dpsk_kape

15
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia DOKUMEN PENTAKSIRAN STANDARD KOMPETENSI (DPSK) Untuk PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia Januari 2012 KOMPONEN :Kemahiran Vokasional DIMENSI :Kemahiran Vokasional Asas (Pra-Vokasional) BIDANG :Kejuruteraan Awam MODUL UMUM : KERJA ASAS PEMBINAAN BILANGAN WAKTU P & P : 80 Waktu

Upload: puteri-buntat-cendawan-biru

Post on 10-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pedagogi

TRANSCRIPT

  • Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia

    DDOOKKUUMMEENN PPEENNTTAAKKSSIIRRAANN SSTTAANNDDAARRDD KKOOMMPPEETTEENNSSII

    ((DDPPSSKK))

    Untuk

    PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

    Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia Januari 2012

    KOMPONEN :Kemahiran Vokasional DIMENSI :Kemahiran Vokasional Asas (Pra-Vokasional) BIDANG :Kejuruteraan Awam MODUL UMUM : KERJA ASAS PEMBINAAN BILANGAN WAKTU P & P : 80 Waktu

  • Kejuruteraan Awam Kerja Asas Pembinaan Modul Umum

    Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 0 LP, Januari 2012

    KANDUNGAN

    Halaman

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1

    1.0 Pendahuluan 2

    2.0 Hasil Pembelajaran 3

    3.0 Pentaksiran Hasil Pembelajaran 4

    4.0 Maklumat Modul 5

    5.0 Standard Kompetensi 6

    6.0 Tafsiran 7

    7.0 Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi MODUL UMUM : KERJA ASAS PEMBINAAN

    8-13

    i

  • Kejuruteraan Awam Kerja Asas Pembinaan Modul Umum

    Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 1 LP, Januari 2012

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

    untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

    kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

    terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • Kejuruteraan Awam Kerja Asas Pembinaan Modul Umum

    Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 2 LP, Januari 2012

    1.0 PENDAHULUAN

    MATLAMAT PAV Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. OBJEKTIF PAV Objektif PAV secara umumnya adalah untuk mencegah keciciran murid pada peringkat rendah dan menengah rendah yang disebabkan oleh pelbagai punca seperti murid lembam, murid bermasalah disiplin, murid bermasalah sosio-ekonomi dan sebagainya. Manakala objektif khusus PAV adalah seperti berikut:

    1 Menjadi aliran pendidikan pilihan selain aliran perdana sedia ada, sesuai dengan murid berisiko untuk tercicir, serta boleh menimbulkan minat belajar hands-on yang berterusan.

    2 Menggilap potensi keupayaan belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan yang dituntut oleh majikan dan industri.

    3 Menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap supaya murid dapat menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan.

    4 Memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid untuk menjadikan mereka kritis, kreatif dan inovatif serta boleh membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan.

    5 Menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga. Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi (DPSK) dan Dokumen Item Contoh (DIC) yang dikeluarkan oleh LP dijadikan sebagai

    panduan untuk guru membimbing dan mendapatkan maklumat tahap penguasaan kompetensi serta keberkesanan pengajaran dan

    pembelajaran dalam pembangunan modal insan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • Kejuruteraan Awam Kerja Asas Pembinaan Modul Umum

    Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 3 LP, Januari 2012

    2.0 HASIL PEMBELAJARAN MODUL

    Di akhir modul ini, murid berupaya untuk:

    1. Mengamalkan peraturan keselamatan mengikut (Standard Operational Procedure-SOP) bengkel dan keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health Act-OSHA).

    2. Merekabentuk tanda keselamatan di bengkel.

    3. Menggunakan peralatan kerja asas pembinaan.

    4. Meneroka kegunaan kayu sebagai bahan binaan.

    5. Menghasilkan produk berasaskan kayu untuk dekorasi dalaman.

    6. Membuat kerja penyambungan paip PVC.

    7. Mengamalkan nilai keusahawanan dalam membuat anggaran kuantiti dan kos.

    8. Mengaplikasikan teknologi maklumat (IT) dalam kerja asas pembinaan.

  • Kejuruteraan Awam Kerja Asas Pembinaan Modul Umum

    Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 4 LP, Januari 2012

    3.0 PENTAKSIRAN HASIL PEMBELAJARAN

    Berdasarkan matlamat dan objektif Kurikulum Standard Kerja Asas Pembinaan, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata

    pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan:

    OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

    OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

    OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

    OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

    OP5 Kebolehan bagi mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

    OP6 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara sistematik.

    (Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Asas Vokasional, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia 2012)

  • Kejuruteraan Awam Kerja Asas Pembinaan Modul Umum

    Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 5 LP, Januari 2012

    4.0 MAKLUMAT MODUL

    KOMPONEN :Kemahiran Vokasional

    DIMENSI :Kemahiran Vokasional Asas (Pra-Vokasional)

    BIDANG :Kejuruteraan Awam

    MODUL UMUM :KERJA ASAS PEMBINAAN

    BILANGAN WAKTU P & P

    : 80 Waktu

  • Kejuruteraan Awam Kerja Asas Pembinaan Modul Umum

    Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 6 LP, Januari 2012

    5.0 STANDARD KOMPETENSI

    NAMA MODUL STANDARD KOMPETENSI

    M1 KERJA ASAS PEMBINAAN

    M1K1 AMALAN KESELAMATAN DIRI DAN PERATURAN KESELAMATAN MENGIKUT SOP (STANDARD OPERATIONAL PROCEDURE) BENGKEL DAN OSHA (OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT).

    M1K2 REKA BENTUK TANDA KESELAMATAN DI BENGKEL.

    M1K3 PENGGUNAAN ALATAN TANGAN UNTUK KERJA BINAAN.

    M1K4 PENGHASILAN BUKU SKRAP BERKAITAN KAYU.

    M1K5 PENGHASILAN BINGKAI GAMBAR KAYU UNTUK DEKORATIF DALAMAN. M1K6 KERJA PENYAMBUNGAN PAIP PVC.

  • Kejuruteraan Awam Kerja Asas Pembinaan Modul Umum

    Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 7 LP, Januari 2012

    6.0 TAFSIRAN

    Standard Kompetensi Perlakuan/ tingkahlaku yang menunjukkan penguasaan murid yang standard dalam sesuatu tugasan/ duti.

    Penyataan Standard Kompetensi Satu penyataan yang menerangkan perlakuan/ tingkahlaku kompetensi yang standard.

    Eviden Kompetensi Bukti yang menunjukkan murid boleh melakukan/ melaksanakan/ menyempurnakan/ memberi respon/ mengamalkan sesuatu tugasan/ duti hingga ke peringkat kompeten.

  • Kejuruteraan Awam Kerja Asas Pembinaan Modul Umum

    Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 8 LP, Januari 2012

    7.0 DOKUMEN PENTAKSIRAN STANDARD KOMPETENSI (DPSK)

    MODUL UMUM KERJA ASAS PEMBINAAN

    STANDARD KOMPETENSI

    PENYATAAN STANDARD KOMPETENSI

    EVIDEN KOMPETENSI

    SKOR

    M1K1 AMALAN KESELAMATAN DIRI DAN PERATURAN KESELAMATAN MENGIKUT SOP (STANDARD OPERATIONAL PROCEDURE) BENGKEL DAN OSHA (OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT).

    M1K1 Mengamalkan keselamatan

    diri dan bengkel mengikut SOP (Standard Operational Procedure) bengkel dan keperluan OSHA (Occupational Safety and Health Act).

    M1K1E1 Menyatakan keselamatan diri berkaitan kesihatan, pakaian, fizikal dan sikap.

    M1K1E2 Menyatakan amalan keselamatan

    bengkel mengikut SOP bengkel dan keperluan OSHA

    M1K1E3 Menyenaraikan peralatan keselamatan

    dan kegunaannya berdasarkan keperluan.

    M1K1E4 Menyatakan amalan keselamatan

    penggunaan peralatan dan mesin. M1K1E5 Mengamalkan keselamatan, etika dan

    budaya kerja yang baik di bengkel.

  • Kejuruteraan Awam Kerja Asas Pembinaan Modul Umum

    Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 9 LP, Januari 2012

    STANDARD KOMPETENSI

    PENYATAAN STANDARD

    KOMPETENSI

    EVIDEN KOMPETENSI

    SKOR

    M1K2 REKA BENTUK TANDA KESELAMATAN DI BENGKEL.

    M1K2.1 Mengenal pasti jenis alat dan

    bahan yang digunakan untuk asas lukisan teknik.

    M1K2.2 Mengenal pasti jenis reka bentuk logo keselamatan.

    M1K2.3 Mengenal pasti bentuk binaan geometri asas.

    M1K2.4 Meneroka jenis logo keselamatan menggunakan Teknologi Maklumat.

    M1K2.1E1 Menentukan jenis alat dan bahan yang

    digunakan untuk asas lukisan teknik. M1K2.1E2 Menyenaraikan jenis peralatan dan

    bahan yang digunakan untuk asas lukisan teknik.

    M1K2.1E3 Memilih peralatan dan bahan yang

    sesuai digunakan untuk asas lukisan teknik.

    M1K2.2E1 Menyenaraikan jenis reka bentuk logo

    keselamatan. M1K2.2E2 Memilih jenis reka bentuk logo

    keselamatan berdasarkan jenis logo. M1K2.3E1 Menyenaraikan bentuk binaan geometri

    asas. M1K2.3E2 Melakar bentuk binaan geometri asas

    untuk menghasilkan logo. M1K2.4E1 Menghasilkan buku skrap mengikut jenis

    logo keselamatan dengan lengkap dan kemas.

  • Kejuruteraan Awam Kerja Asas Pembinaan Modul Umum

    Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 10 LP, Januari 2012

    STANDARD KOMPETENSI

    PENYATAAN STANDARD

    KOMPETENSI

    EVIDEN KOMPETENSI

    SKOR

    M1K3 PENGGUNAAN ALATAN TANGAN UNTUK KERJA BINAAN.

    M1K3.1 Mengenal pasti alatan

    tangan untuk kerja kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip.

    M1K3.1E1 Menyenaraikan alatan tangan untuk

    kerja kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip.

    M1K3.1E2 Menyatakan fungsi alatan tangan untuk

    kerja kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip.

    M1K3.2 Mengenal pasti fungsi

    alatan tangan untuk kerja kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip.

    M1K3.2E1 Memilih alatan tangan untuk kerja kayu,

    kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip. M1K3.2E2 Menggunakan alat tangan untuk kerja

    kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip berdasarkan fungsi .

    M1K4 PENGHASILAN BUKU SKRAP BERKAITAN KAYU.

    M1K4.1 Mengenal pasti kategori

    kayu yang digunakan sebagai bahan binaan.

    M1K4.1E1 Menyatakan kategori kayu yang

    digunakan sebagai bahan binaan. M1K4.1E2 Menyenaraikan jenis kayu yang

    digunakan sebagai bahan binaan.

  • Kejuruteraan Awam Kerja Asas Pembinaan Modul Umum

    Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 11 LP, Januari 2012

    STANDARD KOMPETENSI

    PENYATAAN STANDARD

    KOMPETENSI

    EVIDEN KOMPETENSI

    SKOR

    M1K4.2 Mengenal pasti jenis

    bahan berasaskan kayu.

    M1K4.2E1 Menyatakan jenis bahan berasaskan

    kayu. M1K4.2E2 Menyenaraikan jenis bahan berasaskan

    kayu.

    M1K4.3 Mengenal pasti kelebihan

    dan kekurangan penggunaan kayu sebagai bahan binaan.

    M1K4.3E1 Menyatakan kelebihan dan kekurangan

    penggunaan kayu sebagai bahan binaan.

    M1K4.4 Mengenal kegunaan kayu

    sebagai bahan binaan dengan menggunakan Teknologi Maklumat.

    M1K4.4E1 Menghasilkan buku skrap tentang

    kegunaan kayu sebagai bahan binaan dengan lengkap dan kemas.

    M1K5 PENGHASILAN BINGKAI GAMBAR KAYU UNTUK DEKORATIF DALAMAN.

    M1K5.1 Mengenal pasti langkah

    kerja menghasilkan bingkai gambar kayu untuk dekoratif dalaman.

    M1K5.1E1 Menyediakan bahan dan peralatan

    untuk menghasilkan bingkai gambar berdasarkan panduan kerja.

    M1K5.1E2 Merancang tanda pada bahan kerja. M1K5.1E3 Memotong bahan menggunakan alat

    tangan dan mesin.

  • Kejuruteraan Awam Kerja Asas Pembinaan Modul Umum

    Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 12 LP, Januari 2012

    STANDARD KOMPETENSI

    PENYATAAN STANDARD

    KOMPETENSI

    EVIDEN KOMPETENSI

    SKOR

    M1K5.1E4 Memasang bingkai gambar kayu

    menggunakan kaedah penyambungan kayu.

    M1K5.1E5 Membuat kerja kemasiapan. M1K5.1E6 Mengamalkan keselamatan, etika dan

    budaya kerja yang baik di bengkel.

    M1K5.2 Menyediakan anggaran kos

    bingkai gambar kayu untuk dekoratif dalaman.

    M1K5.2E1 Membuat pengiraan anggaran kos untuk

    mendapatkan kos bahan, kos upah dan anggaran harga jualan.

    M1K5.3 Mengkormersialkan bingkai

    gambar kayu untuk dekoratif dalaman.

    M1K5.3E1 Mempamerkan bingkai gambar kayu

    yang telah dihasilkan. M1K5.3E2 Menghasilkan risalah produk mengikut

    kreativiti. M1K5.3E3 Mengedarkan risalah produk kepada

    orang ramai. M1K5.3E4 Membuat pengiklanan menggunakan

    teknologi maklumat.

  • Kejuruteraan Awam Kerja Asas Pembinaan Modul Umum

    Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi 13 LP, Januari 2012

    STANDARD KOMPETENSI

    PENYATAAN STANDARD

    KOMPETENSI

    EVIDEN KOMPETENSI

    SKOR

    M1K6 KERJA PENYAMBUNGAN PAIP PVC.

    M1K6.1 Mengenal pasti jenis paip.

    M1K6.1E1 Menyenaraikan jenis paip. M1K6.1E2 Membezakan jenis paip berdasarkan

    bahan yang digunakan untuk membuat paip.

    M1K6.2 Mengenal pasti proses

    kerja penyambungan paip PVC.

    M1K6.2E1 Menyediakan bahan dan peralatan untuk

    kerja penyambungan paip PVC berdasarkan panduan kerja.

    M1K6.2E2 Merancang tanda sambungan pepasang

    dan paip PVC. M1K6.2E3 Memotong paip menggunakan alatan

    tangan. M1K6.2E4 Memasang paip dengan kaedah

    penyambungan menggunakan simen pelarut.

    M1K6.2E5 Memeriksa sambungan paip PVC. M1K6.2E6 Mengamalkan keselamatan, etika, dan

    budaya kerja yang baik di bengkel.