dr.mahathir.rtf

Upload: onett

Post on 05-Oct-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEJARAHby Dr. Mahathir bin Mohamad on Friday, January 28, 2011 at 11:45am1. Sejarah menceritakan apa yang telah berlaku dahulu kepada sesuatu negara atau bangsa. Tidak semua yang diceritakan diasaskan kepada fakta yang benar-benar berlaku. Tiap negara dan tiap ahli sejarah mengutamakan kepentingan negara apabila menulis berkenaan sejarah yang dilalui oleh negara masing-masing.

2. Demikian penulis sejarah British apabila menulis berkenaan pertempuran perang di Waterloo mendakwa bahawa pertempuran itu telah selesai dimenangi oleh Duke of Wellington, Jeneral yang mengetuai tentera British sebelum tentera Jerman yang diketuai oleh Blucher sampai ke Waterloo untuk membantu Wellington.

3. Ahli sejarah Jerman pula menulis bahawa Wellington hampir kalah di Waterloo apabila Blucher sampai dan menyelamatkan tentera British dan seterusnya memberi kemenangan kepada tentera gabungan Jerman dan British.

4. Banyaklah rencana dalam buku sejarah yang memberi gambaran yang berlainan dan berbeza berkenaan dengan peristiwa yang sama kerana kepentingan negara masing-masing.

5. Kita jarang membaca dalam buku sejarah Barat bahawa negara Sepanyol ditawan dan dikuasai orang Islam selama 800 tahun, atau kekalahan teruk tentera British di Gallipoli, Turki, di tangan tentera Turki pimpinan Mustafa Kamal.

6. Sekarang kita dengar pendapat bahawa dalam menulis sejarah negara kita sensitiviti semua kaum mesti diambil kira. Soalnya setakat manakah yang sensitiviti boleh menidak kebenaran sejarah? Jika ia keterlaluan maka sejarah yang akan dipelajari oleh penuntut kita akan menjadi cerita dongeng dan bukan sejarah.

7. Umpamanya ada dakwaan berkenaan dengan penduduk asal semenanjung ini yang bercanggah dengan kebenaran. Apakah kerana sensitifnya perkara ini maka kita tidak akan sebut berkenaan penduduk asal negeri-negeri Semenanjung, berkenaan orang asing yang datang menduduki semenanjung ini, yang menjadikan bahasa tempatan sebagai bahasa mereka, menerap sebahagian daripada budaya dan pakaian tempatan sebagai budaya dan pakaian mereka. Sekarang tidak ada lagi orang seperti ini kerana di zaman ini perlakuan seperti ini tidak dapat diterima oleh kaum tertentu.

8. Dan banyaklah lagi kebenaran sejarah yang boleh dianggap sensitif, sensitif kepada Melayu, Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan lain-lain suku kaum. Jika semua yang sensitif kepada kaum-kaum di Malaysia ditapis maka tidak ada pelajaran yang akan diperolehi penuntut.

9. Sebaliknya satu daripada hasil dari matapelajaran sejarah ialah kita lebih prihatin dengan tidak melakukan kesalahan-kesalahan dahulu dalam tindak-tanduk rakyat dan pemerintah. Jika dahulu sistem raja berkuasa mutlak kerap membinasakan negara, maka sistem itu diganti dengan sistem pemerintahan oleh rakyat. Tanpa pengalaman dalam sejarah maka pembetulan cara pemerintahan negara tidak akan dapat dibuat.

10. Kata George Santayana, seorang ahli pemikir Amerika, "Mereka yang lupa akan sejarah akan didera dengan mengulangi kesilapan mereka berkali-kali".

11. Kita semua belajar dari pengalaman. Jika zaman ini lebih baik iklimnya daripada dahulu sebabnya ialah kerana kita tidak amalkan kesilapan-kesilapan dahulu. Kita telah belajar dari pengalaman kita dan pengalaman ini adalah sebahagian dari sejarah.

12. Jika kita lupakan atau ketepikan pengalaman dahulu yang kita alami tak dapat tidak pembaikan iklim dalam masyarakat manusia tidak akan menjadi lebih baik.

13. Saya telah baca buku teks sejarah dan saya dapati banyaklah peristiwa yang penting yang berlaku di zaman penjajahan British, Jepun, Siam dan sekali lagi British yang tidak terdapat dalam buku-buku ini.

14. Saya tahu apa yang tertinggal atau apa yang tidak diberi ulasan yang tepat kerana saya melalui zaman-zaman ini. Saya harap penulis yang akan menulis buku teks yang baru, sambil mengambilkira sensitiviti tetapi akan berpegang kepada kebenaran.

15. Oleh kerana semua ini maka janganlah kita terlalu ghairah untuk tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum di negara tercinta ini sehingga hilang segala pelajaran yang boleh diperolehi dari sejarah kita yang benar.

RPH BestariHomeTentang KamiHubungi KamiAlbum KeluargaBahasa Melayu - Latihan 1Latihan 2Tugasan Cikgu Intan DianaKursus Cikgu ZakiKursus Cikgu Intan DianaElemen Pedagogi BestariRPH Bestari

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bestari:KOHORT PERTAMA, 2006 (Maktab Perguruan Batu Pahat)Tingkatan : 4 BestariTajuk : Masyarakat Malaysia alaf baruPakej/Modul : BM01P01Masa : 80 minitHPU & HPK : 1.0 (1.1,1.2) 7.0 (7.1)HHP : Aras 1 ( ii ) Aras 2 (i)Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :1. Menyenaraikan lima perubahan dalam kehidupan masyarakat Malaysia pada masa kini.2. Memberi maksud lirik lagu dalam bahasa gramatis.3. Menyenaraikan lima langkah untuk meningkatkan produktiviti dalam setiap sektor.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

line.gif

Isi PelajaranAktiviti P&PCatatanSet InduksiKeranamu Malaysia (5 Minit)i.Guru memperdengarkan lagu Keranamu Malaysia dan meminta pelajar menyanyi bersama-sama.ii.Bersoaljawab dengan pelajar:a.Nyatakan lapisan masyarakat yang disebutkan dalam lagu.b.Mengapakah anak-anak perlu diasuh mindanya.c.Apakah harapan negara kepada masyarakat Malaysia alaf baru.BBM1. Lirik Lagu2. Komputer/LCD

Nilai- Cinta negara

Kecerdasan pelbagai:-muzikLangkah 1:Menukar ayat puitis supaya menjadi gramatis (10 minit)Aktiviti-Aktiviti (Langkah)i.Pelajar membaca beberapa baris lagu seperti berikut:

Buruh, nelayan dan juga petaniGaya hidup kini dah berubahAnak-anak terasuh mindanyaJadi generasi bijak pandai

ii.Pelajar menyusun ayat daripada baris lagu supaya menjadi ayat yang gramatis dengan bantuan guru.a.Gaya hidup buruh, nelayan dan petani sudah berubah.b.Minda anak-anak terasuh supaya menjadi generasi bijak pandai.BBM-Powerpoint

Nilai-Kegigihan-Kerajinan

-Pembelajaran berbantu teknologi.-DirektifLangkah 2Ayat majmuk dan ayat tunggal (10 minit)i.Guru memaparkan ayat majmuk yang dipetik daripada lirik lagu contoh:a.Gaya hidup buruh, nelayan dan petani sudah berubah.b.Pakar teknologi maklumat, pakar ekonomi, jaguh sukan dan jutawan berkereta buatan nasional.ii.Pelajar mencerakinkan ayat majmuk kepada ayat tunggal contoh:a.Gaya hidup buruh sudah berubahb.Gaya hidup nelayan sudah berubah.c.Gaya hidup petani sudah berubah.BBM-Powerpoint

Nilai- Berdikari

-Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.-Pembelajaran bersifat individu.Langkah 3Masyarakat Malaysia alaf baru (20 minit)i.Pelajar menyenaraikan lapisan masyarakat di Malaysia. Contoh buruh, petani, nelayan, guru dan lain-lain.ii.Guru mencatatkan lapisan masyarakat di Malaysia.iii.Pelajar membuat perbandingan masyarakat petani, buruh, nelayan dan peniaga dahulu dan alaf baru daripada aspek :a.Peralatanb.Pemasaranc.Pendidikand.Gaya hidupNilai- Bekerjasama

-Kajian masa depan.-Kemahiran berfikir-Pembelajaran kontekstualLangkah 4Usaha-usaha meningkatkan produktiviti masyarakat (30 minit)i.Pelajar dipecahkan kepada empat kumpulan.ii.Setiap kumpulan diminta untuk menyenaraikan usaha-usaha bagi meningkatkan produktiviti masyarakat seperti berikut:Kumpulan 1: PetaniKumpulan 2: NelayanKumpulan 3: PeniagaKumpulan 4: Buruhiii.Setiap kumpulan membentangkan hasil perrbincangan kumpulan.iv.Pelajar berhujah mempertahankan idea kumpulan dengan menggunakan bahasa dan intonasi yang sesuai.BBM-Kertas sebak.

Nilai-Bekerjasama-Berkeyakinan

-Koperatif dan koloboratif.-Kecerdasan pelbagai (interpersonal)-Pemudahcara

Penutup (5 minit)

i.Guru memperdengarkan lagu Keranamu Malaysia semula.ii.Pelajar menyanyi beramai-ramai.

Nilai-Cinta negara

line.gif

Pengisian KurikulumSistem Bahasa: Sintaksis ( ayat dasar dan ayat majmuk)Kemahiran Bernilai Tambah:-Kecerdasan pelbagai: Muzik, dan interpersonal.-Kemahiran generik: Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (KTMK)

-Strategi P&P : Direktif, kajian masa depan, kontekstual, koperatif dan koloboratif.

-Pendekatan pembelajaran : Pembelajaran berpusatkan pelajar,pembelajaran berbantu teknologi

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP)-Komputer-CD-Kertas sebak

Pengetahuan Perlu Ada-Murid telah mendengar lagu Keranamu Malaysia.-Murid telah mengetahui bidang-bidang pekerjaan di Malaysia.

6, 2009KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957

Gambar di atas merupakan barisan kabinet pertama semasa Tunku Abdul Rahman pada tahun 1959

1. Rombongan Kemerdekaan

Tujuan untuk berunding dgn British dan raja-raja Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan Tunku Abd Rahman mengetuai rombongan ini yang terdiri drp 4 wakil raja-raja Melayu dan 4 wakil Parti Perikatan

Anggota rombangan terdiri daripada 2 kumpulan iaitu

i. WAKIL RAJA-RAJA MELAYU

a. Dato Panglima Bukit Gantangb. Abdul Aziz Othmanc. Dato Mohd Sethd. Dato Nik Ahmed Kamil

Gambar di atas menun jukkan rombongan Parti Perikatan yang pertama ke London pada tahun 1953 untuk membincangkan soal pilihanraya. Kelihatan Tunku Abdul Rahman, T.H Tan dan seorang Ahli Parmilen Britian.ii. WAKIL PARTI PERIKATAN

a. Tunku Abdul Rahmanb. Tun Dr Ismailc. Tun H.S Leed. Tun Abdul Razak Hussein

Gambar menunjukkan perarakan kemerdekaan di bandar Hilir,Melaka

Perjanjian London 1956(Syarat-Syarat)

Tarikh kemerdekaan PTM ditetapkan pada 31 Ogos 1957Perlantikan suruhanjaya menggubal perlembagaan merdekaParti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat Perjanjian pertahanan dengan British akan ditanda tanganiRaja berpelembagaan dikekalkanPembahagian kuasa antara pusat dan negeri diteruskan

Tarikh Merdeka

Gambar di atas menunjukkan Tunku bersama Dato' Panglima Bukit Gantang serta deligasi diarak selepas pulang dari London

Tarikh merdeka diisytiharkan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka oleh Tunku Abdul Rahman

Anggota Suruhanjaya Reid:-1. Pengerusi : Lord William Reid2. AhliSir Ivor Jennings( England)Sir William Mckel (Australia)Tuan B Malik (India)Tuan Abdul Hamid (Pakistan)Posted by CITY CYBER at 7:22 PM 0 comments Sunday, July 19, 2009BAB 4KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

Jawatankuasa Hubungan antara Kaum ( CLC)

Anggota- seorang wakil daripada setiap kaum iaitu:-UMNO Dato Onn JaafarMCA Tun Tan Cheng LockKaum India, Ceylon, Serani dan Eropah.Pengerusi Dato E.E.C Thuraisingan.Penasihat Sir Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral Asia Tenggara

Hasil Kompromi UMNO-CLC

Kelonggaran syarat kerakyatan PersekutuanBantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang MelayuPilihanraya diadakan pada masa yang sesuai di peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan PersekutuanPembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

Usaha parti-parti politik mewujudkan perpaduan kaumKonferensi Nasional diadakan pada 1954 oleh British antara IMP dan Parti Negara bermatlamat untuk melahirkan kerjasama politikKonvensi Nasional diadakan pada Ogos 1954 antara UMNO, MCA dan MIC yang membawa kepada penubuhan parti perikatan serta mendapat kerjasama parti PASKonvensi dan Konferensi bermatlamat mencari jalan merealisasikan perpaduan kaum dan membincangkan peri pentingnya pilihanrayaPosted by CITY CYBER at 1:20 AM 0 comments Sunday, May 17, 2009TINGKATAN 3 : BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

3.1 Penyusupan Dan Kegiatan Pengganas KomunisFahaman Komunis (Karl Marx) fahaman yang menentang golongan feudal dan imperialis untuk digantikan dengan fahaman komunis yang mendakwa perjuangkan. Masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah dan perindustrian.

Cara penyusupan1. menyebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina2. melaluikesatuan sekerja3. persatuan-persatuan4. kelas-kelas malam dan penerbitan5. orang Melayu menerusi PKI tetapi gagal.

Penubuhan PKM(1930 )Bertujuan menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada tahun 1935 jadi semakin aggresif dengan melancarkan mogok, sabotaj dan tunjuk perasaan. Semasa pendudukan Jepun, PKM telah bekerjasama dengan British menentang Jepun.Mereka telah membentuk MPAJA. Selepas tamat Perang Dunia Kedua , PKM setuju membubar MPAJA tetapi tidak menyerahkan kesemua senjata dan mula menyusup dalam kesatuan sekerja.

Keganasan Komunis (untuk capai matlamatnya)Komunis telah menyerang ladang/lombong milik Eropah. Mereka juga telah menyerang balai polis , membakar kilang , merosakkan landasan kereta api dan membunuh orang yang disyaki bersubahat dengan pihak British

3.2 Langkah Membanteras 00Ancaman Komunis .1.Pengisytiharan Darurat -1948(Undang-undang Darurat).Pengharaman Parti Komunis . Malaya(23Julai 1948) dan Parti Berhaluan Kiri (AWAS,PETA, PERAM, PKMM dan Hizbul Muslimin. 2.Memperbesar Pasukan Keselamatan. Pasukan polis ditambah sehingga 70,000 orang.British telah membawa masuk askar negara Komanwel (Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji). Menubuhjan Pasukan Home Guard.3.Rancangan Briggs (1950). Melalui penempatan semula penduduk pinggir hutan ke kampung baru bertujuan menyekat bantuan mereka (Min Yuen)kepada pihak komunis.Gerakan Kelaparan,sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan.

4.Perang Saraf,Kempen Memenangi Hati dan Fikiran RakyatKempen Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis Konsep kawasan hitam dankawasan putih diperkenalkan.5.Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi menarik sokongan kaum Cina .Jumlah hadiah ditingkatkan. Timbulkan perasaan benci terhadap komunis6.Pengampunan Beramai-ramai , 40 juta risalah / 12 juta pas pengampunan diedarkan Radio siar syarat pengampunan - Pertemuan Baling telah diadakan. Pengaruh Komunis semakin lemah setelah Tanah Melayu capai kemerdekaan . Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960