draf kaedah-kaedah industri perkhidmatan air · pdf filedraf kaedah-kaedah industri...

11
Draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Rekabentuk Dan Pembinaan Sistem Pembetungan Dan Tangki Septik)2013 Tujuan draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Rekabentuk Dan Pembinaan Sistem Pembetungan Dan Tangki Septik) di paparkan di dalam laman sesawang SPAN adalah untuk mendapatkan maklum balas orang awam berhubung dengan draf Kaedah-Kaedah ini. Latar Belakang 1. Setelah berkuat kuasanya Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), semua pelan dan spesifikasi untuk sistem pembetungan, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama hendaklah diluluskan oleh SPAN terlebih dahulu sebelum mana-mana orang membina, mengubah, memutuskan sambungan atau menutup mana-mana sistem pembetungan, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman mengikut seksyen 45 Akta 655. Kegagalan mendapatkan kelulusan tersebut adalah satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. 2. Selaras dengan kehendak ini, SPAN telah menyediakan draf Kaedah- Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Rekabentuk Dan Pembinaan Sistem Pembetungan Dan Tangki Septik) (“Kaedah-Kaedah”) berkenaan tatacara memohon kelulusan pelan dan spesifikasi kerja-kerja pembetungan dan tangki septik, pemeriksaan kerja-kerja pembinaan, kewajipan dan tanggungjawab pemaju dan juru perunding (orang yang kompeten) dalam proses kelulusan tersebut serta pengenaan fi untuk kelulusan dan pemeriksaan oleh SPAN. 3. Tatacara pengemukaan pelan dan spesifikasi serta kelulusan pelan dan spesifikasi bukanlah satu perkara baru tetapi dipatuhi di dalam industri pembetungan sebelum dan selepas berkuat kuasanya Akta 655 dengan berdasarkan tatacara di

Upload: nguyennhi

Post on 06-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air · PDF fileDraf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Rekabentuk Dan Pembinaan Sistem Pembetungan Dan Tangki Septik)2013

Draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan,

Rekabentuk Dan Pembinaan Sistem Pembetungan Dan Tangki

Septik)2013

Tujuan draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Rekabentuk

Dan Pembinaan Sistem Pembetungan Dan Tangki Septik) di paparkan di dalam

laman sesawang SPAN adalah untuk mendapatkan maklum balas orang awam

berhubung dengan draf Kaedah-Kaedah ini.

Latar Belakang

1. Setelah berkuat kuasanya Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655),

semua pelan dan spesifikasi untuk sistem pembetungan, tangki septik, perpaipan

pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama

hendaklah diluluskan oleh SPAN terlebih dahulu sebelum mana-mana orang

membina, mengubah, memutuskan sambungan atau menutup mana-mana sistem

pembetungan, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu atau

perpaipan pembetungan dalaman mengikut seksyen 45 Akta 655. Kegagalan

mendapatkan kelulusan tersebut adalah satu kesalahan dan boleh, apabila

disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

2. Selaras dengan kehendak ini, SPAN telah menyediakan draf Kaedah-

Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Rekabentuk Dan Pembinaan

Sistem Pembetungan Dan Tangki Septik) (“Kaedah-Kaedah”) berkenaan tatacara

memohon kelulusan pelan dan spesifikasi kerja-kerja pembetungan dan tangki

septik, pemeriksaan kerja-kerja pembinaan, kewajipan dan tanggungjawab pemaju

dan juru perunding (orang yang kompeten) dalam proses kelulusan tersebut serta

pengenaan fi untuk kelulusan dan pemeriksaan oleh SPAN.

3. Tatacara pengemukaan pelan dan spesifikasi serta kelulusan pelan dan

spesifikasi bukanlah satu perkara baru tetapi dipatuhi di dalam industri pembetungan

sebelum dan selepas berkuat kuasanya Akta 655 dengan berdasarkan tatacara di

Page 2: Draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air · PDF fileDraf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Rekabentuk Dan Pembinaan Sistem Pembetungan Dan Tangki Septik)2013

dalam Malaysian Sewerage Industry Guidelines (“garis panduan”). Sebelum berkuat

kuasanya Akta 655, kelulusan pelan dan spesifikasi untuk sistem pembetungan,

tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan

pembetungan dalaman bersama diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan

Pembetungan (JPP) dengan syor Indah Water Konsortium (IWK).

4. Walaupun begitu, terdapat kesukaran untuk mengambil tindakan undang-

undang terhadap pemaju, kontraktor, juru perunding atau orang yang berkenaan

sekiranya berlaku apa-apa pelanggaran garis panduan sebab garis panduan

hanyalah satu garis panduan dan bukan undang-undang. Kesukaran tindakan

penguatkuasaan terhadap pelanggaran kehendak garis panduan juga telah

mengakibatkan beberapa kes kegagalan sistem pembetungan dan tangki septik

kerana tidak mematuhi standard yang ditetapkan.

Penyediaan Kaedah-Kaedah

1. Dalam memastikan penyediaan Kaedah-Kaedah ini adalah telus dan

peruntukan-peruntukannya adalah selaras dengan kehendak industri pembetungan

serta dipersetujui oleh pihak-pihak berkepentingan, SPAN mengadakan rundingan

dengan semua pihak berkepentingan.

2. SPAN telah mengadakan beberapa siri perbincangan secara dalaman

dengan Jabatan Kawal Selia Pembetungan SPAN termasuk Bahagian Standard

Teknikal Dan Pematuhan bagi tujuan penggubalan Kaedah-Kaedah ini. Kaedah-

Kaedah ini juga dibentangkan dan dibincangkan dengan Sektor Air dan Bahagian

Perundangan KeTTHA, operator-operator pembetungan/agensi perakuan, Real

Estate And Housing Developer’s Association (REHDA), Association of Consulting

Engineers Malaysia (ACEM) dan Forum Air Malaysia.

3. Hasil perbincangan, maklum balas dan persetujuan pihak-pihak terlibat,

Kaedah-Kaedah telah dimuktamadkan.

Tujuan Kaedah-Kaedah

Page 3: Draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air · PDF fileDraf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Rekabentuk Dan Pembinaan Sistem Pembetungan Dan Tangki Septik)2013

Tujuan Kaedah-Kaedah ini dibuat oleh SPAN adalah untuk –

1. menetapkan standard serta spesifikasi untuk perancangan, reka bentuk

untuk-

(a) pembinaan, pemasangan, penaiktarafan, pembaikpulihan, pengubahan,

pengubahsuaian, pemotongan, penempatan semula atau penutupan

sistem pembetungan, perpaipan pembetungan dalaman individu,

perpaipan pembetungan dalaman bersama atau sebahagiannya atau

pembinaan sambungan ke pembetung (“kerja-kerja pembetungan”); dan

(b) pembinaan, pemasangan, pembaikpulihan, pengubahan,

pengubahansuaian, penyahtauliahan atau penempatan semula tangki

septik atau sebahagiannya (“kerja-kerja tangki septik”);

2. mewujudkan satu tatacara yang seragam untuk permohonan kelulusan dan

pemeriksaan pembinaan kerja-kerja pembetungan dan kerja-kerja tangki

septik;

3. digunakan sebagai satu rujukan untuk semua pihak berkepentingan mengenai

standard, spesifikasi dan permohonan kelulusan bagi perancangan, reka

bentuk dan pembinaan kerja-kerja pembetungan dan kerja-kerja tangki septik,

pengeluaran surat pengesahan dan fi;

4. menerangkan fi yang dikenakan dan kaedah perkiraan fi;

5. menerangkan tanggungjawab pemaju dan orang yang kompeten di dalam

proses kelulusan dan pembinaan kerja-kerja pembetungan dan kerja-kerja

tangki septik dan penyerahan sistem pembetungan kepada pemegang lesen

perkhidmatan pembetungan;

6. menyeragamkan tatacara dan tanggungjawab pemaju serta mengawal selia

penyerahan sistem pembetungan kepada pemegang lesen perkhidmatan; dan

Page 4: Draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air · PDF fileDraf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Rekabentuk Dan Pembinaan Sistem Pembetungan Dan Tangki Septik)2013

7. mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran Kaedah-Kaedah.

Ringkasan Kaedah-Kaedah

Kaedah-Kaedah ini dibuat oleh SPAN di bawah kuasa yang diberikan kepadanya di

bawah seksyen 180(n) Akta 655 dan mengandungi sembilan bahagian seperti yang

berikut –

1. Bahagian 1 - Permulaan

Bahagian ini mengandungi nama Kaedah-Kaedah, tarikh kuat kuasa Kaedah-

Kaedah serta tafsiran perkataan-perkataan yang digunakan di dalam Kaedah-

Kaedah.

2. Bahagian 2 - Am

(a) Bahagian ini memperuntukkan bahawa Kaedah-Kaedah ini terpakai untuk

semua kerja–kerja pembetungan dan kerja-kerja tangki septik yang

dijalankan selepas berkuat kuasanya Kaedah-Kaedah termasuk kerja-kerja

yang telah bermula sebelum berkuat kuasanya Kaedah-Kaedah

terutamanya permohonan untuk peringkat kerja-kerja yang belum

dilaksanakan.

(b) Bahagian ini juga menentukan tanggungjawab pemaju yang termasuk

memastikan perancangan pembetungan dan reka bentuk kerja-kerja

pembetungan dan tangki septik disediakan menurut Kaedah-Kaedah ini,

membayar fi yang dikenakan, memastikan orang yang kompeten

mengemukakan permohonan kelulusan untuk perancangan dan reka

bentuk kepada SPAN serta menyelia kerja-kerja tersebut dan memastikan

kerja-kerja pembetungan dijalankan oleh pemegang permit SPAN. Ini

bertujuan untuk menetapkan tanggungjawab pemaju berkenaan kerja-kerja

pembetungan dan tangki septik.

Page 5: Draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air · PDF fileDraf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Rekabentuk Dan Pembinaan Sistem Pembetungan Dan Tangki Septik)2013

(c) SPAN bertanggungjawab untuk mengeluarkan tatacara perancangan bagi

sesuatu pembangunan yang merangkumi keperluan am bagi perancangan

dan reka bentuk sistem pembetungan dan tangki septik. Ini bertujuan untuk

mewujudkan keseragaman di dalam perancangan sistem pembetungan dan

tangki septik di pembangunan baru.

3. Bahagian 3 – Perancangan Pembetungan

(a) Bahagian ini bertujuan menetapkan dan menyeragamkan tatacara memohon

kelulusan perancangan pembetungan kepada SPAN yang merangkumi pelan

perincian lokasi dan susun atur kerja-kerja pembetungan dan kerja-kerja

tangki septik yang akan dilaksanakan.

(b) Orang yang kompeten bertanggungjawab untuk memohon kelulusan

perancangan pembetungan bagi kerja-kerja pembetungan kepada SPAN.

Perancangan pembetungan yang disediakan hendaklah mematuhi garis

panduan, standard yang ditetapkan dan pelan tadahan pembetungan.

(c) Setelah meneliti permohonan tersebut SPAN boleh meluluskan perancangan

pembetungan tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh SPAN.

Tempoh sah bagi kelulusan perancangan pembetungan adalah selama dua

tahun dan apa-apa lanjutan masa hendaklah dikemukakan kepada SPAN,

tiga bulan sebelum tamat tempoh sah tersebut.

4. Bahagian 4 – Reka Bentuk

(a) Bahagian ini bertujuan menetapkan dan menyeragamkan tatacara memohon

kelulusan reka bentuk kepada SPAN yang merangkumi perincian

rekabentuk, pelan, pengiraan, lukisan dan spesifikasi kerja-kerja

pembetungan dan kerja-kerja tangki septik yang akan dilaksanakan.

(b) Orang yang kompeten hendaklah memohon kelulusan untuk reka bentuk

bagi kerja-kerja pembetungan dan kerja-kerja tangki septik kepada SPAN.

Reka bentuk yang disediakan hendaklah mematuhi standard yang

Page 6: Draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air · PDF fileDraf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Rekabentuk Dan Pembinaan Sistem Pembetungan Dan Tangki Septik)2013

ditetapkan, garis panduan dan perancangan pembetungan yang diluluskan

oleh SPAN.

(c) SPAN boleh meluluskan reka bentuk tersebut tertakluk kepada syarat-syarat

yang dianggap perlu oleh SPAN. Tempoh sah bagi kelulusan reka bentuk

adalah selama dua tahun dan apa-apa lanjutan masa hendaklah

dikemukakan kepada SPAN, tiga bulan sebelum tamat tempoh sah tersebut.

5. Bahagian 5 – Pembinaan

(a) Bab 1 bertujuan menetapkan keperluan am untuk pembinaan kerja-kerja

pembetungan dan kerja-kerja tangki septik.

(i) Bab ini memperuntukkan bahawa pembinaan kerja-kerja pembetungan

dan kerja-kerja tangki septik hendaklah bermula dalam tempoh sah reka

bentuk yang diluluskan. Sekiranya pembinaan tidak dimulakan di dalam

tempoh tersebut, orang yang kompeten hendaklah mengemukakan

permohonan kelulusan yang baru bagi perancangan pembetungan dan

reka bentuk dan kerja-kerja hanya boleh dilaksanakan selepas

perancangan pembetungan dan reka bentuk diluluskan oleh SPAN.

(ii) Selanjutnya semua pembinaan kerja-kerja pembetungan dan kerja-kerja

tangki septik hendaklah mematuhi garis panduan, standard yang

ditetapkan, perancangan dan reka bentuk yang telah diluluskan oleh

SPAN. Kegagalan mematuhi kehendak ini adalah satu kesalahan dan

apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit

atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-

duanya.

(iii) Bab ini juga memberi kuasa kepada SPAN atau mana-mana orang yang

diberi kuasa olehnya untuk memeriksa kerja-kerja pembetungan pada

bila-bila masa yang dianggap perlu serta mengambil apa-apa sampel

untuk ujian dari tempat pembinaan.

Page 7: Draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air · PDF fileDraf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Rekabentuk Dan Pembinaan Sistem Pembetungan Dan Tangki Septik)2013

(b) Bab 2 bertujuan untuk menetapkan tatacara serta menyeragamkan kehendak

pembinaan kerja-kerja pembetungan.

(i) Bab ini memperuntukkan kehendak untuk orang yang kompeten

memberitahu SPAN mengenai permulaan kerja-kerja pembinaan

pembetungan dan tarikh penyambungan jika kerja-kerja tersebut

melibatkan penyambungan ke sistem pembetungan awam, sekurang-

kurangnya 14 hari sebelum tarikh pembinaan. Kegagalan mematuhi

kehendak ini adalah satu kesalahan dan apabila disabitkan, didenda

tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

(ii) Di bawah bab ini, SPAN berkuasa untuk memberi notis untuk

mendedahkan kerja-kerja pembetungan sekiranya kerja-kerja

pembetungan telah dijalankan tanpa memberi notis permulaan kerja

agar SPAN atau orang yang diberikuasa oleh SPAN perlu memeriksa

kerja-kerja tersebut.

(c) Bab 3 bertujuan untuk menetapkan tatacara serta menyeragamkan kehendak

pembinaan kerja-kerja tangki septik.

(i) Bab ini memperuntukkan kehendak untuk orang yang kompeten

memberitahu SPAN mengenai permulaan kerja-kerja kerja-kerja tangki

septik sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh permulaan kerja-kerja

tersebut. Apabila kerja-kerja tersebut siap dilaksanakan orang yang

kompeten hendaklah mengisytiharkan kepada SPAN bahawa dia telah

menyelia kerja-kerja tangki septik selepas siap kerja-kerja tersebut.

(ii) Selanjutnya bab ini menghendaki orang yang kompeten untuk

mengisytiharkan bahawa dia telah menyelia kerja-kerja tangki septik di

dalam borang yang disediakan dan mengemukakan borang tersebut

kepada SPAN apabila kerja-kerja tersebut siap.

6. Bahagian 6 – Pemeriksaan dan Surat Pengesahan

Page 8: Draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air · PDF fileDraf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Rekabentuk Dan Pembinaan Sistem Pembetungan Dan Tangki Septik)2013

(a) Bab 1 bertujuan menetapkan serta menyeragamkan tatacara pemeriksaan

kerja-kerja pembetungan oleh SPAN atau orang yang diberikuasa oleh SPAN

serta penyerahan sistem pembetungan oleh pemaju kepada pemegang lesen

perkhidmatan pembetungan.

(i) Di bawah bab ini SPAN atau orang yang diberi kuasa boleh

menyaksikan pemeriksaan pertengahan kerja-kerja pembetungan

apabila orang yang kompeten memaklumkan bahawa kerja-kerja

pembetungan sedia untuk pemeriksaan pertengahan. Orang yang

kompeten bertanggungjawab untuk memperbaiki apa-apa

ketidakpatuhan yang dimaklumkan oleh SPAN atau orang yang diberi

kuasa.

(iii) Selanjutnya apabila kerja-kerja pembetungan siap, orang yang

kompeten hendaklah memberitahu SPAN tarikh pemeriksaan akhir

kerja-kerja tersebut. SPAN atau orang yang diberi kuasa hendaklah

menyaksikan pemeriksaan tersebut dan memaklumkan orang yang

kompeten untuk memperbaiki apa-apa ketidakpatuhan dan orang yang

kompeten bertanggungjawab memastikan ketidakpatuhan tersebut

diperbaiki. Peruntukan bertujuan untuk memastikan kerja-kerja

pembetungan yang dilaksanakan mematuhi kehendak-kehendak

Kaedah-Kaedah dan apa-apa kecacatan diperbaiki sebelum kerja-kerja

disiapkan.

(iv) Bab ini juga mempertanggungjawabkan pemaju untuk memastikan

semua tindakan diambil oleh pemaju untuk menyerahkan tanah di mana

sistem pembetungan terletak kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Peruntukan ini bertujuan untuk memastikan sistem pembetungan serta

tanah di mana terletaknya sistem tersebut boleh diserahkan kepada

pemegang lesen individu perkhidmatan untuk pengendalian.

(b) Bab 2 menyatakan bahawa SPAN boleh mengeluarkan surat pengesahan

apabila kerja-kerja pembetungan dan kerja-kerja tangki septik siap dibina

sekiranya SPAN berpuas hati bahawa kerja-kerja tersebut telah dibina

Page 9: Draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air · PDF fileDraf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Rekabentuk Dan Pembinaan Sistem Pembetungan Dan Tangki Septik)2013

menurut Kaedah-Kaedah ini dan pemaju dan orang kompeten telah mematuhi

syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.

7. Bahagian 7 - Penyerahan Sistem Pembetungan

Bahagian ini mempertanggungjawabkan pemaju untuk memohon kepada

pemegang lesen individu perkhidmatan pembetungan bagi menyerahkan

sistem pembetungan apabila perakuan pematuhan dikeluarkan untuk sistem

tersebut. Sistem tersebut hendaklah dikendali dan disenggara oleh pemaju

sehingga sistem tersebut diserahkan kepada pemegang lesen individu

perkhidmatan pembetungan.

Bahagian ini menghendaki pemegang lesen individu perkhidmatan

pembetungan mengambil alih sistem pembetungan sekiranya sistem tersebut

mematuhi standard, garis panduan, perancangan pembetungan dan reka

bentuk yang diluluskan.

Selanjutnya bahagian ini menetapkan tempoh tanggungan kecacatan untuk

sistem pembetungan selama 12 bulan dari tarikh penyerahan tersebut di

mana pemaju dipertanggungjawabkan untuk memperbaiki apa-apa kecacatan

pada sistem tersebut. Pemaju juga dikehendaki memberikan jaminan dalam

tempoh tanggungan kecacatan kepada pemegang lesen individu

perkhidmatan pembetungan dalam bentuk jaminan bank yang sah untuk

tempoh 15 bulan untuk amaun sebanyak 5% daripada kos sistem

pembetungan tersebut. Tujuan jaminan ini adalah sekiranya pemaju gagal

membaiki kecacatan di tempoh kecacatan, jaminan tersebut boleh digunakan

oleh pemegang lesen untuk memperbaiki kecacatan tersebut.

8. Bahagian 8 - Orang Yang Kompeten

(a) Bahagian ini bertujuan memperjelaskan tanggungjawab serta tanggungan

orang yang kompeten di dalam melaksanakan kerja-kerja pembetungan dan

kerja-kerja tangki septik. Antara tanggungjawab orang yang kompeten adalah

menyelia dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk pembinaan, pemasangan

dan pemeriksaan kerja-kerja pembetungan atau tangki septik sehingga kerja-

Page 10: Draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air · PDF fileDraf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Rekabentuk Dan Pembinaan Sistem Pembetungan Dan Tangki Septik)2013

kerja tersebut sempurna. Orang yang kompeten turut berkewajipan untuk

memastikan bahawa perancangan pembetungan dan reka bentuk mematuhi

peruntukan Akta dan Kaedah ini.

(b) Sekiranya terdapat orang yang kompeten sedia ada tidak dapat meneruskan

tugasnya, pemaju bertanggungjawab untuk memaklumkan SPAN dan

melantik orang yang kompeten baru. Kerja-kerja tidak dibenarkan untuk

diteruskan sehingga orang kompeten yang baru dilantik.

(c) Orang yang kompeten hendaklah bertanggungan untuk mana-mana

kecacatan atau kegagalan reka bentuk, pembinaan dan pemasangan kerja-

kerja pembetungan dan kerja-kerja tangki septik termasuk kegagalan dalam

proses rawatan dan kestabilan struktur. Selanjutnya orang yang kompeten

baru juga bertanggungjawab untuk semua tindakan atau ketinggalan orang

kompeten yang digantikan berkaitan kerja-kerja pembetungan dan kerja-kerja

tangki septik yang diambil alih.

9. Bahagian 9 - Fi

(a) Bahagian ini bertujuan menetapkan fi yang perlu di bayar semasa

permohonan kelulusan perancangan dan reka bentuk, permulaan kerja-kerja

pembetungan, pemeriksaan pertengahan dan pemeriksaan akhir.

Penetapan fi akan memastikan kaedah pengenaan fi yang telus dan jelas

serta difahami oleh pemaju dan pemilik yang membayar fi tersebut.

(b) Fi yang dikenakan untuk kerja-kerja pembetungan adalah bagi kelulusan

perancangan pembetungan, kelulusan reka bentuk, permulaan kerja-kerja

pembetungan, pemeriksaan pertengahan dan pemeriksaan akhir. Fi adalah

berbeza dan bergantung pada jenis kerja-kerja seperti sambungan tunggal,

rangkaian pembetung, stesen pam dan loji rawatan kumbahan serta saiz

pembangunan .

Page 11: Draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air · PDF fileDraf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Rekabentuk Dan Pembinaan Sistem Pembetungan Dan Tangki Septik)2013

(c) Fi yang dikenakan untuk kerja-kerja tangki septik adalah bagi kelulusan

perancangan pembetungan dan kelulusan reka bentuk. Fi ini adalah berbeza

mengikut saiz pembangunan.