dst

2
Tajuk : Benda hidup dan benda bukan hidup Ringkasan : Dalam topik ini, murid-murid mengenalpasti benda hidup dan benda yang bukan hidup. Murid-murid juga di dedahkan dengan elemen kreativiti dan inovasi. Standard Kandungan : Sains Hayat 1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup Standard pembelajaran : 1.1.1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup 1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, TMK, penulisan atau lisan Tempoh masa : 2 waktu ( 60 minit) Sumber : 1. Carta gambar 2. Lembaran Kerja 1 3. Lembaran Kerja 2 ( Penilaian) 4. Lembaran Kerja 3 ( Pemulihan) 5. Lembaran Kerja 4 (Pengayaan) Aktiviti : 1. Guru menyanyikan senikata lagu Bangau oh Bangau . 2. Guru meminta murid-murid menyanyi bersama- sama. 3. Guru meminta murid menyatakan benda-benda hidup dan benda bukan hidup yang terdapat di dalam senikata lagu. 4. Guru bersoal jawab dengan murid : i. Berikan contoh benda hidup selain terdapat dalam senikata lagu? ii. Berikan contoh benda bukan hidup selain terdapat dalam senikata lagu? ( Guru menerima semua jawapan murid) 5. Guru memberi respon kepada jawapan murid- murid. 6. Guru membawa murid-murid melawat ke persekitaran sekolah. 7. Murid-murid diminta mengenalpasti benda

Upload: hanis-zaiton

Post on 27-Jul-2015

324 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dst

Tajuk : Benda hidup dan benda bukan hidup

Ringkasan : Dalam topik ini, murid-murid mengenalpasti benda hidup dan

benda yang bukan hidup. Murid-murid juga di dedahkan

dengan elemen kreativiti dan inovasi.

Standard

Kandungan :

Sains Hayat

1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup

Standard

pembelajaran :

1.1.1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup

1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, TMK,

penulisan atau lisan

Tempoh masa : 2 waktu ( 60 minit)

Sumber : 1. Carta gambar

2. Lembaran Kerja 1

3. Lembaran Kerja 2 ( Penilaian)

4. Lembaran Kerja 3 ( Pemulihan)

5. Lembaran Kerja 4 (Pengayaan)

Aktiviti : 1. Guru menyanyikan senikata lagu “ Bangau oh

Bangau”.

2. Guru meminta murid-murid menyanyi bersama-sama.

3. Guru meminta murid menyatakan benda-benda hidup

dan benda bukan hidup yang terdapat di dalam

senikata lagu.

4. Guru bersoal jawab dengan murid :

i. Berikan contoh benda hidup selain

terdapat dalam senikata lagu?

ii. Berikan contoh benda bukan hidup

selain terdapat dalam senikata lagu?

( Guru menerima semua jawapan murid)

5. Guru memberi respon kepada jawapan murid-murid.

6. Guru membawa murid-murid melawat ke persekitaran

sekolah.

7. Murid-murid diminta mengenalpasti benda hidup dan

benda bukan hidup.

8. Kemudian murid-murid diminta melakarkan gambar

Page 2: Dst

dalam Lembaran Kerja 1.

9. Guru menunjukkan carta gambar benda hidup dan

benda bukan hidup.

10.Guru meminta murid-murid mengelaskan benda hidup

dan benda bukan hidup secara lisan.

11.Murid-murid diminta mengelaskan benda hidup dan

benda bukan hidup di dalam Lembaran Kerja 2.

12.Murid menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan

berdasarkan Lembaran Kerja 2.

Penilaian : Murid mengenalpasti benda-benda hidup dan bukan hidup

dalam Lembaran Kerja 2.

Aktiviti Pemulihan : Murid mengelas benda yang hidup dan benda bukan hidup

dengan mewarnakan benda hidup dengan warna merah dan

benda bukan hidup dengan warna biru.(Lembaran 3)

Aktiviti Pengayaan : Murid melengkapkan gambar yang diberikan dengan

memasukkan huruf yang sesuai. (Lembaran 4)