siti hawa binti mhd yusof · topik elektrolisis bagi kimia kbsm tingkatan 4 siti hawa binti mhd...

23
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 18-Jan-2020

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

PEMBANGUNAN PERISIAN

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4

SITI HAWA BINTI MHD YUSOF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini

perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS����

JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERASASKAN

MASALAH TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya SITI HAWA BINTI MHD YUSOF

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan (� )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

LORONG MAT DIN, EN. SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH

BATU 13 JALAN KLUANG, Nama Penyelia

86400 PARIT RAJA,

BATU PAHAT, JOHOR.

Tarikh: __________________ Tarikh:___________________

����

Page 3: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)”.

Tandatangan : .....................................................................

Nama Penyelia : EN. SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH

Tarikh :

Page 4: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4

SITI HAWA BINTI MHD YUSOF

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………………...

Nama Penulis : SITI HAWA BINTI MHD YUSOF

Tarikh : 20 APRIL 2009

Page 6: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

iii

DEDIKASI

Istimewa buat Papa dan Mama,

Mhd Yusof Bin Jurimi dan Latifah Bee Binti Ibrahim Khan

Yang banyak berkorban dan memberikan semangat

serta mengiringkan doa buatku agar tercapai kejayaan ini.

Pengorbanan kalian tiada nilai taranya dan tiada balasan yang

setimpal dapat ku berikan.

Buat adik beradik,

Intan Azfa, Ahmad Zia, Muhammad Hatta dan Noor Azah

Terima kasih atas segala bantuan dan sokongan yang telah diberikan

Semoga Allah memberkati hidup kalian.

Buat rakan-rakan dan pensyarah,

Suka duka bersama kalian akan tetap dikenang dan menyusuri

pengalaman bersama kalian kekal dalam ingatan...

Page 7: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya

menyiapkan projek ini dengan jayanya. Syukur yang tidak terhingga kepada Allah

swt, Tuhan Yang Maha Pemurah, Pengasih serta Penyayang..

Sekalung penghargaan buat penyelia PSM 1 dan 2, En Shaharuddin di atas

segala tunjuk ajar, panduan serta nasihat yang diberikan. Segala teguran serta

sokongan pastinya akan menjadi ingatan sepanjang masa. Jutaan terima kasih

diucapkan buat keluarga yang sentiasa berdiri di belakang kerana tidak jemu-jemu

mendoakan dan memberi semangat agar projek ini dapat disiapkan dengan baik

Seterusnya, tidak dilupakan rakan-rakan sepengajian, segala bantuan,

dorongan, serta sebarang bentuk bantuan yang diberikan amatlah dihargai dan jutaan

terima kasih diucapkan. Setiap detik bersama kalian amatlah dihargai dan pastinya

menjadi kenangan manis seumur hidup.

Akhir kata, terima kasih buat semua yang terlibat.

Page 8: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

v

ABSTRAK

Projek ini adalah pembangunan perisian Pembelajaran Berasaskan

Komputer (PBK) berkaitan tajuk elektrolisis di dalam subjek Kimia Tingkatan

Empat yang merupakan salah satu topik yang abstrak kerana ia melibatkan

pergerakan ion-ion yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia (Nadzrah,

2003) serta sukar dipelajari (Ogude dan Bradley, 1995). Pembangunan perisian

ini dihasilkan dengan kombinasi elemen multimedia seperti teks, grafik,

audio,video dan animasi. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian

Macromedia Authorware sebagai perisian utama di samping Macromedia Flash

MX, Adobe Photoshop, Sound Forge dan SWISHmax sebagai perisian sokongan

bagi menghasilkan perisian yang lebih menarik serta berkesan. Model reka

bentuk pengajaran ADDIE telah digunakan sebagai panduan dalam mereka

bentuk PBK ini. PBK ini mengaplikasikan pendekatan Pembelajaran Berasaskan

Masalah (PBL) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan menjana

pemahaman yang mendalam terhadap subjek melalui pembelajaran kendiri

(Lynda Wee, 2004). Diharap perisian ini dapat membantu pelajar mengukuhkan

kefahaman mengenai konsep di dalam sub topik electrolyte and non-electrolyte,

electrolysis of molten compounds dan electrolysis of aqueous solutions serta

menjadikannya proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna.

Page 9: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

vi

ABSTRACT

The purpose of the project is to develop the Computer Aided Learning

(CAL) learning courseware on electrolysis. This subtopic involves a lot of the

abstract conceptl such as the movement of ions, which can’t be seen by naked eyes

(Nadzrah, 2003), thus will make it difficult for student to understand the topic

(Ogude dan Bradley, 1995). This courseware was developed by combination of

various multimedia elements such as text, graphic, audio, video and animation. This

courseware was developed by using Macromedia Authorware as the main platform

within the support of other software such as Macromedia Flash MX, Adobe

Photoshop and Sonic Sound Forge to make the learning become much more

interactive and effective. The ADDIE teaching design model was being implemented

as guidelines to construct this CAL. This CAL also use a Problem Based Learning

(PBL) approach to generate a fine comprehension and elicits critical and creative

thinking, and thus enhance the learning quality among students in the subtopic

through self learning (Lynda Wee, 2004). Hopefully, this courseware could help the

students to enhance their understanding regarding to the abstract concept of

electrolyte and non-electrolyte, electrolysis of molten compounds and electrolysis of

aqueous solutions and thus, the teaching and learning process will becomes more

meaningful.

Page 10: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Rasional Projek 6

1.6 Kepentingan Projek 8

1.6.1 Pelajar 8

1.6.2 Guru 8

1.6.3 KPM 8

Page 11: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

viii

1.7 Batasan Projek 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Multimedia 10

1.8.2 Perisian 10

1.8.3 PBL 10

1.8.4 Elektrolisis 11

1.9 Penutup 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Komputer Dan Teknologi Multimedia Dalam

Pendidikan 12

2.3 Aplikasi Teori Dalam Perisian 13

2.3.1 Teori Tingkahlaku 14

2.3.2 Teori Kognitif 14

2.3.3 Teori Konstruktivisme 15

2.4 Kelebihan-kelebihan Menggunakan Perisian 16

2.4.1 Menyokong Pembelajaran Kendiri 16

2.4.2 Pengajaran Berdasarkan Kebolehan Pelajar 16

2.4.3 Membantu Imaginasi Perkara Abstrak 17

2.5 Elemen-Elemen Multimedia Dalam Perisian 17

2.5.1 Teks 17

2.5.2 Grafik 18

2.5.3 Animasi 18

2.5.4 Audio 19

2.5.5 Video 19

2.6 Ciri-Ciri Khusus Perisian Multimedia 19

2.6.1 Memenuhi Keperluan Pengguna 20

2.6.2 Interaktif 20

2.6..3 Sumber Maklumat atau Data 20

2.6.4 Menghibur Dan Berinformasi 21

2.6.5 Melibatkan Penggunaan Pelbagai Deria 21

Page 12: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

ix

2.7 Strategi Pengajaran Dalam Perisian 21

2.7.1 Latih Tubi 22

2.7.2 Tutorial 22

2.7.3 Simulasi 22

2.7.4 Permainan Pendidikan 23

2.7.5 Penyelesaian Masalah 23

2.8 Masalah Dalam Pembelajaran Elektrolisis 23

2.9 Pembelajaran Elektrolisis Melalui Perisian 24

2.10 Aplikasi PBL Dalam Perisian 25

2.11 Model Reka Bentuk Pengajaran 27

2.12 Penutup 28

BAB 3 REKA BENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Proses Pembangunan Perisian 30

3.3 Model ADDIE 30

3.3.1 Fasa Analisis 31

3.3.1.1 Pemilihan Tajuk 32

3.3.1.2 Objektif Perisian 33

3.3.1.3 Sasaran Pengguna 33

3.3.1.4 Pengumpulan Sumber Maklumat 33

3.3.1.5 Spesifikasi Perkakasan Komputer 34

3.3.1.6 Spesifikasi Perisian 34

3.3.1.7 Main Balik 36

3.3.2 Fasa Reka Bentuk 36

3.3.2.1 Teori Dan PBL Dalam Perisian 37

3.3.2.2 Carta alir 38

3.3.2.3 Papan cerita 38

3.3.3 Fasa Pembangunan 39

3.3.4 Fasa Perlaksanaan 39

3.3.5 Fasa Penilaian 40

3.4 Penutup 41

Page 13: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

x

BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 42

4.2 Struktur Asas Dan Kandungan Perisian 42

4.2.1 Montaj intro 43

4.2.2 Penyataan Masalah 44

4.2.3 Menu 48

4.2.4 Bahagian Nota (Note) 49

4.2.5 Bahagian Aktiviti (Activities) 52

4.2.6 Bahagian Latihan (Exercises) 56

4.2.7 Bahagian Glosari (Glossary) 58

4.2.8 Bahagia Pautan (Link) 58

4.2.9 Bahagian Penamat (Exit) 59

4.3 Pempakejan Perisian 61

4.4 Penyebaran Perisian 61

4.5 Penutup 62

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Perbincangan 63

5.3 Masalah yang Dihadapi 64

5.3.1 Kurang Kemahiran Dan Kepakaran 64

5.3.2 Kekurangan Panduan 65

5.3.3 Faktor Teknikal 65

5.4 Kelebihan Perisian 66

5.5 Kelemahan Perisian 66

5.6 Cadangan Memperbaiki Perisian 67

5.7 Penutup 68

RUJUKAN 67

LAMPIRAN 73

Page 14: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Aliran kerja berdasarkan model ADDIE 31

4.1 Antaramuka Montaj Intro 44

4.2 Antaramuka Situasi 1 45

4.3 Antaramuka Penyataan Masalah Situasi 1 46

4.4 Antaramuka Situasi 2 46

4.5 Antaramuka Penyataan Masalah Situasi 2 47

4.6 Antaramuka Hint Sebelum Diterokai 47

4.7 Antaramuka Hint Selepas Diterokai 48

4.8 Antaramuka Menu 48

4.9 Antaramuka Nota 50

4.10 Antaramuka Nota Subtopik 50

4.11 Antaramuka Animasi 51

4.12 Antaramuka Simulasi 51

4.13 Antaramuka Video 52

4.14 Antaramuka Aktiviti 53

4.15 Antaramuka Aktiviti 1 53

4.16 Antaramuka Aktiviti 2 54

4.17 Antaramuka Aktiviti 3 54

4.18 Antaramuka Aktiviti 4 55

4.19 Antaramuka Aktiviti 5 55

4.20 Antaramuka Latihan 56

4.21 Antaramuka Soalan 57

4.22 Antaramuka Keputusan 57

4.23 Antaramuka Glosari 58

Page 15: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

xii

4.24 Antaramuka Pautan 59

4.25 Antaramuka Penamat 60

4.26 Antaramuka Montaj Penamat 61

Page 16: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta Alir Pembangunan Perisian 31

PBL topik elektrolisis Bagi Kimia

Tingkatan 4

Page 17: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

xiv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN PENERANGAN

ADDIE Analyze, Design, Development, Implementation,

Evaluation

BBM Bahan Bantu Mengajar

CD-ROM Compact Disk-Read Only Memory

ICT Teknologi Komunikasi Maklumat

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

MSC Multimedia Super Corridor

P&P Proses Pengajaran Dan Pembeajaran

PBK Pengajaran Dan Pembelajaran Beasaskan Komputer

PBL Pembelajaran Berasaskan Masalah

PPSMI Program Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris.

Page 18: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu

daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap

perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu

yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan

penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM, 1997).

Usaha ini dikuatkan lagi dengan adanya projek Multimedia Super Corridor

(MSC) oleh kerajaan Malaysia. Salah satu landasan yang terdapat di dalam MSC

adalah projek Sekolah Bestari di mana pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka

ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan

membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

Tindakan kerajaan meluluskan pakej rangsangan bernilai RM 4.3 bilion termasuk

RM 300 juta bagi pembinaan makmal-makmal komputer di 2000 buah sekolah

merupakan tindakan susulan yang memperlihatkan pembangunan positif ke arah

peralihan Malaysia kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (Utusan Malaysia, 27

September 2001).

Penggunaan perisian multimedia pendidikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran juga mendapat perhatian dari pihak kerajaan serta diyakini

keberkesanannya dalam membantu para guru dan juga para pelajar. Penerbitan CD-

Page 19: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

ROM buku teks adalah selaras dengan pelaksanaan Program Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang

diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2003 . Penerbitan CD-ROM buku teks juga

adalah untuk menyahut seruan kerajaan bagi meningkatkan penggunaan aplikasi

ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer (PBK) merupakan salah satu cara untuk mengintegrasikan

teknologi dalam pendidikan yang berpotensi untuk mengoptimumkan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Selain itu, perkembangan yang pesat dalam bidang kimia juga telah

memberikan sumbangan yang dapat meningkatkan kualiti hidup dalam pelbagai

bidang khasnya dalam bidang perubatan, pertanian dan perindustrian. Justeru, ilmu

kimia perlu dikuasai pelajar supaya dapat menangani perubahan yang berlaku dalam

kehidupan yang semakin berteraskan kepada sains dan teknologi, seterusnya

memberi sumbangan kepada kepesatan perkembangan sains dan teknologi demi

meningkatkan kehidupan sejagat (Abu Hassan, 2001).

1.2 Latar Belakang Masalah

Kecanggihan teknologi dan perkembangan internet, media elektronik serta

program aplikasi telah mendatangkan kesan yang besar dalam pencapaian bidang

pendidikan. Penggunaan teknologi bukanlah bertujuan untuk mengambil alih

peranan guru sebagai pendidik, malah ia dijadikan sebagai media utama pengajaran

dan pembelajaran dengan guru bertindak sebagai pemudah cara dalam proses

tersebut (Jaya Kumar C. Koran, 2001).

Kajian Crowe (1995) mendapati bahawa perisian multimedia interaktif

berkemampuan untuk meningkatkan kadar penerimaan pelajar sebanyak 30% lebih

daripada pelajar yang diajar dengan menggunakan kaedah tradisional. Penggunaan

perisian pendidikan telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan

pembelajaran dan satu kajian perbandingan telah menunjukkan bahawa pelajar yang

menerima pengajaran dan pembelajaran berasaskan PBK dengan berkombinasikan

Page 20: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

pengajaran guru boleh mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada

pelajar yang diajar guru sahaja (Hasselbring et al., 1988).

Multimedia terbukti berkesan dalam membentuk serta mengekalkan

maklumat untuk tempoh yang panjang dan ia boleh dicapai kembali dalam masa

yang lebih pantas berbanding kaedah pengajaran tradisi. Walaubagaimanapun,

masih ramai dikalangan guru sains masih terikat dengan kaedah P&P yang

berpusatkan guru (Schwab dan Brandwein, 1996). Fenomena ini bertambah buruk

lagi dengan pengajaran guru yang menggunakan kaedah tradisional (Azizah dan

Shaharom, 1999). Menurut Halimah (1996), komputer digunakan sebagai alat bantu

mengajar (ABM) supaya pelajar dapat memahami pelajaran dengan berkesan.

Hampir keseluruhan konsep kimia adalah berbentuk abstrak (Abu Hassan,

2001). Keadaan ini menyebabkan pelajar tidak dapat melihat keadaan sebenar

tentang sesuatu konsep kimia sehingga menyebabkan mereka menghadapi masalah

untuk memahaminya (Ben-Zviet et al., 1987). Menurut Nadzrah (2003), kimia

dianggap sebagai subjek yang sukar kerana ia melibatkan zarah-zarah yang seni dan

abstrak misalnya konsep mol, konsep pemalar avogardo, proses elektrolisis serta

kurang dikaitkan dalam kehidupan seharian. Konsep-konsep dan proses-proses

seperti ini memerlukan suatu paparan visual yang dapat menyamai keadaan sebenar

agar dapat memberikan pemahaman berkesan mengenai proses yang terlibat.

Perisian multimedia dilihat sebagai satu media yang dapat menyampaikan

suatu konsep kimia yang abstrak dengan lebih berkesan berbanding penggunaan

buku teks semata-mata kerana ia dapat menunjukkan proses yang berlaku

berdasarkan video, simulasi atau animasi berkaitan yang disediakan di dalam

perisian. Ini dapat membantu pelajar yang lemah menvisualkan apa yang

diterangkan dan meningkat kefahaman dengan bahan sokongan yang menampakkan

proses yang berlaku. Antara kelebihan menggunakan perisian multimedia dalam

proses P&P ialah dapat meningkatkan minat pelajar, kebolehan untuk mengilustrasi

konsep dalam pelbagai cara yang tidak mudah untuk diterangkan menggunakan

kaedah tradisional dan keupayaan untuk mempersembahkan maklumat

Page 21: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

Menurut Clark (1998) yang menyatakan bahawa keberkesanan sesuatu

proses pembelajaran tidak bergantung sepenuhnya kepada jenis media tetapi

bergantung kepada kaedah pembelajaran yang dipilih dan diaplikasikan menerusi

media tersebut dan kaedah pembelajaran di sini amat berkait rapat dengan teori

pembelajaran yang menyokong. Kaedah atau pendekatan yang digunakan dalam

membangunkan perisian ini ialah pembelajaran berasaskan masalah (Problem Based

Learning, PBL) bagi topik elektrolisis bagi kimia KBSM tingkatan empat.

PBL merupakan proses pembelajaran berpusatkan kepada masalah yang

diberikan (Center for PBL, 2002) yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam

proses pembelajaran. Ianya didapati sesuai digunakan khususnya bagi membantu

pelajar-pelajar dalam mempertingkatkan keupayaan menyelesaikan masalah dan

pemikiran analitik dan kritis selain dari memahami konsep dan kemahiran berkaitan

dengan mata pelajaran.

Margetson (1991) mengganggap PBL sebagai konsep pengetahuan,

pemahaman dan pendidikan secara mendalam berbeza daripada kebanyakan konsep

yang terletak di bawah pembelajaran berasaskan mata pelajaran. Ini disokong oleh

Lynda Wee (2004) yang menyatakan bahawa PBL adalah satu pendekatan

pemusatan pelajar yang merupakan pendekatan yang efektif dalam meningkatkan

kualiti pembelajaran, menggalakan penglibatan aktif, bekerjasama, maklum balas

yang cepat terhadap proses pembelajaran, pemahaman yang mendalam terhadap

subjek dan merujuk kesesuaian pembelajaran pelajar melalui pembelajaran kendiri.

1.3 Pernyataan Masalah

Keberkesanan penggunaan perisian multimedia sebagai media pengajaran

banyak bergantung kepada mutu perisian yang digunakan. Agak sukar untuk

mendapatkan perisian yang benar-benar bermutu dan sesuai untuk digunakan dalam

persekitaran pendidikan di negara ini. Kajian yang dijalankan oleh Hee Jee Mei dan

Norahidah(2001) ke atas 52 guru sekolah bestari di negeri Terengganu untuk

mengkaji persepsi guru ke atas penggunaan perisian kursus menunjukkan perisian

Page 22: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

kursus yang baik adalah ialah bersesuaian dengan objektif pengajaran dan

pembelajaran. Mereka juga menyatakan masalah utama yang dihadapi oleh guru

ialah untuk mencari perisian kursus yang bermutu tinggi yang bersesuaian dengan

objektif pengajaran.

Pencapaian pelajar bagi matapelajaran kimia dalam Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) amat membimbangkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Peratus pencapaian purata pelajar adalah pada paras yang kurang memuaskan (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 1988). Kurikulum kimia patut diubah supaya penekanan

diberikan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran kimia di sekolah. Perubahan

strategi ini patut dapat membantu pelajar dalam menguasai konsep kimia dengan

lebih mudah, berkesan dan berkekalan.

Salah satu konsep yang sukar dipelajari dalam mata pelajaran kimia ialah

konsep elektrolisis (Ogude dan Bradley, 1994). Ramai pelajar tidak memahami dan

menguasai konsep elektrolisis kerana masalah miskonsepsi telah mempengaruhi

pembelajaran mereka seterusnya mpengaruhi pencapaian mereka dalam

pembelajaran kimia (Sanger dan Greenbowe, 1997). Antaranya, pelajar lemah

dalam meramal hasil elektrolisis. Pelajar tidak memahami peranan elektrod, sama

ada lengai ataupun tidak. Pelajar juga tidak mempertimbangkan kehadiran air dalam

larutan akueus (Garnett dan Treagust, 1992).

Menurut Resnick (1989) di dalam tulisan Jamalludin dan Zaidatun (2003),

pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif

dalam pembelajaran. Pembelajaran berkesan bergantung kepada proses dalaman

yang berlaku di dalam diri pelajar. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan

sesuatu aktiviti. Selain itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta

berkomunikasi di antara satu sama lain. Bagi tujuan memudahkan pembelajaran

sedemikian, suatu perisian multimedia berasaskan CD-ROM bagi matapelajaran

kimia tingkatan 4 KBSM tajuk elektrolisis melalui pendekatan pembelajaran

berasaskan masalah akan dibangunkan.

Page 23: SITI HAWA BINTI MHD YUSOF · TOPIK ELEKTROLISIS BAGI KIMIA KBSM TINGKATAN 4 SITI HAWA BINTI MHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan

1.4 Objektif Projek

Objektif pembangunan perisian ini ialah untuk:

(i) Membangunkan sebuah perisian multimedia berasaskan CD-ROM bagi

tajuk elektrolisis bagi kimia KBSM tingkatan empat menggunakan

pendekatan PBL.

(ii) Bahan rujukan asas atau sebagai bahan bantu mengajar (BBM) alternatif

untuk para guru dan pelajar dalam proses P&P.

(iii) Pelajar dapat mengaitkan sebatian elektrolit dengan aplikasinya dalam

kehidupan seharian.

(iv) Pelajar dapat menerangkan faktor yang mempengaruhi pergerakan kation

dan anion dalam proses elektrolisis.