draf 5 gp02 lorong belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang...

30
Lorong Belakang GP025 DRAF

Upload: truongdung

Post on 27-Apr-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

Lorong Belakang

GP0

25 DRAF

Page 2: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

DRAF (06.12.2010)

Lorong Belakang

Page 3: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

Cetakan Pertama (2011) © Hakcipta

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Hakcipta Terpelihara

Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara

yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada

dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis

daripada Penerbit.

ISBN 978-983-41729-6-1

Diterbitkan di Malaysia oleh

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tel.: 03 – 2698 9211 Fax: 03 – 2693 3964

Page 4: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

Pemberitahuan

Garis Panduan ini merupakan garis panduan baru yang disediakan oleh

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan undang-undang sedia ada khususnya Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172),

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS), 1984.

Pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada garis panduan umum dan garis panduan khusus yang terkandung di dalam garis panduan ini

perlu diselaras dengan rancangan pemajuan (khususnya rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas) yang sedang berkuatkuasa di sesebuah kawasan

pihak berkuasa perancang tempatan. Ia juga perlu merujuk kepada dasar-dasar, pekeliling, arahan dan piawaian-piawaian yang digubal dan dikuatkuasakan oleh

pihak-pihak berkuasa berpandukan kepada skop kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang, serta garis panduan-garis panduan perancangan lain yang digubal oleh Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

6 Disember 2010

Page 5: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG i

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

ISI KANDUNGAN muka surat

1. TUJUAN 1 2. LATAR BELAKANG 1

2.1 Keperluan Perundangan 2 2.2 Keperluan Pihak Berkuasa 2.3 Definisi 4 2.4 Fungsi Lorong Belakang 4 2.5 Amalan Penyediaan Lorong Belakang 6 2.6 Permasalahan Lorong Belakang 2.7 Tren Semasa dan Masa Depan 8

3. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 9 4. GARIS PANDUAN UMUM 9 4.1 Keperluan Penyediaan 9 4.2 Rekabentuk 10 4.3 Bahan Turapan 13 4.4 Pemilihan Tanaman 13 4.5 Pemasangan Pagar 13 5. GARIS PANDUAN KHUSUS 14 5.1 Penyediaan Lorong Belakang Tanpa Anjakan 14 5.2 Penyediaan Lorong Belakang Dengan Anjakan 15 5.3 Panjang Maksimum 15 5.4 Alternatif Perumahan Teres Tanpa Lorong Belakang 16 6. PENUTUP 17 SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI FOTO LAMPIRAN

Comment [MSOffice1]: FONT VERDANA 12

Page 6: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 1

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

1. TUJUAN Garis panduan ini disediakan bagi membantu pihak berkuasa negeri (PBN), pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi-agensi berkaitan dan pemaju di dalam merancang penyediaan lorong belakang di dalam skim pembangunan perumahan. 2. LATAR BELAKANG

Penyediaan lorong belakang di dalam skim pembangunan perumahan teres adalah merupakan suatu keperluan perundangan serta bagi tujuan pengawalan perancangan. Foto 1: Contoh penyediaan lorong belakang di

kawasan perumahan. 2.1 Keperluan Perundangan

Terdapat beberapa aspek berhubung dengan lorong belakang yang diperuntukkan di dalam undang-undang sedia ada sebagaimana berikut:

i. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Seksyen 66, Akta 133, memperuntukkan PBN boleh pada bila-bila masa atas syor PBT memerintahkan supaya suatu lorong belakang yang lebarnya tidak kurang daripada empat puluh kaki di susun atur melalui mana-mana tanah dan mengambil tanah itu menurut mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pengambilan paksa tanah.

ii. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS), 1984

Bahagian III – Penyediaan Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan

Menurut subseksyen 31(1)(a), perubahan kepada ruang terbuka yang telah diperuntukkan tidak boleh dibuat melainkan PBT berpuas hati bahawa peredaran udara secara bebas tidak terhindar atau terhalang. Subseksyen 31(2), PBT boleh menghendaki tindakan meroboh diambil bagi yang bertindak berlawanan dengan bahagian ini. Seksyen 32(1), kawasan lapang bagi bangunan-bangunan yang bersempadan dengan jalan dan lorong belakang hendaklah seperti berikut: • Bagi bangunan kediaman, tidak

kurang dari satu pertiga kawasan binaan lot bangunan; dan

Page 7: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 2

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

• Bagi bangunan-bangunan lain, tidak kurang daripada satu persepuluh kawasan binaan lot bangunan itu.

Seksyen 32(2)(b), bagi maksud mengira kawasan lapang yang dikehendaki oleh seksyen 32(1) di atas, setengah dari lebar lorong belakang yang bersempadan dengan sesuatu bangunan hendaklah dikira sebagai kawasan lapang. Seksyen 33 - bagi bangunan atas lot yang bersempadan dengan jalan dan tidak mempunyai lorong belakang, kawasan lapang hendaklah ditempatkan di belakang bangunan itu dan hendaklah meluas sepanjang lebar lot itu. Seksyen 34 - bagi sesuatu bangunan berasingan hendaklah terdapat tidak kurang dari 2 meter ruang legar yang diukur di antara hujung unjuran bangunan itu dengan mana-mana sempadan lotnya dan 4 meter ruang legar di antara bangunan itu dengan sesuatu bangunan lain (Rajah 1). Rajah 1: Ilustrasi anjak undur antara bangunan dengan sempadan lot berasingan.

Bahagian VII - Kehendak-kehendak menentang kebakaranSeksyen 146 - perkiraan ruang langkau api bagi sesuatu bangunan hendaklah berdasarkan kiraan sempadan andaian (notional boundary) (Rujuk Lampiran 1).

.

iii. Akta Perancangan Bandar dan

Desa 1976, Akta 172 Seksyen 21B, Akta 172 memperuntukkan PBPT boleh memberi arahan-arahan kepada seorang pemohon untuk kebenaran merancang berkenaan dengan perkara-perkara berkaitan pelan-pelan susunaturnya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh PBPT itu.

2.2 Keperluan Pihak Berkuasa Selain peruntukan perundangan, penyediaan lorong belakang juga adalah bagi memenuhi keperluan pihak berkuasa berkaitan khususnya Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBP) serta PBPT. Menurut ‘Guide To Fire Protection in Malaysia’, 2000 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, penterjemahan seksyen 146 dan Jadual Keenam UKBS, sempadan andaian adalah merupakan ruang langkau api sebagai pemisah yang munasabah antara bangunan bagi mencegah kebakaran merebak (Lampiran 2). Secara prinsipnya, di kawasan langkau api, tidak boleh ada penyalur kebakaran (medium of fire).

Page 8: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 3

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Faktor lain yang mempengaruhi jarak ini adalah ‘fire load density’ iaitu tahap terdapatnya bahan-bahan senang terbakar di dalam premis. Oleh sebab itu, premis kedai, industri dan gudang-gudang memerlukan perletakan lebih jauh dari bangunan-bangunan lain. Mengikut Standard Industri Pembinaan (Construction Industry Standard) CIS 1: 1998 – Standard Perumahan kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Satu dan Dua Tingkat yang dikeluarkan oleh Construction Industry Development Board (CIDB), penyediaan lorong belakang adalah bergantung kepada konsep dan kesesuaian perancangan susun atur tapak, jenis perumahan yang dicadangkan serta keperluan PBT seperti berikut: i. Sekiranya lorong belakang

diperlukan, rizab 4.6 meter (15 kaki) lebar hendaklah disediakan. Lebar rizab ini perlu mengambilkira keperluan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat semasa kecemasan (Rajah 2). Lebar turapan minimum bagi lorong belakang ialah 3 meter (10 kaki);

ii. Dari segi anjak bangunan, bagi

rumah teres kos rendah 1 dan 2 tingkat, tiada had anjak undur antara bangunan dengan sempadan lot, lorong belakang dan lorong tepi;

iii. Sekiranya tiada lorong belakang

disediakan (Rajah 3), anjak undur antara garisan bangunan dengan sempadan lot ialah 2.3 meter (7.5 kaki); dan

Rajah 2:Ilustrasi Penyediaan Lorong Belakang Selebar 4.6 meter (15 kaki) Bagi Kos Rendah 1 dan 2 Tingkat

Page 9: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 4

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 3:Ilustrasi Ruang Anjakan Antara Bangunan Bagi Kediaman Kos Rendah 1 dan 2 Tingkat Yang Tidak Mempunyai Lorong Belakang.

2.3 Definisi Subseksyen 69(1) Akta 133 mentakrifkan lorong belakang adalah ”termasuklah tiap-tiap lorong belakang sama ada yang sedia ada atau yang akan ada kemudian daripada itu dan mana-mana bahagiannya dan apa-apa jalan masuk kepadanya dan semua tanah yang telahpun atau yang kemudian daripada itu diambil atau diasingkan untuk atau disusunatur sebagai lorong belakang dan semua alur, parit dan apa-apa yang berkaitan dengan suatu lorong belakang”. Di bawah seksyen 68, Akta 133, PBT boleh mengisytiharkan mana-mana lorong belakang menjadi suatu jalan awam.

2.4 Fungsi Lorong Belakang

Antara kegunaan lorong belakang ialah bertindak sebagai laluan kecemasan dan pencegahan kebakaran, laluan servis yang merangkumi talian telefon, pembetungan, perparitan dan laluan servis pungutan sampah, pemunggahan barang (loading dan unloading), penyelenggaraan pembetungan dan sebagainya. Fungsi dan peranan lorong belakang secara terperinci adalah seperti berikut: a) Tujuan Keselamatan

• Berfungsi sebagai ruang langkauan

api bagi mengelak kemerebakan kebakaran dan untuk operasi bomba;dan

• Sebagai ruang untuk tujuan keselamatan (escape route) serta ruang mobiliti yang mencukupi semasa kecemasan.

Foto 2:Lorong belakang berfungsi sebagai ruang bagi tujuan keselamatan.

Page 10: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 5

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

b) Tujuan Laluan Infra dan Utiliti • Sebagai ruang yang mencukupi bagi

keperluan infrastruktur dan utiliti seperti talian telefon, elektrik, pembetungan dan sebagainya; dan

• Sebagai sebahagian dari sistem sirkulasi lalulintas.

Foto 3:Lorong belakang berfungsi sebagai ruang untuk perletakan infrastruktur dan servis.

c) Tujuan Perkhidmatan dan Penyelenggaraan • Sebagai laluan pungutan sampah di

sesetengah kawasan perumahan;dan

• Sebagai ruang yang mencukupi untuk tujuan penyelenggaraan perkhidmatan pembetungan, parit atau utiliti lain di bahagian belakang.

Foto 4:Contoh perletakan longkang terbuka di lorong belakang.

d) Tujuan Keselesaaan dan Kesihatan

• Sebagai ruang yang mencukupi bagi

memastikan hak kesendirian (privacy) pemilik di antara deretan premis-premis kediaman;

• Sebagai ruang yang mencukupi bagi tujuan pencahayaan dan pengudaraan yang selesa di antara bangunan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sihat.

Page 11: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 6

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Foto 5:Contoh kelebaran lorong belakang yang sesuai bagi tujuan keselesaan.

e) Lain-lain Kegunaan

• Sebagai ruang untuk laluan pejalan kaki bagi penghuni;

• Sebagai sebahagian ruang kawasan lapang atau kawasan hijau.

Foto 5:Contoh lorong belakang sebagai laluan pejalan kaki dan kawasan hijau.

2.5 Amalan Penyediaan Lorong Belakang

Kebanyakan lorong belakang dalam kawasan PBT disediakan dalam bentuk laluan servis atau laluan awam berkonkrit secara berbeza-beza seperti berikut: i. Lorong belakang selebar 6 meter

(20 kaki);

ii. Lorong belakang selebar 4.6 meter (15 kaki); dan

iii. Lorong belakang selebar 3.04 meter

(10 kaki).

Walaubagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat mengekalkan jarak 6 meter (20 kaki) yang mana difikirkan adalah wajar bagi langkau api. Selain itu, JPBP juga menetapkan ruang langkau api dalam bentuk lorong tepi disediakan bagi setiap 320 kaki atau 16 unit rumah teres bagi tujuan pengawalan kebakaran. Amalan mengenakan 6 meter (20 kaki) lorong belakang adalah bagi melayakkan PBT menerima geran penyelenggaraan jalan (MARRIS) oleh JKR di mana syarat minimum kelebaran jalan berturap adalah 4.5 meter (14 kaki) dan 1.8 meter (6 kaki) untuk perparitan.

Page 12: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 7

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

2.6 Permasalahan Lorong Belakang

Bagi PBT, antara masalah yang dihadapi adalah pelan penyambungan / pengubahsuaian rumah yang tidak dikemukakan kepada PBT untuk kelulusan dan ada kalanya berlaku penyambungan dan pengubahsuaian yang menceroboh lorong belakang (Foto 6).

Foto 6:Contoh penyambungan dan pengubahsuaian rumah yang menceroboh kawasan lorong belakang.

Kebelakangan ini, terdapat juga penghuni kediaman yang bertindak memasang pagar menutup laluan lorong belakang bagi tujuan keselamatan (Foto 7). Namun ini akan menimbulkan masalah terutamanya jika berlaku kecemasan seperti kebakaran.

2.7 Tren Semasa dan Masa Depan Terdapat tren semasa pembangunan yang tidak lagi menyediakan lorong belakang berturap atau berkonkrit sebaliknya digantikan dengan laluan pejalan kaki berlanskap (Foto 8). Ini adalah tidak berlawanan dengan mana-mana peruntukan perundangan selagi ruang langkau api, ruang pencahayaan, ruang udara dan laluan infrastruktur disediakan. Keadaan ini dapat dilihat dalam pembangunan kediaman gated community di bandar-bandar di seluruh Malaysia. Lorong belakang ini tidak diserahkan kepada kerajaan dan oleh yang demikian ianya bukan suatu laluan awam. Penyenggaraan lorong belakang ini adalah dilakukan oleh perbadanan pengurusan (management corporation) masing-masing.

Foto 7:Contoh lorong belakang yang dipagar.

Page 13: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 8

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Foto 8 :Contoh lorong belakang dalam kawasan

perumahan gated community. Penyediaan lorong belakang berlanskap turut mendapat perhatian pemaju dalam membangunkan skim perumahan yang bukan berkonsepkan gated community. Antara kebaikan lorong belakang berlandskap ini ialah: • Meningkatkan visual persekitaran;

• Menggalakkan interaksi masyarakat;

• Sebagai ruang bermain yang selamat

bagi kanak-kanak;

• Sebagai tempat rekreasi pelbagai lapisan umur; dan

• Meningkatkan nilai hartanah. Aktiviti-aktiviti tersebut dapat mengoptimumkan penggunaan lorong

belakang dan perlu disokong dengan pemasangan lampu di belakang rumah bagi memudahkan pengawasan dan menghindarkan kegiatan pecah rumah. Penyediaan courtyard merupakan satu lagi kaedah penyediaan lorong belakang (Foto 9). Ia tidak diserahkan kepada kerajaan dan hanya berperanan sebagai ruang separa awam yang dikongsi bersama atas persetujuan pemilik.

Foto 9:Contoh courtyard lorong belakang. Terdapat juga pembangunan yang tidak lagi menyediakan lorong belakang di kawasan perumahan. Deretan rumah hanya dipisahkan oleh kawasan hijau yang turut menempatkan laluan pejalan kaki (Foto 10). Tren ini dilihat positif kerana ia menyumbang kepada pencapaian konsep kejiranan hijau dalam pembangunan perumahan.

Page 14: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 9

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Foto 10:Contoh lorong belakang yang dijadikan kawasan hijau.

3. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN

Penyediaan lorong belakang perlu mengambilkira dan memberi perhatian kepada aspek keselamatan, kebersihan serta peningkatan kejiranan dan interaksi antara penghuni. i. Keselamatan

Ruang lorong belakang yang disediakan perlu mementingkan aspek keselamatan dan tidak memberi ruang kepada sebarang pencerobohan fizikal serta unsur-unsur jenayah.

ii. Kebersihan Mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah yang dapat memberikan keselesaan dan harmoni kepada penduduk.

iii. Kejiranan

Penyediaan kemudahan yang bersesuaian berupaya menggalakkan interaksi sosial antara penduduk.

4. GARIS PANDUAN UMUM 4.1 Keperluan Penyediaan Penyediaan lorong belakang pada asasnya masih relevan bagi memastikan ruang langkau api, ruang pengudaraan, pencahayaan serta laluan perparitan di kawasan perumahan teres termasuk rumah teres kos rendah dan kos sederhana rendah.

Lorong belakang tidak perlu disediakan bagi perumahan jenis sesebuah, berkembar (semi-d) dan rumah kelompok (cluster).

Dalam keadaan tertentu, pembangunan rumah teres boleh dikecualikan daripada menyediakan lorong belakang, tertakluk kepada tiada bantahan daripada pihak berkuasa tertentu. 4.2 Rekabentuk Lorong belakang boleh disediakan dalam bentuk jalan berturap, laluan berkonkrit, laluan pejalan kaki atau laluan hijau berlanskap mengikut kesesuaian pembangunan.

Page 15: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 10

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Ruang yang terdapat di lorong belakang juga boleh dijadikan sebagai pusat jalinan sosial atau tempat rekreasi pasif masyarakat setempat. Di samping itu, penggunaan lorong belakang yang aktif juga dapat mengurangkan kejadian jenayah samun dan pecah rumah. Bagi menggalakkan penggunaan ruang belakang secara lebih efektif, konsep ‘double frontage layout’ perlu diaplikasikan dalam pembangunan perumahan. Sesetengah bahagian lorong belakang boleh dijadikan sebagai taman poket yang boleh berperanan sebagai ruang interaksi sosial di kalangan penghuni.

Beberapa alternatif penyediaan lorong belakang dicadangkan seperti berikut: Alternatif 1: Lorong Belakang Konvensional A Kelebaran 20 kaki membolehkan lorong belakang digunakan sebagai laluan kenderaan termasuk bagi kegunaan lori mengangkut sampah (Rajah 4 dan Rajah 5).

Rajah 4: Ilustrasi lorong belakang selebar 6 m (20 kaki) tanpa anjakan bangunan.

Rajah 5:Ilustrasi lorong belakang tanpa anjakan bangunan.

Page 16: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 11

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Alternatif 2: Lorong Belakang Konvensional B

Menyediakan lorong belakang selebar 4.6 meter (15 kaki) dengan anjakan selebar 0.76 meter (2.5 kaki) di kedua-dua belah menjadikan ruang antara bangunan juga selebar 20 kaki. (Rajah 6, Rajah 7 dan Foto 11).

Rajah 6: Ilustrasi lorong belakang selebar 4.6 m (15 kaki) dengan anjakan bangunan.

Penyediaan lorong belakang mengikut kaedah semasa iaitu minimum 15 kaki memberi kebaikan-kebaikan berikut: • Dapat memenuhi syarat penyediaan

ruang langkau api, ruang pengudaraan dan pencahayaan mengikut kehendak UKBS serta sebagai laluan kecemasan;

• Pemilik rumah boleh membesarkan rumah sehingga ke sempadan lot yang dikira dari cucur atap;

• PBT tidak perlu bimbang mengenai

tindakan penguatkuasaan ke atas pembesaran rumah;

• Beban tanggungan Geran

penyelenggaraan JKR; dan • Membolehkan penyediaan talian /

saluran utiliti dan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.

Foto 11:Contoh lorong belakang dengan anjakan bangunan.

Rajah 7:Ilustrasi lorong belakang dengan anjakan bangunan.

Page 17: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 12

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Alternatif 3: Lorong Belakang Sebagai Ruang Interaksi Lorong belakang boleh direkabentuk sebagai ruang interaksi yang berfungsi (Rajah 8 dan Foto 12). Rumah dibangunkan sehingga ke sempadan lot (ruang anjakan tidak disediakan).

Rajah 8:Ilustrasi lorong belakang sebagai ruang interaksi tanpa anjakan bangunan.

Kebaikan alternatif ini adalah: • Penggunaan tanah yang lebih

optimum. Kawasan ini boleh dimanfaatkan sebagai laluan berjoging dan tempat beriadah bagi kanak-kanak dan tempat berkumpul bagi orang dewasa;

• Membantu ke arah mempertingkatkan kualiti hidup melalui persekitaran dan penyediaan kemudahan seperti ruang interaksi;

• Kawasan ini akan sentiasa dikunjungi

dan akan menjadikannya lebih ceria, tidak terabai dan selamat dari unsur-unsur jenayah;

• Membolehkan kanak-kanak bermain dengan selamat berdekatan rumah dan memudahkan pengawasan ibu bapa; dan

• Pengubahsuaian rumah tidak akan

dilakukan dan secara tidak langsung penguatkuasaan PBT adalah tidak diperlukan.

Alternatif 4: Lorong Belakang Sebagai Laluan Pejalan Kaki Berlandskap Cadangan lorong belakang dalam bentuk laluan pejalan kaki berlanskap dapat berperanan mempertingkatkan kualiti hidup melalui persekitaran yang kondusif (Rajah 9 dan Foto 13). Foto 12:Contoh lorong belakang yang

berfungsi sebagai ruang interaksi.

Page 18: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 13

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 9: Ilustrasi lorong belakang sebagai laluan pejalan kaki.

4.3 Pemilihan Bahan Turapan

Bahan turapan yang digunakan haruslah bersifat on site detention. Ia hendaklah dibina dalam bentuk impervious surfaces yang membenarkan air meresap ke dalam tanah yang mana secara tidak langsung dapat mengurangkan air larian hujan

(water run off) dan seterusnya mengurangkan kejadian banjir (Foto 14).

4.4 Pemilihan Tanaman

Pemilihan dan susunan tanaman/pokok bersesuaian perlu diberi perhatian bagi mengelak wujudnya suasana terlindung atau gelap yang mana boleh memberi ruang kepada kejadian jenayah. Hanya tumbuhan renek (shrub) yang berketinggian kurang daripada 1 meter dibenarkan. Contoh tanaman yang sesuai adalah seperti melur (jasminum sambac), heliconia (heliconia spp) dan siantan (ixora cocinea). Tanaman ‘edible landscape’ seperti pandan dan kunyit adalah digalakkan di belakang kawasan perumahan sebagai landskap dapur.

Foto 13:Contoh lorong belakang yang berfungsi sebagai laluan pejalan kaki.

Foto 14: Contoh bahan turapan yang sesuai untuk laluan pejalan kaki.

Page 19: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 14

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

4.5 Pemasangan Pagar

Penghuni kediaman dan pihak-pihak berkaitan tidak dibenarkan memasang pagar di lorong belakang. Ini adalah bagi tujuan keselamatan sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran dan sebagainya. 5. GARIS PANDUAN KHUSUS

5.1 Penyediaan Lorong Belakang

Tanpa Anjakan

Kelebaran minima lorong belakang tanpa anjakan yang perlu disediakan ialah 6 meter (20 kaki) (Rajah 10 dan Foto 15). Kelebaran ini ditetapkan adalah bagi memastikan ruang yang mencukupi bagi langkau api, ruang pengudaraan, pencahayaan serta laluan infrastruktur.

5.2 Penyediaan Lorong Belakang

Dengan Anjakan Sekiranya lorong belakang selebar 4.6 meter (15 kaki) disediakan, anjakan bangunan di kedua-dua belah ialah 0.76 meter (2.5 kaki) (Rajah 11).

Foto 15: Contoh kelebaran lorong belakang.

Rajah 11: Ilustrasi contoh dengan anjakan bangunan.

Rajah 10: Ilustrasi contoh tanpa anjakan

bangunan.

Page 20: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 15

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

5.3 Panjang Maksimum Panjang maksimum yang dibenarkan bagi setiap deret blok rumah teres hendaklah tidak melebihi 97.54 meter (320 kaki). Bagi satu deret blok, panjang optimum adalah 12-16 unit selaras dengan keperluan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat (Foto 16).

5.4 Alternatif Perumahan Teres Tanpa Lorong Belakang

i. Rumah Teres Dengan Anjakan

Penuh

• Perumahan tanpa lorong belakang adalah terhad kepada 8 unit dalam satu blok rumah teres (Rajah 12).

• Anjakan bangunan selebar 3.04

meter (10 kaki) adalah perlu disediakan.

• Pengubahsuaian rumah di bahagian belakang adalah tidak dibenarkan.

ii. Rumah Teres Dua Muka

• Terhad kepada kawasan rumah teres yang mempunyai tanah lapang di bahagian belakang (Rajah 13 dan Foto 17).

Rajah 12: Contoh rumah teres dengan anjakan belakang.

Foto 16: Contoh deretan rumah teres antara 12-16 unit.

Page 21: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 16

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

• Terhad kepada 16 unit rumah teres dalam satu blok atau maksimum 320 kaki sebagaimana rumah teres biasa.

• Dilengkapi ruang pejalan kaki

selebar 10 kaki bersempadan

dengan garisan bangunan di bahagian belakang.

iii. Lorong Belakang sebagai ‘Courtyard’

• Penyediaan lorong belakang

digantikan dengan ‘courtyard’ selebar 12.19 meter (40 kaki) (Rajah 14).

• Ruang ini boleh dipertimbangkan bagi tujuan pengiraan tanah lapang awam.

Rajah 14:Ilustrasi contoh ‘courtyard’ di kawasan perumahan teres .

Foto 17:Contoh laluan pejalan kaki yang menghadap tanah lapang.

Rajah 13:Ilustrasi perumahan teres dua muka yang berhadapan tanah lapang.

Page 22: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 17

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

6. PENUTUP Adalah menjadi hasrat di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar aspek-aspek yang dicadangkan di dalam garis panduan ini daripada prinsip-prinsip perancangan, garis panduan umum dan garis panduan khusus dapat dipatuhi dan memandu pihak-pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan, agensi-agensi berkaitan dan pemaju di dalam merancang dan mengawal penyediaan lorong belakang di kawasan perumahan.

Page 23: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 18

Lampiran 1

TATACARA MENENTUKAN RUANG LANGKAU API (FIRE BREAK) BERDASARKAN SEMPADAN ANDAIAN (NOTIONAL BOUNDARY) DI BAWAH SEKSYEN 146

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM (UKBS) 1984

1. PERINGKAT 1: Menentukan kawasan tak terlindung pada sesuatu dinding.

i Kawasan tak terlindung ini adalah bukaan pada dinding seperti pintu, tingkap

atau apa-apa bukaan.

NOTIONAL BOUNDARY

NOTIONAL BOUNDARY (SEMPADAN ANDAIAN)

BANGUNAN A

BANGUNAN B

JARAK YANG PERLU DIPATUHI UNTUK

BANGUNAN A

JARAK YANG PERLU DIPATUHI UNTUK

BANGUNAN B

x

Page 24: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 19

ii Bahan boleh terbakar pada sesuatu dinding yang dilekat sebagai pembalut dikira sebagai kawasan tak terlindung tetapi keluasan tak terlindung ini dikira separuh dari keluasan pembalut tersebut.

Pengecualian diberi kepada perkara-perkara berikut:

• kawasan tak terlindung yang berukuran tidak lebih dari 0.1m2

dan kedudukan pada jarak minima 1.5m dari kawasan tak terlindung lain;

• satu atau lebih kawasan tak terlindung yang jumlahnya tidak melebihi 1 m2

dan berada pada jarak kurang 4 m dari kawasan tak terlindung lain; dan

• kawasan tak terlindung pada mana-mana bahagian dinding luar yang menjadi sebahagian lubang terlindung.

2. PERINGKAT 2: Dapatkan keluasan kawasan tak terlindung

• Setiap bukaan yang telah ditentukan hendaklah dikira keluasannya.

3. PERINGKAT 3: Tentukan peratusan yang tak terlindung

• Peratusan ini diperolehi dengan mendapat keluasan tak terlindung berbanding

dengan keluasan terlindung.

4. PERINGKAT 4: Merujuk kepada Jadual ke 6 UKBS, 1984

• Peratusan perbandingan kawasan tak terlindung dengan kawasan terlindung

dirujuk pada jadual Ke 6 UKBS bagi menentukan Notional Boundary.

Page 25: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 20

CONTOH

Kiraan keluasan kawasan tak terlindung: (1.5 x 1.5) + (0.5 x 0.5) + (1.5 x 1.5) + (0.5 x 0.5) + (1.5 x 1.5) + (1.5 x 2) m = 10.25m

2

Kiraan keluasan dinding: 7x6 = 42m

2

Dengan yang demikian peratusan kawasan tak terlindung berbanding dengan terlindung adalah: 10.25/42 = 25%

Dengan merujuk kepada jadual ke 6, UKBS 1984 iaitu pada ketinggian 9m dengan mengunakan peratusan 30% pada lebar segiempat bujur mengepung 6m, notional boundary untuk contoh ini ialah 2m2

.

Contoh: Rumah teres 2 tingkat – pada dinding belakang

1.

1.

1.

1.

1.

1.

1.

0.

0.

2

0.

0.

7m 6m

6m

Page 26: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 21

Lampiran 2

TATACARA MENENTUKAN RUANG LANGKAU API ( FIRE BREAK) Rumah Teres 1 Tingkat ( 6.1 m X 20 m )

i) Keluasan Kawasan Tak Terlindung:

ii) Kiraan Keluasan Dinding:

iii). Peratusan Kawasan Tak Terlindung

a (1.5 x 1) + b

(2.5 x 2) + c (2 x 1.5) + d

(1.5 x 2) + e (1.5 x1.5)

1.5 + 5 + 3 + 3 + 2.25 = 14.75 m2

Ketinggian x Lebar Rumah 3 x 6.1 = 18.30 m2

Jumlah Keluasan Tak Terlindung x 100 Keluasan dinding 14.75 m x

2 100 = 81 % 18.30 m2

Page 27: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 22

Dengan merujuk kepada Jadual Keenam, UKBS 1984 iaitu pada ketinggian 3m dengan mengunakan peratusan 80% pada lebar segiempat bujur mengepung 6m, National Boundary untuk contoh ini ialah 2.5m2

.

Rumah Teres 2 Tingkat ( 7.6 m X 26 m ) i). Keluasan Kawasan Tak Terlindung

ii). Kiraan Keluasan Dinding

iii). Peratusan kawasan Tak Terlindung

a (4 x 1) + b

(3 x 2) + c (2 x 1) + d

(2 x 1) + e (2 x 0.5) + f

( 1.5 x 2) + g (2 x 1)

4 + 6 + 2 + 2 + 1 + 3 + 2 = 20 m2

Ketinggian x Lebar Rumah

6 x 7.6 = 45.60 m2

Jumlah Keluasan Tak Terlindung x 100

Keluasan dinding 20 m x

2 100 = 44 % 45.60 m2

Page 28: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 23

Dengan merujuk kepada Jadual Keenam, UKBS 1984 iaitu pada ketinggian 6m dengan mengunakan peratusan 40% pada lebar segiempat bujur mengepung 6m, Notional Boundary untuk contoh ini ialah 2 m2

.

Langkau Api ( Fire Break ) bagi Rumah Teres 1 Tingkat

Langkau Api ( Fire Break ) bagi Rumah Teres 2 Tingkat

Page 29: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 24

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia

Tel: 03-2698 9211 Faks: 03-2693 3964

Email: [email protected] Laman web: www.townplan.gov.my

Page 30: DRAF 5 GP02 Lorong Belakang... · 2012-04-07 · boleh pada bila-bila masa atas syor ... menentang kebakaran Seksyen 146 - perkiraan ruang langkau ... sirkulasi lalulintas. Foto 3:Lorong

GARIS PANDUAN PERANCANGAN LORONG BELAKANG 25

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

(Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Jalan Cenderasari, 50646 Kuala lumpur