dugaan nabi yusof alaihissalam

4
DUGAAN NABI YUSOF ALAIHISSALAM Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang bijaksana, seterusnya rakan-rakan sekalian. “ Dugaan Nabi Yusof” Kisah pilihan Sidang hadirin, sila dengarkan.. Rakan-rakan, Nabi Yusof adalah anak ke 7 kepada nabi Yaakub alaihisssalam. Tampan perkasa luhur budinya Dikasih ayah, dicemburu saudara Hasutan syaitan jadi agenda Dicampak yusuf ke dalam telaga.. Rakan-rakan, Inilah Dugaan pertama yang dihadapi oleh Nabi Yusuf Alaihissalam. Beliau dibuang oleh saudara ke dalam sebuah perigi. (surah Yusuf ayat 5) “ Sesungguhnya syaitan itu itu musuh yang nyata bagi manusia”. Hasutan Syaitan yang penuh hasad dengki adalah punca perpecahan keluarga. satu artikel majalah tempatan pernah mencatatkan bahawa pergaduhan adik-beradik masa kini banyak berpunca daripada iri hati dan perebutan harta. Sidang Hadirin, Tinggallah yusof seorang diri Dalam perigi yang sunyi sepi Angkara dendam dan iri hati Jauh sekali kasih simpati Tidak terlintas disanubari Terpelihara jua insan terpuji Surah yusuf ayat 8 Sesungguhnya yusof dan saudara kandungnya lebih dicintai oleh ayah kita.

Upload: sukor-bakar

Post on 13-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

Page 1: Dugaan Nabi Yusof Alaihissalam

DUGAAN NABI YUSOF ALAIHISSALAM

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang bijaksana, seterusnya rakan-rakan sekalian. “ Dugaan Nabi Yusof” Kisah pilihanSidang hadirin, sila dengarkan..

Rakan-rakan,Nabi Yusof adalah anak ke 7 kepada nabi Yaakub alaihisssalam.

Tampan perkasa luhur budinya Dikasih ayah, dicemburu saudaraHasutan syaitan jadi agenda Dicampak yusuf ke dalam telaga.. Rakan-rakan, Inilah Dugaan pertama yang dihadapi oleh Nabi Yusuf Alaihissalam. Beliau dibuang oleh saudara ke dalam sebuah perigi.

(surah Yusuf ayat 5)

“ Sesungguhnya syaitan itu itu musuh yang nyata bagi manusia”.

Hasutan Syaitan yang penuh hasad dengki adalah punca perpecahan keluarga. satu artikel majalah tempatan pernah mencatatkan bahawa pergaduhan adik-beradik masa kini banyak berpunca daripada iri hati dan perebutan harta.

Sidang Hadirin,

Tinggallah yusof seorang diriDalam perigi yang sunyi sepiAngkara dendam dan iri hatiJauh sekali kasih simpatiTidak terlintas disanubariTerpelihara jua insan terpuji

Surah yusuf ayat 8

Sesungguhnya yusof dan saudara kandungnya lebih dicintai oleh ayah kita.

Kawan-kawan, Saudar-saudara nabi Yusof menganggap ayah mereka pilih kasih, hanya sayang nabi yusof seorang. Hakikatnya mereka tersilap anggapan. Peranan ibu bapa masa kini amat penting, kawan-kawan. Pengabaian tanggungjawab terhadap anak adalah satu dosa. Kes anak perempuna yang dikurung oleh bapanya tanpa diberi makan di Sungai Dua Pulau pinang baru-baru ini adalah satu contoh pengabaian tanggungjawab terhadap anak.

Page 2: Dugaan Nabi Yusof Alaihissalam

Wahai Kawan-kawan, Alangkah sedih Nabi yaakub. Hilang sudah anak tersayang. Takdir Allah, Nabi yusuf telah diselamatkan oleh pedagang yang lalu di situ. Mereka menjual Nabi Yusof kepada pembesar Mesir. Hiduplah Nabi yusuf di istana Al-Aziz sehingga dewasa.

Berwajah Tampan, sempurna akhlaknyaZulaikha tertawan, ingin menggoda..

Strategi diatur oleh zulaikha, bermulalah dugaan yang kedua. Tatkala suaminya tiada di rumah, zulaikha menggoda, Nabi Yusof cuba lari,tetapi bajunya ditarik oleh zulaikha hingga terkoyak.

Tiba-tiba,

Muncul si suami tanpa terduga,Zulaikha terkejut mencari helah, Difitnah yusuf cuba memperkosa, Baju yang koyak bukti terserlah

Tahulah Al Aziz angkara isternya..Zulaikha disuruh taubat segera. Zulaikha berasa tidak puas hagi lantas merancang sesuatu. Dendam zulaikha membara. Istana mula dibuka. Rakyat diundang. Diminta nabi Yusuf tampil di hadapan. Subhanallah, semua tetamu amat terpegun.

Tampannya sungguh tiada tandinganTerpukau mata rakyat jelataMarah zulaikha dengan pujianDipenjarakan yusuf sebagai balasnya

Kawan-kawan, Islam melarang pergaulan bebas lelaki dan wanita. Pergaulan bebas boleh menjerumus kearah perbuatan maksiat seperti zina. Konsert k-pop yang telah berlangsung pada tahun 2013 telah mengakibatkan ramai remaja muslim mabuk serta berpeleseran hingga larut malam. Semoga kita mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku ini.

Ya kawan-kawan,

Dua dugaan sudah dilaluiMenyusul pula dugaan ketigaTetap tabah serta redhaKini diuji dalam penjara

Bermulalah kehidupan Nabi Yusof, penuh sabar di dalam penjara. Ketika di penjara, Nabi Yusuf menjadi tumpuan Banduan kerana bijak mentafsir mimpi. Sehinggalah suatu ketika, raja bermimpi sesuatu yang aneh.

(Surah Yusuf ayat 5)

Lalu, dibawa nabi yusof mengadap raja untuk mentafsir mimpi. Raja amat gembira mendengar tafsiran mimpi tersebut.

Page 3: Dugaan Nabi Yusof Alaihissalam

Daripada Banduan jadi menteriYusuf diangkat ke darjat tinggi

Ingatlah kawan-kawan,Sifat sabar amat penting dalam menegakkan kebenaran. Dengan berkat sifat sabar jugalah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari Berjaya menjadi jutawan. Beliau kini menjadi bumiputera terkaya di Malaysia dengan aset berjumlah 167 billion.

Akhirnya, Nabi Yusuf dapat bertemu kembali dengan ayahnya. Kebijaksanaan Nabi yusuf juga telah menyelamatkan rakyat daripada kebuluran di musim kemarau. Begitu juga dalam situasi hari, ketika menghadapi musibah banjir baru-baru ini. Perancangan yang baik dalam menguruskan bantuan kepada mangsa banjir akan dapat mengelakkan kebuluran.

Kawan-kawan, Begitu agung kisah nabi,Tabah dan Sabar bila diujiAkhlak mulia penghias diriBijak pula mentadbir negeri

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh