UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN BAHAN MULTIMEDIA PENCERITAAN KANAK-
KANAK TUPI DAN TIKI
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya NORAZRIN BINTI HAWARI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: Nama Penyelia:
NO. 39, JALAN KANCUNG LAUT EN. ABDUL RAZAK BIN IDRIS
28/20, TAMAN ALAM MEGAH
40400, SHAH ALAM, SELANGOR.
Tarikh: 5 MEI 2011 Tarikh: 5 MEI 2011
PEMBANGUNAN BAHAN MULTIMEDIA PENCERITAAN KANAK-KANAK
TUPI DAN TIKI
NORAZRIN BINTI HAWARI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2011
iii
“Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ……………………………………………………………….
Nama Penulis: NORAZRIN BINTI HAWARI
Tarikh : 5 MEI 2011
iv
“ Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia). “
Tandatangan : ……………………………………………………………
Nama Penyelia : ENCIK ABDUL RAZAK BIN IDRIS
Tarikh : 5 MEI 2011
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, selawat serta
salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang
suci serta para sahabat baginda yang terpilih.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya
menyiapkan projek sarjana muda ini yang bertajuk Pembangunan Bahan Multimedia
Penceritaan Kanak-Kanak Tupi Dan Tiki. Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan
merakam jutaan terima kasih dan seribu penghargaan kepada pensyarah pembimbing
iaitu Encik Abdul Razak bin Idris yang tidak pernah jemu memberi dorongan dan tunjuk
ajar di dalam menyiapkan projek sarjana muda ini. Segala pandangan dan tunjuk ajar
beliau amat saya hargai.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya, Hawari Uda Mat
Lazim dan Zauyah Hasaudin serta adik-adik yang sentiasa memberi sokongan dan
dorongan untuk saya terus berusaha sehingga projek ini berjaya disiapkan. Tanpa
mereka siapalah saya di dunia ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-
rakan yang tidak jemu memberi sokongan dan pertolongan semasa saya menghadapi
masalah.
Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
membantu saya menyiapkan projek sarjana muda ini, saya juga mengucapkan jutaan
terima kasih. Semoga sumbangan kalian mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
vi
ABSTRAK
Projek ini adalah menghasilkan bahan multimedia penceritaan kanak-kanak
bertujuan untuk menyediakan satu alternatif kepada “buku besar” yang selalu digunakan
oleh guru dalam aktiviti bercerita di tadika dan pra sekolah. Bahan multimedia
penceritaan kanak-kanak ini diadaptasi dari sebuah buku cerita yang bertajuk Tupi dan
Tiki terbitan DBP. Ia menyediakan dua pilihan iaitu versi penceritaan penuh dan versi
penceritaan separa. Versi separa adalah sama dengan versi penuh tanpa suara pencerita
asalnya. Ini memberi peluang kepada pencerita menggunakan kreativiti masing-masing
menyampaikan cerita tersebut berasaskan jalan cerita yang telah disediakan. Versi
separa ini akan menjadikan sesi bercerita lebih seronok dan mencabar. Reka bentuk
pembangunan bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini adalah berdasarkan model
ADDIE yang melibatkan lima fasa pembangunan iaitu analisis, reka bentuk,
pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Bahan multimedia penceritaan kanak-kanak
ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Flash Professional 8 dan
dibantu dengan perisian lain seperti Adobe Photoshop CS2 dan Sony Sound Forge 7.0
serta disokong oleh sistem pengoperasian Microsoft Windows XP bagi menghasilkan
bahan multimedia yang interaktif. Bercerita dapat menggalakkan kanak-kanak untuk
berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi atau
mimik muka Justeru itu, dengan adanya bahan multimedia ini diharapkan dapat
membantu guru dan juga kanak-kanak ketika proses bercerita secara optimum yang
secara tidak langsung membangunkan ciri-ciri positif pada kanak-kanak.
vii
ABSTRACT
The development of this children’s multimedia storytelling package is to provide
an alternative to the “big books” that are often used by teachers in a storytelling session
at kindergarten and Pre School. This multimedia is adapted from a story book entitled
Tupi and Tiki published by DBP. This Children’s multimedia storytelling package
comes in two versions, full narrative version and partial narrative version. Partial
narrative version is the same as the full version, but without the narrator’s voice. This
provides an opportunity for storytellers to use their creativity and deliver the story based
on the story line provided. This partial version will make the storytelling session more
fun and challenging. The development of this children’s multimedia storytelling was
based on the ADDIE model which includes five phases such as analysis, design,
development, implementation and evaluation. Children’s multimedia storytelling has
been developed using Macromedia Flash Professional 8 software and others supporting
software such as Adobe Photoshop CS2, Sony Sound Forge 7.0 in order to produce an
interactive multimedia material. Storytelling can encourage children to communicate
effectively in terms of pronunciation, tone, intonation and facial expression. It is hope
that this children’s multimedia storytelling will help teachers and children in their
storytelling session and develop a positive character.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
HALAMAN JUDUL
i
ii
PENGAKUAN
iii
PENGHARGAAN
v
ABSTRAK
vi
ABSTRACT
vii
ISI KANDUNGAN
viii
SENARAI RAJAH
xii
SENARAI LAMPIRAN
xiii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Projek
1.5 Objektif Bahan Multimedia
1.6 Kepentingan Projek
1.7 Batasan Projek
1
5
9
10
11
11
12
ix
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Multimedia
1.8.2 Penceritaan
1.8.3 Kanak-kanak
13
13
14
14
2 SOROTAN KAJIAN 15
2.1 Pengenalan
2.2 Pendidikan Awal Kanak-Kanak
2.3 Bercerita
2.4 Bercerita Dalam Pembelajaran Kanak-Kanak
2.5 Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan
2.5.1 Aplikasi Multimedia Dalam Aktiviti Bercerita
15
16
19
21
23
25
3 REKA BENTUK PERISIAN 27
3.1 Pengenalan
3.2 Model Reka Bentuk Pembangunan Bahan
Multimedia
3.2.1 Fasa Analisis
3.2.1.1 Analisis Terhadap Matlamat
Pembangunan Bahan Multimedia
3.2.1.2 Analisis Terhadap Kumpulan Sasaran
3.2.1.3 Analisi Terhadap Isi
Kandungan Bahan
3.2.2 Fasa Reka Bentuk
3.2.2.1 Reka Bentuk Informasi
3.2.2.2 Reka Bentuk Interaksi
3.2.2.3 Reka Bentuk Persembahan
27
28
29
30
31
31
32
32
34
35
x
3.2.3 Fasa Pembangunan
3.2.3.1 Pemilihan Perkakasan dan Perisian
Sokongan
3.2.3.2 Carta Alir
3.2.4 Fasa Pelaksanaan
3.2.5 Fasa Penilaian
36
37
39
40
40
4 HASIL REKA BENTUK BAHAN MULTIMEDIA 41
4.1 Pengenalan
4.2 Komponen Utama Yang Terdapat Dalam Bahan
Multimedia Penceritaan Kanak-Kanak
4.2.1 Skrin Montaj
4.2.2 Skrin Menu Utama
4.2.3 Skrin Mari Mendengar Cerita dan Mari
Bercerita
4.2.4 Skrin Nilai Murni
4.2.5 Skrin Cuba Jawab
4.2.6 Skrin Keluar
4.3 Pempakejan, Pengurusan Fail dan Penyebaran
Perisian
4.4 Penilaian Bahan Multimedia Penceritaan
Kanak-Kanak
4.5 Penutup
41
42
43
44
45
49
50
52
53
54
55
xi
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
56
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa Proses
Pembangunan Bahan Multimedia
5.3.1 Kekurangan Pakar Dan Alat Sokongan
5.4 Kelebihan Bahan Multimedia Penceritaan
Kanak-Kanak
5.5 Cadangan
5.6 Penutup
56
57
59
59
61
62
63
RUJUKAN 65
LAMPIRAN
70
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 29
3.2 Carta Alir Bahan Multimedia Penceritaan 39
4.1 Skrin Paparan Montaj 43
4.2
4.3
Skrin Menu Utama
Butang Navigasi
44
46
4.4 Skrin Permulaan Babak Pertama 47
4.5 Skrin Pengakhiran Babak Pertama 47
4.6 Skrin Permulaan Babak Kedua 48
4.7 Skrin Pengakhiran Babak Kedua 48
4.8 Skrin Nilai Murni 49
4.9 Skrin Soalan 1 50
4.10 Skrin Soalan 2 50
4.11 Skrin Soalan 5 51
4.12 Skrin Keluar 52
4.13 Skrin Kredit 53
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A
B
Manual Pengguna
Borang Soal Selidik Bahan Multimedia
70
81
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kanak-kanak adalah permata kecil yang mempunyai potensi unik dan
indah untuk digilap dan dikembangkan. Dalam meningkatkan potensi diri kanak-
kanak, dorongan dan sokongan amat diperlukan. Keyakinan diri yang terbina
menjadi suatu kekuatan dan motivasi bagi kanak-kanak supaya belajar,
memajukan diri, mempertajamkan daya intelek dan mengatasi cabaran yang
dihadapi oleh mindanya. Sesungguhnya kanak-kanak ini adalah anugerah dan
amanah Allah s.w.t kepada kita.
Otak kanak-kanak mengandungi 100 billion sel saraf (neuron) yang mana
akan membina perhubungan apabila sel-sel dirangsang. Ini membuktikan bahawa
2
peringkat awal perkembangan kanak-kanak adalah tempoh formatif dan
merangkumi detik-detik kritikal dalam pembangunan seseorang individu.
Menurut sabda Rasulullah s.a.w bahawa, “Kanak-kanak mula bercahaya
akalnya pada umur lima tahun”. Piaget (1972) pula mendapati kemampuan
mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang mana
umur dua hingga tujuh tahun berada pada tahap pra operasi. Teori Eric Erickson
dan tahap psikososialnya menyatakan kanak-kanak berumur empat hingga lima
tahun perlu diberi galakan dan peluang untuk bertanya serta meneroka sesuatu
sendiri. Ini jelas menunjukkan kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk
menerima sebarang pengetahuan yang diajarkan.
Kejayaan masa depan kanak-kanak bergantung pada persediaan yang
diterima sebelum berumur tujuh tahun. Kanak-kanak diperingkat umur enam
tahun adalah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka
berbanding dengan peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa
dalam kehidupan seorang insan (Mastura, 2005). Selain daripada pendidikan
akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu
pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke
alam pendidikan formal.
Oleh yang demikian itu, objektif pendidikan bagi kanak-kanak ini adalah
bertujuan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran. Selain itu ia juga
bertujuan untuk menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap yang positif di
dalam diri kanak-kanak.
3
Pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan
perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal (Woolfolk, 2004).
Menurut Gagne (1970), pembelajaran adalah perubahan atau kemampuan
seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan.
Perubahan yang dipanggil pembelajaran diperlihatkan melalui perubahan tingkah
laku, dengan membandingkan tingkah laku seseorang individu sebelum
didedahkan kepada situasi pembelajaran dengan tingkah lakunya selepas
didedahkan dengan situasi pembelajaran.
Mentaliti kanak-kanak yang lebih suka terhadap permainan dilihat
sebagai satu bentuk pembelajaran yang perlu ditafsirkan. Kanak-kanak sangat
suka bermain walaupun semasa mereka sedang makan, belajar mahupun ketika
hendak tidur. Bercerita merupakan satu aktiviti bermain yang menarik perhatian
kanak-kanak. Ia juga boleh digunakan dalam mana-mana pelajaran bagi
menghidupkan sesuatu pembelajaran dan boleh merangsang kanak-kanak
melahirkan idea serta pendapat. Bercerita juga menjadikan pembelajaran sebagai
suatu pengalaman yang menyeronokkan. Tambahan lagi, bercerita dapat
dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan.
Melalui teknik penceritaan, kanak-kanak dapat belajar dalam suasana
yang gembira dan ceria. Dengan keadaan persekitaran yang memberangsangkan,
bercerita dapat menigkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap pelajaran. Ini
kerana kanak-kanak sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan
berbanding perkara yang tidak memberi kesan apa-apa dalam diri mereka.
4
Selain itu, bercerita membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat
dan perasaan secara lisan. Perkara ini berlaku apabila kanak-kanak diberi
peluang untuk bercerita. Guru boleh bertanya kepada kanak-kanak apakah yang
mereka fikir akan berlaku selepas sesuatu kejadian dalam cerita. Dengan cara ini,
kanak-kanak akan dilatih memberikan pendapat dan pandangan. Hal ini juga
secara tidak langsung dapat mengaktifkan daya imaginasi mereka untuk berfikir
dengan lebih kreatif.
Walaupun telah diketahui bahawa bercerita amat penting dalam
pembelajaran kanak-kanak, namun budaya bercerita semakin ditinggalkan. Ini
disebabkan oleh proses urbanisasi dan penghijrahan sebahagian besar masyarakat
ke bandar serta kemajuan teknologi. Selain itu generasi muda mula melihatnya
sebagai tidak lebih dari kisah dongeng. Menurut Mohamed Anwar, budaya
bercerita bukan sahaja diganti dengan hiburan di televisyen, malah kanak-kanak
dan remaja memilih permainan seperti PlayStation sebagai tempat bercerita
(Berita Harian, 18 Disember 2008).
Justeru itu, aktiviti bercerita hendaklah merupakan suatu pengalaman
yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak. Bagi tujuan ini,
penggunaan pelbagai teknik penceritaan yang bermakna dan sesuai perlu
digunakan. Penggunaan teknologi dapat digunakan memandangkan
perkembangan di dalam dunia teknologi semakin berkembang maju. Normahdiah
Sheikh Said (2008) mendedahkan budaya bercerita tidak hanya berpandukan
buku sebaliknya perlu membabitkan teknologi digital. Ini membolehkan
pendengar ikut sama dalam penceritaan, sekali gus menimbulkan rasa asyik
5
Penceritaan dengan berbantukan teknologi digital dapat menarik dan
merangsang minat kanak-kanak untuk mendengar dan seterusnya memahami
cerita yang disampaikan. Penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks,
grafik, audio, video dan animasi adalah lebih efektif dan ianya dapat membantu
kanak-kanak menghayati dan merasakan sendiri cerita tersebut.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan kanak-kanak di usia empat hingga enam tahun menjadi satu
perkara penting kerana di situ mereka mempelajari sesuatu termasuk meneroka
dunia baru. Pembelajaran di peringkat awal memberi kesan positif terhadap
perkembangan minda. Pada usia ini, potensi kanak-kanak akan berkembang
dengan baik jika diberikan pendidikan yang berkualiti sejajar dengan minat
mereka.
Kanak-kanak pada usia empat hingga enam tahun mempunyai keinginan
asas yang tertentu yang dikenal pasti oleh Dauer dan Pangrazi (1983) iaitu di
antaranya adalah keinginan untuk bergerak. Kanak-kanak ini suka mengambil
peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal.
Selain itu, kanak-kanak juga mempunyai keinginan untuk meluahkan perasaan
melalui pergerakan. Kanak-kanak gemarkan aktiviti yang memberi peluang
untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.
6
Pendidikan untuk kanak-kanak khususnya pra sekolah masih lagi
menggunakan pendekatan yang sama seperti dahulu. Kebanyakan kanak-kanak
ini diajar secara formal seperti latih tubi, ulangi pelajaran setiap hari, “chalk and
talk” dan pengajaran secara kelas. Pendekatan secara bermain perlu diterapkan
dan dibentuk ke arah yang lebih berteknologi seperti penggunaan komputer dan
perisian-perisian berbantukan komputer.
Khadijah Rohani (1992) mendapati program prasekolah yang
menekankan akedemik menyebabkan kanak-kanak mengalami kegagalan dan
kehilangan kepercayaan diri. Keadaan ini akan menjadikan kanak-kanak
tertekan, kehilangan minat belajar dan menimbulkan masalah pembelajaran di
bilik darjah. Katz (1985) menyatakan pendedahan akademik atau kemahiran asas
kepada kanak-kanak di peringkat terlalu awal akan merosakkan perkembangan
minat belajar kanak-kanak.
Bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh
perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak
untuk berurusan dengan realiti yang sebenar (Kraus, 1990). Menurut teori Carr,
bermain adalah penting kepada kanak-kanak kerana bermain dapat menyediakan
peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus,
1990). Bermain dalam konteks yang dinyatakan adalah bermain yang
mempunyai unsur berstruktur yang memenuhi keperluan kognitif, psikomotor
dan afektif.
Antara aktiviti yang boleh dianggap bermain adalah bercerita. Negara
maju seperti United Kingdom memberi tumpuan kepada penerapan budaya
7
bercerita. Ini kerana mereka mendapati sesetengah pengurus di syarikat korporat
tidak berupaya menceritakan kelebihan syarikat mereka kerana tidak menguasai
kemahiran itu. Poland pula menjalankan kempen menyarankan ibu bapa bercerita
kepada anak sebelum tidur (Berita Harian, 18 Disember 2008).
Menurut Rohizani Yaakub (2009), cerita dapat memberi sumbangan ke
arah kejayaan akademik dan kesejahteraan emosi kanak-kanak. Bercerita dapat
dijadikan alat untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka keunikan diri mereka.
Selain itu, ia juga dapat meningkatkan tahap kebolehan mereka berkomunikasi
melalui pemikiran dan perasaan serta meluahkannya dalam bentuk oral yang
teratur. Dalam dunia yang canggih ini, aktiviti bercerita dapat dijadikan alat
untuk memupuk dan menyuburkan sifat-sifat peka kanak-kanak terhadap
kelebihan menguasai bahasa dengan baik.
Menurut beliau lagi, bercerita juga membolehkan kanak-kanak
menyuarakan pendapat dan perasaan secara lisan. Hal ini berlaku apabila kanak-
kanak diberi peluang untuk bercerita sama ada setelah guru selesai bercerita atau
pun sebelum guru bercerita lagi. Ketika sesi bercerita, kanak-kanak boleh
diajukan pertanyaan apakah mereka fikir akan berlaku selepas sesuatu kejadian
dalam cerita. Dengan cara ini, kanak-kanak dengan daya imaginasi mereka akan
dilatih memberikan pendapat dan pandangan serta boleh berkongsi cerita tersebut
dengan rakan-rakan yang lain.
Terdapat pelbagai teknik bercerita yang digunakan hari ini, Di antara
teknik-tekniknya adalah teknik bercerita menggunakan apron dan anak patung.
8
Selain itu, terdapat juga teknik bercerita menggunakan buku cerita, papan panel,
piring kertas dan cawan kertas (Amirazha, 2010).
Namun begitu, budaya bercerita yang menjadi sebahagian kehidupan
masyarakat semakin ditinggalkan. Kanak-kanak dan remaja lebih gemarkan
permainan PlayStation sebagai tempat bercerita (Mohd Lotfi, 2008). Selain itu,
kesukaran mendapatkan buku cerita yang benar-benar memenuhi kehendak
pembelajaran kanak-kanak meninggalkan impak yang negatif kepada mereka.
Kurangnya gambar yang berwarna dan teks yang terlalu panjang di dalam buku
cerita juga menyebabkan kanak-kanak cepat berasa bosan dan tidak dapat
menghayati cerita tersebut.
Sesungguhnya budaya bercerita masih perlu dipertahankan, tetapi
generasi muda dapat ditarik ke arah ini sekiranya teknologi digital dimanfaatkan.
Kajian Normahdiah Sheikh Said (2008) mendedahkan budaya bercerita tidak
hanya berpandukan buku. Malah sebaliknya ia perlu membabitkan teknologi
digital untuk membolehkan pendengar ikut sama dalam penceritaan, sekali gus
menimbulkan rasa asyik.
Menurut Rio Sumarni Sharifuddin et al (2007), penggunaan elemen-
elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi bagi tujuan
proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik perhatian
pelajar. Oleh yang demikian itu, bercerita dengan menggunakan kesemua
elemen-elemen multimedia seperti yang dinyatakan dapat memberi impak yang
lebih mendalam kepada kanak-kanak. Dengan animasi atau atau video, kanak-
kanak dapat melihat gambaran yang jelas tentang cerita yang disampaikan.
9
Contohnya, sekiranya terdapat kisah harimau dalam cerita itu, bunyi harimau
mengaum dapat menarik perhatian kanak-kanak di samping dapat mengetahui
bagaimana bunyi harimau itu mengaum.
Melalui kaedah bercerita dengan bahan multimedia, kanak-kanak dapat
belajar dalam suasana yang gembira dan ceria. Kanak-kanak akan lebih mudah
faham apabila mereka belajar dalam keadaan mereka bersedia dan ceria kerana
mereka akan lebih mudah faham dan ingat apa yang telah mereka pelajari. Bahan
multimedia ini juga membuatkan kanak-kanak merasakan sendiri cerita itu.
Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak kerana mereka
akan mengingatinya. Kesimpulannya, bercerita seharusnya memberi kesan
kepada kanak-kanak dan mereka memahami dengan jelas objektif utama yang
hendak disampaikan melalui penceritaan itu.
1.3 Penyataan Masalah
Negara maju seperti United Kingdom memberi tumpuan kepada
penerapan budaya bercerita kerana mendapati sesetengah pengurus di syarikat
korporat tidak berupaya menceritakan kelebihan syarikat mereka kerana tidak
menguasai kemahiran bercerita. Poland pula menjalankan kempen menyarankan
ibu bapa bercerita kepada anak-anak sebelum tidur. Menurut Mohd. Lotfi (2008),
kanak-kanak dan remaja gemarkan permainan PlayStation sebagai tempat
bercerita.
10
Telah diketahui bahawa kanak-kanak lebih cepat belajar perkara yang
diminati dan bercerita sangat menarik perhatian mereka. Kanak-kanak memang
secara tabiinya suka mendengar cerita. Terdapat pelbagai teknik bercerita yang
digunakan hari ini. Di antara teknik-tekniknya adalah teknik bercerita
menggunakan apron dan anak patung. Selain itu, terdapat juga teknik bercerita
menggunakan buku cerita, papan panel, piring kertas dan cawan kertas
(Amirazha, 2010).
Menjadi tradisi dalam masyarakat menggunakan cerita bagi
menyampaikan mesej dan pengajaran yang dirancang secara halus dan tersirat.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak akan berasa bosan sekiranya cara
penyampaian cerita tersebut tidak menarik dan membosankan. Menyedari
hakikat tentang pentingnya kemahiran bercerita ini, pembangun memilih untuk
menghasilkan satu bahan penceritaan dengan berbantukan teknologi digital
kerana dapat menarik dan merangsang minat kanak-kanak untuk mendengar dan
seterusnya memahami cerita yang disampaikan.
1.4 Objektif Projek
Objektif projek ini adalah untuk membangunkan satu bahan multimedia
penceritaan kanak-kanak.
11
1.5 Objektif Bahan Multimedia
Objektif pembangunan bahan multimedia penceritaan kanak-kanak ini
adalah sebagai bahan bantu untuk guru mahu pun kanak-kanak ketika aktiviti
bercerita dijalankan. Kandungannya mengisahkan tentang persahabatan di antara
Tupi seekor tupai dan Tiki seekor tikus tanah. Kedua-dua mereka berkawan baik
dan tinggal berjiran.