dugaan_nabi_yusuf_-_p.pdf

4
TEKS BERCERITA MTQSS 2015 1 DUGAAN NABI YUSUF A.S. (PEREMPUAN) Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi. DUGAAN NABI YUSUF A.S.tajuk cerita, marilah kita hayati bersama. Nabi Yusuf a.s adalah anak ke tujuh daripada 12 orang anak Nabi Ya’qub a.s. Baginda merupakan keturunan Nabi Ibrahim a.s. yang dikurniakan rupa paras yang tampan. Nabi Yusuf anak yang paling disayangi oleh Nabi Ya’qub a.s. berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain. Kawan-kawan, Firman Allah s.w.t: Maksudnya : Demi sesungguhnya! (kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar). (Surah Yusuf: ayat 7) Pada suatu malam, Nabi Yusuf bermimpi sesuatu yang amat menakjubkan. 11 bintang, matahari dan bulan pun bersujud Tanda nabi yusuf bakal menjadi seorang pemimpin Dinasihati ayahnya agar disembunyi Kerana khuatir iri hati dan dengki Nasyid “Seiring SehaluanUNIC (corus)

Upload: normah-harun

Post on 18-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • TEKS BERCERITA MTQSS 2015

    1

    DUGAAN NABI YUSUF A.S. (PEREMPUAN)

    Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan

    yang dikasihi.

    DUGAAN NABI YUSUF A.S. tajuk cerita, marilah kita hayati bersama.

    Nabi Yusuf a.s adalah anak ke tujuh daripada 12 orang anak Nabi Yaqub a.s. Baginda

    merupakan keturunan Nabi Ibrahim a.s. yang dikurniakan rupa paras yang tampan. Nabi Yusuf

    anak yang paling disayangi oleh Nabi Yaqub a.s. berbanding dengan saudara-saudaranya yang

    lain.

    Kawan-kawan,

    Firman Allah s.w.t:

    Maksudnya :

    Demi sesungguhnya! (kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi

    beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk

    mengambil iktibar).

    (Surah Yusuf: ayat 7)

    Pada suatu malam, Nabi Yusuf bermimpi sesuatu yang amat menakjubkan.

    11 bintang, matahari dan bulan pun bersujud

    Tanda nabi yusuf bakal menjadi seorang pemimpin

    Dinasihati ayahnya agar disembunyi

    Kerana khuatir iri hati dan dengki

    Nasyid

    Seiring Sehaluan

    UNIC (corus)

  • TEKS BERCERITA MTQSS 2015

    2

    Ya kawan-kawan,

    Hasad dengki racun masyarakat

    Jangan di biar meruntuh muafakat.

    Lihatlah perpecahan yang terjadi dalam negara Islam di dunia. Hal ini berpunca daripada sifat

    hasad dengki yang tertanam di dalam hati mereka.

    Kawan-kawan:

    Yusuf yang kecil pun dibawa berjalan-jalan ke dalam hutan

    Ditinggalkan keseorangan dicampak dia jauh ke dalam perigi

    Angkara jahat aniaya abang-abangnya yang sangat iri hati

    Nabi Yaakub ayah mereka buta sedih sekali.

    Firman Allah:

    Maksudnya:

    Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad

    dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka

    (Surah al-Baqarah: ayat 10)

    Kawan-kawan,

    Kejadian buli dan tingkah laku ganas dalam kalangan remaja haruslah dipandang serius oleh

    semua pihak. Kes buli yang berlaku di sebuah asrama anak yatim di Kangar Perlis baru-baru ini

    tidak harus berlaku dan perlu ditangani.

    Kawan-kawan nak tahu,

    Rupa-rupanya Baginda diselamatkan oleh pedagang dan dijual kepada pembesar Mesir. Mulai

    hari itu tinggallah baginda di istananya sehingga dewasa.

    Firman Allah:

    Nasyid

    Kisah Nabi Yusuf a.s AURA

    pantun

  • TEKS BERCERITA MTQSS 2015

    3

    Maksudnya:

    Dan ketika Yusuf sampai ke usia dewasa, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta

    ilmu pengetahuan

    (Surah Yusuf : ayat 22)

    Nabi Yusuf bijak dan tampan

    Zulaikha amat berkenan

    Godaan rayuan Zulaikha lakukan

    Nabi teguhkan iman

    Ya kawan-kawan,

    Kini, manusia telah hilang rasa malu. Insiden terbaru gadis Melayu bertudung bersentuhan

    dengan artis k-Pop tidak sepatutnya berlaku. Ingat kawan-kawan, malu adalah sebahagian

    daripada iman.

    Akhirnya, Nabi Yusuf dipenjarakan.

    Walau sering Nabi dikhianati,

    Namun Allah tetap lindungi,

    Dipenjara masih terus berbakti,

    Dihargai mentakwil mimpi.

    Firman Allah s.w.t:

    Maksudnya :

    Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi

    Mesir;

    (Surah Yusuf: ayat 56)

    Setelah Baginda dilantik menjadi menteri di Mesir, baginda bertemu semula dengan ayah dan

    saudara kandungnya. Baginda tidak berdendam malah bersedia memaafkan saudara kandungnya.

    Nasyid

    Kasih Padamu

    Hafiz Hamidun

    Nasyid

    Duniaku Dakwahku Ayai feat Altimet

  • TEKS BERCERITA MTQSS 2015

    4

    Kawan-kawan,

    Sifat pemaaf amat dituntut dalam Islam. Sikap yang ditunjukkan oleh PU Azman dalam isu

    fitnah yang dilemparkan terhadapnya boleh dijadikan iktibar.

    Demikianlah dugaan yang telah menimpa Nabi Allah Yusuf a.s. Semoga menjadi iktibar kepada

    kita semua sebagai tauladan.

    Sekian,