaga di bawah Tabung Bencana Pertanian. Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang kedua: Selalunya antara isu yang timbul setiap kali berlakunya bencana ini ialah masalah bantuan lambat sampai ekoran daripada birokrasi pentadbiran dan sebagainya. Oleh itu apakah usaha kerajaan Negeri bagi mengatasi isu-isu birokrasi yang timbul ini dalam proses permohonan mangsa bencana. Terima kasih. YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang Dato’ di-Pertua, SOP kerja Tabung Bencana Pertanian Negeri meletakkan sasaran dari tarikh aduan diterima, permohonan akan diproses oleh Jawatankuasa Induk Bencana Pertanian Negeri Terengganu untuk pertimbangan dan kelulusan dan kita meletakkan sasaran bantuan mesti sampai kepada mangsa musibah dalam tempoh sebulan dengan cara disalurkan bayaran melalui EFT. Maknanya wang bantuan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima tak perlu kita nak buat majlis rasmi dan sebagainya yang akan melambatkan lagi proses agihan dan kita cuba minimakan karenah birokrasi seberapa segera yang mungkin dan insya-Allah dengan bantuan yang disediakan, dengan karenah birokrasi yang cuba kita minimakan seberapa minima yang mungkin, mangsa akan mendapat bantuan seberapa segera yang kita sasarkan. Terima kasih. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Saya pindah kepada Wakil Manir.

    28

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir):

    اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ

    Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1-

    Sejauh mana kajian yang telah dibuat oleh kerajaan Negeri dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Industri Digital bagi berdepan dengan Revolusi Industri 4.0?

    YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, Ahli-ahli Dewan dan ketua-ketua jabatan serta semua yang hadirlah pada hari ini. Kerajaan Negeri soalannya sejauh mana kajian yang telah dibuat oleh kerajaan Negeri dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Industri Digital bagi berdepan dengan Revolusi Industri 4.0 di mana soalan ini gabungan dengan Yang Berhormat Kemasik, soalannya hampir sama. Jawapannya kerajaan Negeri telah membangunkan Agenda Pendigitalan Negeri Terengganu. Agenda ini akan memacu Negeri Terengganu untuk menjadi Negeri Digital dan Pentadbiran yang berteraskan kerajaan digital yang unggul insya-Allah di mana kita telah meluluskan penubuhan Terengganu Advance Joint Digital Intelligent Development Corporation (TAJDID). Dalam agenda ini juga diwujudkan satu Taman Kepintaran Buatan secara Maya (Virtual AI Park). Virtual AI Park ini akan menjadi pemangkin utama dalam memartabatkan Terengganu sebagai negeri yang bersedia untuk menjayakan IR 4.0. Selain itu, kerana itu kerajaan Negeri juga telah meningkatkan infrastruktur rangkaian gentian fiber optik khususnya di kawasan industri. Kerajaan Negeri melalui Pelan Kesinambungan Fiber Kebangsaan (NFCP) percaya bahawa perkara ini dapat dilaksanakan untuk merancakkan IR 4.0. Sekian. YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat Yang di-Pertua, bolehkah pihak kerajaan menjelaskan di manakah Taman Maya ini yang beroperasi dan bagaimana peranan Taman Maya dalam melalui IR 4.0? Terima kasih.

    29

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Terima kasih kepada ADUN Manir. Tuan Yang di-Pertua dan semua yang hadir di mana Taman Maya ini beroperasi di Ladang di TD1303 di mana sedikit pengenalan kepada Taman Maya AI Terengganu, Taman AI Terengganu. Taman Maya AI Terengganu akan menjadi agensi utama kerajaan Negeri yang bertanggungjawab untuk mengkomersialkan teknologi AI dan teknologi Industri Revolusi 4.0 di Negeri Terengganu. Taman AI Terengganu juga akan menjadi peneraju pertumbuhan sektor AI dan IR 4.0 negeri di mana AI ini telah dikenalpasti di bawah dasar industri sebagai enjin pertumbuhan baru yang penting dan penggerak utama untuk memacu inovasi dalam merentas sektor berasaskan teknologi di mana peranan Taman Maya AI ini adalah untuk memberi sokongan kepada entiti komersial dalam industri AI dan IR 4 untuk mencapai hasil yang disarankan dalam menggerakkan ekonomi berasaskan inovasi. Taman AI ini akan diamanahkan sebagai entiti perniagaan terkemuka di Terengganu untuk memajukan pengkomersialan AI di Negeri Terengganu. Antara peranannya adalah; a) Pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan teknologi AI b) Perindustrian teknologi AI c) Memudahkan pelaburan dan teknologi AI d) Melanjutkan pembangunan kemahiran modal insan dalam teknologi AI Di mana di antara pilot projek AI, smart traffic light sebenarnya sepatutnya smart traffic light ini selesai, oleh kerana COVID-19 kita mencadangkan pilot projek ada satu kita cadangkan di traffic light dekat Masjid di Kuala Ibai itu. Kemudian Smart Masjid kita telah bina di Masjid Pengadang Baru, insya-Allah kita akan lancarkan dua-dua ini dalam masa yang terdekat. Smart Beach Security, Smart Plantantion Agro, e-punch, Smart Security (TRT), Smart Parking, AI Doctor dan lain-lain lah yang telah kita rancang sebenarnya untuk memperkasakan Industri 4.0 di Terengganu. Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bagaimanakah pelaksanaan pelan yang banyak itu yang akan memangkin Negeri Terengganu sebagai negeri digital dan pentadbiran yang berteraskan kerajaan digital. Terima kasih. YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, sebagaimana saya beritahu tadi di mana kerajaan

    30

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    Negeri telah menubuhkan Terengganu Advance Joint Digital Intelligent (TAJDID) di mana kita telah sebagai maklumannya kita ada beberapa perkara yang di bawah pembangunan TAJDID ini;

    1. Pembangunan ekonomi digital dan masyarakat digital 99.0 berperanan mamantau dan mengawal (monitor and control) pencapaian pelan strategik pembangunan ekonomi digital dan masyarakat digital 99.0 di samping merancang dan melaksanakan aktiviti pengurusan perubahan dan promosi.

    2. Pembangunan infrastruktur, peraturan dan perundangan berperanan melihat aspek keperluan infrastruktur perkhidmatan awam dan pusat data (cloud services infrastructure and data centre), infrastruktur perkongsian data, infrastruktur perkhidmatan data raya (big data) dan keperluan peraturan serta perundangan yang menyokong kelancaran pelaksanaan agenda pendigitalan Terengganu.

    3. Pembangunan perkhidmatan digital berperanan memberikan khidmat rundingan penyediaan perkhidmatan digital termasuk kejuruteraan perisian (software engineering), dengan izin kepada agensi-agensi sektor awam dan swasta syarikat-syarikat milik kerajaan serta badan-badan sukarela dan komuniti yang berada dalam ekosistem pendigitalan Negeri Terengganu.

    4. Pembangunan Taman AI Maya berperanan melaksana dan memantau dan mengawal pelaksanaan pelan strategik Taman Maya Negeri Terengganu di samping menjalin kerjasama strategik dengan universiti-universiti dan industri-industri tempatan.

    5. Akademik latihan dan pembangunan kepimpinan digital Islamik, (Islamic Digital Leadership Development Academy) berperanan membangun kepimpinan digital yang berkeyakinan dan luar biasa. Pembangunan kepakaran intelektual dan kemahiran praktikal yang berteraskan kepada sistem kepercayaan dan nilai-nilai Islam.

    Bidang latihan yang akan diliputi ialah kepakaran insaniah (soft skill) dan kepakaran teknikal (technical skill) di mana kita akan insya-Allah bulan September ini kita akan mengadakan pelancaran Pelan Induk Digital Pintar, Pelan Strategik Taman AI, insya-Allah kemudian sehinggalah kepada bulan Oktober – Disember, Pembangunan Pelan Smart City, Pelan Economi Digital, Pelan Strategik IT Sektor Awam Terengganu yang mana Pelan Strategik IT Sektor Awam under BPTM telah tamat pada tahun ini. Membangunkan silibus-silibus latihan AI Digital Leadership

    31

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    bulan November - Disember dan insya-Allah pelaksanaan penuh pelan ini akan dilaksanakan pada Januari 2021. Terima kasih.

    YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan dewan kita ini dan kita berjumpa balik pada pukul 11.10 pagi. MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 10.45 PAGI PUKUL 11.10 SETIAUSAHA DEWAN: Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah perbahasan Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan kerana telah meyampaikan Perutusan Titah DiRaja semasa Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Keempat Belas. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat sekalian, Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal pada sesi Pembukaan Penggal Ketiga yang lalu dan telah pun mendapat sokongan oleh Yang Berhormat Tepoh. Namun, oleh kerana kepatuhan kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka saya telah memutuskan perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih itu dibawa ke sesi persidangan pada kali ini. Saya akan memberi masa, sebagaimana biasa untuk penyokong usul yang pertama selama 15 minit sementara Ahli-ahli Yang Berhormat lain selama 10 minit. Cuma, saya nak ingatkan kepada Ahli Yang Berhormat yang ingin bercakap ataupun berbahas supaya menjaga masa sebagaimana yang diperuntukkan kerana kita ada sistem timer kita dan saya ingat tak perlu panjang sangatlah mukadimah, terus kepada point sebagaimana yang menjadi hasrat kepada Yang Berhormat sekalian. Jadi, untuk tidak melengahkan masa, saya menjemput Ahli Yang Berhormat untuk memulakan ucapan perbahasan. Sila Yang Berhormat Wakil Tepoh. YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):

    اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ

    32

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    Alhamdulillahilladzi Fadhola Bani Adama Bil'ilmi Wal Amal. Wassalatu Wassalamu ‘Ala-Asyarafil Anbiya’i Wal Mursalin Wa Ala Alihi Wa Sahbihi Ajmain. Amma Ba’d. Yang Berhomat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta semua Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai, hadirin hadirat yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah, diberikan peluang untuk meneruskan persidangan Dewan Undangan Negeri walaupun berada dalam situasi yang sangat berbeza berbanding dengan persidangan-persidangan sebelum daripada ini, dengan norma baharu yang telah diperkenalkan oleh pihak berkuasa setelah penularan wabak COVID-19. Ia telah memberi kesan yang cukup besar kepada kita dan kepada seluruh rakyat sama ada di negeri ataupun rakyat di negara ini. Izinkan saya mulakan ucapan perbahasan ini dengan memetik Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

    ِجیمِ ِ ِمَن الشَّْیَطاِن الرَّ أَُعْوذُ بِا�َّلَقَْد َكاَن ِلَسبَإٍ فِي َمْسَكنِِھْم آیَةٌ َجنَّتَاِن َعْن یَِمیٍن َوِشَماٍل ُكلُوا ِمْن ِرْزقِ َربِّكُْم َواْشُكُروا لَھُ بَْلدَةٌ َطیِّبَةٌ

    َوَربٌّ َغفُورٌ

    Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda yang membuktikan kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kumpulan kebun yang luas lagi subur, yang terletak di sebelah kanan dan juga di sebelah kiri. Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya negeri kamu ini adalah negeri yang baik, negeri yang aman dan makmur, dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun.

    Surah Saba’ Ayat 15. Penduduk Saba’ telah diberikan kelebihan dari segi keduniaan. Kelebihan yang mereka dapat itu menjadi tanda bahawa itulah kelebihan yang Allah berikan kepada mereka yang patuh kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka kena sedar apa yang mereka miliki itu bukanlah dari mereka sendiri, tetapi diberikan kepada mereka. Allah yang memberikan kepada mereka. Saba’ adalah nama raja-raja negeri Yaman dan juga nama penduduknya dan Tababi’ah yang menjadi nama

    33

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    jolokan Raja Yaman berasal daripada keturunan mereka. Ratu Balqis termasuk salah seorang dari raja-raja negeri Yaman. Dahulu, mereka hidup melimpah dengan kenikmatan dan kesenangan di negeri mereka. Kehidupan mereka sangat menyenangkan, rezeki mereka melimpah begitu juga tanaman dan buah-buahan. Lalu Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengutus kepada mereka rasul-rasul, memerintahkan kepada mereka agar makan rezeki Allah, bersyukur kepada Allah, dengan cara mengesakanNya, dengan cara menyembah. Mereka tetap diseru oleh para rasul selama masa yang dikehendaki oleh Allah, tetapi akhirnya mereka berpaling dari apa yang diperintahkan oleh para Rasul. Seterusnya mereka diazab dengan berlakunya banjir besar yang memporak-perandakan seluruh negeri. Ini adalah tanda pengajaran yang perlu diberikan perhatian oleh kita semua dalam suasana dikurniakan rezeki sehingga digambarkan di kiri kanan dipenuhi dengan kebun-kebun. Diperintah oleh Allah, makanlah daripada rezeki Tuhan kamu, tapi kamu mesti bersyukur kepada Allah. Pengajaran yang perlu diberikan perhatian oleh kita untuk melahirkan Baldatun Tayyiba Wa Rabbun Ghafur, negeri yang baik, aman dan makmur dan Tuhan pula memberikan keampunan adalah dengan kunci syukur yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dato’ Yang di-Pertua, Persidangan kali ini seolahnya merupakan persidangan sambungan yang telah diadakan di awal Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan. Hari ini agenda perbahasan Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan yang telah menyampaikan perutusan Titah DiRaja semasa Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Keempat Belas. Tahun 2020 telah mengisi rakaman sejarah yang cukup besar untuk dihayati generasi kemudian. Bermulanya penularan pandemik COVID-19 yang merebak dengan begitu cepat dan berlakunya pula perubahan kerajaan Persekutuan dari Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional. Pandemik COVID-19 membuktikan tiada kuasa yang mampu menandingi kuasa Allah. Walaupun ia ditelah dengan pelbagai teori, kita berpeganglah dahulu dengan memperakui ia antara kuasa Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dengan pandemik ini, ia telah mencetuskan dimensi baharu dalam kehidupan manusia. Kehidupan normal yang dilalui mula dihiasi dengan pelbagai norma baharu termasuk kaedah persidangan kita pada hari ini. Belum lagi membicarakan soal kesan yang dialami oleh seluruh lapisan masyarakat. Pendidikan terjejas, aktiviti ibadah terjejas, umpamanya ibadah Haji pada tahun ini. Jemaah Haji di Malaysia tidak menunaikan ibadah Haji pada tahun ini. Demikian

    34

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    juga dengan ekonomi yang tentu sekali akan memberi kesan besar secara berganda kepada seluruh lapisan rakyat. Sebagai pemimpin Negeri, kita patut bersyukur kerana dianugerahkan rakyat yang baik dan berdisiplin. Walaupun kita belum menang sepenuhnya, tetapi bibit kejayaan sepanjang PKP cukup membanggakan kita. Ini bererti rakyat kita merupakan rakyat yang mudah untuk dibentuk dan dididik, asalkan kita semua bersepadu dalam memandu arah dan hala tuju rakyat. Sedikit sebanyak kes kenakalan yang berlaku di kalangan rakyat sepanjang tempoh PKP, ia merupakan perkara biasa, bukanlah suatu perkara yang luar biasa. Ini juga wajar menjadi petunjuk penting kepada pemimpin rakyat, keupayaan membentuk rakyat yang lebih unggul jika kita semua bersatu hati lebih mudah dicapai. Ambil sahaja contoh, kalau pihak kerajaan Negeri inginkan negeri bersih, kita gembleng dengan serius usaha memupuk pembudayaan ini secara bersama dari atas ke bawah. Justeru, saya ingin terus mencadangkan agar pihak kerajaan dalam usaha mengumpulkan idea Bajet 2021, peruntukkan juga sejumlah kewangan untuk membeli lori kompektor yang dihias dengan lebih ceria dan memotivasikan masyarakat untuk menjaga kebersihan. Pastikan lori sampah ini mencukupi khususnya di kawasan ibu negeri, lori sampah yang lama wajahkan kembali dengan lebih ceria, jangan nampak lusuh tidak bermaya sehingga dikata orang ‘lori sampah tu sampah dah’. Sediakan juga tong sampah yang mencukupi agar rakyat tiada alasan untuk membuang sampah sesuka hati. Penekanan dan proses membentuk kesedaran perlu berjalan seiring sehingga akhirnya. Rakyat bersatu padu membanteras kekotoran di sekeliling mereka. Ini yang kita pelajari dari pandemik COVID-19, kesepaduan kita memutus rantaian. Dalam suasana pandemik COVID-19 ini mula menular, berlaku pula perubahan kerajaan Persekutuan. Perbahasan pada April 2019 yang lalu, saya membicarakan soal siapa yang mendominasi kerajaan Pasca PRU-14. Pasca PRU-14 dengan wajah murung, sugul dan kesal. Kita memperakui betapa ruginya kita sesama bangsa dan sesama ummah, bertelagah hingga menyebabkan warga lain lebih mendominasi pentadbiran negara. Pengalaman 22 bulan di bawah Pakatan Harapan menyebabkan rakyat mula muak dan mengharapkan suasana yang lebih harmoni selepas PRU-15. Meskipun demikian, belum tiba PRU-15, perubahan kerajaan lebih awal berlaku. Perkara paling utama juga perlu difokuskan adalah peranan institusi istana dalam menyelesaikan kemelut ini dengan cermat dan penuh dengan kebijaksanaan.

    35

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    Mengekalkan kestabilan kenegaraan, institusi diraja mestilah dihormati dan dipertahankan. Ia menjadi payung kedaulatan negara yang menaungi seluruh rakyat tanpa mengira agama dan kepercayaan. Walaupun dalam tempoh yang singkat membentuk barisan Kabinet, kerajaan Malaysia di bawah Perikatan Nasional telah berjaya membuktikan tugas penting mengurus krisis. Tindakan cekap kerajaan Perikatan Nasional menangani pandemik COVID-19 telah mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap gabungan Perikatan ini. Prestasi seperti ini yang diinginkan rakyat, cekap mengurus keperluan rakyat dan tahu untuk bertindak demi kepentingan mereka. Apalagi yang diharapkan rakyat kalau bukan keharmonian dan pembelaan nasib mereka. Dua perkara penting ini, penularan pandemik COVID-19, perubahan kerajaan Persekutuan mesti dijadikan pedoman buat kita semua. Sebab itulah, dalam kes penduduk Saba’, Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberikan pedoman yang cukup penting, bersyukurlah kepada Allah kerana syukur kita akan mendekati diri kepada Allah, bekerja kerana Allah, berusaha kerana Allah, berbakti kerana Allah. Dato’ Yang di-Pertua, Ekoran kesan pandemik COVID-19, tentu sekali ia memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat. Malah prestasi ekonomi di peringkat negeri kita juga tidak memberangsangkan. Ia perlu dilihat secara lebih serius agar peningkatannya lebih luar biasa. Kelmarin, satu pembentangan dapatan Kajian Impak Pandemik COVID-19 Terengganu telah dibentangkan secara terperinci untuk dijadikan perhatian kita semua. Kita dapat saksikan daripada dapatan tersebut, lebih 2/3 iaitu 68.7% daripada responden yang bekerja sendiri mempunyai simpanan yang hanya mencukupi kurang daripada 1 bulan. Kita juga dapat melihat sebanyak 48.8% syarikat atau firma perniagaan hanya mampu bertahan 1 hingga 2 bulan sahaja sekiranya memberi kemudahan cuti bergaji penuh atau separuh gaji kepada pekerja. 17.1% boleh bertahan kurang daripada 1 bulan. Aspek yang lain, 62.9% syarikat atau firma perniagaan menyatakan tiada sumber pendapatan sepanjang tempoh PKP. Sebanyak 36.9% responden menganggarkan tempoh lebih daripada 6 bulan diperlukan syarikat untuk kembali pulih. Manakala 1.6% merasakan tidak akan pulih dan dijangka terpaksa ditutup. Ini hanyalah sebahagian dapatan yang dibentangkan kelmarin. Gembira atau tidak, kita terpaksa menerima hakikat yang berlaku. Menerima semata-mata tidak mencukupi melainkan kita berganding bahu untuk membentuk kembali pengukuhan ekonomi rakyat. Saya merakamkan ucapan tahniah atas usaha kerajaan Negeri dalam bekerjasama menghasilkan

    36

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    dapatan ini. Paling tidak kita tahu apa yang perlu dilakukan, bagaimana keperluan yang perlu didahulukan. Dato’ Yang di-Pertua, Saya juga ingin menyentuh dalam usaha untuk kita membentuk keperluan-keperluan rakyat ini dan membentuk ekonomi yang lebih berakhlak, ada beberapa perkara yang saya ingin sentuh umpamanya pihak kerajaan perlu memperhalusi kembali aktiviti bebas pinjaman kewangan di seluruh negeri, lazimnya ia dikaitkan dengan pinjaman Ahlong banyak terpampang billboard yang berada sebagai pusat operasi mereka. Adakah ia aktiviti berlesen ataupun tidak. Apakah kita tidak ingin berusaha menilai kembali pinjaman sebegini yang menyebabkan mangsanya menanggung beban yang menakutkan, ia tidak sihat untuk ekonomi, tidak sihat untuk rakyat. Ekonomi yang juga mementingkan tempat tinggal maka saya juga ingin memberikan pandangan supaya pihak kerajaan dapat memastikan agenda perumahan rakyat antara agenda penting untuk diberikan fokus. Dalam masa yang sama, saya mencadangkan agar peruntukan Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) dapat dipertingkatkan untuk tahun 2021. Begitu juga semua penerima PPTS dan PPRT sebelum ini, saya mencadangkan hendaklah direkodkan secara berpusat sebagai salah satu bentuk saringan dalam permohonan rakyat, Rumah Rakyat di bawah SUK Perumahan agar tidak berlaku pengulangan. Dato’ Yang di-Pertua, Hari ini kita semua menerima sebuah buku terbitan Dewan Undangan Negeri yang bersifat akademik dan sangat bermanfaat untuk mengikuti perkembangan sebuah Badan Legislatif. Ini hujung dah Dato’ Yang di-Pertua, bukan minta tambahan masa. Saya puji dan saya memberikan penghargaan kepada Dato’ Yang di-Pertua, ia terbitan pertama berkenaan dengan hal ehwal DUN, sudut pandang untuk pemantapan dan cabaran, membuktikan bagaimana suburnya proses pembangunan demokrasi dalam negeri ini. Sekali lagi saya merakamkan ucapan tahniah buat Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua atas usaha cemerlang ini. Agenda semak dan imbang Pentadbiran Eksekutif melalui Badan Legislatif ini amat penting dan berkesan. Siapa pun yang menganggotai Badan Legislatif ini sewajarnya memainkan peranan semaksima mungkin untuk membolehkan manfaat yang paling berkesan dipulangkan kembali kepada rakyat.

    37

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    Dato’ Yang di-Pertua saya mengira cukup setakat ini saya menyokong. وبا� التوفیق والھدایة والسالم علیكم ورحمة هللا وبركاتھ

    YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA:

    َوَعلَْیُكُم السَّالَُم َوَرْحَمةُ هللاِ Terima kasih kepada Wakil Tepoh yang telah memulakan perbahasan Titah Ucapan DiRaja. Sila mana-mana Yang Berhormat yang ingin bercakap. Sila, Wakil Rantau Abang. YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang):

    ِحـــــــیمِ ِن ٱلرَّ ـٰ ۡحـَم بِۡســـــــــِم ٱ�ِ ٱلرَّ اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ

    Alhamdulillahi rabbil 'alamin, Wal Aqibatu Lil Muttaqin. Wala'udwana illa 'alaz zholimin. Ash-Hadu Anna La Ilaha Illa Allah Wa Ash-Hadu Anna Muhammadan Rasulu Allah. Qala Rabbisy rahli sadri, wa yassirli amri, wah lul uqdatan min lisaani, yaf kahu qauli.” Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai jabatan, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati Allah sekalian. Alhamdullilah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya selaku Wakil Rantau Abang untuk bersama-sama dalam sesi perbahasan bagi merafak sembah ucapan penghargaan dan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan atas perutusan Titah DiRaja Tuanku ketika pembukaan Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Yang Pertama pada 23 Mac 2020. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan sidang yang dimuliakan sekalian, Saya suka merujuk kepada Titah Tuanku yang menyambut baik beberapa fokus utama dalam perutusan Tuanku pada 23 Mac 2020. Yang pertama, berkaitan dengan perumahan. Ogos 2019, Dasar Baru Perumahan Negeri Terengganu telah dilancarkan dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Negeri

    38

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    kerana mengambil perhatian yang serius berkaitan dengan perumahan rakyat. Setahu kita, permohonan kepada perumahan rakyat ini terlalu besar, tetapi penyediaan perumahan tidak seimbang dengan permohonan daripada rakyat terutama B40. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Titah Ucapan Tuanku pada muka surat 16 yang berkaitan dengan keperluan rakyat khusus golongan B40 di Negeri Terengganu berhubung dengan perumahan untuk rakyat dan tahniah kepada kerajaan Negeri kerana telah juga memperkenalkan satu dasar, Dasar Perumahan Patuh Syariah, yang mana ini merupakan suatu yang perlu kita tonjolkan kepada umum bahawa kita betul-betul melaksanakan perintah Allah supaya sesiapa sahaja yang akan mendapat perumahan sekurang-kurangnya ada tiga bilik, sekurang-kurangnya. Alhamdullilah saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan atas janji sehingga 2022, sasaran untuk perumahan rakyat ini disasarkan berjumlah 20,000 rumah akan dibina dan setakat ini ianya belum sampai kepada sasaran, setengah masih ada dalam pembinaan dan setengahnya masih dalam perancangan. Diharapkan mana-mana yang dalam perancangan diharapkan dapat disegerakan kerana rakyat Negeri Terengganu terutama sekali B40 dan yang lebih ketara di kawasan saya ialah para-para nelayan, mereka tidak ada rumah. Masih tinggal dengan ibu bapa, setengah itu masih tinggal dengan datuk dan sedang mencari tempat tinggal yang lebih selesa untuk mereka. Di Rantau Abang pada 2016 dan sidang Dewan Undangan telah dimaklumkan bahawa rumah PR1MA akan dibina di Kuala Abang tetapi hingga ke hari ini ianya belum dan kemungkinan masih dalam perancangan dan saya mengharapkan kepada agensi dan kepada kerajaan supaya segerakan pembinaan ini kerana ianya terlalu lama. Tapaknya sudah ada cuma menunggu masa untuk dipercepatkan proses perumahan ini. Perkara yang kedua, tahniah kepada kerajaan Pusat dan juga kepada kerajaan Negeri kerana Projek Laluan Rel Pantai Timur disambung semula dan ini memberi suatu impak kepada perkembangan pertumbuhan ekonomi rakyat setempat dan saya rasa bangga kerana jajarannya termasuk dalam DUN Rantau Abang. Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan Negeri, mudah-mudahan ianya dapat kita manfaatkan terutama sekali Rantau Abang ini mempunyai kawasan yang luas, yang masih belum diterokai. Kita mengharapkan kepada kerajaan supaya melihat kawasan-kawasan ini sama ada kawasan pertanian, kawasan perumahan ataupun

    39

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    kawasan ladang hendaklah disemak dan dilihat supaya ianya dapat dimanfaatkan tanah-tanah yang luas terbentang ini untuk kita memberi manfaat kepada rakyat. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, DUN Rantau Abang ni lalu kot mana? YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Ya? YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Setakat Yang Berhormat tahu projek ECRL ni, di DUN Rantau Abang tu, lalu kot mana? YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Lalu antara kot Che Lijah ke Batu Tujuh. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Terima kasih. YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Okay, Dato’ Yang di-Pertua perkara seterusnya ialah saya nak fokus terus kepada pertanian. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Pertanian kerana telah pun memperkenalkan satu Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 dan dengan pelancaran ini kita mengharapkan bukan sahaja sekadar pelancaran tetapi apa sahaja yang telah disenaraikan dapat disegerakan dengan kemampuan kewangan negeri yang ada ini. Kita tahu baru-baru ini kita menghadapi COVID-19 dan memang dari segi pertumbuhan ekonomi mungkin akan berlaku sedikit perlahan. Walau macamanapun dengan keupayaan yang ada di pihak kerajaan saya yakin pihak kerajaan dapat mengurus kewangan yang ada ini dengan sebaik mungkin untuk kita memberi kepada, saya tumpukan kepada pertanian tadi kepada kawasan-kawasan yang luas yang saya sebut awal tadi supaya dapat dimanfaatkan sama ada pertanian yang tanaman yang masih diperkenalkan sekarang ini seperti nanas, dan lain-lain tanaman supaya dapat kita manfaatkan dengan memberi kemudahan terutama sekali kepada nelayan-nelayan di Seberang Pintasan sebab mereka ini perlu diberi satu anjakan paradigma bukan sahaja menumpukan kepada pantai tetapi mereka juga boleh beralih ke kawasan-kawasan baru, kawasan-kawasan pertanian dengan kita memperkenalkan kepada mereka, membimbing mereka supaya mereka mengubah cara hidup mereka ke kawasan-kawasan tanah baru yang akan dibuka dan saya juga ingin sentuh kembali berkaitan satu kawasan yang sekarang ini sedang dipulihkan iaitu Rimbunan Kasih. Sebelum ini kita serah

    40

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    kepada satu agensi tetapi disebabkan sudah dua tahun tidak ada satu penunjukan yang membina jadi kerajaan Negeri telah pun mengambil suatu sikap dengan kita menyerahkan kepada pihak UPEN untuk diberi tapak ini untuk dibangunkan semula dan telah pun diserahkan semula kepada Terengganu Agrotech Development Corporation dan saya harap dengan penyerahan ini kita mengharapkan ianya dapat dibina, dapat dikembangkan, dapat dimanfaatkan tanah yang sedia ada ini dengan rumah hijau dan tangkungan ikan 400 tangkungan ikan ini dapat kita manfaatkan. Cuma bagaimana kedudukan 100 orang penghuni rumah Rimbunan Kasih kerana sekarang ini saya dimaklumkan kerana rumah hijau ini dalam proses pembaikian hanya dapat digunakan beberapa rumah hijau sahaja dan sekadar lapan hingga sepuluh orang sahaja digunakan untuk pertanian ini dan saya harap dengan rumah hijau yang ada itu dan apa penyelesaian kepada 100 orang yang sedia ada ini supaya mereka ini rasa terbela apabila projek sebelum ini mereka rasa mereka terpinggir takut mereka dikeluarkan daripada perumahan ini. Seterusnya saya juga ingin sentuh berkaitan dengan silika yang ada di Rantau Abang ini. Alhamdullilah saya difahamkan kilang telah pun dibina sedang dibina dan dalam proses pembinaan cuma saya ingin tahu setelah kilang ini siap, bagaimana dari segi pengambilan pekerja-pekerja untuk memenuhi keperluan di tempat silika di Rantau Abang ini kerana setakat ini hanya segelintir pekerja sahaja diambil daripada pekerja-pekerja tempatan dan apabila kilang ini dapat beroperasi saya berharap berilah keutamaan kepada pekerja-pekerja daripada kawasan sekitar dan akhir sekali saya ingin sentuh berkaitan dengan penyu di Rantau Abang. Alhamdullilah pada 16 September 2019 telah pun dilancar suatu Projek Pulang Kembali iaitu dengan 1922 ekor anak penyu dilepaskan di Rantau Abang dan alhamdullilah rakyat memang sangat suka untuk melihat pengembalian nostalgia Rantau Abang ini suatu ketika dahulu ialah merupakan pusat pelancongan tempat melihat penyu bertelur pada musim-musim yang tertentu dan pada 16 September 2019 seramai lebih kurang 2500 orang yang kita tidak jangka datang bersama-sama merasmikan program tersebut. Jadi saya menegaskan supaya lihat kembali untuk membangunkan semula pusat ataupun kawasan Rantau Abang ini sebagai pusat pelancongan untuk melihat penyu turun ataupun datang bertelur di Rantau Abang. Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua saya kira inilah sahaja perkara yang ingin saya bangkitkan dalam Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Rantau Abang mohon menyokong. Terima kasih.

    وبا� التوفیق والھدایة والسالم علیكم ورحمة هللا وبركاتھ

    41

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Wakil Hulu Besut. Sila. YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut):

    ِحـــــــیمِ ِن ٱلرَّ ـٰ ۡحـَم بِۡســـــــــِم ٱ�ِ ٱلرَّ اَلسََّالُم َعلَْیُكم َوَرْحَمةُ اَ�ِ َوبََركاتُھُ

    Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat Sidang Dewan, ketua-ketua jabatan yang dirahmati Allah sekalian. Syukur kepada Allah kerana saya juga dapat mengambil bahagian dalam perbahasan usul perutusan Titah DiRaja semasa pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Keempat Belas. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas usul ini. Terlebih dahulu saya juga ingin memuji Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana saya rasa di bawah Dato’ Yang di-Pertua ini lain sikit kerana ada inovasi. Hari ini lancar buku perkembangan Dewan Undangan Negeri Terengganu. Sebelum ini buat anjur menembak senapang, boleh baju sehelai. Dua tiga hari baru ini pun dianjurkan lagi menembak. Bertanding menembak. Saya tidak menang satu pun tapi boleh juga baju sehelai. Orang kata baju golok. Golok pun golok lah tak apa asal boleh baju sehelai. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Saya tak nak duduk doh geng Yang Berhormat. YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Bukan. Orang kata. YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA: Tidak jatuh se se pun plat tu. YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Jadi saya ucap syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kita. Walaupun nampak bekeng tapi berinovasi. Tahniah Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

    42

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    Sebelum saya masuk untuk usul ini, saya hendak sentuh sekali lagi berkaitan dengan Muafakat Nasional Terengganu. Pasal perkara ini sangat penting kepada Negeri Terengganu. Perpaduan di antara rakyat terutamanya di kampung-kampung sangat penting kepada pembangunan negeri. Punca kita di Terengganu sebelum ini tidak bersatu adalah punca kerana adanya parti PAS dan Parti UMNO. Itu punca asal. Pentingnya perpaduan ini kalau contoh mudah kalau kita pergi alik Siam. Saya pun tak pernah pergi sejak COVID ini. Cuma adalah telefon ke sepupu ke saing-saing alik Siam. Dia kata alik Siam lening alik Thailand lening Selatan Thailand. Kalau siapa-siapa yang kena kuarantin orang kampung itu pakat jaga, tok penghulu jaga, jiran-jiran sebelah rumah jaga. Pastikan supaya yang dikuarantin itu tidak keluar rumah. Sebab itulah di Thailand lebih berjaya mereka menurunkan jumlah penambahan COVID-19 di Thailand. Pasal penduduk dia bersatu padu, pakat jaga dan itu lah yang kalau kita boleh buat di Terengganu ini insya-Allah segala bentuk pembangunan akan dapat kita majukan bersama. Sebab itulah pentingnya Muafakat Nasional Terengganu. Tidak ada masalah kalau kita pakat comel molek tidak timbullah masalah, akan pakat insya-Allah. Setelah hampir setahun lebih Muafakat Nasional ditangani di Terengganu, saya duk perhati di tempat saya, Yang di-Pertua, molek. Bila tiba Hari Raya di billboard masuk kawasan Hulu Besut gambar saya pun ada, gambar Penyelaras DUN PAS pun ada, gambar Yang Berhormat Menteri Besar pun ada, saya tengok. Syukur alhamdulillah. Bersatu molek di kawasan Hulu Besut. Gambar Menteri Besar ada, gambar penyelaras PAS ada, gambar calon Parlimen PAS ada, gambar saya pun letak juga tepi. Lalulah saya pun panggil penyelaras saya, kita kena buat jugak, minta kebenaran dengan Penyelaras PAS, kita nak satu billboard, walaupun sebelum ini saya yang buat billboard tu, tapi oleh kerana dah kerajaan baru, kita kena minta kebenaran dengan dia. Dia pun beri kebenaran kepada saya. Saya pun buat gambar juga. Saya masuk gambar Menteri Besar, masuk gambar saya, masuk gambar penyelaras PAS, masuk gambar PEMUDA, PUTERI UMNO, satu billboard. Hooo… molek. Bersatu-padu di Hulu Besut. Duduk tak lama lepas pada itu, kita duk angan-angan ahli majlis mesti bagi sama banyak. PAS 50 contoh, UMNO pun 50. Tengok-tengok PAS belaka. Tak apa, Muafakat Nasional Terengganu, kita kena terima hakikat. Lepas itu, masuk COVID, bahagi pitih pulak. Haa, mesti bahagi sama banyak ini, sebab boleh RM10 juta untuk Negeri Terengganu. Mesti bahagi sama banyak. Apa bunyi-bunyi wakil rakyat daripada Barisan Nasional dapat RM45 ribu, wakil rakyat daripada PAS dapat RM350 ribu. Haa, Muafakat Nasional Terengganu. RM45,000 boleh ke UMNO…

    43

  • Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 10 Ogos 2020

    YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): [Menyampuk] Yang Berhormat, bahagi sama banyak Yang Berhormat. Dapat belaka. YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Sama banyak? RM45,000 wakil rakyat UMNO… YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Barang boleh belaka. YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): RM350 ribu wakil rakyat PAS. YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Betul dok RM45 ribu tu? YANG BERHORMAT HAJI NAWI