dr hanum

5
Pendahuluan Kebebasan bersuara ialah kebebasan menyatakan pandangan mahupun fikrah tanpa batas atau penapisan tentang apa yang ingin diperkatakan. Semua masyarakat mempunyai hak kebebasan bersuara tanpa mengira kaum atau pangkat dan sebagainya.Kebebasan bersuara merupakan satu hak yang seseorang itu menyampaikan apa yang difikirkan, apa jua pandangannya mengenai sesuatu dan idea mengenai sesuatu sama ada melalui lisan, tulisan, slogan, lakonan ataupun ekspresi. Pengucapan Awam ialah satu bidang yang perlu dikuasai bukan sahaja oleh pimpinanmasyarakat, organisasi, agensi-agensi kerajaan dan swasta tetapi juga individu yang sentiasa berhadapan dengan orang ramai yang memerlukan ia berkomunikasi dengan lebih dari seorang.Seseorang itu perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi sesuatu keadaan dan sentiasa bersikapoptimis kerana sikap yang gemuruh boleh memberi kesan yang tidak baik kepada perucap(speaker). Pengucapan awam terdiri daripada empat jenis ucapan iaitu ucapan spontan,ucapan ekstemporanas, ucapan manuskrip dan ucapan hafalan. Pengucapan awam pula boleh didefinisikan sebagai pelahiran bahasa dengan penuhmakna melalui komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh perucap).Pengucapan umum menggunakan komunikasi vebal dan bukanverbal (Abdul Mua’ti Ahmad,2000). Etika atau moral dalam pengucapan awam perlu mempunyai asas atau dasar.Asas kepada etika merangkumi agama,nilai-nilai sejagat dan garis panduan yang diterima pakai dalam sesuatu profesion.

Upload: muhammadaidid

Post on 30-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

doktor

TRANSCRIPT

Pendahuluan Kebebasan bersuara ialah kebebasan menyatakan pandangan mahupun fikrah tanpa batas atau penapisan tentang apa yang ingin diperkatakan. Semua masyarakat mempunyai hak kebebasan bersuara tanpa mengira kaum atau pangkat dan sebagainya.Kebebasan bersuara merupakan satu hak yang seseorang itu menyampaikan apa yang difikirkan, apa jua pandangannya mengenai sesuatu dan idea mengenai sesuatu sama ada melalui lisan, tulisan, slogan, lakonan ataupun ekspresi.Pengucapan Awam ialah satu bidang yang perlu dikuasai bukan sahaja oleh pimpinanmasyarakat, organisasi, agensi-agensi kerajaan dan swasta tetapi juga individu yang sentiasa berhadapan dengan orang ramai yang memerlukan ia berkomunikasi dengan lebih dari seorang.Seseorang itu perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi sesuatu keadaan dan sentiasa bersikapoptimis kerana sikap yang gemuruh boleh memberi kesan yang tidak baik kepada perucap(speaker). Pengucapan awam terdiri daripada empat jenis ucapan iaitu ucapan spontan,ucapan ekstemporanas, ucapan manuskrip dan ucapan hafalan. Pengucapan awam pula boleh didefinisikan sebagai pelahiran bahasa dengan penuhmakna melalui komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh perucap).Pengucapan umum menggunakan komunikasi vebal dan bukanverbal (Abdul Muati Ahmad,2000).Etika atau moral dalam pengucapan awam perlu mempunyai asas atau dasar.Asas kepada etika merangkumi agama,nilai-nilai sejagat dan garis panduan yang diterima pakai dalam sesuatu profesion.

Kandungan Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR).ICCPR mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai "hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan dan kesemua manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat". Di Malaysia, perkara 10(1)(a) dari Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara.Malangnya, ramai di antara pendukung kebebasan bersuara ini gagal memahami impak yang berlaku dalam meraikan kelonggaran yang diberikan.Lihat sahaja akhir-akhir ini, apabila kebebasan bersuara telah disalahgunakan di Malaysia, maka telah berlakulah keretakan perkauman apabila terdapat beberapa individu peraih populariti yang khilaf.Mereka ini amat mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat menyebabkan berlakunya keretakan perpaduan. Lembaran sejarah telah membuktikan, kebebasan bersuara yang tidak rasional serta bersifat melulu juga menimbulkan pergaduhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 iaitu peristiwa ketidakpuasan kaum terhadap kaum lain di Malaysia.Sebagai perucap mestilah mematuhi ciri etika seperti ;(Supyan,Azhar,2003)1)Bercakap tentang perkara yang difikirkan penting dan dapat dimanfaatkan oleh hadirin2)Mempromosi sesuatu yang positif dan baik3)Bersikap jujur serta ikhlas dengan pengetahuan dan maklumat yang disampaikan 4)Mengelakkan plagiat5)Tidak menyembunyikan fakta6)Bertanggungjawab terhadap apa yang diperkatakan atau disampaikanMelalui ciri yang terdapat diatas perucap mestilah mengelakkan berucap tentang sesuatu perkara tanpa sebarang fakta dan menjaga sensitiviti perkauman negara.Hal demikian kerana boleh menyebabkan sejarah mungkin berulang seperti peristiwa 13 Mei yang menjadi igauan ngeri buat rakyat Malaysia ketika itu.

Kesimpulan Kebebasan bersuara merupakan satu hak yang penting buat rakyat untuk menyuarakan pendapat namun begitu kita haruslah kebebasan yang diberi tanpa menyalahi undang-undang yang sedia ada.Selain itu juga,kita harus menitikkan berat nilai sesuatu perucapan awam bagi mengelakkan percanggahan pendapat atau permasalahan dalam masyarakat kita

Rujukan 1) Abdul Muati@Zamri Ahmad, 2000. Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.2) Dr Ahmad Zaharuddin Sani (2013). Retrieved from http://www.mstar.com.my/kolumnis/2013/08/07/perlu-dan-wajarkah-kebebasan-bersuara-tanpa-sempadan/3) Pengucapan Awam. Retrieved from http://www.slideshare.net/Zabedahalang/pengucapan-awam-161282394) Supyan Hussin,Azhar Ibrahim, 2003. Kecemerlanga dalam Perucapan Awam. Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.