customs.gov.my - syarat-syarat untuk … berlesen lam… · web view29.bayaran lesen bagi gudang...

21
GUDANG BERLESEN 1. SEKSYEN 65, AKTA KASTAM 1967 (1) Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicara mutlaknya, apabila dibayar fee sebagaimana yang ditetapkannya dalam setiap hal, memberi suatu lesen kepada mana - mana orang, yang kemudian daripada ini disebut pemegang lesen dalam seksyen ini, dan apabila diberi menarik balik mana - mana lesen, untuk penggudangan barang - barang yang dikenakan duti kastam dan barang - barang lain dalam sesuatu tempat atau tempat - tempat yang dinyatakan. (2) Mana - mana kes itu hendaklah bagi sesuatu tempoh dan tertakluk kepada apa - apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam setiap hal lesen itu. (3) Pegawai kanan kastam atau mana - mana pegawai kastam yang diwakilkannya bagi maksud itu, hendaklah pada sepanjang masa ada akses pada mana - mana gudang berlesen. (4) Jika didapati pada bila - bila masa bahawa dalam mana - mana gudang berlesen atau mana-mana bahagiannya ada kekurangan kuantiti barang - barang berduti yang sepatutnya didapati di dalam gudang berlesen itu, pemegang lessen gudang itu hendaklah, jika tiada bukti sebaliknya, dianggap telah memindahkan dengan menyalahi undang - undang barang - barang itu dan hendaklah, tanpa menyentuh mana-mana prosiding di bawah Akta ini, membayar kepada pegawai kastam yang hak duti kastam yang boleh dilevikan ke atas barang - barang yang didapati berkurangan itu :- Dengan syarat bahawa jika dibuktikan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa kekurangan itu adalah disebabkan oleh kebocoran, kepecahan yang tidak dapat dielakkan atau kemalangan lain, Ketua Pengarah boleh

Upload: others

Post on 24-Dec-2019

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

GUDANG BERLESEN

1. SEKSYEN 65, AKTA KASTAM 1967

(1) Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicara mutlaknya, apabila dibayar fee sebagaimana yang ditetapkannya dalam setiap hal, memberi suatu lesen kepada mana - mana orang, yang kemudian daripada ini disebut pemegang lesen dalam seksyen ini, dan apabila diberi menarik balik mana - mana lesen, untuk penggudangan barang - barang yang dikenakan duti kastam dan barang - barang lain dalam sesuatu tempat atau tempat - tempat yang dinyatakan.

(2) Mana - mana kes itu hendaklah bagi sesuatu tempoh dan tertakluk kepada apa - apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam setiap hal lesen itu.

(3) Pegawai kanan kastam atau mana - mana pegawai kastam yang diwakilkannya bagi maksud itu, hendaklah pada sepanjang masa ada akses pada mana - mana gudang berlesen.

(4) Jika didapati pada bila - bila masa bahawa dalam mana - mana gudang berlesen atau mana-mana bahagiannya ada kekurangan kuantiti barang - barang berduti yang sepatutnya didapati di dalam gudang berlesen itu, pemegang lessen gudang itu hendaklah, jika tiada bukti sebaliknya, dianggap telah memindahkan dengan menyalahi undang - undang barang - barang itu dan hendaklah, tanpa menyentuh mana-mana prosiding di bawah Akta ini, membayar kepada pegawai kastam yang hak duti kastam yang boleh dilevikan ke atas barang - barang yang didapati berkurangan itu :-

Dengan syarat bahawa jika dibuktikan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa kekurangan itu adalah disebabkan oleh kebocoran, kepecahan yang tidak dapat dielakkan atau kemalangan lain, Ketua Pengarah boleh meremitkan keseluruhan atau mana - mana bahagian duti kastam yang boleh dilevi ke atas barang - barang yang didapati berkurangan itu.

Gudang Berlesen merupakan gudang yang dilesenkan di bawah Seksyen 65 Akta Kastam 1967 untuk penyimpanan barangan berduti yang mana pembayaran duti dan cukai yang ditangguhkan sehingga barangan dikeluarkan untuk penggunaan tempatan atau untuk dieksport semula. Terdapat beberapa kategori Gudang Berlesen yang ditawarkan dan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan.

Permohonan lesen gudang hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Kastam yang berhampiran dengan premis gudang dan tertakluk kepada syarat-syarat serta prosedur permohonan yang ditentukan. Peringkat pertimbangan untuk kelulusan lesen gudang adalah bergantung kepada kategori gudang. Gudang Berlesen Awam

Page 2: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

dipertimbangkan diperingkat Kementerian Kewangan,manakala Gudang Berlesen Persendirian dipertimbangkan diperingkat Ibu Pejabat Kastam,Putrajaya dan Gudang Berlesen PEKEMA oleh Pengarah Kastam Negeri. Bagi permohonan yang diluluskan,bayaran lesen bagi gudang kepunyaan swasta adalah sebanyak RM2,400 setahun dan bagi agensi kerajaan bayaran lesen adalah sebanyak RM240.00 setahun.

2. KATEGORI GUDANG BERLESEN

Gudang berlesen yang terdapat di Negara ini terdiri daripada kategori-kategori berikut:-

2.1 Gudang Berlesen Awam (GBA)

2.2 Gudang Berlesen Persendirian (GBP)

2.3 Gudang Berlesen PEKEMA

2.4 Gudang Berlesen Awam Pelabuhan /Lapangan Terbang

2.5 Gudang Berlesen Awam (Petroleum)

2.6 Gudang Berlesen Persendirian (Petroleum)

3. AKTIVITI YANG DIBENARKAN

3.1 Aktiviti-aktiviti yang dibenarkan di Gudang Berlesen, kecuali Gudang Berlesen PEKEMA adalah seperti berikut:-

3.1.1 Penggudangan barang-barang yang berduti / bercukai dan barang - barang yang duti belum dibayar

3.1.2 Pecah Pukal (Break Bulk)

3.1.3 Pembungkusan Semula (repacking)

3.1.4 Penandaan Semula (Relabeling)

3.1.5 Jual Beli (Devending)

3.1.6 Penggabungan (Consolidation)

3.1.7 Perdagangan Enterport

Page 3: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

4. SYARAT - SYARAT PERMOHONAN MENGIKUT JENIS GUDANG BERLESEN

4.1 Gudang Berlesen Awam (GBA)

4.1.1 Menyimpan barangan pelanggan yang berduti/cukai belum bayar

4.1.2 Sekurang-kurangnya memiliki 30% ekuiti bumiputra

4.1.3 Modal berbayar untuk pemyimpanan barangan kritikal RM 1 Juta dan barangan bukan kritikal RM 250,000

4.1.4 Keluasan premis untuk menyimpan barangan kritikal adalah 50,000 kaki persegi iaitu bersamaan 4,645.15 meter persegi. Keluasan premis untuk menyimpan barangan bukan kritikal adalah 20,000 kaki persegi bersamaan 1,858.06 meter persegi.

4.1.5 Pihak syarikat dibenarkan untuk memaksimumkan ruang gudang dengan susunan bertingkat ( stacking) mengikut kesesuaian dengan syarat dagangan yang disimpan selamat, tidak rosak dan mudah dikenalpast kedudukannya.

4.1.6 Lulus tapisan keselamatan

4.1.7 10% Jaminan Bank dari jumlah purata bulanan bagi tempoh setahun ke atas duti/cukai yang terlibat ke atas barangan yang disimpan.

4.1.8 Jaminan Bank bagi penyimpanan kenderaan atau barang kritikal adalah sejumlah 10 % ke atas duti/cukai yang dikira semasa mengikut anggaran simpanan penuh gudang (pada satu - satu masa )

4.2 Gudang Berlesen Persendirian (GBP)

4.2.1 Menyimpan barangan sendiri yang duti/cukai belum bayar. Barangan yang dibenarkan disimpan terdiri daripada barangan kritikal atau berduti tinggi atau barangan yang memerlukan penjagaan khusus yang tidak membolehkan ianya disimpan dalam GBA.

4.2.2 Modal Berbayar sekurang-kurangnya RM150,000 bagi penyimpanan barangan kritikal dan untuk barangan bukan kritikal adalah sekurang-kurangnnya RM100,000.

Page 4: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

4.2.3 Nilai barangan yang disimpan dalam satu(1) tahun sekurang-kurangnya RM 5 juta bagi barangan kritikal dan RM 2 juta untuk barangan bukan kritikal.

4.2.4 Kelonggaran syarat ke atas nilai barangan yang simpan dalam setahun diberikan kepada Gudang Berlesen yang memenuhi salah satu ciri atau keadaan berikut:-

4.2.4.1 GBP yang terdapat di Bandar kecil di mana tidak ada kemudahan Gudang Berlesen Awam

4.2.4.2 GBP untuk bekalan kapal (ship chandling) di

Pelaburan yang tidak mempunyai kemudahan GBA.

4.2.4.3 GBP untuk menyimpan barangan yang memerlukan penjagaan khusus untuk menepati standard kualiti.

4.2.5 Jaminan Bank bagi penyimpanan barangan kepunyaan pelesen sendiri adalah mengikut kadar duti/cukai yang dikira semasa mengikut anggaran simpanan penuh gudang ( pada satu - satu masa )

4.3 Gudang Berlesen Awam (Petroleum)

4.3.1 Menyimpan petroleum /diesel oleh pelanggan yang berduti/cukai belum dibayar

4.3.2 Sekurang-kurangnya memiliki 30% ekuiti bumiputra

4.3.3 Modal berbayar untuk pemyimpanan barangan kritikal RM 1 Juta dan barangan bukan kritikal RM 250,000

4.3.4 Keluasan premis untuk menyimpan barangan kritikal adalah 50,000 kaki persegi iaitu bersamaan 4,645.15 meter persegi. Keluasan premis untuk menyimpan barangan bukan kritikal adalah 20,000 kaki persegi bersamaan 1,858.06 meter persegi.

4.3.5 Lulus tapisan keselamatan

4.3.6 Jaminan Bank bagi penyimpanan petroleum atau barang kritikal adalah sejumlah 10 % ke atas duti/cukai yang dikira semasa mengikut anggaran simpanan penuh gudang (pada satu - satu masa

Page 5: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

4.4 Gudang Berlesen Persendirian (Petroleum)

4.4.1 Menyimpan barangan (petroleum) kepunyaan sendiri yang berduti/cukai belum berbayar.

4.4.2 Model Berbayar sekurang-kurangnya RM 150,000 bagi penyimpanan barangan kritikal dan untuk barangan bukan kritikal adalah sekurang-kurangnnya RM100,000.

4.4.3 Nilai barangan yang disimpan dalam satu(1) tahun sekurang-kurangnya RM 5 juta bagi barangan kritikal dan RM 2 juta untuk barangan bukan kritikal.

4.4.4 Lulus tapisan keselamatan

4.4.5 Jaminan Bank bagi penyimpanan barangan kepunyaan pelesen sendiri adalah mengikut kadar duti/cukai yang dikira semasa mengikut anggaran simpanan penuh gudang ( pada satu - satu masa )

4.5 Gudang Berlesen PEKEMA

4.5.1 Menyimpan kenderaan import yang duti/cukai belum berbayar

4.5.2 100% Bumiputera dan disahkan sebagai ahli PEKEMA

4.5.3 Lulus tapisan keselamatan

4.5.4 Bon Am diperlukan

4.6 Gudang Berlesen Awam Pelabuhan/Lapangan Terbang

4.6.1 Hanya Syarikat Penerbangan (seperti Malaysian Airline System), operator terminal lapangan terbang, operator Pelabuhan dan Pihak Berkuasa Pelabuhan /Lapangan Terbang sahaja layak memohon.

4.6.2 Menyimpan semua jenis barangan yang diimport melalui udara atau laut.

4.6.3 Semua jenis barangan yang dibawa dalam kenderaan berkunci dari Zon Beas, Pulau Bebas Cukai, Gudang Pengilangan Berlesen, Gudang Berlesen lain untuk tujuan eksport.

Page 6: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

4.6.4 10% Jaminan Bank dari jumlah purata bulanan bagi tempoh setahun ke atas duti/cukai yang terlibat ke atas barangan yang disimpan

Page 7: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta
Page 8: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

LAMPIRAN A

SYARAT-SYARAT UNTUK GUDANG BERLESEN AWAM

1. Lesen dan Pelan Gudang Berlesen yang diluluskan hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat.

2. Bangunan dan premis Gudang Berlesen hendaklah kukuh dan selamat supaya dapat menjamin keselamatan penyimpanan barang-barang yang belum dibayar duti atau cukai.

3. Tidak membuat apa-apa perubahan, tambahan kepada struktur bangunan yang dilesenkan, melainkan dengan kelulusan Pengarah Kastam Negeri.

4. Pemegang lesen tidak boleh menggunakan mana-mana kawasan yang dilesenkan untuk tujuan lain, melainkan dengan kelulusan Pengarah Kastam Negeri.

5. Barang-barang berduti selain daripada yang dinyatakan dalam lesen gudang tidak boleh disimpan dalam Gudang Berlesen.

6. Pemegang lesen adalah bertanggungjawab ke atas semua barang-barang yang diluluskan untuk disimpan di dalam gudangnya.

7. Gudang Berlesen hanya boleh menerima barang-barang apabila digerakkan daripada tempat import dengan kenderaan-kenderaan pembawa berlesen (licensed carrier) yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam.

8. Barang-barang yang disimpan hendaklah diberi tanda dengan memberi nombor lot serta tarikh pengimportan dan diletakan di tempat yang selamat secara teratur agar memudahkan pemeriksaan dilakukan oleh Pegawai Kastam yang mengawal gudang.

9. Pemegang lesen hendaklah mengemukakan, senarai nama dan alamat syarikat-syarikat yang menyimpan barangan di dalam Gudang Berlesennya kepada Pegawai Kanan yang mengawal gudang apabila terdapat perubahan dari masa kesemasa.

10. Pemegang lesen hendaklah mengemaskini, menyimpan, dan menyelenggara rekod-rekod stok secara berkomputer dan lain-lain rekod seperti mana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Kastam. Rekod-rekod tersebut boleh diperiksa oleh Pegawai Kastam Yang Hak pada bila-bila masa.

11. Penyata Bulanan seperti yang dilampirkan (Lampiran M) hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Kastam yang mengawal gudang pada atau sebelum 10 haribulan bulan berikutnya.

Page 9: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

12. Pemeriksaan fizikal stok tahunan hendaklah dijalankan setiap tahun dan rekod stok yang disimpan hendaklah diaudit dan disahkan oleh seorang Juruaudit bertauliah. Satu salinan laporan audit hendaklah diserahkan kepada Pegawai Kanan yang mengawal gudang.

13. Pemegang lesen hendaklah membuat laporan dalam tempoh 24 jam ke pejabat kastam dan balai polis terdekat jika berlaku apa-apa kemalangan , kecurian atau kehilangan barangan.

14. Pemegang lesen hendaklah membayar duti dan cukai yang terlibat ke atas mana-mana barang yang didapati hilang, atau tidak dapat diakaunkan sebaik sahaja ianya dikesan.

15. Tempoh simpanan barang-barang di dalam premis yang dilesenkan adalah selama 2 tahun dari tarikh ianya diimport. Selepas tempoh tersebut, pemegang lesen dikehendaki membayar duti dan cukai ke atas barangan berkenaan. Walaubagaimanapun, sekiranya tuan punya barang memerlukan tempoh yang lebih lama, permohonan secara bertulis dengan menyatakan alasan yang munasabah hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri selewat-lewatnya 30 hari sebelum tempoh simpanan tamat.

16. Pemegang lesen hendaklah memastikan premis dan barang-barang yang disimpan berkaitan diliputi dengan Insuran Kebakaran dan Insuran Kecurian yang meliputi jumlah duti dan cukai yang terlibat.

17. Sesuatu permohonan untuk membuat pemeriksaan survey ke atas mana-mana barang hendaklah dikemukakan melalui pemegang lesen kepada Pegawai Kanan Kastam yang mengawal gudang dalam jangka waktu 24 jam dari tarikh penerimaan penyimpanan ke dalam Gudang Berlesen sepertimana dinyatakan dalam Peraturan 23 dan 25 Peraturan-Peraturan Kastam 1977.

18. Pengurangan duti atau cukai tidak dibenarkan atas mana-mana barang-barang berduti yang disimpan di dalam Gudang Berlesen melainkan ada bukti hingga memuaskan Ketua Pengarah Kastam bahawa barang-barang tersebut hilang, rosak atau musnah akibat daripada kemalangan yang tidak dapat dielakkan seperti peruntukan Seksyen 18, Akta Kastam 1967. Jika barangan mempunyai tarikh luput, pemegang lesen hendaklah memastikan barang-barang tersebut dibawa keluar sebelum tarikh luput tersebut untuk mengelakkan dari kerosakan.

19. Pemegang lesen hendaklah mengemukakan nama dan contoh-contoh tandatangan pegawai-pegawai yang diberi kuasa dan bertanggungjawab untuk berurusan dengan pihak Jabatan berkaitan dengan gudang berlesennya.

20. Pemegang lesen hendaklah menyediakan ruang pejabat yang selesa dan kondusif serta kelengkapan untuk kegunaan rasmi Pegawai Kastam yang mengawal gudang tanpa dikenakan bayaran kapada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Ini adalah juga termasuk menyediakan perkakasan komputer,

Page 10: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

peralatan rangkaian, talian rangkaian Sistem Maklumat Kastam dan membiayai kos penyelenggaraan talian tersebut.

21. Menyediakan front end software di gudangnya yang membolehkan pemegang lesen menjalankan transaksi melalui sistem kepada Sistem Maklumat Kastam (SMK).

22. Barangan yang telah diikrar menggunakan borang Kastam no. 1, 9 dan 8 hendaklah diselesaikan prosesnya dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengikraan.

23. Memasang lampu limpah (sportlight ) yang secukupnya di pagar premis gudang tersebut pada sepanjang waktu malam.

24. Premis perlu dikawal 24 jam oleh pegawai keselamatan dan CCTV hendaklah dipasang dengan secukupnya di tempat yang strategik.

25. Pemegang lesen hendaklah sentiasa memastikan jaminan bank bagi menjamin keselamatan duti dan cukai keatas barangan yang disimpan masih sah tempoh lakunya. Jumlah jaminan bank tersebut hendaklah mengikut kaedah pengiraan yang telah ditentukan oleh Ketua Pengarah Kastam.

26. Pemegang lesen perlu memaklumkan, secara bertulis kepada Pengarah Kastam Negeri sebulan sebelum tarikh pembubaran atau penggulungan syarikat. Pemeriksaan stok hendaklah dilakukan oleh Pegawai Kanan yang mengawal gudang dalam masa 14 hari dari tarikh pemakluman pembubaran atau penggulungan syarikat.

27. Apabila berlaku sebarang pertukaran Ahli Lembaga Pengarah syarikatnya, pemegang lesen hendaklah memberitahu secara bertulis kepada Pengarah Kastam Negeri dalam tempoh 7 hari selepas berlakunya perubahan tersebut.

28. Pemegang lesen hendaklah menyediakan dan menjaga dalam keadaan baik atas tanggungannya sendiri mesin-mesin, peralatan-peralatan atau kelengkapan-kelengkapan bagi maksud penimbangan atau pengukuran barang-barang di dalam Gudang Berlesen.

29. Bayaran lesen bagi gudang kepunyan agensi kerajaan adalah RM240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta bayaran lesen adalah RM2,400.00 setahun.

30. Permohonan pembaharuan lesen gudang hendaklah dibuat sekurangnya satu bulan sebelum tarikh lesen gudang tamat.

31. Pemegang lesen adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Kastam 1967 dan dan Perundangan Subsidiarinya.

32. Ketua Pengarah Kastam boleh bila-bila masa mengenakan syarat tambahan yang difikirkan perlu.

Page 11: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

33. Lesen boleh dibatalkan pada bila-bila masa sekiranya pemegang lesen melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kastam.

LAMPIRAN B

SYARAT-SYARAT UNTUK GUDANG BERLESEN PERSENDIRIAN BAGI PENYIMPANAN BARANGAN SELAIN DARIPADA KENDERAAN

1. Lesen dan Pelan Gudang Berlesen yang diluluskan hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat.

2. Bangunan dan premis Gudang Berlesen hendaklah kukuh dan selamat supaya dapat menjamin keselamatan penyimpanan barang-barang yang belum dibayar duti atau cukai.

3. Tidak membuat apa-apa perubahan, tambahan kepada struktur bangunan yang dilesenkan, melainkan dengan kelulusan Pengarah Kastam Negeri.

4. Pemegang lesen tidak boleh menggunakan mana-mana kawasan yang dilesenkan untuk tujuan lain, melainkan dengan kelulusan Pengarah Kastam Negeri.

5. Pemegang lesen hanya dibenarkan menyimpan barangan kepunyaannya sendiri. Barang-barang berduti selain daripada yang dinyatakan dalam lesen gudang tidak boleh disimpan dalam Gudang Berlesen.

6. Pemegang lesen adalah bertanggungjawab ke atas semua barang-barang yang diluluskan untuk disimpan di dalam gudangnya.

7. Gudang Berlesen hanya boleh menerima barang-barang apabila digerakkan daripada tempat import dengan kenderaan-kenderaan Pembawa Berlesen yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam.

8. Barang-barang yang disimpan hendaklah diberi tanda dengan memberi nombor lot serta tarikh pengimportan dan diletakan di tempat yang selamat secara teratur agar memudahkan pemeriksaan dilakukan oleh Pegawai Kastam yang mengawal gudang.

9. Pemegang lesen hendaklah mengemaskini, menyimpan, dan menyelenggara rekod-rekod stok secara berkomputer dan lain-lain rekod seperti mana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Kastam. Rekod-rekod tersebut boleh diperiksa oleh Pegawai Kastam Yang Hak pada bila-bila masa.

Page 12: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

10. Penyata Bulanan seperti yang dilampirkan (Lampiran M) hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Kastam yang mengawal gudang pada atau sebelum 10 haribulan bulan berikutnya.

11. Pemeriksaan fizikal stok tahunan hendaklah dijalankan setiap tahun dan rekod stok yang disimpan hendaklah diaudit dan disahkan oleh seorang Juruaudit bertauliah. Satu salinan laporan audit hendaklah diserahkan kepada Pegawai Kanan yang mengawal gudang.

12. Pemegang lesen hendaklah membuat laporan dalam tempoh 24 jam ke pejabat kastam dan balai polis terdekat jika berlaku apa-apa kemalangan, kecurian atau kehilangan barangan.

13. Pemegang lesen hendaklah membayar duti dan cukai yang terlibat ke atas mana-mana barang yang didapati hilang, atau tidak dapat diakaunkan sebaik sahaja ianya dikesan.

14. Tempoh simpanan barang-barang di dalam premis yang dilesenkan adalah selama 2 tahun dari tarikh ianya diimport. Selepas tempoh tersebut, pemegang lesen dikehendaki membayar duti dan cukai ke atas barangan berkenaan. Walaubagaimanapun, sekiranya tuan punya barang memerlukan tempoh yang lebih lama, permohonan secara bertulis dengan menyatakan alasan yang munasabah hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri selewat-lewatnya 30 hari sebelum tempoh simpanan tamat.

15. Pemegang lesen hendaklah memastikan premis dan barang-barang yang disimpan berkaitan diliputi dengan Insuran Kebakaran dan Insuran Kecurian yang meliputi jumlah duti dan cukai yang terlibat.

16. Sesuatu permohonan untuk membuat pemeriksaan survey ke atas mana-mana barang hendaklah dikemukakan melalui pemegang lesen kepada Pegawai Kanan Kastam yang mengawal gudang dalam jangka waktu 24 jam dari tarikh penerimaan penyimpanan ke dalam Gudang Berlesen sepertimana dinyatakan dalam Peraturan 23 dan 25 Peraturan-Peraturan Kastam 1977.

17. Pengurangan duti atau cukai tidak dibenarkan atas mana-mana barang-barang berduti yang disimpan di dalam Gudang Berlesen melainkan ada bukti hingga memuaskan Ketua Pengarah Kastam bahawa barang-barang tersebut hilang, rosak atau musnah akibat daripada kemalangan yang tidak dapat dielakkan seperti peruntukan Seksyen 18, Akta Kastam 1967. Jika barangan mempunyai tarikh luput, pemegang lesen hendaklah memastikan barang-barang tersebut dibawa keluar sebelum tarikh luput tersebut untuk mengelakkan dari kerosakan.

18. Pemegang lesen hendaklah mengemukakan nama dan contoh-contoh tandatangan pegawai-pegawai yang diberi kuasa dan

Page 13: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

bertanggungjawab untuk berurusan dengan pihak Jabatan berkaitan dengan gudang berlesennya.

19. Pemegang lesen hendaklah menyediakan ruang pejabat yang selesa dan kondusif serta kelengkapan untuk kegunaan rasmi Pegawai Kastam yang mengawal gudang tanpa dikenakan bayaran kapada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Ini adalah juga termasuk menyediakan perkakasan komputer, peralatan rangkaian, talian rangkaian Sistem Maklumat Kastam dan membiayai kos penyelenggaraan talian tersebut.

20. Menyediakan front end software di gudangnya yang membolehkan pemegang lesen menjalankan transaksi melalui sistem kepada Sistem Maklumat Kastam (SMK).

21. Barangan yang telah diikrar menggunakan borang Kastam no. 1, 9 dan 8 hendaklah diselesaikan prosesnya dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengikraan.

22. Memasang lampu limpah (sportlight) yang secukupnya di pagar premis gudang tersebut pada sepanjang waktu malam.

23. Premis perlu dikawal 24 jam oleh pegawai keselamatan dan CCTV hendaklah dipasang dengan secukupnya di tempat yang strategik.

24. Pemegang lesen hendaklah sentiasa memastikan jaminan bank bagi menjamin keselamatan duti dan cukai keatas barangan yang disimpan masih sah tempoh lakunya. Jumlah jaminan bank tersebut hendaklah mengikut kaedah pengiraan yang telah ditentukan oleh Ketua Pengarah Kastam.

25. Pemegang lesen perlu memaklumkan, secara bertulis kepada Pengarah Kastam Negeri sebulan sebelum tarikh pembubaran atau penggulungan syarikat. Pemeriksaan stok hendaklah dilakukan oleh Pegawai Kanan yang mengawal gudang dalam masa 14 hari dari tarikh pemakluman pembubaran atau penggulungan syarikat.

26. Apabila berlaku sebarang pertukaran Ahli Lembaga Pengarah syarikatnya, pemegang lesen hendaklah memberitahu secara bertulis kepada Pengarah Kastam Negeri dalam tempoh 7 hari selepas berlakunya perubahan tersebut.

27. Pemegang lesen hendaklah menyediakan dan menjaga dalam keadaan baik atas tanggungannya sendiri mesin-mesin, peralatan-peralatan atau kelengkapan-kelengkapan bagi maksud penimbangan atau pengukuran barang-barang di dalam Gudang Berlesen.

28. Permohonan pembaharuan lesen gudang hendaklah dibuat sekurangnya satu bulan sebelum tarikh lesen gudang tamat.

Page 14: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

29. Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta bayaran lesen adalah RM2,400.00 setahun

30. Pemegang lesen adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Kastam 1967 dan dan Perundangan Subsidiarinya.

31. Ketua Pengarah Kastam boleh bila-bila masa mengenakan syarat tambahan yang difikirkan perlu.

32. Lesen boleh dibatalkan pada bila-bila masa sekiranya pemegang lesen melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kastam.

Page 15: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

LAMPIRAN C

SYARAT-SYARAT UNTUK GUDANG BERLESEN PEKEMA BAGI PENYIMPANAN KENDERAAN

1. Lesen dan Pelan Gudang Berlesen yang diluluskan hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat.

2. Bangunan dan premis Gudang Berlesen hendaklah kukuh dan selamat supaya dapat menjamin keselamatan penyimpanan kenderaan yang belum dibayar duti atau cukai.

3. Tidak membuat apa-apa perubahan, tambahan kepada struktur bangunan yang dilesenkan, melainkan dengan kelulusan Pengarah Kastam Negeri.

4. Pemegang lesen tidak boleh menggunakan mana-mana kawasan yang dilesenkan untuk tujuan lain, melainkan dengan kelulusan Pengarah Kastam Negeri.

5. Pemegang lesen adalah bertanggungjawab ke atas semua kenderaan yang diluluskan untuk disimpan di dalam gudangnya.

6. Kenderaan seperti contoh kereta, Multi Purpose Vehicle (MPV), Sport Utility Vehicle (SUV), 4 Wheel Drive (4WD) dan motosikal yang diimport oleh pemegang lesen dan pelanggannya (ahli PEKEMA) dibenarkan disimpan di dalam Gudang Berlesen.

7. Kenderaan yang disimpan hendaklah mempunyai butir-butir keterangan kenderaan seperti yang diikrar dalam borang Kastam No.8 (import) dan maklumat tersebut hendaklah dipamerkan bersama kenderaan tersebut untuk memudahkan tugas pemantauan dan rujukan pegawai. Butir-butir keterangan yang perlu dipamerkan adalah seperti berikut:

7.1 Nombor chasis (Chasis Number)7.2 Nombor enjin (Engine Number)7.3 Model

7.4 Tahun diperbuat (Year of Manufacture )7.5 Kapasiti enjin (Capacity)7.6 No. lot7.7 No. borang ikrar7.8 Tarikh import

Page 16: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

8. Kenderaan hendaklah disimpan, diletakan di tempat yang selamat secara teratur dan disusun mengikut numbor lot bagi memudahkan ianya dikenalpasti.

9. Tempoh simpanan kenderaan di dalam premis yang dilesenkan adalah selama 3 tahun dari tarikh ianya diimport. Selepas tempoh tersebut, pemegang lesen dikehendaki membayar duti dan cukai ke kenderaan berkenaan. Walaubagaimanapun, sekiranya tuan punya kenderaan memerlukan tempoh yang lebih lama, permohonan secara bertulis dengan menyatakan alasan yang munasabah hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri selewat-lewatnya 30 hari sebelum tempoh simpanan tamat.

10. Pemegang lesen hendaklah memastikan premis dan kenderaan yang disimpan berkaitan diliputi dengan Insuran Kebakaran dan Insuran Kecurian yang meliputi jumlah duti dan cukai yang terlibat.

11. Pemegang lesen hendaklah mengemukakan senarai nama dan alamat syarikat-syarikat (ahli PEKEMA) yang menyimpan kenderaan di dalam Gudang Berlesennya kepada Pegawai Kanan yang mengawal gudang.

12. Pemegang lesen hendaklah sentiasa mengemaskini, menyimpan dan menyelenggara rekod-rekod kenderaan yang disimpan, dipindah atau diselenggara sebagaimana dikehendaki oleh Ketua Pengarah Kastam. Tindakan-tindakan berikut hendaklah dilakukan, iaitu:

12.1 Menyelenggara dengan kemaskini rekod stok, seperti contoh di Lampiran J bagi kenderaan yang disimpan di dalam Gudang Berlesen berkenaan.

12.2 Menyelenggara dengan kemaskini bilangan kenderaan yang diluluskan untuk pameran dan penyelenggaraan seperti contoh di Lampiran K.

12.3 Menyelenggara dengan kemaskini rekod stok, seperti contoh di Lampiran L bagi kenderaan yang dipindahkan ke Gudang Berlesen lain.

13. Pemegang lesen hendaklah menyimpan salinan borang ikrar Kastam No. 1, borang Kastam No.8 dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan dengan kenderaan yang disimpan untuk tujuan semakan.

14. Kenderaan yang telah dibayar duti atau cukai tidak dibenarkan disimpan di dalam premis berlesen ini.

15. Penyata Bulanan seperti dilampirkan (Lampiran O) hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Kanan Kastam yang mengawal gudang pada atau sebelum 10 haribulan bulan berikutnya.

Page 17: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

16. Pemeriksaan fizikal stok hendaklah dijalankan ke atas kenderaan yang disimpan dalam premis berlesen tidak lewat daripada bulan Disember setiap tahun. Rekod stok yang disimpan hendaklah diaudit dan disahkan oleh seorang Juru Audit yang bertauliah. Satu salinan laporan audit hendaklah diserahkan kepada Pegawai Kanan Kastam yang mengawal gudang.

17. Pemegang lesen hendaklah membuat laporan dalam tempoh 24 jam ke pejabat kastam dan balai polis terdekat jika berlaku apa-apa kemalangan, kecurian atau kehilangan kenderaan.

18. Pemegang lesen hendaklah membayar duti dan cukai yang terlibat ke atas mana-mana kenderaan yang didapati hilang, atau tidak dapat diakaunkan sebaik sahaja ianya dikesan.

19. Pemegang lesen adalah bertanggungjawab untuk mempastikan duti dan cukai telah dibayar sebelum kenderaan dibawa keluar dari Gudang Berlesennya. Walaubagaimana pun, kenderaan boleh dikeluarkan untuk tujuan pameran atau penyelenggaraan, dengan syarat, mendapat kelulusan pelepasan sementara terlebih dahulu daripada Pengarah Kastam Negeri. Tempoh kebenaran yang diberi untuk pemindahan bagi tujuan pamiran dan peyelenggaraan adalah seperti berikut:

19.1 Bagi pemindahan kenderaan untuk tujuan pameran, tempoh yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi 30 hari.

19.2 Bagi pemindahan kenderaan untuk tujuan penyelenggaraan,

tempoh yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi 30 hari.

19.3 Walaubagaimanapun, jika pameran atau penyelenggaraan Kenderaan berkenaan memerlukan masa yang melebihi tempoh yang telah ditetapkan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan permohonan,seminggu sebelum tamat tempoh, kepada Pengarah Kastam Negeri untuk melanjutankan tempoh tersebut di mana pameran diadakan atau penyelenggaraan kenderaan dibuat. 19.4 Pemegang lesen hendaklah memaklumkan secara bertulis

kepada Pengarah Kastam Negeri apabila kenderaan tersebut dibawa masuk semula ke Gudang Berlesen untuk memastikan kenderaan tersebut telah dikembalikan ke gudang atau tidak dikembalikan kerana telah dijual.

19.5 Kenderaan yang dikeluarkan dari Gudang Berlesen untuk tujuan

Page 18: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

pameran dan penyelenggaraan hendaklah mengemukakan Bon Am yang meliputi duti dan cukai ke atas kenderaan terlibat mengikut tempoh pameran dan penyelenggaraan tersebut.

19.6 Bagi penyimpanan dan kawalan kenderaan, format seperti di Lampiran J, K dan L hendaklah digunakan dan hendaklah juga disimpan didalam bentuk softcopy.

20. Pemegang lesen hendaklah mengemukakan nama dan contoh-contoh tandatangan pegawai-pegawai yang diberi kuasa dan bertanggungjawab untuk berurusan dengan pihak Jabatan berkaitan dengan gudang berlesennya.

21. Pemegang lesen hendaklah menyediakan ruang pejabat yang selesa dan kondusif serta kelengkapan pejabat untuk kegunaan rasmi Pegawai Kastam yang mengawal gudang tanpa dikenakan bayaran kapada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Ini adalah juga termasuk menyediakan perkakasan komputer, peralatan rangkaian, talian rangkaian Sistem Maklumat Kastam dan membiayai kos penyelenggaraan talian tersebut.

22. Menyediakan front end software di gudangnya yang membolehkan pemegang lesen menjalankan transaksi melalui sistem kepada Sistem Maklumat Kastam (SMK).

23. Kenderaan yang telah diikrar menggunakan borang Kastam no. 1 dan 8 hendaklah diselesaikan prosesnya dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengikraan.

24. Memasang lampu limpah (sportlight) yang secukupnya di pagar premis gudang tersebut pada sepanjang waktu malam.

25. Premis Gudang Berlesen perlu dikawal 24 jam oleh pegawai keselamatan dan CCTV hendaklah dipasang dengan secukupnya di tempat-tempat yang strategik.

26. Pemegang lesen perlu memaklumkan, secara bertulis kepada Pengarah Kastam Negeri sebulan sebelum tarikh pembubaran atau penggulungan syarikat. Pemeriksaan stok hendaklah dilakukan oleh Pegawai Kanan yang mengawal gudang dalam masa 14 hari dari tarikh pemakluman pembubaran atau penggulungan syarikat.

27. Apabila berlaku sebarang pertukaran Ahli Lembaga Pengarah Syarikatnya, pemegang lesen hendaklah memberitahu secara bertulis

Page 19: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta

kepada Pengarah Kastam Negeri dalam tempoh 7 hari selepas berlakunya perubahan tersebut.

28. Permohonan pembaharuan lesen gudang hendaklah dibuat sekurangnya satu bulan sebelum tarikh lesen gudang tamat.

29. Bayaran lesen adalah sebanyak RM2,400.00 setahun.

30. Pemegang lesen adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Kastam 1967 dan Perundangan Subsidiarinya.

31. Ketua Pengarah Kastam boleh pada bila-bila masa mengenakan syarat tambahan yang difikirkan perlu.

32. Lesen boleh dibatalkan pada bila-bila masa sekiranya pemegang lesen melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kastam.

Page 20: customs.gov.my - SYARAT-SYARAT UNTUK … Berlesen Lam… · Web view29.Bayaran lesen bagi gudang kepunyaan agensi kerajaan adalah RM 240.00 setahun manakala gudang kepunyaan swasta